𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

By arysslavhh

461K 26.9K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... More

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
02 || ERDEN'S ✧.*
03 || ERDEN'S ✧.*
04 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
08 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
15 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
24 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
30 || ERDEN'S ✧.*
31 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
34 || ERDEN'S ✧.*
35 || ERDEN'S ✧.*
36 || ERDEN'S ✧.*
37 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
40 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
42 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
45 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
47 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
56 || ERDEN'S ✧.*
57 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
60 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
65 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
67 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

59 || ERDEN'S ✧.*

7K 559 88
By arysslavhh

BAJU dimasukkan ke dalam mesin basuh. Setelah selesai semuanya, Irene melabuhkan duduknya di atas kerusi yang berada di dobi itu. Kini kerjanya hanya menunggu baju yang dibasuh itu siap sahaja.

"Lama dah ke kau dekat sini?"

Laju Irene menoleh ke kanan melihat siapa yang menegurnya. Dia tersenyum kecil sebelum menjawab pertanyaan jejaka itu.

"Baru je sampai." Jawab Irene bersama wajah yang agak ceria. Mungkin kerana ada kawan di sini?

Irene memandang jejaka itu hairan. Irene ingatkan semalam adalah pertemuaan pertama dan terakhir mereka. Tidak sangka pula hari ini mereka bertemu lagi.

"Macam mana you boleh tahu I ada dekat sini? You skodeng I eh?" Soal Irene dengan tawa kecilnya.

Adriel tersenyum mendengar soalan Irene.

"Aku pun nak basuh baju juga." Ujar Adriel lalu dia turut memasukkan pakaiannya di dalam mesin basuh.

Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Irene. Mereka berdua sama-sama menunggu pakaian mereka siap dicuci.

"Kenapa you basuh baju dekat dobi? You duduk sini dah lama kan? Tak akanlah setiap hari you basuh baju dekat sini?" Soal Irene hairan. Kaya betul basuh baju tiap hari dekat dobi lelaki ni.

"Mana kau tahu aku duduk sini dah lama?" Adriel memandang wajah Irene dengan hujung matanya.

Terus berubah riak wajah Irene mendengar itu. "I teka je. Betul kan you duduk sini dah lama?"

Adriel angguk. "Mesin basuh aku dekat rumah rosak pula tiba-tiba. Terpaksalah aku basuh baju dekat dobi. Tak sangka pula jumpa kau dekat sini."

Irene mengangguk tatkala mendengar jawapan Adriel. Ingatkan skodeng kita tadi.

"Kau dah lama duduk sini?" Soal Adriel pula. Irene menoleh ke kanan melihat wajah si jejaka di sebelahnya.

"Baru 2 minggu." Jawab Irene lalu dia mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Kenapa kau datang Korea? Kau ada masalah ke? Bergaduh?"

Terkunci mulut Irene mendengar itu. Dia tidak mahu meluahkan segala perasaannya terhadap lelaki yang baru saja dikenali.

Melihat Irene diam, Adriel sudah pasti Irene ke negara ini kerana mempunyai masalah.

"Kalau ada masalah, selesaikan. Bukannya lari. Besar mana pun salah tu, lama-lama nanti akan dimaafkan juga." Ucap Adriel tiba-tiba.

Tersenyum kecil Irene mendengarnya. Betul ke salahnya akan dimaafkan oleh Carl? Salahnya bukan kecil, malah terlalu besar. Mustahil untuk suaminya memaafkan segala silapnya dulu.

"Jangan junjung ego. Ego punca segalanya musnah. Kalau kau ego, suami kau pun ego, sampai bila nak selesai? Sepatutnya bila dah dirikan rumah tangga, kenalah kuat terima ujian."

Terkebil-kebil Irene memandang Adriel. Dia tiada beritahu Adriel pula yang dia ada masalah rumahtangga.

"Mana you tahu I dah kahwin?" Soal Irene hairan. Baru kenal sehari, berborak macam dah kenal lama.

"Perut kau tu apa? Tak akan lemak pula. Mestilah anak kau dengan dia kan? Apa punya soalanlah kau ni." Adriel mengeluh. Macam manalah si Irene ni berfikir. Patutlah masalah tak selesai, otak cetek rupanya.

Irene hanya melepaskan tawa kecilnya. Kalaulah jejaka di sebelahnya ini tahu hal sebenar, mesti dia tidak berkata begitu.

"You pernah ada masalah?" Soal Irene pula. Mahu juga dia tahu tentang jejaka di sebelahnya ini.

"Pernah. Semua orang dalam dunia ni pernah ada masalah. Kita lahir dekat dunia ni bukan saja-saja. Bukan untuk buat ibadah je, tapi kita juga kena hadap semua ujian yang Dia turunkan."

Tipulah kalau kata tak pernah ada masalah. Semua orang tapi ada masalah, cuma yang membezakan adalah besar dan kecil saja.

"Besar sangat ke masalah you?" Soal Irene lagi. Apa salahnya berkenalan dengan lelaki lain. Mana tahu sangkut, tiba-tiba jadi bini. Hehehe.

"Besar. Terlalu besar. Sampai sekarang aku rasa bersalah dekat dia." Ucap Adriel lalu dia menundukkan wajahnya.

"Siapa dia?" Irene mengerutkan dahinya sambil memandang tepat pada wajah Adriel.

Adriel hanya diam. Dia baru saja kenal Irene. Jadi agak susah untuk dia luahkan segala masalahnya.

"Kau dah beli barang baby?" Soal Adriel mahu menukar topik.

Irene menggeleng. Dia langsung tidak bersemangat mahu membeli barang untuk anak dalam kandungannya.

TERKEBIL-KEBIL Irene melihat Adriel yang memasukkan baju-baju bayi ke dalam bakul. Bukan satu, bukan dua, tetapi banyak!

"You.. Banyaknya.." Tidak berkelip mata Irene memandang bakul yang sudah dipenuhi dengan pakaian bayi. Baru pakaian, belum barang yang lain.

"Tak apalah. Anak pertama kan? Kenapa kau tak excited ni?" Pelik Adriel melihat Irene. Biasanya kalau anak pertama, bukan main ibu-ibu membeli barangan bayi. Ini Irene? Langsung tidak.

"I tak ada mood nak beli barang baby lagi. Baru 4 bulan baby I. Bukannya dah 8 bulan."

Sekarang ni anak dalam perut ni anak siapa? Anak Carl ke anak Adriel? Kenapa Adriel yang terlebih hyper?

"Prepare awal. Nanti lewat kelam-kabut. Perempuan memang suka buat benda last minute ke apa?" Adriel menggeleng. Perempuan macam itu ke? Semuanya nak buat last minute.

"Mana ada. Cuma I yang tak bersemangat." Irene mengeluh. Macam mana nak ada semangat kalau dia dan suaminya berjauhan begini?

Adriel mengambil lagi 3 helai pakaian bayi perempuan lalu dimasukkan ke dalam bakul yang berada di sisi Irene.

"Kuat demi anak. Anak kau cuma ada kau je tau? Kalau kau lemah, anak kau pun lemah. Kau nak ke anak kau ada sakit disebabkan diri kau?" Adriel menggeleng. Kalau iya pun ada masalah, jangan libatkan anak.

Irene hanya diam. Dia bersyukur kerana anaknya masih sihat walaupun dia sendiri tidak mampu jaga dirinya.

"Aku tengok kau ni macam tak mengandung tahu tak? Kau ada makan suplemen apa-apa tak?" Mana taknya? Irene sangat lemah. Wajahnya pucat macam orang baru kena dera.

Irene menggeleng. Selama 4 bulan dia mengandung, dia tidak pernah mengambil apa-apa suplemen.

"Seriusly? Kau gila ke? Kesian anak kau. Jangan campur masalah rumah tangga kau dengan anak. Anak tu tak salah pun." Adriel mencapai bakul yang sudah dipenuhi dengan baju itu lalu melangkah ke arah kaunter pembayaran.

Irene mengeluh. Dia tahu dia terlalu ikutkan perasaannya. Dia hanya memikirkan tentang masalahnya dan Carl sehingga tidak ambil kisah tentang anak dalam kandungannya.

Layakkah dia jadi ibu kepada anak ini? Atau dia patut buang saja anak ini?

"NAH. Makan aiskrim ni. Bukan selalu aku baik hati." Ucap Adriel lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Irene.

Irene mencapai aiskrim itu tanpa suara. Matanya memandang saja wajah tampan Adriel itu.

"Kenapa you baik dengan I?" Soal Irene pelik. Baru jumpa sekali, dah rapat sampai macam ni? Tak pelik ke?

"Aku tengok kau tak ada kawan. Aku pun tak ramai kawan dekat sini. Apa salahnya aku teman kau kan?" Adriel senyum tipis.

Irene hanya mengangguk. Iyalah. Kalau Adriel tiada, rasanya dia masih keseorangan di negara orang ini.

"Kau tak nak balik Malaysia ke? Tak elok duduk dekat negara orang lama-lama. Lagipun kau pregnant. Nanti kalau jadi apa-apa susah pula." Ucap Adriel sambil menyuap aiskrim ke dalam mulutnya.

"You kan ada? I nak risau apa?" Selamba Irene berkata. Tapi betul juga kan? Jika dia pulang ke Malaysia, tiada siapa peduli tentangnya. Malah jika di sini? Ada juga orang peduli tentangnya walaupun orang ini bukannya sesiapa.

Adriel melepaskan tawa kecilnya.

"Aku ni bukan sesiapa, Irene. Nak kata kawan? Entahlah. Aku bukannya boleh selalu ada dengan kau." Ucap Adriel lalu menghabiskan sisa aiskrimnya yang tinggal.

Irene turut menghabiskan aiskrimnya.

"At least dekat sini I ada you."

Berkerut dahi Adriel mendengar itu. Dia memandang wajah Irene dengan pandangan hairan.

"Habis tu dekat Malaysia kau tak ada sesiapa ke? Suami kau dekat sana kan?"

Terdiam Irene dibuatnya. Nampaknya dia sudah terlepas cakap.

"Memanglah. Cuma I rasa tenang duduk sini." Irene senyum kecil.

"Cuba selesaikan masalah kau tu. Buanglah ego kau jauh-jauh. Tak guna pun simpan ego tu lama-lama. Nanti sendiri merana."

Irene mengangguk. Angguk saja, nak buang egonya bila? Setahun? Dua tahun? Mungkin selamanya dia sanjung egonya tinggi.

"You dah ada someone special?" Soal Irene tiba-tiba. Entah kenapa soalan itu yang berlegar-legar di fikirannya.

Tergelak kecil Adriel dibuatnya.

"Ada." Jawab Adriel sepatah.

"Siapa? Isteri ke?" Soal Irene lagi. Dia rasa tenang sewaktu bersama Adriel. Entah kenapa rasanya sungguh berbeza berbanding dengan Carl.

Adriel menggeleng.

"Buah hati."

Irene tersenyum. Buah hati? Pasti susah mahu lupakan buah hati seperti mana Carl sangat susah melupakan Ayeshah.

"Kenapa kau tanya?" Soal Adriel pelik. Kenapa tiba-tiba masuk tentang someone special pula ni?

"Saja. Manalah tahu I tengah duduk dengan suami orang ke apa. Mati I kalau isteri you tahu."

Besar tawa Adriel tatkala mendengar kata-kata Irene. Dia sedar ke tak ni?

"Aku yang mati kalau suami kau tahu kau duduk lepak dengan aku ni. Kau tu isteri orang. Bukannya isteri aku." Adriel menggeleng. Nasiblah suami Irene tiada di sini, kalau ada? Rasanya dah jadi arwah si Adriel ni.

Irene menggaru belakang kepalanya. Lupa pula dia isteri orang. Terlalu selesa seorang diri sehingga lupa dirinya sebenarnya sudah berpunya.

"Aku pergi dulu. Nanti ada rezeki kita jumpalah lagi. Nampaknya macam ada rezeki." Adriel terus melangkah meninggalkan Irene sendiri.

Irene hanya memandang saja pemergian Adriel dengan anak matanya. Sungguh dia rasa tenang bersama jejaka yang bernama Adriel itu.

Perutnya diucap perlahan.

"Kenapa daddy tak pernah layan mama macam tu eh baby? Kenapa mesti orang lain yang layan mama baik?" Irene mengeluh. Hatinya masih mahukan Carl, namun hatinya juga sakit dengan tindakan Carl.

"Salah mama. Memang patut daddy halau mama."

Irene terus bangkit dari duduknya. Kakinya bergerak menuju ke rumahnya. Penat seharian berjalan.

To Be Continued



—This chapter focus pada new couple ni je lah ya? Macam mana? Setuju tak nak jodohkan Adriel dengan Irene? Jom lah ship >>

—Macam biasa, typo sila bagitahu. Boleh dapat 100k reads before complete tak ni?

Continue Reading

You'll Also Like

125K 7.1K 56
𖤐 BROKEN SERIES BOOK 1 ⊹♡ start : 02072023 end : 07022024 ⚠️clichè
166K 10.5K 40
Disaat gadis tu ditimpa kesusahan, si dia datang menghulurkan bantuan. Sehingga lah suatu hari si hero datang menyelamatkan keadaan. "We meet again s...
265K 6.5K 68
🔥 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇 𝑅𝒶𝒻𝒾𝓈𝓆𝓎 | 𝒵𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶 𝒜𝓁𝑒𝑒𝓈𝒶 ⚠️ Plagiarism is prohibited.
306K 15.9K 52
Alvin Rafael. Cinta ? Tiada perkataan cinta dalam kamus hidupnya lagi. Cintanya sudah lama mati. Hatinya sudah lama dibunuh. Dulu, gadis itu bagaik...