𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

De arysslavhh

461K 26.9K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... Mai multe

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
02 || ERDEN'S ✧.*
03 || ERDEN'S ✧.*
04 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
08 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
15 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
24 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
30 || ERDEN'S ✧.*
31 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
34 || ERDEN'S ✧.*
35 || ERDEN'S ✧.*
36 || ERDEN'S ✧.*
37 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
40 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
42 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
45 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
56 || ERDEN'S ✧.*
57 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
59 || ERDEN'S ✧.*
60 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
65 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
67 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

47 || ERDEN'S ✧.*

5.8K 432 159
De arysslavhh

KAKI dihayunkan masuk ke dalam bilik kerjanya yang berada di Earlane's. Fail dicapai sebelum dia melangkah keluar dari biliknya itu.

Kaki diatur melangkah mahu ke bilik Daren. Namun matanya terpandang bilik adiknya yang sudah lama terbiar kosong tidak berpenghuni.

Pintu bilik Carl dibuka sebelum dia meloloskan diri. Matanya tertarik dengan satu sampul surat berwarna putih yang terletak elok di atas meja.

Tangan Cadee menarik kerusi lalu dia mengambil sampul surat itu. Berkerut dahinya tatkala tiada nama yang tertulis di atas sampul itu. Tanpa menunggu, dia membuka sampul itu dan mengeluarkan isi-isi yang berada di dalam sampul.

Satu persatu gambar itu diletakkan atas meja. Matanya sedaya upaya cuba memahami tentang gambar itu.

Mata Cadee menangkap nombor plate kereta yang terjunam masuk ke dalam gaung. Melopong mulutnya tatkala dia masih mengenali nombor plate kereta bekas kekasih adiknya, Ayeshah Azzahra.

Sekali lagi Cadee cuba menghadam isi gambar itu. Ada satu susuk tubuh perempuan yang serba hitam di tepi kereta Ayeshah bersama sebotol minyak di tangannya.

Gambar terakhir dipegang. Jelas riak wajah Irene yang terpampang di gambar itu. Cadee terus jatuhkan gambar itu lalu dia melabuhkan duduknya di atas kerusi. Dia masih terkejut. Dia tidak percaya.

"Irene...Irene bunuh Ayeshah?" Soalnya sendiri dengan nada yang tidak percaya. Dia kembali melihat gambar itu. Rasa sakit hati terhadap Irene semakin membuak-buak. Ini baru dia yang lihat, kalau Carl? Apalah perasaan Carl kalau dia tahu isterinya sendiri bunuh Ayeshah.

"Kau bunuh Ayeshah? Sebab kau nak dapatkan Carl?" Cadee tergelak sinis sebelum dia menggeleng. Dia tidak sangka otak Irene secetek itu. Sanggup membunuh kaumnya sendiri demi lelaki yang tiada apa-apa.

"Kau bunuh orang yang tak bersalah, Irene.. Kalau kau tak bunuh dia pun.. Dia tak akan bersama Carl.."

Cadee menongkat dagunya. Pening. Lepas satu masalah selesai, satu lagi masalah timbul. Mengapa hidup adiknya penuh dengan masalah? Tidak putus-putus Tuhan turunkan ujian untuknya.

Cadee menyimpan gambar itu kembali di dalam sampul surat lalu dia terus bangkit dari duduknya. Kakinya melangkah menuju ke bilik Daren. Dia tahu Daren mengetahui segalanya.

DAREN yang sedang sibuk menyiapkan kerjanya itu tersentak tatkala pintu biliknya ditolak kasar oleh seseorang. Laju dia mengangkat kepala memandang siapa yang selamba membuka pintu biliknya tanpa adab.

Baru dia mahu mengeluarkan kata-kata kesat, terus terkunci mulutnya apabila melihat susuk tubuh Cadee menghampirinya.

Cadee meletak sampuk surat berwarna putih itu tepat di hadapan Daren. Pandangan Daren terus jatuh ke arah sampul itu. Kemudian, dia mengangkat semula wajahnya yang berkerut itu memandang Cadee hairan.

"Benda apa ni?" Soalnya hairan. Masuk tiada salam, tiba-tiba lempar sampul surat. Surat pecat kerja ke apa ni?

"Buka. Aku tahu kau dah tahu dari awal benda ni. Cuma kau tak nak jujur dengan aku." Ucap Cadee dengan penuh serius. Matanya memandang tajam wajah Daren.

Perlahan-lahan tangan Daren membuka sampul surat itu lalu dia mengeluarkan beberapa keping gambar.

Senyuman sinis terukir di bibir Daren tatkala melihat semua gambar itu. Dia meletakkan gambar itu di atas meja sebelum dia memandang kembali ke arah Cadee.

"Betul. Aku dah tahu dari awal lagi." Akhirnya, Daren mengaku. Lama dia menyimpan tentang ini kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Hubungan Carl dan Irene ketika itu tidak begitu baik, jadi dia tidak mahu menjadi batu api dan menjadi asbab hubungan Carl dan Irene semakin teruk.

"Kenapa kau tak bagitahu aku? Ini kalau Carl tahu macam mana?" Cadee menggeleng kepalanya seakan tidak percaya dengan pengakuan Daren. Keadaan kini sudah menjadi lebih teruk. Dengan Carl yang sudah hampir gila, Irene pula dah mati. Namun tiada langsung keadilan untuk Ayeshah?

"Kau nak aku bagitahu dengan keadaan Carl dengan Irene tak elok? Sekarang? Sorang mampos sorang gila? Kau nak aku bagitahu?" Daren tergelak sinis. Dia menggeleng kepalanya. Tidak percaya dengan setiap bait ayat yang keluar dari mulut Cadee.

"At least kau jujur, Daren. Kalau Carl jumpa benda ni macam mana?" Cadee menepuk dahinya sendiri. Bingung mahu memikirkan adiknya yang masih tidak stabil itu.

"Aku tak jahat lagi nak hancurkan hubungan orang walaupun orang tu sendiri yang nak hancurkan hubungan dia.." Ucap Daren lalu dia kembali fokus terhadap kerjanya itu.

Cadee memandang Daren hairan. Terlalu banyakkah rahsia yang Daren simpan?

"Apa kau cakap ni?"

Daren hanya tersenyum. Satu perkataan pun tidak keluar dari mulutnya setelah Cadee menyoal.

"Daren..? Apa maksud kau?" Cadee masih tidak berpuas hati mendengus ayat yang keluar dari mulut Daren itu.

"Wait and see." Jawabnya ringkas.

Pintu terbuka dari luar. Laju Cadee dan Daren menoleh ke arah pintu. Xylon yang baru saja melangkah masuk itu terus mengerutkan dahinya.

"Apahal? Muka serius sangat asal?" Soalnya pelik. Pandang orang macam nak makan pun ada.

Xylon melangkah ke arah Cadee dan Daren. Matanya jatuh pada kepingan gambar yang berterabur di atas meja Daren. Pantas tangannya mengambil gambar itu.

Gelak sinis keluar dari mulutnya.

"Siapa hantar benda ni? Dah berbulan jadi baru nak muncul?" Dia mendengus kasar sebelum meletakkan kembali gambar itu di atas meja.

"Kau pun tahu?" Soal Cadee tidak percaya. Selama ini, Daren dan Xylon tahu segalanya. Cuma mereka memilih untuk berdiam diri dan melihat saja rancangan Irene.

Xylon mengangkat bahunya sebagai jawapan. Jelas dari riak wajah Cadee, dia terkejut.

"Siapa yang hantar benda ni? Mana jumpa?" Soal Xylon lagi. Dia malas mahu mendengar soalan Cadee. Dia tahu Cadee akan menyoalnya kerana merahsiakan perkara ini.

"Dekat bilik Carl." Jawab Daren. Dari awal lagi dia sudah nampak sampul surat ini di bilik Carl, cuma dia malas mahu mengambil sampul ini.

"Tak adil untuk Ayeshah kalau Irene terlepas macam tu.." Ucap Cadee tiba-tiba. Pantas mereka berdua memandang Cadee.

"Irene dah mati, Cadee. Kau nak buat apa lagi?" Xylon mengeluh. Terlalu banyak rahsia kejahatan Irene sehingga mereka tidak sempat membalas untuk keadilan Ayeshah.

"Ayeshah.. Dia tak layak mati dalam keadaan macam tu. Dia tak salah pun dalam hal tu." Cadee bingung. Dia tidak tahu mahu lakukan apa.

"Habis tu kau nak buat apa? Nak hidupkan Ayeshah semula? Kalau boleh, dah lama aku buat. Tak adil untuk dia mati kena bakar dengan Irene. Irene? Mati sebab accident.." Xylon menggeleng. Kalau boleh putarkan masa, dia mahu juga bakar Irene seperti mana Irene membakar Ayeshah. Kalau Carl tak sanggup bakar isterinya sendiri, biar Xylon yang tolong bakarkan.

DULANG berisi nasi ayam dan air apple itu dibawa masuk ke dalam bilik Carl. Puas Leron mencari Carl, namun masih tiada juga.

Leron melangkah ke arah meja kecil yang berada di sisi katil, dia mengambil ubat yang diberi oleh doktor. Keluhan dilepaskan tatkala melihat ubat itu masih banyak dan langsung tidak terusik.

Baru saja dia mahu melangkah, kakinya sudah dipegang seseorang dari bawah katil. Laju dia menarik kakinya semula.

