𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

By arysslavhh

461K 26.9K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... More

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
02 || ERDEN'S ✧.*
03 || ERDEN'S ✧.*
04 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
08 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
15 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
24 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
30 || ERDEN'S ✧.*
31 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
34 || ERDEN'S ✧.*
35 || ERDEN'S ✧.*
36 || ERDEN'S ✧.*
37 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
40 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
42 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
45 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
47 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
56 || ERDEN'S ✧.*
57 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
59 || ERDEN'S ✧.*
60 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
67 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

65 || ERDEN'S ✧.*

9.3K 534 97
By arysslavhh

MATA dibuka perlahan-lahan. Kepalanya yang berdenyut itu membuatkan dia menutup matanya sekali lagi.

"Dah bangun?" Soal seorang jejaka berpakaian serba hitam dan bertopeng yang baru saja masuk ke bilik ini.

Irene membuka matanya memandang tepat pada jejaka itu. Berkerut dahinya memandang jejaka yang berada di hadapannya.

"Siapa kau?" Soal Irene hairan. Dia tidak pernah melihat jejaka ini. Bukan saja tidak pernah melihat, malah terserempak pun tidak pernah.

"Penting ke untuk kau tahu siapa aku?" Soal jejaka itu sinis. Dia berdiri betul-betul di hadapan Irene.

Irene cuba untuk bangkit dari baringnya. Namun belum sempat dia bangkit, tubuhnya ditolak kasar oleh jejaka itu.

"Sa—sakitlah!" Jerit Irene kuat. Perutnya dipegang. Dia risau akan kandungannya. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada anak dalam perutnya walaupun itu bukan anaknya dan Carl.

"Sakit? Sakit lagi hati aku tengok kau bahagia." Ucap jejaka bertopeng itu.

Irene yang sudah terbaring itu terus mengerutkan dahinya. Dia tidak faham dengan apa yang jejaka ini cuba sampaikan.

"Apa maksud kau ni? Gila?!"

Terletus tawa besar jejaka itu.

"Gila? Aku gila? Kau patut cakap dengan cermin. Kau atau aku yang gila?"

Irene sudah bingung. Dia tidak faham dengan keadaan ketika ini. Apa salahnya sampai dikurung dalam rumah usang begini?

"Bukan... Aku silap.. Kita samalah Irene. Kita berdua sama-sama gila.." Sekali lagi tawa besar terletus.

Irene sudah terdiam. Apa yang dia lakukan sehingga dia mendapat balasan yang amat dahsyat begini?

"A—Aku tak faham. Kau yang gila! Aku tak gila!" Irene meninggikan suaranya. Dia tiada melakukan apa-apa kesalahan. Jadi mengapa dia diuji begini?

"Diamlah Irene! Kau tu perempuan tak guna! Kau cuma tahu puaskan hati kau je. Hati orang? Ada kau kisah?"

Jejaka itu perlahan-lahan mendekati Irene. Irene cuma gelisah. Dia tiada ruang untuk mengelak.

"Ja—Jangan dekat!"

Kepala Irene dihentak ke dinding.

"ARGHHHH!!"

Darah mula mengalir membasahi wajah cantik Irene. Apa salah yang dia lakukan terhadap jejaka itu sehingga jejaka itu berani berkasar dengannya?

"Kau ingat kau boleh bahagia ke perempuan murah?!" Jejaka itu menampar kuat pipi Irene sehingga mengakibatkan Irene terteleng ke kanan.

"A—Apa salah aku?" Soal Irene bersama air matanya sudah mengalir deras. Dia tidak tahu dimana silapnya sehingga dia dihukum begini.

"Salah kau? Terlalu banyak sampai aku sendiri tak boleh senaraikan. Kau fikirlah sendiri dekat mana silap kau." Pipi Irene ditampar sekali lagi namun lebih kuat berbanding tadi.

Semakin deras air mata Irene mengalir. Sakit. Dia tidak pernah rasa sesakit ini seumur hidupnya.

"To—Tolong lepaskan aku.. A—Aku tak pernah buat salah apa-apa pada kau." Rayu Irene. Namun rayuannya itu tidak dihiraukan oleh jejaka itu.

"Apa dia? Lepaskan kau? Lepas apa yang dah jadi, kau nak aku lepaskan kau macam tu je?" Tergelak jejaka itu mendengar rayuan Irene.

Irene sudah mengeluh. Kedua belah pipinya sudah sakit akibat ditampar oleh jejaka itu. Dia bersyukur kerana pipinya menjadi tempat lelaki itu lepaskan geram, bukan perutnya.

Lelaki itu bangkit dan memandang tajam wajah Irene yang sudah basah akibat menangis itu.

Kakinya diangkat ke udara lalu dipijak kuat perut Irene yang sudah membesar itu.

"ARGHHH!!!"

Tangan Irene terus jatuh memegang perutnya. Baru saja dia mahu bersyukur kerana jejaka ini tidak menyentuh perutnya, namun jejaka itu terlalu kejam dari yang dia sangka.

"KAU MEMANG PEREMPUAN TAK GUNA, IRENE MELISSA!!!"

Perut Irene dipijak sekali lagi. Tertunduk Irene dibuatnya. Sakit. Selama ini dia menjaga kandungannya dengan baik, namun senang saja jejaka ini memijak.

Bagaimana dengan anak dalam kandungannya?

Masih baik ataupun sudah tiada?

"Sa—Sakit... Ja—jangan sentuh perut aku..." Sekali lagi Irene merayu. Jika jejaka ini mahu menyakitkan dirinya, tolonglah jangan sakiti anak dalam kandungannya.

Walaupun itu bukan anaknya bersama Carl, namun dia sayang sangat pada anak itu. Baru saja dia mahu merasa jadi ibu, jejaka ini menghancurkan begitu saja hadapannya.

"Kau tak layak jadi ibu! Kau perempuan murah! Kau jahat, Irene! Anak dalam perut kau pun akan malu ada ibu kejam macam kau!"

"C—Carl..."

Tergelak jejaka itu mendengar Irene memanggil Carl.

"Kau tak payah nak panggil dia sangatlah. Kau ingat dia boleh terima kau ke lepas kau curang dengan dia? Bukan sekali, dua kali Irene... Kau ingat dia tak ada perasaan ke?"

Perut Irene dipijak berkali-kali sebelum dia melangkah meninggalkan Irene sendiri. Pintu bilik itu ditutup kuat.

Teresak-esak Irene menangis sambil memegang perutnya. Impiannya musnah begitu saja oleh kerana jejaka kejam ini.

Suaminya sendiri pun tidak pernah berkasar begini dengannya.

Namun di fikirannya kini, siapa jejaka itu? Apa salahnya dengan jejaka itu?

PINTU ditendang kuat oleh Carl. Matanya melilau mencari susuk tubuh isterinya. Keluhan dilepaskan tatkala tiada sesiapa di sini.

"Daren scam aku ke apa ni?" Ujar Carl sendiri. Waktu macam ini pun sempat nak scam orang ke?

Dia menoleh ke belakang tatkala terdengar bunyi tapak kasut. Bebola matanya diputar apabila melihat susuk tubuh Daren dan Cadee dan menghampirinya.

"Kau scam aku ke?" Soal Carl dalam nada yang agak tinggi.

Daren menjeling. Lelaki ni datang sini bawa akal ke tidak?

"Janganlah tunjuk sangat bodoh kau tu. Rumah ni ada 4 tingkat. Pergilah naik atas." Daren menggaru kepalanya. Nak cari isteri, tapi akal tak bawa sekali.

Cadee yang berada di sisi Daren itu sudah menggeleng. Sejak bilalah adiknya berperangai begini? Selalunya bijak saja.

Carl menjeling. Boleh pula dia kata kita ni tak ada akal?

"Kau pergi naik dulu. Isteri kau bukan isteri kita orang." Cadee mengarah Carl. Betul juga kan? Irene tu bukannya isteri mereka berdua. Mengapa pula mereka perlu mengikut Carl mencari isterinya?

"Cuba bersihkan hati sikit. Tolonglah sekali. Busuk betul hati tu." Carl mengeluh sebelum dia melangkah meninggalkan Daren dan Cadee di belakang.

Ingat dia ni penakut ke? Ini Carl lah.

Daren terus memusingkan kepalanya memandang Cadee. Dia ingatkan Cadee mahu menolong adiknya mencari Irene. Malah dihalau pula.

"Kau serius ke tak nak follow dia?" Soal Daren ragu-ragu. Bukan apa, mereka sudah lama meninggalkan dunia keganasan ini. Jadi adalah sedikit rasa ragu-ragu yang muncul.

"Biarkan dia. Nanti kalau ada something jadi pada dia baru kita naik." Cadee berjalan ke luar rumah usang itu. Dia sengaja buat begitu kerana mahu Carl berdikari. Sampai bila mahu mengharapkan orang?

Daren mengeluh. Kalau tahu Cadee akan buat keputusan mengejut ini, lebih baik dia tidur di rumah.

Berkerut dahi Carl tatkala bau busuk itu masuk ke rongga hidungnya. Kini dia berada di tingkat 3. Dia pasti isterinya ada di sini kerana di tingkat 2 tiada sesiapa.

Pintu bilik pertama dibuka dengan perlahan. Keluhan dilepaskan perlahan apabila mendapati bilik ini hanya kosong. Cuma penuh dengan sampah dan habuk saja.

Kakinya melangkah keluar dari bilik itu kemudian menuju ke bilik yang kedua. Nafasnya ditarik. Dia berharap sangat agar isterinya ada di bilik ini.

Pintu dibuka. Melopong matanya melihat figura isterinya sedang terbaring lemah bersama darah di sekeliling Irene.

Kakinya laju berlari ke arah Irene. Kepala isterinya diangkat lalu diletakkan di atas ribanya.

Pipi Irene diusap perlahan. Dia keliru dengan perasaannya ketika ini. Apa patut dia rasa?

Sedih?

Marah?

Kecewa?

Dia tak tahu. Sekarang ini dia hanya mahu menyelamatkan isterinya saja. Dia malas mahu berfikir tentang masalah lain. Isterinya sangat penting ketika ini.

"Irene?" Pipi Irene ditampar perlahan oleh Carl. Mata Irene dibuka perlahan-lahan memandang wajah tampan si suami.

"C—Carl..." Panggil Irene bersama air matanya yang sudah mengalir deras itu.

"Kau kenapa ni? Macam mana boleh ada dekat sini?" Soal Carl lalu tangannya membersihkan darah-darah yang melekat di wajah cantik si isteri.

Irene menggeleng. Jelas dia tidak ingat apa-apa. Apabila matanya terbuka, dia sudah berada di rumah usang ini.

"S—Sakit..."

Carl mengusap perlahan air mata Irene. Sejahat-jahatnya, dia tidak sanggup melihat air mata isterinya jatuh. Bukan itu saja, hatinya juga cukup sakit melihat tubuh Irene dipenuhi dengan darah yang banyak.

Apa yang telah terjadi dengan isterinya?

"Sabar.. Kita keluar sekarang okay?" Carl cuba mahu mengangkat tubuh isterinya, namun Irene menolak.

"P—Perut I sakit..."

Mata Carl terus jatuh ke perut isterinya. Membulat matanya melihat itu. Pandangannya dialihkan pada kaki Irene yang sudah penuh dengan darah.

"Sayang..." Terkedu Carl melihat itu. Bagaimana dengan anak dalam kandungan isterinya? Walaupun itu bukan anaknya, dia tidak terlalu kejam itu membunuh anak itu.

Carl terus mengangkat Irene mahu bawa keluar dari tempat ini. Dia tidak sampai hati mahu melihat isterinya sakit begini.

Baru saja Carl mahu memusingkan tubuhnya, tubuhnya tiba-tiba ditendang dari belakang. Secara tidak langsung dia dan Irene jatuh ke lantai.

Laju Carl memusingkan kepalanya memandang mahu melihat siapa yang berani menendang badannya dari belakang. Badan sado dan hot macam ni pun nak ditendang ke?

"Siapa kau ni? Apa yang kau tak puas hati dengan isteri aku?!" Carl melindungi isterinya yang sudah terduduk di belakang.

"Isteri?" Gelak jejaka itu.

"Kau rasa perempuan murah ni layak ke pegang status sebagai isteri Erden Carl?" Soal lelaki itu. Carl terus terdiam. Bagaimana lelaki ini boleh tahu nama penuhnya? Rasanya dia tiada pula pakai nametag sekolah hari ini.

"Tak kisahlah dia murah ke secondhand ke, dia tetap isteri aku. Kau siapa nak sentuh dia?!" Baru saja Carl mahu mendekati jejaka itu, tetapi kakinya ditahan oleh Irene.

"Betul ke dia ni isteri kau? Kalau dia isteri kau, kenapa dia berperangai macam tak ada suami?" Lelaki itu sengaja mahu menaikkan api kemarahan Carl.

"Lantak dialah! Kau nak sibuk kenapa?! Kau ni tak ada muka ke?! Bukalah topeng mesin rumput kau tu!" Kalau nak diikutkan hatinya, mahu saja dia tumbuk wajah lelaki bertopeng ini.

Wajah Carl ditumbuk kuat oleh jejaka itu. Terlopong mulut Irene melihat suaminya jatuh.

"Carl!" Jerit Irene risau. Biarlah dia saja yang sakit, dia tidak mahu suaminya turut sakit akibat jejaka kejam ini.

"Berani kau tumbuk aku?" Carl terus bangkit dari duduknya dan menolak kuat tubuh jejaka itu sehingga terhentak di dinding.

Jejaka itu terus terjatuh ke atas lantai. Carl mengambil peluang ini untuk menumbuk semula wajah jejaka itu.

Berkali-kali Carl menumbuk wajah jejaka itu dengan penuh geram. Tumbukannya terhenti apabila tubuh Carl ditolak kasar menggunakan kaki jejaka itu.

Kayu di sudut bilik itu dicapai sebelum dia pukul kuat tubuh Carl. Nasib berpihak pada Carl, sekali saja tubuhnya dipukul kerana Daren dan Cadee datang tepat pada masanya.

Daren menghalang jejaka itu daripada terus memukul Carl. Kayu itu turut dirampas dan dicampak jauh.

"Kacaulah!" Jerit jejaka itu kuat tatkala dia melihat Cadee dan Daren berada di sini.

Kini Cadee dan Daren juga menjadi sasaran jejaka bertopeng itu.

3 lawan 1? Siapa menang?

Tubuh Carl ditendang kuat oleh jejaka itu sehingga menyebabkan Carl terduduk. Begitu juga dengan Cadee, namun nasib dia sempat mengelak. Kalau tidak, nasibnya sama seperti Carl.

Daren menarik tubuh jejaka itu dari belakang sebelum dipukul kuat menggunakan besi. Kepala jejaka itu turut dipijak oleh Daren sehingga menyebabkan jejaka itu tidak boleh bangun.

Cadee mengikat tubuh jejaka itu sebelum dia mengeluh. Siapa yang sanggup menyakiti adiknya?

Carl bangkit dari duduknya sebelum dia mendekati jejaka itu. Isterinya sudah tidak dihiraukan. Sekarang dia hanya fokus pada jejaka bertopeng ini.

Topeng yang menutupi wajah jejaka itu dibuka. Terbeliak biji mata mereka berempat tatkala melihat wajah jejaka itu.

"A—Adriel?" Soal Irene terkejut dan tidak percaya. Adriel yang selama ini baik dengannya, hari ini berubah menjadi manusia paling kejam di dunia.

"Sa—Sampai hati you buat I macam ni, Adriel.. Apa salah I?" Irene menggeleng kepalanya tidak percaya. Jejaka yang dia agungkan sehingga dia melupakan suaminya ini telah menyakitkan tubuhnya dengan kejam.

Daren mendekati Irene sebelum dia menampar wajah Irene.

"Woi bahlol.. Kau dah nak mampus macam ni pun nak berdrama ke? Kau tu dah ada suamilah bodoh!" Daren menampar wajah Irene sekali lagi. Waktu macam ni pun sempat lagi dia berdrama?

Jejaka itu tergelak saat mendengar kata-kata Irene.

"Adriel?"

"Siapa Adriel? Nama tu hanya nama palsu." Ucap Adriel sinis. Walaupun tubuhnya sudah dipukul oleh Daren, namun dia masih kuat.

Berkerut dahi mereka mendengar. Nama palsu?

"Nama palsu apa pula?" Soal Carl pelik. Waktu macam inilah dia nak ajak main teka teki.

"I'm Qash Aarizz. The one and only Ayeshah's brother." Ucapnya sebelum dia tersenyum sinis.

Qash Aarizz? Jejaka yang disangkakan sudah mati namun itu semua hanya palsu. Jejaka yang menjaga adik perempuannya dalam diam dan akhirnya menyimpan dendam terhadap perempuan yang membunuh adiknya yang langsung tidak bersalah.

Terkunci mulut Irene mendengar itu. Bukan saja Irene. Carl, Cadee dan Daren turut terdiam. Mereka tidak percaya dengan apa yang mereka lihat ketika ini.

"Qash?" Soal Carl tidak percaya. Jadi inilah lelaki yang Ayeshah sangat sayangi.

"Carl.. Aku harapkan kau dapat jaga adik aku. Tapi harapan aku musnah.. Perempuan tu punca adik aku mati!" Qash meninggikan suaranya. Dia sungguh berdendam dengan perempuan bernama Irene.

"Aku harap sangat kau tak buat keputusan bodoh untuk kahwin dengan dia. Tapi aku silap juga, kau pun bodoh. Kahwin dengan perempuan yang bunuh adik aku! Kau ingat adil ke?! Kau dengan perempuan tak guna ni bahagia sedangkan adik aku derita!!"

"Qash... Aku tak mampu buat apa-apa. Itu takdir hidup dia.." Carl sendiri tidak percaya dengan keadaan sekarang. Ini seperti mimpi baginya. Berhadapan dengan jejaka bernama Qash Aarizz? Gila!

"Kau kebahagiaan adik aku, Carl. Adik aku tu sayang sangat dekat kau. Tapi apa kau buat? Kau hanyut dengan cinta palsu perempuan munafik ni!" Qash sudah tidak boleh menahan marahnya. Selama dia mendekati Irene, dia terpaksa menyorok dendamnya kerana mahu mendapatkan Irene.

"Aku benci kau, Carl... Kau dengan perempuan tak guna tu sama-sama bodoh! Aku benci dua-dua!"

Daren dan Cadee sudah tidak tahu mahu buat apa. Mereka hanya diam dan beri ruang kepada Qash untuk bercakap.

"Qash... Aku minta maaf.."

Qash tergelak besar. Minta maaf?

"Kenapa kau minta maaf dengan aku? Kau pergi minta maaf dengan Esha! Kau punca sebenar benda ni jadi! Kalau perempuan ni tak gilakan kau, Esha tak akan mati!"

Irene sudah pening melihat keadaan ini.

Qash Aarizz? Adriel? Siapa jejaka ini?

Daren menoleh ke arah Irene yang sudah mahu menutup matanya itu. Laju dia berlari mendapatkan Irene.

"Irene!"

Carl terus memandang isterinya di belakang. Degupan jantungnya laju tatkala melihat mata isterinya sudah tertutup.

"Irene!" Carl menggoncang tubuh isterinya. Dia tidak mahu kehilangan perempuan yang dia sayang. Cukuplah dia kehilangan Ayeshah, dia tidak mahu kehilangan Irene pula.

"Angkat dia. Bawa pergi hospital. Cepat!" Arah Cadee. Mereka sudah tiada masa lagi. Jika lambat walaupun seminit, Irene akan tidak dapat diselamatkan.

Qash mencapai pistol dari poketnya dan menghalakan pistol itu tepat ke arah Carl.

Picu ditarik.

Bang! Bang!

Mereka menoleh ke belakang melihat Qash. Terbeliak biji mata mereka melihat Qash sudah dipenuhi dengan darah. Mata mereka beralih pada pintu.

Nafas lega dilepaskan. Eric sudah tersenyum. Nasib baiklah dia sempat menembak Qash terlebih dahulu. Kalau tidak, pasti Carl sudah tiada di dunia ini.

"Cepat gerak! Kita dah tak ada masa!" Ujar Eric tergesa-gesa. Sebelum polis sampai, baik cau dulu.

Carl mengangkat tubuh Irene lalu dibawa keluar dari rumah ini. Hospital dituju. Tiada apa lagi yang penting selain nyawa isterinya, Irene.

To Be Continued

—Biggest plot twist sudahpun dibongkar. Ada satu lagi. Lek lu.

—Macam biasa, ada typo roger okayy?

Continue Reading

You'll Also Like

267K 14.3K 53
NOT EDITED ‼️ 𝑭𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚, 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 ꨄ︎ -✿- 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑭𝒂𝒉𝒓𝒊𝒆𝒍 𝑫𝒂𝒏𝒊𝒔𝒉 - Usahawan muda yang berhati beku dan berat...
469K 24K 59
𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan...
1.1M 64.9K 60
Mr Mama Series🌷 --- -"A King who was never stop to love his Queen"- PERKAHWINAN atas dasar cinta buatkan Illyana terjerat sendiri di dalam istana bi...
831K 43.3K 63
✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 1st badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ 𝐊𝐚𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐚𝐤𝐮.❞ Er...