MY AYDEN DARHWISH [C]

By _Raffain

196K 10.8K 2.8K

Kisah tentang seorang gadis berwajah polos dan kuat drama bersama sahabatnya Hazran Dayler mengharungi cabara... More

𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼 (𝔽𝕀ℕ𝔸𝕃)
✧・゚: ✧・゚: SPECIAL CHAPTER :・゚✧:・゚✧
✧・゚: ✧・゚: SPECIAL CHAPTER :・゚✧:・゚✧
✧・゚: ✧・゚: APPRECIATION:・゚✧:・゚✧

𝟛𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.3K 149 27
By _Raffain

Majlis perkahwinan Elaine dan Ayden di sambut meriah bersama kedua-dua belah pihak. Mereka bersiap di hotel di mana majlis mereka akan berlangsung nanti.

"Pakcik Oyen, ni baju awak siap dekat sebelah eh. Saya nak siap dalam bilik ni." Arah Elaine.

"Tak nak aku siap dekat sebelah. Kau punya sedara perempuan ramai la dekat sebelah. Biar aku dekat sini lah. Kau tu halal untuk aku berbanding mereka." Bentak Ayden.

"Pergi bilik abang Emir lah eh. Shuh!!! Pergi sana." Dia menolak tubuh Ayden supaya keluar dari biliknya.

"Kau hutang aku bunny. Tunggu malam ni." Ugut Ayden seraya keluar dari bilik itu.

Elaine menarik nafas lega. Yes! Akhirnya jauh juga si Oyen tu dari hidupnya. Sejak di ijab kabul kan malam semalam, dia cukup tidak selesa bila Ayden sentiasa di sisinya.

Hampir 2 jam dia bersolek akhirnya siap juga. Tidak lama kemudian, Ayden masuk ke bilik itu.

"Bunny, dah siap ke belum? Lama nya make up?" Rungut si Oyen.

"Diam lah. Make up ni pun untuk awak bukan orang lain. Ish!" Tajam jelingan Elaine tanpa sedar reaksi si isteri membuat kan Ayden terpaku melihat isterinya yang cantik mengenakan gaun putih yang direka khas buat bakal isterinya.

'Wow biar betul dia cantik bak bidadari? Ini bidadari kiriman Tuhan ke?'

Ayden tidak menyangka gaun rekaannya itu cukup padan dengan Elaine. Dia meminta pereka fesyen terkenal untuk menghasilkan rekaannya khas untuk isterinya. Ternyata Elaine bakal isterinya yang dirahsiakan oleh Julia Fendi dan Sofea Hana.

"Kenapa tengok saya macam tu? Buruk ke?" Elaine memandang suaminya pelik. Mana tidaknya sejak Ayden masuk dia terus terdiam tanpa kata.

"Tak la buruk tapi boleh la cantik sikit dari beruk." Selamba Ayden perli isterinya.

"Beruk pun isteri awak pakcik Oyen. Terima je lah." Ingat Elaine nak kalah dengan si tua ni.

Pecah tawa mak andam melihat gelagat pasangan pengantin itu.

"Ayden enough lah. Awak pergi duduk luar. Jangan ganggu saya." Pinta si gadis itu. Muka Elaine sudah memerah menahan malu.

"Alah El, biarkan la suami awak duduk dalam ni. Okay tengok ni tinggal betul kan sikit tudung awak lepas tu done!" Ucap mak andam sambil tangan nya laju membetulkan tudung Elaine.

Elaine cuba berdiri di sebelah Ayden dan membetulkan gaun nya yang cantik bak princess elsa. Cewah!

"Come, let me hold your hand bunny." Bisik Ayden di telinga Elaine.

Elaine membiarkan tindakan suaminya. Tak kan nak melawan kan nanti orang nampak pula yang mereka tidak sehati sejiwa.

Majlis persandingan dua mempelai di raikan di hotel Royal Chulan yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur.

"Tahniah bro!" Ucap Ryqal.

"Kak Yaya!! Finally you'll be sister. Abang Dede please this time tolong jaga hubungan ni. I know its not that easy for you guys nak build up the relation but at least try. Semoga hubungan ni kekal hingga ke jannah. I love you both of you." Adlene memeluk erat kedua dua mempelai.

