CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETE...

By msroses_

1.8M 61.2K 2.3K

1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang ber... More

Introduction
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab Akhir ♥️
Special Chapter ♥️
Special Chapter 2 🦋

Bab 23

35.4K 1.1K 14
By msroses_


            Maira melangkah perlahan-lahan ke arah klinik dari tempat thumbprint staff itu. Setiap langkah yang diambil mengundang rasa sakit. Dari tempat parking kereta tadi dia sudah melangkah dengan berhati-hati.

Kakinya asyik cramp sejak dua menjak ini. Mungkin kerana perutnya yang semakin membesar. Sedar tak sedar kandungannya sudah memasuki dua puluh satu minggu. Lebih kurang lima bulan . Jadi perutnya sekarang tidak dapat disorok lagi. Baju uniform juga sudah ditukar kepada uniform mengandung.

Ramai yang mengatakan perut Maira lebih besar daripada sepatutnya. Memang la.. Kalau ikutkan tarikh kahwin, kandungannya sekarang sepatutnya baru berusia tujuh belas minggu minggu atau empat bulan. Itu yang kadang-kadang ramai yang mempersoalkan saiz perut Maira itu. Disebabkan peristiwa hitam itu berlaku sebulan sebelum mereka bernikah,Maira terpaksa mengira usia kandungan dan due date nya sendiri.

Maira kembali berhenti untuk mengambil nafas bagi meredakan kesakitan. Kadang-kadang kakinya itu akan merasa kejang apabila banyak berjalan.

I tu belum lagi cerita tentang alahan yang dialami. Kalau diikutkan sekarang Maira sudah memasuki trimester kedua kandungannya. Kata jururawat yang menjaga Maira di Klinik Ibu dan Anak, symptom-symptom alahan ini biasanya akan berkurangan selepas memasuki trimester kedua ini. Tapi berbeza pula dengan Maira. Alahannya kepada bau-bauan wangi semakin teruk. Pantang ada bau wangi sikit, mesti tekaknya akan merasa loya. Kepala juga akan rasa menyucuk.

Dalam tempoh dua bulan ini, sudah beberapa kali dah Maira hampir termuntah dihadapan orang ramai. Kadang-kadang Maira terpaksa menyediakan plastik didalam poket uniformnya kerana tekaknya pasti akan merasa loya dengan bau-bauan yang wangi dari orang sekeliling. Bau minyak angin pun tak mampu nak menghilanglan loya dan sakit kepala Maira itu.

Maira kembali melangkah. Tangannya sudah berpaut pada dinding.

"Patient meningitis yang admitted semalam tu kau dah review ke belum?"

" Belum lagi. Aku tak sempat. Huru-hara dekat redzone semalam"

Perbualan kedua-dua doktor lelaki yang berada di belakangnya itu menghentikan langkah Maira serta-merta. Terus Maira menunduk. Berpura-pura mencari sesuatu di dalam beg.

Ya, dia cam suara garau itu. Dia sangat kenal pemilik suara itu. Maira sudah cemas. Janganlah lelaki itu perasan kewujudannya di situ. Kalau tidak, sia-sia sahaja usahanya mengelakkan diri daripada lelaki itu selama dua bulan ini. Memang sejak perutnya semakin membesar ini, Maira jarang pergi merayap di kawasan hospital. Tempatnya hanya di klinik sahaja. Ke kafeteria pun dia tidak pergi. Hanya mengirim sahaja makanan dengan akak-akak di klinik itu. Nasib baik mereka faham keadaan Maira yang selalu mabuk itu.

Apabila kedua-dua susuk tubuh itu melepasinya, barulah Maira mengangkat wajah kembali. Kaki kembali melangkah.

"Aduhh" kakinya cramp lagi.

"Kak MS, kak MS okay tak ni?" Suara kuat milik houseman yang berada di belakang Maira itu membuatkan semua orang yang berada di situ berpaling ke arah Maira dan houseman itu. Termasuk Firash dan Aliff.

Maira dah cuak. Laju dia memusingkan badan ke belakang. Memandang houseman yang menegurnya tadi.

"Ish Dr Amelia. Jangan la jerit-jerit.. malu akak!" Maira sudah meletakkan jari di bibirnya memandang houseman yang pernah berkerja bersamanya semasa di Wad 6A dulu. Houseman itu memandangnya dengan penuh kerisauan.

"Hihi.. sorry kak MS.. Kak MS okay tak ni?" Tanya Amelia risau. Dia memang sudah biasa memanggil Maira dengan nama singkatan itu. Wanita itu pun tidak kisah.

