NADINE SOFEA

By sayamelur

321K 22.4K 1.6K

COMPLETED Nadine Sofea x Harlem Emmerson Nadine pendam cinta yang hadir sejak dulu demi menjaga hubungan yang... More

1 - NADINE SOFEA
2 - NADINE SOFEA
3 - NADINE SOFEA
4 - NADINE SOFEA
5 - NADINE SOFEA
6 - NADINE SOFEA
7 - NADINE SOFEA
8 - NADINE SOFEA
9 - NADINE SOFEA
10 - NADINE SOFEA
11 - NADINE SOFEA
12 - NADINE SOFEA
13 - NADINE SOFEA
14 - NADINE SOFEA
15 - NADINE SOFEA
16 - NADINE SOFEA
17 - NADINE SOFEA
18 - NADINE SOFEA
19 - NADINE SOFEA
20 - NADINE SOFEA
21 - NADINE SOFEA
22 - NADINE SOFEA
23 - NADINE SOFEA
24 - NADINE SOFEA
25 - NADINE SOFEA
27 - NADINE SOFEA
28 - NADINE SOFEA
29 - NADINE SOFEA
30 - NADINE SOFEA
31 - NADINE SOFEA
32 - NADINE SOFEA
33 - NADINE SOFEA
34 - NADINE SOFEA
35 - NADINE SOFEA
36 - NADINE SOFEA
37 - NADINE SOFEA
38 - NADINE SOFEA
39 - NADINE SOFEA
40 - NADINE SOFEA
41 - NADINE SOFEA
42 - NADINE SOFEA
43 - NADINE SOFEA
44 - NADINE SOFEA
45 - NADINE SOFEA
46 - NADINE SOFEA
47 - NADINE SOFEA
48 - NADINE SOFEA
49 - NADINE SOFEA
50 - NADINE SOFEA

26 - NADINE SOFEA

6.5K 491 29
By sayamelur

Suasana gelap menyambut kedatangan Harlem. Suis lampu ditekan mahu menerangi ruang tamu sebaik saja melangkah masuk ke dalam rumah.

Harlem menghayun kaki perlahan untuk naik ke tingkat atas. Tak sabarnya nak baring untuk melepaskan segala lelah setelah memaksa tubuh dan otak bekerja hari ini.

Namun, langkahnya mati setelah terlihat sekujur tubuh Nadine sedang nyenyak tidur di atas sofa. Tak mungkin Nadine tunggu dia balik? Dia bukan Ezra.

Tanpa sedar, kaki Harlem membawanya mendekati Nadine di sofa. Punggung perlahan direbahkan di sebelah Nadine. Lama sepasang matanya menatap wajah Nadine. Seronok pula tengok muka Nadine sedang tidur.

Tenang dan comel macam dulu. Senyuman kecil hadir di bibir.

Telefon bimbit di dalam genggaman Nadine, di ambil perlahan supaya Nadine boleh tidur dengan lebih selesa. Mata tertarik melihat warna kemerahan yang ada pada lengan putih Nadine.

Kuat sangat ke dia genggam lengan Nadine tadi? Patutlah gadis itu tak berhenti mengadu sakit sepanjang Harlem mengheret Nadine mengikutinya tadi. Rasa serba salah mula mengganggunya lagi.

Rambut kusut diraup ke belakang sebelum Harlem bergerak ke dapur. Tangan mengambil first aid kit di dalam laci lalu melangkah semula ke ruang tamu.

Harlem sapu ubat di lengan Nadine yang merah tadi dengan perlahan-lahan.

"Awak buat apa?"

Automatik ubat di tangan Harlem terpelanting jauh kerana terlalu terkejut walaupun suara Nadine perlahan menjengah di telinganya.

Terasa wajah Harlem memerah padam dan dengan pantas dia berdiri mahu melangkah pergi dari situ.

"Awak buat apa tadi?" soal Nadine lagi. Dia jadi curiga. Mana taknya, celik saja mata tiba-tiba wajah kacak Harlem menjadi pemandangannya yang pertama.

"A-aku tengah cari barang." tipu Harlem sambil buat-buat melilau mencari barang di sekeliling ruang tamu.

