NADINE SOFEA

By sayamelur

236K 19.9K 1.5K

COMPLETED Nadine Sofea x Harlem Emmerson Nadine pendam cinta yang hadir sejak dulu demi menjaga hubungan yang... More

1 - NADINE SOFEA
2 - NADINE SOFEA
3 - NADINE SOFEA
4 - NADINE SOFEA
5 - NADINE SOFEA
6 - NADINE SOFEA
7 - NADINE SOFEA
8 - NADINE SOFEA
9 - NADINE SOFEA
10 - NADINE SOFEA
11 - NADINE SOFEA
13 - NADINE SOFEA
14 - NADINE SOFEA
15 - NADINE SOFEA
16 - NADINE SOFEA
17 - NADINE SOFEA
18 - NADINE SOFEA
19 - NADINE SOFEA
20 - NADINE SOFEA
21 - NADINE SOFEA
22 - NADINE SOFEA
23 - NADINE SOFEA
24 - NADINE SOFEA
25 - NADINE SOFEA
26 - NADINE SOFEA
27 - NADINE SOFEA
28 - NADINE SOFEA
29 - NADINE SOFEA
30 - NADINE SOFEA
31 - NADINE SOFEA
32 - NADINE SOFEA
33 - NADINE SOFEA
34 - NADINE SOFEA
35 - NADINE SOFEA
36 - NADINE SOFEA
37 - NADINE SOFEA
38 - NADINE SOFEA
39 - NADINE SOFEA
40 - NADINE SOFEA
41 - NADINE SOFEA
42 - NADINE SOFEA
43 - NADINE SOFEA
44 - NADINE SOFEA
45 - NADINE SOFEA
46 - NADINE SOFEA
47 - NADINE SOFEA
48 - NADINE SOFEA
49 - NADINE SOFEA
50 - NADINE SOFEA

12 - NADINE SOFEA

2.9K 261 23
By sayamelur

"Nadine!"

"Nadine!"

Suara Armani memeriahkan suasana sepanjang koridor bilik kelas. Nadine pula pantas berpaling setelah mendengar namanya di seru dari jauh.

"Nadine, tunggu aku di situ!" Armani berlari anak mahu mendapatkan gadis comel itu.

"Iya, Armani? Ada apa ni?" soal Nadine pelik sebaik saja Armani tiba di sisinya.

Armani diam seketika mahu mengambil nafas. Hampir setiap hari dia berlari di atas trademill pun masih mengah juga ke?

"Harlem-" Armani tercungap-cungap.

"Harlem, dia-" air liur di telan.

"Kenapa dengan Harlem?" tanya Nadine.

"Tu, Harlem-" Armani berhenti lagi.

Nadine mula cuak. "Iya, Armani? Kenapa dengan dia? Boleh tak cakap elok-elok sikit? Jangan main-main boleh tak?"

Bahu Armani digoncang lembut memaksa gadis seksi itu memberitahunya hal sebenar.

"Harlem nak jumpa kau. Sekarang."

"Hah?!" Nadine bertambah pelik.

Jadi, Armani terjerit-jerit nama dia macam orang gila sebentar tadi hanya sekadar hendak menyampaikan pesanan itu saja.

What the hell?

"Harlem tak bagitahu apa-apa pun dekat saya." sempat Nadine memeriksa telefon bimbitnya. Tiada sebarang notifikasi dari Harlem.

"Sebab itu aku bagitahu kau. Dia yang pesan suruh aku sampaikan benda ni pada kau. Harlem nak jumpa kau sekarang juga. Dekat rooftop. He's waiting for you right now." Armani tayang senyum penuh makna.

"What?" Nadine angkat kening tinggi tidak mengerti akan reaksi yang ditunjukkan Armani.

"Okay, okay. Spoiler alert. Tadi aku tengok Harlem dah hias cantik-cantik rooftop dekat atas tu. Siap ada bunga tulip. Bunga favourite kau kan?" Armani bertambah teruja.

"So aku rasa lepas ni kawan aku yang comel ni akan jadi perempuan paling bahagia dalam dunia." bahu Nadine dipeluk erat.

"Eh, kejap. Apa maksud awak ni, Armani? Saya tak faham lah." Nadine cuba meleraikan pelukan Armani.

Kedengaran dengusan geram di mulut Armani. Hilang terus keterujaannya tadi.

"Kau jangan jadi bengap sangat boleh tak, Nad? Sekali ni ja aku minta." Armani menjeling tajam.

Mata Nadine terkebil-kebil membuatkan geram Armani semakin menggelegak.

"Harlem nak jumpa kau. Atas rooftop. Dan ada bunga. Itu maksudnya dia nak luahkan perasaan dia pada kau. Tak faham lagi?" terang Armani.

Nadine menggeleng kepala berkali-kali.

"Tak, tak. Tak mungkin. Awak salah dengar. Mungkin tadi Harlem suruh awak cari Lilia. Bukan saya. Awak tahukan Harlem suka Lili-"

"Shuh! Sudah! Aku belum pekak macam Lea lagi lah, Nad. Dia memang sebut nama kau. Sekarang kau pergi jumpa dia. Lama dah Harlem tunggu kau dekat atas tu. Pergi cepat." Armani menolak tubuh Nadine berkali-kali.

"T-tapi, Armani. Saya-"

"Just go! And good luck!" tubuh Nadine ditolak lebih kuat. Mahu tak mahu, Nadine terpaksa mengorak langkah juga.

Perasaan gementar mula menjengah. Bunyi degupan jantung seakan mampu menggegarkan seluruh tubuhnya ketika ini.

Setiap langkah terasa seperti Nadine sedang di alam mimpi. Akal fikiran masih cuba menidakkan setiap tutur kata yang keluar dari mulut Armani tadi namun hatinya mula menaruh harapan tinggi.

Bagaimana kalau Harlem memang betul-betul sukakan dia juga?

Lagipun, dia bukan Tuhan untuk mengetahui isi hati manusia. Mungkin selama ini Nadine sudah salah faham tentang perasaan Harlem terhadap Lilia.

Langkah semakin dilajukan untuk menemui Harlem. Ketika ini hatinya seperti dilanda musim bunga.

"Nadine..."

Harlem senyum lebar apabila menyedari kehadiran Nadine di situ. Kaki bergerak menuju gadis itu dan meraih tangan Nadine.

Jantung milik Nadine semakin berdegup tidak menentu. Ini bukan mimpi, kan?

"Kenapa awak nak jumpa saya?" soal Nadine gugup.

Harlem senyum tersipu malu.

"For you." sejambak bunga tulip putih diberikan kepada Harlem.

"Thanks. Cantik." bunga bertukar tangan.

Harlem berdehem seketika sebelum membuka mulut.

"Nadine..." sebelah tangan Nadine diraih dan digenggam erat. Matanya memanah mata bundar jernih milik Nadine.

Hanya Tuhan saja yang dapat meredakan bunyi degupan jantung Nadine ketika ini.

"Aku-..."

Nadine menggigit bibir. Genggaman tangan Harlem turut dibalas erat.

"Aku-" Lidah Harlem kelu. Entah berapa kali Harlem berdehem mengatur suara.

Sungguh Nadine tidak sabar menunggu ayat paling indah itu.

"Iya, Harlem? Kenapa dengan awak?"

"A-aku..."

"Aku cintakan kau, Nadine."

Bunga-bunga sakura sedang berterbangan di seluruh hati milim Nadine. Air matanya bergenangan. Ingin saja dia terus merangkul tubuh Harlem di situ.

Dia seakan bermimpi. Namun kenyataannya dia sedang berpijak di bumi yang nyata. Bukan ilusi. Bukan juga mimpi.

"Saya cintakan-"

"Nad, Lilia dah datang. Wish me luck." potong Harlem. Tangan Nadine terus dilepaskan.

Nadine terpanar seketika. Baru saja hati meyakinkan diri bahawa semua tadi bukan mimpi namun Nadine seperti baru sedar bahawa inilah realiti yang sebenarnya.

"Thanks tolong aku. Aku harap aku dapat luahkan perasaan aku macam mana aku dah buat tadi. Bunga ini untuk kau." pipi Nadine diusap sebelum berlari anak mendapatkan Lilia.

Nadine terdiam seribu kata. Kali ini, hatinya terus ranap.

Hancur disebabkan lelaki yang dicintai.

* * * * *


Ceritakan padaku
Cerita yang terdahulu
Kisah cinta yang pernah kau tahu
Sempurna selalu pada kau dan aku

Ceritakan semua
Cerita kita cita bersama
Kisah terindah pernah ku rasa
Selama pernah jantung ku bernyawa

Berdua hanya kau dan aku-

"Stop."

Suara Miss Yasmine menghentikan nyanyian Nadine serta alunan muzik yang dimainkan.

Semua yang berada di situ serentak memandang guru muzik mereka.

"Nadine, are you okay?" soal Miss Yasmeen ingin tahu.

Semua mata beralih ke arah Nadine pula. Gadis itu terpinga-pinga.

"S-saya okay, miss." jawab Nadine senyum nipis.

"No, you're not. Lagu ni lagu happy, Nadine. Lagu yang indah and you should look happy. Tapi you nampak sangat sedih. Sebelum kita mula practice lagi." beritahu Miss Yasmine jujur.

Nadine senyum sumbing.

Perasaan saya baru saja dipermainkan, Miss Yasmine. Macam mana saya nak nampak happy?

Ingin saja Nadine menjawab begitu.

"Boleh kita rehat dulu, miss?" Ezra tiba-tiba mencelah di belakang.

"Okay. Rehat 30 minit. Lepas tu semua mesti dah berkumpul di sini balik." arah Miss Yasmeen. Mungkin Nadine perlukan rehat seketika.

Semua mengangguk akur.

Nadine mengangkat punggung dari kerusi untuk bergerak ke tandas. Dia harus menyegarkan diri. Rasa sedih ini biarlah di simpan rapi dulu sebelum Nadine meluahkan segala-galanya apabila pulang ke rumah nanti.

"Nadine!"

Suara Armani mematikan langkah Nadine yang baru saja mahu melangkah masuk ke dalam tandas.

"Hi guys. Tak balik lagi ke?" tegur Nadine menilik jam tangan. Jarum jam hampir menunjukkan pukul 6 petang.

"Nad..." Armani tiba-tiba meraih tangan Nadine.

Armani diam seketika. Sampai bila-bila pun Nadine tidak akan pernah berjaya menipunya dengan senyuman palsu gadis itu.

Mata Leanna pula sudah berkaca memandang sahabat baiknya.

"Kau boleh menangis di dalam pelukan kami, Nadine. Kami berdua sayang kau."

Esakan kecil mula kedengaran di bibir Nadine lalu tubuh Armani terus dirangkul seerat-erat.

Sejujurnya dia tidak kuat lagi. Kali ini Nadine tidak mampu melawan hati sendiri untuk tidak menangis.

Leanna juga turut memeluk kedua gadis itu.

"Bodohnya saya." luah Nadine. Esakannya semakin jelas kedengaran.

"Aku minta maaf, Nadine. Ini semua salah aku juga. Aku yang bagi harapan pada kau tentang tadi. Aku minta maaf sangat-sangat." jujur Armani rasa serba salah.

Kalau saja mulut dia tidak becok macam murai pasti Nadine tidak akan sekecewa ini.

"Tak. Ini bukan salah awak. Saya yang terlalu berharap dan saya tak pernah salahkan sesiapa dj atas perasaan yang saya cipta sendiri."

Pelukan mereka dileraikan.

"Harlem jahat, Nad. Sampai hati dia mainkan perasaan kau macam ni. Aku mula ragu sebenarnya siapa kau di mata dia? Seorang sahabat takkan sanggup buat sahabat dia sekejam ini." ada amarah pada nada suara Leanna.

Dasar lelaki tak guna!

Semoga Tuhan menghapuskan perasaan Nadine terhadap Harlem. Sahabatnya layak memiliki lelaki yang lebih baik daripada manusia seperti itu.

"Tell us, Nad. Apa yang kitaorang kena buat untuk ubat hati kau? We'll do anything for you. Aku dan Armani tak sanggup tengok kau sedih macam ni. Kalau membunuh Harlem adalah jalannya, aku sanggup." ayat terakhir Leanna mengundang tawa kecil Nadine.

Sisa air mata diseka.

"Malam ni tidur rumah saya boleh? Ayah tak balik rumah. Ada kerja katanya. Awak berdua boleh teman saya kan?" permintaan Nadine itu mendapat anggukan penuh semangat dari Leanna dan Armani.

"Malam ni aku bawa aiskrim." beritahu Armani teruja.

"Aku pula masak spaghetti bolognese kesukaan kau."

Suasana sedih mula bertukar ceria.

"Okay. Deal. Jumpa awak berdua malam ini." Nadine tak sabar mahu menghabiskan sisa hari bersama kedua sahabatnya.

Tentang Harlem, biarlah dia letak tepi dulu. Masih ada yang menyayangi dia.

Sesudah Leanna dan Armani pamit, Nadine meneruskan destinasi asal untuk mencuci muka di tandas.

Kaki mengorak langkah untuk pergi ke dewan serbaguna semula.

"Ezra!" Nadine terkejut besar apabila menyedari kelibat lelaki itu di sebalik tiang di sebelah pintu masuk dewan.

"Saya ingat awak hantu tadi tau." Nadine mengurut dada. Hampir gugur jantungnya.

"Hantu-hantu pun tetap handsome kan?" kening di angkat berkali-kali.

Kalau tak angkat bakul sendiri bukan Ezra lah namanya.

"Mata you bengkak. Baru lepas menangis ye tadi?" soal Ezra tanpa berlapis.

Nadine cuba mengawal riak muka.

Figura Ezra di perhati atas bawah. Boleh tahan busy body.

"Mata saya tak bengkak. Penglihatan awak yang teruk. Esok sila beli cermin mata." jawab Nadine.

Ezra ketawa nyaring.

"So bukan you lah yang menangis di dalam tandas tadi? Satu koridor boleh dengar, Nadine. I ingatkan orang lain tapi so far cuma you saja yang keluar dari tandas itu." mungkin ada sesuatu yang menyebabkan Nadine kurang fokus dalam latihan mereka petang ini.

"Rasanya saya ada hak untuk tak cerita pada orang lain, bukan? Anggap saja awak tak dengar apa-apa." jawab Nadine.

Ezra jongket bahu.

"Itu I setuju. Tapi tak salah kan kalau I cuba tenangkan you?" segelas boba milk tea bersaiz medium diserahkan kepada Nadine.

"Hmm?" Nadine hairan.

"Saya pernah dengar, air manis bagus untuk hilangkan perasaan sedih. Tak percaya, cuba lah."

Nadine tertawa kecil.

Ada-ada saja Ezra ni.

"Thanks." ucap Nadine.

"Jom kita masuk. But before that..."

Ezra menapak setapak di hadapan Nadine. Hujung baju hoodie milik Ezra hinggap di wajah Nadine.

"Air mata you tak kering lagi. Nanti kalau orang tengok, you nak jawab apa?" Ezra kemudian mengenyit mata sebelum melangkah masuk ke dalam dewan semula.

Nadine hanya mampu menggeleng kepala sambil senyum kecil. Lama-lama dia boleh gila melayan perangai pelik Ezra.

Kaki berundur setapak demi setapak ke belakang. Sepasang mata melirik ke arah dua gelas air kegemaran Nadine di tangan.

Pemandangan sebentar tadi berjaya menyakitkan mata. Dan idea untuk menemui Nadine ke sini adalah idea paling buruk.

Gelas berisi boba milk tea di buang ke dalam tong sampah tanpa rasa ragu. Sejurus itu, Harlem terus berlalu pergi.











-end of chapter 12-

Continue Reading

You'll Also Like

876K 5.5K 10
[ YUSOF AYSAR X KHAIRIN ALANA ] 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 : 1 A melodrama romance story Soon-to-be published in ebook ver. start : 12 Jan 2024 end :...
301K 14.1K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
1.3M 36.4K 49
Jejaka yang sangat liar dan melanggar hukum hakam telah berjaya diubah menjadi seorang yang suci murni hanya kerana seorang gadis yang dibenci dari k...
10.5K 1.1K 5
Humaira.. Satu nama.. yang membuatkan jantung seorang lelaki bernama Malique berdegup laju.. pertama kali menatap mata itu.. pertama kali juga la hat...