Projek high council : Penjara...

By saekisakuma

16K 763 449

Setting : 3 years after kudrat Semua orang ada penjara masing-masing. Tak kiralah jenis macam mana sekali pun... More

Chapter 1: Nightmare
Chapter 2 : Closure
Chapter 3: confession
Chapter 4 : Tattoos and Marriage
Chapter 5 : Tattoos and Marriage part 2
Chapter 6 : The blue butterfly...
Chapter 7 : Walk down into your memory lane
Chapter 8 :Walk down into you memory lane part 2
Chapter 9 : Broken 🔞
Chapter 10 : Asam Pedas
Chapter 11: Sayang... I will wait for You
Chapter 12 : Arrival
Chapter 13 : Origami
Chapter 14 : Guilt
Chapter 15: The one who got away.
Chapter 16 : Resentment
Chapter 17 : Mirror
Chapter 18 : One of us is lying part 1
Chapter 18 : One of us is lying Part 2
Chapter 18 : One of us is lying Part 3
Chapter 19 : Road to Redemption part 1
Chapter 19 : R.T.R ( 3rd origami) part 2
Chapter 20 : Dear Fakri part 1
Chapter 20 : Dear Fakri Part 2
Chapter 22: The Love Letter
Chapter 23: The Greatest Showman
Side story 1: Dear Kahar - Nukilan isi hati sang Junior
Epilogue Part 1 : Walking on The Glass
Epilogue Part 2 : The Clown who doesn't Laugh anymore
Epilogue Part 3 : The Messenger
Epilogue Part 4 : Dancing with Your Ghost
Epilogue Part 5 : Merciless
Medusa in Manila🔞/ Retaliation Arc Intro
Book 2

Chapter 21: Coming Home

161 18 1
By saekisakuma



"Fakri... Aku Cuma... tak mahu lagi kenal apa itu erti perpisahan."



Mata Hakeem terarah pada deretan bingkai gambar yang digantung pada dinding kayu rumah ini. Dimana gambar-gambar ini penuh dengan wajah-wajah Fakri dan Naim kecil yang kelihatan sangat gembira.

Bukan sahaja Hakeem, malah Areez juga tak boleh nak alihkan langsung pandangan dia melihat gambar-gambar tersebut. Terutamanya gambar yang memiliki Fakri di dalamnya. Dia amati dengan penuh tekun. Ingatannya cuba mencoret memori melihat Fakri yang begitu comel ketika dia masih kecil.

"Hurm... Azam bin Anyau."

"Pakcik Firdaus Ismet."


Secara tak langsung suasana menjadi tegang. Kahar menepuk peha Ayam supaya dia bertenang dan memberi isyarat supaya biar dia sahaja yang bercakap.

"Err. Assalamualaikum pakcik. Saya Kahar. Bekas senior Fakri dan Naim masa sekolah dekat Kudrat dulu. Ni yang datang dengan saya ni pun sama. Semuanya pernah bersekolah sekali dengan Fakri dan Naim di Kudrat."

Firdaus Ismet memerhatikan anak muda di hadapannya ini untuk seketika. Dia seperti mengingat sesuatu lalu bingkas berdiri meninggalkan mereka bertiga dalam keadaan terpinga-pinga. Kemudian lelaki tua itu Kembali lagi dengan sesuatu di tangannya.

"Abdul Kahar Bin Abu Yamin?"

Dia dan Ayam berpandangan untuk sesaat sebelum Kahar mengangguk perlahan. "Ha ah... sayalah tu. Kenapa ya pakcik?"

Lelaki tua itu menyerahkan sepucuk surat pada kahar, pemuda itu pula menyambutnya dengan penuh teragak-agak. Kelihatan sampul surat itu sudah sedikit kekuningan. Nampaknya surat tersebut sudah lama berada di dalam simpanannya.

"Fakhri... tinggalkan surat tu untuk kamu. Akhirnya... sampai jugak hajat dia untuk surat ni sampai pada kamu. Sekarang bolehlah kamu semua berambus cepat-cepat dari sini. Jangan cari lagi apa yang takder kat sini. Semuanya sia-sia." Tegas Firdaus Ismet dan memberikan jelingan tajam pada mereka berempat terutama sekali pada Ayam.

