𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

De arysslavhh

475K 27.1K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... Mai multe

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
02 || ERDEN'S ✧.*
03 || ERDEN'S ✧.*
04 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
08 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
15 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
24 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
30 || ERDEN'S ✧.*
31 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
34 || ERDEN'S ✧.*
35 || ERDEN'S ✧.*
36 || ERDEN'S ✧.*
37 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
40 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
42 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
47 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
56 || ERDEN'S ✧.*
57 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
59 || ERDEN'S ✧.*
60 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
65 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
67 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

45 || ERDEN'S ✧.*

7.4K 454 110
De arysslavhh

DAREN menolak pintu wad yang menempatkan Carl. Cadee turut mengikut Daren untuk melawat adiknya. Mereka tidak mampu menjaga Carl jika keadaannya tidak stabil, jadi mereka meletakkan Carl di hospital keluarganya sementara waktu.

Daren mendekati Carl yang sudah sedar dari tidurnya. Dos yang doktor berikan pada Carl tidak begitu kuat, jadi Carl tidak akan tidur lama.

Carl hanya menghiraukan saja abang dan sahabatnya yang baru saja melangkah masuk itu. Matanya setia memandang ke arah langit yang cerah itu.

"Carl?" Panggil Daren. Seharian mereka meninggalkan Carl di hospital. Namun mereka tidak mendengar sebarang berita buruk lagi daripada doktor.

Carl menoleh. Dia hanya diam dan memerhati saja wajah Daren yang memanggilnya.

"Kau okay?" Soal Cadee pula. Dia amat risau tentang adiknya. Dia tidak mahu adiknya dalam keadaan buruk. Masuk ini, sudah dua kali Carl kehilangan orang yang tersayang.

Carl hanya mengangguk kepalanya. Dia kembali memandang tingkap yang menampakkan langit itu.

Daren dan Cadee melepaskan keluhan berat. Mereka dapat rasakan Carl tidak berada dalam keadaan baik.

Tawa Carl terletus tiba-tiba. Laju Cadee dan Daren memegang tubuhnya.

"Sayang! Aku dekat sini! Aku rindu kau.." Ucap Carl bersama senyuman yang tidak lekang di bibirnya. Mata Carl tidak lari dari memandang tingkap. Pantas Cadee dan Daren memandang ke arah tingkap, namun tiada sesiapa.

"Kau cakap dengan siapa ni? Mana ada orang.." Ujar Cadee pula. Dia menggaru belakang kepalanya perlahan. Apa jadi dengan adiknya ini?

"Tu.. Dengan isteri akulah!" Carl menunjuk ke arah tingkap seolah isterinya berada di luar tingkap. Daren menoleh sebelum dia mengerutkan dahinya.

"Mana ada sesiapa, Carl.." Berkerut dahi Daren memandang ke arah tingkap. Lama-lama dia pula yang jadi gila.

"Adalah! Itu! Nampak tu isteri aku.." Carl sedaya upaya mahu menyakinkan Cadee dan Daren. Namun mereka berdua masih tidak nampak isterinya.

"Kau jangan macam-macam, Erden Carl.. Kita dekat tingkat 10 ni.. Mana ada orang dekat tingkap.." Cadee menarik kepala adiknya supaya adiknya tidak memandang ke arah tingkap.

"Betul! Aku tak tipu! Dia ada dekat tingkap tu tengah tengok kita! Dia datang nak jumpa aku!" Ucap Carl lalu dia menolak tangan Cadee yang memegang kepalanya. Daren yang berada disitu sudah pasrah. Sah! Carl memang dah gila!

"Argh! Tak payah tengok dia! Daripada kau tengok dia baik kau tengok aku.." Cadee menarik semula kepala adiknya itu. Daren yang sudah rimas itu terus bangkit dan menutup langsir yang berada di tingkap itu.

Membulat mata Carl tatkala Daren selamba menutup langsir. "Woi! Kau buka semula! Isteri aku! Irene!!"

Daren menghampiri Carl sebelum dia menutup mulut Carl dengan kedua tapak tangannya. "Diam! Mana ada Irene dekat sini. Kau jangan nak macam-macam eh. Aku sembelih kau karang!"

Daren melepaskan tangannya dari mulut Carl. Carl terus memandang tajam ke arah Daren bersama mulutnya yang sudah memuncung. Cadee yang berada di sini Carl itu sudah menepuk dahinya.

Hiks.. Hiks..

Membulat mata Cadee dan Daren tatkala melihat Carl sudah mengalirkan air matanya. Mereka berpandangan sesama sendiri bersama wajah yang tidak percaya dengan keadaan sekarang.

"Pulak dah.. Kau kenapa menangis?" Soal Cadee hairan. Dia terkejut melihat adiknya yang tiba-tiba menangis.

"A-aku nak Irene.." Ucap Carl bersama tangisannya. Daren sudah memandang Carl geram. Nasib baiklah adik orang, kalau adiknya.. Sudah mampus dibuatnya.

"Irene apa? Irene dah tak ada. Cuba terima kenyataan tu." Cadee menampar perlahan wajah adiknya. Semakin kuat tangisan Carl apabila Cadee mengatakan bahawa Irene sudah tiada.

"Dia ada! Dia tak akan tinggalkan aku! Dia sayang aku!" Carl menjeling abangnya yang menampar wajahnya itu. Cadee turut membalas jelingan itu.

"Iyalah tu. Entah-entah selama ni dia pura-pura je sayang kau.. Dia sebenarnya nak harta kau je, bukannya nak kau.. Tapi.. Kau mana ada harta.. Sebab tu dia tinggalkan kau, sebab dia menyesal kahwin dengan kau."

Semakin kuat tangisan Carl dibuatnya. Daren sudah memasang airpod di telinganya. Boleh pekak telinganya mendengar tangisan Carl.

"Nasib kaulah Carl dapat abang macam Cadee.." Gumamnya sebelum dia baring di atas sofa yang berada di wad itu.

"Kau tipu! Dia sayang aku! Mana ada dia nak harta aku!" Carl juga tidak mahu kalah. Dalam tangisannya, dia tidak lupa juga untuk memandang tajam abangnya yang sengaja mahu menyakitkan hatinya.

"Mana ada aku tipu! Betullah! Kalau dia sayang kau.. Dia tak tinggalkan kau! Tengok kau sekarang ni.. Ada ke dia dekat sini?" Cadee mendekatkan wajahnya ke arah Carl. Laju tangan Carl menampar wajahnya abangnya.

"Ada! Dia ada dekat tingkap tadi! Kau pun nampak kan?" Carl menggoncang tubuh abangnya. Cadee sudah pasrah. Sudahlah ditampar, sekarang digoncang pula.

"Kau je yang gila.. Aku tak.. Jadi aku tak nampaklah." Cadee masih mahu berperang dengan adiknya. Kita sebagai anak sulung tidak boleh kalah! Perjuangan untuk menang perlu diteruskan!

Carl membaling bantal tepat pada wajah abangnya. "Aku tak gilalah!"

Daren mencabut airpod di telinganya sebelum dia menoleh ke arah Cadee dan Carl yang saling menjeling antara satu sama lain itu.

"Sudahlah Cadee.. Bising tahu tak? Kau cuba mengalah sikit.." Daren mengeluh. Apalah nasibnya terpaksa mengikut Cadee ke sini.

"Aku tak salah! Carl yang tak nak kalah.." Cadee menunjuk ke arah Carl yang memandangnya tajam. Cadee menjeling adiknya sebelum dia mendekati Daren.

"Kau tu dah besar. Dah ada anak bini dah pun.. Cuba mengalah.. Rimas aku." Ucap Daren dan terus bangkit dari baringnya.

"Jom keluar. Biarlah orang gila ni duduk sorang-sorang. Lama-lama dekat sini boleh naik gila aku." Cadee terus membuka pintu bilik itu. Terkejut dia tatkala ada seorang doktor lelaki yang berdiri tercegat di hadapan pintu.

MATA Cadee memandang wajah doktor lelaki itu dengan pandangan serius. Mahu tercabut jantungnya apabila doktor itu tiba-tiba berdiri di hadapan pintu.

"Macam mana keadaan adik saya? Makin teruk atau makin baik?" Soal Cadee. Dia risau. Walaupun dia gemar berperang mulut dengan Carl, jauh di sudut hatinya, dia amat menyayangi adiknya itu.

Doktor itu tersenyum kecil mendengar soalan Cadee. Daren yang berada di sisi Cadee hanya memasang telinga saja. Dia dapat rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku.

"Tuan.. Adik tuan berada dalam keadaan tidak stabil. Macam yang Tuan nampak dia tadi.. Macam itulah keadaan dia untuk beberapa hari.." Jelas doktor itu. Dia tidak sampai hati mahu mengungkap kata 'gila'.

"Ma—maksudnya.. Dia akan gila?" Soal Cadee terkejut. Dia tidak sangka adiknya akan gila. Dia fikirkan Carl hanya berpura-pura saja sebentar tadi.

Doktor itu menggeleng. "Tak.. Dia tak gila.. Cuma mental dia terganggu. Mungkin dia terlalu banyak fikirkan tentang masalah hidup dia.."

Daren di sisi Cadee sudah mengeluh. Macam manalah mereka mahu menjaga Carl jika mereka masing-masing sibuk dengan kerja?

"Dia jadi macam tu sebab isteri dia ke?" Soal Cadee lagi. Dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan doktor itu. Dia tidak mahu terima adiknya mengalami masalah mental.

"Boleh jadi juga. Dari pantauan saya, Tuan Carl suka bercakap seorang diri. Dia seolah berbual dengan seseorang. Mungkin itu isterinya?"

Cadee terus menoleh ke arah Daren. Patutlah tadi Carl kata Irene ada di tingkap bilik itu. Mungkin dia nampak.

"Jadi dia nampaklah arwah isteri dia?"

Doktor itu mengangguk kepalanya.

Cadee sudah mengeluh. Dia menggeleng kepalanya perlahan. Kalau beginilah keadaan Carl, pasti mereka akan berada dalam keadaan susah. Mereka tiada banyak masa untuk memerhati Carl setiap masa.

"Kalau dia cakap pasal isteri dia, Tuan layan je. Jangan cakap tidak pada dia." Jelas doktor itu. Cadee mengangguk. Patutlah Carl marah sungguh bila mereka berdua kata Irene tiada. Rupanya di mata Carl, Irene itu masih wujud.

"Berapa lama dia akan jadi macam tu?"

"Ikut diri dia juga. Saya akan bagi ubat. Tuan kenalah bagi dia makan ubat kalau nak dia cepat sihat. Kalau ikut pesakit saya, mereka boleh sembuh dalam masa tiga bulan saja. Itupun sebab mereka selalu makan ubat, tak pernah skip.." Jelas doktor itu lagi.

Sekali lagi Cadee mengeluh. Carl sudahlah takut makan ubat, macam mana mereka mahu memaksa Carl makan semua ubat yang doktor bagi?

Daren memandang ke arah Cadee yang jelas sudah menunjukkan wajah muramnya. Pasti Cadee sedang bingung sekarang.

"Cadee.. Macam mana kita nak jaga dia?" Soal Daren secara bisik kepada Cadee. Cadee hanya mengangkat bahunya.

"Doktor.. Saya busy dengan hal dekat company.. Macam mana saya nak jaga adik saya ni?" Soal Cadee tiba-tiba. Tak akanlah mahu bawa Carl ke office? Habis hancur office tu karang.

"Saya akan tahan Tuan Carl untuk beberapa hari. Saya akan pantau dia dari semasa ke semasa. Kalau dia ada kesan yang positif, nanti saya bagitahu Tuan.." Ucap doktor itu. Laju Cadee mengangguk kepalanya. Lega sikit bila mendengar. Tak adalah dia serabut mahu memikirkan tentang adiknya dan kerja di office.

"Tolong bagi dia ubat dos yang kuat. Kerja dia dekat office banyak. Nanti aku yang kena buat." Ujar Daren selamba. Terus terletus tawa doktor itu. Cadee yang berada di sisinya sudah tersenyum kekok.

"Kau jangan buat malu aku boleh tak?" Cadee menyiku lengan Daren. Daren sudah menjeling. Betul apa dia kata? Nanti dialah yang kena buat. Siapa lagi nak buat?

"Tak apa. Kita usaha. Kalau dia berdisiplin makan ubat ikut waktu dan tak skip, insyaallah dia boleh sembuh dalam waktu yang singkat. Orang sekeliling pun mempengaruhi juga. Janganlah cakap dia gila.. Terasa dia.."

Cadee sudah tersenyum. Doktor ni dengar ke apa? Daren di sebelah sudah mengetap bibir menahan tawa. Bukannya dia tidak nampak doktor itu sudah berada di hadapan pintu sejak Cadee dan Carl berperang mulut lagi. Dia malas mahu menegur Cadee, jadi dia biar saja.

To Be Continued

—Marilah kita sama-sama belajar menerima kenyataan. Irene sudah tiada dalam cerita ini.

—Bau-bau sad ending ni. Setuju ke?

—Sebenarnya storyline cerita ni dah berubah. Awalnya happy ending, jadi faham-faham laa yaa ♡

Continuă lectura

O să-ți placă și

845K 43.6K 63
✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 1st badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ 𝐊𝐚𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐚𝐤𝐮.❞ Er...
424K 23.2K 59
Dangerous and cold. Itu yang orang nampak pada dirinya. Seorang lelaki dingin yang tak berperasaan. Kehadiran seorang gadis bernama Eleeya Farhana...
914K 47.9K 67
[ COMPLETED ] Ayden Kaiser, kuasa raja. Itulah maksudnya sekali gus membentuk keperibadiannya yang agak dingin dan misteri. Siapa sahaja yang tidak m...
663K 25.2K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...