PERSIS AKAR DANI

Galing kay JueaAbdullah72

2K 21 0

Bulan madu. Momen terindah. Watak Muhamad Nuqman yang lembut dan pengasih, kadang nakal mencuit jiwa, manalah... Higit pa

Bab 1: CEMBURU
Bab 2: JAMBANGAN ORANG
Bab 3: SIAPA TUNDUKKAN SIAPA?
Bab 4: BIDADARIKAH DIA?
BAB 5: BERLIAN ANTARA PEPASIR
BAB 6: DAKAPAN CINTA
BAB 7: EPISOD SOTONG BUNCIT
BAB 8: TAKUT NAK KAHWIN
BAB 9: UBAT RINDU!
BAB 10: IS THIS HOW MUCH YOU LOVE ME?
Bab 11: MERAIKAN CINTA
Bab 12: TAK HILANG MACAM CINDERELLA
Bab 13: MEMORI
Bab 14: THE BEST MOMENT TOGETHER
Bab 15: TOLONG SAYA!
Bab 16: DO YOU FEEL ME?
Bab 17: PERSIS AKAR DANI
Bab 18: JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU
Bab 19: WANITA BERIMAN ITU CERDIK
Bab 21: AKU DATANG!
Bab 22: YOU'RE REALLY NOT GOOD AT LYING!
Bab 23: WHOOOPPSS...
Teaser 1: MANA NAK LARI?
Teaser 2: HABIB AN NAJJAR
Teaser 3: JIWA LELAKI
Teaser 4: ANAK MANJA TAN SRI

Bab 20: MAYA!

22 0 0
Galing kay JueaAbdullah72

"Master, bad news! The Flip... raided just fifteen minutes ago... aku ke sana sekarang."

"Damn!" Jeritan lelaki itu disambut hentakan kuat ke meja kopi di hadapannya. Tak sempat ambil nafas, dia menjerkah di talian. "Where's Bull?"

"Dissapeared. Aku tak dapat contact dia lagi. Tadi aku cakap dengan orang kita. Perempuan tu ada di Bukit Aman baru-baru ni..."

Alvin terlonjak berdiri. Amarahnya melahar. "Get the damn file, Ravi! Aku nak semua maklumat yang mereka dapat dari perempuan tu. I don't care what it takes. Burn them down if you must! You get me?"

"Sure, Master. Soon!"

Talian diputuskan. Telefon bimbit tipis yang tadi melekap di telinga Alvin dibaling ke sofa yang kosong di hadapannya.

"Get out! Get the hell out!" jerkah Alvin kepada semua yang ada di bilik itu. Mencicit dua orang gadis yang tadi melayaninya. Pirate dan Tiger juga melangkah laju keluar dari bilik itu. Hanya Bintang saja yang masih tega berdiri. Jarang Alvin mengamuk. Selalunya walau marah melahar, dia akan ketawa berdekah-dekah mempamerkan egonya. Hari ini, jelas ego lelaki itu terguris parah.

"Bintang, kerahkan semua orang-orang kita cari perempuan tu malam ni juga. Ravi uruskan Bukit Aman. Kita hanya ada masa satu minggu saja lagi nak gerak ke Sabah. Dapatkan perempuan tu, hidup atau mati! Malam minggu nanti, bawa semua ke pelabuhan. Kali ni, kalau gagal... mereka tahu akibatnya! Contact Bull, suruh dia datang. NOW!" Pandangan mata Alvin menghunjam ganas ke muka satu-satunya orang yang dia percaya – Bintang. Lelaki berdarah campuran India dan Cina itu adalah bekas komando dan penembak tepat yang sudah lama berkhidmat dengannya.

Urat merih Alvin yang jelas tegang membuatkan Bintang telan liur. Kalau Alvin turun padang, mungkin ada nyawa yang akan terkorban. Tanpa banyak soal, dia anggukkan kepala dan melangkah laju keluar dari situ.

Alvin merengus kasar. Mujur Bull sempat selamatkan diri. Hanya Bull yang berhubung terus dengannya. Yang lain tak kenal dia. Itu paling penting. Biar macammanapun disoal siasat pihak berkuasa, mereka tak tahu tentang kewujudannya.

Minggu depan, salah seorang ketua gangster di perairan Sabah akan menunggu ketibaan mereka seperti yang sudah dijanjikan. Kapal pesiar yang baru dibelinya akan beroperasi untuk kali pertama ke sana. Deng, anak jati Sabah dari etnik bajau yang menguasai pelacuran laut di sana akan bekerjasama dengannya.

Alvin akan membawa pulang wanita-wanita dari Filippina dan Thailand sementara Deng akan menerima wajah-wajah baru yang dibawanya. Selera para pelanggan mereka harus dijaga. Ada yang mahukan wanita tempatan tapi ramai juga yang mahukan wanita luar. Yang penting, perniagaan mereka mesti terus berkembang. Kalau di darat mereka terkepung, di laut pula akan mereka terokai.

Tapi bagaimana mereka akan jadi rakan niaga kalau keadaannya tergugat begini? Alvin mencengkam kepalanya yang sakit. Kerugian demi kerugian melanda. Yang paling dahsyat, dia kini bagaikan pelarian. Pihak berkuasa sedang menjejakinya. Malah keluarganya sendiri sudah didatangi pihak polis dan waran tangkap untuknya sudah dikeluarkan.

Gila! Ini semua gila! Dia sedang membina empayar. Satu demi satu bandar besar di kawasan tengah negara ini mahu dikuasainya. Selama ini, dia terlalu licik untuk dihidu pihak berkuasa. Ahh... kebanyakan dari mereka sudah berada di bawah telunjuknya. Namun masih ramai lagi yang bodoh mahu mempertahankan negara yang sudah hampir tersungkur di kaki-kaki raja kongsi gelap sepertinya.

Mana mungkin semua yang dia bina hancur hanya kerana seorang perempuan! PEREMPUAN!

MAYA!

Maya bukan sebarang perempuan. Dia tahu betapa perempuan itu kecewa ditinggalkan Remy. Tapi tak seperti perempuan lain, dia tidak meratap kerana lelaki. Maya... seperti menemui dirinya semula selepas sedar yang Remy mem-pergunakannya. Kemahuan Maya untuk bebas dari perangkap Remy selalu ada dalam senyum dan lirikan mata cantiknya.

Kini, satu demi satu kelab malam miliknya digeledah pihak berkuasa. Tapi bila The Flip, pusat hiburan bawah tanah yang selama ini tersembunyipun dapat dihidu pihak berkuasa, dia memang terancam. The Flip memang mendapat sambutan selama ini dan berlindung di sebalik perniagaan hotel milik seorang datuk yang tamak haloba tapi bodoh!

Alvin meramas belakang tengkuk. Gelisah. Mujur dia sudah buat perjanjian yang namanya tak akan dikaitkan dengan pusat hiburan itu. Datuk yang bodoh itu hanya mahukan duit dan perempuan. Tapi langsung tak pandai berurus niaga. Alvin yang mengaturkan semuanya dan sekarang, lelaki itu yang harus menanggung padahnya!

Alvin mahu ketawa. Ya, dia tak risaukan The Flip. Dia tahu, orang-orangnya akan pantas bertindak. Walaupun mereka kerugian kerana habis perempuan pelayan di situ ditahan polis dan rampasan dadah di premis itu bukan sedikit namun namanya tak dikaitkan. Sebab dia hanya wujud di balik tabir.

Tapi yang dia marah, tempat itu diserbu tanpa sempat mereka bersiap sedia. Apa yang jadi sebenarnya? Kenapa tali barut mereka di Bukit Aman tak bertindak seperti selalu? Seperti ada yang tak kena! Dan yang paling dia marah, The Flip satu-satunya tempat yang paling selamat dan paling aktif berperanan buat masa ini. Hari ini, perniagaannya di situ hancur. Alvin jadi semakin tertekan dalam mencari penyelesaian.

Maya! Ini pasti dia. Minda perempuan itu sangat tajam. Dia mampu memberikan begitu banyak maklumat tentang mereka sedangkan dia belum bebas dalam menjalankan tugasnya. Dia dikawal ketat dalam setiap pertemuan yang diaturkan untuknya. Tapi si mata cantik itu rupanya tak selembut dan senaif yang disangkakan! Bukan saja tubuhnya bekerja tetapi minda dan pancainderanya juga berperanan. Kalau tidak, tak mungkin sebegini cepat pihak berkuasa mencium kegiatannya.

Dan dia perlu tahu pegawai mana yang ditugaskan menguruskan kes Maya. Pegawai itu mesti diselesaikan. SEGERA!

Alvin panas punggung. Dia bingkas bangun dari sofa empuk itu. Luas ruang penthouse yang baru disewanya terasa sempit. Dia melangkah ke dinding kaca yang mempamerkan keindahan Kuala Lumpur yang sudah berjaya dikotori Alvin dan orang-orangnya serta puluhan kumpulan kongsi gelap yang lain.

Ahh... siapa sangka, kegiatan malam di ibukota ini lebih hangat dari siangnya. Dia bersama ramai lagi sedang mencipta kekayaan dari kegelapan malam. Mengisi permintaan di setiap lorong sunyi, memenuhi kehendak nafsu manusia-manusia yang kosong jiwa dan meracuni darah-darah yang mengalir. Cukup dengan dadah dan seks, mereka sanggup lakukan apa saja. Minda mereka? Sudah lama dijajah!

Bezanya dia dengan ketua kongsi gelap yang lain, tangannya jarang dikotori. Malah dia tak perlu turun ke gelangang untuk bertarung menguasai kawasan. Segalanya dilakukan dengan kuasa wang. Sebagai anak kepada salah seorang jutawan di negara ini, wang bukan masalah baginya. Malah dia cukup bijak untuk menggandakannya.

Memilih siapa orang-orangnya adalah perkara yang paling penting. Kesetiaan dan kesanggupan melakukan apa saja menjadi kriteria utama. Tetapi tidak bagi Remy Iskandar. Lelaki itu ditemuinya secara kebetulan. Remy anak seorang hartawan yang menguasai bidang hartanah. Namun ketegasan ayahnya menghumban Remy di kancah yang disediakan Alvin untuk orang-orang yang mahu jadi kaya tanpa perlu bersusah-payah.

Keistimewaan Remy dalam memilih wanita yang menjadi kekasihnya silih berganti menarik minat Alvin untuk membuat tawaran. Ternyata Remy yang sedang tertekan dengan tindakan ayahnya yang menarik balik segala bantuan kewangan kerana sikapnya yang suka berpoya-poya, menerima dengan hati terbuka. Hanya dengan bermodalkan cinta, aliran tunai untuk Remy menjadi berlipat kali ganda!

Tiba-tiba tawa Alvin meledak dalam ruang sunyi. Siapa kata susah mahu kaya? Wang boleh membeli segalanya!

Tapi mampukah dia membeli Remy sekali lagi? Tawa Alvin tiba-tiba hilang. Beranikan dia? Sedangkan dia bagaikan terasa, harga seorang Maya bukan lagi dalam nilai ringgit. Tapi bagi Remy, nilainya darah dan nyawa. Dia tahu Remy sedang menjejakinya. Bukan! Bukan dia! Tapi Mayanya. Remy sedang menjejakinya untuk menuntut Mayanya! Dan Mayanya tiada. TIADA!

Alvin sedut nafas sampai ke hujung. Dihela sampai habis. Berat. Dadanya sesak. Kepalanya berserabut. Saat ini dia perlukan minuman yang boleh melapangkan mindanya, dadanya. Dia melangkah ke arah bar di satu sisi ruang tamu itu. Botol minuman kegemarannya dicapai. Tak perlu gelas lagi. Ditogok terus dari botol saja. Dan hangat minuman itu meruap ke seluruh tubuhnya hingga ke kepala.

Wajah Remy mengacah. Remy yang tak pernah gentar untuk membunuh. Walau belum pernah membunuh tapi meninggalkan musuhnya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan itu lebih menggerunkan sesiapa yang melihat. Dia juga amat jarang mengotorkan tangannya namun Alvin cukup tahu, dia belum berani berdepan dengan lelaki itu tanpa Maya!

Maka dia kembali kepada persoalan yang paling awal. Di mana Maya?

"Mayaaaaaaa!"

...Bersambung.

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

452K 49.8K 22
في وسط دهليز معتم يولد شخصًا قاتم قوي جبارً بارد يوجد بداخل قلبهُ شرارةًُ مُنيرة هل ستصبح الشرارة نارًا تحرق الجميع أم ستبرد وتنطفئ ماذا لو تلون الأ...
645K 25.4K 73
Lilly found an egg on a hiking trip. Nothing abnormal on that, right? Except the egg was four times bigger than supposedly the biggest egg in the wor...
1M 13.2K 52
NOT EDITED YET Gracie Owen's a headstrong journalist major rooms with her childhood best friend JJ Anderson for junior year, little does she know she...
2.9M 243K 97
RANKED #1 CUTE #1 COMEDY-ROMANCE #2 YOUNG ADULT #2 BOLLYWOOD #2 LOVE AT FIRST SIGHT #3 PASSION #7 COMEDY-DRAMA #9 LOVE P.S - Do let me know if you...