MY AYDEN DARHWISH [C]

By _Raffain

195K 10.8K 2.8K

Kisah tentang seorang gadis berwajah polos dan kuat drama bersama sahabatnya Hazran Dayler mengharungi cabara... More

𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼 (𝔽𝕀ℕ𝔸𝕃)
✧・゚: ✧・゚: SPECIAL CHAPTER :・゚✧:・゚✧
✧・゚: ✧・゚: SPECIAL CHAPTER :・゚✧:・゚✧
✧・゚: ✧・゚: APPRECIATION:・゚✧:・゚✧

𝟚𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.3K 133 29
By _Raffain

Pagi yang indah dan cuaca yang baik seharusnya kita memulakan dengan senyuman dan rasa syukur kepada yang maha Esa. Sesungguhnya tidak akan ada hari ini jika Allah tidak mengizinkan. Kali ini Elaine tekad dengan keuputusannya untuk meneruskan legasi Jebat Iskandar dalam perniagaan perhotelan.

Segala titik peluh pasangan ini telah mengembangkan lagi perniagaan mereka dari satu negeri ke satu negeri sehingga mereka dapat membangunkan beberapa cawangan di Malaysia.

Dengan rezeki yang Allah kurniakan dan berkat usaha mereka berdua, akhirnya mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Emir Dzihan dan Elaine Dahlia. Kini, tiba lah masa Emir dan Elaine membalas jasa umi dan walid mereka.

"Morning everyone. As you guys know, today is Elaine first day in Double J Beach Resort. Selamat datang cik Elaine Dahlia." Emir memperkenalkan adiknya pada semua pekerja di hotel itu.

"Selamat datang cik Elaine."

"Welcome back cik Elaine."

"I'm glad you're here, cik Elaine."

Rata-rata semua pekerja teruja dengan kehadiran Elaine di hotel itu. Semangat mereka lain macam tidak kira lelaki mahu pun perempuan. Mungkin aura seorang gadis yang kuat semangat dan jati diri yang tiada pada mana-mana gadis diluar sana.

"Ehem! Jangan seronok sangat bila cik Elaine di sini. Kerja kamu semua seperti biasa ya. Saya tidak mahu ada yang curi tulang ajak anak saya keluar ke sana ke mari ya." Pesan Julia.

"Baik puan Julia. Saya teruja dapat bekerja dengan cik Elaine. Akhirnya saya dah ada bos. Pergi ke kedai membeli cukup rasa, hi bos saya maya." Celah Maya.

"Hi Maya, nice to meet you. Hebat pantun tu." Jawab Elaine dengan begitu ramah sekali.

"Cukup sampai sini. Sekarang sambung kerja masing-masing. Dahlia mari saya tunjuk kan bilik kamu." Tutur Emir penuh protokol.

"Hek eleh, Chill la abang. Saya muda lagi kenapa awak begitu protokol sekali Emir Dzihan?"

"Diam kamu. Masuk bilik ni, relax dulu nanti abang panggil adik untuk tanda tangan beberapa surat perjanjian dan saham syarikat. See you babygirl." Arah Emir sebelum masuk ke ruangannya. Elaine hanya menurut arahan.

Lama dia termenung melihat skrin telefon di tangan. Dia tidak pasti adakah ini keputusan yang betul untuk dia dan orang sekeliling terutama sahabatnya. Antara sahabat dan cinta dia harus memilih salah satu bukan kedua-duanya.

"Dalam sangat tenungan tu nak tembus dah aku tengok." Sergah Ayden dari belakang.

"Woi! Dah berapa lama kau dekat sana?" Soal Hazran.

"Kau ni kenapa, okay tak? Ada masalah ke?" Soal Ayden.

"Tak ada apa lah. Ni alang-alang kau ada sini, aku nak kau rahsiakan pasal aku ke Scothland."

"Lah apahal? Kau bukan dengan dia bercinta ke? Kenapa nak rahsiakan?" Teka Ayden mana tidaknya sebelum ini asyik berdua ke sana sini.

"Tu dulu. Aku nak buka buku baru. Cinta tu pernah ada tapi sebab cara tak menghalalkan segalanya jadi aku dah kuburkan."

"Maksud kau?"

Ayden keliru dengan penjelasan Hazran. Siapa pula wanita idaman si kain aler ni. Tidak mungkin dia masih menyimpan perasaan terhadap Elaine. Tak boleh jadi ni.

"Jangan buat-buat tak tahu. Haura dah ceritakan segalanya. Beberapa bulan kebelakangan ni kau rupanya yang jaga dia." Jawab Hazran sinis.

"Tak apa lah Ayden one day you will know. Satu je permintaan aku rahsiakan semua ni daripada Haura."

"Hmm baik lah. Kalau itu yang buat kau tenang di sana. Jangan risau." Balas Ayden.

"Kau rasa Elaine masih marahkan aku tak?"

"Kenapa dia perlu marah pada kau? Lah kau ni nak siapa sebenarnya?" Otak Ayden ni pasti tertinggal di mana-mana ni. Blur sejak tadi lagi.

"Dah la Ayden. Kau ni lembab lah.." Hazran malas berdebat dengan pakcik Oyen.

"Macam ni la Haz, pada pendapat aku kalau tak mampu jaga jangan berani berjanji. Kau tu duduk jauh apa sahaja boleh berlaku di sini. Biarkan aku yang jaga dia. Amacam?" Begitu tenang Ayden membuat pengakuan.

"Tak perlu kot? Dia perlukan orang macam aku bukan kau! " Sindir Hazran.

"Tapi kau kan nak terbang jauh. Kesian dia tak ada orang jaga. Why not kau wakilkan aku untuk jaga dia." Balas Ayden. Nampaknya nak dia cuba untuk masuk jarum ya.

"Aku yang akan jaga dia sampai akhir hayat aku. INGAT TU! Dia perempuan malang yang kau pernah cakap dulu. Sedar diri bro tempat kau di mana dalam hidup dia. No special place bro. HA HA HA" Hazran bingkas bangun dari tempat duduk nya. Kesal dia dengan sikap egois Ayden yang tidak ada sifat keperimanusiaan terhadap sahabatnya.

-E.LALA-

'Assalamualaikum, duo petir.'

Mesej dihantar.

'Ahh!! Lantak lah. Yang penting aku dah usaha. Ya aku memang cinta kan Haura tetapi mana dia saat aku memerlukan? Mana dia pergi? Tiba-tiba muncul terus buat pengakuan dan memfitnah Elaine. Hampir tercabut kepala aku fikirkan soal ini.'

Sepanjang perkenalan dia dan Elaine, dia tidak pernah rasa berdebar saat menghantar pesanan ringkas pada gadis itu. Kali ini auranya begitu luar biasa. Adakah ini yang di nama kan cinta? Jika sebelum ini saat dia mengungkapkan rasa cinta pada Haura Medina, dia tidak pernah merasai perasaan seperti ini.

Ting!

-H.KAIN ALER-

'Assalamualaikum, duo petir.'

Elaine membuka pesanan ringkas daripada sahabatnya. 'Pelik! Dia sudah berbaik dengan Haura ke? Mesti dia nak jemput ke majlis dia kan? Redha dan ikhlaskan Elaine.' Bisik hatinya.

'Waalaikumusalam, yes kain aler. Ada apa?'

Hazran tidak senang duduk saat melihat nama Elaine yang muncul di skrin telefon nya.

'Can we meet up? I miss you, duo.'

'Lunch with me?'

'Deal!'

Melompat terus Hazran apabila Elaine bersetuju untuk keluar bersama. Yes!! I got you babe!

Elaine tersenyum saat sosok tubuh yang amat dirinduinya muncul di hadapannya. Sahabat dunia akhiratnya siapa lagi kalau bukan Hazran Dayler. Entah apa mimpi Hazran kali ini sehinggakan nak berjumpa pun perlu minta izin dahulu kalau dulu main langgar sahaja.

"Babe! How.... How are you?" Sapa Hazran seperti malu-malu kucing.

"Have a seat brother! I'm good! You?" Elaine membalas dengan senyuman yang cukup manis. Cair weh!

"Macam ni lah. A... Aku nak minta maaf atas apa yang berlaku tempoh hari." Hazran menunjukkan diri nya yang masih sama seperti dulu.

"Past is past Kain Aler, aku nak tutup buku lama."

"Tapi aku nak minta maaf dekat kau juga. Bukan aku tak sayang kau tapi aku memilih untuk tidak berpihak pada sesiapa selain menjaga hati aku sendiri." Elaine hanya mengangguk tanda setuju dengan keterangan itu.

