𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

By arysslavhh

461K 26.9K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... More

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
02 || ERDEN'S ✧.*
03 || ERDEN'S ✧.*
04 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
08 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
15 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
24 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
30 || ERDEN'S ✧.*
31 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
34 || ERDEN'S ✧.*
35 || ERDEN'S ✧.*
36 || ERDEN'S ✧.*
37 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
40 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
45 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
47 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
56 || ERDEN'S ✧.*
57 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
59 || ERDEN'S ✧.*
60 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
65 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
67 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

42 || ERDEN'S ✧.*

6.3K 418 30
By arysslavhh

TANGAN menekan laju papan kekunci bersama wajah yang serius menatap skin komputer riba. Hari sudah gelap, namun dia masih berada di balkoni biliknya menyiapkan sisa kerja yang masih belum diselesaikan.

Irene menolak perlahan pintu bilik Carl bersama dulang di tangan. Dia berdiri tegak di sisi Carl yang masih fokus pada komputernya.

Carl menoleh sekilas ke arah isterinya sebelum dia kembali memandang komputernya. Dia tiada masa mahu bergaduh. Baik dia siapkan kerjanya dan terus tidur.

"Carl.. Makanlah sikit. Dari siang tadi you duduk dalam bilik.." Ujar Irene yang masih memegang dulang berisi nasi ayam dan fresh orange itu.

Carl hanya diam. Isterinya yang dari tadi memandang ke arahnya itu diabaikan saja.

Irene mengeluh. Hampir seminggu Carl menghiraukannya. Semakin dia cuba mendekati Carl, semakin jauh Carl melarikan diri. Dia tidak pasti silapnya dimana.

"Carl...You dengar tak apa I cakap ni?" Soal Irene bersama nada yang agak perlahan. Riak wajahnya masih dikawal walaupun dia rasa mahu menangis ketika ini.

"Kau nak apa? Kau tak nampak ke aku tengah buat apa sekarang ni?" Soal Carl sebelum dia menjeling tajam wajah isterinya yang masih tegak berdiri memegang dulang.

"Makanlah Carl.. Penat I masak untuk you.." Ucap Irene seakan mahu memujuk suaminya. Namun Carl masih begitu, menghiraukan Irene dan tetap fokus memandang komputer ribanya.

Irene mendengus kasar apabila Carl mengabaikannya. Dia menepis komputer riba suaminya dan menolak kertas-kertas yang berada di atas meja itu.

Carl tersentak apabila komputernya jatuh di atas lantai. Kertas-kertas kerjanya habis bersepah di atas lantai. Laju kepalanya pusing menghadap isterinya.

Dulang di tangan Irene diletakkan di atas meja. Dia tahu Carl sedang merenung tajam ke arahnya, namun dia perlu mengawal riak wajahnya seakan dia tidak melakukan kesalahan.

"KAU BUAT APA NI IRENE MELISSA?!" Tengking kuat Carl di hadapan muka Irene. Irene hanya tersenyum sinis. Dia menjeling suaminya yang sedang berjalan ke arahnya.

"AKU TANYA KAU, IRENE.. KAU BUAT APA NI?! KAU TAHU TAK AKU KENA HANTAR BENDA TU ESOK PAGI?!" Carl mencekik leher isterinya kuat. Irene masih mengawal riak wajahnya. Puas hati apabila akhirnya Carl memberi tumpuan kepadanya.

Irene menendang perut Carl dengan kakinya. Carl terus jatuh ke atas lantai. Perlahan-lahan Irene duduk memegang wajah suaminya.

"Apa susah sangat you nak bagi tumpuan pada I? Penting sangat ke kerja you tu sampai you tak ada masa untuk I?" Soal Irene bersama bibirnya yang sedang melakar senyuman sinis itu.

Carl menolak tubuh isterinya. Kini gilirannya pula menarik kuat rambut Irene.

"Penting. Kerja aku lagi penting dari perempuan macam kau. Kalau aku tak kerja, aku tak ada duit. Kau juga nak duit aku kan? Kalau aku tak kahwin dengan kau, aku tak perlulah buat kerja ni semua!" Carl menampar wajah isterinya kuat. Pantas tangan Irene naik menyentuh pipinya yang baru saja ditampar oleh Carl.

"Sampai hati you naik tangan pada I sebab kerja you tu! I ni isteri you tau!" Irene merenung tajam wajah Carl. Merah pipinya tatkala ditampar Carl.

"Kau tak habis-habis dengan status isteri kau tu. Kau ingat isteri ni penting ke untuk aku? Aku tak perlukan kau pun. Berhenti ingatkan aku pasal status kau. Aku tak nak dengar pun. Lebih baik aku tak ada isteri daripada aku ada isteri macam kau. Perempuan sundal!"

Terkejut Irene apabila mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut suaminya. Membulat matanya.

"Sundal? You cakap I sundal? You siapa nak cakap I macam tu?!" Irene memukul kuat dada Carl. Namun Carl hanya diam. Sedikitpun dia tidak naik tangan kepada Irene.

"Aku lelaki yang boleh jadikan kau janda bila-bila masa je.. Kau nak ke?" Soal Carl sinis. Dia menolak tangan Irene jauh daripada tubuhnya.

"YOU!"

"Tapi itulah.. Kalau kau janda, takut tak ada orang nak.. Siapa je nak perempuan macam kau ni?"

Carl terus bangkit dari duduknya. Dia menjeling isterinya sebelum dia membuka langkah mahu meninggalkan Irene sendiri.

"Pelacur.." Ujar Carl perlahan sebelum dia keluar dari bilik itu. Irene hanya merenung tajam Carl yang berjalan meninggalkannya.

CARL menendang pintu rumah agam abangnya. Mereka yang sedang menonton drama di ruang tamu itu tersentak apabila mendengar pintu rumah tiba-tiba ditendang dari luar. Laju kepala mereka menoleh.

"Kau ni tak belajar adab ke masa sekolah?" Stephen menggeleng kepalanya. Carl turut membalas jelingan Stephen dan terus melabuhkan punggungnya di sebelah Cadee.

Cadee memandang adiknya yang tiba-tiba muncul di rumahnya. Dia memandang adiknya dari atas hingga ke bawah.

"Kau kenapa ni? Mimpi apa tiba-tiba balik sini? Kau tinggalkan isteri kau sorang-sorang ke dekat rumah?" Soal Cadee hairan. Biasanya orang yang dah berkahwin ni kalau tiba-tiba lari rumah mesti ada masalah rumahtangga.

"Diam." Tegas Carl sebelum dia menutup matanya. Dia malas mahu mendengar bebelan abangnya, jadi lebih baik dia menutup mulut daripada memberitahu kepada Cadee.

Cadee hanya akur. Dia kembali memandang kaca televisyen itu. Dia membiarkan adiknya yang mahu menenangkan diri. Dia malas mahu mengganggu, risau nanti dia pula yang kena tendang.

Stephen dan Eric tidak lari dari memandang Carl yang mungkin sudah tidur itu. Mata mereka kemudian memandang Cadee. Perlahan-lahan mereka berdua mendekati Cadee.

"Kenapa dengan dia, Cadee?" Soal Eric risau. Tiba-tiba dia rasa takut pula tengok wajah Carl yang dingin itu.

Cadee mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak tahu. Dia juga takut mahu menyoal lebih lagi.

"Dia ada masalah kot dengan Irene. Biarlah dia tidur dekat situ.." Ucap Cadee lalu menolak perlahan tubuh Stephen dan Eric. Ini kalau tidak di tolak, pasti dua ketul manusia ini sudah mengganggu Carl.

"Dia ni tak habis-habis ada masalah rumahtangga. Kalau tak nak ada masalah rumahtangga, janganlah ada rumah sendiri. Duduk aje tepi jambatan.." Ujar Stephen selamba. Eric terus memukul lengan Stephen itu. Boleh tahan kuat juga dia bercakap.

"Aku dengar, Step.."

Mereka bertiga terus menoleh ke arah Carl. Xylon hanya melihat saja gelagat Stephen dan Eric yang tidak pernah matang itu.

"Ampunkan saya, wahai abang Erden.. Sesungguhnya saya tidak sengaja.." Ujar Stephen sebelum dia mengucup tangan Carl. Laju tangan Carl menampar wajah Stephen.

"Aduhh!! Tahulah ada masalah rumahtangga, janganlah libatkan aku sekali!!" Stephen mengusap pipinya yang ditampar Carl itu. Walaupun tidak berapa kuat, tapi cukup membuatkan pipi Stephen merah.

"Kalau kau tutup mulut kau tu, tak adanya kau kena tampar dengan dia.." Xylon hanya memerhati saja mereka. Dia tidak mahu ganggu Carl, nanti pipinya sekali merah.

"Sudahlah, Step.. Janganlah kacau dia.." Cadee menggeleng kepalanya. Pening kepala mahu melayan dua ekor haiwan ini. Nak letak dekat kandang, kesian pula.

Eric bangun dari duduknya dan terus masuk ke bilik tamu yang berada dekat dengan dapur itu. Keluar saja dia dari bilik itu, di tangannya terdapat satu selimut tebal.

Perlahan-lahan selimut itu diletakkan di atas tubuh Carl. Dia membetulkan selimut itu sebelum dia mengusap wajah Carl.

"Good night, abang Erden. Lupakan apa yang terjadi, saya ada disini.."

Tanpa berfikir panjang, Eric terus berpura-pura mencium dahi Carl. Carl yang sudah dapat rasakan itu terus menolak wajah Eric jauh darinya.