"Adik! Careful habis tudung kakak awak ni." Ayden cuba meleraikan pelukan adiknya.

"Thank you pakcik Oyen." Elaine memandang sekilas wajah Ayden manakala si suami tidak melepaskan peluang melihat senyuman Elaine. Cantik!

"Dahlia, apa panggilan untuk Ayden lepas kahwin ni?" Soal Ryqal

"Pakcik Oyen!!! Kan boleh kan?" Selamba sahaja dia menjawab.

"Come on Lia, tak kan pakcik Oyen lagi?" Celah Emir.

"Biarlah orang nak rare." Dia memang sengaja cari gaduh dengan Ayden di atas pelamin.

Sedang kusyuk melayan tetamu yang hadir, tiba-tiba para tetamu berteriak kuat terutama gadis muda yang hadir ke majlis mereka. Mereka bersorak sakan apabila empat jejaka Turkey melintasi meja mereka yang sedang berjalan ke arah pelamin.

"Pakcik Oyen!!!! Tengok tu Murat and the gang lah!" Elaine melambai ke arah empat sahabat itu.

"Elaine aku ada pickup line nak bagi pada kau." Dia manarik tubuh Elaine menghadapnya.

"Apa dia nak dengar sikit."

"Apa persamaan kau dengan Petronas dan Shell?"

"Itu kan pam minyak. Saya ni manusia pakcik Oyen sengal."

"Salah. Petronas mesra kan, Shell select kan? Jadi persamaan kau dengan Petronas dan Shell adalah kau dengan mamat Turkey yang haram tu kau mesra tapi aku yang halal untuk kau ni kau select. Huh!" Perli Ayden.

"Tak payah cemburu sangat lah. Saya bukan taste awak pun pakcik Oyen." Jeling lagi Elaine Dahlia.

"Merhaba Elaine." Orhan menyapa dengan senyuman yang cukup manis.

"Merhaba Orhan bay." Elaine menundukkan sedikit tanda hormat. Sejak menjadi isteri dia cuba untuk menjaga batas dengan lelaki yang bukan mahramnya.

"Surprisingly, from hate to love. Finally you guys getting married." Soal Murat.

"Actually it is not what you think Murat bay. We both didn't know about this. Umi and his mother is actually the master mind for this wedding." Jelas Elaine.

"Canım, this is for you and Ayden. Congratulation for your wedding." Ucap Omer.

"Thanks bro. Sorry for what happen before." Nampaknya Ayden sudah mula sedar akan kesilapan lalu dan nampak dia benar ingin berubah. Harap lah berubah!

"It's okay bro. Everything is fine as long as you take care our girl. Don't ever make her cry again and again. Bring the happiness for her." Pesan Murat.

"Canım!!!! Oh my goodness! You're so beautiful my dear. Finally, you can show off you smile. Please take a good care of her. She so kind bro. If you make her sad again, you would not see her again because I promise to take her away from Malaysia. HE HE HE.." Ugutan Furkhan benar-benar membuat Ayden tergugat.

Mana tidaknya Elaine sangat menyukai jejaka Turkey. Gallery di telefonnya sahaja penuh drama serta hero Turkey. Cuak pakcik Oyen kita.

"Tamam bro. Tamam (Baik lah)" Elaine memandang Ayden tidak beriak.

"Bila pakcik belajar bahasa Turkey?" Dia menyoal untuk kepastian.

"Dah suka pergi travel ke sana mestila kena belajar bahasa sana supaya senang dapat murah. Ingat kau sorang je boleh belajar Turkish language?" Perli Ayden.

Jelingan maut di hadiahkan khas buat suaminya. Geram! Ada sahaja benda yang dia nak cari gaduh.

"Geldiğiniz için teşekkür ederim. Düğünüme gelmeyeceğinizi sanıyordum. Gerçekten onu takdir ederim. türkiyeye geldiğimde beraber kutlarız. (Terima kasih banyak-banyak kerana sudi hadir ke majlis perkahwinan saya. Saya ingat awak semua tidak akan hadir ke sini. Saya sangat hargai kehadiran awak semua. Nanti kita sambut bersama bila saya sampai ke Turkey lagi ya.)" Ucap Elaine.

Mereka bergambar bersama, tanpa Elaine sedar pelukan Ayden begitu erat sekali. Ini lah peluang untuk membuktikan bahwa dia layak untuk melindungi Elaine Dahlia. Dia tidak boleh kalah dengan jejaka Turkey untuk menangi hati isterinya.

"Pandang saya jangan pandang camera bunny." Terketar lutut Elaine mendengar bisikan suaminya.

Apabila mata bertemu mata akan bertemu cinta manusia tetapi apabila dahi bertemu sajadah maka akan bertemu cinta Allah. Jika ini takdirku bersama dia. Maka kau permudahkan jalan kami menuntut ke syurga mu, Ya Rabb.

Selesai majlis Ayden terus membawa Elaine pulang ke rumah Tuan Zack. Bagaimana dia harus berdepan dengan Hazran? Aduh!

"Kau okay tak ni?" Tegur Ayden. Dia merenung wajah isterinya dengan penuh kasih.

"Ha... Hazran.." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya terus Ayden memotong.

"Dia dah balik Scothland. Haura dengan dia bekerja di sana. Jangan risau lah. Selagi aku suami kau, kau akan selamat." Tenang Ayden menjawab.

"Eleh nak tunjuk hero pula dia ni. Saya okay jela. Cuma tak suka tengok muka dia. Nyebelin deh!" Sakit matinya jika sosok tubuh Hazran ada di hadapannya.

"Pakcik Oyen tak menyesal ke kahwin dengan saya?" Pandangan dilempar keluar.

"Pada awalnya ya. Tapi walau jauh mana pun aku lari dari kau sebelum ini, kita tetap bertemu. Jadi sudah terang lagi bersuluh, mungkin takdir kita berdua memang bersama. Aku terima je lah." Jelasnya.

"Iya lah kan. Terima je la budak petir ni sekurang-kurangnya hidup pakcik Oyen tak sendu sangat." Perli Elaine.

Ayden membawa Elaine ke kamarnya sungguh cantik, kemas dan tenang saat melangkah masuk.

"Tak payah terpegun sangat tengok bilik aku ni." Perli Ayden.

"Cantik!!! So bilik ni bilik saya juga kan?" Soalnya terus meluru mendapatkan katil bersaiz king dan terus melompat ke atas katil itu.

"Hey! Bunny. Turun la budak. Jatuh nanti dah production delay." Dia menarik Elaine supaya berhenti melompat.

"Pakcik Oyen, saya nak tidur sini tapi pakcik Oyen hmm tidur sana boleh?" Jari telunjuknya menunjuk ke arah sofa yang berada di hadapan katil bersaiz king itu.

"Arghh!!!!!!! Awak.... T.. Tolong saya nak jatuh!!!" Elaine tidak dapat mengimbangi badan saat Ayden cuba menarik tangannya supaya berhenti melompat.

Huh! Nasib sempat tangkap si isteri kalau tidak melepas malam ni.

"See I told you bunny. So do you wanna eat first or me first?" Soalan Ayden kali ini agak luar biasa.

Mana pergi otak suaminya?

Dahi Elaine berkerut. Dia cuba meloloskan diri daripada pelukan suaminya. Wajah Ayden sudah mula tersenyum nakal.

"Pakcik Oyen ada aktiviti lain ke malam ni? 'Me first' tu apa ke benda? Me time ke?" Soal Elaine. Dia masih bingung dengan suaminya.

Too innocent bunny!

"Are you kidding me, little bunny?" Terangkat sebelah kening Ayden melihat wajah Elaine yang begitu polos.

"Ish pakcik Oyen!!!! Tak nak kawan seminit!" Elaine merungut memeluk tubuhnya. Geram!

"Little bunny listen, buah cheri warna nya merah, baby sayang jangan marah." Pujukan Ayden kali ini tidak berhasil.

"Epal merah tak semestinya manis, saya takkan termakan ayat manis." Sinis jawab si gadis petir.

"My lovely bunny, kau tak nak ke buat kerja amal. Nak masuk syurga kena la taat pada suami mithali kau ni. Banyak tau pahala kau dapat." Usik Ayden lagi. Keningnya terangkat seiring dengan senyuman nakal.

"Oh!!!! Oh... Okay saya dah faham. Aduh! Tu ke maksud pakcik Oyen? Haa saya macam dengar mummy panggil apa kata biar saya pergi tengok kejap ya." Sepantas kilat Elaine turun dari katil dan turun ke tingkat bawah.

"Ya mummy!! Mummy panggil Lia eh? Kejap Lia turun ni." Teriak Elaine seraya mendengar panggilan dari tingkat bawah.

Betul ke ada orang panggil tu Elaine Dahlia?

'Huh! Selamat.

'Bunny, kau ni lucu lah. Kau punya blur tu mesti dah setinggi gunung berapi kan.' Terkekeh Ayden gelak melihat gelagat isterinya.

Ayden baru sahaja melangkah keluar dari biliknya tiba-tiba terdengar bunyi notifikasi daripada telefon Elaine. Dia terus mengambil telefon bimbit itu dan melihat pesanan ringkas daripada seseorang yang amat dikenalinya.

Ting!

-Hazran-

'Tahniah Lia di atas perkahwinan kau dan Ayden. Aku gembira bila dengar berita tentang perkahwinan kau walaupun hati aku sakit bila tahu siapa suami kau tetapi aku yakin semua ni pasti ada hikmahnya.Jaga diri. Kalau perlukan apa-apa kau tahu mana nak cari aku kan.'

Ayden mendengus kasar. Apa lagi yang Hazran mahukan? Kenapa dia harus muncul di saat dia dan Elaine sedang mengecapi bahagia. Ya memang belum sepenuhnya tetapi usaha dan tekadnya dia yakin yang dia mampu membahagiakan Elaine.

Wajahnya berubah seperti puting beliung menyinggah seketika. Emosinya terganggu dengan mesej yang baru sahaja di baca.

"Nah! Ada orang hantar mesej tadi." Ayden menghulurkan telefon itu pada Elaine.

Dahi Elaine berkerut lagi. Pelik dia memandang wajah Ayden yang tadinya bukan main lagi mengusik tiba-tiba muram seperti menahan amarah.

"Pakcik Oyen kenapa ni? Ada masalah ke?" Soalnya spontan.

Ayden berlalu pergi ke tepi kolam renang. Dia duduk sendirian di sana tanpa menghirau kan soalan isterinya.

Elaine menilik mesej yang diterima tertera nama Hazran. Sudah menduga ini pasti ada kaitan dengan seseorang.

"Pakcik marah saya sebab ni ke?" Dia menunjukkan telefon di tangannya.

"Siapa aku nak halang kau berkawan dengan siapa kan." Sindir Ayden.

Elaine hilang kata-kata apabila Ayden menyindirnya. Sejak jadi isteri orang, hati kecil Elaine senang terasa dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Ayden.

"Ikut pakcik Oyen lah. Saya tak tahu nak jawab apa sebab salah saya kan. Saya masuk dulu." Nada Elaine semakin perlahan.

'Ish orang nak dia pujuk kita, dia pula yang merajuk. Siot punya bunny.' Omel Ayden.

Masing-masing kuat merajuk habis siapa nak pujuk ni?

Keep vote and comment to unlock next chapter.

Continue Reading

You'll Also Like

804K 24.4K 34
Diya - A cute, kind-hearted, orphan girl -works as a lecturer-longing to have a family Arjun - A arrogant handsome billionaire- workaholic- with lov...
403K 9K 38
"What the hell Blade?" I yelled, my hand leaping to my mouth. It stung like hell. He carefully lowered his lips to my ear, breathing against it gentl...
208K 2.6K 23
Shawn Mendes imagine (Shawn x Reader) one shots. I DO NOT WRITE ANYMORE.
782K 65.4K 34
"Excuse me!! How dare you to talk to me like this?? Do you know who I am?" He roared at Vanika in loud voice pointing his index finger towards her. "...