"Okay je.. kaki akak je sakit sikit ni" jawab Maira sambil memegang kakinya.

"Alololo comelnya perut kak MS .. dah nak jadi mommy dah rupanya" balas Amelia riang. Memang dia sangat menyenangi jururawat di hadapannya ini. Semasa di Wad 6A dulu, Staff Nurse Maira la yang banyak membantu dan mengajar dia dan rakan-rakan houseman yang lain.

***************************************

Firash yang turut berpaling mengerutkan dahi melihatkan jururawat yang sudah berpusing memandang houseman di belakangnya itu. Sangkanya ada sesuatu yang berlaku kepada jururawat yang sedang mengandung itu apabila mendengarkan nada risau houseman tersebut. Tetapi melihatkan mereka hanya berbual seperti tiada apa-apa yang berlaku, Firash dan Aliff kembali mengatur langkah ke wad. Kebetulan harini dia menggunakan laluan klinik kerana dia perlu singgah di Pejabat Pakar untuk mengambil dokumen yang perlu disain.

'MS?' Firash mengerutkan dahi. Panggilan houseman itu tiba-tiba membuatkan Firash tertarik.

'Maira Sofea?' Langkahnya serta-merta terhenti. Segera Firash berpaling. Memandang semula ke arah jururawat yang dipanggil MS itu. Dia merenung belakang tubuh jururawat yang memakai uniform mengandung itu.

'Tak mungkin!'

Tak mungkin Maira. Kerana wanita itu tidak pernah menyatakan apa-apa pada dia. Mustahil wanita itu akan menyorokkan kandungan daripada pengetahuannya. Kerana mereka ada perjanjian. Maira meminta dia menceraikannya selepas lima bulan perlahwinan mereka sekiranya Maira tidak mengandung. Sebulan lagi usia perkahwinan merekaakan genap lima bulan. Takkan wanita itu tetap mahu meneruskan perceraian walaupun dalam keadaan dia mengandung?

"What happened, bro?" Aliff menepuk perlahan bahu Firash. Pelik dia apabila Firash tiba-tiba berhenti dan berpaling. Siap berkerut-kerut dahi tu.

"Nothing" pendek sahaja jawapan Firash. Dia kembali meneruskan langkah. Dia menggelengkan kepala. Menidakkan apa yang bermain dalam fikirannya.

'Tak mungkin. Orang lain kot'.

Maira perlahan-lahan berpaling. Ingin memastikan kelibat lelaki itu sudah tidak kelihatan. Maira menghembuskan nafas lega apabila kelibat lelaki itu sudah tiada. Nasib baik! Nyaris sahaja tadi. Macam mana la lelaki itu boleh menggunakan laluan ini? Langkah kembali diatur perlahan menuju ke Klinik Pakar Perubatan selepas Amelia turut meminta diri mahu ke wad tempat dia berkerja.

***************************************

Raihana yang terpandangkan kelibat Maira yang sedang berjalan menuju ke klinik itu sudah mempamerkan riak risau. Mana tidaknya. Nampak sangat wajah itu sedang berkerut menahan sakit. Laju langkah diatur ke arah Maira.

"Ya Allah! kenapa ni, Maira?" Soal Raihana cemas.

"Takde apa Kak Rai. Biasalah kaki ni rasa sakit sikit" Maira menghadiahkan senyum kepada Raihana yang sedang membantunya berjalan hingga ke bilik kerja mereka.

"Kerap ke cramp kaki tu ?" Soal Raihana apabila Maira sudah melabuhkan punggung di kerusi.

"Kerap jugak KakRai.. kadang-kadang tengah tidur pun dia jadi cramp.. Sampai terjaga la.." jawab Maira sambil tersenyum nipis.Memang kakinya kerap cramp sekarang.

"Pastu mabuk-mabuk macam mana? Dah makin okay ke?" Tanya Raihana penuh prihatin. Dia tahu Maira mengalami alahan yang teruk.

"Sama je Kak Rai.. macam lagi teruk je.. tak boleh langsung bau wangi-wangi. Terus sakit kepala"

Raihana memandang wajah dihadapannya itu dengan penuh simpati. Kesian. Orang lain ada suami disisi. Membantu dan menemani di kala alahan dan sakit semasa kehamilan. Tetapi Maira? Bukannya tidak ada suami. Suami ada. Malah sangat dekat dengan Maira. Tapi Maira sendiri yang memilih untuk merahsiakan daripada pengetahuan suaminya itu. Lagipun, Raihana yakin kalau Dr Firash tahu tentang keadaan Maira, lelaki itu tidak akan membiarkan Maira berseorangan menempuh tempoh kehamilan ini.

"Maira.." panggil Raihana perlahan.

Maira yang sedang mengadap PC dihadapannya berpaling. Membalas renungan Raihana.

"Kalau Dr Firash tahu..."

"Jangan Kak Rai. Kak Rai dah janji kan dengan Maira" segera Maira memotong percakapan Raihana. Kepalanya digeleng perlahan.

"Tapi KakRai tak sanggup tengok Maira susah sorang-sorang macam ni. Hadap sakit pun sorang-sorang. Maira bukannya tak ada suami, Maira"

Maira hanya tersenyum pahit.

"Maira boleh je hadap sorang-sorang Kak Rai"

Raihana mengeluh perlahan.

"Kak Rai risau kalau apa-apa jadi dekat Maira dekat rumah tu. Maira dah la sorang-sorang"

Maira tersenyum. Dia tahu kakaknya yang seorang itu risaukan tentang dia.

"InnsyaAllah Kakrai. Takde apa-apa" balas Maira tenang. Cuba menghilangkan kebimbangan Raihana.

"Harap-harap macam tu lah Maira. Kak Rai cuma risaukan Maira je. Ni, Maira tak ada mengidam apa-apa ke?"

"Alhamdulillah takda pun Kak Rai. Tak meragam pun baby dalam perut ni" ujar Maira. Perutnya diusap perlahan.

"Kalau Maira mengidam apa-apa, jangan segan beritahu Kak Rai. Kak rai boleh tolong cari atau buatkan" ujar Raihana. Sungguh, dia kesiankan wanita itu. Tapi itu pilihan yang Maira sendiri pilih.

Bukannya Raihana tidak tahu, Maira tidak pernah berkongsi tentang kandungannya itu kepada keluarganya. Wanita itu bimbang Dr Firash akan tahu sekiranya dia memberitahu kepada keluarganya. Jadi segala kesusahan semasa kehamilan ini terpaksa ditanggung seorang diri.

"Terima kasih Kak Rai. Kak Rai dah banyak tolong Maira" Balas Maira perlahan. Dia bukannya tidak terkesan dengan kata-kata Raihana, tapi itu adalah jalan yang dia pilih. Dia sudah tidak mahu ada kaitan dengan lelaki itu.

Walaupun setiap bulan lelaki itu tidak pernah lupa memasukkan wang ke dalam akaunnya, mereka tetap tidak berhubung. Duit itu juga tidak akan digunakan oleh Maira sekarang. Maira sudah berniat. Duit itu nanti akan digunakan untuk perbelanjaan anaknya yang bakal lahir nanti. Sekurang-kurangnya, walaupun Dr Firash tidak mengetahui tentang kewujudan anak ini, dia tetap membantu dari segi kebajikan anak yang bakal lahir ini tanpa dia sedari.

***************************************

SN Maira Sofea
Assalamualaikum Dr Firash..

Firash mengerutkan dahi sewaktu membuka whatsapp yang baru diterima. Terkejut juga tiba-tiba wanita itu menghubunginya. Tiada angin tiada ribut. Rasanya kali terakhir dia melihat wanita itu pun semasa di kafeteria tempoh hari.
Stetoskop di lehernya diletakkan ke atas meja. Hari ini dia oncall. Jadi dia masih

berada di hospital walaupun hari sudah malam.

Dr Ahmad Firash
Waalaikumussalam.. ya staff nurse.. anything?

Maira segera mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja sisi katilnya apabila notifikasi aplikasi whatsapp itu berbunyi. Dia menarik nafas panjang. Dia sudah nekad. Selepas peristiwa dia nyaris bertembung dengan Dr Firash pagi tadi, dia sudah berfikir panjang. Dia takut kejadian pagi tadi akan berulang lagi.

SN Maira Sofea
Hmm.. doktor..
Sekarang kan dah empat bulan kita kahwin..

Dr Ahmad Firash
So?

SN Maira Sofea
Macam mana ye saya nak cakap..
Hmm.. kita kan kahwin sebab takut saya mengandung je kan?

Dr Ahmad Firash
Yup.. Are you pregnant?

SN Maira Sofea
Tak.. saya tak pregnant..

Dr Ahmad Firash
Oo.. okay then..

SN Maira Sofea
Jadi, Dr Firash dah boleh la ceraikan saya. Sebab saya memang tak pregnant..

Dr Ahmad Firash Jap..Aku call..

Firash melepaskan keluhan kecil. Tangan menggaru kening yang tidak gatal. Biar betul perempuan ni..

Maira yang membaca mesej terakhir dari Firash itu sudah berdebar. Dadanya dah terasa nak pecah. Sedangkan dalam whatsapp pun dia tidak tahu bagaimana hendak menyusun ayat apatah lagi kalau bercakap di telefon.

Lagu Hijrah Cinta nyanyian Rossa yang berbunyi dari telefon bimbitnya itu menyentakkan Maira. Lagu yang menandakan ada panggilan masuk. Maira menghela nafas dalam sebelum panggilan itu diangkat.

"Hello, Assalamulaikum" ucap Maira perlahan selepas mengangkat panggilan itu.

"Waalaikumussalam"

Maira menelan air liur perlahan mendengarkan suara garau yang tidak bernada itu.

"Err.." Maira sudah mati kata.

"Apa maksud kau?" Laju Firash bertanya. Memotong percakapan Maira.

"Maksud apa?" Maira dah blurr.

"Kau confirm ke kau tak mengandung?" Tanya Firash lagi. Tiba-tiba susuk tubuh jururawat hamil yang dilihat pagi tadi bermain-main di fikiran.

"Confirm.."

"Oo okay la kalau macam tu" balas Firash tanpa nada .

Diam.
Senyap.
Tiada suara yang keluar dari mulut mereka berdua..

"Doktor.."

"Hmm?.."

"Saya rasa doktor dah boleh ceraikan saya kot" ujar Maira perlahan. Dalam hati sangat berharap agar lelaki itu bersetuju.

Senyap. Tiada jawapan dari Firash.

"Dr Firash?"

"Yup?"

"Doktor dengar tak saya cakap ni?"

"Dengar.."

"So?" Tanya Maira lagi.

"Hmm.. aku rasa baik kita stick to the plan je la"

"Hah, maksud doktor?" Maira sudah mengerutkan dahi.

"Kita kan dah deal after five months. So why not kita stick to the plan je?" Jawab Firash pula.

"Doktor.. saya rasa tak ada beza pun doktor ceraikan saya sekarang atau pun lagi sebulan.." Suara Maira sudah meninggi sedikit. Sakit hatinya bercakap dengan lelaki itu.

"No. Ada beza" Maira sudah berdebar. Apa maksud lelaki itu?

"Apa bezanya?" Tanya Maira. Nadanya sama seperti tadi.

"At least aku boleh bagi nafkah dekat kau lagi sebulan"

Maira sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mendecit perlahan.

"Takpe Dr Firash. Dari awal dulu lagi saya dah cakap.. saya tak perlukan duit daripada doktor" ujar Maira bersama keluhan kecil.

"Doktor ceraikan je la saya. Saya tahu doktor pun mesti nak cepat-cepat putuskan hubungan ni" rayu Maira lagi apabila lelaki itu hanya mendiamkan diri.

Firash sudah pelik. Beria benar wanita itu meminta Firash menceraikannya. Maira juga yang cakap tadi tak ada beza kalau mereka cerai sekarang atau lagi sebulan kerana dia tidak mengandung.

"Are you hiding something from me, staff nurse?" Tebak Firash. Dia merasakan ada sesuatu yang wanita ini cuba sembunyikan daripadanya .

"No! Mana ada!" Sedikit kuat suara Maira. Ingin menutupi kegusarannya.

"Susah sangat ke doktor nak ceraikan saya? Buat apa kita nak teruskan lagi hubungan ni doktor? Doktor jugak yang cakap dulu..kita tak akan bahagia dalam hubungan tanpa cinta macam ni" jawab Maira lagi.

"Aku tetap dengan keputusan aku staff nurse.. Kita stick to the plan..Aku akan ceraikan kau lepas tempoh lima bulan kalau kau tak mengandung! Itu perjanjian asal kita.."

Ketegasan dari suara Firash itu membuatkan Maira terkedu.

"Tapi..."

"Okaylah.. aku oncall ni..got to go..Bye.. Assalamualaikum " laju sahaja Firash memotong percakapan Maira sebelum panggilan diputuskan.

Maira sudah melepaskan keluhan berat. Salam lelaki itu dijawab perlahan walaupun lelaki itu sudah memutuskan talian. Nampaknya sebulan lagilah dia perlu mengelak daripada bertembung dengan lelaki itu.

***************************************

Continue Reading

You'll Also Like

51.6K 3.5K 79
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
1.4M 66.1K 58
Sharifah Qairina Anbella, seorang gadis yang menghidap penyakit Autisme yang menjadikan dirinya menjadi seorang yang berbeza. Gadis berumur 25 tahun...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
2.2M 61.7K 61
Perkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tapi.. kalau kahwin bukan dasar cinta? Kahw...