Peluang Kedua Buatku [𝒸]

Per oniriquefairytale

4.9M 239K 43.4K

In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh... MΓ©s

Part 1 (edited)
Part 2 (edited)
Part 3 (edited)
Part 4 (edited)
Part 5 (edited)
Part 6 (edited)
Part 7 (edited)
Part 8 (edited)
Part 9 (edited)
Part 10 ( edited)
Part 11 (edited)
Part 12 (edited)
Part 13 (edited)
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Special chapter (1)
Special chapter (2)
Special chapter (3)
Special chapter (Eid)

Part 28

65.8K 3.6K 796
Per oniriquefairytale

Gear tangan dinaikkan sebelum Haura turun dari perut kereta. Masuk sahaja ke perkarangan rumah Amsyar, nampak kereta Myvi berwarna putih. Dalam hati terdetik mungkin rakan Puan Khadijah agaknya. Seperti yang disebut Amsyar beberapa hari lepas.

"Assalamualaikum.."

Kaki melangkah sahaja ke dalam rumah, nampak Puan Khadijah bercakap dengan seorang perempuan. Mesra sungguh, penuh dengan gelak tawa. Gelak tawa yang sudah jarang Haura dengar.

"Assalamualaikum, mama—" Tangan Haura mencapai tangan mertua di atas meja makan untuk dikucup belakang tangan.

"Buat apa dekat sini, Haura?" Cepat Puan Khadijah menarik tangannya daripada genggaman menantu.

"Haura ingat nak teman mama sementara abah ada kursus ni. Haura dah minta izin abang dah!" Lebar senyuman Haura memandang mak mertua sebelum anak mata dialihkan pada tetamu. "Hai! Haura,"

"Ameera," Ameera berjabat dengan tangan Haura, sambil dia sibuk menilai rupa pasa Haura yang cukup cantik.

"Haura kenal ke dengan Ameera? Dulu, Amsyar suka sangat tau dengan Ameera ni." Puan Khadijah bersuara.

"Oh, abang Am tak pernah cerita pula dekat Haura.. mungkin tak penting sangat. Haura naik atas dulu, mama." Beg galas kecil dibetulkan dalam genggaman sebelum melangkah ke birai tangga.

"Amsyar dulu berniat nak buat Ameera ni jadi isteri." Sengaja Puan Khadijah meninggikan suara. Takut Haura tak dengar pula kalau perlahan.

"Tak ada jodoh, mama." Balas Haura berserta dengan senyuman sebelum dia naik ke bilik.

Katalah apa pun, sebelum dia terima lamaran Amsyar, dari awal lagi dia pasang niat untuk percayakan Amsyar lebih daripada mulut orang. Pengakhirannya memang dia juga yang tidur satu katil dengan Amsyar. Jika ada perasaan ingin tahu, syak wasangka, pada siapa lagi yang dia sepatutnya bertanya melainkan dengan suaminya sendiri. Macam mana Amsyar terimanya dengan kisah silamnya, macam tu jugalah dia belajar untuk terima kisah Amsyar biarpun ada yang masih belum diceritakan.

Lama Haura duduk di bilik. Hendak turun, dari tadi dia dengar Puan Khadijah berborak dengan Ameera. Rindu pula hendak berborak dengan mak mertua. Entah apa silapnya sehinggakan Puan Khadijah tarik muka sampai begini.

Malam menjengah tiba, langkah Haura laju menuruni anak tangga. Hendak menyediakan makan malam untuk dirinya dan mertua. Tiba di dapur, kosong. Sunyi sepi. Dalam pada dia leka mengambil bahan-bahan yang diperlukan, Puan Khadijah bersuara. Entah datang dari mana.

"Buat apa kat dapur mama?"

"Oh, mama! Haura nak masak makan malam. Tadi Haura jumpa resepi ni, ingatkan—" Semangat Haura ingin bercerita sebelum dipotong Puan Khadijah.

"Tak payah. Mama tak lapar pun."

