Projek high council : Penjara...

By saekisakuma

16K 763 449

Setting : 3 years after kudrat Semua orang ada penjara masing-masing. Tak kiralah jenis macam mana sekali pun... More

Chapter 1: Nightmare
Chapter 2 : Closure
Chapter 3: confession
Chapter 4 : Tattoos and Marriage
Chapter 5 : Tattoos and Marriage part 2
Chapter 6 : The blue butterfly...
Chapter 7 : Walk down into your memory lane
Chapter 8 :Walk down into you memory lane part 2
Chapter 9 : Broken 🔞
Chapter 10 : Asam Pedas
Chapter 11: Sayang... I will wait for You
Chapter 12 : Arrival
Chapter 13 : Origami
Chapter 14 : Guilt
Chapter 16 : Resentment
Chapter 17 : Mirror
Chapter 18 : One of us is lying part 1
Chapter 18 : One of us is lying Part 2
Chapter 18 : One of us is lying Part 3
Chapter 19 : Road to Redemption part 1
Chapter 19 : R.T.R ( 3rd origami) part 2
Chapter 20 : Dear Fakri part 1
Chapter 20 : Dear Fakri Part 2
Chapter 21: Coming Home
Chapter 22: The Love Letter
Chapter 23: The Greatest Showman
Side story 1: Dear Kahar - Nukilan isi hati sang Junior
Epilogue Part 1 : Walking on The Glass
Epilogue Part 2 : The Clown who doesn't Laugh anymore
Epilogue Part 3 : The Messenger
Epilogue Part 4 : Dancing with Your Ghost
Epilogue Part 5 : Merciless
Medusa in Manila🔞/ Retaliation Arc Intro
Book 2

Chapter 15: The one who got away.

280 23 10
By saekisakuma

Somewhere else - 2006;

"Areez nak pergi mana sayang?"

Wajah ibunya yang sendu dengan penuh air mata itu ditatapnya buat kali terakhir. Dia dah tak boleh tinggal di sini lagi. Dia dah tak boleh kembali kepada kehidupannya seperti dahulu.

Areez menggalas duffel bagnya dan berganjak pergi dari perkarangan rumah mewah itu. Ayahnya sudah memberi kata muktamad, dia sudah dicoret dari senarai keluarga. Jadi Areez akan mulakan hidup sebagai sebatang kara mulai hari ini.

Dia tak kisah. Baginya hukuman ni masih terlalu ringan. Dibanding dengan di hantar ke terapi untuk mengubat nafsunya yang menyukai kaum berlainan sejenis. Masalahnya dia bukan gay. Keluarganya sahaja yang tidak faham apa yang dia rasa sebenarnya.

-
-
-
-
-

Dia menghabiskan setengah dari simpanannya untuk menyewa sebuah bilik yang terletak tak jauh dari sebuah kedai serbaneka 7eleven. Boleh la dia menghabiskan masa dahulu di bandar ni, sebelum dia boleh merancang ke mana lagi kakinya akan bawa dia pergi selepas ni.

-
-
-
-

Bosan. Ahhh bosannn. Areez tertanya-tanya, apa lagi dia buat di pintu gerbang Kudrat ni. Tak cukup lagi ke dia kena banned dari sekolah ni? Dia dah dikira sebagai pendatang haram kat sekolah ni. Kenapa dia boleh terfikir nak datang ke sekolah ni lagi.

Dengan sebuah kamera dibawanya yang mempunyai satu lagi sisa filem terakhir untuk digunakan.

Apa yang dia harapkan hah.

Adakah dengan berkeliaran seperti ini dia boleh berharap dapat bertemu dengannya?

Areez... cukupla... cerita korang dah tamat. Wait... macam mana sesuatu cerita itu dah tamat kalau permulaannya pun tiada?

Hah... angan-angan apa lagi yang kau cuba nak bentangkan, benang basah mana lagi yang kau cuba nak tegakkan. Kau je yang syok sendiri.

Dahla pengecut.

Langit sudah tak nampak biru. Hanya dihias dengan awan yang berarak kelabu.

Kelabu... tanpa dia. Dunia Areez menjadi kelabu. Areez dah tak nampak lagi dunianya menjadi warna.

Dia nak jumpa. Dia nak jumpa. Dia nak jumpa. Walaupun hanya sekali pun-

Dia mula merasakan yang tuhan mula berpihak di sisinya. Doanya terkabul saat melihat sosok yang dinantinya baru sahaja melintasi di sebalik bangunan sekolah yang tersorok.