"Woah.. Tak reti menghargai betul mamat ni.." Ucap Eric bersama jelingan tajam ke arah Carl. Carl hanya diam. Matanya masih ditutup rapat. Ini kalau dia buka mata, mahu lebam Eric dan Stephen ditumbuk Carl.

Xylon menarik telinga Eric dan Stephen. "Pergi naik atas. Tidur."

"Sa..Sakit, Xylon!" Jerit mereka berdua serentak. Cadee hanya memerhati saja. Tiada rasa mahu menghalang sebab mereka berdua layak ditarik telinga.

"Pergi tidur!" Xylon menolak tubuh Eric dan Stephen. Pantas mereka berdua lari mendaki tangga.

CADEE menolak pintu bilik Carl. Kerusi di hadapan meja Carl ditarik sebelum matanya merenung wajah adiknya. Carl hanya menolak sekilas ke arah Cadee lalu dia menjatuhkan semula kepalanya ke atas meja.

"Carl.. Cuba cakap dengan aku apa yang jadi sebenarnya?" Soal Cadee hairan. Biasanya Carl tidak akan begini. Carl pasti akan berbual dengan mereka semua.

Carl mengangkat wajahnya sebelum dia menarik laci yang terdapat di sebelah mejanya.

Pregnancy test itu dibaling ke arah Cadee. Pantas tangan Cadee menangkap alat itu. Lama Cadee cuba menghadam keputusan itu, melopong mulutnya apabila sudah mengetahui keputusan yang positif itu. Dia terus memandang adiknya.

"Laju kau buat kerja. Tahniah. Anak lelaki ke perempuan?" Soal Cadee teruja. Sudah macam isterinya pula yang mengandung.

Carl menjeling tajam wajah abangnya. Rasa macam nak tumbuk je muka seposen Cadee ni.

"Lah kau kena alahan ke? Patutlah tak duduk serumah dengan Irene kan? Cakaplah awal-awal..." Cadee tergelak kecil. Terhenti gelaknya apabila Carl merenung tajam wajahnya.

"Kepala otak kau!"

Tersentak Cadee apabila tiba-tiba dikepala otakkan oleh Carl. Dia bingung. Apa yang terjadi sebenarnya?

"Apa kena dengan kau ni? Bini pregnant kenalah happy. Ini masam je.." Cadee menggeleng kepalanya. Tidak faham betul dengan adiknya ini.

"Itu bukan anak aku."

Berkerut dahi Cadee mendengar itu. "Habis tu anak siapa? Anak ayam?"

"Anak jantan mana tah. Sedap dia main dengan jantan lain masa dekat US.." Carl tergelak sinis. Terkebil-kebil Cadee memandang wajah adiknya.

"Oh.. Kau belum tutt dengan dia eh?"

Laju tangan Carl mencapai fail yang berada di hadapannya sebelum dia melempar fail itu ke arah Cadee. Cadee tidak sempat mengelak, jadi terpaksalah dia menerima lemparan itu.

"Soalan tu bijak sikit boleh tak? Mestilah belum!" Carl menjeling. Habis limit kesabarannya apabila dapat abang otak cetek macam ni.

"Betul ke anak orang lain?" Soal Cadee tidak percaya. Irene ni diam-diam mengandung anak lelaki lain. Risau pula Carl nanti diam-diam kahwin lain.

"Habis tu tak akanlah anak kau pula?" Carl mengeluh. Lambat betul otak Cadee mahu berfungsi.

"Kau betul ke tak tutt lagi dengan dia?" Soal Cadee tidak percaya. Mereka kahwin sudah dua bulan, tak akanlah masih belum...?

"BETULLAH YA ALLAH YA TUHANKU. KAU TINGKATKANLAH KESABARAN KU YA ALLAH."

Cadee menggaru belakang kepalanya. Pertama kali dengar adiknya berucap begitu. Alhamdulillah.. Dah insaf..

To Be Continued

—Makin lama makin merapu pula story ni. Kan?

Continue Reading

You'll Also Like

908K 57K 75
𝟏📍𝟐𝟓𝟏𝟏𝟐𝟏/𝟐𝟐𝟎𝟓𝟐𝟐 𝐌𝐑𝐒 | COMPLETED 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 | 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐅𝐀𝐇 𝐀𝐈𝐑𝐄𝐄𝐍. Satu kejadian yang membawa trauma d...
3M 271K 90
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
1.7M 67.3K 74
[ Book 3 ] • 𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐭𝐡𝐞 𝐝𝐞𝐯𝐢𝐥 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐫𝐢𝐭𝐞 • Randika Daniel- sebaris nama, dua patah kata namun siapa sangka mampu menggerunkan hati y...
627K 31.5K 68
CINTA MAISARAH Peristiwa satu malam yang terjadi tanpa niat dia dengan seorang lelaki. Hidup dia tidak berubah kelam selepas kejadian itu, malah lebi...