[C] Stella : The Glory of Bla...

By delilanatasha

915K 65.3K 6.5K

𝑽𝑢𝑳 𝑰𝑰 [ 𝑹𝑭𝑨 𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 ] ❝ Be the greatest. Seduce him. Tackle him. Make him on knees. ❞ Code : Bl... More

Code Name
Prolog
| 1 |
| 2 |
| 3 |
| 5 |
| 6 |
| 7 |
| 8 |
| 9 |
| 10 |
| 11 |
| 12 |
| 13 |
| 14 |
| 15 |
| 16 |
| 17 |
| 18 |
| 19 |
| 20 |
| 21 |
| 22 |
| 23 |
| 24 |
| 25 |
| 26 |
| 27 |
| 28 |
| 29 |
| 30 |
| 31 |
| 32 |
| 33 |
| 34 |
| 35 |
| 36 |
| 37 |
| 38 |
| 39 |
| 40 |
| 41 |
| 42 |
| 43 |
| 44 |
| 45 |
| 46 |
| 47 |
| 48 |
| 49 |
| 50 |
| 51 |
| 52 |
| 53 |
| 54 |
| 55 |
| 56 |
| 57 |
| 58 |
| 59 |
| 60 |
Epilog
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3 - πŒπ€π‹πˆπŠ πŠπ‡π€πˆπ‘

| 4 |

14.2K 920 41
By delilanatasha



AUDI RS7 hitam itu selamat memarkir di lereng bukit. Seketika, Farel Ziyan mengerling disebelahnya. Raja Maraya. Entah apa yang melucukan, Farel tersenyum. Lama dia menatap Raja Maraya yang sudah seram sejuk, berpeluk tubuh sendiri.

"Tak lama ada yang kena hentak muka dekat strereng kang!" Raja Maraya melempar sling bag miliknya ke arah Farel. Tepat mengenai perut lelaki itu yang sudah mengekek ketawa.

Ah, tahu ketawa rupanya. Ingat kotak ketawa dah beku tak boleh cair! Raja Maraya berdecit perlahan. Entah kawasan mana Farel bawa dia, Raja Maraya menjadi takut sendiri, mengenangkan keteta diparkir di kawasan lereng bukit.

"Aku ni waras lagi nak aqiqah kau dekat sini. Baik aku bawa pergi hotel. Selesa sikit" bagai mengetahui apa di dalam benak kepala wanita itu, Farel meredas sekali. Gila tak ada penapis mulut lelaki ni! Macam gitu aje dia bagi?

"Oh, ada selera pula nak aqiqah I? Tak geli ke?" Balas Raja Maraya dengan senyuman sinis yang ditarik lebar. Biar menyakitkan hati. Tetapi, lain pula jadinya. Farel yang disangka akan membungkam dan pasrah itu tiada lagi. Jelas, Raja Maraya melihat Farel menggigit bibirnya sambil tersenyum senget. Satu tangan diletakkan di kerusi di belakang kepala wanita itu.

"Nak try ke? Aku okay. Terlebih okay" kening Farel terjongket sebelah.

"You jangan nak mengarut! I nak baliklah, Farel"

"Baliklah. Jalan kaki" bibir Farel menjuih. Seronok kenakan Raja Maraya.

"Kesian Eshal tunggu I dekat rumah. I dah janji dengan Eshal untuk bawa dia ke Family Mart." Raja Maraya berkata dengan nada yang separa merayu. Ah, ini melemahkan! Tak, Farel. Kau kena selfish untuk hari ini. Persetankan Eshal, Angeline? Apa apalah nama perempuan tu! Kau tu cuti tiga hari aje. Ingat tu.

"Aku minta tolong Luqman yang bawa Eshal keluar. Tak payah risaukan dia" segera tangannya mencapai iPhone di dalam poket, mencari nombor telefon Raja Luqman lalu menghantar pesanan ringkas.

"Tapi—"

"Kau aku punya malam ni. No excuse" Farel keluar dari perut kereta, berjalan menghampiri kereta disebelah penumpang. Sling bag Raja Maraya yang sedari tadi berada di pangkuannya turut digalas di bahu. Dibuka pintu kereta untuk wanita itu.

"Jom" ajak Farel.

"You tak ada niat nak tolak I masuk gaung kan?" Raja Maraya memincingkan mata. Manalah tahu, Farel berdendam dengannya sebab tadi. Sudahlah dicekik. Rambut kena tarik lagi.

"Kalau aku tolak kau masuk gaung, aku akan terjun masuk gaung sekali. Kita mati sama sama" mudah Farel membalas. Hujung lengan baju Raja Maraya ditarik agar keluar segera.

"Ish, tak nak lah I mati sama sama dengan you. I lagi rela mati seorang diri" lagi lagi ayat memerli dikeluarkan. Entahlah, Mar. Kau memang tak kering idea kalau bab nak membahan aku.

Kaki mereka melangkah perlahan. Farel mengiring Raja Maraya ke tepi lereng. Memaparkan pemandangan yang begitu indah. Lampu yang merembes, memancar di lelangit gelap. Ia datang daripada tengah kotaraya. Kelihatan begitu cantik dari sudut ini. Tanpa sedar, Raja Maraya tersenyum.

"Mana you tahu tempat ni?" Soal Raja Maraya teruja. Adakah dia terlalu sibuk dengan kerja dan misi Black Angels sehinggakan tempat sebegini pun dia tak tahu kewujudannya?

"Kawan kawan aku beritahu. Port healing katanya" jawab Farel. Tangannya disilang kebelakang. Menikmati pemandangan yang sering menjadi tatapannya sejak beberapa tahun yang lepas.

"Rel"

"Hm?"

"Kenapa?"

Farel dan Raja Maraya berpandangan sesama sendiri. Farel bukan tak mengerti. Cumanya, dia keliru. Terlalu banyak persoalan yang sudah dia cipta untuk Raja Maraya. Soalan yang mana satu wanita ini tanya?

"Kenapa sekarang? Kenapa bukan 10 tahun lepas? Kenapa bukan lima tahun lepas?"

"Kau risau aku sukakan kau disebabkan penampilan kau yang berubah? Atau sebab kesian? Begitu, Mar?"

Ah, Farel memang pandai membaca fikiran orang. Atau muka Mar yang terlalu mudah dibaca?

"More and less" jawab Raja Maraya.

"Kalau aku datang dekat kau pada 10 hingga 5 tahun yang lepas, kau rasa kau akan jumpa Farel Ziyan yang sekarang ataupun kau jumpa Farel Ziyan yang masih bodoh dan tak ada otak?"

Membungkam. Raja Maraya tampaknya sedang berfikir.

"We met and separate for good 10 years. Bila kita dah bersedia, apa yang mengajar kita selama ini, akan menghasilkan satu lagi pertemuan. Sebab itu, aku ada di depan kau sekarang"

Mata mereka bersabung lama, sebelum Raja Maraya mula mengalihkan pandangan ke arah hadapan.

"Dalam masa sedekad, I educated myself. I reflex myself. And i regret for all of my words towards you, Mar. Selama kita berpisah, aku tak pernah berhenti fikirkan kau. Aku tahu, kau terkesan dengan kata kata aku selama 10 tahun ni"

Raja Maraya masih membisu.

"Take your time. Aku boleh tunggu. Jadi, jangan paksa diri" buat kali pertama, satu senyuman dipaparkan oleh Farel Ziyan. Begitu manis. Inilah pertama kalinya Raja Maraya melihat Farel tersenyum dengan begitu ikhlas.

Diperhatikan baik baik wajah kacak itu. Tak dinafikan, Farel tumbuh dewasa dengan begitu sempurna. Malah, niat mahu mempercayai lelaki ini begitu rapuh saat itu. Wajah sekacak ini, layak ke mahu berganding dengan wanita seperti aku?

"Susah untuk I percaya you." luah Raja Maraya dengan senyuman tipis. Biarpun keikhlasan lelaki ini terpancar, tetapi sakit dihatinya masih ada. Dan masih terasa.

Kepala diangguk. Farel mengerti.

"Tak apa, Mar. Aku faham. Tapi, aku akan dapatkan balik kepercayaan kau. Aku janji tu" senyum Farel. Ah, murah senyum pula aku malam ni. Mar, apa kau dah buat pada aku?


"NAH"

Satu bungkusan plastik yang berisi jajan dihulurkan kepada Raja Maraya. Tak jadi keluar dari kereta, Raja Maraya mengerutkan dahinya. Lah, bila masa pula semua benda ni ada dalam kereta? Setahunya, mereka tak singgah ke mana mana kedai runcit?

"Fikir I ni budak budak? You rasuah I ke apa ni?" Biarpun begitu, tangannya tetap menyabut huluran tersebut. Jauh disurut hatinya sudah bersorak riang. Siapa tak suka makanan?

"Bukan rasuah, tapi tanda terima kasih aku sebab kau sudi keluar dengan aku"

"Jajan je? Kalau I tahu you nak belanja I, I minta benda mahal mahal" cebik Raja Maraya. Sengaja menduga.

