Avyren [βœ”οΈ]

By Fii_Aurora

35.5K 2.4K 475

[𝓒𝓲𝔁𝓽𝓱 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu s... More

Uno [1]
Due [2]
Tre [3]
Quattro [4]
Cinque [5]
Sei [6]
Sette [7]
Otto [8]
Nove [9]
Dieci [10]
Undici [11]
Dodici [12]
Tredici [13]
Quattordici [14]
Quindici [15]
Sedici [16]
Diciassette [17]
Diciotto [18]
Diciannove [19]
Venti [20]
Ventuno [21]
Ventidue [22]
VentitrΓ© [23]
Ventiquattro [24]
Venticinque [25]
Ventisei [26]
Ventisette [27]
Ventiotto [28]
Ventinove [29]
Trenta [30]
Trentuno[31]
Trentdue [32]
Trentatre[33]
Trenta Quattro[34]
Trentacinque[35]
Trentasei[36]
Trentasette[37]
Trentotto[38]
Trentanove[39]
Quaranta [40]
Quarantuno[41]
Quarantadue[42]
Quarantatre[43]
Quarantaquattro[44]
Quarantacinque[45]
Quarantasei[46]
Quarantasette[47]
Quarantotto[48]
Quarantanove [49]
Cinquanta [50]
Cinquantuno [51]
Cinquantadue [52]
Cinquantatre [53]
Cinquantaquattro [54]
Cinquantacinque [55]
Cinquantasei [56]
Cinquanta sette [57]
Cinquantotto [58]
Cinquantanove [59]
Sessanta [60]
Sessantadue [62]
Sessantatre [63]
Sessantaquattro [64]
Sessantacinque [65]
Sessantasei [66]
Sessantasette [67]
Sessantotto [68]
Sessantanove [69]
Settanta [70]
Settantuno [71] Finale

Sessantuno [61]

294 20 0
By Fii_Aurora

Hari ke tiga di German. Kota klasik yang tidak pernah membuat aku jemu untuk menikmati suasana di sini. Memandangkan hari ini merupakan hari minggu, jadi ramailah penduduk di German ini keluar untuk bersiar-siar dan membeli belah.

Aku dan Elisya berjalan seiring menuju ke sebuah kedai dimana menjual pakaian wanita yang menarik minat kami. Lantas kaki ni laju saja melangkah. Dyan yang memegang tangan aku erat turut mengikut jejak aku.

Uda mengeluh berat melihat kami yang begitu teruja. Melihat isterinya yang sakan membeli membuatkan dia tergeleng kepala ditambah pula Mina di jaga olehnya. Memang rancaklah dia membeli.

"Inilah perempuan. Pantang ada peluang sikit terus langkah kanan. Mina.. nanti dah besar jangan jadi macam mama tau. Bankrup papa nanti"tutur Uda sendiri sambil berbicara dengan Mina yang ada dalam kendongannya.

"Weh.. Vy, cantiknya yang ini"Elisya mengangkat sehelai baju blouse paras lutut yang menarik minatnya.

"Ha'a cantik"jawab ku. Tanpa disedari, pegangan tangan Dyan terlepas dari tangan aku.

Dyan meninjau sekeliling kerana bosan menunggu mummynya berbelanja. Tiba-tiba anak matanya menangkap satu kelibat yang melintasi kedai. Bibirnya perlahan-lahan mengukir senyum lebar. Lantas dia berlari keluar dari kedai mengekori kelibat itu tanpa disedari oleh sesiapa.

Aku beralih ke bahagian pakaian kanak-kanak yang terdapat didalam kedai itu. Sehelai demi sehelai aku belek sehingga aku menemui sehelai baju yang menarik perhatian aku. Baju itu aku ambil dan aku angkat ke udara bagi melihatnya dengan lebih jelas.

"El, baju ni cantik kan? Sesuai tak untuk Dyan?"soal ku kepada Elisya.

"Cantik. Cuba tanya Dyan dia nak tak baju tu"balas Elisya.

"How Dyan? You want-"tutur ku terhenti apabila anak mata aku tidak melihat kelibat Dyan bersama aku.

"Dyan.. jangan main sorok-sorok dekat sini sayang. This is not time to play"ujar ku mencari kelibat Dya di sebalik pajangan baju.

Setelah puas aku mencari tapi tidak juga ditemui, terus membuatkan aku panik. Kerisauan aku mula memuncak. Jantung aku mengepam laju. Melilau mata aku mencari Dyan bersama rasa resah yang menyatu didalam diri.

"El, Uda. Dyan tak ada"ujar ku tidak tentu hala.

"What? Macam mana boleh hilang? Tadi dia dekat mana?"soal Uda turut sama kerisauan. Ditambah pula kami kini berada di negara orang.

"I was holding his hand all the time"aku memegang kepala. Aku tidak dapat menenangkan diri. Dada aku berombak laju sehingga aku merasakan seperti mahu pitam.

"Adik! Breath. Yayang, pegangkan Mina"Uda menyerahkan Mina kepada Elisya. Dia berdiri disamping aku dan belakang badan aku di gosoknya agar aku mengawal pernafasan aku. Kalau tidak, nanti satu hal pula jikalau aku pengsan dekat situ.

Aku mengatur nafas perlahan bagi menenangkan diri aku terlebih dahulu. Setelah itu barulah kami berlalu untuk mencari Dyan di luar kedai.




Dyan mengekori seorang lelaki dari belakang tanpa lelaki itu menyedari akan kehadirannya. Apabila lelaki itu melintasi jalan, Dyan turut sama mengekori. Akan tetapi, disebabkan kaki Dyan yang pendek membuatkan dia tidak sempat melintas jalan dan lampu melintas sudah pun bertukar merah. Tergopoh-gopoh Dyan mengejar langkah lelaki itu.

"Uncle!"panggil Dyan. Lantas lelaki itu berpaling.

Membuntang matanya melihat Dyan berlari mendapatkannya. Tika itu, bunyi hon yang kuat turut mengejutkannya. Melihat kereta yang laju itu menuju ke arah Dyan, pantas dia berlari mendapatkan Dyan dan menarik Dyan ke tepi jalan.

Kejadian itu disaksikan oleh masyarakat setempat. Lelaki itu yang jatuh terbaring di tanah di hampiri oleh beberapa orang disitu.

"geht es dir gut?(are you okay?)"tanya salah seorang yang menghampiri.

Dahi lelaki itu berkerut. Kelopak matanya di buka. Kepala menunduk memandang Dyan yang berada di dalam pelukkannya.

"Mir geht es gut, danke. (I'm okay. Thank you)" jawab Lelaki itu. Setelah memastikan lelaki itu boleh berdiri. Orang-orang disitu beransur pergi.

Lelaki itu memeriksa Dyan yang berdiri di hadapannya dengan sebaris senyum. Mahu luruh jantungnya apabila melihat Dyan yang hampir dilanggar kereta.

"Dyan buat apa dekat sini?"soal lelaki itu.

"Dyan nak jumpa uncle lah"jawab Dyan riang.

"Mummy mana? Dyan datang dengan siapa?"soalnya lagi.

"Mummy dekat kedai. Uncle uda bawa Dyan ngan mummy datang sini"tutur Dyan. Raut wajah lelaki itu yang tadinya tegang terus redup. Lantas dia menarik tubuh kecil Dyan ke dalam pelukannya. Rasa rindu yang terbuku di dada akhirnya terlepas jua.

Di saat itu, langkah kaki aku terhenti apabila melihat Dyan berada dalam dakapan seorang lelaki. Melihat akan raut wajah lelaki itu yang jelas di pandangan mata aku membuatkan aku terkesima.

Kaki aku mengorak langkah satu persatu menghampiri mereka. Apakah ini hanya ilusi atau mimpi? Benarkah itu dia?

"Daren Emeir"sahut ku.

Lelaki itu tersentak apabila mendengar seseorang menyebut namanya. Perlahan-lahan kepalanya di angkat memandang ke arah aku. Terus terbuntang matanya melihat aku yang berdiri kaku dihadapannya dengan mata yang sudah merah berkaca.

Pelukan pada Dyan terlerai. Lelaki itu berdiri menghadap aku. Dyan yang ada disitu turut memandang aku. Belum sempat lelaki itu membuka mulut, tubuh aku sudah terggelam ke dalam dakapannya. Dia terkedu dengan tindakan aku yang memeluknya drastik.

Anak mata lelaki itu menangkap kelibat Uda dan Elisya yang berada tidak jauh dari situ memandang ke arah kami. Bibir Uda bergerak menutur kata tanpa suara.

'She deserve it'

Perlahan-lahan tangan Lelaki itu membalas pelukan aku. Kepala aku yang berbalut tudung di elusnya. Dalam diam, dia juga memendam rasa rindu terhadap aku. Mendengar tangis aku membuatkan dia turut berasa sebak.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku dan Daren bertatapan sesama sendiri. Tiada kata yang mampu terungkap saat itu. Masing-masing kelu setelah sekian lama tidak bersua muka. Di dalam kotak fikiran aku sudah dipenuhi dengan soalan yang menanti akan jawapan.

Melihat laman wajah Daren yang kini sudah ditumbuhi misai yang tipis dan rambutnya juga sudah sedikit panjang di ikat simpul di belakang.

"Sayang sihat?"Daren menyoal memecah hening antara aku dan dia.

"Sihat"laju aku menjawab sambil mengangguk laju dan suasana kembali hening. Daren menarik nafas panjang lalu di hembusnya.

"Abang minta maaf selama lima tahun lepas"tutur Daren menunduk memandang cawan di hadapannya.

"Ke mana abang pergi? Waktu Vy perlukan abang, waktu Vy lahirkan Dyan, mana abang pergi. Vy selalu rindukan abang dan Vy selalu berharap yang abang masih hidup. Kenapa abang buat Vy macam ni?"tutur ku bergetar suara menahan sebak didada.

"Abang minta maaf sayang. Abang buat macam tu demi keselamatan sayang dan Dyan. Abang minta maaf juga sebab tak ada dekat sayang waktu sayang melahirkan. Terima kasih sebab lahirkan anak kita dan jaga dia dengan penuh sayang"ungkap Daren. Tangan aku diraihnya lalu digenggam erat.

"Vy tak pernah marahkan abang. Cuma Vy mahukan penjelasan dari abang dan mengharap abang kembali pada kami"anak mata Daren aku tenung dalam.



Bersambung...

Continue Reading

You'll Also Like

5.5M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
930K 30.2K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
85.7K 2.8K 58
[ Heart Break Series | Vol 1 ] Sekuntum bunga yang menjadi rebutan tiga ekor kumbang. Satu, Ivan --- ❝ I'm your husband and you're going to admit th...
74.3K 2.2K 63
Tengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membua...