𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

By arysslavhh

461K 26.9K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... More

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
02 || ERDEN'S ✧.*
03 || ERDEN'S ✧.*
04 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
08 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
15 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
24 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
30 || ERDEN'S ✧.*
31 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
35 || ERDEN'S ✧.*
36 || ERDEN'S ✧.*
37 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
40 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
42 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
45 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
47 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
56 || ERDEN'S ✧.*
57 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
59 || ERDEN'S ✧.*
60 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
65 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
67 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

34 || ERDEN'S ✧.*

5.3K 360 24
By arysslavhh

IRENE membuka pintu utama rumah agam itu sebelum dia melangkah ke halaman rumah. Baru saja dia mahu ke taman bunga yang berada di belakang rumah, matanya tertarik dengan susuk tubuh dua jejaka yang sedang berdiri di hadapan kolam ikan.

Irene dengan pantas mengatur langkahnya ke arah dua jejaka tersebut.

"Korang buat apa dekat sini?" Soal Irene yang tiba-tiba muncul di hadapan kolam ikan itu. Terkejut Stephen dan Eric tatkala ditegur tiba-tiba.

"Dari mana kau datang ni makhluk halus?" Soal Stephen yang masih lagi dalam keadaan terkejut itu.

Laju kepala Irene menoleh ke arah Stephen. Berkerut dahinya memandang Stephen yang sedang menenangkan diri.

"Kenapa you ni? Apa yang terkejut sangat?" Irene menggaru kepalanya sendiri. Muka dia ada nampak macam hantu ke? Kenapa terkejut sangat?

Irene menoleh ke arah Eric pula. Eric juga mengurut dadanya. Makin pelik Irene dibuatnya. Apa yang terkejut sangat sebenarnya?

"Korang berdua ni kenapa? Muka I ni ada nampak macam hantu ke?" Irene mengeluh. Dia tidak faham mengapa Stephen dan Eric terkejut sangat.

"Muka kau tu.. Kenapa kau pakai mask siang macam ni? Dengan rambut serabai macam hantu kak limah! Patutlah Carl tak pandang kau.." Eric menjeling sebelum mengeluh. Nasib baiklah siang, kalau malam? Rasanya mereka berdua dah pengsan.

"Apa?! Ini namanya jaga muka tahu? First step to win his heart!" Irene memeluk tubuhnya. Stephen dan Eric hanya mengangguk kepala. Faham.

"Eh kejap.. Korang buat apa dekat sini? Kenapa korang berdiri dekat kolam ni? Nak bersihkan ke?" Soal Irene lalu dia memandang wajah Eric dan Stephen.

"Oh nak bersihkan? Biar I tolong korang!"

Belum sempat Stephen dan Eric menjawab, Irene sudah melompat masuk ke dalam kolam ikan. Nasib baiklah air kolam itu bersih, kalau air kolam itu warna hijau?

Melopong mulut Stephen dan Eric melihat Irene yang selamba masuk ke dalam kolam itu. Mereka berpandangan sesama sendiri seakan tidak percaya. Antara Clara dengan Irene, Irene lagi gila!

Irene menangkap dua ekor ikan yang berada di dalam kolam itu. Kepalanya diangkat memandang wajah Eric.

"Eric! Tangkap ikan ni!" Jerit Irene sebelum dia membaling ikan itu ke arah Eric. Eric yang terkejut itu cepat-cepat menangkap ikan yang berada di udara itu. Ini kalau ikan tu mati, mahu mengamuk si Clara.

"Stephen! You pula!" Irene membaling lagi seekor ikan ke arah Stephen. Stephen sudah bersedia untuk menangkap ikan itu. Walaupun dia masih dalam keadaan terkejut, dia tetap perlu menangkap ikan itu. Kalau tidak, dia pasti akan dibebel Clara kerana ikan ini adalah kepunyaan Clara.

Berkerut dahi Stephen dan Eric melihat Irene yang mahu berenang di kolam ikan itu.

"Woi kau nak buat apa ni?!" Jerit Eric yang terkejut itu. Irene ni perangai memang tak boleh cover! Memang gila!

"I nak berenang! Besar juga kolam ni. Dah lama I tak berenang.." Ucap Irene dan terus menyelam. Membulat biji mata Eric dan Stephen.

Carl baru pulang dari office itu memandang ke arah Stephen dan Eric yang berada di kolam ikan itu. Pantas kakinya melangkah ke arah mereka.

"Korang tengok apa?" Soal Carl hairan. Wajah Eric dan Stephen dipandang lama.

"Isteri kau.." Jawab Stephen lalu dia menunjuk ke arah Irene yang berada di dalam kolam. Carl terus menjatuhkan pandangannya ke dalam kolam.

"KAU BUAT APA NI BAHLOL?!" Jerit Carl terkejut. Dia menepuk dahinya. Pening melihat perangai si isteri yang gila itu.

"IRENE MELISSA! KAU KELUAR SEKARANG!" Jerit Carl sekali lagi. Kini matanya jatuh pada ikan-ikan yang berada di tangan Stephen dan Eric. Dia mengeluh panjang.

"Apa you ni? Jangan menjerit boleh tak? Bingitlah!" Irene menjeling sebelum dia menyelam sekali lagi. Terduduk Carl apabila melihat perangai si isteri yang di luar jangkaan itu.

Cadee dan Clara turut keluar dari rumah apabila terdengar bunyi bising. Mata mereka berdua jatuh pada Irene yang berada di dalam kolam itu.

Berkerut wajah Clara memandang Irene yang bersuka ria berenang di kolam ikan itu.

"Irene! Keluar! Ini kolam ikan! Kalau nak berenang pergilah kolam lain!" Jerit Clara sebelum dia mendekati kolam itu. Dia mahu menarik Irene keluar dari kolam itu. Namun cepat saja Irene menyelam.

"Bertambah seekor lagi bala.." Cadee mengeluh sebelum menggeleng.

BEKAS Tupperware yang berisi cococrunch itu dicapai sebelum dia berjalan mendekati sofa yang berada di ruang tamu rumah agam itu. Remote television diambil lalu dia membuka drama korea.

Matanya setia memandang kaca televisyen. Tangannya membuka penutup Tupperware tanpa melihat. Laju dia memasukkan cococrunch itu ke dalam mulut.

Sedang dia leka menonton drama itu, tiba-tiba ada seseorang yang melanggarnya. Secara tidak langsung bekas Tupperware di tangannya itu jatuh. Cococrunch juga berterabur di lantai.

Irene mengangkat wajahnya memandang figura kanak-kanak kecil yang berada di hadapan. Dia mengepal penumbuk sebelum dia menarik kuat kanak-kanak itu.

"KAU NI ANAK SIAPA HAH?! SUKA HATI KAU AJE NAK LANGGAR AKU!! KAU TENGOK DAH BERTERABUR MAKANAN TU!!" Irene mencubit lengan Elyia dengan kuat. Elyia terus menangis teresak-esak. Endra yang mendengar adiknya menangis itu terus menarik Elyia jauh dari Irene.

Tangan Elyia dilihat sebelum Endra memandang tajam Irene yang mendekati mereka. Jelas tangan Elyia merah kerana dicubit Irene.

"SATU LAGI SAMPAI! KAU NI ANAK SIAPA SEBENARNYA?! AKU TAK PERNAH NAMPAK KAU PUN SEBELUM NI! KAU KUTIP MAKANAN TU SEKARANG!!" Irene menarik kuat tubuh Elyia lalu dia menolak tubuh kecil itu ke arah makanan yang sudah berterabur itu. Elyia yang sudah hilang keseimbangan itu terus terjatuh.

Endra terkejut dan berlari mendapatkan adiknya. Dia mengangkat adiknya lalu dia menikam tajam anak mata Irene.

"Don't touch her.." Ucap Endra lalu dia membersihkan wajah Elyia yang terkena cococrunch itu. Adiknya ditarik kebelakang.

"What? Kau pandai cakap?" Soal Irene terkejut. Nampak saja kecil, tapi dia tidak sangka Endra pandai bercakap.

"I'm 2 years old, lol." Endra menjeling. Zaman sudah maju, tak akanlah budak berumur 2 tahun tidak pandai cakap lagi?

Terkejut Irene apabila mendengar perkataan 'lol' yang keluar dari mulut budak lelaki itu. Dia menarik kuat tangan Endra lalu dia menampar mulut Endra dengan kuat.

"Jaga bahasa kau! Kau tu budak lagi! Kau dengan budak kecil tu sama je lah! Dua-dua bawa malang!" Jerit Irene sedikit kuat. Irene menolak kedua tubuh itu sehingga jatuh terduduk di atas lantai. Elyia sudah menangis teresak-esak namun Endra masih diam.

Carl yang mendengar jeritan isterinya dari atas itu segera turun. Membulat matanya apabila melihat Elyia sudah menangis. Laju kakinya melangkah mendekati anak saudaranya.

Tubuh Elyia diangkat. Dia menikam tajam anak mata isterinya. "Apa kau buat ni? Kenapa dia menangis?"

Carl cuba memujuk Elyia dari menangis. Tubuh Endra ditarik ke belakang. Dia tidak sangka isterinya sanggup menyakiti dua budak ini.

"Budak perempuan tu hah! Dia langgar I sampai makanan I jatuh!" Irene menunjuk ke arah cococrunch yang masih berterabur di atas lantai. Mata Carl turut memandang makanan itu.

"Habis tu kau tak reti nak kutip? Tak payahlah nak marah-marah! Manusia jenis apa kau ni? Dengan budak-budak pun tak boleh nak mengalah?!" Carl menengking kuat isterinya. Irene berasa tidak puas hati apabila Carl langsung tidak mempertahankan dirinya.

"Kenapa dengan you ni? Kenapa you nak back up sangat budak tu? Anak siapa budak tu sebenarnya? Entah-entah anak haram!" Jerit Irene kuat.

Pang!

Carl menampar kuat wajah isterinya. Dia mengeluh perlahan. Matanya beralih pada Clara yang berdiri tidak jauh dari mereka. Dia mendengar segalanya. Dia mendengar Irene mengatakan bahawa anaknya adalah anak haram.

"You tampar I Carl?! Sebab budak ni you sanggup tampar I?!" Irene kecewa dengan Carl. Suaminya langsung tidak mempertahankannya.

Irene mendekati Carl sebelum dia menarik kuat tubuh Endra yang berada di belakang Carl. Dia menampar wajah Endra sebelum dia menolak tubuh kecil itu.

Carl sempat menahan Endra daripada jatuh. Dia tidak percaya dengan perangai isterinya yang seakan iblis itu.

"APA MASALAH KAU NI, IRENE MELISSA?!" Jerit Carl kuat. Dia mengepal penumbuk. Mahu saja dia menumbuk wajah isterinya yang kurang ajar itu.

"You tak habis-habis bela budak tu! Kau memang tak guna! Anak haram!"

Pang!

Sekali lagi Irene ditampar. Carl terkejut melihat Clara yang menampar Irene itu. Dia sendiri tidak sedar bila Clara tiba di hadapannya.

"JAGA MULUT KAU! ANAK TU BUKAN ANAK HARAM!" Jerit Clara kuat di hadapan muka Irene. Irene jelas terkejut apabila ditampar Clara.

"APA MASALAH KAU NI BETINA? ANAK SIAPA BUDAK TU?!" Soal Irene kuat.

"Anak aku." Ucap Cadee yang baru tiba di ruang tamu itu. Elyia yang berada di tangan Carl diambil sebelum dia berdiri betul-betul di hadapan Irene.

"Dia.. Anak aku dengan Clara." Jelas Cadee. Riak wajah Irene jelas terkejut mendengar pengakuan Cadee. Irene mengalihkan pandangannya ke arah Clara yang sudah mendukung Endra.

"Berani kau sentuh anak aku ya?" Ucap Cadee lalu dia tersenyum sinis. Wajah anaknya diusap perlahan.

"KAU KELUAR DARI RUMAH AKU!" Tengking Cadee. Irene menundukkan wajahnya ke bawah. Carl sudah mencarut. Mengapalah isterinya suka membuat masalah.

"Cadee.. I minta maaf.." Ujar Irene sambil menundukkan wajahnya. Dia tidak sangka budak itu adalah anak Cadee.

"Jangan minta maaf dengan aku. Minta maaf dengan isteri aku, Clara Zenia.." Cadee mengambil anak lelakinya sebelum dia meninggalkan ruang tamu itu.

Clara hanya diam. Dia terkilan dengan perangai Irene. Wajah Irene yang duduk di hadapannya itu sedikitpun tidak dipandang.

"Clara..."

"A..Aku minta maaf.. Maafkan aku, Clara.." Rayu Irene. Dia tidak sangka Clara adalah isteri kepada Cadee. Selama ini dia sangkakan Clara hanyalah pembantu rumah.

"Aku baru nak terima kau dalam keluarga ni.." Ujar Clara lalu dia tergelak kecil. Dia baru saja mahu menganggap Irene sebagai sebahagian dari keluarganya. Namun kejadian hari ini membuatkan dia mahu menarik semula niatnya.

"Kalau macam ni perangai kau layan budak-budak, aku rasa kau tak perlu ada anak." Clara menggeleng kepalanya. Dia kecewa dengan perangai Irene. Dia sangkakan Irene hanya berani menyentuh isteri Cadee, malah anak Cadee pun disentuh. Berani sungguh dia.

"Clara.. Aku minta maaf.." Sekali lagi Irene merayu. Dia tidak tahu. Dia tidak tahu Clara adalah isteri Cadee dan dia juga tidak tahu budak-budak itu adalah anak Cadee.

Clara terus bangkit dari duduknya. Dia memandang ke arah Carl yang duduk tidak jauh darinya.

"Bawa dia keluar dari rumah ni, Erden. Saya tak nak tengok muka dia lagi." Ucap Clara dan terus meninggalkan Irene dan Carl berdua di ruang tamu. Carl memandang wajah Clara sebelum pandangannya jatuh ke arah Irene.

Dia mengeluh. Dia sendiri kecewa dengan sikap isterinya. Tiada sesiapa yang berani menyakiti anak-anak Cadee. Namun isterinya? berani menyakiti dua kanak-kanak itu tanpa mengetahui siapa mereka berdua.

To Be Continued

—Kalau ada typo, bagitahu saya.

Continue Reading

You'll Also Like

626K 31.5K 68
CINTA MAISARAH Peristiwa satu malam yang terjadi tanpa niat dia dengan seorang lelaki. Hidup dia tidak berubah kelam selepas kejadian itu, malah lebi...
907K 57K 75
𝟏📍𝟐𝟓𝟏𝟏𝟐𝟏/𝟐𝟐𝟎𝟓𝟐𝟐 𝐌𝐑𝐒 | COMPLETED 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 | 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐅𝐀𝐇 𝐀𝐈𝐑𝐄𝐄𝐍. Satu kejadian yang membawa trauma d...
125K 7.1K 56
𖤐 BROKEN SERIES BOOK 1 ⊹♡ start : 02072023 end : 07022024 ⚠️clichè
3M 268K 89
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...