"Barang apa?" Nadine tidak berhenti bertanya. Kepalanya juga ikut bergerak.

"Tak payah sibuk. Barang aku kan? Bukan barang kau." jawab Harlem menjeling Nadine.

Bibir Nadine mencebik geram. Menyampah nya! Orang tanya sikit pun nak marah. Period ke apa?

Nadine segera bangkit dari situ sebelum perang tercetus lagi. Kini, dia dengan Harlem memang pantang bertemu. Semua benda nak buat gaduh. Contohnya macam sekaranglah. Orang tanya elok-elok pun terus nak jadi singa. Pelik betul.

"Aku nak keluar makan. Pergi siap cepat." beritahu Harlem tiba-tiba.

Tiada angin, tiada ribut.

Nadine berpaling semula menghadap Harlem.

"Saya dah kenyang. Nak sambung tidur lagi." jawab Nadine selamba. Sisa kantuk masih terasa.

Lagipun jam sudah hampir menunjukkan pukul 11 malam. Tak laratlah nak keluar rumah semata-mata nak makan saja. Masak maggi lah! Lagi senang.

"Aku peduli apa. Hutang aku semalam kau belum bayar."

Nadine bertambah hairan.

"Hutang apa pula ni?" rasanya dia tidak pernah meminjam duit satu sen pun dekat Harlem. Hutang apa yang dia maksudkan?

Sempat Nadine berfikir panjang.

"Nasi goreng semalam tu bukan free. Aku nak kau bayar. Jadi malam ni kau kena belanja aku makan." sebut Harlem selamba.

Terlopong mulut Nadine.

Dengan nasi goreng yang tak seberapa itu pun nak berkira?! Harlem ni memang betul-betul manusia ke apa?

"Pergi siap cepat. Aku tunggu dalam kereta. Lambat, aku heret nanti." pesan Harlem menyakitkan lagi hati Nadine.

Mata menjeling tajam Harlem sebelum Nadine memaksa kaki melangkah naik ke atas untuk bersiap.

Dia tidak ada pilihan lain selain dari menurut. Orang sudah menagih hutang jadi Nadine harus membayar. Lagipun Nadine mesti selalu sedar diri. Tak mungkin setiap layanan Harlem padanya sebaik seperti yang dia sangka semalam.
















































* * * * *

Suasana diselubungi sepi sepanjang pemanduan Harlem sehingga mereka tiba di destinasi yang hendak dituju.

Kepala Nadine sedikit tunduk mahu memerhati sebuah kedai yang terletak di tepi jalan kecil sebaik kereta Harlem berhenti di situ.

Dia sangat kenal kedai makan ini.

Dulu Harlem sering membawanya ke sini lepas mereka menyiapkan kerja sekolah atau pulang menghadiri kelas tambahan.

Tak sangka selepas 10 tahun, kedai makan ini masih ada dan sama seperti dahulu.

"Tak nak keluar?" soal Harlem sedikit memeranjatkan Nadine.

Segera Nadine membuka tali pinggang keledar dan turun dari perut kereta. Nadine hanya diam membuntuti Harlem dari belakang sehingga mereka tiba di sebuah meja.

Usai duduk, mereka berdua terus didatangi pelayan kedai makan.

"Eh, ini kawan Harlem yang selalu datang sini juga dulu kan?" wajah makcik Kesuma a.k.a tuan empunya kedai makan menyoal.

Nadine senyum kecil dan mengangguk. Iya, dia ingat makcik ini. Ramah sangat orangnya. Tak mungkin Nadine boleh lupa.

"Nadine kan namanya?" tebak makcik Kesuma lagi. Suaranya kedengaran teruja.

"Iya. Tak sangka makcik masih boleh ingat saya. Rasa macam dah lama saya tak datang kedai ni lagi." jawab Nadine begitu ramah.

Suasana kedainya pun masih tetap sama. Langsung tidak berubah.

"Mana boleh makcik tak ingat perempuan cantik macam Nadine ni. Anak teruna makcik si Ilham tu dulu selalu tanya mana pelanggan makcik yang comel tu lama dah tak datang kedai ni. Kalau dia ada sekarang, mesti dia seronok tengok Nadine datang hari ni." cerita makcik Kesuma sampai lupa mahu mengambil pesanan pelanggannya.

Asyik sangatlah tu berjejak kasih.

"Oh ya, abang Ilham. Lama Nadine tak dengar berita dia? Abang Ilham buat apa sekarang?" soal Nadine pula.

"Ilham sekarang dekat-"

"Makcik, boleh ambil order sekarang?" pintas Harlem laju.

Aku datang sini nak makan, bukan nak ber-abang-abang Ilham pula!

Makcik Kesuma menutup mulut sambil tertawa kecil. Lupa pula ya?

"Maaf, Harlem. Makcik seronok sangat. Lama dah tak jumpa Nadine. Kamu lah tak pernah bawa Nadine datang sini lagi. Setiap hari datang kedai makcik asyik sorang-sorang je. Bawa kawan macam ni kan bagus. Ada juga teman borak." ujar makcik Kesuma panjang lebar.

Harlem hanya buat muka kosong sambil menyelak buku menu di tangan. Malaslah nak layan makcik Kesuma. Nanti meleret lagi ceritanya.

"Saya nak yang macam biasa ya, makcik." beritahu Harlem.

Makcik Kesuma tahu makanan yang selalu di pesannya di sini adalah nasi goreng daging dengan milo ais.

"Saya nak nasi putih. Tomyam seafood. Air kosong satu." Nadine lalu menyerahkan buku menu kepada makcik Kesuma.

Sebaik wanita itu melangkah pergi, suasana jadi senyap semula.

Nadine rasa kekok lagi. Sama macam dalam kereta tadi. Harlem tak apalah. Lelaki itu ada iphone canggihnya untuk membuang rasa bosan atau janggal mereka.

Tapi Nadine nak kena buat apa? Sudahlah telefon bimbitnya rosak. Takkan nak tolong makcik Kesuma masak di dapur kut? Dah buang tabiat ke apa?

"Kau kenal Ilham?" pertanyaan dari mulut Harlem sedikit memeranjatkan Nadine yang duduk di hadapan.

"Hm." Nadine angguk perlahan.

"Dia kan senior kita masa di sekolah dulu? Lagipun kitaorang dalam kelab yang sama. Jadi saya kenal dia." jawab Nadine.

"That's why lah panggil Ilham pun abang." geli betul telinga Harlem mendengarnya tadi. Menyampah pun ada.

"Sukahati lah. Bukan ganggu awak pun kan?" Nadine mengguling mata ke atas.

Beginilah Harlem. Semua benda yang dia buat memang tak kena langsung di mata lelaki itu.

"Yup, it really bothers me." bicara Harlem lancar.

Mukanya jadi serius memandang Nadine di hadapan membuatkan Nadine menjadi tidak senang duduk.

Pantas Nadine membuang pandangan ke arah lain. Mata Harlem seakan hampir berjaya membunuhnya.

"Makanan dah siap." kehadiran makcik Kesuma melegakan Nadine.

Masing-masing sedang fokus makan. Tak sangka rupanya Nadine lapar. Nasib baik Harlem memaksanya keluar makan tadi. Kalau tidak pasti dia kebulur di rumah seorang diri.

Barang dapur pun lupa di beli siang tadi sebab terlalu sibuk bergaduh dengan Harlem.

Makanan dan minuman licin dijamah. Nadine bersandar di kerusi kerana terlalu kenyang. Masakan makcik Kesuma masih sedap seperti dulu.

"Jom balik. Esok aku ada meeting awal pagi." Harlem pantas berdiri lalu melangkah keluar dari kedai.

Nadine singgah ke kaunter terlebih dahulu untuk membayar makanan mereka. Nak bayar hutang kan?

"Makcik, nak bayar." kata Nadine sambil sibuk tunduk mencari dompet kecil di dalam tote bag.

"Harlem dah bayar tadi. Nak bayar lagi buat apa?" sahut makcik Kesuma tertawa kecil.

Eh? Kepala Nadine terus tegak.

Kata tadi nak kita belanja? Nadine menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Lain kali datang Nadine datang lagi ya? Seronok makcik malam ni dapat jumpa Nadine lagi." makcik Kesuma sentuh bahu Nadine.

Gadis itu senyum sambil mengangguk laju. "Iya, makcik."

Setelah pamit, Nadine bergerak ke kereta Harlem. Pasti lelaki itu sudah menunggu di dalam kereta.

Belum sempat Nadine tiba di kereta, cahaya lampu mula mendekati Nadine dan serentak kepalanya berpaling ke arah cahaya itu. Sebuah kereta semakin laju menghampiri Nadine. Kakinya pula tidak terdaya untuk melarikan diri dan seolah pasrah di situ menunggu kematian menjemputnya.

Terasa tubuh ditarik kuat dari belakang.

"Kau dah gila ke?" suara Harlem menerpa di gegendang telinga Nadine.

Kepala Nadine mendongak memandang wajah Harlem. Otaknya tiba-tiba rasa kosong. Walaupun begitu, jantung Nadine berdegup kencang selepas melihat kematian berada dekat di hadapan matanya.

Dia masih hidup kan sekarang?

"Kau okay tak, Nadine?" suara marah Harlem berubah risau setelah melihat wajah Nadine pucat. Apatah lagi apabila dia dapat merasakan tangan Nadine kesejukan di dalam genggamannya.

"Kita pergi hospital." segera Nadine mahu ditarik masuk ke dalam kereta.

"S-saya okay." tolak Nadine lembut.

Degup jantungnya kian beransur reda.

"Kau buat apa pergi tengah jalan? Aku park kereta dekat sini. Bukan dekat seberang jalan." ada sedikit marah dalam nada suara Harlem. Mana taknya, rasa hampir tercabut jantung Harlem melihat Nadine hampir dilanggar kereta tadi.

Nadine nak bunuh dia ke?

"Maaf, saya tak ingat." terketar-ketar suara Nadine. Bola mata mula berkaca.

Ah, sudah! Nadine menangis lagi disebabkan dia.

Harlem meraup rambut ke belakang. "Dah jom, kita balik."

Tangan Nadine diraih semula dan memimpin isterinya masuk ke dalam kereta. Siap tolong buka pintu lagi tu. Mimpi apa entah.

Nadine memejam mata sebentar cuba menenangkan hati. Itu pertama kalinya dia merasakan pengalaman hampir di langgar sebuah kereta. Jadi, Nadine rasa trauma seketika.

"Kalau tak okay aku boleh bawa kau pergi hospital sekarang." beritahu Harlem di sebelah setelah melihat Nadine dari tadi asyik termenung macam roh belum pulang ke jasad.

Nadine menggeleng. "Tak perlu. Saya okay. Tak luka mana-mana."

Keluhan berat keluar di bibir Harlem. Degilnya!

"Terima kasih untuk tadi." ucap Nadine perlahan. Sempat matanya menilik Harlem sedang memandu di sebelah.

Ucapan terima kasih Nadine hanya di balas sepi.

"Saya dah hutang awak dua kali. Satu hutang makan. Satu lagi hutang nyawa. Saya harap saya sempat bayar semua hutang awak sebelum kita bercerai nanti." bicara Nadine penuh harapan.

Harlem masih diam. Cuma air mukanya saja yang berubah keruh.

Pedal minyak ditekan lebih laju.

Entah kenapa hati jadi sakit mendengar sebaris kata 'bercerai' itu.










Maaf sebab buat kalian menunggu dan merindu





-the end of chapter 26-

Continue Reading

You'll Also Like

23.6K 2.7K 13
Armani Fairy x Darrell Raed Yang tidak ditakdirkan untukmu, Akan menemukan caranya untuk hilang. Yang ditakdirkan untukmu, Akan menemukan jalannya...
5.2M 77.5K 75
Dipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti be...
5.4M 109K 87
[C O M P L E T E D] My second babies 。 •́ ⚈ ( SILENT ) ⚈ •̀ 。 *** Sinopsis soon *** Start ; 01 June 2016 End ; 4 April 2020
462K 11.8K 72
Hayden Nashreen & Ardell Risa 2021