Projek high council : Penjara...

بواسطة saekisakuma

16K 763 449

Setting : 3 years after kudrat Semua orang ada penjara masing-masing. Tak kiralah jenis macam mana sekali pun... المزيد

Chapter 1: Nightmare
Chapter 2 : Closure
Chapter 3: confession
Chapter 4 : Tattoos and Marriage
Chapter 5 : Tattoos and Marriage part 2
Chapter 6 : The blue butterfly...
Chapter 7 : Walk down into your memory lane
Chapter 8 :Walk down into you memory lane part 2
Chapter 9 : Broken 🔞
Chapter 10 : Asam Pedas
Chapter 11: Sayang... I will wait for You
Chapter 12 : Arrival
Chapter 13 : Origami
Chapter 14 : Guilt
Chapter 15: The one who got away.
Chapter 16 : Resentment
Chapter 17 : Mirror
Chapter 18 : One of us is lying part 1
Chapter 18 : One of us is lying Part 2
Chapter 18 : One of us is lying Part 3
Chapter 19 : Road to Redemption part 1
Chapter 19 : R.T.R ( 3rd origami) part 2
Chapter 20 : Dear Fakri part 1
Chapter 21: Coming Home
Chapter 22: The Love Letter
Chapter 23: The Greatest Showman
Side story 1: Dear Kahar - Nukilan isi hati sang Junior
Epilogue Part 1 : Walking on The Glass
Epilogue Part 2 : The Clown who doesn't Laugh anymore
Epilogue Part 3 : The Messenger
Epilogue Part 4 : Dancing with Your Ghost
Epilogue Part 5 : Merciless
Medusa in Manila🔞/ Retaliation Arc Intro
Book 2

Chapter 20 : Dear Fakri Part 2

293 21 23
بواسطة saekisakuma

2006 - Kediaman Harun Jasni

"Naim... "

Barang-barang di sekelilingnya dihempaskan, tanpa mengira langsung jika ada di antaranya akan terkena pada lelaki yang dipanggil mesra ayah itu. Naim bagaikan menggila, dia tak boleh nak kawal emosinya, dia tak peduli dan apa yang dia tahu dia nak lepaskan kemarahannya.

Dan ayahnya membiarkannya.

"Naim... kalau Naim buat macam ni, Fakri tak suka nak..."

Serta merta pergerakannya terhenti. Dadanya masih berombak, nafasnya tercungap. Tapi sudah nampak tanda-tanda dia mahu berhenti. Untuk seketika kemudian, Naim bergerak perlahan-lahan mengemas semula barang-barangnya yang bersepah.

Frame gambar dibetulkannya kembali, kaca-kaca yang berselerakan di sapu dan dibuang ke tempat yang sepatutnya. Ayahnya juga turut membantu tanpa berkata apa-apa.

"Maafkan Naim, ayah."

"Tak apa... ayah faham. Naim lepas kemas-kemas ni, makan ubat lepas tu tidur ya."

Dahi Naim sudah berkerut. Baru sahaja dia mahu protes, dia sudah disampuk oleh ayahnya. "Besok kan kita nak sambung cari adik. Naim kena tidur, nak kena kumpul banyak tenaga. Boleh kita cari Fakri lama sikit."

Bibir Naim mula terukir senyuman lebar. Dia mengangguk secepat yang mungkin bagaikan kanak-kanak riang. "EM! OKAY AYAH!"

Naim segera mengemaskan saki baki akibat kekacauannya tadi dan beransur ke dapur untuk memakan ubat. Harun Jasni mengambil peluang tersebut untuk keluar dari rumanhnya segera untuk menyambut tetamu yang baru sahaja sampai di hadapan pintu pagar rumahnya.

"Assalamualaikum... "

Kelihatan seorang lelaki yang menjenguk ke dalam perkarangan rumah dari luar pintu pagar besarnya. Harun Jasni sedikit berlari anak-anak untuk membuka pintu pagar, sekurang-kurangnya dia dan lelaki tersebut perlu cepat sebelum Naim sedar yang lelaki tersebut ada di sini.

"Waalaikumussalam, Firdaus! Lama tunggu?"

Firdaus Ismet tersenyum, sambil menggelengkan kepalanya. Di tangannya terdapat sebuah beg yang berisi kain baju milik seseorang dan Harun Jasni perlukan baju tersebut untuk menenangkan Naim. Walaupun... ianya hanya bersifat sementara.

"Tak... baru je sampai. Naim... dia... buat lagi ke?"

Harun cuma menganggukkan kepalanya tanda pasrah. Kemudian dua ayah kepada Naim ini hanya mampu memberikan senyuman reda dan sabar untuk masing-masing.

Firdaus menyerahkan beg tersebut kepada Harun Jasni.

"Saya harap... dengan baju Fakri ni... dia dapatla lena walaupun sekejap."

Mengalir air mata Firdaus Ismet bila Harun Jasni menyebut nama anak lelaki keduanya. Lelaki itu menanggalkan cermin matanya, untuk menyeka air mata jernih tersebut dari deras mengalir. Harun Jasni juga tak terkecuali, walaupun hubungannya dengan anak tiri keduanya itu tak lama. Namun di ingatannya, Fakri mempunyai makna yang sama dengan Naim. Keduanya dia sangat sayang walaupun tak berpeluang untuk menjaga Fakri.

"Buat masa ni. Ini sahajalah yang mampu kita lakukan. Terima kasih Harun... sebab jagakan Naim. Kami tak dapat jagakan Naim sebab..."

Harun menepuk bahu Firdaus.

"Awak tak payah risaulah pasal tu. Kita semua ni satu keluarga. Naim pun anak saya jugak. Cumanya awak dengan Idah kena bagi Naim masa untuk terima awak berdua semula. Tak mudah-"

"Untuk hadap hati yang terluka yang bertahun lamanya." Firdaus ismet menyambung ayat Harun Jasni.


Walaupun pedih... akan hakikat tersebut...


"Betul ke, korang nak pergi ke Manila nanti?"

"Ya dengar kata Azam dengan Fakri ada dekat sana. Private investigator saya tengah standby dekat Manila."

"Kalau Naim masih tak bencikan saya... saya memang nak ikut. Tapi-"

Harun jasni hanya menggelengkan kepalanya.

"Jangan. Saya takut emosi Naim semakin terjejas."

"Saya faham." Walaupun Firdaus Ismet tersenyum, dia masih tak dapat nak menipu di pandangan mata Harun Jasni. Ayah kandung Naim sedang kecewa.

"Benci betul dia dekat kami ya."

"It's not-"

"Stop it Harun. You know it. Tak guna awak nak selindung lagi dah."

Semua salah kami... sebab kami, anak-anak kami rosak macam ni.

"ALANG-ALANG DAH ROSAK, BIAR JAHANAM JE TERUS!"

"NAIM AKAN PASTIKAN YANG PAPA DAN MAMA TAKKAN JUMPA LAGI DENGAN KAMI LEPAS NI!"

"DULU... KORANG YANG PENTINGKAN DIRI DAN PISAHKAN KITAORANG YA? IT'S TIME FOR YOU BOTH TASTE YOUR OWN MEDICINE!"

"NAIM YANG AKAN CARI BAHAGIA KITAORANG SENDIRI. YANG PASTINYA... PAPA DAN MAMA TAK AKAN ADA DALAM CERITA KITAORANG LAGI!"

Keduanya masih ingat apabila Naim lepas kendalinya dan menyerang kedua ibu bapa kandungnya. Dah tentulah... Kerana pada akhirnya Harun Jasni terpaksa memanggil doktor peribadinya untuk menyuntik sedative untuk menenangkan Naim.

Dan pada hari itu juga mereka bertiga sepakat untuk membiarkan Naim tinggal bersama Harun Jasni untuk rawatan yang lebih lanjut.

Dimana silapnya sebagai seorang bapa... ah... semuanya bukan? Bermula dan berpunca dari dia. Baru sahaja dia berazam untuk menjadi bapa yang baik untuk kedua anak mereka. Fakri hilang secara tiba-tiba dan Naim mula mencarinya bagaikan orang gila.

Dituduhnya semua orang di sekelilingnya berkomplot menyembunyikan Fakri. Sehinggakan memaksa Naim mengeluarkan sisi dirinya yang tak pernah dilihat oleh kedua orang tuanya.

Kali ini ancamannya tidak main-main. Dia memang berhasrat untuk tidak lagi hidup dalam bayang-bayang kebahagiaan yang dijanjikan oleh Firdaus ismet dan Idah. Tidak lagi. Dah cukup hatinya terluka menagih kasih. Sekurang-kurangnya, jika Naim lupakan mereka... hubungannya dengan Fakri boleh menjadi murni semula.

Dia dan Fakri boleh hidup sebagai adik beradik lagi. Dia boleh jaga adiknya lagi. Dan kali ini tiada siapa lagi yang boleh ambil adiknya kembali atau buat adiknya lari tinggalkan dia lagi. Tanpa kedua ibu bapanya, Naim boleh sayang Fakri seikhlasnya.

Kalau Firdaus ismet dan Idah tak mampu satukan dia dan Fakri. Maka, dia tak perlukan ibu bapa mereka lagi.

"Tolong... kalau awak jumpa Fakri... tolong bawa dia pulang... mungkin Fakri boleh pujuk Naim supaya berikan kami peluang lagi."

"InsyaAllah.." sayu Harun Jasni melihat lelaki itu, perlahan beredar untuk menuju ke keretanya. Huluran tangan dijabat, mungkin untuk yang kali terakhir. Siapa tahu jodoh... ajal maut....

Semua itu adalah suratan takdir yang sudah tertulis tanpa kita ketahui akan bila tiba masanya!

Sebelum masuk ke dalam kereta, pandangannya tertuju pada sebuah tingkap bilik banglo Harun Jasni. Dia dapat melihat bayangan Naim yang mengintainya dari langsir bilik tersebut. Pandangannya tajam, wajahnya bengis tanpa senyuman dan seolah-olah Naim akan menerkam ke arah bapanya jika diberikan peluang!

Firdaus ismet pasrah. Sekejam apa pun anak-anaknya melayani dirinya. Dia berjanji akan tetap tersenyum. Harun Jasni pernah bertanya, kenapa Firdaus ismet masih boleh bersabar tanpa berkata apa-apa?

Dia hanya mampu menjawab 'dunia ni sudah cukup kejam untuk anak-anak kita. Walaupun kita juga adalah sebahagian dari puncanya... sekurangnya biarlah kita jadi tempat yang selamat untuk mereka pulang suatu hari nanti.'

Dia melambai ke arah tingkap tersebut buat kali terakhir, dan sudah tentunya disambut dengan Naim yang menutup langsir bilik dan bayangannya hilang dari situ.

Setelah melihat kereta Firdaus Ismet menghilang dari pandangannya. Dia bergegas masuk dan menuju ke arah bilik Naim.

Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, dia ternampak Naim berdiri berhampiran dengan tingkap dan terpaku pandangannya melihat ke luar. Dia mengeluh.

Harun Jasni membuka beg baju tersebut, dan menyarungkan sehelai baju yang biasanya dipakai oleh Fakri pada sebiji bantal peluk yang berada di katil Naim.

"Naim... tengok apa yang ayah bawak ni."

Naim tidak menjawab dan masih tidak bergerak di tempatnya.

"Ayah tahu Naim tak boleh tidur sebab ingatkan adik. Ni ayah bawak baju adik... Naim boleh tido sambil peluk bantal ni. Memang tak sama... tapi at least boleh la ubatkan rindu abang."

Naim berpaling, Harun Jasni dapat melihat tatapan kosong dari kedua mata anak sulung tirinya. Pemuda itu mengorak langkah dan mengambil bantal peluk yang disarungkan baju Fakri tadi.

Naim memeluknya bagaikan tiada hari esok. Dia peluk dengan sangat erat sambil matanya mula berkaca.

"Rindu adik..."

Harun Jasni mula terasa sebak. Sejujurnya, dia agak risih dengan keadaan Naim seperti ini. Akan tetapi dirinya juga tahu akan akibat daripada sebuah penyesalan.

"Ya ayah tahu. Naim pergi tidur ya. Esok kita flight awal pagi tau."

"Naim nak tidur... Naim nak mimpi adik." Mata Naim mula terpejam rapat. Air matanya bercucuran keluar. Wajahnya ditekup pada bantal yang beralaskan dengan baju Fakri. Bau Fakri masih ada pada baju ni. Sudah pasti papanya tak pernah basuh lagi baju Fakri sejak anak bongsunya itu menghilang.

-
-
-
-
-

2009 - At somewhere else;

"Betul ke ni rumah dia?"

Ayam hanya menggangguk. Dia masih ingat kali terakhir dia jejakkan kakinya di sini. Dia bagaikan orang kurang waras serang orang yang berada di dalam rumah tersebut semata untuk mencari sahabat baiknya. Namun hasilnya sia-sia. Fakri sudah dibawa pergi jauh... dan jawapan yang dia cari tak akan pernah dia dapat dari pemilik yang berada di rumah ni.

Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Kelihatan seorang lelaki yang agak berusia sedang menyapu sampah di halaman rumah tersebut. Dia cukup kenal dengan lelaki tersebut. Dan ingatannya masih segar ketika pertama kali berjumpa dengan lelaki ni.

Kahar agak sedikit ragu-ragu. Rumah ni terletak agak jauh dari perkampungan yang mereka lalui tadi. Saiz rumah kayu yang sederhana besar, ada beberapa pot bunga yang disusun rapi di tepi rumah dan sebuah bangsal terbina di bawah pokok jambu yang rendang. Tapi biar betul.

Kahar ,Hakeem dan Areez saling berpandangan "seriusla!"

"Tapi ni lagi better dari perjalanan nak pergi rumah kau Areez."

"Ha ah, takder la insiden tergolek dekat curam tu lagi."

Areez berdetak lidah. Berani diaorang kutuk rumah dia.

Ayam menaikkan alisnya. Cerita menarik ni.

"Aku- aku wonder what happen tapi rasanya lebih baik aku tak tahu apa yang terjadi." Well that explains kenapa sebelah kiri dahi kahar bertampal dengan plaster. Ayam tak boleh bayangkan betapa teruknya perjalanan mereka semasa menuju ke rumah Areez seperti yang diceritakan oleh Hakeem sebelum ni.

"Korang ni macam tak pernah tengok rumah kampung."

Hakeem mencebikkan wajahnya. Dude, rumah dia pun rumah kampung okay! "Taklah, aku cuma wonder, kenapa pakcik ni boleh terfikir untuk bawa diri tinggal dekat kampung ni. Bukan ke lagi mudah untuk tinggal dekat dengan rumah ayah tiri Naim?"

"Aku tak pasti Hakeem. Banyak benda jadi masa aku takder. Dan lagi satu, nak ke diorang nak bercerita dengan orang luar macam aku ni?"

"Kau bestfriend Fakri kot."

"Duh! Tak kalau ada Naim!"

Kahar memicit pelipisnya. Dia tak ada masa nak dengar perdebatan ni sekarang ni. Yang dia tahu, cepatlah mereka mencari tahu mengenai Fakri di sini. Apa-apa sahaja clue yang boleh bawa mereka berjumpa dengan Fakri. He will take it.

Hakeem dan Areez dah turun daripada jeep tersebut. Mereka mengorak langkah untuk pergi menyapa pakcik tersebut. Areez nampaknya yang paling tergesa-gesa kerana dia yang paling tak sabar untuk mengetahui keberadaan Fakri.

Namun berbeza dengan Ayam dan Kahar yang masih tertinggal di dalam kereta pacuan empat roda tersebut.

"Kau tak tidur dari semalam lagi Kahar. You look like a shit."

Kahar mengambil topi dan memakainya. Kalau boleh dia tak mahu Ayam membaca dirinya melalui apa yang tersirat daripada pandangannya ketika ini.

"Bila kau terlalu banyak dosa. Kau tak akan mampu tidur lena Ayam."

Ayam tersengih. "Kau bercakap pasal salah kau dekat orang. Aku cuma tertanya... kenapa ambik masa sampai tiga tahun untuk kau balik semula?"

"Aku harap... aku dapat muhasabah diri aku dulu sebelum aku dapat tebus dosa aku. Rupanya aku silap.... Persoalan yang aku biarkan bergantung tanpa jawapan datang menghantui aku. Kau ingat... aku boleh tidur lena lepas hancurkan hidup korang semua? Sebuah permintaan maaf tu takkan selesai macam tu je Ayam."

Kenyataan yang pahit untuk ditelan. Tapi itulah yang dihadapi oleh kahar. Keberadaan dia, kepergian dia, dan sekembalinya dia. Membawa makna yang berbeza untuk semua orang. Adanya dia, hancurnya hidup orang lain. Dia membawa diri, dia dah sakitkan hati Hakeem. Kembalinya dia, membetulkan kesalahan yang dia tinggal sewaktu dia pilih untuk menjadi pengecut dulu.

Ayam menghidupkan sebatang rokok yang baru sahaja diletakkan ke dalam mulutnya. Kahar sudah mengerut dahinya. Sejak bila ayam merokok?

"Damn ayam?! What the hell?! Sejak bila kau merokok? Weyh! Dah la! Kau nak mati cepat ke?!"

Yang ditanya hanya tersengih, paru-parunya rancak menghisap asap nicotine sebelum dihembuskan kembali melalui mulut dan hidungnya.

"Dude. Kau baru je sumpah nak jaga aku. And then you decide nak jadi my mother hen?"

"Kalau aku nak jaga kau, aku kena pastikan kau hidup lama ayam oi! Bukan kau yang pergi booking tarikh kematian kau sendiri!" Ujar kahar yang berusaha membuang asap rokok ke luar tingkap.

Ayam terkekeh ketawa melihat gelagat kahar yang kelam kabut. Dia terdiam sambil memandang ke luar lagi.

"Kalau aku mati, kau nak ikut aku ke?"

Kahar mengeluh, adakah ayam sedang mengujinya? "Kau nak aku ikut ke?"

Walaupun kedengaran jawapannya agak selamba namun berhasil membuatkan Ayam terbatuk dengan asap rokoknya sendiri.

"Pfft! Kubur asing-asing la woi!"

Kahar dah terbahak-bahak ketawa. Tetapi sesuatu datang dalam ingatan Ayam menyebabkan dia terdiam. Ada je orang gila yang nak ikut kematian orang lain. Ada!

"Sejak aku kehilangan Fakri. Aku hilang arah tujuan aku. Aku cuba simpan barang dia yang mana masih ada dengan aku. Lepas tu aku terjumpa sekotak rokok dalam sweater dia. Since then Kahar... since then"

Kadang bukan sebab habit. Tapi satu-satunya benda yang ingatkan dia pada Fakri.

Kahar terdiam, dia membuang pandangannya lagi ke luar tingkap. Dia tak sangka hidup ayam terumbang ambing selepas kehilangan Fakri. Dia tak menghakimi cara menyayangi Fakri. Sebab dia pun akan buat perkara yang sama jika Hakeem tiba-tiba hilang- atau pergi daripadanya.

Cakapla dia ni pentingkan diri atau jahat. Tapi dia lebih rela menjadi yang meninggalkan berbanding yang ditinggalkan. Sebab dia tak mampu menanggung rasa peritnya menunggu kepulangan seseorang. Masa-masa macam ni la dia sesungguhnya bersyukur kerana tuhan menghadirkan sosok Hakeem dalam hidupnya.

"Kahar?"

"Hurm?"

"Kalau kau jumpa Fakri... apa yang akan kau cakap dekat dia?"

Kahar menelan ludahnya. Kali ini dia betul-betul menatap tepat ke dalam mata ayam merangkai jawapan yang dapat puaskan hati pemuda di hadapannya ini.

"Banyak benda ayam... tapi yang penting sekali. Aku nak cakap... aku dah tak benci dia dah. Aku nak cakap yang waktu di kudrat dulu, bukan sepenuhnya salah dia. Aku nak cakap yang... aku nak kawan seikhlasnya dengan dia."

"Damn cringe..."

Kahar tersenyum. Sumpah cringe. Tapi itulah hakikatnya. Itulah isi hatinya.

Ada benda lagi yang Kahar tak beritahu pada Ayam. Kalau boleh, dia nak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang senior yang sepatutnya membimbing Fakri. Sepatutnya itulah tugasnya sebagai senior Fakri, Ayam... dan bahkan Naim di kudrat. Tapi dia abaikan semua tu. Dia lebih memilih untuk mengikut kitab high council tu dan abadikan semuanya untuk tradisi yang bodoh tu.

"Ha ah... ni kalau dia dengar ni. Mesti dia bantai gelakkan aku. Ataupun tengok aku macam aku ada motif sangat." Kahar menjelingkan matanya ke atas.

Ayam dah tergelak. Dia boleh bayangkan muka Fakri macam mana bila budak berdua ni have the talk nanti. Mesti menggigil seram sejuk si Fakri tu nanti.

"Kahar? Aku ada benda nak bagitahu kau."

"Same... aku pun ada benda nak tanya kau."

Ayam kembali serius. Dia tak mahu memandang Kahar ketika ini.

"Aku tahu.. kau nak tanya pasal kenapa aku ngan Fakri ada dekat Manila kan?"

Sejujurnya, kahar sedikit terkejut ya malam semalam, ayam revealed mengenai setengah tahun yang lepas. Dia sikit pun tak boleh nak imagine apa yang Fakri dan Ayam buat dekat Manila.

Dan kenapa mereka tak pernah bertembung pun ya?

"Kau mesti fikir, kenapa kita bertiga tak pernah bertembung?"

Kahar mengangguk laju.

"Sebab aku yang tak bagi Fakri pergi dekat kau. Aku yang tarik dia jauh dari kau. Bagi aku, kau dah cukup nightmare dah bagi kitaorang. Kenapa nak kena include kau dalam journey kitaorang?"

Faham.

"Tapi Fakri... dia betul-betul terkejut tengok kau. Dia nak panggil kau tapi... aku yang halang. Aku takut.... Kitaorang dah la dalam pelarian. Terjumpa pulak dengan kau. Memang tak la."

Kahar mengeluh hampa. Dia kemudiannya mengarahkan soalan tersebut ke arah yang lain.

"Okay.... Aku faham. Sebab kau benci aku kan. Memang patut pun. Tapi nak pulak si Fakri tu datang dekat kat aku."

Ayam mematikan putung rokoknya. Dia berdesis. "Fakri tu... nampak je macam tu. Kau ingat dia takder benda nak cakap dekat kau ke? Sepatutnya before kau pergi, dia memang nak jumpa dengan kau. Katanya dia nak mintak maaf dengan kau. Banyak lagi la benda dia plan nak cakap ngan kau."

Mata kahar mula terasa panas. Semasa dirinya sedang sibuk tenggelam dalam kegelapannya sendiri, dia terlupa akan insan yang dia sedang berhutang. Berhutang nyawa, maaf dan penjelasan. Dia terlupa akan Fakri yanh sentiasa berada di depan mata. At least 3 tahun yang lepas kau dah boleh settle dengan Fakri.

Tapi kau punya ego tu. Tak boleh bawak bincang.

"Takpe ayam. Aku dah janji dengan diri aku sendiri. Yang aku tak akan pergi selagi aku tak selesaikan semua benda ni. Yang pasti Fakri kena dengar jugak benda ni, walaupun dia tak mahu."

Dia dah mendengar suara isakan di sebelahnya. Sengaja dia menulikan pendengarannya. Kerana mahu menjaga air muka Ayam.

"Aku... aku rindu dia." Suara ayam menjadi serak.

Kahar memejamkan matanya serapat yang mungkin. Di dalam hatinya berdoa. Untuk orang-orang yang dia kasihi, untuk rakan-rakan yang sedang berjuang sepertinya... supaya mereka perolehi kebahagiaan di dalam hidup mereka.

"Nanti kita jumpa dia. Pastu kita peluk dia puas-puas. Eah jap. Kau jela peluk dia. Kalau aku yang peluk kan, jadi lain weh." Kahar tak boleh bayang kalau dia ngan Fakri berpelukkan. Weh, sumpah aneh.

Ayam dah ketawa dalam suara seraknya. Tangannya laju menyeka air mata yang jatuh.

"Peluk jela dia. Apa masalahnya. Paling busuk pun Fakri mesti suggest suruh bawak kau pergi ruqyah. Sebab dia ingat kau kena sampuk."

"Bodohla ayam! Kau jangan la buat aku imagine."

"Hahhaha, apa la kau ni. Dah ada depan mata. Nanti kalau takder nanti menyesal."

Untuk seketika suasana menjadi sunyi.

"Kitaorang ingat bolehla mulakan hidup baru di Manila. Aku ada pakcik aku yang duduk kat sana. Kitaorang menumpang di situ hampir 6 bulan....Ingatkan panas hingga ke petang. Rupanya hujan sampai ke tengahari. Aku tak sangka ayah Naim, harun Jasni upah private investigator ikut kitaorang sampai Manila..."

"Paling sedih, pakcik aku sendiri jual location kitaorang. Sebab dia banyak hutang, En Harun Jasni bayar dia cash depan mata aku ngan Fakri masa tu sampailah diorang heret Fakri pergi."

Kahar menggosok bahu Ayam. Tak sangka... sampai sejauh tu...

"Aku tak boleh buat apa masa tu... diorang ramai weh... aku kena pukul teruk kot. Sampai sekarang terngiang-ngiang lagi suara Fakri jerit dekat Naim ngan ayah tiri dia. Sampai Fakri melutut mintak ampun dengan Naim mintak diorang lepaskan aku."

Ayam melepaskan kemejanya, dia menunjukkan bekas luka seperti ditoreh dengan pisau pada bahu kirinya.