Lama dia memandang ke arah katil, tiba-tiba muncul kepala Carl dari bawah katil itu. Terus Leron melepaskan nafas lega.

"Kau ni kalau ya pun janganlah main bawah katil.. Kotor tahu tak?" Dia menjeling Carl. Tubuh Carl ditarik supaya duduk di atas katil.

Carl tergelak besar melihat wajah Leron. "Kau... Takut eh??"

Leron memandang tajam wajah Carl itu. Mahu saja dia menampar Carl, nasib baiklah Carl tidak stabil.

"Tak ada masa aku nak takut dengan kau. Kau dah mandi ke belum?" Soal Leron lalu dia memandang tubuh Carl dari atas hinggalah ke bawah. Berkerut dahinya melihat baju yang dipakai oleh Carl.

"Baju siapa kau pakai ni? Mana kau dapat baju My Little Pony ni?" Leron menggaru kepalanya. Dari manalah Carl dapat baju ni. Ini kalau Stephen dengan Eric nampak, mahu teruk Carl kena nganjing.

"Cantik tak? Aku ambil Nia punya.." Jawab Carl lalu dia tersenyum manis. Leron sudah mengeluh. Kalau beginilah keadaan Carl hingga dia tua, pasti almari bajunya penuh dengan baju perempuan.

"Pergi mandi. Jangan pakai baju perempuan. Tak malu ke?" Leron menolak tubuh Carl. Namun laju Carl menepis tangan Leron.

"Aku dah mandilah!" Carl memeluk tubuhnya. Orang dah mandi, sibuk suruh kita mandi lagi.

"Mandi apanya? Badan kau dah kotor ni. Ini baju tidur tau, Carl! Pergi mandi lagi.." Sekali lagi Leron menolak. Namun Carl masih statik di situ. Tidak bergerak walaupun seinci.

"Tak naklah! Ish kau ni!" Carl memutarkan bebola matanya. Mengapalah Leron ini suka memaksa orang?

Leron sudah pasrah. Lantaklah. Yang busuk Carl bukannya dia.

Dulang diambil sebelum diletakkan di hadapan Carl. Carl hanya memandang saja makanan itu.

"Makanlah. Nanti lapar bising pula."

Carl menggeleng.

"Aku nak McDonald.." Carl mencebik.

Leron sudah memukul dahinya. Ini kalau bukan Carl yang gila, dia yang gila nanti.

"Kau ni sakit ke tak sebenarnya? Banyak songehlah.. Nak itulah, nak inilah.. Cuba bersyukur. Makan je apa yang anda.."

Hiks.. Hiks..

Mendengar itu, Leron sudah terduduk di atas lantai. Beratnya dugaan hari ini. Sudahlah dipaksa menjaga orang gila. Risau pula jika esok dia pula yang ganti tempat Carl menjadi orang gila.

"Kau ni kenapa? Apa salah aku? Aku suruh bersyukur je pun.. Janganlah menangis, Carl.." Entah berapa kali Leron mengeluh sepanjang menjaga Carl ini.

Semakin kuat tangisan Carl. Mahu saja Leron lari meninggalkan Carl sendiri, malah inilah tanggungjawabnya hari ini.

"Makanlah, Carl.. Janganlah menangis.. Nanti aku belikan baju baru untuk Irene.. Kesian dia pakai baju yang sama je setiap hari.." Ucap Leron sambil matanya memandang patung yang berada di tepi bilik air itu.

Carl mengangguk. Dia terpaksa menelan nasi ayam itu. Demi baju baru untuk isterinya, dia sanggup makan nasi ayam walaupun separuh jiwanya mahukan McDonald.

To Be Continued

—Rindu Irene ke? Bagi saya 10 sebab kenapa saya kena hidupkan Irene balik.

Continuă lectura

O să-ți placă și

908K 57K 75
𝟏📍𝟐𝟓𝟏𝟏𝟐𝟏/𝟐𝟐𝟎𝟓𝟐𝟐 𝐌𝐑𝐒 | COMPLETED 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 | 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐅𝐀𝐇 𝐀𝐈𝐑𝐄𝐄𝐍. Satu kejadian yang membawa trauma d...
261K 18.7K 54
Pernah dengar pasal right person,wrong time? Sakit? Semestinya. Tapi nak tahu apa yang lagi sakit? Right person,not the same religion...
627K 31.5K 68
CINTA MAISARAH Peristiwa satu malam yang terjadi tanpa niat dia dengan seorang lelaki. Hidup dia tidak berubah kelam selepas kejadian itu, malah lebi...
125K 7.1K 56
𖤐 BROKEN SERIES BOOK 1 ⊹♡ start : 02072023 end : 07022024 ⚠️clichè