3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]

By Yasmyns_Dahlia

300K 26K 10.9K

Dua bulan hidup di bumi Ireland, cukup membuatkan Marissa merasai bahagia yang pernah hilang dahulu. Demi ana... More

PROLOGUE | DENDAM CINTA 2
BAB 1 | DENDAM CINTA 2
BAB 2 | DENDAM CINTA 2
BAB 3 | DENDAM CINTA 2
BAB 4 | DENDAM CINTA 2
BAB 5 | DENDAM CINTA 2
BAB 6 | DENDAM CINTA 2
BAB 7 | DENDAM CINTA 2
BAB 8 | DENDAM CINTA 2
BAB 9 | DENDAM CINTA 2
BAB 10 | DENDAM CINTA 2
BAB 11 | DENDAM CINTA 2
BAB 12 | DENDAM CINTA 2
BAB 13 | DENDAM CINTA 2
BAB 14 | DENDAM CINTA 2
BAB 15 | DENDAM CINTA 2
BAB 16 | DENDAM CINTA 2
BAB 17 | DENDAM CINTA 2
BAB 18 | DENDAM CINTA 2
BAB 19 | DENDAM CINTA 2
BAB 20 | DENDAM CINTA 2
BAB 21 | DENDAM CINTA 2
BAB 22 | DENDAM CINTA 2
BAB 23 | DENDAM CINTA 2
BAB 24 | DENDAM CINTA 2
BAB 25 | DENDAM CINTA 2
BAB 26 | DENDAM CINTA 2
BAB 27 | DENDAM CINTA 2
BAB 28 | DENDAM CINTA 2
BAB 29 | DENDAM CINTA 2
BAB 30 | DENDAM CINTA 2
BAB 31 | DENDAM CINTA 2
BAB 32 | DENDAM CINTA 2
BAB 33 | DENDAM CINTA 2
BAB 34 | DENDAM CINTA 2
BAB 35 | DENDAM CINTA 2
BAB 36 | DENDAM CINTA 2
BAB 37 | DENDAM CINTA 2
BAB 38 | DENDAM CINTA 2
BAB 39 | DENDAM CINTA 2
BAB 40 | DENDAM CINTA 2
-
BAB 41 | DENDAM CINTA 2
BAB 43 | DENDAM CINTA 2

BAB 42 | DENDAM CINTA 2

3.8K 172 33
By Yasmyns_Dahlia

"APA NI?" Mata Iqbal membulat. Sehelai sampul surat bewarna coklat bersaiz A4 dipandang tanpa kedip. Tidak perlu melihat isi di dalam, Iqbal sudah dapat menebak apa yang lelaki itu mahukan daripadanya.

Sekonyong-konyong, Harraz melepaskan tawa. Geli hati melihat reaksi orang upahan Marissa itu.

"Bukan Marissa suruh kau siasat pasal aku? Ini... aku dah mudahkan urusan kau," beritahu Harraz, tidak bertapis. Kopi yang mula suam di atas meja dicicip selamba. Bahang di warung tepi jalan ini buatkan dia ingin cepat-cepat beredar. Panas!

"Maaf, tapi Cik Ris minta saya siasat pasal teman lelaki Cik Orkid, iaitu Encik Harraz Damian. Saya minta diri dulu." Enggan bertangguh, Iqbal ambil keputusan untuk pergi. Bukan dia tak kenal lelaki yang sedang duduk semeja dengannya itu. Harraz Daniel, pewaris kekayaan Dato Imran selain abangnya, Damian.

Entah apa motif Harraz ingin berjumpa dengannya, Iqbal tak pasti. Yang Iqbal tahu, dia perlu selesaikan kerja yang diberikan oleh Marissa kepadanya secepat mungkin. Makin lama dia bertangguh, upahnya juga akan lambat sampai ke tangan.

"Adik kau menghidap kanser paru-paru. Jadi, kau mesti perlukan duit untuk tampung kos pembedahan dan ubat-ubatan dia selepas tu. Sekarang aku nak tanya kau, cukup ke upah yang Marissa bagi untuk kau tampung semua kos adik kau nanti? Itu tak termasuk duit sewa rumah yang dah berbulan tertunggak. Kau nak tengok adik kesayangan kau merempat lepas dia keluar hospital?"

Pegun.

Langkah Iqbal mati di situ juga. Keringat pemuda itu membasahi di sekitar dahi. Dalam kepala, gambaran gelak tawa si adik memenuhi ruang minda. Iqbal tak mahu tawa sang adinda pudar jika dia tak mampu menyediakan tempat tinggal yang selesa buat mereka selepas adiknya dibedah nanti.

"Tapi kau tak perlu risau. Aku boleh tolong... dengan syarat, kau buat apa yang aku suruh. Aku bukannya minta kau buat kerja haram... cuma serahkan sampul ni pada Marissa. Tugas kau selesai bila pelan ni berjaya. Dan selepas itu, bil hospital, ubat adik kau dan duit sewa rumah, aku akan tanggung. Kerja kau mudah Iqbal. Kau tak payahlah nak sombong kalau ada yang sudi membantu. So, macam mana?" Menyinis, itulah personaliti Harraz. Menggunakan kelemahan manusia sebagai satu umpan agar apa yang dirancangnya membuahkan hasil.

"Take it or leave it." Harraz menambah lagi. Sengaja memberi tekanan kepada pemuda itu. Melihat sepi dari Iqbal, Harraz sudah dapat meneka keputusan yang bakal dibuat oleh jejaka tersebut.

Iqbal menarik nafas dalam-dalam. Dia dilema. Sepatutnya dia bekerja untuk Marissa bukannya Harraz. Tapi keadaan buat dia sangat tersepit. Kerana tidak mahu adiknya turut sama menanggung beban, Iqbal harus berkorban.

"Saya cuma perlu serahkan sampul ni pada Cik Ris saja, kan?" Kepastian, itu yang Iqbal mahukan. Kalau Harraz menyuruh dia buat kerja kotor, awal-awal dia akan tarik diri.

Penuh angkuh, Harraz mengangguk sekali. Sampul tersebut ditolak pada Iqbal.

"Pastikan Marissa tak tahu tentang Damian." Sebelum beredar, sempat Harraz berbisik di telinga Iqbal. Sehelai not lima puluh ringgit turut diberi kepada lelaki itu.

Cuma dari jauh Iqbal memerhati langkah penuh bergaya Harraz. Lelaki itu memang seorang manusia bongkak. Orang-orang seperti dia cuma dipandang sebelah mata. Terasa hinanya diri sehingga buku lima dikepal kuat. Kalau tak kerana si adik, Iqbal tidak akan pilih jalan ini.

"Maafkan saya, Cik Ris."

══════⊹⊱❖⊰⊹══════

TERDUDUK.

Kalau bukan Adam yang menyambut, sudah lama Marissa terjelupuk di atas lantai kafe itu. Spontan, mulutnya ditekup. Dia terkejut. Perbuatan Harraz itu benar-benar di luar kewarasan dia. Teganya Harraz memalsukan kematian Dee, kemudian merancang pula agar mereka bertemu. Mempergunakan Iqbal dan adiknya sebagai satu senjata agar Marissa jatuh semula dalam dakapannya. Sukar untuk Marissa zahirkan perasaanya tika ini.

"Saya minta maaf sebab baru sekarang saya ada keberanian untuk bagitahu Cik Ris tentang perkara ni. Sebenarnya dah lama saya nak cerita pada Cik Ris, cuma saya terhutang budi pada Encik Harraz. Sebabkan tu saya tutup mulut," ujar Iqbal, kesal.

"Keadaan masa tu buat saya pilih jalan ni, Cik Ris. Dengan adik yang sakit, saya perlukan duit yang banyak. Encik Harraz tawarkan pertolongan dengan syarat, identiti Encik Damian dirahsiakan dan saya perlu yakinkan Cik Ris yang Encik Harraz ialah teman lelaki Cik Lisa. Masa saya cakap dengan Cik Ris yang saya silap orang... sebenarnya itu salah satu rancangan Encik Harraz. Encik Harraz buat semua tu sebab nakkan Cik Ris semula. Dengan cara tu je Cik Ris boleh ada dalam genggaman dia," tambah Iqbal lagi.

Raut sendu Marissa dipandang simpati. Andai dia mempunyai kuasa untuk putarkan waktu, Iqbal takkan pilih jalan singkat begitu. Dia akan berusaha untuk mencari wang demi adiknya.

"Tapi kenapa..." Marissa tak mampu habiskan ayat. Hatinya dah lumat-selumatnya. Kebencian dia pada Harraz semakin menggunung. Rasa sakit itu... tak boleh diungkap! Kenapa cara keji itu juga yang Harraz pilih? Yang paling memeritkan sekali, kenapa mama dan papanya juga memilih untuk menutup mulut serta bersekongkol dengan lelaki kejam itu? Tuhan, beratnya ujian yang perlu Marissa pikul kala ini. Bertubi-tubi sehinggakan dia tiada daya untuk menampu bebannya seorang diri.

Kecewa yang Marissa lalui turut memberi kesan pada Adam. Ikutkan hati yang mendongkol marah, mahu dipecahkan saja muka Harraz. Mana pergi hati nurani seorang manusia dalam diri lelaki itu? Apa Harraz tak fikir impaknya jika dia berterusan untuk berahsia? Lihat sajalah luka emosi yang lelaki itu ditanggalkan pada Marissa. Sekarang ini, mahu ditambah pula dengan luka batin wanita itu?

"Jadi, selama ni saya diperbodohkan oleh awak dan dia? Konon-kononnya awak berjaya dapatkan tempat dalam pejabat tu untuk saya... rupa-rupanya semuanya dah dirancang, kan? Harraz tahu saya akan cari siapa yang buat kawan baik saya menderita. Jadi, dia ambil peluang tu supaya dia dapat rapat semula dengan saya. Bodohnya aku masa tu..." Gelak kecil seraya menyeka air mata yang jatuh. Marissa... kau memang dungu!

Iqbal jatuhkan muka, matanya dipejamkan rapat. Patutlah hidup dia tak pernah tenang selama ni meskipun kewangan yang dimilili kian stabil. Rupa-rupanya, dosa dia pada manusia belum selesai lagi. Patutlah acap kali dia bermimpi tentang Marissa. Mujurlah Tuhan menjentik hatinya.

"Saya minta maaf, Cik Ris."

Tawar senyuman Marissa tatkala melihat kesungguhan Iqbal mengaku khilafnya. Tak adik buat lelaki itu jika dia terus mengeraskan hati untuk tidak memaafkan. Iqbal tak salah. Pemuda itu juga salah seorang mangsa Harraz, sama seperti dia.

Lagipun, Iqbal terdesak tika itu. Marissa yakin, kalau tak kerana keadaan yang memaksa, Iqbal takkan mengkhianati dia. Andai dia berada di tempat Iqbal waktu itu, mungkin Marissa juga akan memilih jalan yang sama. Demi orang yang tersayang, kita akan sanggup buat apa sahaja.

"Tak perlulah awak minta maaf. Benda dah jadi, kan? Saya pun dah pernah berkahwin dengan dia. Apa yang jadi dalam hidup saya sekarang, mungkin kifarah untuk dosa-dosa lampau saya." Kelat senyuman yang Marissa cuba ukir. Dalam keadaan begini, apa lagi yang boleh dia fikir selain perkara negatif saja?

"Tapi Cik Ris tak bersalah. Mereka yang cuba perangkap Cik Ris."

Hidung Marissa terasa kebas serentak tubir matanya mula bergenang. Entah apa dosanya pada mereka sehingga Dee yang dianggap darah daging sendiri pun sanggup khianati kepercayaannya. Andai kata Dee memilih untuk berterus-terang, mungkin akan ada sinar untuk hubungan mereka ini. Tapi tidak... Dee memilih untuk mengikut rancangan tidak masuk akal Harraz itu.

"Tak kesahlah siapa yang bersalah, semuanya dah terlambat. Saya rasa sayalah manusia paling bodoh, Iqbal. Selama ni saya ingatkan kawan baik saya dah mati, tapi saya silap. Dia masih hidup. Cuma saya yang bodoh sebab tak cakna dengan semua ni. Patutlah orang ambil kesempatan kat saya. Sebab saya ni bodoh!" Entah berapa kali perkataan bodoh itu keluar dari mulut Marissa.

Dia benar-benar terkilan. Betapa sakitnya menjadi mangsa aturan manusia. Kejamnya manusia. Menipu menggunakan keindahan palsu. Langsung tidak memikirkan kesan yang bakal ditinggalkan pada dia.

Beberapa waktu berlalu, Iqbal kemudian meminta diri. Sempat dia memohon maaf untuk sekian kalinya sebelum beredar keluar dari kafe itu. Biarlah wanita itu bersama Adam. Kehadiran dia di situ akan menambah kusut kepada Marissa. Mungkin hanya Adam yang mampu memujuk Marissa.

"Awak... awak takkan buat macam mana Harraz buat pada saya, kan Adam? Awak takkan khianati kepercayaan saya pada awak, kan? Please... saya tak sanggup nak tanggung rasa sakit ni lagi. Saya tak kuat, Adam..." Marissa mengongoi ibarat anak kecil. Teresak-esak kecil seraya menahan gigilan tubuh. Dia tak boleh terima. Kejutan itu masih bersisa.

Hampir terhenti seketika degupan jantungnya. Adam pandang wajah lencun Marissa. Di pantulan cermin kafe itu juga, wajah Diana menerpa laju. Apa yang boleh Adam janjikan kepada Marissa andai wanita itu tahu siapa sebenarnya Diana? Adakah dia akan turut dilabel sama seperti Harraz kelak? Ahh, serabut!

"Tak... awak tak akan lalui benda yang sama lagi. Cukup untuk awak tahu, saya ada di sisi awak. Awak takkan jatuh selagi saya ada di belakang awak. Itu janji saya." Janji yang ditabur sepatutnya ditepati. Namun, mampukah Adam? Bagaimana dengan Diana? Marissa patut tahu perihal Diana cuma waktunya belum tiba lagi.

Bukan niat Adam untuk berahsia, tapi situasi sekarang tidak mengizinkan. Apatah lagi Diana muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya. Semua benda jadi hura-hara dek Diana. Wanita itu memang suka timbulkan masalah.

"Senyum sikit..." Adam mencuit hidung merah Marissa. Tergelak kecil dibuatnya bila Marissa merengus geram. Agaknya tak suka bila diusik begitu. Lama-kelamaan, bibir merah merekah itu tetap melakar senyuman. Senyuman yang indah hingga buatkan Adam terpana begitu lama. Terlalu asyik menghayatinya. Cantik!

"Jangan pudarkan senyuman cantik ni. I will always admire it." Satu kenyitan dihadiahkan. Hampir tawanya pecah bila pipi putih itu bertukar tona.

"Blushing, huh?" Mengusik.

Bersama Adam, dia berasa tenang. Adam selalu ada di sisi. Tak pernah biarkan Marissa sendiri. Doa Marissa, semoga lelaki ini adalah insan yang tepat untuknya. Perlahan-lahan dia akan ambil masa untuk menyembuhkan luka ini meskipun parutnya akan berbekas nanti.

══════⊹⊱❖⊰⊹══════

TERGESA-GESA Marissa melangkah masuk ke dalam rumah. Tadi dia nampak ada sebuah kereta hitam metalik berhenti betul-betul di hadapan rumahnya. Dee, berani sungguh wanita itu tunjuk muka di depannya lagi.

"Ris, tunggulah sekejap..." Sambil mengendong Daiyan, Dee berlari-lari anak mengejar langkah Marissa. Damian tenang berjalan di belakang isterinya. Sesekali, anak mereka merengek kecil.

Menderam kasar, Marissa pusing tubuh memandang tiga beranak itu. Irisnya jatuh pada wajah Daiyan. Roman bayi lelaki itu memang seiras dengan Dee semasa kecil. Buatkan hati Marissa kembali sebak.

"What are you doing here?" Keras Marissa menyoal tentang kedatangan tetamu tidak diundang itu. Sekilas pun wajah Dee tak dipandangnya. Hatinya kembali mendidih dan membuak-buak hendak mengamuk.

"Aku... aku nak minta maaf." Mahu digapai tangan Marissa, namun wanita itu lebih laju menapak ke belakang. Seolah-olah Marissa jijik dengan sentuhannya. Namun, layaklah Dee dilayan sebegitu.

"What for?" Marissa peluk tubuh. Entah dari mana datangnya kekuatan, renungan teduh Dee dibalas sinis. Sakit hati melihat air mata wanita itu. Entah Dee ikhlas atau tidak datang menuntut kemaafan daripadanya. Penipuan demi penipuan membuatkan Marissa dihantui bayangan negatif.

"For everything... Ris, we are sorry." Damian menyampuk. Dia mara satu langkah ke hadapan bagi menyamai kedudukannnya dengan si isteri. Jari-jemari Dee digenggam kemas. Dan matanya turut tak lepas merenung air muka tidak berperasaan Marissa.

Berdesir bibir Marissa lepaskan gelak. Ketawa yang dibuat-buat. Semudah itu Damian minta dia maafkan mereka? Setelah semua amarah, kecewa dan sedih terbazir selama ini, begitu senang Damian dan Dee menunjuk muka dan meminta maaf? Hanya air liur yang mereka perlu bazirkan, tapi bagaimana pula dengan hati dia tika ini? Berapa banyak kesan parut yang ada perlu diambil kira?

"Kalau dengan maaf korang tu boleh buat aku lupa apa yang dah jadi antara kita..." Marissa tak mampu tahan sebak. Hatinya seperti diramas-ramas. Pedih!

"Baliklah. Aku tak boleh tengok muka kau orang berdua. Dan jangan sesekali menculkan diri depan aku lagi! Berambus!" jerkahnya, lantang. Daiyan dalam dukungan menangis terkejut dek nada Marissa yang tiba-tiba meninggi.

"Ris... tolonglah... jangan buat aku macam ni..." Dee teresak-esak. Kalau Marissa menyuruh dia melutut sekalipun, Dee sanggup. Asalkan hubungan mereka dapat dijernihkan semula. Hidupnya takkan aman tatkala dirajai dengan perasaan bersalah ini.

Seperti memahami lara si ibu, Daiyan semakin kuat menangis. Damian pula tidak duduk diam sambil menenangkan anaknya. Lekas-lekas dia membawa si kecil itu keluar dari perkarangan rumah Marissa.

"Ris..."

"Balik!" pintas Marissa, laju. Jari telunjuknya menghala ke luar rumah bersama cerlungan iris yang membunuh.

Bersama langkah longlai, Dee atur langkah pergi dari situ. Lekuk bibirnya dihiasi dengan senyuman hambar. Tidak mengapalah. Mungkin Marissa terlalu marah buat masa ini. Dia perlu beri wanita itu masa. Dan Dee juga tidak akan berputus asa untuk terus memujuk temannya. Itupun jikalau masih ada sinar buat Dee, Damian serta Harraz.

══════⊹⊱❖⊰⊹══════

"FINALLY... after a month baru I dapat tengok muka kacak you tu. Where have you been? Kenapa call I tak berjawab? Mesej I tak reply?"

Saat kaki Adam melangkah masuk ke dalam kondominium miliknya, dia dikejutkan dengan suara wanita. Halus dan gemeresik menyapa peluput telinga. Tidak perlu meneka, Adam dapat mengecam gerangan yang menegurnya.

"You buat apa dekat rumah I ni? Siapa yang izinkan you masuk tanpa kebenaran I?" marah Adam. Sudahlah malam tadi dia on call. Ingatkan pagi ni balik rumah dapatlah tenangkan fikiran. Ini tidak, kehadiran Diana menambah serabut di kepalanya.

"Salahkah I datang nak jenguk suami I?" Diana pamer riak sedih. Terasa hati dengan omongan doktor muda itu. Adam masih menganggap dia orang asing dalam hidup lelaki itu.

"Stop dreaming, Diana!" Naik satu oktaf nada Adam. Bengkeng dibuatnya tatkala Diana berura-ura hendak mencabar kesabarannya. Penat tubuh belum hilang kini perempuan gila itu mahu menghangatkan hatinya.

"Yang you nak marah-marah I ni kenapa? Betulkan apa yang I cakap? Ke you sebenarnya takut kalau orang tahu apa hubungan kita? Especially Marissa? Dasar perempuan tak tahu malu!" cemuh Diana.

"Watch your mouth, Diana!" Sepasang mata Adam menikam pandangan Diana. Seolah-olah menembusi kepala wanita itu. Muka tanpa emosi bertukar kelat dalam sesaat.

Diana mengepal penumbuk dengan hati yang terluka. Begitu besar pengaruh Marissa kepada lelaki ini. Baru dicuit sedikit, Adam terus naik angin. Sikap protective Adam terhadap Marissa bikin darah Diana bergelojak hangat.

"Kalau macam nilah layanan you pada I, I takkan teragak-agak nak bagitau perempuan tak tahu malu tu siapa sebenarnya you, Adam! Jangan sampai I bocorkan semua rahsia you!"

"Don't you dare!"

"Kenapa? Apa yang you takutkan sangat? Cakaplah! You suka dia? You cintakan Marissa?" desak Diana. Bahu tegap Adam dipukul kuat melepaskan geram. Kalau pagi ini dia perlu berperang dengan Adam pun, Diana tak kesah! Lelaki itu berubah drastik kerana Marissa. Semuanya gara-gara wanita itu!

"Yes! I sayangkan dia. I love Jasmine! And I dah fikir masak-masak nak jadikan dia isteri I! Puas hati you?" Provokasi Diana langsung tak beri nanah buat Adam. Apa yang dikatakan tadi semuanya lahir dari hati. Dia sayangkan Marissa dan mahu mengambil wanita itu sebagai suri hidupnya. Diana tak salah dengar. Itulah hakikat yang wanita itu perlu terima.

Diana terpempan. Jasadnya menggigil halus. Hampir-hampir terjelopok dek skru lutut yang melonggar.

"And for your info, I tak pernah rahsiakan apa-apa dari Jasmine. Except you! Sekarang I nak tanya you, Jasmine tahu atau tidak yang you sebenarnya..."

"Stop it! I taknak dengar apa-apa!" Diana melengking. Tona kulit wajahnya bertukar merah. Dia tahu apa yang bakal Adam tuturkan. Betul, rahsia yang Adam simpan sekarang adalah rahsianya. Bukan tentang lelaki itu, tapi mengenai dirinya. Patut pun Adam bersungguh-sungguh membela diri.

"I nak balik." Tas tangan dicapai kasar. Sebelum barannya datang, lebih baik dia keluar dari rumah doktor itu. Lagipun bicara Adam akan menambah sakit di hatinya.

Adam hela nafas berat. Saat Diana berlalu di sisinya, dia menarik lembut lengan gadis itu.

"You need help." Separa berbisik, Adam cuba memujuk Diana. Dia tak bencikan wanita ini. Malah simpatinya membuak-buak mahu menolong Diana.

Diana kaku beberapa detik. Iris hitam pekatnya tunak menatap wajah tampan itu. Dia sayangkan Adam.

"I tak perlukan apa-apa bantuan. I cuma nak you. You and me. Only us." Matanya berkaca dan bibir munggil Diana bergetar pilu. Sekonyong-konyong, tubuh yang masih dibaluti kemeja kelabu cair itu dipeluk erat. Diana menangis dalam dakapan Adam.

Tidak menolak, Adam membiarkan Diana terus mengongoi dalam pelukannya. Ada masa, dia akan cuba memujuk Diana lagi. Itu tekadnya.

Continue Reading

You'll Also Like

89.8K 3.1K 70
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
449K 16.6K 58
๐™๐™ž๐™ง๐™จ๐™ฉ ๐™จ๐™ฉ๐™ค๐™ง๐™ฎ ๐™—๐™ฎ ๐™š๐™ฎ๐™ง๐™š๐™จ๐™๐™–๐™– โžณ Known as His Kesayangan : Forever Love ๐‘ฌ๐’—๐’†๐’“๐’š ๐’•๐’Š๐’Ž๐’† ๐‘ฐ ๐’”๐’†๐’† ๐’š๐’๐’–, ๐‘ฐ ๐’‡๐’‚๐’๐’ ๐’Š๐’ ๐’๐’๐’—๐’†...
33.1K 3.8K 26
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
986K 13.4K 13
TERBIT DI BAWAH RUMAH PENERBITAN FAJAR PAKEER | Known as Ian Rizqash's. Betulkah cinta setia itu wujud? Hari saja Tuhan hadirkan siang berganti mala...