NADINE SOFEA

sayamelur tarafından

231K 19.7K 1.5K

COMPLETED Nadine Sofea x Harlem Emmerson Nadine pendam cinta yang hadir sejak dulu demi menjaga hubungan yang... Daha Fazla

1 - NADINE SOFEA
2 - NADINE SOFEA
3 - NADINE SOFEA
4 - NADINE SOFEA
5 - NADINE SOFEA
6 - NADINE SOFEA
7 - NADINE SOFEA
8 - NADINE SOFEA
9 - NADINE SOFEA
10 - NADINE SOFEA
11 - NADINE SOFEA
12 - NADINE SOFEA
13 - NADINE SOFEA
14 - NADINE SOFEA
15 - NADINE SOFEA
16 - NADINE SOFEA
17 - NADINE SOFEA
18 - NADINE SOFEA
19 - NADINE SOFEA
21 - NADINE SOFEA
22 - NADINE SOFEA
23 - NADINE SOFEA
24 - NADINE SOFEA
25 - NADINE SOFEA
26 - NADINE SOFEA
27 - NADINE SOFEA
28 - NADINE SOFEA
29 - NADINE SOFEA
30 - NADINE SOFEA
31 - NADINE SOFEA
32 - NADINE SOFEA
33 - NADINE SOFEA
34 - NADINE SOFEA
35 - NADINE SOFEA
36 - NADINE SOFEA
37 - NADINE SOFEA
38 - NADINE SOFEA
39 - NADINE SOFEA
40 - NADINE SOFEA
41 - NADINE SOFEA
42 - NADINE SOFEA
43 - NADINE SOFEA
44 - NADINE SOFEA
45 - NADINE SOFEA
46 - NADINE SOFEA
47 - NADINE SOFEA
48 - NADINE SOFEA
49 - NADINE SOFEA
50 - NADINE SOFEA

20 - NADINE SOFEA

4.1K 369 30
sayamelur tarafından

Nadine menelan air liur kelat. Jantung berdegup tidak tenang. Perasaan takut dan resah mengasak dadanya sehingga Nadine dapat merasakan bahawa dia bakal memuntahkan segala isi perutnya di situ juga.

Menyesal.

Menyesal.

Menyesal

Perkataan itu menyapa di fikiran sebaik saja tiba di sini. Apatah lagi bila kini dia sedang berdiri di hadapan Harlem.

Patutlah hatinya mendesak agar tidak menerima tawaran Tengku Mazhar untuk menyanyi di majlis makan malam pada malam ini.

Tengku Mazhar tipu. Majlis ini bukan majlis kawannya tapi majlis syarikat milik orang tua itu.

Apa yang patut dia lakukan sekarang?

Nadine tunduk melihat gaun hitam ketat yang membaluti tubuh rampingnya. Bolehkah kalau dia melarikan diri dengan gaun ini?

Tapi kalau dia lari, Nadine hanya akan merosakkan majlis malam ini dan dalam masa yang sama Nadine akan menconteng arang di wajah Dato' Akhbar.

"Uncle tak sabar nak dengar nyanyian Nadine malam ini. Akhbar, anak saudara kau memang berbakat. Aku sangat berbesar hati sebab dia sudi terima tawaran aku." tutur Tengku Mazhar.

Nadine semakin dihimpit serba salah. Tanpa sengaja, pandangannya dan Harlem bertemu. Mata Harlem cukup memberikan gambaran pada Nadine bahawa lelaki itu sedang membunuhnya di dalam kotak imaginasi Harlem.

"Trust me, she will make you proud." balas Dato' Akhbar yakin.

Nikki dan Datin Fea di sebelah hanya mengguling mata ke atas. Menyampah!

"Cik Nadine boleh ikut saya ke belakang pentas? Cik kena ready untuk persembahan nanti." muncul seorang wanita muda bersut lengkap berwarna biru tua.

Tanpa medengar jawapan dari mulut Nadine, wanita itu menarik lembut tangan Nadine dan membawanya pergi. Nadine sempat pamit sebelum kelibatnya hilang.

"Aku harap semua orang tak terkejut dengan pengumuman kau malam ini." beritahu Dato' Akhbar mula menarik perhatian mereka yang lain di situ.

Termasuk Harlem.

"Aku tak kisah tentang reaksi orang lain. Yang penting kita dah sepakat." balas Tengku Mazhar tenang.

"Uncle tiri you nak announce apa nanti, Lia?" bisik Nikki di telinga Lilia.

Gadis itu hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu.

"Jangan-jangan dia nak umumkan tentang perkhawinan you dengan Harlem kut?" Nikki tiba-tiba teruja.

"Hey, you merepek apa ni? Tak mungkin lah." bahu Nikki di pukul lembut.

"Jap, jap. I baru teringat sesuatu. Minggu lepas I terdengar aunty Qaseh borak dengan my mom fasal wedding. And she mentioned your name, Lia." cerita Nikki.

Senyum nipis mula terbit di bibir Lilia. Jantung seakan berdegup gembira mendengar khabar dari mulut Nikki.

"Are you sure?" Lilia hampir gagal menyembunyikan perasaan terujanya.

"100% sure. Finally, Harlem akan jadi milik you, Lia. You know what? Lepas je uncle tiri you announce perkahwinan you dengan Harlem, I lah orang pertama yang akan bersorak dalam hall ni."

Lilia tertawa kecil. Dia sendiri juga tidak sabar menanti detik itu tiba. Wajah Harlem di pandang bersama senyuman kecil.

Akhirnya setelah sekian lama dia menunggu Harlem membuka hati untuknya, takdir menyatukan mereka.

Harlem akan jadi miliknya sampai bila-bila.

Bukan Nadine Sofea.

Tapi dia.























* * * * *

Tepukan gemuruh daripada tetamu yang hadir pada malam itu menyuntik perasaan senang di hati Nadine. Rasa gugup tadi terus hilang setelah penonton memberikan respons yang positif tentang persembahannya sebentar tadi. Malah, ada yang memberikan 'standing ovation' membuatkan Nadine rasa betul-betul dihargai.

Syukur kepada Tuhan kerana persembahannya pada malam ini berjalan dengan lancar.

Nadine tunduk sebelum beredar dari pentas bersama senyuman yang lebar di bibir. Kepuasan penonton salah satu kegembiraan buat Nadine.

"Argh!" Nadine terjerit kecil apabila merasakan lengannya direntap kasar.

"Harlem, tangan saya sakit." adu Nadine sepanjang dirinya di heret lelaki itu.

Pintu sebuah bilik dikuak dan tubuh Nadine didorong kasar sehingga gadis itu hampir terjatuh. Lengan yang kian merah dipegang cuba membuang rasa pedih.

"Apa niat kau sebenarnya?" soalan Harlem dibiar sepi.

Nadine sudah awal menduga. Harlem pasti marah dengan kehadirannya di sini malam ini.

"Kau memang manusia yang tak tahu malu kan? Atau kau ni jenis perempuan bodoh yang tak faham bahasa?"

Nadine cuba memekakkan telinga walau hatinya sudah cukup terluka mendengar setiap hinaan yang keluar dari mulut Harlem.

"Macam mana lagi cara aku untuk tunjuk rasa benci yang aku ada pada kau supaya kau betul-betul hilang dari kehidupan aku?"

"I hate you, Nadine."

"I hate you."

"Aku benci kau."

"Sekarang kau faham kan?"

"Nak aku ulang berapa kali lagi-"

"Saya pun benci awak!"

Harlem terus terdiam.

"Awak ingat saya nak sangat ke berada di sini dan paksa diri saya supaya dapat berdiri di hadapan lelaki yang paling saya benci? Awak fikir saya suka ke dengan semua ini?"

"Saya pun tak ingin nak jejak kaki ke sini lah kalau saya tahu awak juga ada di sini. Saya rimas tengok muka awak."

"Awak jangan risau. Kebencian awak pada saya tu berbalas. Saya akan berusaha lebih lagi macam sebelum ini supaya saya takkan tunjukkan muka saya di hadapan awak sampai saya mati."

"Itu yang awak nak, bukan?"

Suasana menjadi sepi seketika. Soalan Nadine dibiar tanpa jawapan. Sepasang mata Nadine dan Harlem hanya saling berbalas pandangan tanpa berkedip sekali pun.

Nadine berusaha menahan air mata yang hampir bocor. Kali ini, dia enggan menangis di hadapan Harlem.

Alang-alang dah tunjuk kuat tadi kan, biarlah di bawa perasaan itu hingga ke penghujung. Sampai satu tahap, Nadine penat beralah dan asyik berdiam diri di saat Harlem menghukumnya dengan kata-kata hinaan seperti tadi.

"Tengku, Cik Nadine."

Kedengaran suara Gary penuh lega sebaik saja dia tiba di bilik itu. Kelibat yang di cari dari tadi akhirnya dijumpai.

Gary terdiam sebentar memandang Nadine dan Harlem silih berganti. Dia dapat merasakan ada aura tidak baik yang sedang berlegar di dalam bilik ini. Macam bau-bau orang lepas gaduh.

Timing is a bitch, right? Memang kena sangatlah masa dia sampai ke sini.

Gary mengeluh perlahan.

"Maaf Tengku, Cik Nadine. Tengku Mazhar nak jumpa Tengku dan Cik Nadine." Gary menyampaikan pesanan.

Serentak Harlem dan Nadine memandang Gary di hadapan pintu.

"Jumpa? Untuk apa?" Harlem angkat kening tinggi.

Gary menjongket bahu tanda tidak tahu.

"Dia dah tunggu dari tadi." beritahu Gary.

Pintu bilik dikuak dan Gary mula membuka langkah. Harlem di belakang hanya membuntuti tanpa banyak soal meninggalkan Nadine yang teragak-agak mahu turut serta.

Kenapa nak jumpa dia juga ni?

"Mana ayah?" soal Harlem sebaik saja mereka bertiga tiba di bahagian tepi pentas.

"Sana. Tengku dan Cik Nadine boleh bergerak ke sana sekarang." pinta Gary menunding ke arah Tengku Mazhar yang sedang berdiri di atas pentas.

"Hah?" serentak Nadine dan Harlem hairan.

Sempat mata mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

"Harlem, Nadine, Mari." panggil Tengku Mazhar dari pentas bersama mikrofon di tangan.

Dengan wajah blur, Harlem turuti saja. Begitu juga Nadine walau langkah kakinya terasa berat untuk menghampiri Tengku Mazhar di atas pentas.

Dengan tetamu-tetamu yang semua memberikan tumpuan ke arah mereka membuatkan Nadine tiba-tiba diserang perasaan gemuruh. Mungkin sudah lebih 10 kali Nadine pernah membuat persembahan di hadapan orang ramai, tapi dia tidak pernah segugup ini.

Tengku Mazhar menarik tangan Nadine dan Harlem agar berdiri di sisinya.

Wajah orang tua itu tersenyum memandang ke arah mereka berdua.

"Ayah kenapa panggil Harlem sampai naik ke atas pentas ni?" soal Harlem perlahan penuh hairan.

Tengku Mazhar senyum lagi sambil menepuk bahu anak lelakinya.

"Ayah buat semua ini sebab ayah sayang Harlem dan mama. Harlem kena ingat tu."

Harlem bertambah pelik dengan sikap Tengku Mazhar. Mendengar saja sebaris nama 'mama' membuatkan Harlem tergamam seketika.

Tumpuan Tengku Mazhar kembali terarah kepada tetamu yang berada di bawah.

"Malam ini, dengan penuh rasa bahagianya saya ingin mengumumkan perkahwinan anak lelaki bongsu saya Harlem Emmerson bersama pilihan hatinya, Cik Nadine Sofea."

"What?!"

Suara besar Harlem dan Nadine tenggelam dengan bunyi tepukan gemuruh daripada para tetamu.














Eh, dah habis dah?

-end of chapter 20-

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

81.8K 7.1K 27
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
266K 13.1K 60
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
2.3M 58.2K 55
Rayyan Ziqri - seorang kaki perempuan yang terkenal dengan mulut manis dan wajahnya yang kacak sehingga tiada sesiapa yang dapat menolak lelaki itu j...
592K 37.4K 48
Tengku Hazrul Uwais - Selain dari personalitinya yang all smiley and fun, tiada sesiapa yang menyangka dia menyimpan satu rahsia yang tidak pernah di...