"Mama makanlah sikit, nanti—"

"Mama tak suka Haura pegang barang barang dekat dapur mama." Tegas Puan Khadijah. Panas sahaja hatinya bila nampak Haura menyentuh segala perkakas masakannya tanpa izin.

"Haura— Haura minta maaf.." Tangan pada papan pemotong jatuh ke sisi peha.

"Kamu ingat kamu siapa? Tuan besar dalam rumah ni? Sebabkan Amsyar lebihkan kamu daripada mama?"

"Haura cuma nak masak makan malam untuk mama.."

Tersentak Haura bila Puan Khadijah menghentak papan pemotong tadi ke sinki. Bunyi kuat seakan terbelah dua papan tersebut. "Aku jijik dengan kamu, Haura. Jijik dengan perangai kamu yang berlagak baik bagaikan malaikat depan aku."

"Haura—"

"Aku tak rela kamu jadi menantu aku! Aku tak rela anak aku memperisterikan perempuan yang tak reti jaga maruah diri!" Kuat suara Puan Khadijah memecah kesunyian rumah. Sedikit pun  tidak memberi ruang untuk Haura membuka mulut.

"Kau cakap apa pada anak aku sampaikan dia sanggup gadai masa depan dia hanya untuk jadi pak sanggup untuk kau!"

Perlahan tangan Haura memaut kedua belah tangan mak mertua. Kepala tertunduk, tak sanggup untuk bertembung anak mata dengan Puan Khadijah. "Haura minta maaf.."

"Naiklah ke bilik kamu, Haura. Jangan turun dah. Mama lebih rela berborak dengan Ameera daripada kamu.."

Tangannya yang ditolak Puan Khadijah dibawa ke muka, di lap kedua belah pipi yang basah dengan air mata. Niatnya untuk makan malam berdua dengan mak mertua sekian lama tadi dilupakan terus.

"Esok kawan mama nak datang. Kamu jangan turun. Mama malas nak cerita pasal kamu dekat dia orang. Nanti nama anak mama Amsyar juga yang jadi mangsa." Pisau, papan pemotong tadi terus dibasuh Puan Khadijah biarpun tidak digunakan sekalipun.

Sampai sahaja di bilik, lemahnya kaki Haura sehinggakan dia jatuh melutut pada birai katil, teresak-esak dia menangis hingga terlelap dalam posisi bersimpuh, kepala sahaja dilentokkan pada katil. Bunyi telefon bimbit berdering pun tidak mampu mengejutkan Haura pada malam tu.

"Haura tidur dah, sayang? Abang call tak angkat pun?"

Sekali lagi telefon Haura berdering namun dibiarkan tergantung tanpa diangkat.

"Good night, sayang. I miss you."

••

Sedar sahaja, jam menunjukkan pukul 11. Cepat Haura bangun, membawa diri ke bilik air untuk mengambil wudhu, menyegerakan solat Subuh yang terlepas pagi tadi. Selesai sahaja mandi, baru dia sempat tengok telefonnya yang lama terbiar atas katil.

Basah birai mata bila dibaca mesej daripada Amsyar. Biarpun baru sehari tak bercakap.

"Haura tertidur semalam. Rindu abang.."

Daun pintu dibuka, dengar suara Puan Khadijah berborak dengan beberapa rakannya. Bukan niat dia hendak ingkar arahan mak mertua tapi kali terakhir dia menjamah makanan adalah sebelum dia tinggalkan rumah papa. Dari bangun tadi, perutnya sudah berbunyi.

Baru setengah anak tangga diambil, tangannya direntap Puan Khadijah, ditarik semula ke dalam bilik. Geram. Nasib baiklah dia perasan Haura turun sebelum rakan-rakannya.

"Eh, kamu tak ingat ke apa mama pesan?!"

"Haura lapar, mama. Bagi Haura turun makan sekejap, boleh? Nanti Haura naik atas balik."  Perlahan suara Haura meminta kebenaran.

"Degil lah kamu ni! Duduk diam diam dalam bilik lah!" Daun pintu ditutup rapat dan dikunci dari luar. Enggan kawannya bersua muka dengan Haura, nanti panjang lebar pula diberi alasan mengapa dibenarkan kahwin dengan Amsyar. Tak pasal-pasal nama Amsyar pula yang buruk.

"Mama.. Haura lapar.." Perlahan daun pintu diketuk, lama menunggu Puan Khadijah untuk buka pintu. Tanpa sedar, berejam sudah dia duduk menyandar si dinding. Terpaksa juga dia bangun bila kakinya mula kebas.

Selesai Isyak, Haura berpaling semula pada daun pintu. Dari tengahari dia tunggu bunyi kunci namun sunyi sepi. Tangannya dibawa ke perut yang mula memulas dan pedih sejak petang tadi. Dalam pada dia sibuk menoleh pada arah daun pintu, ternampak dua bekas mentos sour mix Amsyar pada meja sisi katil. Cepat tangan mencapai dua bekas tersebut. Penutup dibuka sahaja, ringan bibir Haura tersenyum bila dia perasan Amsyar telah mengasingkan semua warna merah jambu pada satu bekas.

Sedang dia sibuk mengunyah gula gula dari atas katil, telefonnya berdering. Kali ini cepat dia menjawab panggilan tersebut.

"Abang!"

"Sayang makan apa tu?" Muncul sahaja muka Haura di skrin telefon, nampak mulut Haura sibuk mengunyah sesuatu.

"Haura makan gula gula abang." Bekas gula gula dibawa ke kamera.

"Mama...okay?" Semalam dia tak sempat hendak berbual dengan Haura, satu hari kepala dia kusut memikirkan apa yang jadi. Bukan hendak beranggapan buruk tapi kali terakhir dia berborak dengan mama, jelas mama masih belum menerima Haura sebaik yang Amsyar harapkan.

"Mama okay je.. mama baik, abang. Baik sangat."

Amsyar mengehelakan nafas lega. "Alhamdulillah. Sayang dah buat ke resipi yang Haura kata nak masak dengan mama tu?" Dapat sahaja izin daripada Amsyar, Haura sibuk mencari resipi resipi yang dia masih belum belajar. Setiap hari jugalah Amsyar berdoa untuk dilembutkan hati mama. Biarpun hati masih belum terima, layan lah isteri dia dengan kelembutan, walaupun tiada keikhlasan.

"Dah! Banyak mama ajar Haura tadi. Abang tak payah risau.."

Sedang Amsyar sibuk menatap raut wajah isteri, nampak muka Haura mengerenyet, tangan mengusap bahagian perut. "Haura?"

"Perut Haura sakit.."  Balas Haura seraya mengeluh.

"Kenapa ni? Haura tak makan ke tadi?"

"Sakit.." Haura hanya diam, kepala dibaringkan pada bantal Amsyar. Pedih yang dari tadi mencucuk cucuk bahagian perutnya.

"Sayang, mama ada ubat tahan sakit dekat bawah. Kejap abang call mama." Cepat panggilan telefon dimatikan, nombor Puan Khadijah pula ditekan.

"Assalamualaikum, Amsyar. Kenapa telefon mama lagi ni? Rindu mama dah ke?" Rasanya sebelum maghrib tadi Amsyar sudah telefon, bertanyakan khabar. Memang dari dulu, andai berjauhan, setiap hari tanpa terlepas dia akan menerima panggilan dari anak tunggalnya.

"Ma, Haura sakit perut. Mama tolong bagi dia ubat tahan sakit yang Am simpan dalam pill box dekat dapur tu, boleh?" Pinta Amsyar, tak senang duduk pula dia dari tadi.

"Tengoklah macam mana." Balas Puan Khadijah endah tak endah.

"Ma, jangan buat Am macam ni, ma. Am tak boleh harap dekat sesiapa sebab mama je yang ada dengan Haura sekarang. Tolong tengokkan Haura untuk Am."

Kata-kata Amsyar hanya dibiarkan lalu di telinga, sedikit pun tidak dibawa ke hati. Sebaik sahaja panggilan telefon dimatikan, terus dia masuk ke bilik untuk tidur. Hendak buka kunci pintu, dah malam dah pun. Baik dia buka esok sahaja.

