𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

By arysslavhh

461K 26.9K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... More

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
02 || ERDEN'S ✧.*
03 || ERDEN'S ✧.*
04 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
08 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
15 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
24 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
30 || ERDEN'S ✧.*
31 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
34 || ERDEN'S ✧.*
35 || ERDEN'S ✧.*
36 || ERDEN'S ✧.*
37 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
40 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
42 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
45 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
47 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
56 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
59 || ERDEN'S ✧.*
60 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
65 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
67 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

57 || ERDEN'S ✧.*

7.5K 570 79
By arysslavhh

Seoul, Korea.

PUNGGUNG dilabuhkan pada kerusi batu yang terletak di taman permainan. Irene mengeluh perlahan tatkala melihat kanak-kanak seronok bermain. Perutnya diusap perlahan.

Sudah seminggu Irene menetap di negara orang. Dia mahu pulang ke pangkuan ibu dan ayahnya, namun ibu dan ayahnya sudah tidak mahu lihat wajahnya. Apa yang dia boleh lakukan? Mampu redha saja.

"Anak mama okay kan? Nanti bila keadaan dah okay, kita jumpa daddy." Ucap Irene sambil mengusap perlahan perutnya.

Terdiam dia selepas mengungkap perkataan 'daddy'. Dia sendiri bingung. Daddy yang mana satu? Daddy yang menyebabkan dia hadir ke dunia ini ataupun daddy yang bergelar suami pada mamanya?

"Maafkan mama sebab hadirkan baby secara luar nikah. Mama tahu itu silap mama. Mama janji mama akan buat yang terbaik untuk baby. Mama akan pastikan daddy terima baby seadaanya."

Irene mahu Carl menerima anak dalam kandungannya walaupun ini bukan anak Carl. Budak ini tidak salah. Yang salahnya adalah Irene dan lelaki yang mengandungkannya, Alex.

"Kita duduk sini lama sikit ya? Bagi daddy tenang dulu. Daddy dah banyak kali terluka sebab mama. Jahatkan mama?" Irene tergelak kecil. Dia sudah sedar segala silapnya. Cuma dia masih tidak mampu untuk sujud kembali pada Tuhan.

"Nanti kalau baby dah keluar, jangan jadi macam mama tau? Jadi orang yang baik. Tutup aurat dengan sempurna. Macam Aunty Esha.." Tersenyum Irene menyebut nama Ayeshah. Dia rasa bersalah sangat pada Ayeshah. Sehingga kini, dia masih belum sempat pergi ke pusara Ayeshah.

"Jadi macam Aunty Esha tau? Aunty Esha baik, cantik.. Sebab tu daddy suka." Air matanya ditahan daripada mengalir.

"Jangan jadi macam mama. Mama dah terpesong jauh sangat, sayang. Mama keluar dengan lelaki sana sini. Tak jaga batas. Pandangan apa lagi? Langsung tak terjaga." Irene menggeleng. Dia mahu kembali pada Allah namun tiada siapa mahu membimbing dirinya.

"Ayeshah.. Banyak sangat salah aku pada kau. Sekarang aku dah terima balasannya. Carl langsung tak pandang aku. Dia langsung tak sayangkan aku. Kalau kau hidup lagi, aku sanggup pulangkan Carl semula pada kau. Aku tak sepatutnya bunuh kau, Ayeshah.."

Tanpa disedari, air mata Irene mengalir.

"Aku minta maaf sebab dah hancurkan hidup kau. Aku tak sepatutnya rampas Carl dari kau.." Irene menggeleng. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh terfikir untuk bunuh Ayeshah hanya kerana mahukan Erden Carl.

"Aku tak nak anak aku anggap aku ni ibu dia. Kalau boleh aku nak pergi jauh lepas aku bersalin nanti. Aku nak kau jadi ibu dia walaupun kau dah tak ada. Aku tak nak dia malu. Aku tak nak dia kena hina bila dia dah besar nanti." Teresak-esak Irene menangis.

"Silap aku, Ayeshah.. Aku buat benda terkutuk tu tanpa fikir apa yang akan jadi pada anak aku. Aku bersyukur sebab Carl tak pernah suruh aku gugurkan kandungan aku walaupun dia dah tahu perkara sebenar sebelum aku jujur dengan dia."

"Aku dah scan pagi tadi.. Anak aku perempuan.. Kau ada nama tak?" Soal Irene seolah berbual dengan Ayeshah.

"Eh? Kenapa aku tanya kau? Bukannya kau boleh jawab pun.." Tergelak kecil Irene dibuatnya. Dia menyeka air matanya perlahan.

"Aku harap hubungan aku dengan Carl bukan sampai sini je. Tapi kalau dia dah tak nak teruskan, aku faham. Siapa je nak perempuan macam aku?" Irene menggeleng. Dia mahu berubah cuma dia tahu mahu mula dari mana.

