MY AYDEN DARHWISH [C]

By _Raffain

195K 10.8K 2.8K

Kisah tentang seorang gadis berwajah polos dan kuat drama bersama sahabatnya Hazran Dayler mengharungi cabara... More

𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼 (𝔽𝕀ℕ𝔸𝕃)
✧・゚: ✧・゚: SPECIAL CHAPTER :・゚✧:・゚✧
✧・゚: ✧・゚: SPECIAL CHAPTER :・゚✧:・゚✧
✧・゚: ✧・゚: APPRECIATION:・゚✧:・゚✧

𝟚𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2K 122 22
By _Raffain

Sepanjang Ayden berada di hotel itu, tidak sekali pun dia melihat Elaine bersiar-siar di seluruh kawasan resort. Dia cuba mencari gadis itu namun tidak berjaya sehingga dia terjumpa satu kawasan yang begitu asing baginya. Tempat rahsia itu tidak seharusnya disembunyikan atau dirahsiakan oleh para pelancong yang menginap di sana kerana permandangannya begitu indah sekali.

Kawasan yang agak tenang dan nyaman. Dia berjalan ke seluruh kawasan lapang yang penuh bunga terutama bunga tulip.

'Bukan kah ini bunga kegemaran Elaine?'

'Cantik. Cantik seperti tuannya.' Dalam diam dia tersenyum kecil melihat bunga-bunga itu.

Dia berjalan sehingga ke hujung kawasan itu terdapat satu pondok kecil dan di situlah dia melihat Elaine Dahlia bersendirian. Ayden cuba mendekati gadis itu tetapi langkah nya terhenti kerana dia terdengar perbualan Elaine dan Hazran di telefon.

"Babe. Kau tahu tak Ayden datang hotel aku."

"What for?" Hazran tidak terkejut dengan pengakuan itu. Ayden sendiri sudah memberitahunya sebelum itu.

"Dia ada projek di sini dan sepatutnya dia berurusan dengan abang Emir tetapi abang Emir outstation. So aku lah yang menguruskan."

"Kau okay ke bekerja dengan dia?"

"Sejujurnya tidak. Entah lah Hazran. Sejak pertama kali kami bertemu aku tak pernah rasa selamat bila dia ada disisi aku. Dia hina aku. Bahasa dia kasar bila bercakap dengan aku."

"Lia, listen! Kau kena buang semua tu. Dia baik. Dengar cakap aku yang Ayden tak sejahat itu. Buka hati kau untuk terima dia sekurang-kurangnya sebagai kawan."

Mendengar keluhan hati Elaine membuatkan Ayden tekad untuk pergi buat selamanya. Mungkin inilah takdir Allah buat dirinya. Hatinya hancur apabila kata-kata itu keluar dari mulut Elaine. Sungguh dia tidak menyangka bahwa sebegitunya besar Elaine membenci dirinya. Walau apa pun dia harus terima kerana mulut badan binasa.

'Tsk... Tsk..'

"Ish bunyi apa tu?"

"Kenapa Lia?"

"Haz, we talk later. Aku rasa ada orang masuk taman aku. See you." Dia matikan talian di telefon dan segera keluar dari taman itu. Saat dia keluar tiada seorang pun yang berada di sekitar kawasan itu.

'Siapa yang berani masuk? Tak mungkin Ayden. Buat apa dia masuk ke sini? Apa tujuannya?' Tak mungkin dia tahu tempat ini?' Elaine berteka teki sendirian.

Elaine mendail nombor telefon pembantu Ayden namun talian nya terputus. Dia cuba berkali-kali tetapi masih sama. Akhirnya dia akur dan terus mendail nombor telefon Ayden.

"Assalamualaikum Tuan Ayden. Maaf ganggu. Pekerja saya bagitahu yang Tuan dah balik betul ke? Bukankah Tuan Ayden nak sambung lagi 2 malam di sini?" Tanya Elaine.

"Sorry saya ada urusan di KL jadi saya terpaksa check out hotel pagi ni." Ayden mengelak daripada berterus terang hal yang sebenar.

"Oh macam tu ke. Baik lah saya akan inform pada pekerja saya. By the way, thank you for visit and spend your good time here. Feel free to come again."

"Thank you Dahlia. Nice to see you. Anyway, mummysaya minta awak datang ke rumah hujung minggu ni tapi kalau awak sibuk tak mengapa lah. Saya akan bagitahu dia nanti." Aik! Sejak bila Ayden pandai cakap elok-elok? Semalam dia mimpi apa?

"Hmm.. Say... Saya datang. In shaa allah saya datang. Kirim salam pada Puan Sofea Hana dan Tuan Zack." Balasnya teragak-agak.

Sejak peristiwa di resort, Elaine langsung tidak mendengar khabar berita tentang Ayden. Hujung minggu yang di nantikan kini sudah tiba. Seingatnya kali terakhir Elaine menjejakkan kaki di banglo itu beberapa bulan yang lalu sewaktu menyelamatkan Adlene Darwina daripada diperkosa oleh adik Emma. Setelah kejadian itu, dia tidak lagi berkunjung ke rumah itu kerana Ayden tidak membenarkan dia untuk berkawan dengan adiknya, Adlene Darwina.

"Assalamualaikum!" Panggil Elaine beberapa kali.

Elaine mencuba menekan loceng di hujung pagar itu tetap tiada yang membuka pintu itu. Elaine sudah kehabisan tenaga dek cuaca yang begitu panas dan dia mula berasa kehausan. Akhirnya dia mengalah dan terus duduk di kaki jalan.

"Hoi! Kau buat apa dekat sini?" Jerit Ayden sambil berjalan ke arah gadis itu.

"Pa.... Pakcik Oyen... Tak kerja ke?" Elaine menukar topik tetapi soalan nya tidak dihiraukan oleh jejaka itu.

Bunyi hon mengejutkan Elaine yang berada di luar rumah banglo itu.

'Siapa pula ni?' Berkerut wajah Elaine melihat kereta mewah yang baru sahaja melintasi dihadapannya.

"Tu mummy aku dah sampai. Tepi la. Nak mati awal ke?" Jerit Ayden tangannya laju menarik Elaine ke tepi.

"S... Sorry. Pakcik Oyen. Saya balik dulu lah. As..."

"Woi! Kau sini!! Masuk sini. Saja kan bagi aku je yang kena marah dengan mama sebab tak bagi kau masuk." Panggil Ayden.

Puan Sofea Hana dan Tuan Zack meluru keluar dari perut kereta itu lalu menghampiri Elaine yang baru sahaja masuk ke perkarangan rumah mereka.

"Lama ke Elaine tunggu tadi. Maaf la mummy lupa nak suruh Elaine datang petang sikit." Wanita separuh abad itu terus memeluk tubuh Elaine. Jelas terpancar kegembiraan di wajah pasangan itu saat melihat Elaine bersama mereka.

"Mum... Mummy? Ish Puan Sofea sihat tak ni? Kenapa panggilan jadi begitu pula?" Elaine memandang pelik.

Tak mungkin kehadiran wanita separuh abad itu ke rumahnya dengan perbincangan tempoh hari telah di persetujui oleh umi dan abangnya?

"Kamu akan jadi menantu mummy selepas ini. Jadi biasakan diri kamu di rumah ini ya." Senyuman Puan Sofea Hana tampak begitu manis sekali.

Hai seronok nak dapat menantu ke?

"Err.. Puan Sofea ada apa nak jumpa saya?"

"Kita masuk dulu. Elaine dah makan?" Sapa Tuan Zack.

"Be... Dah.. Dah saya baru je balik dari makan tadi." Menipu lagi Elaine Dahlia. Perut tu dah keroncong bunyi pelbagai jenis lagu masih lagi nak menipu.

"Dia tipu mummy. Dahlia belum makan lagi." Sampuk Ayden dari belakang. Elaine hanya mencebik menahan geram dan amarah nya terhadap jejaka egois itu. Wajah pucat Elaine tidak mampu menyembunyikan bahwa dia sedang kelaparan.

Puan Sofea membawa Elaine ke bilik tetamu dan memberi ruang pada gadis itu untuk berehat. Malam ini adalah malam yang istimewa buat mereka sekeluarga dan Elaine. Benda baik buat apa kita tangguh kan.

Tok!

Tok!

Tok!

Tiada sahutan. Ayden terus membuka pintu bilik itu untuk melihat keadaan Elaine. Dia yakin gadis itu pasti kelaparan.

"Dahlia! Aku masuk ni. Weh kau tengah mandi ke?" Tanya Ayden sebelum dia meneruskan langkahnya.

"Aduh!!. Sa... Sakit." Elaine mengadu kesakitan di depan tandas.

'Dia jatuh ke?' Bisik hatinya.

"Ya Allah. Dahlia kenapa ni?" Sepantas kilat Ayden menarik Elaine ke dalam dakapannya. Wajah nya cuak melihat gadis itu sedang menahan kesakitan.

"A... Awak.. Sa.. Sakit. T.. Tolong saya." Ayden terus memapah tubuh kecil itu ke birai katil.

"Hey. Bunny look at me my dear. Kenapa ni? Sakit dekat mana?" Tangan Ayden laju menepuk pipi Elaine berkali-kali. Nak pegang tempat lain belum halal lagi.

"Sa... Sakit. Pe.. Perut saya sakit Ayden." Tanpa membuang masa Ayden terus mengambil telefon dan meminta doktor Rina iaitu doktor yang merawat keluarganya datang dan melihat keadaan Elaine.

Berpeluh Ayden dibuatnya. Hati mula tidak tenteram melihat Elaine menahan kesakitan. Puan Sofea Hana yang baru selesai menyiapkan makanan untuk Elaine tersentak melihat kehadiran doktor Rina. Siapa pula yang sakit ni?

"Rina, kenapa ni?" Sapa Puan Sofea.

"Anak you la call emergency katanya. Mana Ayden?" Balas doktor Rina. Matanya sudah melilau mencari sosok tubuh Ayden.

"Doktor come!!! Dekat sini. Faster doctor." Teriakan Ayden terus memecah kesunyian di rumah itu.

Puan Sofea dan Tuan Zack juga bergegas mengekori doktor Rina. Mereka sungguh terkejut melihat keadaan Elaine yang sedang meronta-ronta menahan kesakitan.

"Sayang mummy, kenapa ni? Elaine sakit apa ni?"

Ayden menarik mama dan papa nya keluar dari bilik itu sementara memberi ruang kepada doktor Rina untuk merawat Elaine. Tidak lama kemudian, doktor Rina keluar dan memberitahu bahwa Elaine mengalami gastrik. Mujur keadaannya masih stabil. Gastriknya tidak terlalu teruk kerana masih di peringkat awal dan perlu dirawat sebelum keadaan semakin memburuk.

"Mummy, boleh Ayden masuk kejap." Permintaan Ayden tidak ditolak. Puan Sofea terus membenarkan anak terunanya melihat keadaan gadis itu.

'Klak.....'

"Shhh.. Ba.. Baring je. Ka.. Kau. Eh silap. Awak kena banyak berehat. Nanti saya masakkan bubur untuk awak." Jelas Ayden dengan penuh sopan. Jarang kan nampak pakcik Oyen baik macam ni. Nak tengok dia baik kena sakit dulu. Baru dia jumpa otaknya dan boleh berhubung dengan baik.

"Erh.. Aduh.. Sakit. Pakcik Oyen. Saya nak balik boleh?" Pintanya. Tidak manis jika gadis sepertinya tinggal sebumbung dengan lelaki bukan mahram.

"Diam la. Dah sakit pun masih berdegil juga. Nanti saya bagitahu umi dan Emir." Pujuknya lagi. Akhirnya Elaine akur dan berehat di bilik itu sehingga Ayden datang membawa semangkuk bubur. Aroma nya begitu menusuk kalbu. Mesti sedap ni.

Ayden mengambil tempat di birai katil. Baru sahaja dia ingin mengejutkan gadis kecil itu tiba-tiba kelopak mata Elaine terbuka luas. Terselit segaris senyuman di bibir Ayden.

'Alhamdulillah' Dia menarik nafas lega melihat Elaine sudah terjaga dari lenanya.

"Come, cuci muka lepas tu kita makan." Ayden cuba membantu Elaine untuk berdiri dan memapah gadis itu ke tandas.

"Eh... Pakcik Oyen nak buat apa ni?" Dia menolak tubuh Ayden supaya menjauh.

"Lah saya nak tolong awak, Dahlia." Jelas nya tetapi dia menjarakkan dirinya setelah Elaine menghalangnya dari mengikutnya masuk ke tandas.

Walaupun makan malam yang di sajikan hanya lah bubur tetapi suasananya membuatkan hati Ayden menjadi luar biasa. Seronok dia melihat Elaine semakin pulih dan selera makannya kembali normal.

"Sedap ke?" Tanya Ayden. Habis licin mangkuk itu tiada sisa langsung. Elaine mengangguk laju.

"Saya yang masak tau." Perwatakan Ayden harini sangat lain. Lebih maskulin. Husband material sangat.

"Uhuk! Uhuk!!. Ehem. Serius lah pakcik Oyen yang masak?" Dia memandang pelik.

"Dah kenyang kan. Rehat dulu. Kejap lagi umi datang dengan Emir. Mama kata mereka ada hal yang nak bincang. So awak duduk dalam ni jangan nak bergerak macam orang sihat eh."

"Pakcik Oyen nak pergi mana?" Dia menahan langkah Ayden daripada meninggalkannya sendirian. Ayden keluar dari bilik itu. Bukan dia tidak mahu menemani gadis itu tetapi dia takut jika perasaannya berubah dan itu adalah hal yang perlu di elakkan. Dia perlu sedar bahwa Elaine milik Hazran bukan miliknya.

"Saya nak turun bawah, ada kerja sikit. Duduk dalam ni jangan mengada nak keluar." 

Tiba-tiba Elaine terfikir untuk mengenakan pakcik egois ni. Sudah lama rasanya tidak mencari masalah dengan orang tua ni kan. Kita cuba satu kali. Dia keluar dari kamarnya dan mencari Ayden di seluruh kawasan rumah itu namun tidak ketemu.

"Elaine Dahlia!! Kenapa degil bunny. Saya suruh awak rehat kan." Sergah Ayden dari arah belakang. Kaku terus tubuh Elaine saat nama nya di panggil.

Tiada siapa yang mampu melembutkan hati seorang gadis bernama Elaine Dahlia, walaupun wajah nya tampak begitu polos tetapi otak nya yang geliga bila ingin mengenakan Ayden. Wajah Elaine sudah mula menyeringai memikirkan sesuatu untuk mengusik pakcik Oyen. Tak padan dengan sakit ada sahaja akalnya.

"Pakcik Oyen." Panggil Elaine membuatkan langkah Ayden terhenti.

"Hmm.." Dia memjawab perlahan.

"Ayden si tua oyen." Riak wajah Ayden berubah saat mendengar nama itu.

"Woi apa ni?"

"Percuma ada sport car tapi selalu bawa super bike." Sindir Elaine dengan selamba.

"Eleh nak naik cakap jela. Dah jom masuk bilik. Tak sihat kan." Dia cuba berlagak tenang. What you give you'll get back. Kita tengok siapa yang kena.

"Alah bosan lah. Saya nak balik pakcik Oyen tak kasi. Jadi bagi la saya hirup udara segar ni." Si degil dan keras kepala mana mungkin bisa kalah dengan pakcik Oyen.

"Elaine si gendut bunny!" Gadis itu mengerut dahi sambil memandang pelik ke arah Ayden.

"Apa tu pakcik." Dia sudah memeluk tubuh. Kata kita gendut? Huh!

"Percuma bawa kereta laju tapi nampak lori berhenti tepi." Cemberut terus wajah Elaine. Biadap punya orang tu. Elaine sekali lagi mendengus kasar. Niat ingin mengenakan Ayden tapi akhirnya dia terkena pula. Ingatkan Ayden tidak tahu permainan itu. Orang tua ni kira up to date lah. Maju sikit daripada orang tua yang lain. Hebat!

"Saya ada teka teki. Cuka apa yang paling manis?" Soal Elaine.

"Haa cuka? Serius lah cuka?"

"Jawab lah dulu. Think pakcik Oyen! Think!" Desak Elaine berkali-kali.

"Okay sabar lah. Cuka yang paling manis eh? Jeruk?"

"Salah!"

"Asam yang tu yang merah tali-tali tu."

"Pakcik ni mesti otak tertinggal kat mana-mana. Dah?"

"Apa dia?"

"CUKA CAMA KAMU!"

"CUKA CAMA KAMU!"

Elaine memandang pelik ke arah Ayden. Pelik! Suara nya seperti berganda.

"Pakcik ke yang cakap tadi?" Ayden menggeleng laju. Siapa pula ada disini selain mereka.

"Hello sweetheart! Miss me?"

Mereka berdua saling berpandangan. Biar betul? Ini mimpi ke?

SIAPA PULA YANG DATANG KALI NI??

VOTE DAN COMMENT FOR NEXT UPDATE.

Continue Reading

You'll Also Like

403K 9K 38
"What the hell Blade?" I yelled, my hand leaping to my mouth. It stung like hell. He carefully lowered his lips to my ear, breathing against it gentl...
16K 472 20
Lawless (2012) fic. Tonya Barrett, or Miss Tawny as Forrest likes to call her moves back home at the news of her stepfather becoming ill. She left Fr...
208K 2.6K 23
Shawn Mendes imagine (Shawn x Reader) one shots. I DO NOT WRITE ANYMORE.
388K 16.4K 34
Brother of my mother, with whom I stay, Cast spells and does tricks with a stick like clay. An odd bunch of friends call his home theirs, They all wa...