Avyren [โœ”๏ธ]

By Fii_Aurora

39.7K 2.5K 476

[๐“ข๐“ฒ๐”๐“ฝ๐“ฑ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu s... More

Uno [1]
Due [2]
Tre [3]
Quattro [4]
Cinque [5]
Sei [6]
Sette [7]
Otto [8]
Nove [9]
Dieci [10]
Undici [11]
Dodici [12]
Tredici [13]
Quattordici [14]
Quindici [15]
Sedici [16]
Diciassette [17]
Diciotto [18]
Diciannove [19]
Venti [20]
Ventuno [21]
Ventidue [22]
Ventitrรฉ [23]
Ventiquattro [24]
Venticinque [25]
Ventisei [26]
Ventisette [27]
Ventiotto [28]
Ventinove [29]
Trenta [30]
Trentuno[31]
Trentdue [32]
Trentatre[33]
Trenta Quattro[34]
Trentacinque[35]
Trentasei[36]
Trentasette[37]
Trentotto[38]
Trentanove[39]
Quaranta [40]
Quarantuno[41]
Quarantadue[42]
Quarantatre[43]
Quarantaquattro[44]
Quarantacinque[45]
Quarantasei[46]
Quarantasette[47]
Quarantanove [49]
Cinquanta [50]
Cinquantuno [51]
Cinquantadue [52]
Cinquantatre [53]
Cinquantaquattro [54]
Cinquantacinque [55]
Cinquantasei [56]
Cinquanta sette [57]
Cinquantotto [58]
Cinquantanove [59]
Sessanta [60]
Sessantuno [61]
Sessantadue [62]
Sessantatre [63]
Sessantaquattro [64]
Sessantacinque [65]
Sessantasei [66]
Sessantasette [67]
Sessantotto [68]
Sessantanove [69]
Settanta [70]
Settantuno [71] Finale

Quarantotto[48]

378 22 2
By Fii_Aurora

Hari ini merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki pulang ke rumah papa setelah dua minggu aku berkampung dihospital. Uda tidak mengizinkan aku tinggal di rumah ku sendiri. Takut berlaku apa-apa yang tidak diingini ke atas aku.

Kepulangan aku disambut mesra oleh papa, along, angah, achik, dan alang. Melihat raut wajah mereka yang gembira menanti aku, membuat aku turut merasai kegembiraan itu walaupun dilubuk hati aku ini masih terselit duka.

"Welcome home adik"ucap papa datang mendakap ku erat. Aku membalas dakapan papa. Sungguh aku merindui pelukan dari seorang bapa.

Sewaktu aku di hospital, papalah yang banyak menjaga aku. Dialah sebagai ganti mama kepada aku.

"Papa, udah-udahlah tu. Bagilah kita orang ni peluk adik pula"kata Alang.

"Iyalah.."jawab papa pasrah.

Keempat-empat abang aku datang memeluk aku. Aku menarik senyum terharu. Semenjak kejadian itu, inilah kali pertama aku berasa nyaman dan tenang. Rasa takut yang menghantui diri aku selama ini terus hilang. Aku tahu, abang-abang aku berusaha untuk melindungi aku. Terutamanya Uda. Dialah yang banyak berkorban untuk aku sebelum ini.

"Angah, along dah nak Kahwin. Angah bila?"tanya ku menjungkit kening.

"Uish.. kasar mainan dik. Menyucuk dalam hati ni tau"jawab Angah. Masing-masing tertawa.


Pintu bilik tidur aku tolak perlahan. Kenangan aku bersama Daren berputar satu persatu. Sungguh aku merinduinya. Dimana dia sekarang ni? Kaki menapak ke arah meja belajar. Satu bingkai gambar terpajang di situ. Bingkai ku capai. Mata aku menatap penuh makna gambar didalam bingkai itu. Gambar perkahwinan aku dengan Daren.

Bunyi ketukan pintu menyedarkan aku. Lantas aku menoleh. Terlihat susuk Uda dihadapan pintu dengan menjingjing beg pakaian milik aku.

"Beg pakaian adik"ujar Uda.

"Okay. Uda letak je dekat situ. Nanti adik kemas"kata ku. Bingkai gambar aku letakkan di tempatnya kembali. Kaki ku hayun ke bilik mandi.

Uda yang masih berdiri di muka pintu menangkap akn bingkai gambar yang ku pegang tadi. Keluhan berat dihela. Daun pintu ditarik dan ditutup rapat. Langkah kakinya terhenti apabila telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk.

"Hello, macam mana? Ada jumpa apa-apa tak?"soal Uda.

"......"

"Takkan satu jejak pun kau tak jumpa"kata Uda nadanya sedikit meninggi berang.

"......"

"Aku nak kau cari sampai jumpa. Jangan tutup kes ni selagi kau tak jumpa bukti"tuntas Uda langsung mematikan talian.

Telefon bimbitnya digenggam kemas. Nadanya berombak. Perasaan kesal menguasai diri. Dia merengus berat. Kakinya menapak pergi menyambung kembali langkahnya.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Hari sudah mulai melabuhkan tirainya. Telekung dan sejadah aku lipat lalu aku sangkut pada penyidai. Aku melabuhkan duduk ku di birai katil. Telefon bimbit aku capai.

Terdapat beberapa pesanan naik di skrin telefon aku. Pesanan itu datangnya dari Elisya dan Rossy. Masing-masing tidak pernah bosan untuk mengambil berat tentang aku.

Aku tertawa kecil. Puas rasanya dapat penyakat si Elisya ni. Dah ambil Uda dari aku kenalah jadi bahan usikan aku. Ini namanya konsep give and take.

Pesanan Rossy aku buka. Aku tersenyum sendiri membalas pesanan dari dia.

Sejak dia bertemu Tarkiq di hospital tempuh hari, aku selalu mengusiknya tentang Tarkiq. Bukannya aku tidak tahu yang dia selalu memerhati Tarkiq dalam diam. Dari situ, dapat aku simpulkan bahawa Rossy meminati Tarkiq dalam diam. Haih... pusing-pusing ke situ juga yang berkenan. Cliche betul.

Telefon aku tutup. Aku bangkit dan menapak keluar bilik. Kaki ku hayun menuruni anak tangga satu persatu. Memandangkan perut aku sudah mula membesar, aku perlulah berhati-hati dalam mengatur langkah.

"Papa"sapa ku riang.

Serentak mereka menoleh ke arah aku. Abang-abang aku melihat aku menuruni tangga dengan sedikit terloncat-loncat, segera mendapatkan aku.

"Adik!!"sahut mereka serentak.

Serta-merta langkah ku terhenti. Kedua kening aku bertaut melihat abang-abang aku yang cemas di hujung tangga.

"Kenapa?"soal ku.

"Kau boleh turun elok-elok tak dik. Kau tu mengandung"tutur Angah.

"Entah! Terloncat-loncat. Kalau jatuh nanti siap susah"kata alang pula.

"Okay-okay. Adik turun elok-elok". Tutur ku akur. Malas mahu mendengar bebelan lagi.

Kaki ku hayun ke arah papa. Aku menarik kerusi di samping papa lalu punggung ku labuhkan. Nasi aku ceduk ke dalam pinggan. Kening papa sedikit terangkat melihat timbunan nasi di pinggan aku yang agak banyak.

"Banyak adik makan malam ni?"tanya papa.

"Adik lapar lah papa. Lagi pun dua minggu makan makanan hospital tu, rasa muak. Dah lah tak rasa apa"jawab ku sambil menceduk lauk. Abang-abang aku kembali ke meja makan.

"Nanti gemuk baru tahu"kata Alang.

"Alang!"sahut ku menghala sudu garfu ke arahnya. Tertelan liurnya.

"Gemok-gemok jangan main eah. Dalam perut ni ada anak buah alang tau. Ingat sikit"tegas ku menjeling tajam.

"Entah kau ni. Tak apa nanti kau jangan bagi anak kau main dengan Alang. Dengan aku je okay"sampuk achik.

"Eh! Apa pulak kau. Habis tu aku ni apa? Aku lagi tua dari kau tau?"sampuk Angah pula. Dan berlarutan lah perbalahan 5 lelaki itu. Papa sudah tergeleng kepala. Susah benar nak mengendalikan lima orang lelaki itu.

"Diam!"kata ku dengan nada tinggi seoktaf. Terus terdiam mereka berlima.

"Depan rezeki ni. Makan je lah!"marah ku. Mengganggu mood aku nak makan betul. Lantas mereka berlima menjamu selera dengan diam. Hanya kedengaran sudu dan garfu sahaja kedengaran.

Kan bagus macam ni. Tenang sikit aku nak makan. Aku mengangguk dengan senyum tipis. Nampaknya akulah ratu didalam rumah ini.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Hari ini aku ditemani oleh Elisya untuk membuat pemeriksaan bayi. Aku duduk di kerusi menunggu sambil mengusap perut aku yang sudah menampakkan bentuknya. Buku pemeriksaan ibu dan anak setia di tangan.

Kepala aku toleh ke sisi melihat ke arah Elisya yang ralik dengan telefon bimbitnya. Sesekali dia tertawa kecil. Dahi aku berkerut. Dah tak betul ke apa budak ni.

"Oi! Kau dah kenapa?"soal ku menonyoh kepala Elisya.

"Vy! Kau kenapa?"soal Elisya membetulkan rambutnya.

"Kau tu kenapa. Senyum sorang-sorang macam orang gila"ujar ku.

"Mana ada aku senyum-senyum"dalih Elisya.

"Kau ingat aku tak nampak? Eleh! Orang lain pun bercinta juga. Tak ada pula boleh tergelak sorang-sorang"perli ku.

"Jealous cakap".

"Eh! Tak ada maknanya aku nak jealous. Aku ada ni? Kau ada?"jari ku yang sedikit chubby aku hala ke arah perut ku.

Elisya merengus kecil lamtas menoleh ke arah lain. Aku tersenyum puas. Seronok dapat kenakan bakal kakak ipar aku ni.

"Puan Avyanna Estella"panggil jururawat.

Mendengar akan itu, pantas Elisya menyimpan telefon bimbitnya lalu membantu aku ke bilik pemeriksaan.



Masuk sahaja di dalam bilik pemeriksaan, aku diminta untuk berbaring di atas katil bagi membuat pemeriksaan perut. Elisya yang duduk di kerusi menunggu teruja ingin mengetahui akan jantina anak ku.

"Okay puan, kalau tengok dekat sini, kondisi anak puan dalam keadaan baik. Air ketuban pun normal dan tak ada sebarang masalah lah untuk melahirkan secara normal"tutur Doktor perempuan yang memeriksa aku.

"Jantina anak saya macam mana pula ya doktor?"soal ku ingin tahu.

"Kalau tengok dari sini, puan akan mendapat anak perempuan. Tapi, puan tak perlu percaya dengan apa yang puan nampak ni. Biasanya bayi dalam perut ni dia pandai sorok"jawab doktor jarinya di tunjuk pada skrin.

"Saya tak kisah pun anak saya lelaki ke perempuan. Asalkan dia sihat"jawab ku.

"Okay puan. Semuanya baik dan puan boleh bersalin normallah nanti"tutur doktor.

Aku bangkit dari pembaringan dan duduk di atas kerusi di samping Elisya. Segala penerangan doktor aku dengan dengan penuh teliti. Tapi aku tengok, si Elisya ni yang paling khusyuk dengar doktor tu memberi penjelasan. Macam dia pula yang mengandung.



Bersambung...

Continue Reading

You'll Also Like

520K 14.1K 59
โ› ๐ˆ ๐ฐ๐ข๐ฌ๐ก ๐ฒ๐จ๐ฎ'๐ ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐ฆ๐ž ๐ฅ๐ข๐ค๐ž ๐ญ๐ก๐ž ๐ฐ๐š๐ฒ ๐ˆ ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐ฒ๐จ๐ฎ Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...
207K 8.8K 81
Afaf Adra. Seorang gadis yang berketinggian sederhana dan bertubuh sedikit berisi. Sudah biasa digelar dengan panggilan 'makcik' atau 'puan' dari s...
86.1K 2.8K 58
[ Heart Break Series | Vol 1 ] Sekuntum bunga yang menjadi rebutan tiga ekor kumbang. Satu, Ivan --- โ I'm your husband and you're going to admit th...
284K 8.8K 53
[Karya pertama] Pertemuan yang tidak diduga menyebabkan mereka bersua muka sudahlah bergaduh di hadapan bangunan syarikat terkenal.Pergaduhan itu mem...