Ayam mendengus keras. Tak boleh terima dengan jawapan tak acuh Firdaus Ismet. Dia sangka selepas setengah tahun sejak kali terakhir mereka bertemu. Sekurang-kurangnya orang tua ni boleh berikan mereka di mana Fakhri berada. Tapi disambut dengan harapan yang hampa.

"Sampai bila pakcik nak sembunyikan Fakhri? Sampai bila Pakcik nak takut dengan Naim?! Pakcik tak rasa ke semua yang berlaku ni disebabkan Pakcik dan makcik?!"

Sebut pasal makcik, mereka semua di ruangan itu baru terperasankan sesuatu. Di mana mak Naim dan Fakhri?

"Fakhri dan Naim hancur disebabkan keegoan pakcik dan makcik. Dua-dua takut dengan kehilangan! Sampaikan lupa dengan kehendak anak-anak sendiri! Paksa mereka untuk jadi apa yang mereka tak mahu. Paksa mereka untuk bertemu dalam keadaan masing-masing berdendam atas kekurangan masing-masing! Semuanya sebab siapa?! Sebab korang!"

"Azam... kau tak tahu apa-apa... lebih baik kau diam."

Ayam terkekeh geli. Orang tua ni kan... sampai ke sudah pun masih tak mengaku salahnya. Masih tak mengaku dialah punca.

"Tak tahu apa-apa? Yelah orang luar ni memang tak tahu apa-apa... korang jela yang tahu benar dengan anak-anak sendiri. Walhal yang sorang tu dah separuh gila dan yang sorang lagi tu simpan amarah dia terlalu mendalam sampaikan hancurkan semuanya dalam hidup dia. Pakcik tak tahu pasal tu kan? Pakcik tahu tak yang Naim pernah cakap dekat Fakhri untuk dia pergi mati supaya dia boleh dapat kebahagiaan yang cari-cari dalam mak bapak diorang? Pakcik tahu tak? Sampaikan sekarang kata-kata tu menghantui Fakhri sampai dia percaya ya pakcik... sampai dia percaya yang dia tu memang pembawa sial. Sampai dia dah hilang keinginan dia untuk hidup! Eh! Saya tak salahkan Naim la cakap macam tu. Sebab korang yang buat dia macam pengemis kan?! Mengemis... menagih kasih sayang dari korang macam dia tu bukan darah daging korang."

Hakeem dah terdiam, tangannya memegang sebuah bingkai gambar yang terisi dengan gambar Naim kecil memeluk Fakhri kecil dengan erat. Tapi siapa yang tahu? Di dalam diri Naim tersimpan sebuah dendam dek kerana selalu hidup dalam bayang-bayang orang lain... di dalam diri Fakri pula tersimpan akan kemarahan yang membuak dan menyalahkan diri sendiri kerana membawa kehancuran pada semua orang di sekelilingnya.

Bagaiman ikatan suci di antara kedua beradik ni boleh retak sedemikian rupa? Hakeem pasti dari cerita semua orang... Naim dah lama putus asa... apa yang buatkan dia masih bertahan adalah kerana Fakhri...

"Ohya!Dan satu lagi ya! Korang bukan nak sangat Fakhri pun! Masing-masing ego tercabar bila Fakhri yang paling tegas dalam memilih! Hanya disebabkan Naim pilih untuk stay!Hanya kerana Naim yang menolak untuk berubah... sebab tu la korang tak kisah pasal Naim kan? Oh tolonglah pakcik Firdaus Ismet! Tolonglah! Kita semua tahu... once Fakhri break his chains... He will fly away without looking back... That's why Pakcik! Makcik dan jugak Naim used him as your reason of existences kan?! Fuck you. FUCK ALL OF YOU!"

Kahar melihat Ayam yang semakin meninggi suaranya. Menghamburkan akan kenyataan yang nyatanya terlalu pahit untuk ditelan. Dia sendiri melihat yang Firdaus Ismet mengepal tinjunya. Lelaki tua itu marah...maknanya... tuduhan ayam itu semuanya betul.

"Sudahlah berlakon FIRDAUS ISMET! CAKAP JELA KAU SEMBUNYIKAN FAKHRI DEKAT MANA!!!"

"Kau yang nak sangat kan?" Dengan nada yang seolah-olah mencabar. Firdaus Ismet berlalu menuju ke pintu rumah. Untuk sekali lagi beliau menoleh kepada pemuda-pemuda yang sedang menunggu apa yang ingin dilakukan oleh ayah kandung Fakri ini.

Ayam dan Kahar dah berdebar. Bukan sebab akan ada sesuatu yang mahu dilakukan oleh Firdaus Ismet, tetapi cara Firdaus Ismet mencabar sama sekali seperti Fakri apabila pemuda itu sedang dalam keadaan yang marah.

Ingat, kemarahan Fakri tak ada satu pun kebaikkan yang datang daripadanya.

Ayam dan Kahar belajar benda tu in a hard way.

"Apa korang tunggu lagi? Cakap nak jumpa Fakri. Aku bawak kau jumpa Fakri sekarang jugak."

Lelaki yang berusia separuh abad itu turun dari tangga rumahnya dan menuju ke motorsikalnya. Dia menghidupkan enjin sementara yang lain sudah tergopoh gapah turun dari rumah dan berlari mendapatkan jeep mereka.

Semasa di dalam perjalanan kereta pacuan empat roda mereka mengekori motorsikal Firdaus Ismet dari belakang. kahar sudah mula terasa tidak sedap hati. Dia melirik pada Hakeem yang sedang fokus mengikuti Firdaus Ismet dan mengerling ke belakang pada Ayam yang juga kelihatan tidak senang duduk.

"Mana pakcik Firdaus ni nak bawak kita?" Areez dah terjenguk-jengul. Sumpah pelik sebab laluan jalan sudah semakin tidak nampak tarnya, dan tak lama kemudian jalan menjadi semakin sempit dan kiri kanan penuh dengan belukar yang lebat.

"Allah... entah mana-mana jela pakcik ni sorokkan Fakri."

"Aku tak heran weh. Mengingatkan Naim tu dah macam gitu, siapa je tak cuak. Kalau aku pun menyorok tak kuar-kuar." Ayam dah sabar. Dalam tidak senang duduknya itu dia tak dapat nak sembunyikan keterujaan dia. Akhirnya....

Akhirnya Fakri... kita dah boleh berjumpa lagi.

Man.... Aku mungkin akan tinggalkan semuanya dan tak kembali lagi. Betul keputusan yang aku buat untuk ikut kahar. Akhirnya aku akan jumpa dia lagi. Fakri, lepas ni kau dah tak payah risau... aku akan sentiasa temankan kau di mana jua. Kau dah tak boleh gunakan alasan Naim untuk jauh dari aku lagi. Bisik hati Ayam girang.

Berbeza dengan Areez pula. Jantungnya tak berhenti dari berdebar sejak mereka bergerak dari rumah tadi. Dia sering memejamkan matanya dan cuba untuk merangkaikan kata-kata yang sesuai untuk confess pada Fakri. Dia akan pastikan yang dia akan lakukan dengan betul kali ni. Dia juga ada sediakan origami yang baru dia buat bersamanya. Rencananya untuk dibagi pada Fakri jika Fakri menerima perasaannya.

"Good luck bro." Hakeem melihat riaksi Areez melalui cermin belakang.

Areez tersenyum lebar. Hatinya sudah berbunga-bunga.

Kahar pula tersenyum kecil. Di dalam kepalanya sudah ligat memikirkan bagaimana untuk selamatkan Fakri. Dia akan pastikan bahawa lelaki yang lebih muda darinya itu, dapat memperoleh kebahagiaannya sama seperti mereka semua.

Mengenai Naim dan Tuan Harun Jasni, dia ada plan untuk meminta bantuan dari seseorang.

"Eh. Tengok tu! Pakcik Firdaus berhentikan motor dia kat situ la."

Semua yang berada di dalam kenderaan itu, segera melihat ke hadapan. Betul apa yang dikatakan okeh Hakeem. Pak cik Firdaus pakirkan motornya betul-betul di depan sebuah lorong kecil yang terletak pada sebelah kiri mereka.

"Hah... dia nak kita jalan ke?"

"Cepatlah Hakeem. Kau ni banyak tanyalah. Nanti pakcik Firdaus tu hilang kita tak sempat nak follow macam mana?"

Hakeem dah berdetak lidah. Budak Areez ni, sabar la! Tahula nak jumpa dengan crush. Kot ye pun jangan la buta-buta follow orang.

"Bongok la Areez. Kau ni. Tak rasa pelik ke? Like, kenapa dia willing sangat nak tunjuk kita kat mana Fakri tu ada? I mean for the whole three years kot. Kenapa baru sekarang? Kenapa tak masa Ayam cari dia dulu? Entah-entah, dia bukan nak tunjuk mana Fakri ni. Silap hari bulan dia yang nak tanam kita hidup-hidup sebab busy body pasal hal family dia" ujar Hakeem.

Dia sebenarnya tak berapa setuju dengan follow pakcik Firdaus ni. Bukan apa, buta-buta je budak bertiga ni percaya. Orang tu kalau dia tahu mana Fakri, dari awal lagi dia dah bagitahu suatu ketika dulu masa Ayam datang. Tapi kenapa sekarang?

Sebab tu la dia rasa tak sedap hati. Kalau boleh dia nak siasat dulu apa motif dan kegiatan harian pakcik firdaus ni.

Kahar dan Ayam dah menelan ludah. Kenapa baru sekarang mereka baru terfikir pasal ni?

Ada betulnya kot apa yang dikatakan oleh Hakeem. Kenapa baru sekarang? Apa lagi permainan yang nak dimainkan oleh Keluarga Ismet ni?

"Eah dahlah! Banyak songeh plak kau ni. Kalau kau takut sangat biar aku je yang turun. Korang pun sama. Jangan buang masa aku"

Areez dah membuka pintu kereta dan tanpa buang masa terjun sahaja dari jeep tersebut. Manakala Ayam dah rasa jengkel.

"Ei... tak penyabar, kalau ya pun... jomlah buat plan dulu!"

"Biarlah dia. Biasalah tu orang muda. Darah panas."

"Hakeem... boleh tak kalau kau jangan bercakap seolah-olah kita ni tua sangat."

"Dah memang kita dah tua pun!"

"Keem? Diam." Kahar menyampuk.

"Like Hakeem said. Ini sangat lah weird dan scary. Aku dah rasa tak sedap hati. We should berjaga-jaga. Like one of us kena stay in the car to look out. If ada yang tak kena at least kita boleh cabut awal."

Ayam mengangguk. Dia suka dengan idea ni. Lantas dia melihat pada Hakeem.

Pemuda yang sama tinggi dengannya ini mengangguk tanda setuju. Dia pun memang tak sedap hati betul kalau tinggal je jeep dia ni camtu je.

"So... korang hati-hati ya. Kalau ada pape hello je aku. Aku takkan matikan enjin."

Ayam dan Kahar turun dari jeep tersebut. Pandangan mereka tertangkap pada Pakcik Firdaus dan Areez yang menunggu mereka sejak dari tadi.

Kahar mula rapat dengan Ayam dan berbisik di tepi telinganya. "Weh... pisau semalam kau bawak lagi kan?"

"Ha ah kenapa?"

"Standby. Kalau pakcik Firdaus ni macam-macam, kau jangan fikir panjang. Letak je pisau tu kat leher orang tua tu."

Walaupun kedengarannya agak pelik sebab kalau pakcik Firdaus tu nak buat pape dekat diorang pun. At least diorang bertiga dan masih muda kot. Boleh je nak lawan pakcik Firdaus camtu je. Areez sorang pun boleh. Tapi bila melihatkan Kahar yang semakin paranoid. Dia tak cakap apa. Dia just angguk sahaja.

-
-
-
-
-



"Pakcik Firdaus... jauh lagi ke perjalanan kita?"

Firdaus ismet hanya berjalan tanpa berkata apa-apa. Dia terus membawa ketiga pemuda itu ke sebuah tempat. Awalnya Kahar masih dalam keadaan siaga, berdiri di hadapan teman-temannya yang lain, takut jika terjadi sesuatu. Perjalanan mereka yang memakan lebih kurang 30 minit itu mula sampai ke penamatnya. Langkah mereka terhenti di sebuah tempat.

Jantung Kahar terasa bagaikan mahu gugur. Oh tuhan... ujian apakah lagi yang kau mahu berikan. Dia sejujurnya tak mampu nak menghadapi satu lagi kehilangan.

"Pa- pakcik.... Ni semua tipu kan? Pakcik..." Areez dah jatuh terduduk.  Dia mula menggigil dengan hebat. Matanya berkaca saat pandangannya tertancap ke sesuatu arah.

Firdaus Ismet hanya tenang mengorak langkahnya menuju ke arah sebuah batu nisan. Sebenarnya bukan hanya ada satu, tapi dua. Dengan terketar-ketar Kahar menyusul ayah Fakri dan Naim untuk memastikan yang semua dia Nampak ni bukanlah mimpi.

Entah kenapa, suasana langit yang mendung menyambut pelbagai emosi yang bermain di setiap orang di tanah perkuburan itu. Ya, anda tak silap baca. Pakcik Firdaus Ismet membawa mereka ke sebuah tanah perkuburan selepas jauh mereka berjalan. Tanpa sebarang amaran atau pujukan, lelaki tua itu membawa mereka pada satu lagi perkara yang menyedihkan di dalam hidup mereka.

Mata Kahar melihat dua buah kubur yang bersebelahan namun terletak agak jauh dari kuburan yang lain. Mungkin, dengan posisi  sepasang kuburan yang terasing itu, memberikan sedikit ketenangan penghuni liang lahad tersebut.

"Isteri aku meninggal tak lama lepas Naim buang kitaorang. Tu kubur dia." Firdaus Ismet dududk berjongkok di tepi kubur isterinya sambil membelai batu nisan yang kelihatan sudah luntur warna putihnya akibat berjemur dengan matahari dan hujan.

"Dia patah hati. Tiap hari salahkan diri dia dan menangis. Rindukan anak-anak... tapi anak sendiri pun tak mengaku yang kitaorang ni mak bapak diorang. Besar sangat salah kami." Firdaus Ismet menelan sebaknya. Untuk apa dia berduka pada orang yang tak sudi? Untuk apa dia meratapi apa yang bukan miliknya lagi.

Tatapan Kahar beralih pada batu nisan yang lagi satu.

Nafasnya bagaikan terhenti. Dia rasa bagaikan tak percaya.

Pernah dengar tak orang selalu cakap... penyesalan itu selalu datang kemudian hari? Dan apabila penyesalan itu datang... tak akan ada mesin waktu pun yang akan dapat merubah apa yang sudah terjadi?










'Nor Fakhri Bin Firdaus Ismet
Wafat pada 14 Julai 20XX'











Ketika Ayam cuba untuk menghampiri mereka, Kahar menjerit pada lelaki itu. "Stop!"

"kahar... bagitahu aku... yang tu bukan dia please." Kahar membantu seribu Bahasa. Dia tak mampu untuk berkata apa-apa. Tidak pada keadaan Ayam yang sudah bercucuran dengan air mata. Belum lagi Areez yang masih terduduk di atas tanah dan menundukkan pandangannya. Tapi apa yang pasti, jiwa Areez sudah tidak berada di sini lagi.

Kahar tak pedulikan Ayam lagi, dia segera mengalihkan perhatiannya pada Firdaus Ismet. Dia cuba melihat dari sirat mata lelaki tua itu untuk mencari kepastian.

Akan tetapi yang disambut hanyalah perasaan hampa. Pakcik Firdaus Ismet hanya berpaling daripada mereka dan hanya menatap ke  arah batu nisan yang berpahat akan nama anak bongsunya.

"Sepatutnya... anak yang tanam bapak... bukan bapak yang tanam anak. Kau faham tak perasaan bila kau terpaksa tengok anak kau yang pergi dulu? Dan bukannya kau? " lelaki separuh abad itu hanya menahan sebaknya. Tangannya yang penuh dengan kedutan itu mengusap batu nisan tersebut dengan lembut.

Ingatannya terbang jauh ke masa silam, memorinya mengingat Kembali akan perasaan apabila dia bersama dengan Fakhri Ketika anak bongsunya masih kecil. Masih dia ingat bagaimana Fakhri kecil akan merengek apabila rambutnya yang ditata rapi menjadi kusut setelah diusap manja oleh bapanya.

Tak disangka... akhirnya dia dapat mengusap lagi anaknya setelah Fakhri menghilangkan diri. Namun... kenapa Fakhri pulang kepadanya tak bernyawa lagi?

Areez merangkak perlahan-lahan, tangannya terketar-ketir menyentuh pada batu nisan milik Fakhri. Dia meraung dalam diam. Hatinya hancur berkeping-keping. Pada siapa lagi patut dia sampaikan perasaan dan rindunya yang tak pernah bersambut itu? Fakhri... batinnya menjerit.

"Macam mana... macam mana dia mati. PAKCIK FIRDAUS ISMET! BUKAN KE KORANG YANG AMBIK DIA DARI AKU! MACAM MANA KAU BOLEH BIARKAN DIA MATI?!"

Ayam dah menjerit bagaikan orang gila, Wajahnya merah dengan amarah. Kahar terpaksa menahan tubuh ayam dari menerkam pakcik Firdaus Ismet.

Tiba-tiba terdengar tapak kaki yang banyak yang datang dari pelbagai arah. Kelihatan lebih kurang dalam 5 orang lelaki yang lengkap dengan berpakaian hitam mengelilingi mereka. Kahar menarik Ayam dan Areez untuk tetap dekat dengannya. Jika ada apa- apa yang berlaku, dia bersedia menerima impak atau ancaman terlebih dahulu. Keselamatan kawan-kawannya harus terjaga.

"Kami tak boleh benarkan awak semua hidup lepas tahu semua ni. Padahal Firdaus Ismet dah awal-awal lagi beritahu supaya berundur dan lupakan semuanya."

Kelihatan seorang lelaki berjalan dan berdiri di sebelah Pakcik Firdaus Ismet. Lelaki itu tampak lebih muda dari Firdaus Ismet, wajahnya tenang tanpa memberikan apa-apa riaksi.

"Kau nak tahu sangat kenapa Fakhri boleh mati kan? Let me tell you something..."

-
-
-
-
-

Mata Hakeem melilau melihat keadaan sekeliling. Dahla hutan, sunyi sepi. Macam laluan yang mereka guna ni tak pernah digunakan orang pun. Sumpah creepy shit. Tangannya laju menaip sesuatu pada telefon bimbitnya. Kemudian dia mendengus apabila mendapat balasan yang tak seperti apa yang dia jangkakan. Dia memutarkan lagu 'Reality by Richard Sanderson' pada radio  banyak kali. Layan lagu barat sambil melamun pun bukanlah sesuatu yang buruk, at least boleh melegakan rasa tidak sedap hatinya sejak dari tadi. Lagipun, ya ampun... lambat lagi ke diorang ni? Ke Fakhri tak nak ikut dengan diorang? Atau.... Ada sesuatu yang terjadi?

Hakeem baru sahaja mahu melepaskan seatbeltnya, tetapi dia dikejutkan dengan ketukan di sebelah tingkapnya. Dia sedikit tersentak dan hampir menyumpah seranah. Setelah diperhatikan sedikit lama kerana tingkap keretanya dilengkapi dengan tinted, kedua bola matanya membesar.

"Naim?"

Tokk.. tok... Pintu tingkap keretanya diketuk lagi. Kali ini sedikit keras. Naluri Hakeem tegas mengatakan jangan buka lock kereta. Jangan.

Akhirnya setelah beberapa minit kemudian, dia putuskan untuk membuka separuh tingkapnya di mana hanya menampakkan kedua mata Naim sahaja.Dia melihat Naim berada di luar dengan keadaan comot dan tak terurus. Entah kenapa, dia rasa macam berat sangat nak buka pintu kereta dan biarkan Naim masuk.

"N- Naim... Kau buat apa kat sini? Macam mana kau boleh ada dekat sini?"

Hakeem perasan yang pandangan Naim langsung tidak pernah terarah kepadanya semasa bercakap. Seolah-olah fikiran Naim sedang kusutkan tentang sesuatu dan yang pastinya keadaan Naim sangat-sangat menakutkan baginya.

"Aku... dapat tahu yang adik aku ada kat sini... aku datang nak ambik dia la ni...Mesti dia tengah tunggu aku kat rumah papa aku." Sengih Naim. Tapi senyuman tersebut langsung tak memaparkan riaksi yang sama di mata Naim.

Hakeem menelan ludahnya. Pada masa nilah, dia berdoa agar kahar secepat yang mungkin balik semula ke sini. Sumpah dia memang rasa tak sedap hati sekarang ni! Kahar!!! Cepatlah kau balik!
"O-oh... Kau... Kau nak balik rumah papa kau lah ni." Papa dia tu Pakcik Fridaus Ismet la kan? Bukan Tuan Harun Jasni kan?

"Hakeem... kau tak nak bukak ke? Kau tak kesian kat aku ke? Jauh aku jalan.... Kau tak nak tumpangkan aku?" dari luar kelihatan Naim cuba membuka pintu kereta berkali-kali. Manakala Hakeem pula masih kukuh untuk tidak membuka lock kerana nalurinya memang kuat berkata supaya jangan buka.

"Ma- mana Kahar dan yang lain?"

Naim mengangkat kedua bahunya. Matanya masih tajam menatap wajah Hakeem yang sudah tak keruan.

"Tadi diorang dah balik rumah papa aku dulu. Katanya diorang dah jumpa Fakri.... Aku rasa happy sangat. Dia suruh aku bagitahu kau, jumpa dia kat sana. Jom Hakeem... bukaklah pintu... kau tak nak bawak aku sekali ke? Aku pun.. nak jumpa Fakri. Kau tak kesian kat aku ke?"

Hakeem mendengar suara Naim yang merayu. Tapi dia memang ada rasa tak kena dengan nada tu. Suara dan keadaan Naim memang agak... menyeramkan ketika ini.

Tapi ni Naim kot... takkanlah Hakeem sampai hati nak bagi Naim jalan kaki balik rumah papa dia.

"Kejap Naim. Aku bukak lock-"

Mata Hakeem melebar apabila melihat sesuatu di belakang Naim melalui side mirrornya. Naim menyembunyikankannya dengan sempurna sekali dan kalau bukan kerana side mirror tu, Hakeem mungkin-

Dia dah menggigil.

"Err... Naim. Aku rasa aku- nak cepatlah. Kau boleh balik sendiri kot. Aku-"

"Kau tak caya kat aku ke Hakeem? Sampai hati kau... Takpela... kalau kau tak percaya dekat aku, biar kau cakap sendiri dengan Kahar."

Naim mencampakkan sesuatu ke dalam kereta dan benda tersebut jatuh ke bawah seat passenger sebelah Hakeem. Ekor mata Hakeem menangkap apakah bendanya itu. Sebuah telefon bimbit. Dan ianya bukan sebarang telefon bimbit melainkan telefon bimbit kahar!

Bagaikan cacing kepanasan, dia segera mencapai telefon bimbit tersebut. Oleh kerana skrin telefon tersebut dalam keadaan di bawah, sewaktu dia membalikkan telefon tersebut. Jantungnya luruh melihat keadaan skrin tersebut. Pecah dan retak. Memang keadaannya sudah tidak boleh digunakan lagi.

Fuck...

Naim ketawa cekikan, dia kemudian ketawa mengilai sambil menempelkan dirinya lagi pada sisi kenderaan Hakeem. Ketika inilah Hakeem rasa dia dah buat keputusan yang bodoh dengan membuka tingkap keretanya walaupun hanya separuh.

"Kau tak nak call Kahar ke?"

Apabila Hakeem berpaling pada Naim semula, semuanya sudah terlambat apabila lelaki itu menghayunkan  penukul kea rah cermin tingkapnya.

Tiba- tiba kedengaran suara Hakeem bergema di kawasan itu.


"NAIM!!!!"





Notes : Thank you for all the support and the waiting is almost at end. Enjoy the chapter and tell me what you think😘

Special thanks for my beloved @Sana_Korin yang sudi jadi beta reader I, and give a great insight from her which is I really appreciate it. She be my beta readers for our road to finale, and I can't thank her enough for this. Thank you so much and I love youuu Rin-chan!

Continue Reading

You'll Also Like

40.6K 3K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
27.3K 772 50
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
183K 12.8K 83
" Andai kau bulan , biarlah aku menjadi buminya . " Kahar berkata manis . " Bumi ? Kenapa bukan bintang ? " Aireen pelik . Pick up line si Kahar tak...
28.8K 580 15
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...