CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETE...

By msroses_

1.8M 61.2K 2.3K

1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang ber... More

Introduction
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab Akhir ♥️
Special Chapter ♥️
Special Chapter 2 🦋

Bab 34

39.3K 1.7K 35
By msroses_

              Maira mengerling ke arah Firash yang sedang khusyuk menonton tv itu. Ibu dan abahnya sudah pulang tengah hari tadi. Jadi hanya tinggal mereka berdua sahaja di rumah itu. Terasa kekok pula. Maklumlah sudah empat hari ibu dan abah tinggal bersama mereka di rumah itu.

"Kenapa, staff nurse?" Meleret sahaja suara Firash bertanya. Bukannya dia tidak nampak wanita itu beberapa kali mengerling ke arahnya. Saja dia menunggu Maira memulakan dahulu tapi wanita itu hanya mencuri pandang daripada tadi.

"Doktor.." panggil Maira perlahan membuatkan Firash mengalihkan pandangan daripada tv.

"Hmm?" Firash mengangkat kening.

"Doktor penat tak?" Maira memusingkan badan. Menghadap Firash dengan muka penuh berharap. Lelaki itu baru je pulang dari hospital tengah hari tadi kerana dia postcall (hari selepas oncall) . Jadi, Maira tidak mahu menyatakan hasratnya kalau lelaki itu penat. Sebab itu dia bertanya terlebih dahulu.

Firash menyembunyikan senyum. Sudah dapat agak. Mesti ada sesuatu yang wanita itu inginkan. Takkan Firash nak cakap dia penat kalau dah Maira pandang dia dengan penuh berharap macam tu.
             
"Okay je. Kau ada nak makan apa-apa ke?"

"Jom kita pergi pasar malam, nak?" Maira sudah tersenyum lebar.

"Larat ke kau nak berjalan nanti? Tak payahlah. Kau nak makan apa? Biar aku je pergi beli" Firash mengerutkan dahi memandang ke arah Maira.

"Tapi, saya nak pergi pasar malam.." perlahan sahaja Maira menuturkan.

"Nanti kaki kau bengkak lagi sebab jalan banyak" Firash mengendurkan suara.

"Baby yang nak pergi, bukan saya.." Maira memberi alasan.

"Aikk.. boleh pulak macam tu?"
Firash sudah menggelengkan kepala perlahan.

"Boleh la doktor. Saya dah lama tak pergi pasar malam" Maira sudah memuncungkan mulut. Bukannya dia tak boleh pergi sendiri, tapi dia risau kalau apa-apa jadi kalau dia pergi tanpa lelaki itu.

Firash menggaru kening yang tidak gatal. Sejak dua menjak ni memang Maira selalu berperangai macam ni. Kalau salah cakap sikit, boleh merajuk setahun agaknya.

"Yalah, kejap lagi kita pergi" Firash mengalah.

"Yeayy.. thank you Dr Firash" Maira yang teruja itu terus merangkul tubuh lelaki yang berada disebelahnya itu. Bibirnya sudah tersenyum manis.

Firash terkedu. Terkejut dengan tindakan Maira. Maira pun terkedu. Dia lagi terkejut dengan tindakannya sendiri. Pantas pelukan itu dileraikan.

"Eh, sorry doktor.. sorry sorry.." Maira dah kalut.

"Saya siap-siap dulu. Doktor jangan lambat tau!" Segera Maira melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup rapat sebelum tangan naik menampar pipi sendiri perlahan. Kau dah kenapa, Maira Sofea?!

Firash yang masih tergamam dengan tindakan Maira itu perlahan-lahan bangun untuk bersiap. Tangan naik memegang dada. Dah nak pecah ke apa jantung ni?

***************************************

        "Staff nurse, jangan laju sangat, kau tu pregnant" Firash terpaksa menaikkan volume suara untuk melawan suasana bising di pasar malam itu. Maira sudah excited. Dia dah telan air liur berkali-kali. Banyak makanan yang ada dalam list dia nak beli. Laju sahaja Maira melangkah. Kata-kata Firash sebentar hanya diabaikan sahaja.

Baru sahaja Maira ingin melangkah ke kedai pertama, tangannya tiba-tiba digenggam erat oleh lelaki itu. Segera kepalanya mendongak memandang jejaka tinggi lampai itu.

"Slow sikit, tak lari ke mana pun kedai tu" mendatar sahaja suara Firash. Tangan Maira digenggam kemas. Kalau tak pegang, boleh hilang rasanya perempuan ni.

Maira tidak melawan. Hanya mengikut sahaja langkah Firash yang sedang menggengam erat tangannya itu.

"Kau nak cari apa ni?" Tanya Firash. Memandang ke wajah Maira yang dah macam meerkat itu, berpaling ke kiri dan kanan mencari sesuatu.

"Chicken wing, kuey tiow goreng dalam kuali besar tu, yong tau fu, tauhu bergedil, putu piring dengan air coconut shake" jawab Maira. Jari sudah dinaikkan satu persatu.

"Apa yang banyak sangat tu?" Firash sudah mengerutkan dahi.

"Laa.. bukan saya yang nak makan..baby yang..."

"Stop putting the blame on my daughter, staff nurse! " laju sahaja Firash memotong percakapan Maira. Maira hanya menjeling. Mulutnya dicebikkan.

"Siapa nak habiskan banyak-banyak tu nanti?" Tanya Firash lagi.

"Alaa.. saya suruh la housemate saya habiskan nanti" jawab Maira pula.

Firash mengerutkan dahi.

"Housemate?"

"Iyalah, saya kan ada housemate. Doktor tak tahu ke?" Tanya Maira selamba.

"Maksud kau, aku la ni nak kena habiskan?" Firash sudah menjulingkan mata ke atas.

"Tepat sekali. Sepuluh markah untuk doktor" jawab Maira riang.

"Dah, jomlah doktor. Nanti makanan-makanan tu dah habis. Kesian baby tak dapat makan" Maira menarik Firash untuk berjalan.

Firash hanya menggelengkan kepala. Layankan je la mak buyung sorang ni.

***************************************

          Maira sudah terkebil-kebil memandang ke arah Firash yang masuk ke dalam bilik. Lelaki itu tidak menunjukkan sebarang riak. Hanya menjalankan rutinnya seperti biasa. Menghulurkan susu kepada Maira, memakaikan stokin. Tiada sepatah kata pun yang keluar daripada mulut mereka berdua.

Sunyi.

Waktu makan makanan yang dibeli di pasar malam tadi pun tidaklah sekekok ini rasanya.

Firash mencapai bantal kecil dihujung katil sebelum diletakkan di bawah kaki Maira. Kaki yang sudah bengkak itu ditinggikan. Wajah Maira dipandang namun wanita itu segera mengalihkan pandangan. Firash bangun, berdiri di tepi katil sebelum dia perlahan-lahan melabuhkan punggung di birai katil itu.

Tangannya naik mengusap perut Maira.

"Princess daddy jangan kacau mommy nak sleep harini okay?" Bisik Firash perlahan sebelum dia mencium lembut perut bulat itu.

Maira dah membulatkan mata. Memang la lelaki itu selalu cium perutnya tapi masa tu dia tengah pura-pura tidur! Mana pernah lelaki itu cium masa dia tengah segar bugar macam ni.

Firash yang menyedari keterlajurannya itu terkedu. Cepat-cepat dia bangun.

"Sorry, staff nurse" Firash menggaru kening. Maira hanya diam.

Perlahan-lahan Firash mengatur langkah ke pintu bilik. Harini mereka sudah tidak perlu tidur sebilik. Ibu dan abah sudah pulang ke Johor. Jadi, Firash sedar, dia tidak layak untuk tidur di sisi wanita itu lagi. Dengan berat hati, tombol pintu dipulas.

"Night, staff nurse.."
Ujar Firash perlahan sebelum keluar dari bilik itu.

Maira hanya memandang Firash yang keluar dari biliknya. Keluhan berat dilepaskan. Dia mahu menghalang lelaki itu. Dia mahu lelaki itu kekal berada dalam biliknya. Dia mahu lelaki itu memeluknya semasa tidur seperti malam-malam sebelum ini. Tapi hasrat itu hanya disimpan kemas didalam hati. Dia tahu dia tidak layak untuk buat Firash kekal berada di dalam bilik itu.

Perlahan-lahan Maira turun dari katil. Almari bajunya dibuka. Sweater hitam milik lelaki itu dicapai sebelum dibawa dekat ke wajah. Sweater yang dipakaikan Firash kepadanya semasa mereka keluar makan mcd tempoh hari. Maira menarik nafas dalam. Mencari bau yang dia rindukan. Yeay.. Bau lelaki itu masih ada!

Perlahan-lahan dia melangkah semula ke katil. Merebahkan diri sambil memeluk sweater hitam milik lelaki itu. Sudah beberapa malam dia tidur bertemankan bau lelaki itu. Jadi malam ini, memadai lah sweater itu sebagai pengganti.

      Firash pula sudah terkebil-kebil memandang siling biliknya. Entah kenapa, dia tidak boleh tidur malam ini. Puas dia cuba untuk lelap. Jam di dinding dikerling. Sudah pukul 2.00 pagi. Tapi dia masih segar. Sudahlah esok dia kerja. Fikiran menerawang jauh memikirkan wanita yang sedang tidur di bilik utama itu.

***************************************
    
     Maira menutup api sambal tumisnya. Dia tidak boleh tidur semalam. Jadi pagi ini dia bangun awal sedikit daripada biasa. Disebabkan tekaknya teringin makan nasi lemak air tangannya sendiri, pagi-pagi lagi Maira dah bersilat di dapur. Nasib baiklah semua bahan-bahan sudah ada, jadi cepatlah siap nasi lemak dia pagi itu.

Maira mengerling jam di dinding. Sudah pukul 6.30 pagi. Tapi tiada tanda-tanda Firash sudah bangun dari tidur. Biasanya, waktu-waktu sebegini lelaki itu sudah siap membersihkan diri dan solat subuh. Maira sudah rasa pelik. Langkah dihayun ke bilik lelaki itu. Pintu bilik diketuk. Tiada jawapan. Perlahan-lahan tombol pintu dipusing sebelum pintu dibuka luas. Bilik itu hanya samar-samar dengan cahaya lampu tidur. Maira menghampiri lelaki yang masih lena itu.

"Doktor..Dr Firash" Maira memanggil namun masih tiada tindak balas dari lelaki itu. Lelaki itu kelihatan sungguh lena. Maira tersenyum nipis. Punggung dilabuhkan di atas katil. Ditenung wajah yang sedang tidur itu sebelum tangan naik menggoncangkan bahu lelaki itu perlahan.

"Dr Firash, bangun.. dah lambat ni. Doktor kerja kan harini" ujar Maira sambil terus menggoncang bahu lelaki itu.

Firash yang merasakan tidurnya terganggu mengerutkan dahi. Mata dibuka perlahan sebelum dia menggeliat. Tangan naik menutup mulut yang menguap. Terkejut dia melihatkan Maira yang sedang memerhatikannya sambil menahan tawa.

"Eh, kau buat apa kat sini?" Tanya Firash dengan suara serak. Laju sahaja Firash bangun dari baringan. Tangan naik menggaru pipi.

"Kejut doktor la. Dah lambat ni, doktor"

"Pukul berapa dah?"

"6.30"

"Hah?" Segera Firash turun dari katil. Laju tuala dicapai sebelum dia menghayun langkah ke bilik air yang berada di dapur.

Maira yang melihat hanya tersenyum . Kenapa dia rasa lelaki itu macam comel sahaja pagi ni?

***************************************

"Doktor, ni saya ada masak nasi lemak. Nanti makan lah dekat wad" ujar Maira sambil menyusun paper bag yang berisi nasi lemak di tempat duduk belakang kereta Firash itu .

"Kau masak? Bila?" Firash sudah mengerutkan dahi.

"Pagi tadi, ingat nak breakfast dekat rumah tapi sebab ada orang tu lambat, kita tapau je la" Maira tersenyum mengusik.

"Sorry staff nurse. Dah la aku tak tolong, lambat pulak tu" Firash menggaru kepala yang tidak gatal.

"Takda apelah doktor. Saja je. Lagipun saya bangun awal harini. Tu yang rasa nak masak tu" Maira sudah ketawa kecil.

"Kenapa kau bangun awal sangat?"

"Tak boleh tidur semalam" laju sahaja mulut Maira menjawab. Maira dah terkedu. Alamak kantoi! Segera dia berpaling ke luar tingkap sebelum tangan naik menepuk mulut yang sudah terlepas cakap itu.

"Doktor pulak, kenapa lambat bangun harini?" Tanya Maira pula, menukar topik.

"Samalah macam kau. Tak boleh tidur jugak semalam" jawab Firash perlahan.

Maira terkedu lagi sekali. Eh?

***************************************

      Seperti biasa, Firash akan memberhentikan kereta berhampiran dengan tempat thumbprint staff di banggunan klinik pakar untuk menurunkan Maira sebelum dia pergi mencari parking.

"Doktor.." panggil Maira perlahan sebelum keluar dari kereta.

Maira menghulurkan tangan kepada Firash. Melihatkan kerutan di dahi Firash itu, tangan Maira naik menggaru perlahan kepalanya yang ditutupi tudung.

"Err.. ibu pesan kena salam. Baru berkat" jawab Maira serba salah.

Firash menarik senyum. Tangan wanita itu disambut.

Maira mengucup perlahan tangan itu perlahan. Tak payah lah kot nak ikut SOP kan? Bukannya ibu nampak pun. Segera Maira berpaling, ingin keluar dari kereta.

"Jangan lupa, doktor, bekal dekat belakang tu" Maira mengingatkan semula tentang nasi lemak yang dimasaknya tadi. Firash hanya mengangguk.

"Thanks for the food, staff nurse" ujar Firash sebelum Maira menutup pintu kereta.

***************************************

"Eh bro, kenapa kau naik wad? Bukan kau ganti Chen ke?" Firash yang mendengar teguran Aliff itu segera menepuk dahi.

"Ya Allah, aku lupa. Okay lah bro, aku turun klinik dulu la" kalut Firash menukar arah langkahnya. Macam mana la dia boleh terlupa.

Tiba sahaja di klinik, Firash yang terserempak dengan Salasiah yang baru sampai hanya mengangguk perlahan kepada wanita itu.

"Eh, Dr Firash, cover klinik ke?" Tanya wanita itu.

"Haah Kak Sal, ganti Chen" jawab Firash sambil tersenyum nipis.

"Dr Chen pergi mana?"

"Dia pergi attachment dekat HKL. Ganti Irsyad"

"Oo ye la.. Dr Irsyad pun dah balik sini" Salasiah mengangguk perlahan.

"Ni, Dr Firash dah sarapan ke?" Tanya Salasiah lagi. Matanya mengerling sekali imbas paper beg yang berisi bekal makanan di tangan Firash.

"Belum lagi, Kak Sal. Nak makan dulu la ni sebelum tengok patients" Firash sudah mengatur langkah ingin nenuju ke bilik rawatan.

"Eh, jom la makan sekali dekat pantry" ajak Salasiah.

Firash sudah menggaru kening.

"Err..takpelah Kaksal" Firash seboleh-boleh mengelak. Dia tahu semua staff klinik ada di pantry itu termasuklah Maira.

"Jomlah Dr Firash. Takkan tak sudi nak makan dengan kami ni"

"Eh bukan macam tu KakSal"

"Kalau macam tu, jom lah" Firash dah redha. Kaki dihayun mengikut langkah Salasiah.

Pintu pantry yang dikuak dari luar menghentikan perbualan mereka yang berada di dalam pantry itu. Semua mata ditumpukan ke arah Salasiah dan Firash yang baru sahaja masuk.

"Eh, Dr Firash cover klinik ke?" Tanya Rosnani.

"Haah.. ganti Dr Chen" Salasiah tolong jawab.

"Makan, Dr Firash" pelawa Hidayu sambil tersenyum. Firash hanya membalas dengan anggukan dan senyuman nipis.

Maira dah tercengang. Macam mana dia boleh lupa! Padahal lelaki itu dah beritahu dah minggu lepas.

Anis dan Raihana saling berpandangan. Masing-masing tak tahu nak bagi reaksi apa.

"Kak Sal, meh rasa nasi lemak Maira ni. Ya Allah, sedap betul!" Ujar Rosnani.

Firash yang melabuhkan punggung hanya mengerling sekilas ke arah Maira.

"Wah, rajin Maira masak nasi lemak pagi-pagi ni. Banyak pulak tu" Salasiah dah mengisi nasi lemak yang dibawa Maira ke dalam pinggan. Maira hanya tersenyum plastik. Sempat dia mengerling ke arah Firash yang juga sedang memandang ke arahnya.

"Wah.. Dr Firash, bawak bekal dari rumah ke?" Tanya Hidayu apabila melihat Firash mengeluarkan bekas makanannya dari paper bag yang dibawa daripada tadi.

Firash sudah menelan air liur. Semua mata tertumpu ke arahnya ketika itu.

"Haah kak, bekal dari Selayang" bohong Firash. Maira yang mendengar sudah menarik nafas lega.

"Laa.. nasi lemak jugak ke?" Tanya Salasiah. Firash hanya mengangguk sebelum nasi lemak disuap ke dalam mulut. Sedap! Betullah abah cakap, nasi lemak air tangan Maira memang sedap!

Maira melihat Firash menyuap dengan penuh debar. Maklumlah, ini kali pertama dia masakkan untuk Firash. Tak tahu la kena ke tak dengan selera lelaki itu.

"Amboi, Dr Firash, makan tak pandang kiri kanan dah ye" usik Raihana apabila melihat doktor itu begitu berselera menjamah bekal yang dibawa.

"Sedap sangat Kak Rai. Tu yang tak pandang kiri kanan dah tu" ujar Firash sambil tersenyum. Mata sempat mengerling ke arah tukang masak yang sedang menahan senyum itu.

"Tapi macam lebih kurang pulak ya sambal nasi lemak Maira dengan sambal nasi lemak mak Dr Firash ni" Maira yang sedang meneguk air masak itu nyaris tersedak mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Rosnani itu.

***************************************
🌷🌹🌷🌹

Makan nasi lemak dengan ikan bilis,
Dah baca, vote la.. please ~~

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 59K 57
" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diab...
282K 18.5K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1.4M 66.1K 58
Sharifah Qairina Anbella, seorang gadis yang menghidap penyakit Autisme yang menjadikan dirinya menjadi seorang yang berbeza. Gadis berumur 25 tahun...
2M 97.3K 59
(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang ya...