𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

Per arysslavhh

461K 26.9K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... Més

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
02 || ERDEN'S ✧.*
03 || ERDEN'S ✧.*
04 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
08 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
15 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
24 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
30 || ERDEN'S ✧.*
31 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
34 || ERDEN'S ✧.*
35 || ERDEN'S ✧.*
36 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
40 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
42 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
45 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
47 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
56 || ERDEN'S ✧.*
57 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
59 || ERDEN'S ✧.*
60 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
65 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
67 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

37 || ERDEN'S ✧.*

5.2K 329 29
Per arysslavhh

BEG kertas yang berada di tempat duduk penumpang itu dicapai lalu dia terus keluar dari perut kereta. Pintu kereta ditutup sebelum dia melangkah ke arah bangunan megah Earlane's Holding.

Sampai saja di hadapan bangunan ini, seperti biasa dia pasti akan dihalang oleh pegawai keselamatan Earlane's. Kalau dulu, dia sangatlah rimas dihalau. Namun sekarang, dia sudah tidak heran.

Baru saja dia mahu memberikan beg kertas itu kepada staff Earlane's, tangannya sudah ditarik seseorang. Pantas Irene menoleh ke arah belakang. Dia tersenyum apabila melihat figura suaminya.

"Hi!"

Carl hanya memandang wajah isterinya itu tanpa balasan. Dia menarik tangan isterinya. EC Card diletakkan di alat pengesahan itu.

"Carl, 803"

Selesai saja, Carl terus memaut tangan si isteri untuk masuk ke dalam biliknya. Inilah kali pertama Irene menjejakkan kaki ke sini. Dia terpegun melihat keunikan dalam bangunan ini. Selama ini dia hanya melihat dari luar, malah hari ini dia berada di dalam.

Pintu bilik Carl ditolak. Carl menarik kerusi di hadapan mejanya itu sebelum dia menolak perlahan tubuh Irene. Irene hanya akur. Beg plastik itu diletakkan di atas meja.

"Kau masak apa hari ni?" Soal Carl bersama matanya menatap wajah si isteri. Irene tersenyum manis apabila melihat mata Carl tidak lari dari menatap wajahnya.

"I masak simple je hari ni. Ikan masak asam pedas." Jawab Irene sebelum dia mengeluarkan Tupperware dari beg itu. Carl hanya melihat saja tindakan isterinya itu.

Penutup bekas itu dibuka. Irene menyediakan makanan untuk suaminya. Ini kali pertama dia menyediakan makanan Carl ketika di office. Selama ini, dia tidak dibenarkan masuk.

"Nah. Makanlah. Kalau tak sedap bagitahu, nanti I improve lagi." Ujar Irene lalu tangannya menolak bekas makanan itu. Carl terus mencapai bekas itu.

"Duduk sebelah aku. Ambil kerusi tu. Kita makan sama-sama."

Mendengar itu, Irene terus menarik kerusi yang diduduk ke sebelah Carl. Carl hanya diam. Dia sedang berusaha untuk menyayangi isterinya.

Suapan pertama dimasukkan ke dalam mulut. Carl tidak memberikan sebarang reaksi. Jadi Irene sendiri tidak tahu masakannya itu sedap atau tidak.

"Okay?" Soal Irene risau. Karang termasin sangat ada kena darah tinggi pula suaminya.

Carl mengangguk kepalanya sebelum dia memasukkan lagi suapan kedua. "Okay. Tapi tak macam dekat kedai makan."

Irene menjeling. "Kalau nak sedap, pergilah makan dekat kedai. Jangan makan lauk yang I masak."

Irene mahu menarik semula bekas makanan itu. Namun cepat saja tangannya ditahan oleh Carl. Tangan Irene itu digenggam Carl.

"Aku tak cakap pun tak sedap. Aku boleh makan ni kan? Maksudnya sedaplah. Teruskan usaha kau, Bee.." Ujar Carl lalu dia menggeleng kepalanya. Setakat ini, semua masakan Irene sempurna. Tiada cacat cela. Rasanya pun cukup, tiada yang kurang.

Irene tersenyum. Dia memandang saja nasi dan lauk yang berada di bekas makanan Carl itu. Dari pagi tadi dia tidak menjamah sebarang makanan. Jika dia makan, pasti dia akan muntah.

Carl menoleh ke arah isterinya yang sedang termenung memandang makanan. Pelik Carl dibuatnya.

"Kau nak ke?" Soal Carl hairan. Laju Irene mengangkat wajahnya memandang Carl. Dia menggeleng kepalanya perlahan bersama senyuman kecil di bibir.

"Tak apa. You makanlah. I dah makan dekat rumah tadi." Tipu Irene. Padahal dia masih tidak makan dari pagi. Bukannya dia tidak lapar, cuma perutnya yang tidak mahu menerima makanan.