"Hebatnya kau, Ayeshah. Nama kau tak pernah hilang dari hati Carl. Walaupun dah 5 bulan kau meninggal, Carl masih sayangkan kau. Dia cintakan kau. Untungnya jadi kau. Orang baik akan sentiasa dapat yang terbaik. Patutlah hidup aku macam ni. Aku jahat. Hidup aku tak pernah bahagia macam kau. Aku tak pernah disayangi."

Ayeshah sangat beruntung kerana Carl masih sayang dan cintakannnya walaupun Carl sudah bergelar suami kepada Irene. Kuatnya cinta mereka sehingga Irene tidak mampu memutuskan.

"Carl tak pernah lupakan kau. Setiap masa dia ingat kau. Aku? Langsung dia tak peduli. Aku kalah dengan kau walaupun kau bekas kekasih dia. Aku isteri dia tapi aku tak mampu lawan kau."

Ayeshah sangat berharga bagi Carl. Jika boleh diputarkan masa, dia tidak mahu pisahkan Carl dengan Ayeshah. Dia tidak mahu melihat Carl kecewa dan terluka.

"ASSALAMUALAIKUM!!!" Eric mengetuk pintu rumah Carl dengan kuat. Tidak berhenti dia mengetuk pintu itu.

"CARL OHH CARL!! BUKALAH PINTU!! JANGANLAH BIARKAN KITA ORANG DEKAT SINI!!" Stephen juga turut mengetuk pintu itu bersama Eric. Daren, Xylon dan Cadee yang berada di belakang mereka itu sudah bengang.

Xylon menarik baju Eric dan Stephen. Terus terundur mereka berdua tatkala ditarik begitu oleh si Xylon.

"Kau diam boleh tak? Macamlah tak boleh ceroboh je rumah ni. Cadee ada kunci." Xylon menjeling. Ketuk pintu rumah macam nak datang raya pula.

"Lah? Tak cakap awal-awal. Buat sakit tangan aku je." Stephen membalas jelingan Xylon. Tangan orang dah merah baru nak bagitahu. Kalau bagitahu awal-awal, mesti tak merah tangannya.

Daren merampas kunci dari tangan Cadee lalu menolak kepala Stephen. "Semak je."

Pintu sudahpun dibuka oleh Daren. Laju Eric dan Stephen masuk ke dalam rumah itu. Puas mereka cari Carl di ruang tamu, namun tiada.

Dapur dituju. Terbeliak biji mata mereka berdua melihat Carl sedang seronok memasak.

"Wah! Sedap engkau memasak ya? Kau dengar ke tak Eric bagi salam tadi?!" Ujar Stephen sambil bercekak pinggang.

Carl memusingkan tubuhnya.

"Dengar." Jawabnya sepatah. Bukannya dia tidak dengar, cuma dia malas mahu membuka pintu.

"Habis tu, kenapa tak buka pintu?" Soal Eric bengang. Kita datang rumah dia beradab, tak mahu layan pula. Bila ceroboh, nanti cakap tak belajar adab waktu sekolah.

"Malas." Sepatah lagi jawapan Carl. Dia memasukkan maggi yang dimasaknya ke dalam mulut. Daripada melayan dua manusia yang tiada otak ini, baik dia makan.

"Wah wah! Kurang ajar kau ni." Eric menarik kerusi lalu duduk sambil menghadap ke arah Carl.

Carl menarik kerusi berhadapan dengan Eric. Dia menayangkan wajah selamba. Ingat dia kisah ke?

"Carl! Kau dengar tak?"

Makin bengang Eric dan Stephen dibuatnya.

"Aku dengarlah." Jawab Carl malas.

"Ish kau ni! Lepas kena tinggal dengan isteri, makin biadap." Stephen turut melabuhkan duduknya di sebelah Eric. Wajah Carl ditenung dalam.

"Diamlah bengap." Nampak sangat Carl malas mahu melayan Eric dan Stephen.

Pap! Pap!

Mulut Stephen dan Eric dipukul perlahan oleh Xylon.

"Kenapa kau ni? Tiba-tiba je pukul orang. Gila eh?" Stephen menjeling Xylon. Kita tak ada buat salah pun, tiba-tiba je kena pukul.

"Kau tu yang gila. Memang patut pun Carl tu tak buka pintu. Dapat tetamu macam kau ni menyusahkan tahu tak?" Xylon melabuhkan punggungnya di sebelah Carl.

"EH! KAU—"

Telinga Stephen ditarik kuat oleh Daren. Dari ruang tamu dia dengar suara Stephen dan Eric bergaduh dengan Carl.

"Kau tahu apa aku rasa sekarang ni?"

"Apa?" Soal Carl pelik. Waktu macam inilah dia nak meluah.

