𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

By arysslavhh

460K 26.9K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... More

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
02 || ERDEN'S ✧.*
03 || ERDEN'S ✧.*
04 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
08 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
15 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
24 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
31 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
34 || ERDEN'S ✧.*
35 || ERDEN'S ✧.*
36 || ERDEN'S ✧.*
37 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
40 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
42 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
45 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
47 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
56 || ERDEN'S ✧.*
57 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
59 || ERDEN'S ✧.*
60 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
65 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
67 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

30 || ERDEN'S ✧.*

6K 282 27
By arysslavhh

⚠️ WARNING ⚠️

IRENE bersiap untuk keluar bersama sahabatnya, Gabriel Easton. Dia sudah berjanji untuk meluangkan masa dengan Gabriel. Disebabkan dia tiada lakukan apa-apa sepanjang berada di sini, jadi apa salahnya untuk keluar bersama Gabriel.

Pintu bilik ditutup rapat sebelum kaki melangkah menuruni anak tangga untuk menuju ke aras bawah. Pakaiannya hari ini lebih seksi berbanding semalam. Di sinilah dia dapat memakai baju begini, jika di Malaysia dia tidak akan memakai baju yang menjolok mata begini. Risau pula jika Carl tidak mahu memandangnya.

Sampai saja di aras bawah, dia mengeluh perlahan tatkala melihat figura Aldrich yang berada di ruang tamu itu. Dia terpaksa melakar senyuman kecil di bibir apabila Aldrich memandang dirinya dari atas hingga ke bawah.

Kaki menapak ke arah Aldrich. Sofa kosong yang berada tidak jauh dari Aldrich itu dihampiri sebelum diduduk. Irene hanya menundukkan pandangannya apabila ayahnya ini dari tadi merenung wajahnya. Nampak sangat tidak suka.

"Kau nak pergi mana lagi, Irene Melissa? Dah malam pun nak keluar? Tak serik kena marah dengan aku semalam?" Ucap Aldrich bersama pandangan tajam ke arah Irene. Irene hanya diam. Nak buat macam mana? Dia sudah berjanji dengan Gabriel. Lagipun dia tidak mahu bertengkar dengan ayahnya ini.

"Mel dah janji dengan Gabriel nak keluar sama-sama dengan dia." Jujur Irene. Dia tahu dia tidak boleh menipu ayahnya. Jika dia menipu, akhir nanti pasti ayahnya akan tahu. Entah berapa ramai mata-mata ayahnya di luar sana.

"Keluar dengan lelaki? Semalam kau keluar dengan Gabriel ke dengan lelaki lain? Lepas tu esok keluar dengan lelaki lain pula. Apa nak jadi kau ni, Melissa?" Aldrich menggeleng kepalanya. Berbuih mulutnya menasihat anak perempuannya ini. Irene masih di era remaja. Dia masih mahukan keseronokan.

"Semalam Mel keluar dengan Gabriel lah, Daddy. Dengan lelaki mana lagi Mel nak keluar? Daddy sendiri kenal Gabriel macam mana kan?" Ucap Irene sebelum dia mengeluh. Dia tidak faham mengapa ayahnya ini tidak habis-habis mahu menghalangnya keluar malam. Bukannya dia buat kerja terkutuk pun.

"Memang aku kenal Gabriel tu. Lebih dari kenal. Tapi aku sendiri tak kenal anak aku ni. Kau ni dah besar ya, Melissa? Umur kau tahun ni dah 25 tahun. Apa kau tak puas enjoy dulu?" Bukannya Aldrich tidak tahu Irene pergi ke kelab malam semalam. Dia tahu anaknya ini masih mahukan keseronokan.

"Mel tahu, Daddy. Dekat Malaysia Mel tak pergi tempat-tempat macam tu. Bagilah Mel peluang." Irene menundukkan wajahnya. Di Malaysia dia tidak dapat keluar, seharian duduk di rumah. Di US, dia pasti akan dibebel oleh ayahnya begini.

"Kenapa kau kahwin kalau kau masih nak enjoy sana sini? Kau tahu tak kau tu isteri orang? Kau tahu tak apa tanggungjawab kau?" Walaupun agama Aldrich dan Irene berbeza, namun Aldrich tahu tanggungjawab sebagai seorang isteri di dalam Islam cukup besar. Senang saja nak dapat pahala kalau bersama suami. Malah anaknya ini? Keluar dengan lelaki lain dan biarkan suami di Malaysia sendiri.

"Daddy kalau tak suka Mel dekat sini Daddy bagitahu aje lah. Mel boleh balik." Irene menjeling. Dia tahu sangat Aldrich tidak selesa dia berada di sini. Dia tahu dia telah mengecewakan ayahnya ketika dahulu, namun mengapa sekarang layanan Aldrich padanya masih begini?