"Sini. Aku suap kau makan. Kesian pula aku tengok kau ni." Carl menarik tangan Irene. Dia menghalakan sudu itu tepat ke arah mulut Irene. Irene hanya akur. Dia membuka mulutnya.

"Macam mana? Sedap?" Soal Carl bersama matanya memandang wajah Irene. Irene terus mengangguk laju. Dia tidak sangka pula masakannya seenak ini.

"Sedap. Betullah apa you cakap.. Tak sesedap makanan dekat kedai." Irene tergelak kecil. Dia ingatkan Carl berkata begitu hanya untuk menyakitkan hatinya, namun ternyata benar. Makanan di kedai lagi sedap.

BEG bagasi ditarik sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam kawasan rumah agam keluarga Enrico. Belum sempat dia menolak pintu, pintu itu sudah terbuka. Terkejut Daren apabila pintu itu dibuka secara tiba-tiba.

"Daren.." Panggil Elena yang baru saja membuka pintu itu untuk Daren. Daren melakar senyuman kecil kepada Elena.

"Masuklah. Grand ada dekat atas. Kejap lagi Grandma panggil." Ucap Elena dan berganjak sedikit memberi ruang kepada Daren. Dia tahu Daren akan pulang ke Itali hari ini.

Daren mengangguk sebelum dia melangkah masuk. Beg ditarik lalu kakinya melangkah ke arah bilik tetamu yang berada tidak jauh dari ruang tamu itu.

Selesai dia membersihkan diri, dia keluar dari bilik dan menuju ke dapur untuk menolong Elena menyiapkan makanan.

"Grandma.." Panggil Daren lalu tangannya perampas pinggan yang berada di tangan Elena. Terkejut Elena apabila Daren tiba-tiba muncul di sini.

"Eh Daren! Biar Grandma buat. Daren pergi duduk sana." Elena menolak tubuh Daren. Namun tenaga Elena tidak cukup kuat untuk menolak Daren yang cukup besar itu.

"Sia-sia je Grandma tolak. Bukannya Daren bergerak pun." Ucap Daren sebelum dia ketawa kecil. Mendengar itu, tangan Elena laju memukul lengan sasa Daren.

"Pergi duduk, Daren. Kamu tu tetamu. Biarlah Grandma buat semua ni." Elena masih lagi cuba menolak Daren. Daren masih berkeras di situ dan menghabiskan sisa pinggan yang tinggal untuk dicuci.

"Grandma tu yang duduk. Grandma tu dah tua. Sepatutnya biar maid yang basuh pinggan. Bukannya Grandma sendiri yang basuh. Pergi duduk sana.." Ucap Daren lalu dia menarik tubuh Elena dan ditolak perlahan supaya Elena duduk di atas kerusi.

"Eh budak ni. Kita yang suruh dia duduk, dia pula yang suruh kita. Nasib baik cucu." Elena mengeluh. Dia sudah menganggap Daren sebagai cucunya. Hubungannya dengan Daren begitu erat kerana Daren merupakan anak buah suaminya.

"Puas bergaduh? Sakit telinga aku dengar." Kata Enrico sebelum tangannya menarik kerusi di sebelah Elena. Elena hanya menjeling suaminya.

"Buah hati kau tu yang tak puas hati dengan aku." Ucap Daren lalu dia meletakkan dua gelas cawan yang berisi air oren di atas meja.

"Mana ada! Daren tipu!" Elena menafikan kata-kata Daren. Enrico sudah pasrah. Sekali lagi dia perlu mendengar pergaduhan antara isterinya dan Daren. Dua-dua tak mahu kalah.

"Aik? Daren pula kena? Grandma yang tak reti duduk diam. Grandma tu dah tua, umur pun dah hujung-hujung.. Tinggal tunggu masa je.." Elena memukul kuat lengan Daren apabila mendengar Daren memerli dirinya.

"Tua-tua pun hot tahu? Daren tu muda tapi sampai sekarang tak ada orang nak." Elena memeluk tubuhnya. Merajuk! Susah ya kalau bergaduh dengan orang yang tak mahu kalah.

"Lelaki hot selalu single. Susah untuk dimiliki." Ucap Daren mendatar. Tergelak kecil dia apabila melihat Elena yang sudah merajuk itu.

KOPI diletakkan di atas meja berhadapan dengan Enrico dan Earlane. Daren melabuhkan punggungnya di atas sofa yang berhadapan dengan Enrico.

Wajah Daren ditenung lama oleh Enrico. Dia tahu Daren pulang ke sini bukan saja-saja. Pasti ada tujuan sebenar.

"Apa cerita? Kenapa kau balik sini tiba-tiba? Apa jadi dengan manusia dekat rumah tu?" Soal Enrico bertalu-talu. Sejak ada Irene dalam keluarga cucunya itu, dia tidak berminat untuk pulang ke Malaysia. Sudah hampir dua bulan dia tidak melawat cucunya di sana. Dia hanya mendengar saja berita yang disampaikan oleh Daren.

