𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

arysslavhh द्वारा

461K 26.9K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... अधिक

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
02 || ERDEN'S ✧.*
03 || ERDEN'S ✧.*
04 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
08 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
15 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
24 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
30 || ERDEN'S ✧.*
31 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
34 || ERDEN'S ✧.*
35 || ERDEN'S ✧.*
36 || ERDEN'S ✧.*
37 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
40 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
42 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
45 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
47 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
57 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
59 || ERDEN'S ✧.*
60 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
65 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
67 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

56 || ERDEN'S ✧.*

7.1K 594 172
arysslavhh द्वारा

2 BULAN KEMUDIAN...

Carl membuka pintu utama rumahnya. Terkaku dia melihat wajah isterinya berdiri tercegat di hadapan pintu.

"Erden Carl.." Panggil Irene perlahan. Dia tersenyum kecil lalu menarik tangan Carl duduk di gazebo luar rumah.

Carl hanya merelakan saja dirinya ditarik. Selama 2 bulan ini, Irene sudah banyak berusaha untuk memikat hatinya. Malah hatinya masih sama. Tiada sedikitpun ruang untuk Irene.

"Kau nak apa datang rumah aku?" Soal Carl dengan nada yang kurang gemar.

Irene tersenyum. Dia melepaskan pegangannya. Dia melabuhkan punggungnya sebelum dia membuka mulut.

"Hari ni.. Hari anniversary kita." Ucap Irene lalu mengeluarkan satu kotak kecil yang berwarna hitam.

Tangan Carl ditarik perlahan. Carl terus melabuhkan duduk di sebelah isterinya.

Penutup kotak itu dibuka. Irene mengeluarkan seurat gelang. Tangan suaminya ditarik ke peha.

Carl hanya memandang saja isterinya yang sedang memasang gelang itu. Jelas dari riak wajahnya, tiada reaksi.

"Ini.. Hadiah anniversary kita yang ke 5 bulan.." Ucap Irene lalu menolak perlahan tangan Carl.

"You ingat tak tarikh ni tarikh kita nikah?" Soal Irene. Lama dia menunggu Carl menjawab. Namun hampa, Carl hanya mengunci mulutnya.

"Apa tujuan kau datang sini, Irene Melissa?" Soal Carl dalam nada yang tegas. Dia mahu ke office. Nampaknya dia lewat masuk office hari ini disebabkan si isteri yang tiba-tiba muncul di hadapan pintu rumahnya.

"Selama 2 bulan I pujuk you.. Macam-macam I buat. I masak untuk you, I buatkan kek untuk you. Tapi you tak pernah pandang apa yang I buat. Senang kata, usaha I selama ni sia-sia je.." Ujar Irene seakan kecewa. Bukan sekali dia usaha untuk pikat semula hati Carl, malah berkali-kali.

"Oh.. Kau datang sini sebab nak ungkit semua benda yang kau buatlah? Kau nak aku buat apa? Terima kau?" Dalam nada sinis Carl berkata. Irene hanya tersenyum tawar.

Laju Irene menggeleng kepalanya.

"Tak. I tak nak you buat apa-apa. I cuma—"

Dia mengeluarkan kad kredit Carl yang diambil dahulu. Dia meletakkan kad itu di tangan Carl.

"Ini.. Kad yang I ambil tanpa pengetahuan you. I pulangkan balik kad ni. I minta maaf sebab curi kad ni dari you.." Irene menunduk. Dia tahu ini salahnya. Walaupun dia isteri yang sah kepada Carl, namun dia tiada hak mahu mengambil apa-apa barang Carl.

Carl memandang kad itu sekilas saja.

"Lagi? Itu je?"

Sekali lagi Irene melakar senyuman kelat di bibirnya.

"I nak you jujur dengan I.. Walaupun I tahu jawapan you akan menyakitkan hati I.. But I nak sangat tahu.. And I harap I dapat jawapan yang boleh buat I happy.." Ujar Irene dengan penuh harapan Carl memberinya jawapan yang positif.

Carl menatap wajah isterinya.

"Apa?" Soal Carl. Dia seakan dapat tahu apa soalan yang bakal ditanya oleh si isteri.

"You sayangkan I tak?"

Carl tersenyum kecil. Dia sudah tahu soalan itu yang bakal keluar.

"Carl? You dengar tak apa yang I cakap ni?" Soal Irene apabila dia melihat suaminya diam.

"Kau bagi aku sebab kenapa aku kena sayangkan kau.."

Berkerut dahi Irene mendengar. Nak sayang orang pun kena ada sebab ke?

"Sebab I isteri you?" Irene menaikkan kening kanannya.

"Kau rasa sebab tu kukuh ke untuk aku sayangkan kau?"

Bengang Irene dibuatnya. Apa kena dengan suaminya ini?

"Habis tu? Sebab apa lagi? You ni mabuk ke apa? Tak akanlah nak sayang orang pun kena ada sebab?" Irene menjeling. Gila betullah suaminya ini.

"Memang. Aku tak ada sebab untuk sayang kau." Carl mengalihkan pandangannya ke arah lain. Malas mahu memandang wajah Irene.

"Okay. Sekarang you pula bagi I sebab kenapa you tak sayangkan I." Irene menjeling Carl dari hujung matanya.

Carl turut membalas jelingan isterinya.

"Cepatlah cakap! Tadi you soal I, sekarang biar I pula soal you!" Irene menggoyangkan tubuh suaminya.

Mahu pening Carl dibuatnya. Sudahlah dia tengah serabut dengan kerjanya, ini isterinya menggoncang tubuhnya pula.

"Berhenti, Melissa! Pening kepala akulah!" Carl menolak tubuh Irene. Serabut!

"Jawablah! Apa lagi yang you tunggu?!" Irene memandang tajam wajah Carl.

"Satu...Kau tipu aku.. Dua.. Kau tak pernah anggap aku ni suami kau.. Tiga—"

Irene menutup mulut Carl dengan tapak tangannya.

"Habis you tu? You pernah ke anggap I ni isteri you?" Irene mendekatkan wajahnya dengan Carl.

"Kalau kau anggap aku ni suami kau.."

Mata Carl jatuh pada perut Irene yang sudah membulat itu.

"Tu. Perut kau tu tak akan besar sebab mengandung anak lelaki lain." Carl menjeling.

Irene memuncungkan mulutnya. "You ni tak habis-habis cakap pasal kandungan I. Kalau you nak anak, cakap jelah. I boleh mengandungkan anak you lepas I bersalin."

Irene terus melakar senyuman menggoda.

"Diam. Kotor otak kau ni." Carl menjeling. Wah, perut tengah bulat pun sempat lagi fikir nak mengandung lagi.

"Ish! Cepatlah cakap lagi. Apa sebab you tak sayangkan I?" Irene masih tidak berputus asa mahu mendengar jawapan suaminya.

"Kau.. Bukan perempuan pilihan aku."

Terdiam Irene mendengar itu. Selama ini, Carl masih cintakan Ayeshah, bukannya dia.

"Sampai macam tu sekali? You masih sayangkan Ayeshah kan?" Irene memandang wajah Carl dengan penuh harapan Carl menidakkan soalannya.

"Sayangkan Zahra? Tak. Kalau aku masih sayangkan dia.. Sampai sekarang aku masih meroyan. Kau tengok aku sekarang.. Kau ada nampak aku meroyan ke?"

Irene mengeluh. "Habis tu? You dah sepenuhnya lupakan Ayeshah?"

Carl menggeleng.

"Aku dah tak sayangkan dia. Tapi hati aku masih ada nama dia.. Kau faham kan?"

Perlahan-lahan Irene mengangguk.

"Irene.. Kau berhak dapat lelaki yang jauh lebih baik dari aku. Aku bukan suami yang baik. Aku tak layak untuk kau. Aku gagal bimbing kau.." Carl membetulkan rambut isterinya yang sudah serabai itu.

"Kalau aku cakap aku tak nak tengok muka kau lagi, kau boleh pergi dari hidup aku tak?"

Soalan Carl itu membuatkan Irene terdiam. Jadi benarlah, Irene memang tiada dalam hati Carl.

"You nak I pergi dari hidup you? You.. Nak ceraikan I?" Soal Irene dalam nada yang agak perlahan.

Carl mengangkat bahunya sebagai tanda tidak pasti.

"Carl... I sayang you.." Jujur Irene.

Senyuman kecil mulut terbit di bibir Carl.

"Tapi aku tak sayangkan kau."

Tergamam Irene mendengar pengakuan Carl. Selama 5 bulan dia bersama Carl, tak akanlah Carl langsung tidak sayangkan dia?

"You.. Tak tipu? Tak akanlah selama kita berkahwin, you tak pernah sayangkan I?" Soal Irene kecewa. Maksudnya, selama ini hanya dia seorang saja yang menyayangi Carl? Malah dirinya tidak disayangi langsung?