"Faham! Aku dah lama maafkan kau dan aku pun minta maaf juga."

Mereka saling berpandangan seperti ada magnet yang menyatukan pandangan mereka sehingga terasa ke tulang rusuk. Cewah! Gatal eh.

"Jap, kenapa kau macam handsome semacam je hari ni?"

"Handsome ke? Kau suka aku eh? Ceh!!! Malu la tu. Ngaku je lah." Usik Hazran.

"Kalau aku suka pun tak guna dah. Ada orang lain dalam hati kau tu. Mana mungkin aku bisa duduk dalam tu." Selamba sahaja Elaine membalas usikan itu.

"Lia, aku tahu apa yang jadi pada kita sebelum ni tak seperti yang kita jangka. Betul kata Emir, tak semua orang akan kekal dengan kita sampai bila-bila. One day they will leave us. Same goes to me, my dear."

"App.. Apa ma.. maksud kau? Kau nak pergi mana?"

"Aku... Aku nak balik Scothland. Flight aku kejap lagi pukul 7 petang. Lia, janji dengan aku yang kau akan jaga diri baik-baik dekat sini. Aku akan balik itu janji aku dan saat aku balik aku akan jaga kau sampai bila-bila."

Terbeliak mata Elaine mendengar ayat yang keluar dari mulut Hazran. Kenapa dia harus pergi? Kenapa dia yang perlu korbankan semua ni? Jadi kedatangan Puan Sofea tempoh hari ada kaitan dengan pemergian Hazran ke? Tak mungkin Hazran tinggal Haura? Haura pasti sedih jika mengetahui tentang ini.

"Hello sayang! Kau termenung apa?"

"Ha... A... A... Apa kau cakap tadi?"

"Err. Nothing. Okay lah aku pergi dulu. Janji dengan aku yang kau akan terus senyum macam ni sampai aku balik semula. Jangan sedih seorang diri. Kau ada Allah, kau ada umi dan Emir dan paling penting kau ada aku. Call me anytime you want my dear. I'll be there for you." Jelas nya lagi.

Kenapa dia rasa pemergian Hazran kali ini sungguh berbeza. Ada sesuatu yang Hazran sembunyikan darinya atau Hazran tidak mahu dia terus menyalah kan diri atas kesilapan orang lain?

"Berapa lama kau pergi?"

"3 tahun je. Aku akan balik setelah itu aku akan jaga kau sampai akhir hayat aku."

"Ma... Macam mana dengan Haura? Dia tahu tentang ni?" Hazran mengangguk laju. Bukan niatnya mahu menipu tetapi biarlah dia sahaja yang tahu hal yang sebenar. Hazran tidak mahu Elaine terus bersedih hanya kerana orang sekelilingnya. Elaine berhak untuk rasa bahagia.

"Jaga diri, jaga hati dan jaga mata. Simpan aku dalam tiap doa kau supaya Allah jaga hati kita berdua kerana hanya DIA yang maha membolak balik kan hati manusia. Aku sayangkan kau Elaine Dahlia. Sayang sampai mati."

"Hazran, jaga diri dekat sana. Jangan tinggal doa untuk aku juga. Aku... Aku sayangkan kau sangat-sangat. Aku... Aku.. Aku akan tunggu kau." Tutur Elaine lalu pandangannya dijatuhkan tepat memandangkan sepasang matay hazel milik Hazran.

'Jika ini yang di maksudkan oleh Puan Sofea dan Tuan Zack. Aku cuba untuk terima dengan hati yang terbuka.' Bisik hati Elaine sambil dia melemparkan senyuman tawar saat Hazran pergi.

'Good luck kain Aler. Till we meet again.'Doa aku akan selalu mengiringi kau.

TOK!!

TOK!!

TOK!!

"Masuk!"

"Bos, ada orang nak jumpa." Sapa Maya.

"Siapa eh? Saya tak ada appointment hari ni."

"Perempuan tapi cantik bos." Usik Maya.

"Kau ni suka kaum sejenis ke?" Jawab Elaine dengan nada sinis.

"Ish bos ni ke situ pula. Saya panggil dia masuk ya?" Elaine mengangguk laju.

"Assalamualaikum Elaine Dahlia." Sapa Haura Medina yang begitu segan untuk berjumpa sahabatnya.

"Wa... Waalaikumusalam. Haura? Kau buat apa di sini?" Balas Elaine tidak beriak.

"Aku minta maaf kalau aku mengganggu waktu kerja kau. Aku call kau tapi tak berjawab jadi aku call umi kau dan dia bagitahu kau sudah mula kerja di sini."

"Oh umi aku eh. Jemput duduk. Jadi apa yang membawa kau ke sini?"

"Aku tahu aku banyak salah dengan kau, Lia tapi aku tak ada niat pun nak tuduh kau begitu."

"Look Haura, ini pejabat aku. Tempat aku cari rezeki bukan tempat luah perasaan. Straight to the point. What do you want?"

"Kau tahu di mana Hazran? Merata aku mencari dia tetapi tetap tak jumpa dia. Mesti dia masih marahkan aku kan?"

Jadi Haura tidak mengetahui hal yang sebenar? Hebat kau kawan! Sebegitunya kau membenci Haura. 'Act fool je la Elaine. Jangan keruhkan lagi keadaan yang sudah sedia keruh ni.' Bisik hatinya.

"A... Aku ada jumpa dia itu pun terserempak dekat kafe bawah. Dia kata nak pergi bercuti. So aku rasa lebih baik kau lepaskan je lah dia. Anggap yang kau berdua tiada jodoh untuk bersama."

"Macam tu je kau cakap Lia? Kau tak ada perasaan ke hah?" Suaranya sudah mula meninggi.

"Ewah kau ni. Mulut tu cakap baik sikit. Kau lupa apa yang kau dah fitnah aku dulu?" Balas Elaine sinis.

"S... Sorry. Aku terbawa emosi. Aku buntu nak cari di mana lagi. Aku nak perbaiki hubungan aku dengan Hazran."

"Cukup Haura. Aku banyak kerja yang perlu diselesaikan. Soal kau dengan Hazran kau cuba la selesaikan sendiri. Aku tak mahu masuk campur takut nanti aku juga dipersalahkan."

"Lia aku minta maaf Lia! Aku tahu aku salah dengan kau. Maafkan aku Lia!"

"Haura aku tak pernah benci atau berdendam dengan orang terutama orang terdekat aku macam kau dengan Hazran. Cukup kau pergi dari hidup aku dan biarkan aku tenang sendirian. Aku doakan segala urusan kau dan Hazran dipermudahkan. Selesaikan cara baik. Ingat Allah tu selalu ada waktu untuk hambanya. Cari dia, hanya dia yang mampu buat hati kau tenang dan dia tahu tentang masalah yang kau sedang lalui. Jangan mendongak kelangit tinggi sehingga tidak sedar siapa diri kita di dunia ni."

Haura terus meluru memeluk Elaine yang sedang bersandar di kabinet yang bersebelahan meja kerjanya.

"Thank you Lia. Aku sayang kau. Jangan tinggalkan aku please." Elaine membalas pelukan sahabatnya. Sungguh dia amat merindui Haura dan semua tentang sahabatnya. Ingatan nya tidak pernah pudar dengan setiap kenangan yang mereka lalui bersama. Namun keadaan mengubah segalanya.

"Aku pun sayangkan kau, Haura. Jaga diri." Pelukan itu dileraikan lalu Haura terus mengatur langkahnya keluar dari pejabat Elaine.

'Apa lah nasib kau, Elaine Dahlia, semua orang datang minta maaf dan minta jagakan mereka. Habis diri ini siapa nak jaga?' Omel Elaine sendirian.

SO MACAM MANA CHAPTER KALI INI??

KALAU BEST COMMENT DAN VOTE. TAK VOTE DAN COMMENT TAK MAU UPDATE. 


Continue Reading

You'll Also Like

208K 2.6K 23
Shawn Mendes imagine (Shawn x Reader) one shots. I DO NOT WRITE ANYMORE.
10.7M 249K 60
𝐅𝐫𝐨𝐦 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐭𝐨 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐫𝐬 Enzo Mariano is known for being nothing but ruthless. He is feared by all in the Italian mafia. He kills on...
1.7K 121 11
in which a troubled girl falls into a peculiar world and meets a lively boy. book 1 of disney series. © starcrossedpjm 2023. all rights reserved. ...
16K 472 20
Lawless (2012) fic. Tonya Barrett, or Miss Tawny as Forrest likes to call her moves back home at the news of her stepfather becoming ill. She left Fr...