Projek high council : Penjara...

By saekisakuma

16K 763 449

Setting : 3 years after kudrat Semua orang ada penjara masing-masing. Tak kiralah jenis macam mana sekali pun... More

Chapter 1: Nightmare
Chapter 2 : Closure
Chapter 3: confession
Chapter 4 : Tattoos and Marriage
Chapter 5 : Tattoos and Marriage part 2
Chapter 6 : The blue butterfly...
Chapter 7 : Walk down into your memory lane
Chapter 8 :Walk down into you memory lane part 2
Chapter 9 : Broken 🔞
Chapter 10 : Asam Pedas
Chapter 11: Sayang... I will wait for You
Chapter 12 : Arrival
Chapter 13 : Origami
Chapter 15: The one who got away.
Chapter 16 : Resentment
Chapter 17 : Mirror
Chapter 18 : One of us is lying part 1
Chapter 18 : One of us is lying Part 2
Chapter 18 : One of us is lying Part 3
Chapter 19 : Road to Redemption part 1
Chapter 19 : R.T.R ( 3rd origami) part 2
Chapter 20 : Dear Fakri part 1
Chapter 20 : Dear Fakri Part 2
Chapter 21: Coming Home
Chapter 22: The Love Letter
Chapter 23: The Greatest Showman
Side story 1: Dear Kahar - Nukilan isi hati sang Junior
Epilogue Part 1 : Walking on The Glass
Epilogue Part 2 : The Clown who doesn't Laugh anymore
Epilogue Part 3 : The Messenger
Epilogue Part 4 : Dancing with Your Ghost
Epilogue Part 5 : Merciless
Medusa in Manila🔞/ Retaliation Arc Intro
Book 2

Chapter 14 : Guilt

327 26 22
By saekisakuma

Kudrat - 2006;

"Macam mana kita nak selesaikan masalah ni? Kesian parents Azam datang jauh-jauh nak settlekan Azam dekat hospital. Tuan-"

Seorang lelaki duduk tidak jauh dari meja pengetua, tongkat yang sentiasa setia menemani disisinya diletakkan di atas meja.

Dia mengeluh, wajah tuanya kelihatan begitu letih sekali. Selama ini dia banggakan maruah keluarga yang setiasa nampak terhormat dan penuh integriti pada semua orang. Tapi kini? Dia harus mencemar sendiri maruahnya, dengan sekeping cek yang langsung tiada nilai jika untuk ditukarkan dengan nyawa manusia yang tak ternilai harganya.

Di mana dia harus meletakkan muka dia sekarang? Apa kawan-kawan terhormatnya akan bercakap mengenai dia sanggup memberi rasuah agar pihak sekolah dan juga ibu bapa Azam untuk menutup mulut.

Dia bingkas bangun dari kerusi yang ditempatinya. Membetulkan kot baju serta songkoknya.

"Tuan?"

"Beritahu saya jika jumlahnya tidak cukup. Saya akan hantar lagi. Awak tahu nak uruskan hal ni macam mana."

Sang pengetua hanya tersenyum sinis. Apakah bila sudah melibatkan nyawa pun... masih menjadi transaksi wang yang bagaikan tak berhati perut untuk menyelamatkan diri masing-masing? Sesungguhnya tiada keadilan yang bisa diandalkan jika sudah melibatkan kuasa wang ringgit. Dia hanya mampu bersimpati pada keluarga Azam.

"Mengenai Kahar, Tuan?"

"Saya tak akan jejakkan kaki ke sini lagi. Awak faham maksud saya."

Lelaki tersebut melangkah dengan perasaan yang berat. Harapannya hancur. Dia harus menerima semua hukuman tersebut jika tidak mahu anaknya hidup di sebalik tirai besi.

Sebaik sahaja kakinya melangkah di hadapan lobi, dia melihat anak lelakinya sudah menunggu di dalam kereta dengan wajah yang bengkak dengan lebam dan tanggisan. Tradisi kudrat yang buat anaknya tak jadi seperti manusia sudah. Sepatutnya tradisi tu sudah lama terhapus sejak zaman dia lagi!

"Aku hantar kau pergi Manila. Kau duduk situ dengan abang kau."

"Ayah-"

"Kalau kau bantah. Kau dipersilakan keluar dari rumah dan buat macam kau dah mati. Kau jangan balik lagi. Keluarga kita tiada tempat untuk orang macam kau."

Kahar tak mampu menahan tanggisnya sendiri. Tak cukup lagi dengan apa yang dah berlaku. Dia sendiri juga sudah hancur. Tak mampukah seorang bapa meruntuhkan egonya dan sekurang-kurangnya memeluk dan memberitahu bahawa semuanya akan jadi baik-baik sahaja?

Dia yang sudah diusir. Dia yang harus menanggung dosa. Salahkah dia untuk cuba menagih kasih walaupun untuk kali terakhir?

-
-
-
-
-

Somewhere else - 2009;

Bunyi dentuman keras mengejutkan dunia mimpinya. Gelap. Dia bangun dengan pandangannya masih berpinar-pinar. Kepalanya sakit akibat bangun secara mengejut tadi. Belum sempat pun dia mengumpul nyawanya, dia dikejutkan dengan satu suara yang datang dari satu arah.

"Jangan risau... itu Hakeem. Dia jatuhkan kayu untuk kita bakar malam ni. Kau macam mana?"

Suara garau yang cukup dikenali oleh Kahar, dia melihat Areez yang sedang mengasah sebatang kayu untuk membuat bahagian hujungnya menjadi tajam. Lelaki yang lebih muda daripdanya masih tidak berpaling ke arahnya, tetapi Kahar dapat melihat yang keadaan Areez juga tak ubah sepertinya.

Bagaikan orang yang kurang waras.

Kemudian dia mendengar suara kekehan daripada Areez. Seolah-olah sedang mengejek dan menyindir bahawa kahar tak layak menilai dirinya sedangkan Kahar juga berada di dalam situasi yang sama.

"Nampak gayanya... dosa lama akan terus menghantui kita, betul tak kapla?"

Kahar mengetap giginya, uratnya mula timbul.

"Jangan panggil aku dengan nama sial tu lagi!"

Areez ketawa keras. Suaranya meledak kuat di seluruh ruangan. "I see... nampaknya bukan aku sorang yang nak lupakan kenangan pahit yang kita lalui dekat kudrat betul?"

Kahar cuba untuk bangun, tapi badan dia semua rasa sakit-sakit lalu dia pasrahkan sahaja untuk terus berbaring dan menatap siling ruangan ini.

"Kahar, kenapa kau cari aku?"

"Untuk selesaikan apa yang aku masih belum lunaskan dengan kau."

"Sampai sini?"

"Kau tak boleh salahkan aku bila kau yang bawak diri sampai jauh ke sini. Kau memang nak hidup macam ni je ke sampai bila-bila?"

Kahar tak tipu bila dia tengok dalam ruangan yang dia boleh describe kan sebagai bilik pun... hanya ada tilam usang (yang dia tengah baring sekarang ni). Sebuah kerusi, meja tulis dan beberapa buah buku yang Kahar tak dapat nak baca tajuknya kerana gelap.

Oh cakap pasal gelap. Tempat ni tak ada elektrik ke? Satu-satunya sumber cahaya yang ada ialah datangnya dari sebatang lilin dan lampu minyak tanah. Ya tuhan, memang Areez rela betul duduk kat tempat serba serbi daif macam ni.

Areez tersenyum sinis. "Nak macam mana lagi? Macam ni jela. Aku tak layak untuk hidup dengan masyarakat. Aku ni binatang... kau tak tahu ke? Aku ni-"

"Perogol?"

Keduanya terdiam seketika. Pemuda yang masih mengasah kayunya mengeluh. "Kau tak patut datang sini. Aku dekat sini pun, hanya untuk menjalani hukuman aku."

"Kau yang buat hukuman kau sendiri." Kahar mencibir. Padanya Areez bukan menjalani hukuman, tetapi melarikan diri! Sama sahaja seperti dirinya. Menggunakan alasan menyakitkan diri sendiri sudah cukup untuk mendapatkan penghapusan dosa.

Macam yang Hakeem cakap. Mereka memang tak layak.

Melihatkan Areez mendiamkan diri. Kahar tahu yang dia sudah melampaui batasan. Jadi dia memutuskan untuk turut berdiam diri. Sejujurnya, dia tak tahu bagaimana untuk melunaskan hutangnya dengan Areez.

Terlalu banyak. Dia sampai tak tahu mahu mulakan dari mana!

Tak lama kemudian, Areez menyalakan sebatang lilin dan meletakkan di atas meja. Dia keluar dari ruangan tersebut sambil membawa lampu minyak tanahnya.

"Aku keluar kejap tengok Hakeem. Kau rehat la dulu. Darah kau baru kering, kau jatuh pun nasib baik landing atas rumput dan bukan batu. Esok, first thing in the morning, aku dah tak nak tengok korang kat sini lagi. Anggap je aku dah mati. Korang boleh teruskan apa yang korang nak buat... tapi jangan libatkan aku lagi."

Kahar terdiam lagi, dia tak henti melihat ke daun pintu sehingga kelibat Areez betul-betul menghilang. Jujur dia tak terasa hati dengan usiran halus Areez, dia sepatutnya lebih tahu bagaimana peritnya apabila masa silam masih menghantui.

Setelah hampir setengah jam berperang dengan dirinya. kahar memutuskan untuk mengorak langkah menuju ke meja tulis Areez. Dia harus mula melakar rancangan untuk memujuk Areez supaya keluar dari sini. Tetapi dia perlukan alasan yang cukup kuat untuk membuat Areez dengan rela hati mengikut mereka. Lagipun bukankan alasan dia pulang ke Malaysia untuk membantu teman-temannya? Jadi semudah itukah kahar mahu mengaku kalah?

Ini baru Areez, kahar... kau belum jumpa lagi Naim... Fakri... kalau yang ni pun kau dah rasa letih dan tak mampu.... Atas tujuan apa kau balik sini Kahar? Baik kau duduk ke kat Manila tu diam-diam sampai kau mampus.

Dia menarik perlahan kerusi tersebut, bimbang jika bunyi geseran kaki kerusi pada lantai akan menarik perhatian Areez. Kahar meraup wajahnya dengan kasar, sambil meneliti keadaan meja Areez. Seakan mencari jejak kehidupan Areez melalui barang-barang peribadinya.

Dia terjumpa sebuah buku yang tidak disusun atur sekali dengan buku-buku yang lain. Buku tersebut di letakkan secara terbalik dan disandarkan pada lampu meja belajar yang menggunakan panel solar menggantikan pengunaan bateri pakai buang.

Kahar mengambil buku tersebut dan melihat tajuknya. '1984 by George Orwell'. Dia menaikkan alisnya. Kat mana dia pernah nampak nama penulis ni ya? Siapa di antara mereka pernah baca buku yang ditulis oleh George Orwell? Areez ke? Tapi rasanya Areez bukanlah ulat buku semasa di kudrat dulu.

Lagipun buku-buku yang mengkritik soal kebebasan hak bersuara, equality, agenda politik dan brainwash ni terkadang terlalu berat untuk Kahar hadam dan kadang-kadang, membuatkan Kahar berasa agak 'tersindir'. Tapi itu tak membuatkan Kahar mengutuk tentang kebenaran dalam bentuk literasi yang cuba disampaikan oleh penulis.

"The party told you to reject the
evidence of your eyes and ears. It was their final, most essential command."
- George Orwell, 1984


Buktinya? Kahar rasa tersindir bukan? Bayangkan jika orang yang berada di dalam situasi seperti buku tersebut, tak kiralah yang menindas atau yang ditindas. Mereka akan mengutuk atau memuji akan kebenaran yang disampaikan oleh buku tersebut. Nak tahu bagaimana? Cubalah baca dahulu, kemudian anda dibenarkan mengambil sekeping kertas dan mencoret apa yang anda rasa selepas membaca buku tersebut.

So... back to the story. Kenapa Areez ada buku ni? Dan kenapa kedudukannya diletakkan agak berbeza dengan buku- buku yang lain?

Mungkin....

Clakk... sreet...

Dua keping gambar terjatuh di sebalik helaian buku tersebut di saat Kahar cuba membuka 1984. Anak matanya melihat gambar kenangan geng high council semasa eranya menjadi kapla.

Dia tersenyum hambar. Wajah-wajah yang sangat dirindukannya. Matanya mula berkaca, rongga pernafasannya mula rasa tersumbat.

Biarpun sekuat mana dia menjerit dan berharap agar dia boleh kembali ke masa lampau. Kekayaan yang selama ini dia dapat pun masih tak mampu membeli masa-masanya ketika berada di kudrat.

Sesungguhnya dia rindu.

Dia membawa gambar itu dan menghirup bau kad gambar yang licin itu pada deria pernafasannya. Beberapa kali dikucupnya agar rindunya boleh diluapkan walaupun hanya pada sekeping gambar.

Seluruh perhatian Kahar beralih pula pada sekeping lagi gambar yang terjatuh tak jauh di atas meja. Sebaik sahaja matanya merenung pada gambar tersebut, wajahnya sudah berubah menjadi pucat pasi. Bagaikan bukan hanya darah yang hilang di wajahnya, agaknya hampir sahaja bola matanya tercabut dari soket matanya.

Dia mengerdipkan matanya beberapa kali. Sama ada percaya atau tak sahaja. Come on Kahar. Bagitahu diri kau sendiri, adakah kau terlalu shock sehinggakan kau lupa kejadian apa lagi yang berlaku di kudrat tanpa sepengetahuannya?

"APA YANG KAU BUAT NI?!"

suara jerkahan Areez membuatkan Kahar tersentak dan mula menjauhi Areez. Dia nampak wajah Areez yang bengis berdiri di daun pintu dan sebelah tangannya yang memegang parang.

"Apa yang aku dah buat Areez? Kau boleh jelaskan pasal gambar ni Areez?"

Dia melayangkan gambar tersebut pada Areez. Dia tak boleh berundur sekarang. Dia harus dapatkan jawapan dari Areez dengan segera. No more secrets. No more agenda. Malam ni malam penentuan dan harus ada noktah pada cerita Areez!

Kahar melihat Areez cuba untuk bertenang. Dia.sedang.mencuba. Hakeem yang terkocoh-kocoh berdiri di belakang Areez, terpinga-pinga kerana tiba-tiba dari luar rumah dia mendengar suara Areez melengking. Hakeem dah berdoa dalam hati supaya confrontation mereka berakhir dengan damai. Haih... tapi nampaknya nak jugak settle dengan buku lima.

"Kau bagitahu aku Areez... kenapa kau boleh ada gambar ni? Kenapa Fakri berdiri dekat atas bangunan tu? Apa dia nak buat? Did you even try talk to him?!"

Kali ini nampak yang Areez dah tak mampu, dia dah letih. Matanya juga dah mula memerah. Dia tiba-tiba jatuh terduduk, dia dapat rasakan tangan hakeem yang menggosok belakangnya untuk tujuan menenangkannya. Sumpah dia terasa nak nangis sekarang ni.

"AREEZ! JAWAB AKU! FAKRI ADA DEKAT MANA SEKARANG NI?!"

"AKU TAK TAHU! AKU TAK TAHU DIA ADA DEKAT MANA!!! LAST TIME AKU JUMPA DIA-"

Kahar dan Areez sama-sama menahan nafas. Di pihak Kahar dia tak sanggup mendengar kemungkinan yang akan keluar dari mulut Areez. Di sisi Areez pula, dia cuma tak nak ingat apa yang dah jadi. Baginya biarlah dia menyimpan satu-satunya kenangan yang dia ada mengenai Fakri.

Hakeem melihat Kahar. Dia harap sangat Kahar faham dari sorot matanya. Dia berharap agar Kahar tenang dan cuba untuk memberi masa pada Areez. Tapi maaf untuk Hakeem, kahar dah cukup beri masa dan dah cukup banyak masa yang terbuang. Cukup kesabarannya yang dia simpan dan meletus begitu sahaja saat dia melihat gambar Fakri dalam keadaan sebegitu. Yang dia nakkan sekarang adalah jawapan.

Jawapan daripada Areez, untuk Kahar connect the dot tentang apa kemungkinan yang sudah berlaku pada Naim dan Fakri.

"Last time apa dia.. Areez? Aku nak tahu je... hari kau ambik gambar ni... dia- adakah dia- "
Kahar menutup matanya. Dia tak dapat nak bayangkan. Dia rasa nak menangis. Dia rasa benannya kian bertambah. Kalau betul la apa yang dia sangkakan.

Dia masih belum bertemu dengan Fakri.

Banyak benda yang dia nak cakap dengan Fakri.

Ada banyak soalan dan jawapan yang dia mahu tanyakan pada Fakri.

Macam mana dia nak mintak maaf dekat Fakri? Terlebih lagi pada Naim? Dia sujud macam mana sekali pun... dosa dia...

Areez melihat gambar tersebut yang berada di tangan Kahar. Dia ketawa dalam sebaknya.

Hari itu... walaupun cuaca agak mendung. Fakri berdiri di atas pinggir bangunan tersebut. Melihat permandangan di situ dengan tatapan yang kosong. Dia tak sedar pun akan kehadiran Areez yang berada tak jauh daripadanya.

Dia cuba memanggil nama Fakri, namun rasanya pendengaran Fakri juga sudah ditulikan. Dia sudah tak kuasa mendengar hiruk pikuk dunia yang selalu bertindak tak adil padanya. Jadi dia putuskan untuk berada di dalam dunia sendiri.

Hari itu... Fakri merentangkan kedua tangannya. Angin kuat menerpa pada tubuh remaja itu juga sedikit pun tidak mengubrisnya dari situ. Dia menutup mata, sambil beberapa bulir jernih yang menitis laju menelusuri pada wajahnya.

Hari itu... Areez merasakan Fakri sangat indah sekali. Hatinya tertawan untuk yang keberapa kali. Entahlah. Dia pun sudah tak terhintung pada rasa romantis bertepuk sebelah tangannya.





"Kalau la kau tahu Kahar... apa yang aku rasa masa tu.... Mungkin kau pun tak akan jumpa aku lagi dah."



Notes:
Please do comments and votes so I have more and more wills to writeee. Thank you for your support! Hope you guys like this chapter too! 😭

Continue Reading

You'll Also Like

41.3K 3.2K 61
"eeeey!! tengoklah kejap lagi selipar jepun kau terputus pastu kau terpeleot jatuh longkang!" - Anayra Zaara Garang? itulah dia insan bernama Anayra...
619K 37.6K 65
Riyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan...
133K 11.3K 46
"Hiks... ibu... ayah... kenapa ibu dan ayah... tinggalkan Gempa? Hiks.. G-Gempa tak nak ikut atok. Gempa nak.. hiks... bersama dengan ibu dan ayah...
40.6K 3K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...