𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

By arysslavhh

461K 26.9K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... More

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
02 || ERDEN'S ✧.*
03 || ERDEN'S ✧.*
04 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
08 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
15 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
24 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
30 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
34 || ERDEN'S ✧.*
35 || ERDEN'S ✧.*
36 || ERDEN'S ✧.*
37 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
40 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
42 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
45 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
47 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
56 || ERDEN'S ✧.*
57 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
59 || ERDEN'S ✧.*
60 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
65 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
67 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

31 || ERDEN'S ✧.*

5.9K 339 20
By arysslavhh

IRENE menolak pintu rumahnya dalam keadaan mamai. Terhuyung-hayang tubuhnya melangkah akibat dia meneguk air haram itu terlalu banyak pada malam itu. Kepalanya yang seakan berputar itu dipegang.

Aldrich yang sudah bangun di awal pagi itu hanya memandang anak perempuannya yang jelas dalam keadaan mabuk itu. Dia hanya memeluk tubuh memerhati setiap langkah anaknya. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan.

Aldrich terus bangun dari duduknya apabila melihat Irene yang seakan mahu tumbang itu. Dia memapah tubuh anak perempuannya lalu dia perlahan-lahan meletak anaknya di atas sofa. Wajah anaknya itu ditampar perlahan.

"Melissa.." Panggil Aldrich sambil tangannya memukul perlahan wajah Irene. Irene memaksa matanya untuk terbuka walaupun sebenarnya dia tidak mampu. Kepalanya sungguh pening. Dia tidak tahu berapa banyak dia meneguk air haram itu.

"Irene Melissa.." Panggil Aldrich sekali lagi. Mata Irene sudahpun terbuka namun pandangannya kabur. Dia benar-benar tidak larat.

"Y..Ya.." Jawab Irene yang mendengar ayahnya memanggil. Aldrich mengeluh apabila bau air haram itu masuk ke rongga hidungnya. Bukannya dia tidak kenal bau itu. Dari awal dia sudah tahu Irene akan pergi ke kelab malam untuk bertemu dengan Gabriel. Namun dia tidak tahu apa yang berlaku kepada anaknya ini sehingga terlampau mamai.

"Kau minum berapa banyak semalam? Kau tahu kan air tu haram untuk kau?" Aldrich menjeling tajam anaknya itu. Irene terus tergelak kecil mendengar ujaran ayahnya itu. Dia menggeleng perlahan kepalanya.

"Minum sikit je.." Jawab Irene lalu dia menutup rapat matanya. Sakit kepala tidak boleh ditahan.

"Sikit kau kata? Kalau sikit tak adanya kau mabuk sampai macam ni. Kau jujur dengan aku, Melissa. Kau buat apa je semalam? Kenapa kau tak balik?" Ucap Aldrich dalam nada tegas. Irene membuka matanya sebelum dia tersenyum kecil. Aldrich menikam tajam anak mata Irene yang berwarna kehijauan itu.

"Tak.. Ada buat apa.." Jawab Irene lalu dia bangun dari duduknya. Beg tangan dicapai sebelum dia melangkah perlahan-lahan untuk naik ke bilik. Dia benar-benar tidak larat. Dia juga terlalu penat. Entah apa yang dia lakukan malam tadi sehingga dia terlampau penat. Tenaganya sudah habis.

"Kau nak pergi mana Irene Melissa?! Jalan betul-betul boleh tak?! Itu bukan tangga! Itu almari! Ke kiri lagi!" Jerit Aldrich sedikit kuat apabila melihat anaknya yang hampir terlanggar almari yang berada di tepi tangga itu. Irene tergelak sebelum dia perlahan-lahan mendaki tangga itu.

Aldrich mengeluh. Sakit kepalanya apabila bau air itu masuk ke rongga hidungnya. "Dengan lelaki manalah kau tidur malam tadi, Melissa."

Aldrich terus bangkit dari duduknya dan berjalan ke arah dapur. Dia tahu anaknya tidur dengan lelaki lain. Cuma dia sendiri tidak pasti siapa lelaki itu. Benda dah jadi, apa dia boleh buat? Hanya diam sajalah dia mampu. Nak halang pun tak boleh kerana anaknya dari dulu bertukar-tukar lelaki setiap malam. Sekejap lelaki handsome, sekejap lelaki kaya. Nampak sangat Irene Melissa tidak puas menikmati masa mudanya. Gatal sangat mahu kahwin! Siapa suruh?!

CARL menarik kerusinya lalu dia melabuhkan punggung. Beg kerjanya diletakkan di atas meja sebelum tangannya menghidupkan komputer. Belum sampai 5 minit dia labuhkan punggung, pintu biliknya sudah ditolak dari luar. Laju kepalanya menoleh ke arah pintu. Dia kembali memandang komputer apabila mendapati Daren yang masuk ke biliknya.

Kerusi dihadapan Carl ditarik oleh Daren. Wajah Carl yang jelas sibuk itu ditatap lama. Carl mulai rimas tatkala Daren tidak habis-habis merenung wajahnya. Apa yang handsome sangat wajahnya ini?

"Kau nak apa? Kau tak ada kerja ke nak tenung muka aku?" Carl mengeluh. Sedikitpun wajah Daren tidak dipandang. Matanya setia memerhati skrin komputer. Dia tiada masa mahu melayan Daren yang semakin lama semakin bebal itu.

"Apa cerita dengan isteri kau? Dah nak dekat seminggu dia balik rumah parents dia. Kau tak rindu dia ke?" Mahu termuntah rasanya apabila mendengar kata-kata Daren itu. Carl memutarkan bebola matanya. Mata masih menatap komputer.

"Lantak dialah nak buat apa dekat sana. Dia hidup ke tidak aku tak nak ambil tahu." Yakin Carl berkata. Dia benar-benar tidak kisah tentang isterinya itu. Bukannya dia mahu sangat kahwin dengan Irene.

"Kau memang betul-betul tak sayang dia ke Carl? Sikit pun kau tak cintakan dia?" Sengaja Daren menyoal begitu. Manalah tahu Erden Carl yang hati beku ini tiba-tiba terjatuh cinta dengan Irene Melissa yang otak senget tu.

"Euw? Kau rasa aku ni sayang dia ke? Aku tak pernah sayangkan dia. Dia tu selalu buat aku serabut. Aku tak fahamlah. Dia tu tak ada rasa nak berubah ke? Perangai serupa syaitan." Daren tersenyum sinis mendengar itu. Nampaknya Carl memang benar-benar tidak sayangkan Irene. Nampak sangat Carl masih cinta dan sayangkan Ayeshah. Mustahil untuk Carl lupakan Ayeshah walaupun sudah sebulan Ayeshah meninggalkan Carl sendiri di dunia. Namun Carl tidak lupa untuk melawat kekasih hatinya itu pada setiap hari sabtu. Setiap minggu pasti Carl akan mencari waktu untuk meluangkan masanya di pusara Ayeshah. Sudah menjadi rutin Carl untuk meluahkan segala bebannya pada Ayeshah. Walaupun Ayeshah tidak mendengar, Carl tetap bercerita.

"Apa kurangnya kau? Kau pun syaitan juga." Laju Carl memandang wajah Daren sebelum dia memutarkan bebola matanya. Nak mengata orang pula, dia sendiri pun lebih kurang sama.

"Aku syaitan yang baik sikit. Dia tu syaitan yang jahat nak mampus. Jin pun tak boleh lawan kejahatan dia tu."

Terdiam Daren mendengar ujaran Carl. Carl sudah tahukah perkara sebenarnya? Mengapa Carl berkata seolah dia sudah tahu perkara sebenarnya?

"Kau dah tahu ke?"

Berkerut dahi Carl mendengar soalan Daren. Wajah Daren terus ditatap lama. "Tahu apa? Ada apa-apa yang kau rahsiakan dari aku ke?"

Daren melepaskan nafas lega apabila mendengar jawapan itu. Dia bersyukur kerana Carl masih tidak tahu perkara sebenarnya. Dia tidak mahu Carl tahu tentang ini. Dia akan cuba sedaya upaya untuk merahsiakan hal itu daripada Carl.

"Tak ada apalah." Jawab Daren dan terus mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Dia terus menjatuhkan pandangannya ke arah telefon. Malas pula mahu mengganggu Carl.

"Daren.." Panggil Carl tiba-tiba. Daren terus mengangkat kepalanya memandang wajah Carl yang berkerut seribu itu.

"Aku patut buka hati aku and bagi peluang pada Irene ke?" Carl menongkat dagunya sebelum dia termenung. Lama dia fikir tentang ini.

"Kau mimpi apa tiba-tiba nak buka hati untuk dia? Kau dah lupakan Ayeshah ke?" Soal Daren hairan. Setahunya, Carl tidak suka dengan Irene.

"Entahlah. Tapi aku rasa macam nak bagi peluang pada Irene. Aku nak tengok juga sejauh mana dia boleh dapatkan hati aku." Carl mengeluh. Hidup perlu diteruskan. Kita tidak boleh menoleh ke belakang.

"Ikut kaulah, Carl. Hati kau, bukan hati aku. Kau nak bagi peluang pada dia? Teruskan. Aku mampu tengok je." Daren memandang kosong wajah Carl. Banyak lagi rahsia Irene yang Carl tidak tahu. Dia juga risau jika rahsia itu terbongkar saat hati Carl sepenuhnya milik Irene Melissa.

"Cuma aku boleh nasihatkan kau ajelah.. Kau kena terima apa saja ujian yang datang dalam hidup kau. Tak kiralah waktu tu kau dah cintakan Irene ke apa.. Aku nak kau cuba terima. Aku nak tengok kau senyum walaupun kenyataan tu perit untuk kau terima." Ucap Daren dan terus berjalan keliar dari bilik Carl. Terkebil-kebil Carl melihat Daren yang terus pergi dari biliknya.

TELEFON bimbit Carl yang berada di atas meja kerjanya itu dicapai. Katil dituju sebelum dia merehatkan tubuhnya. Penat seharin bekerja pun masih tidak hilang. Jadinya bergerak-gerak melihat contact di dalam telefonnya. Jarinya terhenti apabila matanya tertarik dengan nama si isteri. 'Irene'?

Tanpa berfikir panjang, Carl menekan nombor Irene sebelum telefonnya diletakkan di telinga. Hampir seminit dia menunggu panggilannya dijawab dan akhirnya..

"Hello?"

Carl tersenyum kecil. Dia menampar kuat wajahnya apabila dia sedar bahawa dia tiba-tiba tersenyum. Dia berdehem kecil sebelum mula bersuara.

"Kau lama lagi ke dekat sana?" Soal Carl terus. Dia malas mahu bertanya khabar si isteri. Dia tahu isterinya dalam keadaan baik. Jadi malaslah mahu berlakon caring.

"Kenapa? You dah rindu I ke? Baru seminggu I dekat sini." Irene tergelak kecil mendengar soalan Carl yang seakan rindu dirinya. Walaupun dia tahu kenyataannya bahawa Carl tidak pernah merinduinya. Malah Carl lebih seronok jika dia tiada di hadapan mata Carl.

"Kau gila ke? Tak ada masa aku nak rindu perempuan macam baik. Kalau kau cakap aku rindu Ayeshah.. Hah itu betullah."

Irene memutarkan bebola matanya apabila mendengar nama Ayeshah yang keluar dari bibir si suami.

"You ni tak habis-habis dengan perempuan tu. Apa special sangat perempuan tu pada you? Dia tu dah matilah, Carl." Irene mengeluh perlahan. Dia sangkakan Carl sudah lupakan segala tentang Ayeshah, malah Carl masih ingat.

"Dia memang dah mati tapi dia tak akan pernah mati dalam hati aku." Berubah terus riak wajah Carl apabila Irene menyebut tentang kematian Ayeshah. Bukannya dia tidak cuba menerima bahawa cinta hatinya sudah tiada di dunia ini, cuma dia perlukan masa. Di ingatannya penuh tentang Ayeshah, jadi bagaimana dia mahu melupakan gadis sebaik Ayeshah?

"You ni tak habis-habis merepek. Cuba terima yang perempuan simpanan you tu dah mati. Faham tak? MATI!" Irene menekankan perkataan mati itu. Carl sudah mengepal penumbuk apabila isterinya itu sengaja meninggikan suara saat mengucap perkataan 'mati'.

"Kau tu yang perempuan simpanan, bukannya dia. Muka kau je yang layak jadi perempuan simpanan." Ucap Carl tanpa memikirkan perasaan Irene. Dia tidak suka jika perkara tentang kematian Ayeshah dibangkitkan.

"Apa masalah you, Carl? Apa tak cukup sempurna ke I ni dekat mata you? Apa baik sangat perempuan tu?" Irene meninggikan suaranya. Dia sungguh tidak suka apabila si suami masih menyebut tentang Ayeshah. Jadi apa gunanya dia sebagai seorang isteri yang sah kepada Erden Carl?

"Pergi berdiri depan cermin. Tengok diri kau sendiri. Kau nak bandingkan diri kau dengan dia? Tak payah.. Tak layak. Kau tu banyak kekurangan, Irene Melissa. Sepatutnya kau dah berstatus isteri ni, kau berubah. Cuba ubah apa yang kurang dalam diri kau. Bukannya tak habis-habis nak bandingkan diri kau dengan Ayeshah. Tolonglah, Melissa.." Carl mengeluh. Dia penat mahu melayan perangai si Irene yang masih berdendam dengan Ayeshah.