"Satu-satulah.." Daren menjeling. Banyak sangat soalan sampai tak tahu nak jawab mana satu.

"Apa jadi dekat rumah tu? Perempuan tu buat hal?" Enrico mengangkat keningnya. Daren melepaskan nafas berat sebelum dia membuka mulut.

"Dia dah kena halau dengan Cadee. Sekarang Carl dengan dia duduk rumah lain."

Enrico tergelak besar mendengar perkataan 'halau' yang keluar dari mulut Enrico. Seronok pula dengar perkataan tu.

"Kena halau? Sebab apa? Kenapa tiba-tiba Erlan nak halau dia?" Soal Earlane hairan. Dia kenal anaknya. Anak sulungnya itu tidak akan membuat keputusan gila secara tiba-tiba.

"Sebab dia pukul twins.." Daren memandang wajah Enrico dan Earlane silih berganti. Nampak sangat wajah mereka berdua berubah apabila dia menyebut tentang Irene memukul Endra dan Elyia.

"Gila ke apa perempuan tu? Berani dia sentuh cucu aku.." Earlane mengepal penumbuknya. Dia sudah lama tidak menghantar orang ke neraka. Jangan sampai Irene menjadi mangsa seterusnya.

"Dia pukul sebab baby terlanggar dia je. Lepas tu makanan dia jatuh." Daren mengeluh. Sakit hatinya melihat rakaman cctv itu. Kalau dia ada ketika itu, sudah pasti Irene mendapat tamparan hebat dari tangan kirinya.

"Tak guna punya perempuan." Ucap Enrico bersama wajah sinisnya. Dia paling tidak suka orang menyentuh anak cucunya.

"But.. I have something to tell you.."

Enrico dan Earlane laju memandang wajah Daren. Daren menghela nafasnya sebelum dia memulakan katanya.

"Perempuan tu ada buat hal. Aku pun tak sangka dia sanggup buat macam tu." Daren menggelengkan kepalanya. Puas dia menyiasat tentang Irene ketika perempuan itu berada di US. Bila sudah dapat, dia sendiri sakit hati melihat Irene senang berduaan dengan lelaki lain. Padahal Carl di Malaysia sedaya upaya membuka hatinya untuk menerima Irene.

"Apa benda? Cuba straight to the point." Earlane menjeling. Inilah Daren. Suka putar belit.

"She's pregnant.."

Teruja Earlane mendengar berita dari mulut Carl. Dia akan dapat cucu lagi. Namun kali ini dari anak bongsunya.

"But not Carl's son.."

Terus berubah riak wajah Earlane. Dia sangkakan itu adalah anak hasil daripada Carl dan Irene. Malah lain pula.

"Habis tu anak siapa?" Enrico masih beriak biasa. Dia tahu perempuan itu pasti akan mendatangkan masalah. Kalau boleh setiap masa dia mahu mengecewakan Carl.

Daren mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Dia masih tidak dapat cari tentang lelaki yang tidur bersama Irene pada malam itu.

"Macam mana dengan Erden? Dia dah tahu?" Soal Earlane risau. Dia takut jika anaknya akan kecewa sekali lagi. Dia tidak mahu melihat anaknya sakit seperti mana Carl jatuh sakit ketika Ayeshah meninggalkan Carl sendiri di dunia ini.

Daren menggeleng. "Carl tak tahu lagi. Nampak macam dia orang okay sekarang ni."

Earlane mengeluh. Kenapalah ujian anak bongsunya lebih besar daripada ujian anak sulungnya?

"Jangan cakap Carl dah buka hati dia untuk perempuan tu.." Enrico pula mengeluh. Dia tahu Carl akan kecewa lebih teruk jika dia sudah cuba menyayangi Irene.

"Nampaknya macam itulah.." Daren mengetap bibirnya. Dia tidak mampu mengubah nasib hidup Carl. Dia hanya mampu melihat saja kerana Carl sendiri watak utama dalam cerita ini, jadi dia sendiri sepatutnya tahu bagaimana mahu mengubah nasib malang hidupnya.

To Be Continued

—Irene suka sangat buat hal kan? Patut hantar je dia ke underground hm.

Continua llegint

You'll Also Like

THE ONE Per doodybeans

Literatura romàntica

260K 18.7K 54
Pernah dengar pasal right person,wrong time? Sakit? Semestinya. Tapi nak tahu apa yang lagi sakit? Right person,not the same religion...
1.5M 47.6K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
MR PIRATE Per نور ذاليك

Literatura romàntica

3M 268K 89
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
267K 14.3K 53
NOT EDITED ‼️ 𝑭𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚, 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 ꨄ︎ -✿- 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑭𝒂𝒉𝒓𝒊𝒆𝒍 𝑫𝒂𝒏𝒊𝒔𝒉 - Usahawan muda yang berhati beku dan berat...