"Aku tak cakap aku tak suka kau dekat sini. Kau sendiri yang bawa perangai buruk kau. Aku ingatkan kau balik sini perangai kau dah elok. Rupanya sama saja." Ujar Aldrich dan terus bangun meninggalkan Irene. Dia gagal mendidik anak perempuannya untuk menjadi isteri solehah kepada sang suami. Apa dia tidak layak bergelar ayah kepada Irene Melissa?

KAKI melangkah masuk ke dalam kelab malam itu. Pakaiannya di kemaskan sebelum dia menghampiri Gabriel yang sedang duduk bersama seorang lelaki. Dia melakar senyuman di bibir sebelum dia melabuhkan punggungnya di antara Gabriel dan Alexander.

Gabriel turut terkejut apabila Irene tiba-tiba duduk di antaranya dan Alexander. Jarang sekali Irene berperangai begini. Gabriel hanya menghiraukan saja Irene yang duduk di tengah-tengah itu.

"Lambat kau sampai? Kena marah dengan Daddy dulu ke?" Soal Gabriel bersama tangannya menuang air haram ke dalam gelas kaca.

Irene mengangguk kepalanya. Dia mencapai gelas kaca yang berada di tangan Gabriel dan terus meneguk air itu. Gabriel sungguh terkejut apabila Irene selamba merampas air itu dari tangannya.

"Mel? Kenapa kau minum?" Soalnya terkejut. Setahunya, Irene sudah tidak minum air haram ini. Irene berhenti minum air itu sejak dia memeluk Islam. Malah hari ini, tiba-tiba saja Irene merampas air itu dari tangannya.

"Aku stress." Jawab Irene selamba. Dia menuang lagi air itu ke dalam cawannya. Sekali lagi dia meneguk air itu. Alexander dan Gabriel terkejut melihat Irene hampir menghabiskan satu botol air itu.

"Aku kenalkan. Kawan aku, Alexander." Ucap Gabriel lalu dia memukul perlahan bahu Alexander. Alexander hanya menghadiahkan senyuman kepada Irene.

Irene menoleh ke arah Alexander sebelum dia menyentuh wajah jejaka itu. "Hi Alexander. I'm Melissa. Just call me Mel. Oh ya.. By the way, you're so handsome tonight."

Irene melentokkan kepalanya pada bahu Alexander. Gabriel terus terdiam. Dia tidak sangka Irene seberani itu. Dia sudah lupakah dia sudah bersuami?

Tangan Irene ditarik oleh Gabriel. Dia memukul bau Irene yang terdedah itu. "Kau ni hilang ingatan ke? Kau gila ke apa, Mel?"

Tergelak Irene mendengar soalan Gabriel itu. Dia meneguk lagi air itu sehingga kepalanya sedikit pening.

"Kenapa? Aku elok je kan?" Irene menggeleng kepalanya. Dia sudah terlampau stress apabila ayahnya tidak habis-habis menekankan tentang tanggungjawab sebagai isteri kepadanya. Bukannya dia tidak tahu tentang itu, dia cuma mahukan masa saja.

"Melissa.. You dah kahwin ke?" Soal Alexander tiba-tiba. Irene terus tersenyum mendengar soalan itu.

"Dia—" Belum sempat Gabriel menghabiskan ayatnya, Irene sudah memotong terlebih dahulu.

"Belum. I'm still single and available." Ucap Irene sebelum dia memeluk leher Alexander. Alexander tersenyum manis sebelum dia membalas pelukan itu.

Gabriel sudah memicit kepalanya. Dia tidak faham mengapa Irene tiba-tiba berubah begini. Apa yang tidak kena sebenarnya.

Gabriel mencapai botol arak itu. Baru saja dia mahu menuang ke dalam gelas, botol itu sudah kosong. Nampak sangat Irene menghabiskan semuanya.

Dia menoleh ke arah Irene dan Alexander yang sedang berpelukan itu. Gabriel cuma menarik tubuh Irene menjauhi Alexander, namun Irene menepis tangannya.

"Jangan kacau aku, Gabriel." Ucap Irene tegas. Tanpa segan silu, Irene melabuhkan ciuman pada wajah Alexander. Alexander sudah tersenyum puas.

Terlopong mulut Gabriel apabila melihat Irene selamba mencium Alexander. Berkali-kali dia cuba meleraikan pelukan Irene, namun ia tidak berjaya. Irene menolaknya kuat sehingga dia jatuh dari kerusi.

"Aku nak pergi toilet kejap." Ucap Gabriel dan terus meninggalkan Irene berdua dengan Alexander. Sakit matanya melihat Irene berpelukan dengan jejaka itu. Lebih menyakitkan matanya adalah Alexander membalas pelukan itu.