"Apa lagi yang kau tak puas hati dengan Ayeshah tu? Cakap dengan aku, Melissa. Tell me.." Ujar Carl dalam nada yang perlahan. Tujuannya menelefon Irene bukannya mahu bergaduh, sebaliknya mahu bertanya saja. Entah mengapa si Irene emosi pada malam ini.

"You tanya I apa yang I tak puas hati dengan dia? Okay.. I bagitahu you! Dengar sini baik-baik.."

"I.. Irene Melissa.. Isteri yang sah kepada Erden Carl. Tak layak ke I duduk dalam hati you Carl? I isteri you! Dia tu bukan sesiapa! Kau orang berdua ada hubungan tapi tak ada status! I ni isteri you, Carl.. Kenapa I kalah dengan perempuan yang hanya masa lalu you?" Menitis air mata Irene. Carl hanya dengar saja. Dia tahu isterinya sedang menangis. Namun dia hanya diam.

"I kalah dengan dia, Carl. Dia menang.. Dia berjaya dapatkan hati you.. Tapi I? Apa yang I dapat, Carl? I tak dapat apa-apa. Apa yang I dapat cuma layanan teruk dari you. I ni tak layak ke jadi isteri you?" Irene menyeka air matanya yang mengalir itu. Dia tidak sangka emosinya terganggu.

Carl yang mendengar itu hanya tersenyum. Ya. Dia tahu isterinya kalah dengan Ayeshah. Ayeshah dapat pikat hatinya, namun Irene?

"Ayeshah dapat kasih sayang you, Carl.. Ayeshah dapat layanan baik dari you.. I dapat apa? Nothing.." Irene menggeleng kepalanya. Bila difikiran semula, Irene tidak pernah dilayan baik oleh Carl.

"Aku nak kau usaha. Aku nak tengok sejauh mana isteri aku ni berusaha untuk dapatkan aku. Aku ego? Ya.. Aku ego. Aku nak tengok usaha kau, Melissa. Tunjuk dekat aku yang kau betul-betul sayangkan aku.." Ujar Carl bersama senyuman di bibir. Dia cuba untuk menerima Irene, namun hatinya masih sakit oleh kerana tindakan Irene ketika majlis perkahwinannya bersama Ayeshah yang sudah hancur itu.

"Irene Melissa.. Isteri kepada Erden Carl. Show me your effort, Bee. Tunjuk pada aku, sayang.. Aku nak tengok isteri aku berjaya ataupun tidak pikat hati aku.." Semakin deras air mata Irene apabila mendengar kata-kata Carl. Sakitnya apabila si suami masih tidak menerima dirinya sebagai seorang isteri.

"Kalau Ayeshah boleh pikat hati aku.. Takkan kau tak boleh? Aku tahu isteri aku boleh.. Aku bagi kau peluang, sayang. Buktikan dekat aku yang kau perangkap aku bukan saja-saja.." Carl pasti mungkin ada sebab mengapa Irene perangkap dirinya.

"Isteri Erden Carl yang sah.. Show me, sayang.." Ucap Carl lalu dia mematikan panggilannya bersama Irene. Telefon diletakkan jauh.

Teresak-esak Irene menangis. Dia rasa itu adalah mimpi. Dia tidak tahu itu adalah suaminya ataupun tidak.

"Jika benar itu adalah dia. Kau kekalkanlah dirinya, Ya Allah. Bagilah aku rasa kebahagiaan walaupun ianya hanya berpura-pura.."

To Be Continued
—Ree

Continue Reading

You'll Also Like

626K 31.5K 68
CINTA MAISARAH Peristiwa satu malam yang terjadi tanpa niat dia dengan seorang lelaki. Hidup dia tidak berubah kelam selepas kejadian itu, malah lebi...
125K 7.1K 56
𖤐 BROKEN SERIES BOOK 1 ⊹♡ start : 02072023 end : 07022024 ⚠️clichè
3M 271K 90
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
908K 57K 75
𝟏📍𝟐𝟓𝟏𝟏𝟐𝟏/𝟐𝟐𝟎𝟓𝟐𝟐 𝐌𝐑𝐒 | COMPLETED 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 | 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐅𝐀𝐇 𝐀𝐈𝐑𝐄𝐄𝐍. Satu kejadian yang membawa trauma d...