NADINE SOFEA

By sayamelur

321K 22.4K 1.6K

COMPLETED Nadine Sofea x Harlem Emmerson Nadine pendam cinta yang hadir sejak dulu demi menjaga hubungan yang... More

1 - NADINE SOFEA
2 - NADINE SOFEA
3 - NADINE SOFEA
4 - NADINE SOFEA
5 - NADINE SOFEA
6 - NADINE SOFEA
7 - NADINE SOFEA
8 - NADINE SOFEA
9 - NADINE SOFEA
10 - NADINE SOFEA
11 - NADINE SOFEA
12 - NADINE SOFEA
13 - NADINE SOFEA
14 - NADINE SOFEA
15 - NADINE SOFEA
16 - NADINE SOFEA
17 - NADINE SOFEA
18 - NADINE SOFEA
19 - NADINE SOFEA
20 - NADINE SOFEA
21 - NADINE SOFEA
22 - NADINE SOFEA
23 - NADINE SOFEA
24 - NADINE SOFEA
25 - NADINE SOFEA
26 - NADINE SOFEA
28 - NADINE SOFEA
29 - NADINE SOFEA
30 - NADINE SOFEA
31 - NADINE SOFEA
32 - NADINE SOFEA
33 - NADINE SOFEA
34 - NADINE SOFEA
35 - NADINE SOFEA
36 - NADINE SOFEA
37 - NADINE SOFEA
38 - NADINE SOFEA
39 - NADINE SOFEA
40 - NADINE SOFEA
41 - NADINE SOFEA
42 - NADINE SOFEA
43 - NADINE SOFEA
44 - NADINE SOFEA
45 - NADINE SOFEA
46 - NADINE SOFEA
47 - NADINE SOFEA
48 - NADINE SOFEA
49 - NADINE SOFEA
50 - NADINE SOFEA

27 - NADINE SOFEA

7.7K 501 37
By sayamelur

"Sial."

Sumpah Lilia perlahan. Memikirkan kejadian semalam menambahkan lagi api dalam kemarahan Lilia. Kalau saja dia berjaya melanggar Nadine semalam, mungkin dendamnya sudah diganti dengan rasa puas dan gembira.

Kenapa mesti Harlem menyelamatkan perempuan tak guna tu? Siap pegang tangan lagi?! Apa yang ada pada Nadine di mata Harlem hinggakan  sampai ke hari ini lelaki itu sukar melupakan Nadine?

Sedangkan dia jauh lebih baik, jauh lebih sempurna dari perempuan itu!

Sangkanya Harlem benar-benar membenci Nadine tapi kenapa lelaki itu masih rela menikahi Nadine juga?!

Huh!

'Tok!'

Bunyi ketukan pintu terasa menganggu. Dengusan kasar kedengaran di bibir sebelum Lilia dengan malas membuka pintu bilik tidurnya.

"Hm? Nak apa?" soal Lilia menjeling bibik di muka pintu.

Muka bibik takut-takut mahu menjawab.

"Cik Puan Qaseh minta saya panggilkan Cik Lilia ke bawah. Siap-siap nak makan malam sebab Tengku Harlem dalam perjalanan nak sampai ke sini."

"Oh my god! Harlem datang!" sorak Lilia tiba-tiba.

Sempat bibik melatah kuat kerana terlalu terkejut dengan suara nyaring Lilia tadi. Dadanya diurut perlahan.

Lilia segera menutup pintu untuk bersiap sedia mencantikkan diri di hadapan Harlem nanti. Kebetulan semalam dia ada beli baju baru. Tipu kalau Harlem tak tergoda. Ini Lilia lah!

Bibik melatah sekali lagi mendengar bunyi pintu itu dihempas kuat.

Kurang asam betul!

Dasar perempuan tak tahu malu!

"Tengku tu dah kahwin pun masih nak menggatal. Perempuan tak laku macam tu lah. Terdesak!" bebel bibik perlahan.

Dia sebenarnya tak berapa berkenan dengan Lilia. Di hadapan orang lain bukan main lagi malaikatnya. Tapi bila dengan pembantu rumah di dalam rumah agam milik Tengku Mazhar, macam dia pula yang permaisuri.

"Aunty Nadine!" suara Daisy menjerit dari bawah sampai ke tingkat atas kedengaran.

"Hi, budak comel." Nadine membawa Daisy ke dalam pelukannya sebaik dia dan Harlem melangkah masuk ke dalam rumah.

"Rindunya dekat aunty. Lama tak jumpa." Daisy masih seronok memeluk Nadine.

"Tak payah nak mengada lah, budak kecik!" Harlem di sebelah mencubit pipi Daisy.

Bukan main lagi dia dengan aunty Nadine dia tu kan? Kita dekat sebelah tak pandang langsung pun.

"Uwek!" Daisy menjelir lidah.

"Harlem, Nad. Lama dah sampai?" Tengku Mazhar muncul.

"Ayah. Baru saja sampai." Harlem segera menyalami ayahnya. Begitu juga Nadine.

"Daisy tolong panggil daddy dekat atas boleh sayang? Cakap uncle Harlem dengan aunty Nadine dah sampai." pinta Tengku Mazhar kepada Daisy.

Anak kecil itu melepaskan pelukan Nadine lalu menurut arahan datuknya.

"Har...!" suara teruja Lilia tersekat di kerongkong sebaik terlihat kelibat Nadine di situ.

Marah mula datang lagi. Malu pun ada apabila Tengku Mazhar juga bersama mereka.

Sangkanya Harlem datang seorang diri.

"Saya ke dapur sekejap. Nak panaskan lauk." pamit Nadine membawa bekas berisi lauk tomyam ayam yang dimasaknya di rumah tadi.

"Okay sayang." Harlem berlakon di hadapan ayahnya.

Walaupun Lilia tahu Harlem hanya berpura-pura, rasa cemburu itu tetap berjaya membakar hatinya. Tak mungkin Harlem semudah itu setuju untuk menikahi Nadine sedangkan tempoh hari Harlem sampai berbalah mulut dengan Tengku Mazhar menolak rancangan gila orang tua itu.

Sebaik melangkah masuk ke dapur, Nadine lihat beberapa orang pembantu rumah sibuk menyiapkan makan malam.

"Cik Puan, kenapa masuk dapur? Nanti Tengku marah kami." tegur salah seorang dari mereka.

"Saya nak panaskan tomyam ni." Nadine tunjuk bekas di tangannya.

"Sini saya buat, Cik Puan." pembantu rumah mahu mengambil bekas dari tangan Nadine namun dia mengelak.

"Tak apa. Saya boleh buat sendiri. Tak lama pun nak panaskan." tolak Nadine sopan.

Pembantu rumah tadi hanya akur mengangguk dan mula melangkah pergi untuk menghidangkan makanan di ruang makan.

"Nak pergi tandas pula." gumam Nadine sendiri setelah lama berdiri menunggu tomyam di dalam periuk menggelegak.

Nadine cuba tahan namun akhirnya dia mengalah sendiri. Tak memasal terkencing di dalam seluar nanti.

Kaki melangkah menuju ke tandas. Nafas lega dihembus setelah melepaskan hajat dan niatnya mahu bergerak ke dapur semula.

Melihat keberadaan Lilia di situ mematikan sebentar langkah Nadine. Sempat mata mereka bertentangan sebelum Lilia dengan wajah angkuhnya berjalan keluar dari dapur.

Nadine buat tak kisah. Dia memang tahu dari dulu lagi Lilia memang tidak menyukainya.

Api dapur di tutup setelah melihat tomyam menggelegak lalu dituangkan ke dalam mangkuk sederhana putih.

Nadine bawa mangkuk tadi dengan berhati-hati sehingga ke ruang makan.

"Ayah paling tak sabar nak makan tomyam yang Nadine buat." beritahu Tengku Mazhar setelah melihat Nadine muncul.

Semua orang sudah berada di meja makan.

"Kalau tak sedap ayah jangan marah ya." jawab Nadine sengih. Dia bukannya pandai masak sangat pun.

"Mesti sedap. Dulu, Harlem selalu puji masakan Nadine. Kan Harlem?"

Mendengar saja cerita ayahnya itu, Harlem lantas tersedak air sampai terbatuk-batuk.

"Apa ayah ni?" suka betul bagi malu dia. Depan Nadine pula tu.

Sempat mata menjeling Nadine yang tersenyum sendiri di sebelah. Suka lah tu.

"Memang betul pun. Bukan ayah saja buat cerita. Sampai kalut bibik nak buat bubur ayam yang macam Nadine masak dulu." tambah Tengku Mazhar membuatkan wajah Harlem bertambah merah.

Harlem di sebelah hanya mampu mendiamkan diri menahan malu. Lagi nak jatuhkan saham dia ayah ni.

Nadine di sebelah memandang Harlem pula. Mata mereka bertemu.

"Nanti saya masakkan bubur untuk awak ya."

Harlem tunduk menyembunyikan senyuman. Tak tahu kenapa dia rasa seronok dengar Nadine kata begitu.

Lilia yang dari tadi menjadi pendengar setia hanya mampu mengutuk dalam hati. Kenapa dia harus berada di sini mendengar perbualan yang menyakitkan hati itu.

Sepatutnya dia yang menjadi tumpuan. Bukan Nadine tak guna tu.

"Kan ayah dah kata, tomyam ni mesti sedap-"

Tiba-tiba sudu di tangan Tengku Mazhar terlepas dari tangan. Wajah orang tua itu merah dengan tangan memegang leher.

"Ayah!" serentak Harlem dan Hardy bangun mendekati Tengku Mazhar.

Mereka lain juga turut gelabah.

"Bik, call ambulance!" jerit Hardy.

Tengku Mazhar terus pengsan di kerusinya menambahkan kerisauan Harlem dan Hardy.

"Ayah!" pipi Tengku Mazhar ditepuk.

"Kenapa ayah-"

"Uncle alergik udang kan?"

Lilia menilik mangkuk milik Tengku Mazhar yang berisi tomyam.

Semua mata pantas terarah ke arah Nadine.






















* * * * *

Pipi yang kering Nadine basahkan lagi dengan air matanya. Hati tidak henti menyalahkan diri sendiri walau Nadine percaya semua ini bukan berpunca darinya.

Nadine sendiri yang memasak tomyam itu jadi tak mungkin Nadine meletakkan udang ke dalam tomyam itu tadi.

Lagipun sebelum ini Nadine memang tahu bapa mertuanya ada alergik udang.

"Takkan you tak tahu uncle alergik udang? Dia memang dah sakit dan you nak tambah sakit dia lagi ke, Nad? You tak kesiankan Harlem?"

"Ke you memang sengaja letak udang tu? Family you kan memang suka tengok orang lain menderita."

Sindiran Lilia itu tidak setanding sakitnya berbanding melihat pandangan Harlem ke arahnya.

Wajah Harlem kosong tapi Nadine tahu Harlem sedang membunuhnya di dalam hati. Pasti Harlem makin membenci dia.

Jadi kerana itu, Nadine mengasingkan diri daripaea semua orang. Keberadaannya bersama keluarga Harlem di tempat menunggu hanya menganggu perasaan orang lain. Lagi-lagi Harlem. Dia enggan mengeruhkan lagi keadaan.

Nadine hanya mampu berdoa agar tiada yang buruk akan berlaku pada Tengku Mazhar.

"Puas aku cari kau."

Suara Harlem buat Nadine terkejut.

Nadine seka air matanya namun kepala tetap tunduk. Takut mahu menatap wajah marah Harlem.

"Ayah dah sedar." beritahu Harlem lagi.

"He's fine."

Nadine menghembus nafas lega. Dalam hati tidak henti Nadine mengucapkan syukur.

"Kenapa tak nak tengok muka aku?" soal Harlem tidak dapat menahan diri dengan perilaku Nadine.

Gadis itu langsung tidak mahu memandang ke arahnya walau sedikit.

"Saya minta maaf." ucap Nadine perlahan.

Harlem pasti bosan mendengar kata maaf darinya.

"Untuk apa?"

Nadine diam sejenak mengatur kata. Tipu kalau Harlem tak tahu kata maaf tadi untuk apa.

"Sebab saya, ayah masuk hospital. Saya minta maaf sangat-sangat, Harlem." Nadine menangis lagi.

Tak tahu lagi dah bagaimana Nadine mahu menjelaskan kepada Harlem bahawa maafnya ini benar-benar tulus dari hati.

"Jadi sebab ini kau lari? Memang kau yang-"

"Tak, bukan saya." pintas Nadine. Kepalanya yang tunduk menjadi tegak.

"Bukan saya yang letak udang tu. Sumpah! Saya kenal ayah dari dulu. Dia alergik udang. Saya tahu. Kenapa pula saya nak cederakan ayah? Saya sayang dia macam ayah saya sendiri. Tolong percayakan saya kali ini, Harlem. Bukan saya yang buat." jelas Nadine dengan iringan air mata yang makin deras.

Harlem diam merenung wajah Nadine yang basah dengan tangisan. Mata mereka saling lekat untuk sesaat.

"Sini." perlahan tangan Nadine diraih.

Gadis itu lantas dibawa ke dalam pelukannya. Nadine sempat kaget dengan perbuatan Harlem namun dia biarkan saja.

"Aku tak tuduh kau. Aku tahu bukan kau yang buat." belakang Nadine diusap perlahan.

Kali ini air mata mengalir kerana terharu.

Terharu kerana untuk kali ini Harlem percaya padanya. Pelukan lelaki itu dibalas erat.

"Thanks." ucap Nadine ringkas.

Perlahan Harlem meleraikan pelukan mereka. Jarinya menyeka air mata Nadine yang masih tersisa.

"Lapar?" soal Harlem tiba-tiba. Lelaki bernama Harlem ini memang seorang yang random.

"Saya nak jumpa ayah." jawapan Nadine langsung tidak menjawab soalan Harlem.

"Ayah tengah tidur. Lagipun ada abang Hardy teman ayah sekarang."

"Kita makan dulu okay?" tanya Harlem lagi.

"Saya tak lapar." Nadine geleng kepala.

"Tapi aku lapar. Tak nak makan pun tak apa. Janji teman aku makan. Boleh?" pinta Harlem.

Tengok muka Harlem pun tahu dia sedang keletihan dan lapar. Kesian juga.

Nadine angguk setuju. "Boleh."

Bibir Harlem mengoyak senyuman nipis. Nadine cair sebentar. Lamanya tak tengok lelaki muka serius ini senyum. Masih kacak seperti dulu.

"Awak nak makan dekat mana? Malam-malam macam ni kafe hospital buka lagi tak?"

Nadine dan Harlem mula membuka langkah.

Tanpa sedar Harlem raih tangan Nadine dan di bawa ke dalam genggamannya sambil mereka berjalan beriringan.

Jantung Nadine menari lagi. Kenapa dengan Harlem malam ini?

"Buka rasanya. Kalau tutup pun takpe sebab tadi ada orang tu offer nak masak bubur ayam kan?"

Nadine ketawa kecil.

"Tapi tak valid untuk malam ni. Lama tu nak tunggu bubur siap. Nanti awak tertidur pula."

"Kalau bubur sedap macam tu, semua orang sanggup tunggu." balas Harlem bersahaja.

"So betullah ni bubur yang saya buat memang sedap? Awak tak pernah puji depan saya." Nadine jadi teruja.

Sepanjang Nadine dan Harlem berkawan, sekalipun Harlem tidak pernah memuji masakan Nadine. Tapi setiap kali Nadine masak, pasti semuanya licin jadi Nadine anggap Harlem memang suka dengan semua masakannya.

"Hm, bolehlah."

"Hm, bolehlah."

Nadine ajuk Harlem.

"Hey, mulut tu. Cubit kang." pipi Nadine ditarik.

Nadine ketawa mengekek.

"Harlem."

Suara panggilan dari belakang mengendurkan tawa Nadine serta menghentikan langkah mereka.

Serentak Nadine dan Harlem berpaling ke belakang.

"Lilia? You tak balik lagi?"

Lilia datang menghampiri pasangan suami isteri itu.

"I nak you hantar I balik boleh? You tahu kan I rabun malam. Abang Hardy jaga uncle. So I minta tolong you. Boleh kan?" pinta Lilia.

Matanya sempat menjeling Nadine.

Harlem diam sejenak.

Dia dan Nadine saling berpandangan.

Nadine sudah dapat mengagak. Pasti Harlem memilih Lilia berbanding dia. Situasi begini tak ubah seperti 10 tahun yang lalu. Dan rasanya masih sesakit dulu.

"Awak hantar Lilia dulu. Nanti saya tunggu di sini." beritahu Nadine bersama hatinya yang sedang berdarah.

"Kau teman aku hantar Lilia balik. Lepastu kita terus pergi makan. Okay?"




















-the end of chapter 27-

Continue Reading

You'll Also Like

7.1K 392 11
-𝕷𝖎𝖌𝖍𝖙 𝕽𝖔𝖒𝖆𝖓𝖈𝖊 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘- Simple and short story by @lazysya AILEEN KEISHA KHALISH ANAQI - "And I Ada minta you jadi wedding planner...
2.1M 39K 53
Demi kesempurnaan, Armaya sanggup meninggalkan Zaquan iaitu lelaki yang benar-benar mencintai dirinya. Namun, kesempurnaan yang dicari bertukar deri...
571K 12.6K 57
Kerana sayang aku telah menyakitinya Kerana sayang aku mengejar cintanya Kerana sayang aku menyimpulkan cinta kami "Tadi tu siapa? Jantan mana!!!" D...
811K 19.6K 34
Cinta aku tak ada undang-undang. Cause all of me loves all of you.