Dia ternampak kelibat Fakri yang lengkap dengan hoodie kelabunya. Pakaian kasual yang dipakai oleh Fakri, menunjukkan waktu persekolahan sudah tamat. Sekarang pelajar diberi masa untuk beriadah. Nama je beriadah, tapi sebenarnya more to buat aktiviti sendiri.

Mari kita ucapkan selamat tinggal yang terakhir... bisik hatinya. Walaupun Areez tak rela, dan sebenarnya timbul juga rasa takut di dalam hatinya. Andai kata Fakri juga menghakiminya seperti orang lain.

Dia bernasib baik sebab semasa pegawai polis membawanya pergi, dia tak memandang ke arah wajah Fakri. Kalau tidak, dah tentu dia meraung di situ juga bagaikan orang gila. Dia juga takut akan pandangan Fakri terhadapnya.

Dia perogol...

Areez adalah seorang perogol.

Seorang perogol yang akhirnya dikalahkan oleh Naim yang merupakan abang kepada Fakri.

Apa yang Fakri akan fikir padanya?

Ketika itulah terbit rasa takut, cemas, serba salah di dalam dirinya. Andai kata masa boleh berputar semula. Dia tak akan ikutkan cemburu buta dia. Dia tak akan jadi bodoh gelapkan mata dan tumpulkan akal fikiran dengan buat kerja-kerja gila tu semua.

Kalau la dia tak ikutkan nafsu binatang dia masa tu. Mesti dia masih lagi boleh berada di sisi Fakri.

Areez menghapuskan pelbagai tanggapannya. Sekarang dia hanya perlu fokus pada dapatkan Fakri dan confess perasaan dia. Kena tolak atau terima itu belakang kira. Soal dia dan Daniel pula, dia akan sedaya upaya untuk jujur dengan Fakri.

Pemuda ini menarik hoodie untuk selindungkan kepalanya. Budak-budak kudrat tak boleh nampak dia kat sini. Nanti tak pasal-pasal jadi kecoh pulak. Dia melihat Fakri naik menuju ke sebuah atap bangunan terbiar terletak tak jauh dari bangunan utama sekolah mereka.

Dulu, Areez ada dengar. Bangunan terbiar tu merupakan asrama lama sejak 90an lagi. Namun selepas bangunan asrama baru dibina, dan atas faktor keselamatan. Pihak sekolah dah tak benarkan bangunan itu dihuni lagi. Akan tetapi ada je senior batch sebelum ni yang explore ke sana, konon-konon buat aktiviti paranormal la. Kadang tu semata nak lepas gian hisap rokok dan ambil 'barang' kat sana.

Tapi sumpah dia tak boleh nak fikir. Kenapa Fakri nak ke sana pula?
-
-
-
-
-

Cuaca semakin mendung. Seakan bersetuju dengan sang pemilik hati tatkala jiwanya sudah menjadi redup. Gelap. Kosong. Tubuhnya sekarang hanyalah sebagai cangkang kosong tanpa jiwa. Saat akal fikirannya bersetuju dialah sang pemusnah, apa yang disentuhnya akan ditimpa celaka dan dari mana lagi dia mahu mencari kebahagiaan? Adakah memang ini takdir hidupnya?

Kehadiran orang di sekelilingnya datang dan pergi cukup meninggalkan makna bahawa dia tak seharusnya hidup bahagia. Betul kata Naim... mungkin kalau dia tak ada. Abang dia mesti dah hidup gembira. Mesti hati abangnya tak akan terluka lagi.

Dia rindu...

Kenapa saat-saat dia mengalami depresi tanpa dipinta ini, wajah abangnya yang muncul di fikirannya? Mungkinkah kerana dia tahu kesudahan bagi perhintungan terakhir mereka berdua nanti?




"Aku tak nak menang...aku nak kau mati"





Kata-kata mutlak yang datang dari bibir abang sulungnya sudah cukup membuatkan hati Fakri kembali remuk. Tak kira bertapa kuat pun dia menangis, abangnya akan tetap dengan pendirian dia.

Dia rela. Bahkan dia nantikan saat abang dia berjaya kelak.

Fakri dah tak fikirkan hal lain selain dari memusnahkan kewujudan dia sendiri.

Tapi... dia tak nak tangan Naim kotor.

Dia tak nak Naim akan dihantui dengan perasaan bersalah kemudian hari.

Sebab dia yang paling tahu... hati Naim itu lahiriahnya adalah lembut dan penyayang. Terlalu baik untuk dunia sehinggakan dia terluka dan menjerit dalam diam. Naim tak mampu menjerit dalam sakitnya kerana dia tak mahu kecewakan orang di sekelilingnya.

Fakri yang paling tahu...

Kerana di antara mereka berdua.

Naim yang paling layak mendapat kebahagiaannya.

Dia nak sangat yang impian Naim dikabulkan. Naim cuma nak orang hargai dan menyayangi dirinya.

Tapi dah terlambat untuk diungkapkan dengan kata-kata. Naim yang keras kepala... sama sahaja macam ayah mereka berdua.

Fakri tersenyum lemah. Mungkin sebab Naim terlalu banyak persamaan dengan papa... sebab tu la...

Fakri paling sayang dengan abangnya. Dia cuma ada Naim je bila papa dan mama mereka bercerai. Naim merupakan tempat selamatnya... rumahnya... Dan Fakri la yang paling terluka apabila abangnya decide nak duduk dengan mama mereka.

Fakri rasa terkhianati bila Naim lebih pilih mama berbanding berada di sisinya.

Sebab abang dia dah janji. Mereka tak akan tinggalkan satu sama lain.

Dia tak nak abang dia nampak jahat. Jadi biar dia yang jadi jahat dalam cerita keluarga mereka.

Fakri paling sayang abang dia. Siapa kata dia tak sayang?

Egonya sahaja yang menjadi penghalang untuk meruntuhkan dinding yang mereka bina dan panggil Naim dengan panggilan abang.

Ah... sekarang dah terlambat ke dia mahukan abang dia sekarang?

Fakri naik ke atas pembatas bangunan tersebut. Sapaan angin lembut menerpa pada seluruh tubuhnya. Dia menjadi sedikit tenang. Dia dah bersedia. Dia dah bersedia untuk mengaku kalah pada kemurungan yang semakin memakan jiwanya ini.

Kaki sebelah kirinya sudah tidak menapak lagi pada pembatas tadi. Sekarang cuma tinggal sebelah lagi.

Kau boleh Fakri...Demi Naim... papa mama... dan Ayam...

Tiba-tiba...

"Fakri! Please Fakri. Meh duduk sini dengan aku. Kita borak-borak jom? Aku nak cakap dengan kau ni."

Suara Areez mula menjadi serak. Fakri masih terpaku di birai bangunan itu. Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa lajunya degupan jantung dia berdegup.

Jangan Fakri.... Jangan please... kalau kau buat jugak...

Aku...

"Fakri..."

"Ayam dah takder. Kenapa dia tinggalkan aku masa aku perlukan dia?"

Suara Fakri terdengar walaupun agak kecil. Namun Areez rasa sangat lega kerana Fakri respon pada dirinya.

Mengenai Ayam pula... dia ada dengar.

Tak sangka kedua sahabat ni akan bertemu jalan yang tragis. Berdosa ke kalau dia doakan yang Ayam tak akan selamat? Salah ke kalau hanya kali ini, Fakri akan gunakan dia pula sebagai tempat bergantung? Kau bergurau apa Areez? Kau tak habis-habis dengan mimpi kau.

"Ayam akan sembuh. Yang penting kau kena kuat Fakri! Aku yakin, this is not what you wanted! Please Fakri... kalau kau- kalau"

Fakri ketawa, suaranya juga menjadi semakin serak. Tak perlu waktu yang lama tanggisan Fakri mula pecah.

"Hidup aku dah hancur. Abang aku pun nak bunuh aku. Kau rasa? Aku layak lagi ke untuk hidup? Aku rasa ini je jalan yang terbaik-"

"TAK! Tak Fakri! Yang kau buat ni cuma nak lari dari masalah! Kau tak fikir ke macam mana hidup orang lain yang kau tinggalkan?! Parents kau?! Ayam?! And even Naim?!"

Fakri hanya tunduk mendiamkan diri. Areez tak berada di tempatnya. Areez tak rasa apa yang dia rasa sekarang ni.

Manakala Areez pula, mengutuk Naim dengan menggunakan semua perkataan kotor dalam dunia ni. Kata-kata itu memang tajam bagaikan pisau. Naim pula memang pandai membuat orang terhiris dengan kata-katanya.

"Aku cuma... nak tamatkan semua ni. Aku dah penat Areez... aku cuma rasa nak hilang je dari muka bumi ni."

"Tak Fakri! Kau tak rasa semua tu! Kau tak nak mati pun! Perasaan kau ni cuma sementara sahaja. Kau cuma nak rasa sakit tu hilang betul tak?! Ini bukan Fakri yang aku kenal! Kau kuat Fakri! Of course sakit ni... rasa sunyi ni... cuma sementara sahaja. Dia akan beransur pergi seiring dengan waktu, Fakri. Apa yang kau perlukan sekarang adalah bertahan."

Areez yakin dan bertanggungjawab dengan kata-katanya. Dia yakin ini bukanlah solusi terakhir Fakri.

"Aku nak mati Areez... aku rasa macam nak mati... kenapa semua orang tinggalkan aku."

"Aku.."

"Aku akan selalu ada untuk kau Fakri... selama mana kau perlukan aku. Aku akan selalu ada."

Walaupun perlahan, Fakri tetap masih boleh mendengar gumaman Areez. Lelaki itu kelihatan sedang meraup kasar wajahnya, menyembunyikan rona merah di sebalik tapak tangannya itu.

"Jangan Areez... kau pun nanti terkena impas sial aku nanti. Kau nak ke end up macam ayam dengan Naim? Kahar tu pun dah tak lama..."

"Kau budak pandai, tapi masih percayakan benda karut macam sial tu. No matter what happen, orang-orang yang kau sayang... still tak tinggalkan kau. Betul? Just give Ayam a break la, nanti bila dia dah sembuh nanti confirm dia akan melekat dengan kau balik. For Naim pulak... kau tahu yang korang kena buang ego tu jauh-jauh kan?"

Fakri tergamam. Areez yang tak selalunya rapat dengan dia bagi semangat padanya?

"Naim sayang dekat kau. Cumanya... aku rasa yang dia ada banyak benda yang dia fikir. Banyak benda yang dia kena tanggung dan nak kena hadap... dan aku faham... dia pun tengah nak cari diri dia sendiri. Trust me. He will come by... masa tu korang berbaiklah. Kalau dia tak mampu nak mulakan dulu, kau la yang mulakan. Give and take Fakri. Tak semestinya dalam hidup ni kita asyik jadi takers je."

Areez tahu yang perhatian Fakri sudah mula berpusat padanya. Buktinya? Kaki Fakri keduanya sudah mula menapak di atas batas bangunan tersebut. Bukannya seperti tadi, satu kaki sahaja lagi untuk menuju ambang kematian.

Fakri berpaling ke arah Areez. Bibirnya sudah mengukir sebuah senyuman... walaupun kelihatan agak lemah. Namun Areez bangga pada dirinya, kerana sudah berjaya membuat orang yang disayanginya menjadi tenang semula.

"Ya... aku akan mulakan dulu. Aku nak selamatkan abang aku."

Kali ini dia tersenyum lebar menampakkan barisan gigi putihnya. Areez terpana.

"Thanks Areez."

"No problem Fakri. Jom turun dari situ Fakri. Kita pergi lepak 7e? Mungkin kau akan jadi lagi  tenang dari asyik terperuk dekat dalam kudrat ni."

Fakri suka sprite tak? Atau slurpee? Kepala Areez sudah menjana berbagai idea untuk buat Fakri happy. Kalau orang di sekeliling Fakri tak mampu membuat mataharinya bersinar semula maka Areez akan mengambil tanggungjawab tersebut untuk bahagiakan mataharinya.

"Takpela Areez. Aku ingat... nak lepak kat sini lama sikit. Aku nak ambik nafas dekat sini dulu."

Hari itu... walaupun cuaca agak mendung. Fakri berdiri di atas pinggir bangunan tersebut. Melihat permandangan di situ dengan tatapan yang kosong.

Dia cuba memanggil nama Fakri, namun rasanya pendengaran Fakri juga sudah ditulikan. Fakri sudah tak kuasa mendengar hiruk pikuk dunia yang selalu bertindak tak adil padanya. Jadi dia putuskan untuk berada di dalam dunia sendiri.

Hari itu... Fakri merentangkan kedua tangannya. Angin kuat menerpa pada tubuh remaja itu juga sedikit pun tidak mengubrisnya dari situ. Dia menutup mata, sambil beberapa bulir jernih yang menitis laju menelusuri pada wajahnya.

Hari itu... Areez merasakan Fakri sangat indah sekali. Hatinya tertawan untuk yang keberapa kali. Entahlah. Dia pun sudah tak terhintung pada rasa romantis bertepuk sebelah tangannya.


Klak! Areez menurunkan lensa kameranya, dan kembali mengamati sosok yang terluka ini. Dia mahu mendekati dan berdiri di sisinya.

Sekurang-kurangnya, jika Fakri masih ingin meneruskan keinginannya... dia boleh temankan Fakri. Nanti tak adalah Fakri rasa sunyi.

Continue Reading

You'll Also Like

619K 37.6K 65
Riyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan...
45.4K 151 11
Kompilasi perkongsian cerita dari korang semua
9.8K 750 49
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
27.3K 772 50
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :