Projek high council : Penjara...

By saekisakuma

16K 763 449

Setting : 3 years after kudrat Semua orang ada penjara masing-masing. Tak kiralah jenis macam mana sekali pun... More

Chapter 1: Nightmare
Chapter 2 : Closure
Chapter 3: confession
Chapter 4 : Tattoos and Marriage
Chapter 5 : Tattoos and Marriage part 2
Chapter 6 : The blue butterfly...
Chapter 7 : Walk down into your memory lane
Chapter 8 :Walk down into you memory lane part 2
Chapter 9 : Broken ๐Ÿ”ž
Chapter 10 : Asam Pedas
Chapter 11: Sayang... I will wait for You
Chapter 12 : Arrival
Chapter 13 : Origami
Chapter 14 : Guilt
Chapter 15: The one who got away.
Chapter 16 : Resentment
Chapter 17 : Mirror
Chapter 18 : One of us is lying part 1
Chapter 18 : One of us is lying Part 2
Chapter 18 : One of us is lying Part 3
Chapter 19 : R.T.R ( 3rd origami) part 2
Chapter 20 : Dear Fakri part 1
Chapter 20 : Dear Fakri Part 2
Chapter 21: Coming Home
Chapter 22: The Love Letter
Chapter 23: The Greatest Showman
Side story 1: Dear Kahar - Nukilan isi hati sang Junior
Epilogue Part 1 : Walking on The Glass
Epilogue Part 2 : The Clown who doesn't Laugh anymore
Epilogue Part 3 : The Messenger
Epilogue Part 4 : Dancing with Your Ghost
Epilogue Part 5 : Merciless
Medusa in Manila๐Ÿ”ž/ Retaliation Arc Intro
Book 2

Chapter 19 : Road to Redemption part 1

271 22 20
By saekisakuma


Naim... Fakri.... Kisah mereka masih jauh dari kata akhir. Kalau kau kata pengakhiran mereka di kudrat merupakan closure di antara mereka...

Kau silap.

-
-
-
-
-

Kahar memandang ke luar tingkap melihat hutan konkrit yang dilalui mereka. Sejak semalam, mereka bertiga decide untuk berangkat menuju ke KL dan mencari orang seterusnya di dalam list mereka. Well dalam erti kata lain list kahar, tapi added Hakeem dan Areez yang joined at the half the way.

Walaupun Kahar menolak keras supaya Hakeem tak ikut sekali, budak tu still berdegil jugak. Dia cakap 'aku yang sewa jeep ni. Takkan aku expect kau nak bawak jeep ni dengan keadaan selamat?'. Sebelum kahar berjaya mencepuk Hakeem yang terang-terang mengejeknya kerana tiada lesen, Areez terlebih dahulu menyampuk.

"Kau takder lesen?" Areez dah bagi senyuman trademarknya. Sinis dan memang 100% mengejek.

Last sekali, kahar cepuk je dua-dua. Senang. Kurang ajar dua ekor ni. Bukan kahar tak nak buat lesen, tapi dia memang tak boleh! Masa kat Manila dulu pernah la bawak, tapi... kisah tu mari kita cerita kemudian hari. Sekarang fokus pada trip mereka to KL untuk mencari seseorang.

"Kau yakin ke dia ada kat KL? Entah-entah dah pindah lagi."

"Hurm, aku tak rasa yang dia akan pergi mana-mana. Since... dia pun perlukan closure dia dengan kau. At least, kalau dia tak dapat apa yang dia nak. Dia boleh dengar permintaan maaf kau lepas ni."

Areez menyampuk. Dari ekor matanya menjeling pada Kahar yang sudah hanyut dalam tanggapannya sendiri. Dia tahu lelaki itu sedang cuba membayangkan pelbagai senario yang mungkin akan berlaku bila mereka bertemu dengan masa silam mereka lagi.

Manakala Hakeem pula mengeluh. Dah la hal malam di rumah Areez tu masih lagi dia tak boleh hadam. Sumpah complicated gila, even though Kahar ajak dia duduk sama-sama pastu explain pun dia still sudah nak terima. Bukan maksud Hakeem, dia susah nak terima part Areez suka Fakri... tapi.... Dia cuma tak sangka rahsia besar yang kahar simpan selama ni.

Damn... malam ni kejutan apa lagi yang akan dia dengar lepas ni? Adakah dia masih mampu menerima kenyataan yang pahit mengenai kawan-kawannya. Lagipun... ke mana je dia pergi selama ni? Kenapa benda-benda ni berlaku tanpa sepengetahuannya? Sejauh mana mereka semua menyimpan rahsia sisi gelap mereka tanpa Hakeem ketahui?

Adakah Hakeem sebenarnya cukup kenal dengan Kahar atau... tak langsung? Dia cuba hiraukan rasa sakit hatinya dan fokus pada prepare mental dan fizikalnya untuk malam ni.

-
-
-
-
-

"Kau nak pergi mana Azam? Dah malam dah ni."

Namun Azam tidak memperdulikan teguran sahabat baiknya. Tangannya laju memasukkan beberapa helai pakaian ke dalam beg galasnya.

Dia nak balik kampung ke? Bisik pemuda yang lebih tinggi itu pada Azam yang sejak mereka balik petang semalam, masih mendiamkan diri. Dinner celebration mereka dilupakan macam tu sahaja.

Bila diorang sampai je rumah, Azam terus masuk ke dalam bilik dan mengunci dirinya. Puas jugak dia memanggil dan memujuk Azam. Tetapi pemuda itu hanya mendiamkan diri, dan kadang-kadang dia terdengat suara isakan yang sayu datang dari bilik tersebut.

Ada juga dia terdengar... Azam menyebut nama Fakri. Dia tak tahu siapa lelaki yang dimaksudkan oleh Azam. Tetapi yang dia tahu sepanjang dia berkawan dengan Azam, selalu juga dia mendengar nama Fakri. Dia pernah melihat Azam mengigau pemilik nama tersebut hingga menangis dalam tidurnya.

Dan berakhir bila dia mengejutkan Azam dari mimpinya. Azam pula sebaik dia mencelikkan matanya, terus dia meluru memeluk sahabat baiknya dan menangis terisak-isak. Mulutnya tak berhenti-henti menyebut 'Maafkan aku Fakri.'

Pernah juga dia terfikir mahu mencari orang yang bernama Fakri ni. Dan cari tahu sebab kenapa dia tinggalkan igauan yang sayu pada temannya yang satu ini. Tapi ada sesuatu di dalam dirinya yang membuat dia tak mahu berbuat sesuatu di luar batasan. Lagipun, apa pula kata Azam kalau dia mencampuri urusan peribadinya.

Naluri dia kuat mengatakan... jangan campur kalau kau nak selamat!

Ekor matanya melihat Azam memasukkan helaian baju terakhir ke dalam begnya dan segera di-zip dengan kemas. Wajah manis Azam yang selalu dengan senyuman kini datar tak terkata. Membuatkan dirinya merasa takut dengan sisi Azam yang tak pernah dilihatnya sepanjang mereka berkawan.

"Azam... aku bukan nak menyibuk tapi..."

"Man... kalau aku tak balik dalam masa sebulan, kau  pack je barang-barang aku masuk store. InsyaAllah, kalau ada jodoh nyawa panjang... aku datang ambik barang-barang aku. Kalau tak, aku nak susahkan kau untuk kali yang terakhir.... Tolong call adik aku yang duduk kat kajang tu. Mintak dia ambikkan."

Pemuda yang dipanggil dengan panggilan mesra Man itu terkejut. Pack? Tak balik? Amende ni?

"Eh Azam! Kau nak pergi mana?! Kau nak pindah ke, asal tak cakap kat aku!"

Azam hanya mendiamkan diri, dia menyarungkan sweater yang berwarna hitam ke tubuhnya. Hoodienya ditarik menutup kepalanya.

"Man, aku kena pergi. Dan aku tak percaya dekat diri sendiri yang aku akan balik in one piece. Jadi awal-awal aku nak cakap, Maafkanlah segala salah dan silap aku, halalkan makan minum aku.... Kau la salah satunya yang aku anggap matahari yang datang dalam hidup aku." Wajahnya masih mendatar. Tak ada tanda-tanda suara pecah ke atau sebak. Biasa sahaja, dan tenang.

Man lebih rela mendengar ocehan dan ribut dari Azam berbanding dia yang bersikap tenang seperti ini. Menakutkan.

"Hal ni berkaitan dengan Fakri ke?"

Tiba-tiba Azam mendengus dan menumbuk dinding yang berada di belakang Man.

"That has nothing to do with you! Kau tak payah nak campur urusan aku! Cukuplah aku sorang je yang rasa semua sial atas muka bumi ni dan bukan kau!"

Nafas Azam tercekat. Man terdiam kaku, belum pernah dia melihat Azam semarah ini, bengis dan hilang kawalan. Sikit lagi buku lima Azam nak terkena pada wajahnya, entah Azam sengaja atau tersasar. Mati macam ni.

Dia merasakan Azam mula kembali bertenang dan menghampirinya. Disebabkan Azam lebih rendah daripadanya, lelaki itu menyandarkan kepalanya pada dada Man. Dari dekat dia dapat mendengar Azam menarik nafas panjang dan bergumam kata maaf.

"Aku tak dapat nak tolong kau... kalau diorang nampak kau. Kau lebih baik tak payah masuk campur urusan aku, Man. Cukup aku tahu kau selamat dan tak terlibat dengan masa silam aku. Tu dah cukup untuk aku..."  Azam mengangkat kepalanya, matanya dah berkaca-kaca.

Dia tenung ke dalam mata Man dan tersenyum kelat. Memang Man mengingatkannya pada Fakri, tapi tak semestinya Man adalah pengganti kepada Fakri. Tak akan ada orang yang dapat menggantikan tempat Fakri. Tak akan ada.

Suasana bertukar menjadi tegang selepas itu. Tak ada sesiapa pun di antara mereka berdua yang berani membuka suara. Hingga akhirnya tepukan memujuk berulang kali pada bahu Man, lalu pemuda itu menggalas begnya dan menuju ke pintu rumah sewa mereka.

Azam menoleh ke arah Man yang masih terpinga-pinga kemudian dia tersenyum lagi. Kali ini senyumannya sangat lembut, sama seperti Azam yang sebelum ini dia kenal.

"Jaga diri Man."

Azam segera membuka pintu rumah dah keluar, dia berjalan ke arah sebuah kereta pacuan empat roda yang sudah lama menunggu Azam di seberang jalan rumah mereka.

Man hanya mampu mengintai melalui tingkap. Dia sengaja tak keluar dari rumah kerana tak mampu untuk mengucapkan selamat tinggal. Setelah melihat kelibat kereta tersebut menghilang dari hadapan rumahnya, dia segera masuk ke bilik Azam untuk mencari sesuatu.

Dulu dia hanya mampu berdiam tatkala menemani Azam dalam deritanya. Tapi kini, dia tahu kerana derita Azam tu la, yang menyebabkan Azam terpaksa meninggalkan dia.

Dia kena cari siapa Fakri tu.

-
-
-
-
-

Di sebuah kedai Mamak;

"Ane! Roti canai 4 keping, kuah kari campur letak gula satu sudu, pastu nak roti tisu satu dengan roti boom satu. Nak air kosong je ya"

Pekerja tersebut bergumam sendiri, bagaikan membaca mantra kerana sedang mengingati order tersebut.

"Err... bagi saya maggie goreng basah satu. Pastu teh o ais"

"Saya pulak nak, nasi goreng kampung kurang pedas, tak nak sayur pastu nak ikan bilis goreng asing tau. Pastu nak milo ais."

"Keem, bila la kau nk membesar, asyik tak makan sayur je." Ejekan Kahar mengundang padah, serta merta tanpa ampun dia memijak kaki Kahar di bawah meja.

"Kau diam!"

Areez dah menjeling pada duo gila ni, tolonglah jangan sampai terbalik meja kat sini. Doa Areez dalam hati.

"Saya nak murtabak maggie pastu roti kosong satu. Pastu kuah kari biasa je. Saya nak air teh oh ais limau."

"Areez... kau dah pesan murtabak, pastu roti kosong pulak? Banyaknya."

Belum sempat Areez menjawab, Ayam dah menjawab duluan "habis tu kau pun nak kata aku makan banyak ke?"

Kahar dah jadi serba tak kena. "Bu-bukan! Maksud aku dia dah makan tadi! Tapi order banyak lagi! Kau takpe, sebab kau dari tadi tak makan lagi kan? Kan? Ke kau nak tambah lagi order? Jap aku panggilkan."

Suasana menjadi sedikit tegang. Areez dah menyembunyikan wajah di sebalik tangannya. Tolong malu untuk kahar yang memang tak boleh cover langsung canggungnya. Manakala Hakeem pulak dah malas layan dan bermain dengan kucing kat bawah meja.

"Tak payah. Lagipun kita datang sini nak bercakap je kan. Tak payah nak berdalih lagi. Cepat kita habiskan, maka tak payahlah aku tengok muka korang lagi dah." Ketus Ayam. Dari tadi duduk bermain dengan telefon bimbitnya tanpa melihat ke arah mereka bertiga.

Tak daya nak tengok nightmare masa sekolah menengah. Ingatkan dah habis sekolah takyah tengok dah muka-muka ni semua. Sekali...

Kahar mengesat tangan pada jeans seluarnya. Dia berkali-kali meneguk ludahnya sendiri, sebab otaknya sendiri tak boleh nak rangkai kata-kata untuk bercakap dengan Ayam. Kan kalau cakap jadi salah, tak cakap duduk diam pun kena bidas dengan Ayam.

Kena banyak sabar Kahar. Ingat.... Kau hutang nyawa dengan dia Kahar.

"Apa kau nak dengan aku hah? Kenapa sampai sini kau cari aku?"

Ayam pun tak tahu kenapa, dia pun tak faham dengan diri sendiri. Dia memang tak nak jumpa dengan diorang ni semua, kenapa tak block je nombor Hakeem dari awal? Pastu buat tak tahu? Anggap panggilan tu tak pernah jadi? Kenapa dia nak jugak cari penyakit? By the way, panic attack dia dah sembuh ke? Sebab dia dah boleh bersemuka dengan kahar tanpa ingat lagi kejadian dia terjatuh pada aras 3.

Mungkin ni adalah after effects surgery dia 3 tahun lepas kot. Jadi numb dekat semua benda takpun tiba-tiba kena selective amnesia. Rasa takut atau trauma tu hilang.  Sebab jujur dia cakap, terjatuh dari tingkat 3 tu masih lagi mild trauma katanya.

Kahar menunduk dan melihat Hakeem dan Areez. Seolah-olah mencari kekuatan, Hakeem memang dah gosok belakang Kahar untuk tenangkan dia manakala Areez pula hanya mendiamkan diri dan melipat origami menggunakan tissue. Ayam sedikit tertarik dengan perbuatan Areez. Tapi ini bukan masanya untuk menjadikan ia sebagai core of their problem.

"Aku... aku nak mintak maaf."

Ayam menjeling.

"Be specific please. Kau mintak maaf untuk apa sebenarnya ni?"

Kedua tangan Kahar dah menggigil, dalam kepalanya sudah terbayang pada memori yang menyakitkan itu.

"Pasal kau... pasal kau jatuh."

"Oh.... Dah 3 tahun berlalu. Baru aku ingat, kita tak pernah ada closure pasal benda ni."

Air mereka sudah sampai, untuk seketika, hanya meja mereka yang diam membisu. Tenggelam dengan suasana bingit di kedai mamak tersebut. Usai minuman mereka diletakkan, kahar menyambung lagi.

"Sebab tu... aku nak mintak maaf dengan kau."

"Kalau kau nak tahu. Kepala aku ni bocor, ada parut besar kalau aku cukur rambut aku. Sampai sekarang bila hujan je, parut tu jadi ngilu dan tiap kali tu juga, buatkan aku teringat dengan kau."

Kahar dah bersedia. Dia beritahu dirinya yang dia dah bersedia kalau Ayam nak balas balik apa yang kahar dah buat.

Biar setimpal.

Biar beban yang ditanggung oleh Kahar ringan walau untuk seketika.

"Setiap hari aku akan ingat pasal kau. Mungkin kau tengah tidur lena semasa parut aku berdenyut sakit. Mungkin kau tengah bersenang-lenang masa aku struggle muntah dalam tandas setiap kali kepala aku sakit. Dan macam-macam lagi... bila aku ada episode yang menyakitkan tu... hanya kau yang ada dalam ingatan aku."

"Ayam..." Hakeem cuba untuk tenangkan Ayam. Betul Kahar deserve untuk dengar semua ni. At least ni sahaja yang Kahar mampu lakukan kerana dia tak mampu nak sembuhkan parut yang ayam akan terima sepanjang hidupnya. Tapi... dia pun tak sanggup tengok Kahar yang hanya terdiam dan menerima bulat-bulat apa yang dihujat oleh Ayam.

Wajah Kahar nampak semakin sugul dan resah. Dia cukup kenal kawan dia. Apabila disudutkan sehingga tiada tempat untuk dia lari atau bersembunyi. Apa yang kahar mampu lakukan adalah terima rasa sakit itu walaupun dia sendiri hampir mati menanggungnya.

"Aku mintak maaf ayam..."

"So... macam mana dengan hidup kau, 3 tahun belakangan terakhir ni?"

"Aku... hidup aku miserable"

Ayam tersenyum sinis "good. Itu yang aku nak dengar."

Hakeem dah sedikit hilang sabar. Kemarahan juga perlu ada hadnya. Ayam tak nampak ke yang Kahar sedang mencuba? Tak perlu kot tabur garam pada luka lama?

"Ayam... jangan melampau."

"What? Aku yang melampau? Kau patut cakap kawan kau yang melampau bila dia sendiri yang hampir bunuh orang." Bidas ayam dan itu membuat Hakeem terdiam.

Rasa nak tampar sahaja mulut sendiri. Hakeem tak sepatutnya menghakimi Ayam. Sebab Ayam yang paling berhak, kalau dia nak balas dendam kat sini sekali pun. Apa hak Hakeem membela kesalahan kahar?

Kahar tersentak. "Tolong la ayam... aku datang sini nak tebus balik kesalahan aku. Aku nak mintak maaf dengan kau. Hutang aku tak akan selesai selagi kau tak maafkan aku."

Kahar segera bangun dari kerusinya. Apa ya h terjadi seterusnya mengejutkan semua orang di kedai mamak tersebut.

"KAHAR! STOP!"

"SHIT!"

Kahar bangun dan duduk berlutut di hadapan Ayam. Dia menundukkan kepalanya menunjukkan rasa kesal yang teramat sangat.

"Aku tahu aku tak berhak. Aku tahu maaf aku tak akan dapat tarik balik semua penderitaan yang kau rasa.... Kau berhak nak buat apa je kat aku. Aku nk maki aku, pukul dan bunuh sekali pun aku terima. Cuma aku harap... kau akan dapat cari ketenangan kau lepas tu. Kau dah tak marah aku lagi dah."

Areez dan Hakeem dah panik tak bertempat. Kiri kanan mereka memegang lengan Kahar supaya Kahar tidak lagi sampai merendahkan maruahnya untuk meminta maaf. Hati Hakeem dah cukup perih melihat Kahar yang bersikukuh untuk mendapatkan kemaafan dari Ayam.

"Oh my. Tengok tu, Kapla! KAPLA KUDRAT MERAYU?! SUMPAH DUNIA DAH NAK KIAMAT KE?!"

"AYAM!" Jerkah Hakeem. "ENOUGH!"

Ayam sedikit terkejut dengan jerkahan Hakeem. Tapi dia tetap berdiri teguh, peduli apa dia? Bukan dia yang salah di sini.

"Kenapa? Kau marah sebab aku jatuhkan air muka kapla kesayangan kau ni? Kenapa aku tak boleh buat? Kalau dia semudah tu menghancurkan hidup aku dan Fakri. Kenapa aku tak boleh lakukan perkara yang sama? Eah Hakeem. Kau kena ingat, kau pun ada share huru harakan hidup kitaorang kat kudrat tau."

Hakeem mengeluh.

"Sorry ayam... okay, kalau itu yang kau nak. Aku pun ada banyak benda nak mintak maaf dengan kau kan?"

Tak perlukan waktu yang lama. Hakeem juga turut join Kahar duduk berlutut dan menundukkan kepalanya.

"Aku pun... salah. Sebab tak dapat hentikan kahar. Salah sebab tak betulkan Kahar masa dia terang-terang buat salah. Aku bukan kawan yang baik Ayam. Dan kalau kau nak pukul Kahar, kau pukul je aku dulu. Aku yang selalu membenarkan perbuatan Kahar... sampai dia sesat dalam kuasa yang dia dapat."

Notes : so sad with PHC ending hari ni. But still tak puas hati sebab ismet' brothers tak diberikan proper closure!😭 you guys are still going to read my story even though phc already over? 🥺 Me too still not ready to give the ending to my story. Drop the comment what you think of this chapter! I need ya all to boost my spirit to give those brothers a proper ending! Or... should I?😏 hah... why I just love to give so much angst to ismet brothers. So mean saeki. Bad girl!😂

Continue Reading

You'll Also Like

9K 499 35
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
2.9K 479 52
"Aku mempunyai seutuh kasih yang tidak pernah terusik hanya untukmu." [Not edited]
183K 12.8K 83
" Andai kau bulan , biarlah aku menjadi buminya . " Kahar berkata manis . " Bumi ? Kenapa bukan bintang ? " Aireen pelik . Pick up line si Kahar tak...
45.4K 151 11
Kompilasi perkongsian cerita dari korang semua