"Aku rasa menyesal bawa dua ekor beruk ni. Rasa macam nak order grab hantar dia orang balik." Daren menjeling Stephen dan Eric. Inilah kalau bawa bala ikut, menyusahkan.

"Ceh! Ingat boleh ke? Rumah Carl ni private. Tak ada siapa tahu. Hanya orang tertentu je tahu." Eric menayangkan wajah bangga. Idea bagus dah si Daren ni, tapi mustahil untuk order grab dari sini.

"Macamlah tak boleh call bodyguard ambil korang berdua." Ujar Cadee yang baru saja sampai ke dapur.

Carl hanya diam menikmati makanannya. Malas mahu ikut bergaduh.

"Kenapa korang datang? Nak ceramah aku?" Soal Carl. Apa lagi? Itulah yang mereka akan buat setelah Irene pergi meninggalkan Carl. Ceramah, ceramah, ceramah. Macam tak ada kerja lain.

"Tahu pun. Baguslah kalau dah tahu. Senang kerja kita orang." Eric tersenyum manis. Macam tahu-tahu aje orang nak ceramah dia.

"Bosanlah dengar ceramah korang. Asyik-asyik benda yang sama." Carl mengeluh. Memang benda yang sama setiap hari.

"Benda yang sama itulah yang kau akan buat nanti, Carl." Ucap abang Carl iaitu Cadee. Puas dia menasihati adiknya, namun masih sama. Keras hati anak bongsu Calvin dan Earlane ni.

"Buka hati untuk Irene? Aku dah cubalah, Erlan. Aku dah buka hati untuk dia, tapi dia sendiri buat hati aku tertutup semula." Carl menjeling. Entah berapa kali dia nak beritahu ini kepada Cadee.

"Takkan cuba sekali je, Carl? Cubalah banyak kali." Stephen menongkat dagunya memandang lama wajah Carl.

Carl memutarkan bebola matanya. Serabut dengan orang sekeliling yang tidak habis-habis memaksanya.

"Kau carilah dia, Carl. Dah seminggu. Mana usaha kau? Takkanlah dia sorang je yang berusaha nak pertahankan rumah tangga korang berdua? Tak adil macam tu." Panjang ayat Daren. Bukan senang dia nak nasihat orang ni.

"Kau cakap dengan aku. Mana aku nak cari dia?" Carl menolak pinggannya yang telah kosong itu.

Xylon menarik kepala Carl memandang wajahnya.

"Kau ni sedar ke tak sebenarnya?"

Kepala Carl dipusing ke arah Daren.

"Tu. Kawan kau tu hacker tau? Bukan sorang je."

Kepala Carl dipusing pula ke arah Stephen.

"Itu pun sama. Walaupun nampak dia macam tak berguna, tapi dia pun hacker."

Tamparan diberi pada Carl. Pipinya yang ditampar oleh Xylon itu diusap.

"Borak macam aku ni bodoh sangat." Ujar Stephen perlahan.

"Luaran bodoh, dalaman mantap." Ucap Eric sambil memeluk Stephen. Inilah sahabatnya, nampak saja tidak berakal, tetapi posisinya di Echos sangatlah penting.

"Kau nak cari dia tak? Kalau nak, aku inform budak." Soal Cadee. Dia perlu dengar jawapan Cark dahulu sebelum mula bertindak.

Lama Carl berdiam diri. Dia bukannya tidak mahu cari, tetapi Irene akan bahagia tanpa dia.

"Tak." Jawab Carl dan terus bangkit dari duduknya.

"Jantan tak guna." Ujar Eric selamba. Tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu kuat. Namun ianya jelas kedengaran di telinga mereka semua.

To Be Continued

—Maaf mengarut. Saya cuba untuk complete kan cerita ni cepat sebab semangat nak menulis saya semakin lama semakin menghilang. Dia pergi healing agaknya.

—Kalau ada typo, bagitahu saya. Kadang saya terlepas pandang.

Continue Reading

You'll Also Like

306K 15.9K 52
Alvin Rafael. Cinta ? Tiada perkataan cinta dalam kamus hidupnya lagi. Cintanya sudah lama mati. Hatinya sudah lama dibunuh. Dulu, gadis itu bagaik...
831K 43.4K 63
✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 1st badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ 𝐊𝐚𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐚𝐤𝐮.❞ Er...
1.1M 64.9K 60
Mr Mama Series🌷 --- -"A King who was never stop to love his Queen"- PERKAHWINAN atas dasar cinta buatkan Illyana terjerat sendiri di dalam istana bi...
166K 10.5K 40
Disaat gadis tu ditimpa kesusahan, si dia datang menghulurkan bantuan. Sehingga lah suatu hari si hero datang menyelamatkan keadaan. "We meet again s...