Puteri Dhia: Untuk Aisar

Autorstwa sarahdianamarcella

559K 27.2K 1.5K

Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercada... Więcej

Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83 Final
Epilog
Penghargaan

57

5.1K 274 26
Autorstwa sarahdianamarcella


Gambar gambar yang dihantar dalam email menarik perhatian mata Aisar untuk merenung lama figura didalamnya.

Cantik, kekal cantik, malahan bertambah cantik lebih dari dahulu. Perut kelihatan timbul sedikit, memang nampak sinar keibuan di wajah wanita itu. Dhia Aralyn, nama wanita pemilik wajah cantik yang terpahat kekal dalam hatinya.

Mata wanita itu memancarkan sinar kesedihan. Hatinya dihurung rasa bersalah sangat sangat, kerana melukakan hati isterinya paling dalam. Dia pasti, Dhia sangat membencinya. Memang itu yang sepatutnya diterimanya.

Abang terpaksa sayang. Tapi abang rindu semua tentang sayang. Abang sepatutnya teman sayang lalui hari hari kehamilan, sehingga waktu kelahiran anak anak kita. Abang tersepit dengan semua ini. Abang nak sayang selamat walaupun abang tahu, abang akan menghadapi rasa benci itu terlalu lama.

Dhia, abang rindu. Abang rindu sayang sangat sangat. Abang rindu nak dengar suara isteri abang.

Bunyi ketukan pintu menyentakkan Aisar dari lamunan. Ipad itu dinyahfungsi dan diletakkan di laci paling bawah.

Kelihatan setiausahanya Zarif masuk dengan wajah agak resah.

"Tuanku, ada seseorang yang ingin berjumpa dengan Tuanku. Err tapi saya rasa Tuanku takkan suka jumpa dengan orang ni."

Aisar kerut dahi. Pelik dengan kenyataan Zarif. Tak pernah pernah Zarif pula yang memberitahu jenis orang yang bakal dijumpai.

" Siapa orang tu?"

—————————————————

Lelaki dihadapannya hanya mengukir senyum sinis, dan Aisar cukup benci melihat senyuman itu.

Lelaki yang pernah menjadi sahabatnya.

" Berani juga kau tunjuk muka depan aku Ashraff." Ujar Aisar, juga beriak sinis.

Ashraff hanya mengangkat bahu. " Jumpa sahabat sendiri, tak salah kan?"

"Apa yang kau nak Ashraff?" Soal Aisar, beriak dingin. Benci menyala nyala. Kawan makan kawan, inilah dia. Terlalu ikut obses sampai dah tak kenal istilah beradab. Sudah tahu Dhia miliknya tetapi tetap giat menghubungi isterinya hingga dia terpaksa jauhkan Ashraff dengan hantar ke Poland.

" Aku dengar kau kahwin baru, dengan sahabat kita juga Kyra." Ashraff senyum, entah bermaksud apa. Tanpa disuruh, dia hanya duduk di set sofa mewah dan menyilang kaki. Tangan didepakan dan dia bersandar dengan selesa.

Aisar cuba menahan rasa, melihat tindakan yang seolah memprovoknya.

" Kau belum jawab soalan aku Ashraff Hazrael. Apa yang kau nak?"

Ashraff beriak tenang, dan penuh sinis. Dia mendongak ke siling, menyandarkan kepala.

"Aku nak kepunyaan aku semula. Sesuatu yang kau dah ambil dari aku. And i want it back."

Lelaki itu memalingkan wajahnya dan memandang Aisar tepat.

" Her. Dhia. Aku nak Dhia."

Tangan Aisar digenggam erat, mendengar nama isteri meniti di bibir lelaki itu.

" Aku nak Dhia, dan aku janji aku takkan kacau kau. Bagi Dhia kat aku dan we...." Ashraff melirik jari membuat garisan lurus dihadapannya.

"...done."

Aisar diam tidak beriak, namun dadanya mula turun dan naik dengan laju, menahan rasa berang yang mula tercipta. Dhia bukan barang yang boleh ditawar tawar seperti itu.

Ashraff ketawa melihat Aisar yang langsung tidak membalas apa apa.

" Kau dah ceraikan dia. Buat apa lagi kau nak simpan dia? Kau dah kahwin baru pulak tu. Isy..isy..Rupanya kau ni lagi teruk dari aku sangka." Tutur kata itu masih bersisa ketawa.

Batas kemarahan Aisar semakin meninggi.

"Aku tak pernah ceraikan Dhia. Mind your words. She is still my wife!" Satu satu dan jelas Aisar menyulam kata kata tepat ke pendengaran Ashraff. Ashraff mengangkat kening dan mengangguk kecil.

" But you let her freely outside Aisar. Kau tak takut ke?"

Aisar ketap rahang mendengar provokasi itu.

Pintu diketuk tiba tiba, lantas dibuka menghentikan perbualan mereka berdua. Satu susuk tubuh masuk ke dalam, dan senyum Ashraff mula melebar. Dia kenal gadis ini.

Adik Aisar.

"Aisya," sapa Aisar, hairan adik bongsunya Aisya berada disini. Aisya kelihatan serba salah, mungkin dia rasa menganggu perbualan tegang ini.

" Aisya buat apa kat sini?"

Aisya menghampiri meja Aisar. " Aisya nak jumpa abang. Tapi abang nampak busy so..."

" Its okay, saya nak keluar dah.." sampuk Ashraff sambil bangun dari kerusi. Ketika itu wajah Aisya kelihatan berubah apabila melihat tubuh sasa Ashraff saat dia berdiri.

" Kita sambung nanti," kata Ashraff penuh makna sambil sempat mengenyit mata terhadap Aisya yang kelihatan kaku. Aisar menghantar pemergian Ashraff dengan pandangan geram.

Memang member tak guna.

Aisar mengalihkan pandangan terhadap Aisya yang berdiri kaku sambil memandang pintu yang baru tertutup tadi. Bibirnya kelihatan menggeletar.

" Aisya, are you okay?"

Aisya masih kaku.

"A- abang...sssapa ttadi?" Terketar ketar soalan yang ditutur keluar oleh Aisya. Aisar mengerut dahi, pelik.

" Itu..hmm..kawan lama, Ashraff..kau kenapa nih Aisya? Macam nampak hantu."

Mata Aisya beralih arah dari pintu ke arah wajah abangnya yang kehairanan. Bergenang dengan air mata yang ingin tumpah. Aisar bangkit dari kerusi dan memegang bahu Aisya.

Ada sesuatu yang tak kena.

"Aisya,what is happening? Tell me."

Bibir Aisya kelihatan pucat lesi. Menggigil dan terus menggigil.

" Aisya, baik kau cakap. Apa masalah kau ni?"

Tangan Aisya naik ke lengan Aisar dan menggenggam baju Aisar erat.

" Aisya nampak...satu lelaki keluar masuk.. bilik Kak Dhia..dan..Kyra juga ada bersama..mereka..having sex together..atas katil abang dengan Kak Dhia."

Aisar mengangguk faham, wajahnya tiada berperasaan. Tapi jelas rahangnya tegang.

" Teruskan Aisya..siapa lelaki tu? Kau kenal dia?"

Aisya mengangguk.

" Lelaki itu..lelaki yang sama..rogol Aisya."

Mata Aisar membulat. "What??"

Aisya mengalirkan air mata, dia kelihatan trauma, dan seperti baru lepas ditampar, kerana wajahnya merah.

" Cakap Aisya, cerita apa yang kau merepek sekarang nih? Siapa yang rogol kau? Bila benda ni berlaku? Hah?"

Aisya menceritakan semula peristiwa yang berlaku dua bulan lepas. Dari mula ketika ia terjadi, punca hinggalah dia mengambil keputusan menggugurkan anak.

" Kak Dhia banyak tolong Aisya. Dia simpan rahsia sebab dia tak nak abang susah hati. Aisya yang minta tolong Kak Dhia untuk simpan rahsia ni. Aisya takut kena marah dengan abang."

Wajah Aisar jangan cakap, merah menyala menahan marah. Dia sepatutnya melindungi adiknya, abang jenis apakah dia? Dia terlalu memikirkan soal ayahandanya, soal pengambilan takhta, soal negara, hingga adiknya sendiri dia abaikan. Langsung tak tahu bahawa adiknya dirogol.

BAM!!

Tumbukan diatas meja mengejutkan Aisya, yang masih teresak esak menangis. Mata Aisar merah, ya dia kecewa dengan dirinya sendiri.

" Aisya Izureen, cakap dengan aku, jantan keparat mana? Siapa yang rogol kau?"

Aisya terketar ketar, dan mengangkat tangan lurus ke pintu keluar tadi.

"Its him. I know his body well."

———————————————————

" Ophelia!"

Gadis itu berlari dari bilik stor dan berdiri tegak tepat di hadapan Sari dan seorang tetamunya.

"Bawa tetamu kita ke tempatnya. Sedia makan minumnya untuk hari ni"

" Baik, Madam Sari."

" Kyra, bagitahu auntie kalau ada apa apa yang kamu perlukan. Tentang subjek darah AB negative tu, dia akan menyusul nanti. Jangan risau, kamu cuma perlu hasilkan permulaan sahaja dahulu."

Kyra, si tetamu itu mengangguk senang.

" As your wish auntie."

Kyra menggerakkan bebola matanya terhadap Ophelia yang menunduk keras itu.

" Silakan Cik Puan Kyra."

Sepanjang koridor di kawasan mansion tanah persendirian itu, Kyra menrenung belakang gadis itu yang hanya diam. Dia pernah lihat wajah gadis ini, dalam istana tempoh hari. Ya, dia bekas dayang Dhia Aralyn.

Rupanya gadis ini juga bekerja bawah Auntie Sari. Kyra terlepas sengih.

Aisar, Aisar, ramai juga pengkhianat kau ya.

——————————————

Double update untuk korang..

Good night

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

201K 13.1K 52
Selepas kematian ibu bapanya yang kemalangan jalan raya disebabkan angkara bekas kekasihnya. Dayra terpaksa tinggal dirumah ibu saudara tirinya. Hidu...
437K 5.8K 18
Raja Hayl Hakimi x Nur Haura hanani Nur Haura Hanani gadis cantik dan mempunyai pesona yang mampu membuatkan ramai lelaki terpikat padanya. Namun kas...
1.5M 87.3K 65
𝐌𝐢𝐧𝐞'𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 [UNEDITED] "Jika dulu kau yang kejar aku, sekarang biarlah aku yang kejar kau pula." "I take you as my babygirl." "Dasar jan...
153K 13.4K 66
Kisah tidak sempurna antara mereka. Allah yang melengkapkan segala ketidaksempurnaan itu. Sinopsis di dalam. Hero mature, heroin ego keras kepala. 👑...