Irene merengek kecil apabila kepalanya sudah mulai pening. Dia memegang kepalanya kuat.

"Kenapa ni, Mel? You okay ke?" Soal Alexander risau. Dia membelai rambut Irene yang sudah serabai itu.

"Kepala I sakit. I nak baring. Nak tidur." Ujar Irene bersama matanya yang masih tertutup. Dia melabuhkan kepalanya di dada Alexander.

"Jom I bawa you baring. Nak tak?" Laju Irene mengangguk kepalanya. Alexander terus mendukung tubuh Irene sebelum dia keluar dari kelab malam itu.

Memandangkan hotel tidak berapa jauh dari kelab itu, Alexander membuat keputusan untuk menempah bilik di hotel itu sahaja. Senang.

Seusai menempah bilik, pintu bilik itu dibuka sebelum dia meletakkan tubuh Irene di atas katil. Rambut Irene diusap perlahan.

"You duduk sini tau? I keluar dulu." Ujar Alexander yang sudah bersiap untuk keluar dari bilik itu. Baru saja dia mahu melangkah, Irene terus memaut tangannya.

"Teman I, Alex. Kepala I sakit." Irene menarik tangan Alexander walaupun matanya tertutup. Alexander hanya akur. Dia turut baring di sebelah Irene yang sudah mabuk itu.

Irene terus memeluk kuat tubuh Alexander. Lama kelamaan, Irene bangun menghempap tubuh Alexander. Alexander terkejut tatkala Irene tiba-tiba baring di atas tubuhnya.

"Apa you buat ni, Mel? You jangan goda I, Melissa.." Alexander cuba untuk menjauhkan tubuh Irene darinya, namun Irene menolak tangan Alexander.

"Bagilah I bermanja dengan you, Alex. Kita berdua single kan? Apa salahnya you luangkan masa you dengan I." Ujar Irene sebelum dia menjatuhkan kepalanya di leher Alexander.

Irene mengucup leher Alexander rakus sehingga meninggalkan kesan merah di leher jejaka itu. Tubuh Alexander dipeluk kuat seakan tidak mahu menjauhi jejaka itu.

Alexander sudah tidak dapat menahan apabila digoda oleh Irene. Alexander terus menukar posisi mereka berdua. Kini Irene berada di bawah dan Alexander berada di atas. Irene tersenyum sinis apabila dia berjaya menggoda Alexander.

"You goda I ke, Mel?" Ucap Alexander sebelum dia melabuhkan bibirnya pada leher Irene. Kini gilirannya pula untuk meninggalkan kesan merah di leher Irene.

"Yes. Let's spend our time together. Just me.. and you.." Ucap Irene dalam keadaan mabuk itu. Dia merelakan saja dirinya disentuh Alexander. Dia sendiri yang menggoda jejaka itu. Jadi dia tidak kisah jika dia disentuh jejaka bernama Ryder Alexander itu.

"You yang goda I, Melissa. You'll be mine tonight, little pie." Ucap Alexander sebelum dia tersenyum sinis. Irene yang mendengar itu sudah tersenyum puas. Dia berjaya menundukkan jejaka itu. Kini perangai lamanya sudah kembali. Bermalam bersama lelaki? Oh itu sudah biasa.

"I'll be yours. Let's..." Irene terdiam apabila Alexander melabuhkan bibirnya pada bibir Irene. Irene terus membalas ciuman itu. Sudah lama dia tidak lakukan ini. Lama dia meninggalkan sifat lamanya. Kini... Ianya kembali. Bukan kerana suaminya, malah kerana ayahnya. Ayahnya punca perangai lama Irene kembali.

To Be Continued
—Ree

Kalau Irene ada depan mata korang sekarang, apa yang korang nak buat pada dia?

—Saya dah letak warning dekat atas tu. Jadi saya rasa korang faham apa maksud warning tu.

—Sebelum baca story ni, korang dah baca story Cadee & Clara? Kalau dah, korang rasa storyline story Cadee dengan Carl sama ke? Kalau sama, mari kita ubah.

Continue Reading

You'll Also Like

907K 57K 75
𝟏📍𝟐𝟓𝟏𝟏𝟐𝟏/𝟐𝟐𝟎𝟓𝟐𝟐 𝐌𝐑𝐒 | COMPLETED 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 | 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐅𝐀𝐇 𝐀𝐈𝐑𝐄𝐄𝐍. Satu kejadian yang membawa trauma d...
305K 15.9K 52
Alvin Rafael. Cinta ? Tiada perkataan cinta dalam kamus hidupnya lagi. Cintanya sudah lama mati. Hatinya sudah lama dibunuh. Dulu, gadis itu bagaik...
468K 24K 59
𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan...
830K 43.3K 63
✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 1st badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ 𝐊𝐚𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐚𝐤𝐮.❞ Er...