"Next time. Okay? Nanti aku belikan apa yang kau nak" tidak main main. Farel memang memaksudkannya.

"Ish, gurau je lah. Lagi satu, siapa nak keluar dengan you lagi? Tak hingin" Raja Maraya menggulingkan bebola matanya. Menyampah. Entah mereka akan berjumpa lagi ataupun tidak, Raja Maraya tidak tahu. Sosok tubuh wanita itu sudah keluar. Memasuki kawasan lobi. Memang sengaja Farel menghantar Mar terus ke rumahnya.

"Tak hingin, ya Mar?" Farel Ziyan tersenyum sinis ketika kunci kereta milik Raja Maraya dikeluarkan dari poket seluarnya.

"Mar, Mar. Kita tengok siapa cari siapa nanti"

iPhone dicapai pula. Dicari nombor Raja Maraya yang sempat diminta oleh Raja Luqman tadi. Memang Raja Luqman banyak membantunya. Akan aku balas jasa kau, Luq!

Segera, nombor itu didail, menunggu tuannya menerima panggilan.

"Hello, siapa ni?" Suara Raja Maraya menerjah telinga. Mar, mendengar suara kau saja sudah buat aku rindu separuh mati. Padahal, baru sahaja kita berpisah.

"Simpan nombor aku" ringkas arahan Farel. Keretanya dikemudi keluar dari perkarangan kondominum mewah itu. Manalah tahu, Mar turun balik. Satu hal dia nak menyorok kunci kereta Mar lagi. Baguslah dia beredar sekarang.

"Rel? You ke ni?" Suara Raja Maraya terdengar seperti tidak percaya.

"Ya, ini Farel, princess" senyum Farel melebar. Perlan bibir bawah digigit menahan rasa. Lagi lagi, Raja Maraya terkedu tidak berkata. Terkejut mungkin.

"M..macam mana you dapat nombor I? You curi buka phone I eh?" Turuh Raja Maraya. Bulu romanya sudah naik semuanya. Ah, aku ni assassin tapi dengan doktor tentera sahaja boleh membuatkan diri aku rasa terancam habis!

"Bukan setakat phone kau aku boleh curi buka. Hati kau pun aku boleh. Kau siap sedia je" usik Farel semakin berani.

"Rel, mana you belajar ayat ayat cliche ni? Macam budak sekolah baru nak up" kutuk Raja Maraya tanpa rasa bersalah.

Budak apa? Budak sekolah? Farel tak silap dengar?

"Kau mengaku ajelah kau dah kembang semangkuk sekarang ni Mar. Suara kau shaking lah sial" balas Farel geram.

"Kepala hotak you! Shaking apa benda?! Dalam phone kan. Ada vibration!" Balas Mar tak kurang geramnya.

"Kau carut aku, princess?!"

"You pun carut I! Ingat I nak diam lah? You fitnah I sekarang! Apa lagi you nak lawan? You yang start dulu!"

Farel mengehela nafas berat. Betullah orang kata. Berlawan mulut dengan perempuan memang kita tak akan menang.

"Ye lah Mar. Aku surrender. Menang lah menang" menyerah sajalah Farel.

"Bagus bagus. Macam inilah baru lelaki sejati. Lain kali stay in left" ujar Raja Maraya dengan suara yang jelas riak gembira.

"Stay in left? Kenapa?"

"Because woman is always right"

Tit

Talian dimatikan.

"Rel, taste kau memang perempuan sewel macam ni ke?" Soal Farel pada diri sendiri. Kepalanya digelengkan beberapa kali sebelum satu senyuman tersembul lagi diwajah.

Tanyalah seribu kali pun, jawapan Farel masih sama. Raja Maraya ialah satu satunya perempuan yang mula mencuri hatinya. Entah sejak bila. Mungkin ketika kejadian di Itali? Mungkin juga tempoh sedekad ini, hatinya dalam diam menyimpan rasa. Mungkin juga rasa itu muncul hari ini ketika di markas. Tak tahu. Yang pasti, dia nekad. Raja Maraya akan menjadi miliknya.

Continue Reading

You'll Also Like

93.5K 5K 49
[SERIES 1 : SOLACE LOVE] Leftenan Mikhael Russo. Jejaka bermata warna biru gelap yang jarang ditemui. Hidupnya ditemani senjata dan bahaya. Itu semua...
124K 11.4K 54
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
29.4K 1.6K 21
Tuan Erena Darlisya | Danny Arshad Tuan Ervan Darwish merupakan seorang pemilik syarikat terbesar di Malaysia dan dia dikenali oleh beberapa negara l...
369K 10.7K 96
Beautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila...