MY AYDEN DARHWISH [C]

By _Raffain

196K 10.8K 2.8K

Kisah tentang seorang gadis berwajah polos dan kuat drama bersama sahabatnya Hazran Dayler mengharungi cabara... More

𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼 (𝔽𝕀ℕ𝔸𝕃)
✧・゚: ✧・゚: SPECIAL CHAPTER :・゚✧:・゚✧
✧・゚: ✧・゚: SPECIAL CHAPTER :・゚✧:・゚✧
✧・゚: ✧・゚: APPRECIATION:・゚✧:・゚✧

𝟜𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.1K 141 29
By _Raffain

Selesai bersiap, Elaine menuruni anak tangga perlahan-tahan tanpa pengetahuan Ayden. Terjengket-jengket kaki yang berjalan sampai ke dapur. Bau masakan itu sungguh menyelerakan. Elaine sudah tidak senang duduk melihat suaminya sedang masak di dapur.

Dia mendekati Ayden lalu memeluk erat dari arah belakang. Di cium tubuh suaminya berkali-kali. Wangi. Tangannya mula beraba di seluruh sixpack Ayden.

"Bunny! Kan aku dah pesan duduk dekat bilik jangan turun sampai aku datang." Ayden menarik isterinya supaya berada di hadapannya. Tangan kanan pastu menutup api dapur untuk mengelak terbakar. Rentung semua orang dalam banglo itu.

"Bau dia sedap. Saya lapar. Tengok awak yang masak lagi saya lapar." Tangan Elaine sudah melingkari di leher jenjang suaminya.

"So eat first or me first?" Senyuman nakal Ayden sudah terserlah.

"Cukcam! Errr.. You... We talk later ok?" Dia terus menggigit dada bidang Ayden.

"Auch sayang. Kenapa naughty sangat sekarang eh?"

"Siapa suruh tak pakai baju. Sekarang pakcik Oyen naik atas mandi bersih kan diri. Biar saya tolong hidangkan. Nanti kita makan sekali dengan mummy dan daddy." Pujuk Elaine.

"Nak kiss dulu boleh?" Belum sempat Elaine menjawab dia sudah menjamah bibir mungil isterinya.

"Ehem!!!! Ingat sikit dalam ni ada orang single tau." Celah Adlene.

Elaine menekup mulutnya dan sembunyi di belakang suaminya. Alamak malu!

"Kahwin lah cepat dengan Ryqal tu. Ingat abang tak tahu hubungan awak dengan Ryqal." Terjah Ayden. Tercengang Adlene mendengar kata-kata itu.

"Wow! Betul ke Wina? Okay tak sabar nak makan nasi minyak lagi. Hehehe. Pergi la naik dah bau masham dah cukcam saya." Dia menolak Ayden supaya pergi.

"Enough kak Yaya. Malu la Wina. Later I'll share with you." Pujuk Adlene sebelum kantoi dengan mummy dan daddy.

Pecah tawa Elaine melihat adik iparnya. Bagus la jika dia bersama Ryqal. Sekurang-kurangnya dia yakin Ryqal mampu menjaga dan melindungi adik iparnya.

Sepanjang hari Ayden luangkan masa bersama Elaine di mall. Puan Sofea Hana seronok melihat keakraban mereka berdua. Tiba-tiba mereka bertembung dengan Hazran dan Haura sewaktu melangkah masuk ke restoran kesukaan Elaine mana lagi kalau bukan makanan korea. Dakgalbi menjadi kewajipannya jika di berkunjung ke mall. Puan Sofea hanya ikutkan sahaja permintaan menantunya.

'Bila pula mamat ni balik Malaysia?' Jeling Elaine ketika mereka bertembung.

"Hey aunty, lama tak jumpa. How are you?" Sapa Hazran.

Haura di sebelah hanya di pandang sekilas. Pelukan Ayden semakin erat.

"Alhamdulillah sihat. Kamu tak nak singgah rumah ke? Bila sampai Malaysia." Tanya Puan Sofea.

"Haz, sampai semalam. Rancang nak datang malam ni." Jawab Hazran.

"Cukcam, jom kita masuk. Baby lapar lah." Suara manja Elaine mula kedengaran. Ayden yakin itu pasti lakonan semata-mata kerana dia ingin sakitkan hati Hazran.

"Baby, lapar ke? Jom kita masuk. Kesian baby lapar. Baby daddy dalam ni pun lapar macam mummy ya. Come sayang." Ajak Ayden sambil tangan nya mengusap lembut diperut Elaine. Mereka laju melangkah masuk ke restoran itu.

"Aunty, Lia pregnant?" Soal Haura pelik. Puan Sofea Hana hanya senyum.

Ayden tidak melepaskan peluang untuk mencuri hati Elaine kembali.

"Hazran, join sekali? Kami baru nak lunch ni. Haura jom la makan sekali. Sejak Haz, balik sana susah aunty nak jumpa kamu berdua." Ajakan Puan Sofea diterima baik oleh Hazran.

"Pakcik Oyen, bila kita ada anak? Nanti mummy salah faham tau." Bisik Elaine di sebelahnya.

Tiba-tiba Puan Sofea Hana mucul bersama mereka berdua.

"Sayang, kau nak jadi isteri solehah kan?" Elaine angguk laju.

"Mulakan misi kita. Aku tahu kau marah pada mereka. So let's get started!" Ujar suaminya.

Dia fikirkan Ayden akan melarangnya berbuat demikian namun sangkaan nya meleset bila Ayden pun sama naik ingin sakitkan hati mereka berdua.

Sepanjang di restoran itu, Hazran dan Haura di sajikan dengan adegan romantis daripada pasangan 'pengantin baru' oleh Ayden dan Elaine. Pelik tapi benar.

Bukan dia tidak tahu Elaine dan Ayden seperti anjing dan kucing bila bertemu sebelum ini.

"Baby, abang keluar kejap. Tadi nak makan llao llao kan? Abang belikan eh." Beritahu Ayden.

"Cukcam! Tunggu! Baby nak ikut boleh?" Panggil Elaine. Ayden terus berpaling apabila mendengar isterinya panggil.

"Mummy makan dengan Haz kejap ya. Lia nak ikut Ayden sat." Ujar Elaine, Puan Sofea Hana hanya angguk faham.

"Come bunny! Let's me hug you. You can't runaway from me anymore baby." Usik Ayden. Jelas sekali wajah Elaine sudah merona merah.

Hazran dan Haura saling berpandangan. Biar betik?

Ayden sanggup menghabiskan waktu sehariannya bersama Elaine. Rasa bahagia sungguh. Kali ini dia tidak mahu gagal lagi dalam hubungan dan dia akan cuba sedaya upaya untuk menjaga rumah tangga dia bersama Elaine.

"Cukcam, saya nak tanya sesuatu boleh?" Ayden pandang wajah Elaine sekilas sebelum melemparkan pandangannya kebawah.

"Betul ke apa yang cukcam buat tadi tu ikhlas dari hati? Atau cukcam hanya mengikut rentak saya untuk menyakitkan hati Hazran dan Haura?" Elaine menunggu jawapan Ayden sambil menongkat dagu.

"Dahlia! Tipu lah kalau aku cakap aku langsung tak ada perasaan pada kau. Sejak kita nikah dan duduk sebilik buat semua benda bersama. Hati aku semakin hari semakin tak boleh jauh dari kau. Aku sendiri tak tahu bila dia hadir tetapi aku rasa seperti tak mampu bernafas dengan baik jika kau hilang dari pandangan aku." Jelas Ayden tulus.

"Jadi?"

"Aku tahu kau masih tak boleh terima aku, bunny. Aku sedar perbuatan aku yang lepas membuatkan kau trauma untuk hidup bersama aku." Dia menarik nafas dalam.

"Jadi cukcam rasa cinta yang wujud dalam hati ni tidak berbalas?" Elaine menekan dada bidang Ayden berkali-kali. Perlahan-lahan Ayden angguk kepala setuju.

"Mana cukcam tahu tak berbalas?" Perli Elaine.

"Aku tahu bunny. Kau buat semua tu sebab nak buat Hazran cemburu kan? Tak apa bunny, aku terima semua ni. Aku akan tunggu sampai kau sendiri cakap apa yang kau rasa." Jelas Ayden lagi.

Mereka duduk berhadapan ice skating sambil makan llao llao. Seperti yang di janjikan Ayden akan membawa isterinya bermain ice skating.

"Ehem! Sanggup ke cukcam tunggu saya?" Elaine ingin kan kepastian.

"Aku akan tunggu sampai kau betul-betul bersedia untuk bersama aku hingga hujung nyawa aku, Elaine Dahlia. Aku akan tunggu sehingga kau sendiri bersedia untuk ada zuriat bersama aku, susah senang bersama aku lepas itu kita bina keluarga kita bersama." Berkali-kali Ayden mengulang ayat itu.

"Kalau macam itu, tunggu la selagi cukcam mampu." Elaine beredar ke kaunter membeli tiket untuk masuk ke ice skating.

'Keras hati kau sayang. Aku akan usaha buat kau setia bersama dengan aku dan mengaku yang kau juga cintakan aku. Aku akan tunggu saat itu hadir.' - Ayden

Dalam mereka berseronok main ice skating, ada sepasang mata sedang memerhatikan gelak tawa Elaine dan Ayden. Tidak lama kemudian Puan Sofea Hana muncul bersama Hazran di tempat permainan itu.

'Aku bagi kau peluang untuk bahagia, tak lama lagi kau akan rasa penderitaan yang aku rasa.' Bisik wanita yang berkaca mata hitam itu.

"Cukcam, ish tengok tu mummy bawa dua orang tu ke sini lah." Elaine mencebik geram.

"Sayang masih marah dengan mereka ke?" Tanya Ayden lembut tangannya kemas merangkul pinggang Elaine.

"Saya cuma marah sebab dia bohong saya. Sejak kes itu, saya susah nak percaya kan orang."

"Aku?" Laju kepala Elaine mendongak melihat suaminya yang tinggi lampai itu.

"Apa maksud awak?" Badan Elaine sudah mula tidak stabil kerana kesejukan di kawasan ice skating itu.

"Aku pun tergolong dengan orang yang kau tak percaya ke?" Jari telunjuk Ayden menolak dagu Elaine supaya mata mereka menatap satu sama lain.

"Err... Cukcam saya nak keluar boleh. Sejuk la baju saya nipis." Elaine menunjukkan kemeja yang di pakai itu.

"Sweetie, please answer my question first." Pinta Ayden.

"Saya bukan tak percaya kan suami saya cuma saya perlukan masa untuk faham dan kenal Ayden Darhwish yang sebenar." Tangan nya melingkar di batang leher suaminya.

"So am I in your list? Tell me baby. Please...." Kekura tangan Ayden mengelus lembut pipi Elaine.

"So far you are not in the list. But who know later on?" Elaine kenyit sebelah mata sebelum meninggalkan Ayden.

BUK!!!

BUK!!!

"Ya Allah, Lia!" Teriak Hazran di luar. Haura di sebelah pandang pelik melihat buah hatinya.

"Aunty kejap eh. Biar Haz tolong Lia. Kesian dia jatuh. Dia bukan pandai main benda ni." Tutur Hazran terus berlalu mendapat kan Elaine. Namun, langkahnya terhenti saat Ayden sempat menyelamatkan Elaine. Hazran melangkah setapak kebelakang.

"Arghhh!!!!! Sakit.. Cukcam, tolong sakit!!!" Teriak Elaine berkali-kali.

"Baby! Ya Allah sayang. Kenapa lari laju sangat? Sakit dekat mana ni baby? Come let's me bring you out from here." Air mata Elaine sudah mengalir berjurai-jurai.

"Cukcam sakit..... Alaaaaa sakit. Tak boleh gerak ni. Cukcam dukung lah." Rengek Elaine lagi.

"Baby sabar yang. Dalam ni aku tak boleh nak dukung kau. Nanti aku pula yang jatuh." Pujuk Ayden.

"Cukcam!!!!!! Adoi!!! Sakit.... Tak boleh gerak la. Nak suruh jalan macam mana?" Nampaknya auta lebih Elaine Dahlia ni.

'Sorry pakcik Oyen. Pakcik je yang mampu layan kerenah saya. I love you cukcam.' - Elaine

'Bunny, kau merengek macam ni bukan buat aku cuak dengan sakit kau tau tapi geram nak terkam kau je ni' - Ayden

"Lia okay ke ni?" Tanya Puan Sofea Hana.

"Terseliuh mummy sakit dekat buku lali." Jawab Elaine.

"Ayden, jom kita bawa Lia ke klinik. Tengok macam teruk kaki dia ni." Hazran tidak senang duduk melihat Elaine mengadu kesakitan.

"Tak payah sibuk! Ini bini aku tahu aku nak jaga dia." Sindir Ayden.

"Ayden kenapa cakap macam tu. Orang tu risau je." Celah Puan Sofea Hana.

"Eh mummy sejak bila backup anak sedara ni?" Perli Ayden.

"Cukcam, sakit lah. Jom kita balik. Mummy, Lia minta maaf sebab tak boleh teman mummy sambung shopping." Ucap Elaine.

"Come sayang, biar abang dukung ya. Kesian baby abang ni." Pelukan erat Ayden membuatkan Elaine hilang kata-kata. Tak nak abang. Geli uwek!

"Mummy ikut kamu la sayang. Jom kita balik. Kalau jalan lagi makin melarat pula. Haz, aunty balik dulu. Senang datang la ke rumah. Itu pun rumah Haz juga." Jelas Puan Sofea Hana.

"Cukcam, nak dengar satu pickup line tak?" Elaine menegur.

"Sekarang juga ke bunny? Kau ni sempat je kan pickup line la teka teki lah. Hah apa dia?" Geleng kepala Ayden melihat perangai isterinya.

"Minyak apa yang buat kita mabuk?"

"Minyak eh bunny?" Elaine angguk laju.

"Minyak dagu?"

"Salah!"

"Minyak petrol?"

"SALAH!"

Puan Sofea menggeleng kepala melihat mereka berdua saling soal jawab. Senang hati melihat anak menantu sudah berbaik.

"Malas nak jawab lah. Apa jawapan dia?"

"Minyaksikan senyumanmu di hari-hari ku. Chia chia chia." Dengan kaki terseliuh sempat juga dia nak berjoget di parkir kereta.

"Bunny, careful jatuh lagi nanti." Ayden cepat mencapai tangan isterinya sebelum terjatuh.

"Cayang juga cukcam Oyen dekat saya eh." Dalam nak mengenakan suaminya sempat dia ambil kesempatan mencium dada bidang Ayden.

"Gila tak sayang. Mana ada spare part yang jenis petir macam ni. Limited edition kot. HA HA HA." Giliran Ayden mengusik isterinya.

Mereka saling tertawa dengan tindakan Elaine sebentar tadi. Ah! Malu weh!

KEEP VOTE AND COMMENT FOR UNLOCK NEXT CHAPTER.

Continue Reading

You'll Also Like

271K 14.2K 48
Annaleigh Crenshaw has left her life in LA for a more peaceful life as a kindergarten teacher in Oak Grove. She remembered summers visiting her grand...
403K 9K 38
"What the hell Blade?" I yelled, my hand leaping to my mouth. It stung like hell. He carefully lowered his lips to my ear, breathing against it gentl...
1.3M 32.7K 46
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
4.1M 259K 100
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...