NADINE SOFEA

By sayamelur

236K 19.9K 1.5K

COMPLETED Nadine Sofea x Harlem Emmerson Nadine pendam cinta yang hadir sejak dulu demi menjaga hubungan yang... More

1 - NADINE SOFEA
2 - NADINE SOFEA
3 - NADINE SOFEA
4 - NADINE SOFEA
5 - NADINE SOFEA
6 - NADINE SOFEA
7 - NADINE SOFEA
8 - NADINE SOFEA
9 - NADINE SOFEA
10 - NADINE SOFEA
12 - NADINE SOFEA
13 - NADINE SOFEA
14 - NADINE SOFEA
15 - NADINE SOFEA
16 - NADINE SOFEA
17 - NADINE SOFEA
18 - NADINE SOFEA
19 - NADINE SOFEA
20 - NADINE SOFEA
21 - NADINE SOFEA
22 - NADINE SOFEA
23 - NADINE SOFEA
24 - NADINE SOFEA
25 - NADINE SOFEA
26 - NADINE SOFEA
27 - NADINE SOFEA
28 - NADINE SOFEA
29 - NADINE SOFEA
30 - NADINE SOFEA
31 - NADINE SOFEA
32 - NADINE SOFEA
33 - NADINE SOFEA
34 - NADINE SOFEA
35 - NADINE SOFEA
36 - NADINE SOFEA
37 - NADINE SOFEA
38 - NADINE SOFEA
39 - NADINE SOFEA
40 - NADINE SOFEA
41 - NADINE SOFEA
42 - NADINE SOFEA
43 - NADINE SOFEA
44 - NADINE SOFEA
45 - NADINE SOFEA
46 - NADINE SOFEA
47 - NADINE SOFEA
48 - NADINE SOFEA
49 - NADINE SOFEA
50 - NADINE SOFEA

11 - NADINE SOFEA

3K 253 6
By sayamelur

"Dah 1 minggu aku tak nampak kau dengan Harlem bercakap. Gaduh ke?" soal Leanna menghilangkan fokus Nadine sedang menulis nota Sejarah.

Kepala di angkat seketika memandang wajah Leanna di hadapan sebelum tunduk lagi dan meneruskan penulisannya.

"Betullah ni gaduh." reaksi Nadine memberikan jawapan kepada soalan Leanna.

"Korang berdua gaduh lama-lama ni tak saling rindu merindui ke?" celah Armani  pula.

"Aku perasan kalau kita terserempak dengan Harlem dekat kantin, dia asyik pandang kau saja." beritahu Armani lagi.

"Awak salah tengok tu kut. Mungkin dia pandang Lilia." jawab Nadine selamba.

"Iya ke? Tapi kalau dia makan dengan Lilia pun aku tengok dia masih pandang kau. Rasanya aku tak buta lagi. Kau pun perasan jugakan, Lea?"

Leanna angguk setuju. Namun, Nadine masih diam. Sengaja memekakkan telinga.

Armani berdehem seketika.

"Tak baik gaduh lama-lama, Nad. Orang tua-tua cakap kalau gaduh lama-lama nanti dah tak dapat jumpa lagi dah. Kau nak macam tu?"

Leanna pantas menolak kepala Armani.

"Orang tua mana yang kau dengar ni? Memandai dia saja." Leanna geleng kepala.

Ada saja perangai si Armani ni.

Nadine pula hanya ketawa kecil.

"Aku saja reka ayat biar kawan kau ni takut sikit. Kau macam tak tahu Nadine kita yang comel ni, mana boleh bernafas tanpa cinta hati dia si Harlem tu. Dah suka tak nak mengaku. Kalau terlepas nanti padan muka." sempat Armani membebel geram.

Mana taknya, Nadine ni pemalu sangat. Tambah satu lagi, penakut. Kalau dah sayang apa salahnya berterus terang saja.

"Dia tak suka saya. Dia suka Lilia. Awak berdua sendiri pun tahu tentang itu. Awak nak ke saya malukan diri sendiri depan Harlem?" bidas Nadine.

Kenyataan yang setiap hari harus Nadine telan sorang-sorang.

Harlem suka Lilia.

Bukan dia.

"Macam mana kalau sebenarnya Harlem suka dekat kau juga? Kan dah melepas." balas Armani lagi.

"It's never happen. Memang dah ini takdir saya dan Harlem. We're just friends. Cinta tak semestinya harus memiliki kan? Cukup sekadar saya sayangkan dia sebagai seorang sahabat and I think it's more than enough for both of us." Nadine cuba mengukir senyuman paling ikhlas walau rasa perit itu hanya Tuhan saja yang tahu.

Hari demi hari, Nadine sentiasa mengajar hatinya untuk menerima kenyataan itu. Harlem bukan untuk dia.

"Kita tak akan pernah tahu takdir kita macam mana selagi kita hidup dalam dunia ni, Nad. Memang sekarang kau dan Harlem hanya 'kawan' tapi who knows, satu hari nanti takdir kau dan Harlem berubah. Entah-entah kau berdua kahwin kut lepastu tak jemput aku dengan Armani pula tu." kata-kata Leanna itu mengundang tawa lucu Nadine.

"Panjang lebar aku bercakap, kau gelakkan aku." lengan Nadine dipukul tanda geram.

Armani ikut sama sakit hati dengan reaksi Nadine.

"Dah. Jangan merepek. Saya nak pergi kelas dulu. Rehat nanti kita jumpa di sini lagi. Tak payah beli makanan, saya ada bawa banyak nasi goreng hari ni. Bye!" pesan Nadine lalu melangkah pergi.

Lebih kurang 10 minit lagi kelas Sejarah akan berlangsung. Tak boleh lambat. Nanti Mr Harriz hukum ketuk ketampi depan kelas.

"Kau tengok kawan kau tu, Lea. Orang bagi nasihat, kata-kata semangat bukannya nak dengar." Armani menggeleng kepala.

Nadine berjalan pantas menuju ke loker miliknya untuk mengambil kerja rumah yang akan dihantar kepada Mr Harriz. Sepanjang perjalanannya, Nadine mula perasan mata para pelajar di situ asyik memerhatinya.

Tawa kecil juga turut menyapa halwa telinga membuatkan Nadine bertambah hairan. Sempat kepala menunduk ke bawah untuk melihat pakaiannya. Semua okay. Baju uniform masih tersarung elok di tubuh Nadine.

Apa yang lucu?

"Nad, sebelum turun ke sekolah tadi kau lupa pakai pad eh?" soal rakan sekelasnya Thariq diiringi dengan gelak tawa.

Langkah Nadine mati. Soalan Thariq itu menyedarkan Nadine tentang sesuatu.

Alamak, bocor!

Bunyi gelak tawa semakin jelas kedengaran. Semua mata memandang ke arahnya.

Ya Tuhan, malu!

Nadine terus berlari namun malang baginya apabila kakinya tersadung dengan sesuatu sehingga jatuh tersembam ke lantai.

Perasaan malu yang dirasakan sudah mencecah tahap maksimum. Yang lain bukan hendak menolong malahan semakin galak mentertawakannya secara berjemaah di situ.

Mahu mengangkat muka pun Nadine rasa terlalu berat kerana malu.

"Bangun cepat." suara Harlem muncul di sebalik bunyi gelak tawa di situ.

Nadine memberanikan diri untuk mendongak.

Tangan di hulur ke arah Nadine. Dengan mata yang berkaca, Nadine sambut tangan Harlem tanpa rasa ragu.

Sebaik saja Nadine berdiri, kot uniform sekolah yang menyarungi tubuh Harlem di buka lalu segera membaluti pinggang Nadine.

"Kau ada bawa pakaian spare?" soal Harlem.

Nadine angguk sambil cuba menahan tangis.

"A-ada seluar sukan dalam loker saya." jawab Nadine.

"Okay, good." Harlem meraih tangan Nadine dan berlalu pergi.

Bunyi tawa tadi terus diganti dengan suasana senyap sunyi apabila muncul kehadiran Harlem di situ.

Wajah beku Harlem itu sudah cukup memberikan isyarat kepada mereka yang berada di situ supaya menutup mulut sebelum muka mereka berubah lebam dikerjakan Harlem.

Lelaki-lelaki dari keturunan keluarga Emmerson memang semua berdarah panas.

Setelah mengambil seluar sukan di lokar milik Nadine, Harlem menghantar Nadine sehingga tandas. Baju kot Harlem sempat diserahkan semula kepada lelaki itu sebelum Nadine masuk ke dalam tandas.

Nadine duduk di atas penutup mangkuk tandas setelah menggantikan pakaian. Hampir 30 minit Nadine menyembunyikan diri untuk membuang rasa malu yang masih tebal di dalam dirinya.

Macam mana dia mahu berhadapan dengan semua orang nanti. Sudahlah bocor, jatuh pula tu. Dan lepas ini jika dia masuk ke kelas Mr. Harriz, pasti hukuman ketuk ketampi sedang menantinya kerana dia sudah terlalu lambat sekarang. Bertambah lagi malunya.

Pintu tandas di buka dan Nadine mencuci muka berkali-kali sebelum melangkah keluar.

"H-harlem?"

Nadine terkejut dengan kehadiran Harlem yang sedang bersandar pada dinding bertentangan dengan tandas perempuan.

"Awak masih di sini? Sorry tadi saya-"

"Okay dah?" soal Harlem.

"Hm." Nadine angguk perlahan.

"Awak tunggu saya dari tadi?" tanya Nadine lagi.

Perasaan serba salah mula menyapa. Padahal beberapa hari yang lepas Nadine sendiri beritahu bahawa dia mahu menjauhkan diri dari Harlem. Tapi lihatlah sekarang, siapa yang muncul ketika Nadine sedang ditimpa kesusahan.

"Driver aku tengah tunggu kau di luar. Hari ini kau tak payah masuk kelas. Nanti aku bagitahu madam." Harlem menyerahkan beg sekolah milik Nadine.

Gadis itu mengangkat kening tinggi. Mentang-mentang sekolah bapak dia kan? Kuasa dia mengalahkan pengetua sekolah pula.

Beg sekolah bertukar tangan.

"Balik rumah terus. Tak payah singgah mana-mana lagi. Dah sampai rumah nanti bagitahu aku." pesan Harlem sebelum membuka langkah meninggalkan Nadine.

Gadis itu termangu di situ memerhati kelibat Harlem yang semakin menjauh.

"Harlem!" panggil Nadine menghentikan langkah Harlem.

"Terima kasih untuk hari ini. I owe you so much."

Harlem senyum kecil mendengar ucapan ringkas itu. Tanpa berpaling memandang Nadine, Harlem meneruskan langkahnya semula.






* * * * *


"Tadi Harlem call mak cik, katanya dia lama sangat tak makan donut susu. Ini yang mak cik dah buatkan untuk dia. Nanti Nadine hantar pergi ke rumah dia ya? Sebab lepas ni mak cik nak masak untuk makan malam Nadine pula. Takut tak sempat."

Ayat itu terngiang-ngiang di telinga Nadine. Dia yang mengidam makan donut susu lepastu kita pula yang pergi hantar ke rumah dia.

"Takkan pembantu rumah kerabat diraja tak reti buat donut susu kut?" gumam Nadine geram.

Sudahlah dia masih malu dengan kejadian pagi tadi. Mana letak muka?

Kaki berhenti seketika di hadapan pagar rumah agam milik keluarga Harlem.

"Cik Nadine nak jumpa Tengku Harlem ya? Tengku ada di dalam rasanya." tegur seorang pengawal keselamatan sambil membuka pagar.

"Nak hantar makanan saja." jawab Nadine lalu melangkah masuk.

Nadine meneruskan perjalanan sehingga ke pintu masuk utama. Belum sempat menekan loceng, jelas kedengaran bunyi herdikan di dalam rumah tersebut.

Nampaknya, Nadine datang dalam waktu yang salah.

Nadine berundur beberapa langkah ke belakang dan berpatah balik. Dia tidak sepatutnya berada di sini.

"Nadine?"

Suara Harlem mematikan langkahnya.

Nadine berpaling semula.

"H-Harlem. Err- sorry. Saya datang sini cuma nak hantar makanan-"

"Can we go somewhere else? Aku rasa macam nak mati duduk dalam rumah ni lama-lama."

Belum Nadine memberikan jawapan, tangannya terus ditarik Harlem.

Vespa di bonceng keluar dari perkarangan rumah. Nadine di belakang hanya diam sambil memeluk bekas donut susu tadi.

Selang beberapa minit, dia dan Harlem sudah tiba di sebuah destinasi. Oh ya, Nadine ingat tempat ini.

Tempat di mana Harlem menyambut hari jadinya beberapa minggu yang lepas.

Hanya dia dan Harlem saja berada di sini pada malam itu. Begitu juga sekarang. Tak sangka tempat ini lebih cantik pada waktu petang.

"Mak cik Una cakap awak teringin nak makan donut susu. Itu yang saya nak hantar tadi." beritahu Nadine sebaik saja mereka melabuhkan punggung di bawah pokok.

"Thanks." jawab Harlem ringkas bersama senyuman kecil.

Suasana jadi sunyi seketika.

Nadine tidak berani membuka mulut lagi. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran Harlem sekarang.

"Jadi kau dah dengarkan tadi betapa nerakanya rumah aku tu?" soal Harlem memecah kesunyian.

Nadine hanya diam.

"Perempuan tu memang tak tahu malu. Dia curang belakang ayah. Dia keluar rumah dan ikut lelaki itu. Dan sekarang dia nak tuntut hak jagaan aku pula. Aku tak sanggup lah nak duduk serumah dengan perempuan jalang tu!" Harlem memang betul-betul marah kali ini.

"Dia masih ibu awak, Harlem." Nadine tidak senang dengan ayat terakhir itu.

"Kau takkan faham perasaan aku." bidas Harlem.

"Saya faham, Harlem. Saya faham macam mana perasaan kehilangan ibu. Lagi-lagi bila awak tak pernah tengok ibu awak sendiri depan mata awak."

"Kita tak sama, Nad." Harlem membantah.

"Kau hilang ibu kau sebab kematian. Tapi aku hilang ibu aku sebab pengkhianatan. Aku lebih rela kalau mama aku mati daripada dia seksa aku dengan ayah begini. Aku benci mama aku, Nadine. Aku benci dia dan lelaki yang dah musnahkan keluarga aku. Sampai mati aku tak akan maafkan mereka berdua." luah Harlem.

Suaranya sarat dengan perasaan kecewa dan dendam.

Nadine terdiam seketika. Ya, mungkin benar dia kurang mengerti akan perasaan dan situasi yang di hadapi Harlem ketika ini.

"I'm sorry." belakang Harlem diusap lembut.

"Saya selalu mendoakan kebahagiaan awak, Harlem. Awak berhak bahagia lepas apa yang dah jadi pada awak dan uncle." ucap Nadine ikhlas.

Tidak ada yang dapat menggembirakan Nadine selain Harlem mengecapi kebahagiaan sendiri walaupun hati Nadine yang menjadi pertaruhan.

"Thanks, Nadine. Aku sayang kau." Harlem senyum nipis. Jarinya mengelus rambut hitam Nadine.

Debaran jantung seakan bergema nyaring sehingga terasa getaran itu di dadanya. Nadine terkaku di situ mendengar 3 perkataan paling indah di dunia.

Aku sayang kau

"Kau sahabat terbaik aku. Please, Nadine. Jangan tinggalkan aku. Cukup aku hilang mama aku. Jangan kau. Hari tu bila kau bagitahu aku yang kau nak jauhkan diri, aku rasa kosong sangat. Hidup aku sunyi. Kita kawan balik ya? Kita akan kawan sampai bila-bila."

Nadine seakan mahu menitiskan air matanya di situ juga.

Dalam diam, entah berapa kali cinta Nadine sudah ditolak. Namun, kenapa hati masih menagih cinta dan kasih yang tidak kesampaian ini?

"Janji?"

Harlem sua jari kelingking.

Nadine cuba gagahkan juga hatinya yang hancur berkecai.

Demi Harlem, Nadine. Demi Harlem.

"Janji."










-end of chapter 11-

Continue Reading

You'll Also Like

4.5M 95.2K 58
Darren Aiden x Keisha Erina Susah bila berkahwin dengan lelaki beku ni. Bila ditanya , sepatah dijawab. Contohnya macam ni , "How ? Is it good or bad...
300K 14K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
5.3M 108K 87
[C O M P L E T E D] My second babies 。 •́ ⚈ ( SILENT ) ⚈ •̀ 。 *** Sinopsis soon *** Start ; 01 June 2016 End ; 4 April 2020
2.2M 49.8K 80
SYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam h...