MY AYDEN DARHWISH [C]

By _Raffain

194K 10.8K 2.8K

Kisah tentang seorang gadis berwajah polos dan kuat drama bersama sahabatnya Hazran Dayler mengharungi cabara... More

𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼 (𝔽𝕀ℕ𝔸𝕃)
✧・゚: ✧・゚: SPECIAL CHAPTER :・゚✧:・゚✧
✧・゚: ✧・゚: SPECIAL CHAPTER :・゚✧:・゚✧
✧・゚: ✧・゚: APPRECIATION:・゚✧:・゚✧

𝟝𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

1.8K 138 43
By _Raffain

Sepanjang di hospital, Elaine lebih banyak mendiam kan diri sehingga Ayden buntu apa lagi cara untuk memujuk isterinya. Akhirnya dia mengalah dan menggunakan talian hayat iaitu Emir Dzihan.

"Bang, tolong aku adik kau ni keras betul hati dia sampai dah discharge pun tak nak bercakap dengan aku." Emir diam membisu.

'Sudah adik beradik buat perangai sama.'

"Bukan aku tak nak tolong kau Ayden, aku pun sama dia tak layan." Kedua-duanya mengeluh berat.

Suasana kali ini sangat berbeza buat dua keluarga ini, memandangkan Elaine masih lagi dengan perang dingin nya bersama Ayden. Walaupun tempat duduk Elaine di sebelah suaminya, keadaan kini jauh beza sewaktu mereka berangkat ke Turkey sebulan yang lalu.  Bermacam cara sudah di cuba tetapi masih lagi gagal. Hampir putus asa Ayden untuk memujuk isterinya.

"Sayang, nak dengar pickup line dari abang tak?"

DIAM. Elaine melepaskan pandangannya keluar.

"Biasa diam ni tandanya setuju. Sayang dengar ni apa beza sayang dengan subjek sejarah?" Memang idea tiba-tiba muncul pakcik Oyen. Tak apalah yang penting demi memikat hati bidadarinya dia cuba juga la buat pickup line.

"Tak tahu?" Dia pandang sekilas wajah isterinya. Elaine masih diam membisu.

"Beza sayang adalah subjek sejarah adalah masa lalu tapi sayang masa depan abang."

"Tak sweet eh? Haa tak apa lah. Sayang tidur lah. Abang tak nak kacau sayang dah." Ayden menyerah. Ayden memeluk tubuh lalu dia pejam kan mata seketika.

'Sorry cukcam. Sayang tak tahu kenapa sayang tak boleh dekat dengan cukcam.' Elaine mengerling ke arah suaminya yang sudah lena.

"Saya tak nak pegang awak. Panggil umi." Ayden mengeluh berat walaupun sakit dia turut kan jua permintaan isterinya. Terdiam Ayden bila itu yang keluar dari mulut isterinya.

Julia Fendi membawa Elaine pulang ke rumahnya untuk berehat. Elaine mengusir Ayden keluar supaya dia boleh bersendiri di rumah. Siapa yang sanggup berbulan lama nya melihat isteri terlantar di hospital dan apabila sedar sedikit pun tidak mahu melihat wajah suami apatah lagi menyentuhnya.

"Saya tak nak awak ada di sini. Tolong keluar atau balik ke rumah mummy awak." Sebaris ayat yang keluar dari bibir isterinya benar-benar merobek hati Ayden.

"Sayang kenapa macam ni? Tak apa lah. Sayang duduk sini jaga diri baik-baik ya. Abang maafkan semua silap sayang. Kalau sayang dah tenang, telefon abang ya sayang. Abang rindu isteri abang tapi mungkin abang silap. Tak apa abang terima semua, janji sayang cepat sihat ya." Elaine sangkakan suaminya akan pergi meninggalkan dirinya sendirian rupanya dia tidur di bilik tetamu di tingkat bawah. Ciuman ringkas sempat mendarat di dahi Elaine.

Elaine menutup rapat matanya. Sesaat air matanya mengalir.

Sewaktu semua orang keluar bekerja, Elaine sendirian di rumah. Siapa sangka Ayden memasang CCTV di rumah ibu mertuanya tanpa pengetahuan isterinya. Sedang kusyuk dia melaksanakan tugasannya di pejabat, tiba-tiba CCTV itu memberi signal yang isterinya berada di dapur seakan ingin masuk ke dalam peti sejuk itu.

'Ya Allah, Elaine Dahlia. Apa yang sayang buat tu? Sejak sembuh dari koma ni tingkah laku sayang pelik sungguh lah.' Omel Ayden sendirian.

TOK!!!

TOK!!!

"Kau bebel apa?" Ryqal menyapa di pintu.

"TA... Tak ada apa. Ada urusan apa kau datang ni?" Tanya Ayden.

"Kau lupa ke majlis nikah Hazran malam ni." Ayden menepuk dahi semua gara-gara isterinya lah dia hampir terlupa majlis nikah sepupunya bersana Haura Medina di Masjid Putrajaya.

"Kau jangan tak datang eh. Kalau tak datang jangan kawan dengan aku lima minit." Ryqal memberi amaran keras pada sahabatnya.

"Sejak bila berkawan dengan bini aku nak merajuk pakai minit ni."

Ryqal tersengih seperti kerang busuk.

Demi membaik pulih hubungannya dengan Elaine, Ayden sanggup pulang kerja lebih awal untuk memujuk hati bidadarinya.

"Sayang, malam ni majlis nikah Hazran. Sayang nak pergi?" Tanya Ayden.

DIAM.

"Kalau abang pergi sekejap sayang okay ke? Abang kena jadi saksi untuk dia. Lepas habis abang terus balik. Janji!" Beritahu Ayden lagi sambil mengangkat tangan seakan berikrar.

"Sayang nak makan apa-apa tak? Abang rasa dalam peti sejuk tu banyak makanan dah habis." Terbuntang mata Elaine mendengar.

'Mana cukcam tahu ni aku duduk sebelah peti sejuk?' Bisik hati kecil Elaine.

"Lagi satu sayang panas ke? Nanti abang tambah aircond satu lagi ya." Perli Ayden, ternyata reaksi isterinya tergamam mendengar kenyataan itu.

Sebelum berangkat, dia sempat menyediakan makanan buat isterinya. Dia tahu Elaine belum bersedia untuk bertemu Hazran dan Haura.

"Sayang, abang dah masak ayam masak sos tiram kesukaan sayang. Nanti makan tau. Abang pergi sekejap je. At... Atau sayang tak nak abang pergi?" Ayden mencuba nasib sekali lagi mana tahu Elaine ingin bercakap dengannya dan menghalang dari meninggalkan dirinya sendirian.

Elaine masih diam membisu. Dia sengaja pekak kan telingan dengan pertanyaan suaminya.

Dia sempat menulis sekeping kertas dan sengaja letak di meja solek. Elaine sempat menjengah suaminya yang kusyuk menulis.

'Tulis apa pula tu cukcam' Bisik hati kecil Elaine.

'Jika kehadiran aku adalah satu kebahagiaan buatmu, hargailah aku seperti mana aku takut kehilanganmu. Dan jika kehadiaran aku adalah satu kesusahan buatmu maka tinggalkan lah aku seperti mana aku pernah menghinamu dulu.' - Ayden.

Julia Fendi dan Emir Dzihan sudah berangkat ke dewan satu jam yang lalu. Berat hati Ayden untuk meninggalkan isterinya sendirian.

"Tak apa lah abang call Ryqal cakap abang tak dapat datang malam ni." Ujar Ayden seraya dia menukar pakaiannya.

"Pergi jela. Majlis penting keluarga awak. Tinggalkan saya." Nada Elaine mendatar tetapi pahit untuk ditelan oleh Ayden Darhwish.

Ayden terus keluar tanpa sepatah pun. Dia duduk di ruang tamu. Tidak lama kemudian dia mengambil tikar sejadah dan bentang kan di ruang tamu. Lama dia bertafakur di tikar sejadah.

Elaine mencapai nota ringkas di atas meja soleknya. Gugur air matanya.

'Ya Allah, aku silap menghukum suami aku. Ampun kan dosa aku Ya rabb.' 

Dia terus mengambil telefon dan menghubungi Ryqal supaya menjemput Ayden ke majlis Hazran. Tidak lama kemudian, Ryqal tiba di perkarangan rumah Julia.

"Assalamuaalaikum." Sayup suara Ryqal memberi salam dari luar.

"Waalaikumusalam. Eh Qal buat apa dekat sini?" Tanya Ayden.

"Kau dah siap kan? Jom majlis nak mula dah." Ryqal menarik tangan Ryqal untuk pergi.

"Eh... Ta.. Tak boleh. Bini aku sendiri dekat rumah. Kau panggil Emir jadi saksi." Beritahu Ayden.

"Bini kau yang suruh aku datang jemput kau." Jelas Ryqal.

"Pergilah tak perlu fikir tentang saya." Elaine muncul dari tingkat atas.

"Sampai hati sayang seksa jiwa raga abang macam ni. Hampir dua bulan sayang tak kasi abang sentuh sayang sejak sayang sedar dari koma. Sakit abang semua abang tolak tepi sebab sayang keutamaan abang. Tapi ini yang abang dapat. Kalau itu yang sayang mahu kan. Baik lah abang turutkan. Janji dengan abang sayang jaga diri dekat rumah. Abang minta maaf sebab abang tak mampu jadi suami idaman Elaine Dahlia. Sayang ambil lah masa sayang. Abang pergi bukan sebab abang tak sayang isteri abang tapi mungkin ini asbab untuk kita berdua ambil tempoh bertenang." Ayden akur dengan kehendak isterinya.

Berat hatinya untuk meninggalkan Elaine sendirian. Selangkah dia keluar dari rumah itu, hanya doa yang mengiringi dah berharap pada yang maha Esa untuk melindungi isterinya.

Sepanjang majlis pernikahan Hazran berlangsung Ayden banyak mendiamkan diri. 

"Ayden, thanks sudi datang majlis aku dan Haura. Ehem, Lia mana? Kenapa dia tak ada?" Hazran menghampiri Ayden yang duduk sendirian di belakang.

"Aku datang sebab aku masih fikir kau sepupu aku. Tak perlu tanya tentang isteri aku kalau kau tahu apa yang terjadi." Ayden bangun untuk pergi dari dewan itu.

"Ayden, I minta maaf atas apa yang terjadi. I'm the one who should be blamed for what happen between me and Elaine." Haura menahan langkah Ayden.

"Babe.." Hazran menegah isterinya.

"Kalau kau tahu kau salah, pergi minta maaf pada dia bukan pada aku. Dia sedikit pun tak hingin nak datang ke majlis kau berdua. Aku nak balik. Semoga bahagia atas kekecewaan orang lain." Jawab Ayden sinis.

Dia pergi tempat yang tidak ramai orang supaya dia dapat mengelak daripada disoal tentang isterinya dan akhirnya dia tertidur di biliknya sambil memeluk baju Elaine.

"ABANG!!!!! Abang Dede bangun lah dah pukul berapa ni? Tak balik tengok kak Yaya ke?" Kejut Adlene.

"Ya Allah! Pukul berapa dah ni? Elaine bini aku. Aduh sarapan dia tak siap lagi. Mesti dia tak makan lagi." Bebel Ayden sendirian.

Ayden bergegas pulang ke rumah ibu mertuanya. Saat dia melangkah masuk, Harraz sekeluarga sedang makan bersama isterinya. Dia menarik nafas lega.

"Assa.... Assalamualaikum." Ayden memberi salam. Elaine hanya pandang sekilas.

"Bro, kau dari mana?" Sapa Harraz.

"Raz, sorry aku dari rumah mummy. Tak cakap pun nak datang?" Tanya Ayden.

"Bini kau ni kata dekat Turkey tak sempat jumpa. Kebetulan aku balik sini nak jumpa Harriz aku singgah lah rumah kau." Jelas Harraz. Ayden angguk faham.

"Aku naik atas kejap eh. Bersihkan diri dulu." Ayden mengerling ke arah Elaine yang khusyuk makan.

Lama dia berada di dalam bilik sehingga Elaine masuk pun dia tidak sedar. Di tangannya memegang kemas frame gambar perkahwinannya.

"Ehem! Memang tak ada adab ke? Tetamu dekat bawah, awak selamba duduk dekat atas?" Sindir Elaine perlahan.

"Eh sayang. Sorry! Abang tak perasan sayang masuk. Sayang abang minta maaf sebab abang tak tepati janji abang semalam. Kepala abang pusing sangat tu yang sampai tertidur dekat rumah mummy. Nasib Wina kejut kan." Jelas Ayden namun Elaine langsung tidak ambil peduli penjelasannya.

"Tak perlu rasa bersalah pun. Saya tak kisah pun awak balik atau tak." Tersentak hati Ayden mendengarnya.

Tanpa Elaine sedar suaminya sedang menahan sakit. Ayden terasa suhu badannya semakin panas. Bahang di wajah terasa panas namun dia gagahkan diri supaya terlihat sihat di hadapan isterinya.

"Makan ubat apa tu?" Soal Elaine bila Ayden baru sahaja menelan sebiji ubat ke dalam mulutnya.

"Ubat kuat hehe. Nak kasi sayang little bunny junior." Gurau Ayden. Cepat-cepat dia simpan ubat itu di dalam poket seluarnya.

Dia mengukir senyuman hambar memandang wajah Elaine seperti ingin tahu.

Ayden terus keluar dari bilik meninggalkan Elaine di atas. Dia mengemas katilnya dan mengambil tuala Ayden yang tertinggal di atas katil itu. Terasa panas padahal suaminya baru sahaja mandi.

'Abang demam ke?' Elaine mencapai telefon nya lal menghubungi Adlene.

"Wina pagi tadi abang balik dia sempat breakfast tak?" Tanya Elaine.

"Tak pun. Dia tersedar terus capai kunci kereta Wina berdesup balik dia cakap dia dah lewat nak buat breakfast untuk akak. Kenapa kak Yaya?" Soal Adlene.

"TA.. Tak ada apa. Tanya je. Okay lah akak nak masak ni. Bye Assalamualaikum." Elaine matikan talian telefon itu.

Elaine turun ke bawah dia terdengar perbualan Adriana dan Harraz bersama suaminya.

"Ayden, macam mana keadaan Lia?" Tanya Adriana.

"Alhamdulillah semakin baik. Sejak balik manja betul dia. Saya tak tahu puncanya apa?"

"Haa tu ada isi lah tuh. Kau tak bawa dia pergi check up?" Usik Harraz.

"Isi mende? Kau nak cakap ada orang hantar apa-apa pada bini aku ke?" Ayden sudah cuak. Cukup la kemalangan ini sahaja telah menghancurkan hatinya terasa jauh dari isterinya.

"Iya lah buatan orang." Tertawa Harraz sambil memandang isterinya.

"Kau ni. Sudah lah. Nanti aku bawa dia pergi check up. Dia okay je. Biasa lah perempuan kan."

Elaine mengalir air. Begini teruk dia melayan Ayden, suaminya masih menceritakan hal yang baik tentang dirinya. Emir dan Julia sudah mengambil tempat untuk mendengar berita daripada Harraz. Tiba-tiba suasana menjadi tegang kembali.

"Sebenarnya kemalangan yang menimpa kau dan Dahlia bukan sebab jalan raya itu licin tetapi kemalangan ini di rancang." Ucap Harraz satu persatu.

"WHAT!! SIAPA DALANG DIA?"  

"Kau boleh jujur dengan aku tak apa hubungan kau dengan Emma? Setakat mana hubungan kau dengan dia?" Harraz inign kan kepastian ini kerana dia amat mengenali wanita itu.

"Ak... Aku dah lama putuslah dengan dia. Dia terkantoi dengan aku yang dia ada pasang sugar daddy di belakang aku. Nasib aku tak bertunang dengan dia." Ayden jawab dengan tenang sekali cuma dia yakin ini pasti ada kaitan dengan majlis yang dibatalkan oleh keluarga Ayden dulu.

"Jadi aku syak ini kes dendam sebab kau reject dia."

"Sebab?"

"Dari sumber yang aku dapat, dia telah mengekori kau sejak kau bersama Dahlia sehingga la ke Turkey." Jelas Harraz.

"Ayden, dia hampir bunuh awak berdua sewaktu korang masih koma." Celah Adriana. Riak wajah Elaine berubah. Sampai begitu sekali Emma?

"Syukur alhamdulillah Allah masih lindungi kami waktu itu. By the way, thanks bro kau banyak sangat dah tolong dan Dahlia. Aku terhutang budi dan nyawa dengan kau Raz." Ucap Ayden penuh santun.

"Tak ada benda la. Kau kawan aku kan. Tugas aku bantu kau mana tahu lepas ni aku pula ke yang susah." Harraz memeluk sahabatnya. Rindu zaman belajar di Norway. Tak semena jatuh jua air mata jantan Harraz.

Adriana tersenyum melihat keakraban suaminya dan Ayden.

"Apa.... Apa awak cakap Harraz? Dia dalang semua ini?" Elaine muncul tiba-tiba. Nafas nya mula tidak stabil.

"Sabar Lia. Istighfar banyak-banyak. Ini lah sebabnya kenapa kami rahsiakan sehingga ke hari ini. Keadaan kamu berdua waktu itu tidak berapa baik." Adriana cuba tenangkan Elaine.

Elaine terduduk seperti tidak percaya dengan berita yang baru sahaja di terima.

"Jadi di mana Emma sekarang?"

"Dia di penjara Turkey. Dia telah di jatuhkan hukuman yang setimpal. Jadi saya harap  awak dah boleh terima suami awak semula. Sejak dia sedar dari koma tidak pernah sekali pun dia tinggalkan awak. Dia sanggup tunggu di luar sampai awak sedar." Jelas Harraz.

"Betul tu Dahlia. Saya tahu dia pernah buat jahat pada awak. Tapi semua manusia berhak mendapat peluang kedua. Jangan jadi macam saya. Saya hilang anak kembar saya yang ketiga kerana ego. Mujur suami saya masih boleh menerima saya setelah saya tinggal kan dia dan anak-anak selama 7 tahun." Pujuk Adriana.

"Harraz, Iyan. Sudah lah. Dahlia tak salah pun. Jangan paksa dia. Aku redha kalau ini yang dia mahu." Ayden mengeluh berat. Dia tidak mahu memaksa isterinya lagi.

"Bagus lah ada masalah rumah tangga sibuk cerita pada orang." Perli Elaine.

"Dahlia! Jaga bahasa tu sikit." Celah Emir.

"Awak keluar. Jangan. pernah. balik. ke. sini." Elaine mendengus kasar.

Ayden tidak menjawab sepatah pun. Dia terus bangun dan pergi meninggalkan rumah itu. Berat hatinya tetapi dia harus sedar bahawa itu yang selayaknya.

KENAPA ELAINE SANGGUP BUAT MACAM NI? TAK KAN TAK ADA LANGSUNG RASA SAYANG PADA AYDEN?

KEEP VOTE AND COMMENT OKAY!

Continue Reading

You'll Also Like

62.2K 2.9K 8
top 10 epic anime fights
654K 60.4K 35
She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful She is innocent He is cunning She is broken He is perfect or is he? . . . . . . . . JI...
2.4K 95 10
This is my first ever story on here so I apologize If this is really bad lol. This book is about manifest! So if you haven't watched manifest you sho...
3.6M 152K 61
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...