NADINE SOFEA

By sayamelur

238K 20K 1.5K

COMPLETED Nadine Sofea x Harlem Emmerson Nadine pendam cinta yang hadir sejak dulu demi menjaga hubungan yang... More

1 - NADINE SOFEA
2 - NADINE SOFEA
3 - NADINE SOFEA
4 - NADINE SOFEA
5 - NADINE SOFEA
6 - NADINE SOFEA
7 - NADINE SOFEA
8 - NADINE SOFEA
9 - NADINE SOFEA
10 - NADINE SOFEA
11 - NADINE SOFEA
12 - NADINE SOFEA
13 - NADINE SOFEA
14 - NADINE SOFEA
15 - NADINE SOFEA
16 - NADINE SOFEA
17 - NADINE SOFEA
18 - NADINE SOFEA
19 - NADINE SOFEA
20 - NADINE SOFEA
21 - NADINE SOFEA
22 - NADINE SOFEA
24 - NADINE SOFEA
25 - NADINE SOFEA
26 - NADINE SOFEA
27 - NADINE SOFEA
28 - NADINE SOFEA
29 - NADINE SOFEA
30 - NADINE SOFEA
31 - NADINE SOFEA
32 - NADINE SOFEA
33 - NADINE SOFEA
34 - NADINE SOFEA
35 - NADINE SOFEA
36 - NADINE SOFEA
37 - NADINE SOFEA
38 - NADINE SOFEA
39 - NADINE SOFEA
40 - NADINE SOFEA
41 - NADINE SOFEA
42 - NADINE SOFEA
43 - NADINE SOFEA
44 - NADINE SOFEA
45 - NADINE SOFEA
46 - NADINE SOFEA
47 - NADINE SOFEA
48 - NADINE SOFEA
49 - NADINE SOFEA
50 - NADINE SOFEA

23 - NADINE SOFEA

3.9K 390 25
By sayamelur

Tubuh langsing yang dibaluti gaun pengantin berwarna putih itu Nadine renung tanpa berkedip di hadapan cermin. Semua yang sedang berlaku ini bagaikan sebuah mimpi yang panjang.

Begitu lah takdir Tuhan. Bagaimana sekalipun Nadine berusaha selama ini mahu menjauhkan diri dari Harlem dan dari segala kenangan pahit mereka, Tuhan cipta sebuah jalan untuk menemukan mereka semula dengan cara yang tidak pernah terfikir oleh Nadine sendiri.

Berkahwin dengan Harlem.

Nadine tidak gembira dengan perkahwinan ini walau hatinya masih ada untuk Harlem. Apa ertinya ikatan ini jika hanya di pihak Nadine saja yang mencintai walhal perasaan Harlem kosong.

Nadine juga sedang mempersoalkan tindakan sendiri. Mengahwini Harlem sama seperti menjerat leher sendiri.

Adakah kerana atas nama cinta pada lelaki itu Nadine hanya mengiyakan segala permintaan Harlem?

Atau tawaran Harlem tempoh hari supaya Nadine dapat melangkah keluar dari rumah Dato' Akhbar dan membina hidup baru, Nadine butakan mata dengan kebencian Harlem terhadapnya?

Apapun alasannya, kau tetap bodoh, Nadine.

Suara hati mengundang tawa sinis sendiri. Iya, dia memang bodoh.

"Nad..."

Nadine berpaling ke belakang melihat ke arah pintu. Bibir merahnya mengoyak senyuman.

"Hi." sapanya.

"Are you okay?" soal Ezra sambil melangkah mendekati Nadine.

Gadis itu masih senyum. Kepalanya mengangguk perlahan.

"Okay je."

"Malam ini you nampak paling cantik." puji Ezra ikhlas memandang Nadine atas bawah. Gaun putih ringkas itu cukup menyerlahkan kecantikan yang di miliki Nadine.

Beruntungnya Harlem.

"Thanks." Nadine tertawa kecil.

"Hari ini Nadine I dah jadi isteri orang. So maksudnya tugas I untuk jaga you dah pun selesai." ujar Ezra. Tipu lah kalau Ezra tak sedih.

Jatuh bangun Nadine, tawa dan air mata gadis itu, Ezra sentiasa ada di sisi Nadine. Dan mulai detik ini, semuanya sudah berubah.

Ezra sebak namun dalam masa yang dia juga turut gembira untuk Nadine.

"Don't say that. Awak buat saya rasa sedih tau." balas Nadine sedaya upaya menahan air mata yang hampir mengalir.

"Kalau Luna masih ada, mesti dia happy sangat tengok you pakai gaun pengantin malam ni." wajah comel Luna mula menjengah di ingatan Ezra.

"I know. Luna pernah bagitahu saya, dia nak sangat tengok saya kahwin dengan my dream man. So here I am walaupun sebenarnya saya rasa tak happy langsung dengan semua ini." Nadine senyum kelat. Gaun pengantin dipandang sekilas.

Jari Ezra menyentuh pipi mulus Nadine.

"Semua orang akan diberikan peluang untuk bahagia, Nad and you pun sama. I selalu doakan kebahagiaan you. Kalau betul Harlem memang ditakdirkan untuk you, dia akan kembali juga pada you lagi. Jangan fikir sangat ya. Kalau you sedih just cari I. Okay?" Ezra cuba menenangkan Nadine.

Dia tahu Nadine sedang berperang dengan perasaan sendiri. Memikirkan hari-hari yang bakal ditempuhi bersama suami berhati kosong seperti Harlem. Ezra tahu Nadine bakal terluka.

Tapi dia tidak punya hak untuk menghalang. Pasti Nadine sanggup melakukan semua ini atas sebab tersendiri.

"Thanks, Ezra. Awak dah banyak sangat tolong saya selama ni." Nadine hampir mahu menangis lagi.

"No, you yang banyak tolong I lagi-lagi lepas Luna pergi. Thank you." dulu Luna, sekarang dia harus kehilangan Nadine pula. Sedihnya.

"Ehem."

Nadine dan Ezra serentak berpaling.

"Semua orang dah tunggu. Jom." beritahu Harlem tanpa menghiraukan kehadiran Ezra di situ.

Nafas berat dihembus sebelum Nadine mengangguk perlahan. Sebentar saja lagi majlis persandingannya bersama Harlem bakal berlangsung.

Pasti ramai tetamu yang hadir pada malam ini. Haih, nervous nya!

"Saya pergi dulu. Jumpa awak nanti." pamit Nadine lalu membuka langkah.

Ezra angguk perlahan dan menghantar pemergian Nadine sehingga kelibat gadis itu hilang.

"Harlem, wait."

Langkah Harlem terus mati dan tanpa berpaling dia hanya berdiri kaku di situ.

"Aku tak tahu apa niat sebenar kau kahwin dengan Nadine lepas dulu dan mungkin sampai sekarang kau masih bermati-matian membenci dia."

"Dia dah cukup terseksa selama ini. Jangan kau tambah derita dia lagi. Sekalipun kau tak sayang Nadine, aku harap kau ada rasa sikit simpati untuk dia."

"She deserve to be happy. Macam orang lain."

"Tapi kalau kau rasa kau tak mampu nak jaga dia lagi, pulangkan dia semula pada aku."

Ayat terakhir dari Ezra itu mengundang decitan sinis di bibir Harlem. Entah mengapa dia terasa seakan dicabar.

Harlem mula berpaling menghadap Ezra.

"Kalau aku terpaksa pulangkan dia pada kau, nampaknya tak semudah itu aku akan lepaskan Nadine."

"Sorry bro." Harlem senyum sinis menepuk bahu Ezra sebelum melangkah pergi dari situ.






























































* * * * *



Selesai saja majlis persandingan, sebuah parti kecil-kecilan diadakan di rumah agam milik keluarga Harlem bersama keluarga terdekat Harlem dan Nadine.

Sumpah, Nadine penat. Dari tadi dia diheret ke hulur-hilir oleh Harlem dengan gaun pengantinnya melayan tetamu yang hadir dan selepas itu pula dia terpaksa memaniskan muka sekali lagi setelah pulang ke rumah keluarga Harlem.

Fikirnya tadi lepas majlis persandingan mereka selesai, Nadine mahu rehat tapi bukan itu yang terjadi.

Dia lupa keluarga besar Harlem memang gemar mengadakan majlis atau parti kecil-kecilan seperti ini walaupun majlis mereka tadi sudah menelan belanja ratusan ribu.

Tak cukup rupanya.

"Nadine penat?" soal Tengku Mazhar.

"T-tak uncle eh, a-ayah." Nadine cuba membiasakan diri dengan panggilan itu.

Dari tadi entah berapa kali Tengku Mazhar harus membetulkan panggilan Nadine terhadapnya.

"Harlem, bawa lah isteri Harlem naik atas. Nadine dah nampak macam penat sangat dah tu. Jangan risaukan tetamu dekat sini. Ayah ada. Kai dengan Eddie pun ada ni, boleh tolong layankan diaorang." beritahu Tengku Mazhar menghentikan perbualan Harlem bersama Darrell.

Harlem pantas menoleh Nadine di sebelah. Gadis itu tiba-tiba diserang rasa takut.

"T-tak..belum. Nadine masih okay. Nadine tak penat lagi ni, ayah." bohong Nadine.

Tiba-tiba hilang pula rasa penat tu bila tengok muka garang Harlem.

"Jom kita naik." ajak Harlem.

Tanpa menunggu jawapan Nadine, tangan gadis itu diraih lalu mereka berjalan beriringan bergerak ke tingkat atas sambil meminta pamit dari tetamu yang hadir.

Nadine sempat melilau melihat sekeliling sepanjang perjalanan mereka menuju ke bilik tidur Harlem. Nampaknya, rumah ini masih seperti dulu dan tidak berubah sedikitpun.

Bilik tidur Harlem juga masih sama. Berbezanya, bilik tidur ini lebih rapi dan kemas. Harlem yang dulu sangat liat nak mengemas bilik tidur sendiri. Kalau dia singgah ke sini, tugas mengemas itu memang automatik jatuh kepada dia.

Tapi nampaknya sekarang, Harlem sudah jauh berbeza. Baguslah kalau begitu. Nadine tersenyum sendiri.

"Pakaian kau semua dah bawa naik ke bilik?" soalan Harlem sedikit memeranjatkan Nadine yang leka mengelamun.

"Hm." Nadine angguk perlahan.

"So syarat kedua perkahwinan kita, kita tak akan tidur sebilik, sekatil dan sebatal. Lagipun aku tak selesa kongsi katil dengan orang lain lagi-lagi dengan orang yang aku tak kenal sangat." beritahu Harlem.

Tak kenal sangat?

Nadine angkat kening tinggi. Tipulah kalau dia tak terasa hati. Jadi memang betullah Harlem sudah membuang dia dari ingatan.

"Saya okay je. Saya pun tak suka tidur dalam ketakutan bila ada lelaki asing sebilik dengan saya." selamba Nadine membalas.

Harlem terdiam sebentar. Pandai betul menjawab.

Mulut tu kang aku.....haaa.

"Malam ni kau tidur di sini. Pergi rehat sekarang. Tadi bukan main lagi kau mengadu dekat ayah penat." sinis suara Harlem.

"Mana ada saya mengadu. Ayah tu yang pandai-pandai." jawab Nadine geram.

Sukahati saja tuduh orang.

"Jadi kau nak salahkan ayah lah ni?" balas Harlem lagi.

"Saya tak salahkan sesiapa. Awak yang tuduh saya bukan-bukan. Saya cuma nak bela diri." Nadine bertambah geram.

"Cakap je lah yang kau gatal nak duduk satu bilik dengan aku. Mengada-ada kata penat." gumam Harlem perlahan.

Wajah Nadine terus berubah merah.

Teruk sangat ke dia di mata Harlem sampai anak kerabat diraja itu boleh berfikir sejauh itu?

"Jaga sikit mulut awak ya, Harlem. Dari dulu sampai sekarang awak memang tak pernah berubah. Suka tuduh saya sesukahati awak."

"Apa yang dulu? Aku tak ingat apa-apa fasal kau. Rasanya aku tak pernah ada kenangan bersama dengan kau. Kau tu hanya seorang perempuan yang ayah aku jodohkan untuk aku. Dan kau patut anggap aku begitu juga."

Nadine membisu sejenak. Wajah tanpa riak Harlem itu dipandang tanpa berkedip.

Jahatnya awak pada saya, Harlem.

"O-okay. Fine." Nadine angguk bersama senyuman kecil di bibir.

Kalau itu yang Harlem mahu, dia akan turutkan saja.

"Good. 3 bulan akan jadi sangat mudah dan sekejap kalau kita sepakat macam ni." ujar Harlem berpuas hati.

Nadine memaksa diri angguk sekali lagi.

"Yup. Saya pun dah tak sabar nak habiskan 3 bulan ni. Lepas saja semua ni dah settle saya nak bina hidup baru. Lupakan semua orang dan pergi jauh dari sini." luah Nadine berterus-terang.

Belum sampai satu hari Nadine menjadi isteri Harlem tapi dia dah rasa sangat penat.

Ada rasa pedih yang memukul jiwa Harlem setelah mendengar luahan Nadine tadi.

Adakah 3 bulan yang dia janjikan itu terlalu singkat?

Cukupkah 3 bulan yang telah ditetapkan untuk Harlem menelempiaskan segala dendam yang dia simpan selama ini?

Dan pasti Ezra juga pasti tidak sabar menunggu 3 bulan itu berakhir agar Nadine kembali semula ke pangkuannya, bukan?












-end of chapter 23-



Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 36.5K 49
Jejaka yang sangat liar dan melanggar hukum hakam telah berjaya diubah menjadi seorang yang suci murni hanya kerana seorang gadis yang dibenci dari k...
599K 37.6K 48
Tengku Hazrul Uwais - Selain dari personalitinya yang all smiley and fun, tiada sesiapa yang menyangka dia menyimpan satu rahsia yang tidak pernah di...
3.4M 304K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
306K 14.2K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...