Carl menggeleng.

"Aku cuba untuk cintakan kau dan sayangkan kau. Tapi makin aku cuba, kau makin sakitkan hati aku. Hati aku banyak terluka sebab kau. Aku dah cuba, Irene.. Tapi aku gagal." Carl melakar senyuman kecil di bibirnya. Bukannya dia tidak cuba, malah hati tidak boleh dipaksa. Jika dia kata tidak, maka tidaklah jawapannya.

Irene mengangguk.

"Tak apa. I faham. Bukan senang nak buka hati untuk perempuan yang tiba-tiba datang dalam hidup you. Lagipun, I ni bukan perempuan pilihan you kan?" Tergelak kecil Irene dibuatnya.

"I sepatutnya sedar diri. I dengan Ayeshah jauh berbeza. Dia bertutup, I ni terdedah. I keluar dengan lelaki sana sini, tapi dia? Dia jaga batas dia. Sekarang I tahu kenapa you susah sangat nak lepaskan dia sedangkan I ada depan mata you. I isteri you yang sah tapi you masih tak boleh lupakan Ayeshah.." Ucapnya dengan kecewa. Dia sepatutnya sedar dari awal yang dia sangat tidak layak untuk Carl.

"Kau pun boleh bertutup macam dia. Mungkin jadi lebih baik dari dia. Cuma kau salah pilih pembimbing. Kalau kau pilih lelaki lain untuk bimbing kau, aku rasa kau dah tak pakai baju terkoyak sana sini ni.." Carl menarik baju isterinya yang paras lutut itu. Macam mana dia nak bimbing Irene kalau dirinya pun masih berada di jalan yang salah?

"I tak salah pilih lelaki. You pun boleh bimbing I cuma kita berdua sama je. Kita masih tak dapat hidayah. You membunuh, I menyundal dengan lelaki lain. Dua-dua sama je kan?" Irene tersenyum. Patutlah hubungan mereka dari awal lagi bermasalah, rupanya diri mereka yang bermasalah. Macam mana nak dapat keredhaan dari Tuhan jika mereka masih sesat?

"Aku tak membunuh. Dah lama aku berhenti dari kerja tu." Carl menafikan. Namun betullah apa yang dia cakap, dia sudah tidak bertugas sebagai pembunuh.

"You.. Dah berhenti dari Echos?" Soal Irene hairan. Setahunya, mereka semua terkenal sebab Echos Cédric.

Carl mengangguk.

"Mafia? Huh." Carl tergelak.

"Benda tu bukan pilihan aku dengan Erlan. Kita orang berdua memang tak nak buat kerja tu. Tapi mummy yang paksa." Jelas Carl. Sudah lama mereka tidak pergi memburu.

Irene mengangguk faham. Patutlah selama dia bersama Carl, dia tidak pernah melihat Carl pulang bersama darah.

"Carl.. I nak minta something boleh? But you kena janji yang you tunaikan permintaan I.." Terkebil-kebil Irene memandang Carl. Berkerut dahi Carl dibuatnya.

"Apa dia? Kau ni macam-macamlah.." Carl mengeluh. Banyak songeh budak ni.

"Alaa sekali je. I takut nanti you rindu I." Irene tersenyum.

"Iya.. Kau nak apa? Aku janji aku tunaikan.."

Terus lebar senyuman Irene. Dia mendekatkan dirinya dengan Carl.

"I nak peluk you boleh? Dah lama I pendam." Irene mengelipkan matanya berkali-kali.

Terjongket bibir Carl mendengar permintaan Irene.

"Mengidam ke apa ni? Kau mengidam nak peluk aku eh?" Soal Carl. Biasanya orang mengandung ni mengidam benda pelik-pelik.

Irene mengangguk.

Carl tergelak kecil. Dia mendepakan tangannya luas.

"Come." Ucap Carl sebelum tersenyum.

Laju Irene memeluk erat tubuh suaminya. Tangan Carl naik mengusap rambut Irene.

"I minta maaf atas apa yang I dah buat pada you dan Ayeshah.. I tahu itu silap I.. I dah dapat balasan sekarang.." Ucap Irene sambil memeluk erat suaminya.

"Apa balasannya?" Soal Carl hairan.

"Suami I tak pernah pandang I. Dia tak pernah buka hati untuk I. Sekarang I menyesal sebab hancurkan hidup orang lain. Akhirnya, hidup I sendiri yang hancur." Ujar Irene perlahan. Dia sedar semua silapnya. Dia tidak sepatutnya bunuh Ayeshah.

"Aku boleh maafkan kau, Bee. Bagi aku masa.. Boleh?" Ujar Carl sambil membelai rambut Irene.

"Terlalu banyak masa I bazirkan semata-mata untuk pikat hati you. Sekarang, I dah tak nak bazirkan masa I. You nak I pergi dari hidup you kan?"

Irene melepaskan pelukan. Dia menatap wajah suaminya.

"I akan pergi dari hidup you." Irene tersenyum tawar. Inilah tujuan utamanya berjumpa dengan Carl. Setelah 2 bulan dia berperang dengan hati dan masa, akhirnya, Dia mengalah..

"Kau... Dah putus asa? Kau dah mengalah?" Soal Carl tidak percaya. Setahunya, Irene bukanlah seorang perempuan yang cepat putus asa dan mengalah.

Irene mengangguk.

"Betullah apa you cakap. Hari ni, I mengalah.. I dah putus asa untuk dapatkan you, Carl.."

Secara tidak langsung, air mata Irene jatuh membasahi pipinya.

"I takut sangat Carl.. I takut bila I tak mampu nak pertahankan rumah tangga kita lagi. Tapi bila I tengok you, hati I pun sakit. You tak pernah pertahankan I. Sekali pun you tak pernah pertahankan rumah tangga kita. You tak sedar, sebenarnya kita berdua sakitkan hati sendiri.." Laju air matanya mengalir. Sejujurnya, dia tidak mahu berpisah dengan Carl. Namun apa yang dia boleh lakukan? Carl langsung tidak mahu bahagia dengannya.

"I nak you lepaskan I pergi walaupun you tak ceraikan I.. I nak cari kebahagiaan I sendiri. I nak you cari kebahagiaan you. I tahu I bukan kebahagiaan you.."

Tangan Carl naik mengusap air mata Irene. Irene hanya diam. Dia biarkan saja Carl bertindak begitu.

Kepala diangguk. "Pergilah mana kau nak pergi, Bee.. Aku minta maaf sebab tak mampu bimbing kau.. Aku tak mampu jadi yang terbaik untuk kau.. Untuk anak kau.."

"Kalau kau dah jumpa lelaki yang boleh jaga kau.. Datang sini semula. Aku lepaskan kau.. Kau boleh pergi bahagia dengan lelaki pilihan kau.." Ucapnya dan terus menarik Irene ke dalam pelukan.

"Aku sayang kau, Bee. Maafkan aku sebab tak mampu jujur. Aku nak tengok kau bahagia. Aku tahu kau tak pernah bahagia dengan aku." Bisik hati Carl. Dia hanya mampu berkata dalam hati. Dia tidak mampu meluah kata itu di hadapan Irene.

Pelukan dilepaskan. Carl menyeka sisa air matanya isterinya.

"Hari ni.. Genap 5 bulan perkahwinan kita.. I mengalah, Carl.. Jujur, I tak mampu nak pikat hati you lagi.." Ujar Irene sebelum dia tersenyum. Carl mengangguk. Dia faham dan setuju dengan keputusan Irene.

"Jaga diri kau. Bila dah jumpa yang lagi baik, datang pada aku semula tau?" Carl membetulkan rambut Irene.

Irene tidak menjawab. Dia hanya diam tanpa reaksi. Dia bangkit dari duduknya. Tangan Carl ditarik lalu dicium.

"Maafkan semua salah I. Halalkan semua yang you pernah beri pada I. I sayang you, Erden Carl.." Ujar Irene lalu melangkah pergi jauh dari Carl.

Carl hanya memandang isterinya yang sudah menjauh dengan anak mata. Perlahan-lahan dia tersenyum.

"Aku pun sayangkan kau, Irene Melissa."

To Be Continued

Nak sambung lagi atau nak end dekat sini je?

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

260K 18.7K 54
Pernah dengar pasal right person,wrong time? Sakit? Semestinya. Tapi nak tahu apa yang lagi sakit? Right person,not the same religion...
626K 31.5K 68
CINTA MAISARAH Peristiwa satu malam yang terjadi tanpa niat dia dengan seorang lelaki. Hidup dia tidak berubah kelam selepas kejadian itu, malah lebi...
1.7M 67.3K 74
[ Book 3 ] • 𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐭𝐡𝐞 𝐝𝐞𝐯𝐢𝐥 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐫𝐢𝐭𝐞 • Randika Daniel- sebaris nama, dua patah kata namun siapa sangka mampu menggerunkan hati y...
469K 24K 59
𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan...