MY AYDEN DARHWISH [C]

By _Raffain

196K 10.8K 2.8K

Kisah tentang seorang gadis berwajah polos dan kuat drama bersama sahabatnya Hazran Dayler mengharungi cabara... More

𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼 (𝔽𝕀ℕ𝔸𝕃)
✧・゚: ✧・゚: SPECIAL CHAPTER :・゚✧:・゚✧
✧・゚: ✧・゚: SPECIAL CHAPTER :・゚✧:・゚✧
✧・゚: ✧・゚: APPRECIATION:・゚✧:・゚✧

𝟚𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.4K 135 12
By _Raffain

Mujur rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian. Ayden terus mendukung gadis itu dan bawa ke rumahnya semula.

"Hoi!!! Kau buat apa dengan adik aku?" Emir berlari mendapatkan adiknya.

"S---"

"Kau diam. Sebenarnya kan bukan adik aku yang malang tapi kau. Kau! Tolong sedar diri sikit." Tajam jelingan itu dilemparkan tepat ke arah Ayden.

"Aku... Aku minta maaf. Tadi aku terserempak dengan dia di bahu jalan aku berhentikan kereta depan dia terus dia pengsan. Nasib tak jauh dari rumah kau jadi aku bawa dia ke sini." Jelas Ayden.

"KAU BALIK!!!!" Arah Emir. Nada suara nya juga berubah serta merta.

"TA---"

"Kau semat dalam otak kau!!! Selagi adik aku tak maafkan kau atas perbuatan kau, jangan harap aku akan terima kau dalam keluarga aku. Perbuatan kau terhadap adik aku cukup hina dan tak layak untuk masuk dalam keluarga aku."

Emir mendekati Ayden lalu menolaknya ke dinding. Amaran keras sudah diberikan namun Ayden tetap berdiri di situ sehingga Elaine sedar. Hati mana yang sanggup melihat tubuh kaku di hadapannya nak pula tubuh seorang gadis yang pernah dia hina sebelum ini.

"Aku akan balik kalau Elaine sedar dari pengsan." Ayden menolak Emir dengan kasar. Dia akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

"Lia.. Bangun Lia." Emir merenjis air di wajah adiknya tidak lama kemudian Elaine tersedar dari pengsan. Habis pipi mulus milik Elaine merah di tampar perlahan untuk sedarkan nya.

"Dia ni tak boleh terkejut tiba-tiba nanti dia pengsan, belum lagi sawan dia datang." Omel Emir, matanya mengerling ke arah Ayden yang masih kaku berdiri di hujung kaki Elaine.

"Hah! Cantik macam ni ada sawan? Kau biar betul bro?" Terkedu Ayden mendengar bebelan Emir sebentar tadi.

Tidak lama kemudian Elaine tersedar dari pengsan yang di buat-buat dan tidak kurang juga lakonan Emir sungguh menjadi. Ini yang di kata abang borek adik rintik. Tiber!

"Errr..... L... Lia dekat mana ni?" Otak nya terasa sakit akibat terkejut.

"Lia pengsan tadi." Jawab Emir dengan tenang.

"Elaine... Aku minta maaf sebab berhenti mengejut depan kau tadi." Celah Ayden.

Mata Elaine memandang sekilas wajah Ayden sebelum dia memulakan rancangannya sekali lagi. Otak yang memang tidak pernah berhenti untuk mengenakan Ayden.

"A.... Abang Emir. ALAMAK!!!! Lia dah lambat. Lia pergi dulu. Bye!" Dia membetulkan kedudukannya untuk duduk di sisi Emir sambil melihat jam di tangan. Lama matanya merenung jam tangan itu akhirnya dia tersedar dari lamunannya terus dia bingkas berlari keluar ke arah bustop dihujung jalan kawasan perumahannya.

"Bye abang, we talk later. I'm late!!!!" Jeritannya semakin jauh sayup kedengaran.

"Woi!! Biar aku hantarkan kau." Tanpa menunggu lama di rumah itu, Ayden cuba mendapatkan gadis itu.

"Jangan bagi dia pengsan lagi Darhwish! Dia pengsan kau yang masuk underground." Jerit Emir. Dia kaku melihat tingkah laku adiknya sekelip mata hilang dari pandangannya.

"Lia ni sengaja pengsan ke? Mana mungkin lepas pengsan boleh berlari sejauh itu? Akal adik aku memang sukar di jangka pasti ada helah disebaliknya." Kepalanya di geleng laju. Dia cukup kenal dengan Elaine Dahlia walaupun wajah nya polos dan seperti tidak bersalah tetapi akal nya cukup bijak mengatur strategi.

'Nasib kau Ayden dapat kenal dengan adik aku yang otak tiga suku tu. Mesti hidup kau akan seperti roller coaster selepas ini. Good luck bro!' Bisik hati Emir Dzihan.

Fikirnya setelah insiden tempoh hari, Ayden akan menjauh darinya. Telahan dia kali ini tidak berpihak padanya. Apa lagi si tua ini mahu kan?

"Kau nak naik atau aku dukung kau, Dahlia?" Jerit Ayden di dalam perut kereta.

"Aduh!! Pakcik Oyen, kalau saya kata tak mahu naik, tak mau lah! Jangan tekan saya nanti sawan saya datang. Haaa..." Mula lah akal jahat dia berhubung untuk mengenakan Ayden.

"Kau dah lambat kan? Cepat naik!!!" Tegas Ayden. Langkah Elaine diteruskan.

"ELAINE DAHLIA BINTI JEBAT ISKANDAR!!!!! NAIK CEPAT!!" Jerit Ayden sekali lagi membuatkan langkahnya terhenti.

"Wow!! Pakcik dah hafal nama penuh saya. Dah bersedia nak kahwin dengan saya ke?" Langkahnya terhenti saat mendengar nama penuh di sebut oleh jejaka tampan itu.

"Kahwin? Dengan kau? Memang tak lah. Kalau pun dalam dunia ni tinggal kau seorang sahaja, aku sanggup membujang daripada kahwin dengan kau. Dah lah sawan." Jawapan yang dilemparkan oleh Ayden membuatkan hati Elaine tersentak. Walaupun dia hanya pura-pura pengsan dan sakit sawan tetapi kata-kata Ayden sedikit sebanyak telah mengguris hati nya.

"Pakcik Oyen, saya ni banyak kurangnya. Pakcik jangan kawan dengan saya lah. Nanti semua perkara malang terkena pada pakcik." Tuturnya dengan nada perlahan.

'Lah pulak.... Hey budak, kau ni ada sakit apa sebenarnya sehingga sanggup buat aku macam ni. Hidup aku tunggang terbalik semua gara-gara kau tau.' Bisik hati kecil Ayden.

"Naik cepat. Aku tak mahu hari-hari terakhir kau sebagai pelajar praktikal dipenuhi dengan memori yang sedih dan pahit seperti hidup kau." Arah Ayden.

Elaine akur dan masuk ke dalam perut kereta milik Ayden. Dua puluh minit perjalanan ke tempat kerja Elaine akhirnya sampai jua di syarikat RQL Pacific Sdn Bhd, mereka berdua masuk ke bangunan itu bersama-sama sehingga banyak mata memandang pelik ke arah mereka.

Sekilas dia memandang wajah jejaka itu tampak begitu tenang sehinggakan Elaine tidak selesa dengan mulut makcik bawang di situ. 'Ish dia ni relax je? Suka lah tu orang cerita pasal dia. Hmm.' Bentak hati kecil Elaine.

"Weh! Ceo AD Pacific Sdn Bhd bercinta dengan staff Puan Safiya ke?"

"Secocok nya mereka. Aku harap aku dengan berita yang baik lepas ni?"

"Bukan ke Tuan Ryqal yang suka budak intern tu?"

Mereka berdua melangkah masuk ke lift untuk ke tingkat 5 iaitu pejabat Ryqal dan Elaine.

'Krik... Krik...'

'Kalau lah. Masalahnya sekarang ni budak kecik ni tak nak kawan dengan aku. Huh!"

"Ehem!! Pa... Pakcik Oyen cukup la buat amal dengan saya. Keputusan saya masih sama. Jangan susahkan diri pakcik Oyen lagi."

"Hmmm"

"Pakcik Oyen dengar ke suara staff yang membawang tadi tu? Saya harap pakcik Oyen tak ambil hati dengan statement makcik bawang tadi tu."

"H---"

"Pakcik Oyen memang tahu huruf M je ke?" Dia pandang wajah tampan Ayden namun tiada reaksi yang positif.

"Faham! Saya minta maaf. Saya diam sekarang. By the way, thank you tumpangkan saya ke sini. Maaf sebab perempuan malang ni menyusahkan pakcik Oyen lagi." Dia pusing ke depan menghadap pintu lift itu.

Saat pintu lift itu terbuka mereka terus melangkah masuk ke pejabat seperti orang asing yang tidak mengenali satu sama lain.

'Kau bodoh Ayden! Mana sifat keperimanusiaan kau. Sekarang terima la padahnya kerana mulut badan binasa.' Gara-gara menggelarkan gadis itu perempuan malang kini, perkataan itu sering kali kedengaran dari bibir mungil Elaine. 

*flashback*

"Lia!!!! Woi jauh termenung. Ingat siapa tu?" Suara Haura menyergah suasana sunyi sepi di pinggir sungai. Hazran dan Afiqa pula di tugaskan mencari kayu untuk di buat unggun api malam itu. Haura mengambil kesempatan untuk mengungkapkan perasaannya terhadap seseorang. Memandangkan Elaine adalah sahabat karibnya, dia mahu Elaine menjadi orang pertama yang tahu dan dia percaya Elaine akan merahsiakan daripada pengetahuan Hazran.

"Woi mak kau babun!!!! Kau ni! Kalau aku jatuh dalam sungai ni, kau suka ke aku mati?" Bentak Elaine.

"Alah sorry lah kawan. Aku tengok kau macam tak seronok je datang sini." Dia memeluk erat tubuh Elaine. Melihat mereka suda seperti adik beradik kandung. Ke mana sahaj pasti bersama.

"Aku okay je. Ni mesti ada cerita kau nak kongsikan sebab Hazran dengan Afiqa tak ada disini?" Teka Elaine sambil matanya melihat sekeliling.

"Sebenarnya... Sebenarnya aku.. Aku suka pada Hazran tapi aku tak tahu la dia punya perasaan yang sama atau tak?" Terkuis-kuis tangan Haura menggali tanah di tepi sungai itu.

"Tak sekarang ni tengah cakap dengan Hazran ke? Macam kucing miang je aku tengok kau ni." Pelik Elaine melihat sikap sahabatnya tiba-tiba menggeletis gedik.

"Ish kau ni! Kau rasa dia suka aku tak?"

"Mestilah. Kau kan selalu jadi keutamaan dia. Percaya pada aku yang dia pun sebenarnya simpan perasaan yang sama terhadap kau. Macam ni lah. Nanti balik daripada camping ni, jumpa dan slow talk dengan dia. Amacam?" Cadang Elaine. Walau hatinya remuk berkecai saat mendengar pengakuan Haura dia tetap tersenyum. Janji sahabatnya bahagia.

"Tapi aku tengok dia macam suka kau je?" Soal Haura lagi.

"Eh... Eh.. Apa pula aku? Sudah terang lagi bersuluh cik Haura Medina, Hazran Dayler tu suka pada kau. Semua tentang kau sentiasa buat dia tersenyum. Jangan cuba kait kan aku dalam hubungan kau orang berdua." Tegah Elaine.

Ya! Dia juga menyimpan perasaan terhadap Hazran tetapi dia tahu dia tidak layak untuk berada di samping jejaka itu. Jadi dia kuburkan perasaan itu saat dia tahu kedudukannya. Elaine beranggapan bahwa Hazran terlalu baik dengannya dan mungkin kerana itu dia mula punya perasaan terhadap jejaka itu. Mainan perasaan mungkin!

"Petir tengok ni aku bawa balik apa!!" Tersentak kedua-dua gadis itu mendengar jeritan Hazran.

"Woi kau terjerit-jerit ni kenapa?"

"Lia aku dapat ni, buah tampoi. Kau pernah cakap dengan aku yang buah ni susah dapat kan?" Jelasnya menunjukkan buah tampoi yang berada di telapak tangannya.

"Kain aler, aku cakap aku tak nak. Aku tak nak lah. Ni Haura daripada tadi cari kau. Dia nak makan tengah hari dengan kau katanya." Jari telunjuk tunjuk ke arah Haura.

"Jom la kau makan sekali dengan kami. Afiqah jom makan sekali. Aku tahu kau pun lapar juga kan petir." Sempat dia mencuit hidung mancung milik Elaine Dahlia. Perbuatan itu membuatkan Haura bengang melihat begitu beraninya Hazran mencuit hidung Elaine.

"Jom!" Jawab Afiqah

Sejak Hazran pulang mencari kayu api, Haura lebih banyak mendiamkan diri dan mengelak daripada Hazran.

"Kain aler, aku tanya kau sikit boleh?"

"Hmm."

"Kau suka Haura tak?" Terbeliak mata Hazran memandang Elaine.

"Tak payah nak terkejut sangat. Aku serius ni. Jawab cepat!"

"A... Aku sendiri keliru dengan perasaan aku sekarang ni. Aku suka kan seseorang itu tapi aku takut dia dah berpunya dan dalam masa yang sama aku juga sebenarnya..."

"Sebenarnya apa??"

"Alah kau ni kasar semacam ni kenapa? Chill lah."

"Aku pun suka kan dia. Tapi macam mana aku nak confront dengan dia weh?" Tanya Hazran.

"Maksud kau sekarang ni ada dua hati yang kau suka? Tak boleh macam tu Hazran. Kau kena pilih yang terbaik. Jika kau sayang kan Haura bukti kan. Jangan kecewakan kawan aku." Pinta Elaine.

Tanpa mereka sedar ada sepasang mata sedang memerhatikan Elaine dah Hazran berdua-dua di depan unggun api. Haura dan Afiqa sudah lena dibuai mimpi. Walau apa pun kebahagiaan sahabat nya lebih penting. Hati dan perasaannya terpaksa di kuburkan demi melihat Haura gembira dan bahagia bersama insan yang dicintai. Sejak kehilangan Jebat Iskandar, Elaine belajar satu perkara iaitu, mencintai tidak semestinya harus memiliki. Walau macam mana usaha pun dia untuk dapatkan cinta Hazran tidak akan mampu mengubah jika Hazran tidak mencintainya.

Lama Elaine mengelamun teringat akan memori lalu. Debaran hatinya kian terasa saat menunggu Haura di kafe itu.

"Hey babe! Sorry aku lambat. Dah lama ke kau tunggu aku?" Tegur Haura.

Pahit untuk ditelan kerana sehingga kini dia tidak tahu apa yang berlaku pada Haura yang sanggup lari menghilangkan diri beberapa tahun lalu.

"Baru je. Eh jap kenapa kau bawa Hazran? Bukan kau kata nak jumpa aku seorang je ke?"

"Well aku sebenarnya ajak kau jumpa sebab aku nak jelaskan apa yang berlaku sebelum aku hilang."

Elaine masih memasang telinga untuk mendengar penjelasan daripada Haura. Matanya memandang ke arah Hazran namun Hazran hanya mengangkat bahu seperti tidak tahu.

"Lia, aku nak minta maaf pada kau atas apa yang berlaku antara kita bertiga. Disebabkan salah faham aku, aku menghilang beberapa tahun lalu tanpa fikirkan tentang ibu dan ayah aku."

"Apa yang terjadi sebenarnya Haura? Seingat aku sehari sebelum kau hilang kita berbual kosong dengan Hazran sambil ditemani unggun api tapi keesokkan harinya kau hilang. What happen bestie?" Keadaan masih tenang dan Elaine masih mengawal emosi nya. Dia cukup yakin pasti ada sesuatu yang berlaku pada sahabatnya.

"WHAT?? Apa tujuan dia datang sana?" Celah Elaine


Siapa yang ada di hutan selain mereka berempat?

Adakah Haura berdendam dengan Elaine Dahlia.

Continue Reading

You'll Also Like

208K 2.6K 23
Shawn Mendes imagine (Shawn x Reader) one shots. I DO NOT WRITE ANYMORE.
804K 24.4K 34
Diya - A cute, kind-hearted, orphan girl -works as a lecturer-longing to have a family Arjun - A arrogant handsome billionaire- workaholic- with lov...
59.2K 1.7K 15
If you haven't read the first book you probably should. So anyway this is part two of Fawn and Arthur's story. Her past comes back to haunt her (I wi...
11M 255K 60
𝐅𝐫𝐨𝐦 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐭𝐨 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐫𝐬 Enzo Mariano is known for being nothing but ruthless. He is feared by all in the Italian mafia. He kills on...