𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

By arysslavhh

461K 26.9K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... More

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
02 || ERDEN'S ✧.*
03 || ERDEN'S ✧.*
04 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
08 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
15 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
24 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
30 || ERDEN'S ✧.*
31 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
34 || ERDEN'S ✧.*
35 || ERDEN'S ✧.*
36 || ERDEN'S ✧.*
37 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
40 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
42 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
45 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
47 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
56 || ERDEN'S ✧.*
57 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
59 || ERDEN'S ✧.*
60 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
65 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

67 || ERDEN'S ✧.*

15.7K 607 202
By arysslavhh

4 tahun kemudian...

Suis lampu yang terletak di tepi pintu bilik itu dibuka oleh Irene. Keluhan dilepaskan tatkala melihat suami dan anaknya masih lena dibuai mimpi. Jam di dinding itu dipandang sekilas.

Jam 10 pagi?

Laju kakinya melangkah ke arah katil yang menempatkan suami dan anaknya. Selimut tebal yang menutupi tubuh Carl itu ditarik kuat oleh Irene.

"ERDEN CARL!!" Bantal dicapai sebelum dipukul kuat tubuh Carl. Carl yang rasa tubuhnya dipukul itu terus membuka matanya.

"Apa kau ni? Bisinglah pagi-pagi buta macam ni.." Carl menutup semula matanya. Pagi-pagi buta kacau orang tidur, siapa saja tak marah?

"Apa you cakap?! Pagi buta? Sekarang ni you yang buta! Tengok jam tu dah pukul berapa!" Mengamuk Irene dibuatnya. Matanya beralih pada anak perempuannya yang turut lena tidur itu.

"Ish! Anak bapa sama je lah!" Rungut Irene. Dia berjalan ke arah anaknya sebelum dikejut lembut.

"Ayra..." Anaknya kini sudah berumur 2 tahun. Wajahnya sangat mirip dengan Carl. Tubuh anaknya digoncang perlahan. Goncang kuat nanti jadi coconut shake pula.

Keluhan berat dilepaskan. Mengapa perangai anaknya ini sebiji dengan Carl? Kuat tidur!

"Ya Allah.. Sakit mata aku tengok dua beranak ni." Kepala digaru. Dia kembali ke arah Carl sebelum tangannya memukul kuat punggung Carl.

"Bangun! Kalau you tak bangun, I simbah air! Bangunlah cepat!" Tidak berhenti tangan Irene memukul punggung Carl.

Terpaksalah Carl membuka matanya apabila punggungnya sudah berasa kebas akibat dipukul Irene.

"Kau ni tak ada tempat lain ke nak pukul? Sakit tahu tak?!" Carl bangkit dari baringnya lalu memandang tajam ke arah Irene.

"Sakit lagi hati I tengok you dengan anak you tu sedap tidur! Pukul 8 tadi I dah kejut kan?! Kenapa tidur lagi?!" Selimut tebal itu diambil sebelum dikemaskan di atas katil.

Carl menjeling. Orang nak tidur pun tak senang.

"Kau ni asyik nak membebel je. Tak penat ke? Aku yang penat dengar kau membebel tahu tak?"

Tajam pandangan Irene terhadap suaminya. "Kalau tak nak dengar I membebel, cuba dengar cakap I. Tak adalah I nak membebel macam ni. Tu anak you tu, kejutlah!"

Telinga ditutup menggunakan kedua tangannya. Kalau begini hari-hari, mahu bernanah telinga Carl.

"Anak aku je? Bukan anak kau juga ke? Kita buat sama-sama kan? Kau kejutlah!" Balas Carl. Kita yang baru bangun tidur ni disuruh kejut anak?

"Memanglah anak I. Tapi perangai dia sebiji macam you! I penat mengandungkan dia, tapi keluar je semua benda macam you. Bukan perangai je, muka pun sama macam you!"

Emosi pula Irene pagi-pagi ni. Mana taknya? Ada suami, tak pernah nak mengalah. Asyik nak menang saja.

"Bila masa pula semua benda sama dengan aku? Jantina dia sama dengan kau kan? Bersyukur lah." Jeling Carl. Jantina sama pun tak nak bersyukur. Inilah ciri-ciri manusia bernama Irene Melissa.

Irene hanya membalas dengan jelingan. Kalau nak bergaduh dengan Carl, sampai tahun depan pun belum tentu habis.

Kakinya melangkah ke arah katil anak perempuannya.

"Ayra Melody Estelle!" Panggil Irene sedikit kuat sebelum dia memukul perlahan pipi anaknya.

"Cuba jangan sebut nama Melody tu. Tak sukalah aku." Carl memutarkan bebola matanya. Nama anak dah sedap, tapi tiba-tiba ada Melody pula.

"Dah memang itu nama dia, nak buat macam mana? You yang letak nama Melody tu kan? Jangan nak salahkan I." Irene menggeleng. Dia sendiri yang letak nama anak, nak salahkan orang pula?

Okay. Kali ini Carl kalah. Itu memang salahnya. Entah bagaimana dia boleh terfikir untuk letak nama Melody itu.

Irene mendukung anaknya sebelum diserahkan kepada Carl. Terbeliak biji mata Carl tatkala anaknya sudah berada di tangannya.

"Pergi mandi. Semalam you cakap nak bawa I dengan Ayra keluar jalan-jalan kan? Pergi mandikan mini Erden ni sekali." Irene terus mengatur langkahnya keluar dari bilik itu. Malas dia mahu mendengar bebelan Carl. Tahu sangat Carl tidak mahu mandikan Ayra.

"Macam itu je dia tinggalkan aku?" Carl menggeleng. Mahu ataupun tidak, terpaksalah dia mandikan anaknya.

SUASANA di dalam kereta itu hanya sunyi saja. Langsung tiada suara manusia berbual. Hanya kedengaran bunyi lagu yang terpasang dari radio.

Carl menoleh ke arah isterinya yang sedang termenung sambil memangku anaknya di riba.

"Cantik kau pakai tudung." Puji Carl sebelum dia menoleh ke arah hadapan semula.

Irene yang mendengar pujian itu hanya tersenyum. Entah kenapa hari ini dia mahu memakai tudung. Nasib baiklah ada sehelai tudung yang diberi oleh Carl lalu.

"Kalau aku nak kau teruskan pakai tudung boleh?" Soal Carl dalam nada yang rendah. Teragak-agak Irene mahu mengangguk. Bukannya dia tidak mahu, cuma dia belum bersedia.

"Kalau kau tak sedia lagi tak apa. Aku cakap je. Bukannya aku paksa." Ucap Carl yang melihat isterinya diam tidak bersuara itu.

Laju Irene menggeleng.

"Bagi I masa. I akan pakai cuma bukan dalam masa terdekat." Ucap Irene sebelum dia tersenyum kecil.

"Tak apa. Perlahan-lahan. Aku yakin kau boleh berubah suatu hari nanti. Isteri aku kan isteri solehah."

Tangan Irene dicapai sebelum digenggam erat. Hubungannya dan Irene semakin baik sejak tragedi hitam itu. Terlalu banyak ujian yang menimpa mereka dan akhirnya mereka berjaya harungi ujian tersebut tanpa memutuskan hubungan dengan bercerai.

"Kau ada nak pergi mana-mana lagi tak?" Soal Carl kepada Irene. Tangan Irene masih digenggam.

Irene menoleh ke arah suaminya tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata. Teragak-agak dia mahu menjawab soalan itu.

"Kalau I cakap, you marah tak?" Soal Irene risau. Bukan apa, dia tidak mahu suaminya terasa dengannya.

Tergelak kecil Carl mendengar itu.

"Apa kau cakap ni? Nak buat apa aku marah? Aku akan tunaikan semua permintaan isteri aku.."

Irene mengetap bibirnya lalu dia menarik nafas mencari kekuatan. Sudah lama dia mahu ke tempat itu, cuma dia tiada masa saja.

"Betul ke you tak marah?" Soal Irene lagi.

Carl mengangguk kepalanya meyakinkan isterinya.

"Cakap. Kau nak pergi mana?" Soal Carl serius. Dia nampak wajah isterinya sedikit takut mahu berkata.

"Kubur Ayeshah."

Terkaku Carl mendengar jawapan isterinya. Dia menoleh sekilas wajah isterinya seakan tidak percaya. Lambat-lambat dia mengangguk kepalanya.

Tiba saja di tanah perkuburan, Irene membetulkan tudung selendang yang terlilit di kepalanya sebelum dia menoleh ke belakang melihat suami dan anaknya.

Carl mengangguk kecil sebelum dia mula berjalan di hadapan Irene. Memandangkan Irene tidak tahu dimana letaknya pusara Ayeshah, jadi dia terpaksalah jalan terlebih dahulu.

Tidak berkelip mata Irene saat melihat pusara Ayeshah cantik dihiasi dengan bunga di atasnya.

Dia melabuhkan duduknya di kerusi kecil yang berada di sebelah pusara itu. Tangannya menyentuh perlahan batu nisan yang tertulis nama Ayeshah Azzahra.

"Assalamualaikum Ayeshah.. Aku datang ni.. Kau mesti masih ingat aku kan? Tak akanlah kau dah lupakan perempuan yang sanggup bunuh kau sedangkan kau tak ada buat salah pun.." Sayu saja nada Irene berkata. Carl yang berdiri di sisi isterinya itu sudah terdiam.

"Aku datang bukan nak tunjuk kebahagiaan aku pada kau. Aku datang sebab nak minta maaf pada kau. Aku tahu aku banyak sangat buat salah pada kau. Kalau aku tak bunuh dan kacau majlis nikah kau dengan Carl, mesti kau yang ada dekat tempat aku sekarang kan?" Tersenyum Irene sambil tangannya mengusap batu nisan itu.

Tangan Carl jatuh pada bahu Irene. Dia menggeleng perlahan kepalanya kerana tidak mahu Irene mengungkit perkara lalu. Yang sudah lepas biarlah lepas.

"Maafkan aku sebab dah curi kebahagiaan kau. Maafkan aku juga sebab dah hancurkan satu-satunya lelaki yang kau sayang dan kau cinta.."

"Aku janji, aku akan jaga cinta hati kau dengan baik. Anggaplah semua ni sebagai tanda aku minta maaf. Aku tahu aku tak mampu ganti tempat kau dalam hati Carl, sebab kau jauh beza dengan aku, Ayeshah. Kau sempurna. Aku? Langsung tidak. Aku janji dengan kau, aku akan jaga dia.."

Irene menoleh ke belakang lalu dia mengambil anaknya dari tangan Carl.

"Ayeshah.. Ini anak aku dengan Carl.. Ayra.. Ayra Melody Estelle.." Irene tersenyum tipis. Wajah anaknya diusap perlahan.

"Kalau kau masih ada, kau nak letak nama anak perempuan kau Ayra kan? Aku minta maaf sangat-sangat sebab dah hancurkan impian kau. Aku ganti dengan anak aku tau? Aku letak nama dia Ayra sebab kau pun sebahagian daripada hidup aku dengan Carl.."

"Kalau.."

Terhenti kata Irene. Dia memusingkan kepalanya memandang wajah suaminya seketika.

"Kalau aku suruh Ayra panggil kau bonda, bolehkan?"

Terbeliak biji mata Carl mendengar itu. Bahu Irene ditarik perlahan sebelum dia duduk di sisi isterinya.

"Bee.. Kenapa sampai macam tu? Dia dah tak ada kan?" Soal Carl tidak percaya. Sampai begitu sekali rasa bersalah isterinya terhadap Ayeshah?

Irene membalas dengan senyuman.

"Habis tu you nak Ayra malu ada ibu macam I ke?"

Carl mengeluh. Bukan itu maksudnya.

"Apa kurangnya kau? Apa lebihnya Zahra? Korang berdua sama je. Dua-dua aku sayang cuma sekarang aku sayang kau lebih dari dia."

"I jahat, Carl. I bunuh orang semata-mata nak puaskan hati I. You nak ke anak you kena hina sebab ada ibu kejam macam I?" Irene sedaya upaya mahu yang terbaik untuk anaknya. Sebab itu dia sanggup berkorban.

"Habis tu kalau kau bagitahu dia, Zahra itu ibu dia.. Kau rasa dia tak kena ejek ke bila dah besar sebab ibu dia dah tak ada? Ada beza ke?" Carl menggeleng. Macam manalah isterinya boleh buat keputusan pelik macam ini.

"I tetap nak Ayra anggap Ayeshah ni ibu dia juga. Ayeshah pun sebahagian dari hidup you kan?" Irene masih tidak mahu mengalah.

Keluhan dilepaskan. Pening Carl melihat perangai pelik isterinya. Orang yang sudah tiada dia mahu anggap ibu? Gila ke apa?

"Aku tak marah kau, Bee.. Cuma Zahra ni dah lama tinggalkan kita. Kenapa nak suruh Ayra panggil dia bonda?" Soal Carl tidak faham. Ayeshah pun tak tahu wujudnya Ayra dekat dunia ni.

"Salah ke?" Irene menjeling. Dia tetap dengan keputusannya. Tak ada sesiapa yang boleh lawan keputusannya.

Carl sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Apa kena dengan isterinya ini?

Irene terus bangkit dari duduknya dan pergi ke arah kereta. Kini tinggallah Carl yang masih terkebil-kebil di situ.

Perlahan-lahan tangannya naik mengusap batu nisan Ayeshah.

"Maafkan aku sebab tak mampu bertahan untuk kau. Aku harap kau bahagia dekat sana. Ayra.. Itu nama yang kau nak sangat kan? Aku dah tunaikan.. Aku harap aku mampu tunaikan satu lagi permintaan kau.."

TANGANNYA bermain dengan air kolam yang sedikit sejuk itu. Kepalanya ditoleh ke belakang tatkala ada seseorang yang menegurnya.

"Berapa lama you duduk sini?" Soal Irene sebelum dia melabuhkan punggungnya di sebelah Carl.

"15 minit?" Jawab Carl. Dia sendiri tidak pasti sudah berapa lama dia duduk termenung sendiri di sini.

"Kenapa duduk sini sorang-sorang? Rindu Ayeshah?" Sengaja Irene menyebut nama Ayeshah ketika bersama Carl. Berkerut dahi Carl memandangnya.

"Apa pula kau ni? Tiba-tiba je sebut nama dia. Biasanya kau paling tak suka bila aku sebut nama dia depan kau, ini kau pula yang suka sebut.." Carl menggeleng. Mood perempuan memang macam ini ke? Hari ni lain, esok lain.

"You dah lupakan dia ke?" Soal Irene serius. Kalau dahulu, dia sangat benci dengan perempuan bernama Ayeshah Azzahra. Namun kini tidak lagi.

"Nak cakap lupa tu taklah. Cuma aku dah belajar hidup tanpa dia dan mulakan hidup baru dengan isteri aku." Carl menarik tangan Irene sebelum dikucup perlahan. Akhirnya, dia sudah boleh hidup tenang tanpa mengingat Ayeshah Azzahra setiap masa.

Irene hanya mengangguk. Dendamnya pada Ayeshah sudah lama terpadam. Sekarang dia sedar, semua yang terjadi itu silapnya dan bukan silap Ayeshah.

"Kau dah tak benci dia ke?" Soal Carl. Sejak Irene hampir maut ni, macam-macam berubah.

Irene menggeleng.

"Untuk apa I benci dia sedangkan itu semua berpunca dari I?" Irene tersenyum.

"Lupakan je lah semua tu. Anggap je itu ujian untuk kita.." Ucap Carl sebelum dia memandang langit yang gelap itu.

"I tak pernah lagi nampak you berbual dengan anak kita. Kenapa? You malu ke sebab I letak nama dia Ayra?" Soal Irene sambil matanya memandang lama wajah suaminya.

Tergelak kecil Carl mendengar kata-kata isterinya.

"Aku tak pasti nak bahasakan diri aku apa." Itulah yang dia fikir dari awal Ayra lahir hinggalah sekarang.

"Aik? Kalau I bahasakan diri I mama.. You.. papa lah?" Apa yang susah sangat suaminya ni? Itu yang dia fikir selama ini?

Terdiam Carl mendengar itu.

"Saya nak anak-anak saya panggil ayah dia babah.."

Carl menggeleng.

"Aku nak Ayra panggil aku babah.."

Membulat mata Irene memandang Carl. Betul ke ini suaminya?

"Babah?" Soal Irene hairan. Carl memandang wajah isterinya tanpa mengeluarkan sebarang suara.

"Okay I faham.. Baiklah babah Ayra.. Saya mama Ayra dan Ayeshah bonda Ayra.. Complete kan?" Gelak Irene. Dia sudah tahu mengapa suaminya mahukan panggilan 'babah'. Sudah tentu kerana Ayeshah. Dia hanya terima saja. Asalkan suaminya gembira.

"Ikut kaulah sayang.. Asalkan kau bahagia.." Geleng Carl. Untunglah Ayra, ada dua orang ibu. Sorang solehah, sorang solehot. Lengkap.

"I sayang you, Carl.. Walaupun nampak macam cinta monyet, tapi I betul-betul sayangkan you. I tak sangka I dapat kahwin dengan crush I dari I kecil.." Irene melentokkan kepalanya pada bahu Carl.

Carl tersenyum. "Aku pun tak sangka aku kahwin dengan sepupu aku sendiri. Susah payah je aku usha anak perempuan business partner aku. Rupanya jodoh aku dekat sangat.."

Irene terus mengangkat kepalanya dari bahu Carl. Wajah Carl ditenung dalam.

"Kenapa pula kau ni minah?" Soal Carl terkejut. Mana tak terkejut? Tiba-tiba muka berubah merah macam cili api.

"Bukan itu yang I nak dengar!" Tangan memeluk tubuh tanda merajuk. Lelaki ni susah betul nak romantik.

"Habis tu kau nak dengar apa? Kau nak dengar bunyi kentut aku ke?" Soal Carl pelik. Dia ada salah cakap ke tadi?

"Bukan! Fikir lagi!" Pandangan dialihkan ke arah lain. Selagi Carl tidak dapat jawapannya, selagi itulah dia tidak mahu memandang wajah Carl.

Lama Carl berfikir, akhirnya dia sudah tahu apa yang isterinya mahukan.

"Ouh.. Aku tahu.."

Tangannya mula memeluk pinggang isterinya sebelum mereka berdua jatuh di dalam kolam itu.

"Arghhhh!! Apa you ni, Carl?! Dah malam lah! Sejuk!!" Jerit Irene kuat. Orang tengah merajuk, boleh pula dia ajak main air?

"Ada aku kisah? Biarlah aku nak manja-manja dengan isteri aku!" Carl menarik Irene ke dalam air. Nasiblah Irene pandai berenang. Kalau tidak? maut.

"Diamlah!! I tak nak kawan you!! You tak faham I!!" Irene yang baru saja mahu naik ke atas itu sudah di tarik oleh Carl.

"AKU SAYANG KAU JUGA MAMA LEBAH!!!" Jerit Carl kuat sebelum dia mula tenggelamkan Irene.

Irene yang berada di dalam air itu menarik kuat kaki Carl supaya tenggelam bersamanya. Nak lawan ke? Mariiiii.

Carl naik ke atas tatkala dia sudah dapat melepaskan dirinya dari Irene. Boleh tahan ganas si lebah ni.

"Apa ni lebah? Main ganas nampak!" Ucap Carl yang sudah duduk di tepi kolam itu. Irene yang masih berada di dalam kolam itu hanya tersenyum senget.

"Nak main kasar dengan lebah ke? I sengat you karang!" Irene memukul peha Carl kuat. Tak romantik betul main air ni.

"Sengat ah! Kalau kau sengat aku, Ayra dapat adik!" Carl menarik isterinya naik sebelum dipeluk erat isterinya.

"TAK NAKKK!!!!" Jeritnya kuat. Laju tangan Carl menutup mulut isterinya. Bising.

"Tahu takut!"

Dia mengucup lembut ubun-ubun isterinya. Tidak sangka pula dia mampu mencintai Irene. Selama ini, hanya rasa benci saja yang ada. Rasa sayang dan cinta langsung tiada.

"You sayang I tak, Carl?" Soal Irene yang masih dalam pelukan Carl itu.

Carl mengangguk.

"You sayang I banyak mana?" Soal Irene sebelum dia melentokkan kepalanya pada bahu si suami.

"Macam mana banyaknya dosa kau, banyak itulah aku sayang kau." Jawab Carl sebelum dia tersenyum kemenangan. Wajah Irene sudah berubah masam.

"Blah ah kau. Tak sweet langsung." Irene terus menolak Carl masuk ke dalam kolam semula. Orang nak cipta kenangan pun tak boleh. Asyik nak tunjuk kebodohan je.

Dia bangun dari duduknya untuk masuk ke dalam rumah. Malas dia mahu melayan Carl. Tak pernah menggembirakan.

"LEBAH!!" Panggil Carl yang masih di dalam kolam itu.

"NAK APA?!" Jawab Irene tanpa memandang ke arah Carl. Sakit hati kita.

"AKU SAYANG KAU KETAT KETAT SEKETAT PAKAIAN KAU WAKTU PERTAMA KALI KITA JUMPA!"

Irene sudah mengeluh. Ingatkan Carl mahu memberi kata-kata yang romantik. Rupanya sama saja. Tak pernah sweet. Malanglah nasib dia kahwin dengan Erden Carl yang tak pernah serius.

❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri pada tepat waktunya. ❞

THE END

•❅───✧❅✦❅✧───❅•

Setelah berbulan-bulan saya berusaha untuk habiskan cerita ni, Alhamdulillah. Hari ini, 260323, saya dapat habiskan ERDEN'S BEE dengan penuh rasa lega.

First of all, maafkan saya sebab tak mampu buat storyline yang gempak + tak mampu tunaikan permintaan korang semua. Kepada yang nak sad ending, saya minta maaf sangat-sangat sebab saya tak mampu buat sad ending.

Maafkan saya juga atas kekurangan saya dalam cerita ini. Segala kesalahan tatabahasa, grammar & typo mohon dimaafkan. Saya masih baru dalam dunia penulisan, doakan saya mampu improve gaya penulisan saya.

Saya rasa ini adalah cerita terakhir saya untuk tahun 2023. Sebenarnya ada 2 lagi story under EC tetapi saya terpaksa tangguh oleh kerana saya terlampau busy tahun ni. Kalau saya teruskan, mungkin saya akan update sebulan sekali?

Terima kasih pada yang sanggup bertahan dari awal cerita ini di publish sehinggalah cerita ini tamat. Sejujurnya, saya sayang readers saya ♡

Macam biasa, main soal jawab jom? Siapa tak jawab, raya nanti duit raya dia kurang rm50 HAHAHA

1. Siapa character yang paling anda suka & kenapa?

2. Beri saya 2 nama character yang anda benci sangat dengan dia & anda rasa dia tak patut wujud pun dalam cerita ni.

3. Antara banyak-banyak plot twist ( tak adalah banyak sangat ), yang mana satu anda tak expect benda tu jadi?

4. Cerita ni best ke? Atau mengarut? Berilah review jujur. Saya merayu ni.

Akhir kata, selamat tinggal wahai readers ERDEN'S BEE yang saya sayangi. Semoga kita berjumpa lagi di story Endra Cayle & Daren Freedy. Sesungguhnya, readers saya di story Carl sangatlah active ya! I love you guys sm!

Doakan saya rajin buat special chapter! Tata ෆ

—Ree, 2023

Continue Reading

You'll Also Like

907K 57K 75
𝟏📍𝟐𝟓𝟏𝟏𝟐𝟏/𝟐𝟐𝟎𝟓𝟐𝟐 𝐌𝐑𝐒 | COMPLETED 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 | 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐅𝐀𝐇 𝐀𝐈𝐑𝐄𝐄𝐍. Satu kejadian yang membawa trauma d...
289K 16.3K 68
[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] -𝐈𝐧 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠- ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐨𝐟 𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐞𝐧𝐢𝐳...
306K 15.9K 52
Alvin Rafael. Cinta ? Tiada perkataan cinta dalam kamus hidupnya lagi. Cintanya sudah lama mati. Hatinya sudah lama dibunuh. Dulu, gadis itu bagaik...
469K 24K 59
𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan...