𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

By arysslavhh

474K 27.1K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... More

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
02 || ERDEN'S ✧.*
03 || ERDEN'S ✧.*
04 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
08 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
15 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
24 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
30 || ERDEN'S ✧.*
31 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
34 || ERDEN'S ✧.*
36 || ERDEN'S ✧.*
37 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
40 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
42 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
45 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
47 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
56 || ERDEN'S ✧.*
57 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
59 || ERDEN'S ✧.*
60 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
65 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
67 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

35 || ERDEN'S ✧.*

5.8K 344 81
By arysslavhh

HARI ini sudah genap dua bulan perkahwinan Carl dan Irene. Setiap hari, Irene tidak pernah terlepas dari membuatkan sarapan pagi untuk Carl dan membekalkan suaminya makanan tengahari. Sejak itu jugalah, Carl jarang keluar makan di kedai. Dia hanya makan apa saja yang isterinya bekalkan untuknya.

Pintu bilik Carl diketuk. Irene menunggu saja pintu bilik suaminya itu terbuka bersama pakaian yang sudah digosok. Terbuka saja pintu bilik itu, Irene terus menghulur pakaian kerja Carl.

"Kau tak penat ke iron baju aku hari-hari? Aku boleh buat sendiri, Melissa.." Carl menggeleng. Sebelum tidur, pasti isterinya akan meminta pakaian kerja untuk digosok. Dia hanya mengakur saja. Kalau tidak diberi, nanti merajuk pula.

"Tak. Nak buat apa penat? Kan dapat pahala. I dah penatlah kumpul dosa.. Bagilah I peluang nak kumpul pahala pula.." Irene tersengih. Carl menjeling sebelum dahi isterinya dijentik perlahan.

"Ada je alasan kau kan?" Carl mengeluh sebelum mencapai pakaian kerjanya yang berada di tangan si isteri.

"Pergilah. Aku nak pakai baju." Ucap Carl mendatar. Irene hanya mengangguk. Baru saja dia mahu melangkah pergi, dia kembali ke arah suaminya.

"Nanti turun makan tau? I ada masakan nasi lemak untuk you.." Ujar Irene dan terus beredar dari situ. Carl hanya diam.

Cakap pasal nasi lemak.. Dia teringat..

Dapur rumah Cadee hampir terbakar oleh kerana dirinya. Dia adalah punca Clara mengamuk. Salahnya kerana leka membuat air dan membesar api sambal nasi lemak ketika itu. Katanya, api besar baru seronok..

Carl menggeleng laju. Malu pula bila teringat tentang itu. Nasib baiklah hanya mereka saja yang tahu, kalau satu office tahu? Jatuh air mukanya.

IRENE menolak kuat pintu bilik air yang berada di dalam biliknya. Mangkuk tandas di dekati sebelum dia memuntahkan semula makanan yang dimakan bersama suaminya. Perutnya ditekan perlahan. Kepalanya berdenyut.

Sekali lagi rasa loya mula hadir. Kali ini sudah dua kali dia muntah. Sebab apa pun dia tidak pasti. Nak kata salah makan, bukannya dia tidak pernah makan nasi lemak.

"Aduhai kenapa pula muntah-muntah ni?" Soal Irene sendiri. Dia gagahkan juga diri untuk bangkit yang berjalan ke arah almarinya.

Pintu almari itu dibuka. Laci kecil yang berada di dalam almari itu dipandang sebelum dibuka. Tangannya mencari sesuatu. Jumpa saja, dia terus berlari ke arah tandas semula.

Setelah hampir 30 minit Irene berada di dalam tandas, pintu itu dibuka. Matanya memandang alat kecil yang berada di tangan. Berkerut dahinya memandang alat kecil itu.

Keluar saja keputusan, membulat matanya apabila melihat keputusan positive dari alat itu. Laju tangannya melemparkan alat itu. Alat itu adalah pregnancy test.

Irene memukul kepalanya berkali-kali. Dia sendiri tidak ingat tentang ini. Dia lupa dia pernah menjalinkan hubungan sulit bersama lelaki lain sewaktu dia berada di US.

"Kenapa kau bodoh sangat, Melissa?!" Soal Irene dalam nada yang tinggi. Mahu menangis rasanya apabila melihat keputusan itu. Dia mengharapkan negative, malah lain pula yang dia dapat.

"Apa kau nak buat sekarang ni, Mel? Fikir Mel fikir.." Dia berjalan ke kiri dan ke kanan sambil menggigit kuku. Dia buntu. Dia takut jika suaminya tahu tentang ini.

"Macam mana kalau Carl tahu? Apa jadi dengan dia lepas dia tahu semua ni?" Irene terduduk. Dia menggigit bibir bawahnya. Buntu.

"Ya Allah, Melissa. Kau baru je nak berbaik dengan dia.. Ini kau dah buat hal semula.." Irene menundukkan wajahnya. Dia takut usahanya memikat hati Carl selama ini akan menjadi sia-sia. Hampir sebulan dia memikat hati Carl, dia sudah dapat kesan yang positive. Carl sudah tidak berkasar dengannya. Jika dia duduk di sebelah Carl, Carl sudah tidak lari. Dulu Carl pasti akan lari jika dia mendekati Carl.

DAREN membuka pintu keretanya sebelum dia melangkah ke kawasan rumah Carl. Pintu pagar rumah Carl itu dibuka lalu dia terus masuk ke dalam rumah itu. Xylon hanya mengikut saja langkah Daren.

Loceng yang berada di tepi pintu rumah itu ditekan. Mereka berdua setia menunggu pintu itu dibuka.

Terbuka saja pintu itu, mereka berdua memandang tajam ke arah Irene yang berpakaian seksi itu.

"Kau nak pergi mana pakai macam tak cukup kain ni?" Soal Xylon lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tidak mahulah dia melihat tubuh isteri orang.

"I...I nak keluar.." Ujar Irene sebelum dia menekup kuat mulutnya. Dia sudah mulai rasa mual. Laju kakinya berlari ke arah dapur.

Daren dan Xylon terus berpandangan sesama sendiri. Dahi mereka berkerut melihat Irene yang tiba-tiba mahu muntah itu.

Kaki mereka laju melangkah ke arah dapur untuk melihat isteri Carl. Mereka hanya melihat saja Irene yang tertunduk-tunduk dari jauh.

Hampir lima minit Irene berdiri di hadapan singki dapur itu. Daren mengeluh sebelum dia terus mendekati Irene.

"Kau dah kenapa ni?" Soal Daren Irene. Tubuh Irene ditarik perlahan. Matanya jatuh pada wajah Irene yang sudah mulai pucat itu.

"Tak..Tak ada apa.." Nafi Irene. Dia tidak mahu perkara ini kantoi. Dia ada berusaha untuk menyorokkan perkara ini dari suaminya.

Daren memandang lama wajah Irene. Dia dapat rasakan Irene sedang menyorok sesuatu darinya. Xylon yang melihat wajah Daren yang berubah dingin itu terus menghampiri sahabatnya.

"Kenapa, D?" Soal Xylon. Hanya Xylon sahaja yang berani memanggil Daren dengan panggilan 'D'. Walaupun berkali-kali Daren menghalang, namun Xylon masih lakukan. Lama kelamaan, malas sudah Daren mahu menghalang. Lantak engkau la Leman.

Daren menoleh ke arah Xylon sebelum dia kembali menatap wajah Irene. Dia menikam tajam anak mata Irene yang berwarna kehijauan itu. Irene yang rasa ditenung itu terus mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Kau nak tipu aku ke, Mel?" Soal Daren sebelum dia tergelak sinis. Dia tahu Irene menipunya. Dia bukan manusia yang mudah terpedaya dengan penipuan.

"Nak tipu apa? Betullah I cakap. Tak ada apa.." Irene mengeluh dan terus berjalan meninggalkan Daren. Baik dia pergi dari rumah ini daripada dia terus disoal oleh Daren.

Xylon di situ sudah bingung. Bila ditanya mengapa, tiada sesiapapun mahu menjawab. Memang nasib hidupnya dipulau setiap masa ke?

"KAU NAK PERGI MANA TU ,MEL?!" Jerit Daren kuat. Irene teruskan langkah. Rasa seram pula lihat wajah Daren itu.

Melihat Irene yang sudah keluar, Daren mengeluh. Xylon sudah menjeling tajam Daren yang dari tadi tidak menjawab soalannya.

TANGAN Daren membuka pintu bilik tidur Carl. Xylon yang masih merajuk itu hanya mengikut saja kemana Daren pergi. Katanya dia pergi ke rumah Carl kerana mahu mencari bukti. Entah bukti apapun dia tidak tahu.

Almari Carl dibuka oleh Daren. Xylon yang pasrah itu terus segar apabila matanya tertarik pada sesuatu. Laju tangannya mencapai benda itu.

"D! Tengok! Warna pink!" Xylon menunjuk underwear milik Carl kepada Daren. Daren mengetuk kuat kepala Xylon. Waktu macam inilah dia nak main-main.

"Simpan balik!" Tegas Daren. Dia menarik semula underwear Carl yang berada di tangan Xylon. Dia pun tidak tahu sejak bila Xylon berperangai begini.

"Kejaplah, D. Bagilah aku usya almari dia." Ujar Xylon bersama tangannya menarik laci yang berada di dalam almari Carl.

"Jangan main-mainlah!" Daren menarik kuat tangan Xylon sebelum pintu almari itu ditutup rapat. Xylon terus memutarkan bebola matanya. Nak usik sikit pun tak boleh!

Daren menutup kembali pintu bilik Carl. Kaki melangkah mahu menuruni anak tangga. Namun kakinya terhenti pada bilik Irene. Dia menoleh ke arah pintu itu sebelum tangannya memulas tombol pintu.

Masuk saja di bilik Irene, matanya tertarik dengan meja kecil yang berada di sisi katil Irene. Tangannya menarik laci kecil itu.

Matanya merenung tajam suatu alat kecil yang cukup dikenali. Perlahan-lahan tangannya mengambil alat itu.

"XYLON!" Jerit Daren dengan kuat.

"Apa kau ni? Tadi marah aku, ini nak panggil pula.." Ucap Xylon lalu matanya jatuh pada alat kecil yang berada di tangan Daren.

"Apa tu, D? Covid test ke?" Soal Xylon hairan. Irene positive covid ke?

"Pregnancy test.." Jawab Daren. Dia tersenyum sinis apabila melihat bacaan positive dari alat itu.

"P.. Pregnant?" Xylon terus mencapai alat itu dari tangan Daren. Dia merenung tajam alat itu sebelum alat itu terjatuh dari tangannya.

"D! Positive do D!"

Daren hanya diam. Dia cuba memikirkan perkara yang positive walaupun di akal fikirannya sudah keluar perkara yang negative tentang Irene.

"Anak Carl ke, D? Sejak bila Carl terima dia?" Xylon turut hairan. Setahunya, Carl masih tidak boleh menerima Irene dalam hidupnya. Jadi agak mustahil untuk Irene mengandung anak Carl.

"Tak. Aku tak rasa tu anak Carl. Carl dengan Irene tak berbaik lagi." Daren mengeluh. Dia menyimpan semula alat itu di dalam laci lalu beredar dari rumah ini.

Xylon hanya ikut kemana saja Daren pergi. Dia juga tidak sangka dia terjumpa alat kecil itu. Walaupun kecil, tapi mampu buat orang bahagia. Malah tidak semua orang akan bahagia bila mendapat jawapan yang positive dari alat itu, ada juga yang akan kecewa.. Dan contohnya.. Carl?

"D! Kau fikir tak apa yang aku fikir?" Soal Xylon tanpa memandang wajah Daren yang sedang memandu itu.

"Kau fikir Irene main dengan lelaki lain?"

Xylon mengangguk. Dia bukannya mahu bersangka buruk, cuma dia sendiri boleh nampak macam mana hubungan Irene dan Carl. Bukan dia sahaja yang nampak, malah staff di office turut sama.

"Aku risaulah.." Ucap Daren sebelum dia mengeluh. Dia paling tidak suka jika masalah berlaku dalam keluarganya. Jika dia tidak dapat selesaikan masalah itu, dia akan rasa sebersalah.

"Risau kenapa?" Soal Xylon hairan. Wajah Daren ditatap lama.

"Aku risau Carl kecewa bila dia sendiri jumpa benda tu. Aku tak nak tengok dia lemah macam mana dia lemah bila Ayeshah tinggalkan dia dulu.." Daren menggeleng kepalanya. Cukuplah dia melihat Carl sakit apabila Ayeshah sudah tiada di dunia ini. Dia risau jika Carl dapat tahu tentang ini saat Carl sudah mula mencintai Irene.

To Be Continued

— Prefer sad ending or happy ending?

Continue Reading

You'll Also Like

5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
861K 33.4K 60
Aviera Ratasya. Dia memiliki segalanya. Cintanya utuh milik kekasihnya, Isaac Ethan. Kisah cinta mereka indah namun pengakhiran yang tidak pernah d...
1M 51.2K 47
Genre : Romance, Action Published : Kehidupan Ixora Yasmin hanya biasa-biasa saja. Bukan seperti cerita-cerita di dalam novel mahu pun drama. Bukan...
157K 10.1K 32
Adam Hirdy | Azalea