𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

By arysslavhh

461K 26.9K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... More

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
02 || ERDEN'S ✧.*
03 || ERDEN'S ✧.*
04 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
08 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
15 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
24 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
30 || ERDEN'S ✧.*
31 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
34 || ERDEN'S ✧.*
35 || ERDEN'S ✧.*
36 || ERDEN'S ✧.*
37 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
40 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
42 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
45 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
47 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
56 || ERDEN'S ✧.*
57 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
59 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
65 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
67 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

60 || ERDEN'S ✧.*

7.8K 514 67
By arysslavhh

KERETA memasuki kawasan rumah agam Cadee. Dia membuka pintu kereta dari dalam lalu segera keluar dari perut kereta.

Pintu rumah itu dibuka perlahan sebelum dia menanggalkan kasutnya. Pakaiannya dikemaskan sebelum bertemu dengan abang dan kawannya yang lain.

Mereka yang sedang menikmati sarapan pagi itu segera menoleh ke arah Carl. Tidak berkelip mereka memandang Carl. Mata memerhati tubuh Carl dari atas hingga bawah.

"Assalamualaikum." Ucap Carl lalu menarik kerusi kosong untuk diduduk.

"Wa—waalaikumsalam." Jawab Cadee dan Eric.

Clara meletakkan pinggan di hadapan Carl sebelum menghidangkan mi goreng yang dimasak olehnya.

"Kau nak pergi mana Carl? Lain semacam kau ni." Leron dari tadi memerhati Carl. Bukan apa, cuma terkejut.

"Pergi jauh." Jawab Carl lalu segera menyuap makanan itu ke dalam mulutnya.

"Jauh? Jauh mana?" Soal Cadee pula. Pergi jauh ni nak meninggal ke apa? Iyalah, biasanya orang yang nyawa dia tak panjang je cakap macam tu.

"Jauh dari bumi." Jawab Eric dan Stephen serentak. Betul apa? Bumi ini tak rugi apa-apapun jika kehilangan Carl yang sangat tidak bijak ini.

Carl memutarkan bebola matanya. Pergi betul-betul baru tahu.

"Kau nak nikah lain ke? Pakai baju melayu bagai ni. Warna putih pula tu." Xylon turut terkejut apabila melihat Carl hari ini. Nampak seperti ahli syurga namun sebaliknya.

"Kalau dah ada pengganti, apa salahnya?" Sengaja Carl berkata begitu. Padahal dia langsung tiada pengganti Irene. Dia tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti Irene. Biarlah Tuhan yang aturkan hidupnya.

"Kau dah ada pengganti ke?" Soal Eric pelik. Rasanya Carl duduk di rumah saja selama ini. Tiada pula keluar dating.

Carl hanya diam. Malas mahu memjawab pertanyaan Eric.

"Kau main litmatch eh dekat rumah? Patutlah dah ada pengganti. Cuba share sikit macam mana nak main benda tu." Stephen mengelipkan matanya berkali-kali. Mahu juga cari awek melayu. Bosan single.

"Gila eh? Ingat ada ke perempuan nak dekat kau ni? Otak senget." Xylon memandang Stephen dari hujung matanya. Cakap orang, dia sendiri tak sedar dia pun tiada teman wanita.

"Sedapnya mulut cakap pasal orang. Diri sendiri pun single. Maknanya kau pun sama dengan aku. Tak ada orang nak." Stephen melepaskan tawa besarnya.

Daren yang berada di sisi Stephen itu hanya menggeleng. Kalau bab kenakan orang, bagi saja pada Stephen. Dia terlalu mahir.

"Ada je orang nak aku. Cuma aku je tak nak orang tu." Jawab Xylon dengan nada yang bangga. Macam mana nak ada girlfriend kalau dia terlalu sibuk dengan kerja?

"Perasan. Perempuan mana yang sanggup bertahan dengan kau yang 24 jam dekat office?" Eric mula mempertahankan sahabat baiknya.

"Diam boleh tak? Bising." Carl mula bersuara. Kita datang sini nak enjoy, bukan nak bergaduh.

"Janganlah marah bang. Emo semacam je. Cuba senyum sikit." Stephen memicit pipi Carl sebelum tangannya ditepis kasar oleh Carl.

"Kalau rasa nak hidup lagi, jangan dekat dengan aku. Aku rimas." Carl terus bangkit dari duduknya untuk mencuci pinggan dan cawan yang sudah digunakan. Makin lama dia di meja itu, makin gilalah dia jadinya.

"Garang betul abang Carl ni. Tahulah nanti jadi bakal duda hot." Eric melepaskan tawanya. Kalau Carl ceraikan Irene, pasti Irene dan Carl akan menjadi janda dan duda paling hot di pasaran.

Carl mengambil telefon bimbitnya di atas meja itu lalu mahu melangkah meninggalkan mereka semua.

"Carl! Nak pergi mana?" Soal Daren pula. Puas dia mengunci mulutnya tadi. Kali ini, berilah dia peluang untuk bercakap.

"Airport." Jawab Carl sepatah sambil memakai kasutnya.

"Nak lari mana sampai kena pergi airport?" Soal Xylon pula. Tiada pula Carl beritahu mereka tentang ini. Ini tiba-tiba saja mahu menghilang.

"Korea." Jawab Carl dan terus meloloskan diri ke dalam kereta.

KOMPUTER ribanya diletakkan di atas meja. Daren memusingkan kepalanya memandang Cadee yang duduk bersahaja itu.

"Cadee.." Panggil Daren dalam nada yang serius.

Cadee terus mengangkat wajahnya memandang si Daren yang tiba-tiba memanggilnya.

"Kenapa?" Soal Cadee hairan. Rasanya tadi Daren sibuk dengan komputer ribanya.

"Kenapa Carl tiba-tiba pergi Korea?" Soal Daren hairan. Bukan apa, cuma macam terlalu tiba-tiba. Tak akanlah dia sudah jumpa awek Korea? Macam mustahil.

"Kau tak rasa macam pelik ke? Kalau dia pergi Itali tu aku bolehlah terima lagi, ini Korea?" Daren menggeleng. Kalau Carl pergi ke Itali, mungkin dia pulang ke rumah keluarganya. Malah ini dia pergi ke Korea? Ada apa disana?

"Nak pelik apa? Biarlah dia tenangkan diri dia." Cadee mengeluh. Dia tiada hak mahu menghalang adiknya. Carl sudah dewasa, pandailah dia fikir masalahnya sendiri. Sampai bila nak mengharapkan orang?

"Kau kenal Carl tu. Dia tak akan pergi luar negara tanpa sebab. Kau cakap apa? Nak tenangkan diri? Aku tengok dia okay je sekarang ni." Daren masih berkeras dengan pendapatnya.

"Apahal ni?" Soal Xylon yang baru saja tiba di bilik kerja mereka. Dia labuhkan duduknya pada sofa di hadapan Daren.

"Daren ni tiba-tiba je. Entah apa yang dia risau sangat Carl pergi Korea tu. Tak faham aku dengan dia ni." Cadee mengeluh. Dia langsung tiada rasa curiga terhadap adiknya.

Xylon menoleh ke arah Daren yang sudah serius itu. Hanya dia saja yang cukup kenal dengan Daren.

"Kenapa, D? Ada apa-apa tak kena ke?" Soal Xylon risau. Bukannya dia tidak kenal Daren, jika jejaka ini sudah serius, pasti ada sesuatu yang tidak kena.

"Irene dekat mana?" Daren merenung tajam wajah Xylon. Terkejut Xylon tatkala disoal tentang Irene tiba-tiba. Padahal dari awal lagi Cadee sudah melarang mereka menjejaki Irene.

Xylon memandang Cadee yang berada tidak jauh darinya. Jelas Cadee sedang menikam tajam wajah Daren.

"Kau nak cari dia ke?"

Daren memutarkan bebola matanya. Pasti Cadee tidak izinkan dia menjejaki Irene. Namun sampai bila Carl dan Irene mahu bergaduh begini?

"Aku tanya ni, Daren Freedy. Kau nak cari dia ke?" Soal Cadee lebih serius. Wajah Daren yang sudah tiada senyuman itu ditenung lama.

Daren mengemas segala barangnya dan terus bangkit mahu beredar dari rumah ini.

"DAREN!!" Jerit Cadee kuat tatkala jejaka itu sudah keluar dari bilik ini.

"BUKAN MASALAH KAU!!" Jerit Daren kembali. Xylon turut bangkit dan mengikut kemana Daren pergi. Dia pasti ada sesuatu yang Daren tahu.

"D!!" Panggil Xylon dalam nada yang agak tinggi. Puas dia mengejar Daren.

Daren hanya mengabaikan saja Xylon yang tidak henti memanggilnya.

Pintu bilik dibuka. Namun belum sempat dia menutup, Xylon sudah menahan.

"Apahal kau ni? Cuba bagitahu aku." Xylon sendiri hairan dengan Daren. Apa yang tidak kena sebenarnya?

Daren merengus kasar sebelum dia menuju ke balkoni biliknya. Dia membuka komputernya untuk menjejaki dimana Irene berada. Walaupun Cadee sudah melarang, namun apa dia kisah? Dia cuma tidak mahu keadaan bertambah buruk.

Xylon memandang saja Daren yang sedang sibuk mengodam lokasi Irene itu. Dia hanya tunggu saja jawapan yang bakal keluar dari mulut Daren.

Terbeliak biji mata Daren tatkala sudah dapat jejaki dimana Irene berada. Patutlah Carl bersemangat mahu ke Korea. Rupanya Irene turut berada di sana.

Dia cuba lagi mengodam tentang aktiviti Irene di Korea. Namun dia tidak berjaya. Dia cuma berjaya jejaki lokasi Irene sahaja.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Laju tangannya mencapai telefon itu. Terkebil-kebil Xylon melihat Daren.

"Freedy.. What's going on?" Soal Zander iaitu orang bawahan Marco. Berkerut dahi Daren mendengar itu.

"Huh?" Soal Daren tidak faham. Apa maksud si Zander ni?

"I met Carl's wife in Korea." Ucap si Zander dari telefon.

"What? You're in Korea?" Soal Daren tidak percaya. Sejak bila pula si jantan ni dekat Korea?

"Hm. I found out she with another man. But he's not Carl."

Terkejut Daren mendengar itu. Jadi Irene di Korea bersama lelaki lain? Dan sekarang ini Carl sedang menuju ke Korea?

"Shit." Panggilannya dimatikan. Dia memandang Xylon yang dari tadi memerhatinya.

"Ikut aku." Ucap Daren sambil menarik tangan Xylon.

"Woi woi! Nak pergi mana ni?" Daren merentap tangannya dari pegangan Daren.

"Korea. Cepatlah! Tak ada masa!" Daren menjeling. Waktu macam inilah dia nak berdegil.

"Apahal kau ni? Tiba-tiba je nak pergi Korea dah kenapa?" Dah kenapa dengan semua orang hari ni? Ticket flight pergi Korea ada offer ke apa?

Daren sudah merengus kasar. Apahal degil sangat mamat ni?

Ipadnya dilempar pada Xylon. Nasib baik Xylon sempat menangkap Ipad itu. Kalau tidak? beli barulah jawabnya.

"Irene dekat Korea. Carl pun dalam flight pergi Korea." Jelas Daren lalu menarik semula Ipadnya di tangan Xylon.

"Habis tu? Biarlah. Dia cari isteri dia kan?" Xylon menggeleng. Apa salahnya Carl cari isterinya?

Daren menolak tubuh Xylon rapat ke dinding.

"Masalah sekarang ni, Irene tu tengah seronok dengan jantan lain dekat Korea. Kau nak ke Carl jumpa Irene dengan jantan tu? Lepas tu keadaan jadi makin teruk?" Daren melepaskan Xylon dan terus meninggalkan Xylon sendiri. Sejak bilalah Xylon jadi bodoh seperti Stephen ni?

"Irene dah jumpa pengganti ke? Baguslah. Dapatlah Carl teruskan percintaan dia dengan Ayeshah." Ucap Xylon lalu mencuri lolipop Daren yang berada di tepi katilnya.

Telefon bimbit Xylon berdering menandakan ada orang yang menghubunginya. Laju tangannya menyeluk poket seluar untuk mencapai telefon.

"Marco?" Soal dia hairan. Jarang sekali Enrico mahu menelefonnya. Biasanya Enrico akan menghubungi Daren.

Butang hijau ditekan lalu dia merapatkan telefon pada telinga.

"Ikut Daren pergi Korea." Ucap Enrico tegas dari telefon itu. Berkerut dahi Xylon mendengar. Maksudnya Enrico pun tahulah yang Daren mahu ke Korea?

"Kenapa pula aku nak kena ikut dia?" Dia sendiri tidak faham mengapa Daren terlalu beria mahu menjaga Carl. Apa salahnya Carl tersakiti? Bukan selalu. Sekali sekala je.

"Ikut aje lah. Kau ni banyak songeh tahu tak?"

Panggilan dimatikan oleh Enrico. Semakin hairan Xylon ketika ini.

"Kenapa dengan semua orang ni? Beria sangat nak jaga Carl. Bukannya dia budak kecil pun." Gumamnya sendiri. Dia terpaksalah mengikut Daren ke Korea. Kalau tidak, mahu dia kena kerat dengan Enrico nanti.

To Be Continued

—Korang rasa kenapa Daren ni beria sangat nak jaga Carl? [ 8m ]

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 64.9K 60
Mr Mama Series🌷 --- -"A King who was never stop to love his Queen"- PERKAHWINAN atas dasar cinta buatkan Illyana terjerat sendiri di dalam istana bi...
166K 10.5K 40
Disaat gadis tu ditimpa kesusahan, si dia datang menghulurkan bantuan. Sehingga lah suatu hari si hero datang menyelamatkan keadaan. "We meet again s...
125K 7.1K 56
𖤐 BROKEN SERIES BOOK 1 ⊹♡ start : 02072023 end : 07022024 ⚠️clichè
264K 6.5K 68
🔥 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇 𝑅𝒶𝒻𝒾𝓈𝓆𝓎 | 𝒵𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶 𝒜𝓁𝑒𝑒𝓈𝒶 ⚠️ Plagiarism is prohibited.