Kahar ternganga. Naim ke yang buat semua tu?!

"Fuck shit!"

"Ni? Anak buah kesayangan kau la ni yang buat. Dia tak puas hati sebab aku larikan adik kesayangan dia. Pastu sebagai tanda peringatan, dia tinggalkan 'souvenir' kat aku. Fakri masa tu tak ada pilihan lain, selain ikut je Naim dengan Ayah tiri dia balik semula ke Malaysia."

Kahar meraup wajahnya dengan kasar. Kalau dengan ayam dia boleh bertindak sekejam ni. Apatah lagi Fakri, adiknya sendiri.

Kemudian ayam ketawa keras. Dia memandang ke arah rumah tersebut dengan senyuman sinis.

"Aku tak tunggu waktu yang lama. Aku follow diorang balik Malaysia senyap-senyap dan cari Fakri. But... malangnya... apa yang aku dengar, sejurus diorang sampai Malaysia, Fakri berhasil larikan diri dan tak dijumpai sampai sekarang."

Mendengarkan lanjutan cerita tersebut, kahar merebahkan tubuhnya yang sudah kejang semasa mendegarkan cerita Ayam tadi. Bagi dia tersangatlah mendebarkan dan menakutkan. Apa sebenarnya yang dah terjadi pada Naim ni. Kenapa sampai boleh jadi macam ni.

"Dan what happen to- "

"Lepas Fakri hilang, aku dengar Naim menggila lagi. Dia kerah orang-orang ayah tiri dia cari Fakri by hook or by crook. Walaupun aku tak bertemu lagi dengan Fakri... tapi... aku lagi lega bila tahu yang Naim pun tak dapat dia. Aku pernah datang sini mengamuk, minta diorang kembalikan Fakri. Sebab aku tahu sejauh mana pun Fakri pergi, dia akan tetap balik pada papa dia."

"Tapi sayangnya... bukan untuk kali ni. Betul?" Kahar menyambung. Sedih bila mengenangkan ayam dan Fakri cuba untuk perjuangkan kebebasan mereka sendiri.

Ayam mengangguk.

"Aku sebenarnya tak pernah lupakan Fakri. Aku cuma rasa yang dia tak mahu ditemui. Kadang hati aku rasa sakit bila ingatkan mungkin dia yang lupakan aku. Sengaja mencari ketenangan diri sendiri tanpa aku."

Kahar menarik nafas sedalamnya. Dia berpaling pada ayam.

"Mungkin... lepas apa yang terjadi. Dia risau apa yang Naim akan buat kalau dia jumpa korang berdua lagi. I don't think dia memang nak lupakan kau.... Dia terpaksa. By the way, from Hakeem intel... Naim pun masih mencari Fakri. Kita dah boleh lega dah kat situ yang Fakri mungkin dalam keadaan selamat."

"Aku ni... beban kan bagi dia?"

Kahar menggelengkan kepalanya.

"Tak... kau orang istimewa bagi dia. Sebabkan itulah, dia tak nak apa-apa jadi pada kau lagi. Kalau tidak.... Dia pun akan kehilangan diri dia sendiri."

-
-
-
-
-

Meanwhile...

"Assalamualaikum pakcik."

Kelihatan lelaki yang berusia itu berhenti dengan kegiatannya dan menatap pelik pada kedatangan tetamu yang agak asing padanya. Alis kirinya terangkat dan tiada secebis senyuman pun yang diberikan.

Dia hanya diam dan matanya meliau memerhati kedatangan yang agak jangg baginya itu.

"Err... pakcik ni... Firdaus Ismet ke?"

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

1K 48 11
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...
95.4K 5K 59
Cerita ini dibuat selepas Boboiboy movie 2. Pastikan korang dah tengok semua musim Boboiboy dan movie... Semua watak dari Monsta kecuali nama2 watak...
264K 23.2K 62
Aleena Raudhah mendapat e-mel dari entah siapa setiap minggu. Isi Kandungan e-mel itu sentiasa membuatkan dia tertunggu-tunggu. Umpama membaca quotes...
117K 7.8K 43
✦✧✧ 🄲🄾🄼🄿🄻🄴🅃🄴🄳 ✧✧✦ Warning ⚠⚠⚠ Yaoi detected!! 😂💢 Dan mempunyai part 🌈 jadi sila hati² ya 😂🦑 Sinopsis ⤵⤵⤵ Highschool AU!! Boboiboy, seor...