"Abang minta mama tengokkan Haura. Lepas makan ubat, rehat. Esok abang ada Exercise Cope Taufan. Kalau abang tak sempat tengok telefon, ada apa-apa Haura minta tolong mama, boleh? Abang minta maaf tinggalkan Haura seorang diri macam ni, sayang."

Mesej yang dihantar Amsyar tidak sempat dibaca Haura. Tiada tenaga dalam diri untuk membuka mata sekalipun.

••

Bangun pagi sahaja, dengar pintu bilik Amsyar diketuk kuat dari dalam. Panas darah Puan Khadijah pagi-pagi.

"Menyusahkan!" Bisik Puan Khadijah, tapak kaki dihempas ke lantai. Kunci pintu bilik Amsyar yang disangkut belakang pintu dicapai. Buka sahaja daun pintu, nampak muka Haura yang pucat lesi, tak bermaya sedang duduk di lantai.

"Kau nak apa?!"

"Perut Haura sakit. Kalau mama tak bagi Haura makan, bagi sekeping roti pun jadilah. Haura nak cari ubat abang simpan dekat dapur.." Tangan Haura dibawa ke pintu, gigih dia tolak dirinya untuk bangun. Daripada semalam, dia tak dapat melelapkan mata. Pedih pada perutnya semakin teruk, tambah pula dengan sakit di kepala, muntah-muntah, menggigil kerana cuba untuk menahan sakit.

"Menyusahkan lah kamu ni Haura! Duduk jelah dekat bilik!" Badan Haura ditolak supaya Puan Khadijah dapat merapatkan daun pintu semula. Rimas kepalanya andai Haura ada di dapur sekali dengannya. Buatnya Ameera atau kawan dia datang lagi hari ni, habislah.

"Mama.." Cuba untuk menahan daun pintu daripada tertutup rapat, Haura sempat meletakkan jari di antara celahan pintu namun gagal juga apabila jarinya dikepit rapat, tindakan refleks menyebabkan dia menarik laju tangannya ke dada, berdenyut rasanya tapi rasanya air matanya laju dek kerana sakit lagi bila dilayan oleh mertua bagaikan seorang daripada hamba yang cukup keji.

Tangannya yang menggigil tadi mencapai telefon bimbit, mesej daripada Amsyar dibiarkan tak berjawab. Nombor Hawwas ditekan.

Hawwas yang dari tadi sibuk dengan telefon bimbit terkejut bila nama Haura muncul di skrin. Cepat panggilan tersebut diterima, telefon dibawa ke telinga.

"Abang sibuk ni." Hawwas bersuara dulu, lama dia tidak mengusik adik manjanya yang seorang ni.

"Abang...tolong bawakan Haura ubat tahan sakit boleh.." Perlahan sahaja suara Haura dari hujung panggilan.

"Eh, Haura kenapa ni?" Tersentak niat Hawwas yang dari awalnya ingin bergurau bila disapa suara Haura yang lemah.

"Haura tak sihat..abang tolong Haura.."

Continua llegint

You'll Also Like

210K 16.5K 42
selamat datang ke penerbangan wany airlines β™‘ + saya wanymadu, ketua juruterbang bagi penerbangan merentasi dunia alam persekolahan yang penuh drama ...
559 163 14
π’πžπ«π’πžπ¬ 𝟏 π“π‘πž 𝐈𝐦𝐦𝐨𝐫𝐭𝐚π₯ 𝐏𝐫𝐒𝐞𝐬𝐭 Seorang lelaki yang bernama Ming, diberi gelaran The Immortal Priest. Dia disuruh turun ke Wilay...
822 62 3
β˜†Β°κ’°ππŽπŽπŠ πŸκ’±Β°β˜† π€π˜π‘π„π’ π‹π”π‚π‚πˆπ„π | π€π”π‘π„π‹πˆπ€ π‚π‹π€π‘πˆπ‚π„ Mini Spy Agency (MSA) adalah agensi yang telah mengutip ejen-ejen hebat d...