NADINE SOFEA

Por sayamelur

236K 19.9K 1.5K

COMPLETED Nadine Sofea x Harlem Emmerson Nadine pendam cinta yang hadir sejak dulu demi menjaga hubungan yang... Más

1 - NADINE SOFEA
2 - NADINE SOFEA
3 - NADINE SOFEA
4 - NADINE SOFEA
5 - NADINE SOFEA
6 - NADINE SOFEA
7 - NADINE SOFEA
8 - NADINE SOFEA
9 - NADINE SOFEA
10 - NADINE SOFEA
11 - NADINE SOFEA
12 - NADINE SOFEA
13 - NADINE SOFEA
14 - NADINE SOFEA
15 - NADINE SOFEA
16 - NADINE SOFEA
17 - NADINE SOFEA
18 - NADINE SOFEA
20 - NADINE SOFEA
21 - NADINE SOFEA
22 - NADINE SOFEA
23 - NADINE SOFEA
24 - NADINE SOFEA
25 - NADINE SOFEA
26 - NADINE SOFEA
27 - NADINE SOFEA
28 - NADINE SOFEA
29 - NADINE SOFEA
30 - NADINE SOFEA
31 - NADINE SOFEA
32 - NADINE SOFEA
33 - NADINE SOFEA
34 - NADINE SOFEA
35 - NADINE SOFEA
36 - NADINE SOFEA
37 - NADINE SOFEA
38 - NADINE SOFEA
39 - NADINE SOFEA
40 - NADINE SOFEA
41 - NADINE SOFEA
42 - NADINE SOFEA
43 - NADINE SOFEA
44 - NADINE SOFEA
45 - NADINE SOFEA
46 - NADINE SOFEA
47 - NADINE SOFEA
48 - NADINE SOFEA
49 - NADINE SOFEA
50 - NADINE SOFEA

19 - NADINE SOFEA

4.3K 353 43
Por sayamelur

Suara tawa si kecil mengundang senyum nipis di bibir Harlem. Matanya asyik memandang wajah si kecil yang leka bermain bersama Lilia di taman. Kecomelan milik si kecil membuatkan Harlem jatuh sayang sejak hari pertama abangnya membawa anak kecil itu ke rumah mereka.

"Cantik betul ya Lilia tu sampai sengih sorang-sorang begitu?" suara Hardy sedikit memeranjatkan Harlem. Senyuman di bibir terus kendur.

"Aku tengok anak kau lah. Comel betul. Pandai betul kau buat anak ya, bang?" balas Harlem memuji.

"Kalau nak anak comel macam anak aku, kahwinlah. Senang. Tu Lilia tu, tunggu kau nak masuk meminang dia saja." tutur Hardy selamba.

"Ke situ pula. Ni lah aku malas nak borak dengan kau." Harlem menggeleng kepala.

"Salah ke apa yang aku cakap? Kau dengan dia asyik berkepit dah macam-"

"We're just friends." potong Harlem.

Hardy mencebik bibir.

"Lagipun aku rasa macam janggal pula kalau aku ada hubungan dengan Lilia. Makcik dia isteri kepada ayah. Lilia pula dah dijaga aunty Qaseh macam anak dia sendiri sejak kecil. Kau tak rasa pelik ke kalau lepastu aku dengan Lilia pun..." mulut Harlem terhenti.

"Kalau sebab itu yang menghalang kau taknak dengan Lilia, aku rasa benda tu tak jadi masalah pun. Apa yang peliknya? Lilia baik apa. Cantik pun cantik." selagi Harlem bahagia, Hardy akan terima sesiapa saja yang menjadi pilihan adik kesayangannya.

"Bukan itu masalahnya, bang." tutur Harlem perlahan.

Hardy menoleh Harlem di sebelah. Senyum sinis mula hadir di bibir.

"Oh, aku faham."

Pandangan mereka bertaut. Kening Harlem diangkat tinggi.

"Faham apa?" Harlem hairan.

"Kau masih fikir fasal dia?" soal Hardy.

"Dia siapa? Aku tak faham." Harlem menggeleng kepala.

Hardy mendecit halus. Menyampah pula dia menyaksikan lakonan Harlem sekarang. Pura-pura 'tak faham' konon.

"Nak juga aku sebut nama dia padahal kau sendiri tahu siapa yang aku maksudkan?"

Harlem termangu seketika.

Riak mukanya berubah merah. Peristiwa mereka terperangkap di dalam lif tempoh hari sekali lagi menerpa di ingatan.

Sakit hati masih membekas di hati Harlem. Tak tahu kenapa tapi Harlem lebih sanggup terperangkap seorang diri di dalam lif itu sampai esok  berbanding bersama dengan Nadine dan Ezra yang menyebalkan itu!

Bukan mereka saja pasangan paling romantik dalam dunia ni sampai nak tayang pada semua orang.

"Nadine sekarang ada di ma-"

"Aku pernah bagitahu kau kan dulu? Aku tak nak ingat lagi dah fasal dia. Dan sekarang aku dah berjaya buang dia dari hidup aku."

Tolonglah jangan sebut sebaris nama itu lagi. Dia sudah cukup menderita selama ini.

"Kau memang manusia hebat, Harlem." Hardy senyum.

Harlem menoleh abangnya tanda tidak mengerti.

"Dari hari pertama Iris meninggal dunia lepas lahirkan Daisy sampai lah sekarang, satu detik pun aku tak pernah lupakan dia. Aku dapat rasa yang Iris masih bersama aku sekarang." luah Hardy.

Hanya Tuhan saja yang tahu betapa hati Hardy selalu merindui isterinya.

"I'm sorry for you, abang. Tapi kau tak boleh samakan aku dengan kau. Kak Iris isteri kau. Apa yang kita lalui tak sama." balas Harlem bersungguh-sungguh.

"Kisah kau dengan aku memang jauh berbeza tapi apa yang membuat kita sama adalah kita belajar untuk melupakan orang yang kita sayang. Aku rindu Kak Iris kau, Harlem. Aku rindu dia sangat-sangat sampai aku rasa terseksa. Aku kagum dengan kau sebab kau betul-betul berjaya lupakan Nadine."

Harlem ketawa sinis menggeleng kepala.

"Bang, aku dengan dia dulu cuma kawan. Perasaan aku lain. Tak sama macam apa yang kau dengan Kak Iris rasa."

Sekarang giliran Hardy pula tertawa.

"Kau dengan dia berkawan sejak kecil lagi dan kau berdua membesar depan mata aku. Tapi sampai sekarang aku masih tak tahu apa sebenarnya yang menghalang kau dari sedar tentang perasaan sebenar kau terhadap Nadine."

"Jangan merepeklah, bang." decitan sinis kedengaran di bibir Harlem.

Kepala Hardy terangguk-angguk.

"Iya, aku memang merepek. Lagipun semua yang aku cakap tu pun dah tak penting kan? Kau dah ada life sendiri dan aku rasa Nadine sekarang pun dah bahagia dengan hidup dia. Tak semua hubungan dalam dunia ni kekal. Tak kira persahabatan atau perkahwinan? Kan?"

Harlem tiba-tiba membisu di situ. Setiap bait kata Hardy seakan meninggalkan kesan di hatinya.

Benarkah Nadine sudah bahagia sekarang?

"Abang Hardy! Harlem!" Lilia tiba-tiba muncul bersama riak penuh risau.

"Daisy hilang..."








































* * * * *

Nadine memejam rapat kelopak mata cuba menenangkan fikiran yang kusut. Sesekali mata melirik juga ke arah sekeping kad kecil di tangan.

Tawaran menyanyi yang ditawarkan oleh Tengku Mazhar malam itu sering bermain di fikiran Nadine. Sejujurnya Nadine tertarik mahu menerima tawaran tersebut. Apatah lagi apabila Dato' Akhbar juga memberikan kebenaran untuknya kerana kebetulan pada malam itu dia juga dijemput untuk pergi ke majlis makan malam itu nanti.

Tapi entah mengapa Nadine rasa tak sedap hati dan tak yakin. Selama ini dia tidak pernah menyanyi di hadapan majlis formal dan mewah sebegitu. Bagaimana nanti kalau dia ada membuat kesilapan sehingga boleh memalukan diri sendiri di hadapan semua orang?

Mana lagi Nadine mahu melarikan diri lepas ini?

Suara tangis anak kecil di selangi bunyi anjing mula menarik perhatian Nadine. Kepala menoleh kiri kanan mencari arah bunyi tersebut.

Matanya membulat besar apabila ternampak seorang anak kecil sedang bersembunyi di sebalik pokok besar tidak jauh darinya. Seekor anjing juga turut berada di situ dan sepertinya bersedia mahu menerkam anak comel itu.

Nadine bingkas bangun dari bangku lalu menggapai dahan kayu besar di atas rumput.

"Hey!"

Kayu di baling sekuat hati dan untungnya kayu itu terkena tepat di kepala anjing tersebut. Haiwan itu terus lari lalu Nadine segera mendapatkan anak kecil yang masih menangis teresak-esak di situ.

"Adik tak apa-apa?" tubuh anak kecil itu diperhati atas bawah.

"Daisy takut, aunty." bahu Nadine dirangkul bersama esakannya yang masih berlagu nyaring.

"An-anjing nak gigit Daisy."

Nadine turut membalas pelukan Daisy.

"Anjing tadi dah lari dah. Daisy jangan takut ya, sayang." pujuk Nadine lembut. Air mata anak kecil itu diseka.

"Daisy sorang je? Mana mummy dengan daddy Daisy?" soal Nadine hairan. Sempat matanya meliar mencari kelibat orang lain di situ tapi yang ada cuma ada dia dan Daisy saja.

"Tak tahu." Daisy menggeleng kepala. Air mata bergenangan lagi.

"Tadi Daisy kejar rama-rama lepas tu Daisy tak jumpa aunty Lia lagi dah. Daddy dan uncle pun Daisy tak nampak."

Nadine mengeluh perlahan sambil menggaru kepala.

"Daisy nak balik." tangisnya.

"Okay, okay. Aunty tolong Daisy cari daddy Daisy ya? Rasanya sekarang daddy Daisy pun tengah cari Daisy juga. Daisy janganlah nangis." rambut hitam Daisy di belai.

Alahai, kesiannya anak comel ini.

Daisy mengangguk kecil. Tangan milik Nadine terus diraih menggamit senyuman Nadine.

Comelnya!

"Aunty tak jahat kan? Aunty takkan culik Daisy kan?" soalnya sambil kaki berjalan beriringan.

Mulut celoteh Daisy mengundang tawa kecil Nadine.

"Tak, sayang. Aunty makan nasi. Aunty tak makan budak comel macam Daisy." jawab Nadine.

"Kalau tak comel, aunty makan lah?"

Sekali lagi Nadine ketawa dan kali ini suaranya kedengaran sedikit nyaring. Haih, anak siapa lah ni?

"Daisy!"

Suara dari jauh memanggil nama anak kecil itu.

"Daddy!"

Daisy menarik tangan Nadine ikut sama berlari untuk mendapatkan ayahnya yang semakin mendekati mereka.

"Daisy pergi mana, sayang? Daddy risau tau." tubuh anaknya dirangkul erat.

"Sorry, daddy." ucap Daisy. Dahinya didekap pada dahi Hardy.

"Tadi aunty cantik tu selamatkan Daisy dari anjing tau, daddy." Hardy menoleh arah tunjuk jari Daisy.

Lidah Hardy kelu seketika sebelum mengerling Harlem di sebelah. Riak wajah adiknya kosong namun sepasang mata milik Harlem terlalu leka memandang Nadine di hadapannya.

"Thank you, Nadine sebab jaga anak I sekejap." ucap Hardy tersenyum.

Nadine yang menunduk dari tadi itu hanya mengangguk kecil. Kepala langsung tidak bergerak sedikitpun dari memandang rumput. Bertentangan mata dengan Harlem adalah perkara terakhir yang akan dia lakukan di dunia ini.

Apa maksud takdir Tuhan yang kerap menemukannya dengan Harlem sekali lagi?

"Dah cakap thank you dekat aunty ke tadi?" soal Hardy kepada Daisy.

"Kejap! Kenapa lulut Daisy berdarah ni sayang?" wajah Lilia penuh risau memandang luka di lutut anak kecil itu.

"Masa you jumpa Daisy tadi, lutut dia memang dah luka ke, Nad?" soal Lilia pula.

"M-maaf, saya tak perasan pula-"

"Aku harap luka tu bukan disebabkan kau." tutur Harlem selamba.

Nadine terdiam menggigit bibir.

"Harlem, dah lah. Luka sikit je ni. Bukan teruk mana pun." bisik Hardy perlahan.

"Saya minta maaf. Saya memang betul-betul tak perasan luka di kaki anak abang tadi." Nadine mula bersuara.

Dia tidak sejahat itu sehingga mahu mencederakan anak kecil secomel Daisy.

"Takpe, Nad. Daisy okay je ni. No big deal. Lagipun mungkin Daisy ada jatuh dekat mana-mana sebelum you terjumpa dia tadi." balas Hardy penuh mengerti.

Harlem pun satu. Sengaja nak buat Nadine rasa serba salah lah tu.

"Kitaorang balik dulu ya? Terima kasih sekali lagi-"

"Aku nak cakap sikit dengan kau. Abang dengan Lia pergi dulu." pintas Harlem.

Hardy hanya mampu terdiam. Sempat matanya memandang Nadine dan Harlem silih berganti sebelum melangkah pergi seperti permintaan adiknya.

Lilia pula rasa berat hati mahu meninggalkan Nadine dan Harlem berduaan di situ. Namun, melihat wajah beku Harlem, Lilia gagahkan hati untuk menurut.

Tak fasal-fasal lelaki itu melempiaskan marah padanya pula nanti.

Suasana menjadi hening seketika.

Nadine dari tadi menunduk. Perasaan takutnya itu hanya Tuhan saja yang tahu.

"10 tahun hidup aku aman tapi kenapa sekarang kau tiba-tiba muncul lagi?"

Nadine diam menggigit bibir.

"S-saya tak bermaksud nak-"

"Jauhkan diri kau dari apa saja yang berkaitan dengan aku. Terutama sekali keluarga aku. Aku tak nak disebabkan kau, aku kehilangan orang-orang yang aku sayang sekali lagi."

"Saya minta maaf atas semua kesalahan ayah saya pada keluarga-"

"Aku tak nak dengar perkataan tak berguna tu dari mulut kau. Semua tu tak beri apa-apa makna buat aku. Maaf kau tu kosong. Aku cuma minta kau jangan tunjuk muka kau depan aku atau keluarga aku lagi."

"Aku dah cukup gembira sekarang dan mungkin aku akan lebih bahagia kalau aku tak pernah kenal kau."

Harlem terus melangkah pergi meninggalkan Nadine di situ.

Air mata Nadine semakin deras mengalir.

Dia sendiri juga tidak mahu mengenali Harlem jika beginilah terseksanya jalan hidup Nadine sekarang.
















-end of chapter 19-

Seguir leyendo

También te gustarán

5.3M 108K 87
[C O M P L E T E D] My second babies 。 •́ ⚈ ( SILENT ) ⚈ •̀ 。 *** Sinopsis soon *** Start ; 01 June 2016 End ; 4 April 2020
299K 14K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
8.1K 503 11
• romance • 2ND SERIES OF SHE Sequel : Aryssa TENGKU ARIEF ARYAN × HELENA SOPHEA kesinambungan cerita pertama, juga sudah tamat tapi dimansuhkan ata...
4.5M 95.2K 58
Darren Aiden x Keisha Erina Susah bila berkahwin dengan lelaki beku ni. Bila ditanya , sepatah dijawab. Contohnya macam ni , "How ? Is it good or bad...