𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

By arysslavhh

461K 26.9K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... More

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
02 || ERDEN'S ✧.*
03 || ERDEN'S ✧.*
04 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
08 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
15 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
24 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
30 || ERDEN'S ✧.*
31 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
34 || ERDEN'S ✧.*
35 || ERDEN'S ✧.*
36 || ERDEN'S ✧.*
37 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
42 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
45 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
47 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
56 || ERDEN'S ✧.*
57 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
59 || ERDEN'S ✧.*
60 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
65 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
67 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

40 || ERDEN'S ✧.*

6.6K 396 67
By arysslavhh

CARL mengemaskan dirinya di hadapan cermin besar yang berada di biliknya. Hari ini, semuanya dia lakukan sendiri. Biasanya, baju kerjanya digosok oleh Irene. Namun hari ini, dia buat semuanya sendiri. Dia sudah tidak perlukan Irene untuk menguruskan dirinya.

Pintu bilik Carl diketuk dari luar. Pantas kepala Carl menoleh ke arah pintu. Keluhan dilepaskan. Kakinya berjalan ke arah pintu sebelum tangannya memulas tombol pintu.

Terbuka saja pintu bilik itu, wajah isterinya terpampang di hadapan pintu. Dia memandang wajah itu dengan pandangan kosong. Satu senyuman pun tiada di bibirnya.

Mata Irene jatuh pada pakaian yang sudah tersarung di badan suaminya. Pakaian yang berada di tangannya di pandang sebelum dijauhkan dari Carl.

"Kenapa you iron baju sendiri? Biasanya I yang iron baju you.." Ujar Irene yang berasa kecewa itu. Carl tergelak sinis sebelum matanya memandang baju di tangan Irene.

"Aku boleh buat sendiri." Ucap Carl lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Irene berasa hairan apabila Carl tiba-tiba saja berubah.

"I tak fahamlah. Apa dah jadi dengan you ni? Apa salah I pada you?" Soal Irene mendatar. Semalaman dia fikir tentang ini, namun dia sendiri tidak tahu apa sebabnya.

"Kau ada buat salah ke?" Carl mengangkat kening sebelahnya memandang wajah si isteri. Irene terdiam. Dia membalas pandangan Carl sebelum dia menundukkan wajahnya.

"T...Tak.. Mana ada.." Jawab Irene. Dia tidak rasa Carl sudah tahu tentang kandungannya. Mustahil..

"Habis tu? Apa yang kau takut sangat?" Soal Carl yang seperti tidak berperasaan itu. Bibirnya dari tadi tidak melakar senyuman. Biasanya, dia akan tersenyum saat berada bersama isterinya. Namun hari ini, senyuman itu telah hilang. Dan punca senyuman itu hilang adalah kerana isterinya.

Irene hanya mengunci mulutnya. Dia dapat rasakan mood Carl sedang tidak baik. Mungkin Carl ada masalah dengan kerjanya.

"I ada masak untuk you. Nanti turun makan.."  Irene memandang wajah suaminya yang dingin itu. Dia masih lagi mahu mencuba untuk memenangi hati Carl walaupun sebenarnya dia sudah berjaya.

"Aku tak lapar."

Irene melepaskan keluhannya. Kecewa rasanya apabila dia beria bangun di awal pagi semata-mata untuk menyediakan kelengkapan untuk Carl. Namun Carl? Senang-senang dia menolak.

"Makanlah sikit.. Penat I masak untuk you. Nanti you sakit.."

Carl melepaskan tawa sinisnya. Wajah isterinya dipandang tajam. "Aku tahu macam mana nak jaga diri aku. Kau tak payah nak risau sangat.."

"Kalau macam tu.. I siapkan bekal untuk you. Nanti waktu lunch you makanlah.." Ujar Irene dan terus melangkah mahu turun ke dapur.

Baru saja langkah dibuka. Langkah terhenti apabila mendengar kata-kata suaminya.

"Aku nak keluar lunch tengahari nanti." Ucap Carl dan terus menutup pintu biliknya dengan kuat.

Semakin bertambah kecewa Irene apabila ditolak begitu saja oleh suaminya sendiri. Perlahan-lahan kakinya melangkah turun.

Carl yang berada di hadapan cermin itu merenung wajahnya sendiri. Melihat wajah isterinya, hatinya seakan dikoyak. Sakit mahu menanggung rasa kecewa di hati.

"Macam mana kau boleh buat baik dengan aku sedangkan kau tengah tipu aku sekarang ni, Irene Melissa?" Gumam Carl sendiri. Senyuman kecil terlakar di bibirnya.

"Memang hidup aku ni untuk dipergunakan ke?" Tawa kecil Carl terletus. Dia menggeleng kepalanya perlahan. Kecewa. Ya, itulah yang dia rasa sekarang.

KAKI Carl diayun menuju ke arah biliknya. Sedang dia berjalan, dia terhenti di hadapan pintu bilik Daren. Kepalanya dipusing menghadap ke bilik itu. Setahunya, Daren sudah pulang dari Itali.

Tombol pintu itu dipulas tanpa mengetuk terlebih dahulu. Daren dan Xylon yang berada di dalam bilik itu terkejut tatkala pintu itu dibuka tiba-tiba.

Carl memandang wajah Daren dan Xylon sebelum dia menarik kerusi di hadapan meja Daren.

Xylon memandang wajah Daren lalu pandangannya dialihkan ke arah Carl. Terkejut pula rasanya apabila Carl tiba-tiba berada di sini.

"Apa yang kau tahu?" Soal Carl tiba-tiba. Berkerut dahi Daren dan Xylon mendengar soalan dari Carl. Sudahlah masuk bilik orang tiba-tiba, lepas tu bagi soalan tergantung pula.

"Tahu apa?" Soal Xylon kembali. Mengapa perangai Carl pelik hari ni? Daren menatap wajah Carl lama. Dia pasti ada sesuatu yang tidak kena antara Carl dan Irene.

"Kau bagitahu aku semua pasal Irene yang kau tahu. Aku tahu kau selama ni perhati dia. Mesti kau tahu apa yang jadi sekarang.."

Mendengar itu, Daren dan Xylon terus memandang antara satu sama lain. Mereka pasti Carl sudah tahu tentang kandungannya Irene. Dari riak wajah dan perangai Carl hari ini saja sudah boleh menjelaskan semuanya.

"Apa yang kau nak tahu?" Soal Daren kembali. Carl mengeluh sebelum dia menghentakkan kepalanya pada meja Daren.

Laju tangan Xylon menarik tubuh Carl. Dia menghentikan tindakan Carl yang gila itu.

"Kau dah kenapa ni? Cuba cerita dekat kita orang.." Ujar Xylon sambil memegang kepala Carl. Nasib tidak kuat, kalau tidak.. Sudah berdarah kepala Carl.

Carl mengangkat wajahnya memandang tepat ke arah Daren. "Dalam perut dia tu anak siapa?"

Terdiam Daren dan Xylon mendengar itu. Bagaimana dia mahu menjawab soalan Carl sedangkan mereka sendiri pun tidak tahu?

"Itu bukan anak aku kan?" Soal Carl lagi apabila melihat dua sahabatnya diam membatu itu.

"Jawapan tu ada apa kau sendiri, Carl.. Kau tahu apa kau buat.." Jawab Daren sebelum dia mengeluh perlahan. Bukannya dia memerhati Carl 24 jam, jadi dia sendiri tidak tahu apa yang Carl dan Irene lakukan sewaktu mereka berada di rumah.

"Tak.. Aku tak buat apa-apa pun dekat dia.." Carl menggeleng laju kepalanya. Dia yakin. Dia pasti dia tidak menyentuh isterinya lagi kerana dia masih lagi belum bersedia.

"Masa dekat markas? Kau buat apa dengan dia?" Soal Xylon pula. Carl terus menoleh ke arah Xylon yang berada di sisinya.

"Aku tak sempat buat apa-apa pun. Lagipun.. Aku bukannya ada niat nak sentuh dia masa tu.." Jawab Carl. Dia tidak sempat lakukan apa-apa kerana Cadee sudah datang. Dia hanya sempat menanggalkan seluarnya sahaja.

"Jadi kau tahu kan apa jawapannya?" Daren menikam anak mata Carl. Carl hanya mengeluh. Lepas satu ujian dia hadapi, satu lagi ujian yang dia perlu tempuhi. Ujian kali ini lebih berat daripada sebelumnya.

"Kau tahu sendiri atau dia yang jujur?" Soal Xylon hairan. Kalau tidak, tak akanlah Carl sanggup mencerobohi bilik Daren tiba-tiba.

"Aku jumpa benda tu dekat bilik dia."

Daren tergelak sinis. "Nak buat kerja kotor tapi tak pandai cover.."

Xylon yang mendengar kata-kata Daren itu hanya tersenyum kecil. Benarlah apa kata Daren. Irene tidak ada pengalaman yang bagus dalam hal-hal kotor begini.

BOTOL berisi air dicapai sebelum kakinya melangkah keluar dari perut kereta. Kaki diayunkan ke arah pusara Ayeshah yang terletak tidak jauh dari keretanya.

Sampai saja di pusara Ayeshah, dia meletakkan botol air itu ditepi sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi kecil yang berada di tepi pusara itu. Matanya memandang lama batu nisan yang tertulis nama Ayeshah Azzahra.

"Assalamualaikum.." Ucap Carl perlahan. Pelbagai masalah timbul dalam hidupnya. Dia terlalu serabut dengan hal dunia dan dia membuat keputusan untuk pergi melawat Ayeshah untuk menghilangkan segala masalah hidupnya.

"Maaf sebab lama tak datang melawat kau.." Carl membersihkan kotoran yang terlekat di pusara Ayeshah.

"Kalau aku nak meluah sikit dekat kau boleh kan? Siapa lagi nak dengar masalah hidup aku kalau bukan kau.." Carl tersenyum kecil. Dia lebih rela meluah pada orang yang sudah tiada daripada meluah pada orang yang masih ada di dunia ini. Kadang kala respon orang tentang luahan kita itu juga boleh menyakitkan hati.

"Maafkan aku sebab khianat cinta kita.." Hilang senyuman di wajah Carl saat dia ungkapkan tentang khianat itu. Dia juga tidak sangka dia akan khianat cintanya bersama Ayeshah untuk Irene.

"Aku menyesal khianat cinta kita, Zahra.."

"Dan sekarang.. Aku pula yang dikhianat.." Carl tergelak kecil. Dia ikhlas menyayangi Irene dan ini yang dia dapat?

"Kalau aku tahu benda akan jadi macam ni.. Aku tak akan cuba untuk sayangkan dia.." Carl menyentuh perlahan batu nisan Ayeshah.

"Betullah apa Xylon cakap.. Kau tak akan kecewakan aku macam mana Irene kecewakan aku.. Kenapa orang sekeliling aku suka gunakan aku macam aku ni anak patung? Aku tak layak ke nak bahagia?" Carl mengeluh. Mengapa asyik dia yang perlu hadap semua ini? Mengapa asyik dia orang yang selalu diberi ujian yang sungguh perit untuk diterima?

"Sekarang aku faham kenapa Daren marah sangat bila aku cuba untuk sayangkan Irene.. Kenapa dia kecewakan aku, Zahra?"

"Aku tahulah aku suami tak guna.. Tapi aku tak pernah terfikir nak duakan dia atau ada hubungan dengan perempuan lain.." Carl menggeleng kepalanya. Sehingga kini, dia masih terkejut dengan apa yang dia jumpa hari lalu.

"Aku dah terlanjur sayangkan dia.. Kau tak marah kan?"

"Apa patut aku buat sekarang ni, Zahra? Aku rasa aku nak bunuh diri je sekarang ni.." Carl menongkat dagunya. Dia bingung. Dia baru mahu merasakan kebahagiaan sebagai seorang suami, belum sampai sebulan.. Dia sudah dapat tahu perkara yang mengecewakan.

"Kenapa Allah selalu uji aku? Kenapa Irene datang dalam hidup aku? Memang hidup aku ni tak ditakdirkan untuk bahagia ke?"

"Allah tarik satu-satu nikmat yang aku ada. Allah tarik kau dalam hidup aku. Lama aku cuba untuk terima yang kau bukan lagi milik aku.. Aku cuba untuk terima yang kau dah tak ada dekat dunia ni. Aku dah tak boleh dengar suara kau.. Bebelan kau.. Aku rindu semua tu, Zahra.."

"Bila aku dah boleh terima Irene dalam hidup aku dan cuba sayangkan dia.. Allah tarik juga nikmat aku.. Dia bagi aku rasa kecewa yang aku tak pernah rasa selama ni.. Dia.. Mengandung anak lelaki lain?"

Jatuh air mata Carl yang lama ditahan itu. Dia tidak kuat. Dia cuba menyorok segala kesedihannya di hadapan Irene dan sahabatnya. Dan bila bersama Ayeshah? Dia kalah. Ayeshah kelemahannya. Dia meluah segala perasaannya seakan Ayeshah ada di sisinya.

"Kecewanya aku Zahra bila aku sendiri jumpa benda tu.. Aku tengok dengan mata aku sendiri.." Air matanya yang mengalir itu dibiarkan. Sakit mahu memendam segala rasa.

"Dia isteri aku.. Tapi kenapa dia mengandungkan anak orang lain? Aku.. Tak layak jadi suami dia.."

"Kalau aku boleh putarkan masa.. Aku tak akan kahwin dengan dia.. Kalau aku tahu aku akan rasa kecewa yang perit macam ni.. Aku tak akan sayangkan dia.." Matanya dipejam rapat.

"Sakitnya nak terima kenyataan yang dia mengandung anak lelaki lain.. Kenapa aku kena terima kenyataan yang sakit sangat? Dulu aku kena terima kenyataan yang kau bukan lagi milik aku.. Dan sekarang? Aku kena terima kenyataan yang dia mengandung anak lelaki lain?"

Carl tergelak kecil. Air matanya diseka.

"Dua perempuan yang aku sayang.. Dua-dua bagi aku kenyataan yang susah untuk aku terima.. Cubalah tarik nyawa aku.. Aku dah penat nak terima kenyataan yang sakit ni.."

"Aku rindu kau, Zahra.. Aku pun rindu dia.. Tapi dia buat aku kecewa.."

"Aku tak sangka.. Aku ada dua perempuan dalam hidup aku sekarang ni.."

"Ayeshah Azzahra, perempuan yang aku cinta.. Irene Melissa, perempuan yang aku sayang.."

"Dan akhirnya.. Dua-dua kecewakan aku.."

Ayeshah Azzahra. Dia mendatangkan kecewa yang besar pada hidup Erden Carl. Carl kecewa bila gagal memujuk Ayeshah. Dia gagal untuk menghalalkan Ayeshah. Dia kecewa kerana Ayeshah sudah tiada di dunia ini. Dia tidak sempat mencipta memori yang indah bersama Ayeshah.

Irene Melissa. Perempuan yang bergelar isteri yang sah kepada Erden Carl. Perempuan inilah yang menimbulkan rasa kecewa yang lebih besar daripada Ayeshah. Irene yang disangka baik ini rupanya lebih teruk. Irene membuatkan Carl malas mahu membuka hatinya lagi. Terhalang niat Carl untuk mencintai Irene oleh kerana perkara yang dibohong selama ini.

To Be Continued

—Berpisah kerana orang baru atau berpisah kerana kematian? Mana satu lagi sakit?
Nak pisahkan Carl dengan Mel.. Kesian tengok dorang dua ni >>

Continue Reading

You'll Also Like

135K 5.7K 48
[First Book Mafia Family] Start: 28/5/20 End: 22/1/21 Siapa tidak kenal jejaka igauan para hawa yang kejam dan tidak berhati perut pada setiap faktor...
260K 18.7K 54
Pernah dengar pasal right person,wrong time? Sakit? Semestinya. Tapi nak tahu apa yang lagi sakit? Right person,not the same religion...
469K 24K 59
𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan...
831K 43.3K 63
✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 1st badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ 𝐊𝐚𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐚𝐤𝐮.❞ Er...