𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

By arysslavhh

461K 26.9K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... More

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
02 || ERDEN'S ✧.*
03 || ERDEN'S ✧.*
04 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
08 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
15 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
30 || ERDEN'S ✧.*
31 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
34 || ERDEN'S ✧.*
35 || ERDEN'S ✧.*
36 || ERDEN'S ✧.*
37 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
40 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
42 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
45 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
47 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
56 || ERDEN'S ✧.*
57 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
59 || ERDEN'S ✧.*
60 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
65 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
67 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

24 || ERDEN'S ✧.*

5.1K 289 30
By arysslavhh

CADEE memerhati Irene yang sedang gembira menonton movie di ruang tamu rumahnya. Mengingatkan kembali wajah Clara yang penuh dengan luka dan lebam itu, semakin kuat rasa bencinya terhadap perempuan yang bernama Irene Melissa.

Dia menghampiri Irene yang berada di ruang tamu itu. Sofa berhadapan dengan Irene itu diduduk. Irene terus bangun dari baringnya apabila dia melihat Cadee duduk di hadapannya.

"Cadee? Tak pergi kerja ke?" Soal Irene. Cadee hanya menggeleng kepalanya tanpa mengeluarkan sebarang suara.

Irene mengangguk faham. Dia memasukkan snek ke dalam mulutnya dan kembali menonton movie yang terpapar pada television itu.

"Aku nak tanya boleh?"

Berkerut dahi Irene mendengar. Dia terus memandang wajah Cadee dengan serius.

"Tanya? You nak tanya apa? Ada apa-apa yang penting ke?" Irene membetulkan duduknya sebelum dia menghadap wajah Cadee.

"Kau tak kerja ke? Selama ni mana kau dapat duit?" Soalan Cadee itu membuatkan Irene terdiam. Dia menggaru belakang lehernya.

"I... I kena buang kerja." Selamba Irene menjawab. Selama ini dia tidak bekerja. Setiap bulan Ian dan Ivan akan memberinya duit. Namun kini sudah tidak lagi. Dia sudah sepenuhnya di bawah tanggungjawab Erden Carl.

Cadee tersenyum sinis sebelum dia mengangguk. Bukannya dia tidak tahu Irene selama ini tidak bekerja. Bukannya susah mahu mencari maklumat tentang Irene Melissa ini.

"Kenapa you tak pergi kerja? You cuti ke hari ni?"

Cadee menggeleng. "Aku masuk kerja lambat hari ni."

Irene mengangguk faham. Dia sedikit berasa tidak selesa apabila Cadee tidak habis-habis menatap wajahnya. Irene mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Cadee.."

Cadee mengangkat kening kanannya. Wajah Irene ditatap penuh dendam. Sakit hatinya apabila teringat akan wajah isterinya yang lebam disebabkan oleh kelakuan Irene Melissa.

"I nak tanyalah.." Irene meletakkan snek yang berada di tangannya itu. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan.

"Siapa perempuan yang selalu ada dengan kawan-kawan you tu?"

Soalan Irene itu membuatkan Cadee tersenyum sinis. Dia berdehem kecil sebelum menjawab soalan Irene.

"Kenapa? Kau ada jumpa dia ke?" Sengaja Cadee memutarkan belitkan cerita. Clara tidak benarkan sesiapa memberitahu Irene tentang dirinya. Jadi mereka terpaksa akur dengan permintaan big bos.

Irene mengeluh. "I tak sukalah dengan dia tu. Mana-mana I pergi mesti dia ada. Dia tu ada kuasa ke apa? Dia tahu je dekat mana I ada."

Cadee tergelak sinis. "Dia ada buat apa-apa dekat kau ke?"

Laju Irene mengangguk kepalanya. Sengaja dia menipu Cadee. Dia mahu terlihat baik dan lemah lembut di hadapan semua orang.

Terangkat kening kanan Cadee apabila melihat Irene mengangguk kepalanya. Tanpa Irene sedar, Cadee sudah tahu segalanya. Jadi sia-sia saja Irene menipu.

"Dia buat apa? Teruk sangat ke dia buat dekat kau?" Soal Cadee. Walaupun dia sudah tahu kebenaran, saja dia mahu melihat permainan Irene.

"Teruk. Dia tumbuk muka I. Tak cukup dengan tumbuk, dia tampar pula. Lebam tahu tak muka I ni! Tak guna betul perempuan tu!" Irene memutarkan bebola matanya.

"Mana lebamnya? Nampak okay je muka kau tu?"

Irene terdiam. Dia berdehem kecil. Belakang lehernya digosok sebelum dia tersengih.

"Dah hilang. I dah sapu ubat semalam." Tipu Irene lagi. Dia sendiri tidak sedar bahawa dia adalah manusia paling bodoh ketika ini.

"Hebat betul ubat yang kau guna tu. Sekelip mata boleh hilang lebam." Cadee ketawa kecil. Dia ingat kita ni budak-budak ke nak tipu? Silap orang ni.

Irene hanya tersenyum. Dia risau jika Cadee sudah tahu kebenarannya. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Jom ikut aku."

Pantas Irene menoleh semula ke arah Cadee. Berkerut dahinya memandang Cadee. Tanpa segan silu Cadee mengajaknya.

"Nak pergi mana?" Soal Irene hairan. Jarang sekali penghuni rumah ini mahu mempelawanya.

"Office. Kau kan tak boleh masuk kalau tak ada card. Jomlah ikut aku." Cadee terus bangun dari duduknya.

Tanpa menunggu lagi, Irene terus berlari mengejar Cadee. Bukan selalu dapat masuk dalam bangunan Earlane's.

PINTU kereta ditutup kasar. Tubuh Irene diseret. Irene sudah meronta-ronta minta dilepaskan. Kali ini nasib tidak berpihak padanya. Dia telah termakan umpan Cadee.

Cadee menendang pintu markasnya kasar. Dia menarik kuat tubuh Irene yang telah diikat itu. Stephen dan Eric yang turut berada di situ sudah menelan air liur.

"Habislah Irene kali ni." Ucap Stephen sambil menggeleng kepalanya. Boleh maut isteri Carl kalau sudah berada di tangan Cadee.

"Silap dia. Dia sentuh isteri Cadee." Ujar Eric bersama matanya memandang Irene yang diseret itu. Dia sendiri tidak sanggup melihat Irene begitu. Sudahlah diseret, diikat pula tu.

"Dia tak tahu siapa isteri Cadee. Kesian princess aku kena tampar dengan dia." Stephen mengeluh. Dia turut sakit hati melihat wajah Clara yang penuh dengan luka dan lebam itu.

"Nak buat macam mana? Clara yang tak nak bagitahu."

Mereka berdua mengeluh. Apalah yang bakal jadi dengan keluarga ini. Setiap tahun ditimpa musibah.

CADEE membuka pintu bilik di bawah tanah. Tubuh Irene diikat pada kerusi. Dia memandang tajam Irene yang sedang menangis teresak-esak itu.

Mulut Irene yang ditutup oleh selotip itu dibuka. Cadee menarik kerusi lalu diletakkan betul-betul di hadapan Irene.

Air mata Irene tidak henti mengalir. Dia tidak sangka pula Cadee sekejam ini. Dia sangkakan Cadee adalah jejaka yang paling baik.

"Kenapa menangis?" Soal Cadee sinis. Dia mengeluarkan pisau dari belakang seluarnya. Pisau itu dimainkan pada wajah Irene.

"Apa... Apa you nak buat ni? Lepaskan I!" Ronta Irene. Namun Cadee hanya mengabaikan saja. Dia mahu membalas dendamnya.

"Aku nak tanya kau.. Apa kau buat pada Clara?!" Cadee menoreh pipi kanan Irene. Irene terus menjerit kuat. Darah sudah mulai mengalir.

"Mana... Mana ada buat apa-apa! I tak buat apa-apa!" Sekali lagi Irene menafikan. Dia tidak mahu mengaku salahnya.

"Betul? Selagi kau tak jujur. Selagi tu aku seksa kau." Cadee menoreh pula pipi kiri Irene. Kini kedua pipinya sudah berdarah.

"I... I tampar dia."

Cadee tergelak besar. Pisau diturunkan pada peha Irene. Nasib berpihak padanya kali ini. Peha Irene tidak bertutup. Jadi senang untuk dia melukakan tubuh Irene.

"Lagi?"

"I tumbuk muka dia!" Jerit Irene sedikit kuat. Dia tidak boleh tahan. Luka di pipi mulai pedih kerana terkena air matanya.

Cadee menikam peha Irene penggunakan pisau. Dia tersenyum sinis apabila Irene mengakui segala silapnya.

"Ini balasan kau sebab sentuh dia."

Cadee menarik semula pisau yang terbenam dalam di peha Irene. Terus terdengar jeritan kuat Irene. Cadee hanya membiarkan saja darah yang mengalir itu.

"Jumpa malam ni."

Kaki melangkah meninggalkan Irene di dalam bilik yang gelap itu. Pintu ditutup rapat sebelum dikunci dari luar. Pisau yang sudah penuh dengan darah Irene itu diserahkan kepada Stephen.

Menggigil tangan Stephen menyentuh pisau yang penuh dengan darah itu. Dia tidak tahu apa yang Cadee lakukan pada Irene. Mahu ataupun tidak, dia perlu mencuci pisau itu.

"Eh kenapa menggigil bang? Bukan first time main dengan darah." Terbahak-bahak Eric gelak melihat tangan Stephen yang menggigil.

"Dah lama aku tak main dengan darah ni." Ucap Stephen sebelum dia menuju ke bilik air untuk mencuci pisau itu.

Eric hanya mengikut saja kemana Stephen pergi. Tawanya masih tidak hilang.

"Dulu dia yang bunuh Raina. Sekarang pegang pisau pun menggigil." Semakin kuat tawa Eric. Terasa lawak pula melihat Stephen.

"Diam. Sebelum kau yang kena bunuh dengan aku. Baik kau diam." Stephen meletakkan pisau itu di leher Eric. Eric terus terdiam.

"Okay okay. Janganlah marah bang. Takut." Ucap Eric dan terus lari meninggalkan Stephen.

CADEE memegang erat tangan Clara bersama kaki melangkah menuruni anak tangga untuk menuju ke bilik bawah tanah. Clara hanya diam dan mengikut saja kemana suaminya pergi.

Tiba saja di hadapan pintu. Mereka berdua terdiam. Cadee menoleh ke arah isterinya. Tangan masih setia memegang tangan kecil Clara.

"Buka pintu tu, sayang."

Clara mengangguk. Perlahan-lahan tangannya naik memegang tombol pintu. Tangan memulas tombol pintu itu sebelum ditolak perlahan.

Melihat saja tubuh Irene yang diikat, Clara terus tersenyum sinis. Cadee yang berada disisinya ditoleh.

Cadee mengangguk seakan faham dengan pandangan isterinya. Tangan Clara dilepaskan lalu mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Clara duduk di kerusi yang berada di hadapan Irene. Irene yang sedang tidur itu ditenung lama. Tangan Clara naik menyentuh luka di pipi Irene. Irene terus terbangun tatkala terasa disentuh seseorang. Berkerut dahinya melihat Clara kini berada di hadapannya.

Irene mahu menjauhkan dirinya dari Clara. Namun ianya tidak akan berlaku. Tubuhnya diikat kuat pada kerusi. Clara hanya tergelak kecil apabila melihat Irene yang sudah tidak boleh duduk diam itu.

"Duduk diam-diam. Nanti jatuh macam mana?" Ujar Clara sebelum dia menjeling tajam Irene. Irene hanya akur. Dia melihat wajah Clara dan Cadee silih berganti.

"Buka selotip dekat mulut dia." Arah Cadee. Tanpa menunggu, Clara terus menarik kuat selotip itu.

Irene terus mengerang kesakitan apabila Clara menarik kuat selotip itu. Mahu tercabut bibirnya.

"Sakitlah! Cuba tarik perlahan-lahan. Kalau tercabut bibir aku macam mana?" Bebola mata diputarkan.

Berkerut dahi Clara mendengar kata-kata Irene. "Baguslah. Lega sikit telinga aku nanti. Kalau tak bingit je dengar kau menjerit sana-sini. Lapar perhatian."

Terlopong mulut Irene apabila Clara selamba mengutuknya. Kalau kutuk belakang tak apalah, ini depan-depan pula tu.

"Kau ni diam boleh tak? Muka dah luka pun nak memekak. Jangan sampai aku tambah lagi luka dekat muka kau tu."

Tergelak besar Clara mendengar. "Apa dia? Nak tambah? Hah tambahlah. Sebelum kau tambah luka dekat muka aku, biar aku yang tambah luka dekat muka kau dulu."

Pisau yang berada di meja kecil itu diambil. Dia memegang kuat kepala Irene. Dahi Irene yang masih suci dari luka itu ditoreh. Cadee yang melihat isterinya berkelakuan kejam itu hanya tersenyum sinis. Dia mendekati iserinya dan Irene. Kepala Irene dipegang kuat bagi memastikan kerja isterinya berjalan dengan lancar. Mulut Irene juga disumbat dengan stokin.

Clara menulis satu ayat pada dahi Irene. Dia tersenyum puas melihat darah yang mengalir. Pisau dicampak jauh darinya.

"I'm attention seeker."

Itulah ayat yang ditulis oleh Clara. Sesuai sangat dengan perwatakan Irene. Lapar perhatian. Orang tak mahu, tapi masih tergedik-gedik.

"Lain kali. Jadi perempuan tu. Kena ada harga diri. Bukannya tergedik-gedik dengan hak orang." Ucap Clara tepat pada telinga Irene.

"Oh ya.. Lagi satu.. Janganlah nak panggil orang 'maid' kalau kau tak tahu siapa orang tu yang sebenar. Kau baru je masuk dalam keluarga ni. Jadi kau tak kenal pun kita orang semua." Clara memicit luka Irene yang berada di peha. Tersenyum sinis dia melihat luka itu masih tidak diubat.

"Jangan main dengan api kalau tak nak terbakar." Bisik Clara pada Irene. Irene sudah menjeling. Air matanya yang mahu keluar itu terus tidak jadi mengalir apabila mendengar kata-kata Clara. Pedasss.

Pintu bilik itu dibuka tiba-tiba dari luar. Pantas Clara menoleh ke arah pintu. Dia tersenyum melihat Carl yang bersandar hanya di dinding. Dia sedikit pun tidak hairan Cadee dan Clara menyakiti isterinya.

Clara mengeluarkan stokin yang berada di dalam mulut Irene. "Tengoklah dekat pintu tu. Lelaki yang kau gilakan sangat selama ni. Ada dia tolong kau ke?"

"CARL! TOLONG I CARL! SAKITTT!" Air mata Irene terus mengalir apabila melihat Carl berada di sini. Semakin deras air matanya mengalir tatkala Carl hanya melihat dirinya diseksa. Sedikit pun Carl tidak bergerak dari tempatnya seolah-olah tidak kisah tentang isterinya.

Carl melihat tubuhnya dari atas hingga bawah. "Kau tengok aku ni ada macam rupa budak PBSM ke nak minta tolong? Dah pandai-pandai tumbuk muka orang. Hadaplah sendiri."

Terbahak-bahak Clara gelak apabila mendengar kata-kata Carl. Cadee hanya tersenyum kecil. Nasib baik kata budak PBSM, kalau kata budak PPIM tadi lain pula jadinya.

Carl berjalan mendekati isterinya yang sudah cedera itu. Dia memegang wajah isterinya. "Lain kali jangan berani nak sentuh dia. Kau tak kenal dia siapa. Jadi jangan nak sentuh orang sesuka hati ya, sayang?"

Irene hanya menangis teresak-esak. Mengapalah dia sungguh lemah dalam bab ini. Kalau buat rancangan jahat, dialah paling bijak.

"Aku dah tak nak dengar apa-apa masalah dari kau. Kau jangan sesekali sentuh dia lagi. Kalau aku tahu kau sentuh dia, aku sendiri yang akan seksa kau."

Irene mengangguk laju kepalanya. Carl terus tersenyum puas. Dia membetulkan rambut isterinya yang sudah serabai itu.

"Goodnight, darling. Malam ni kau tidur sini tau?" Carl mencium ubun-ubun isterinya sebelum dia melangkah keluar meninggalkan Irene sendiri. Irene hanya akur. Inilah nasibnya. Tidur dalam keadaan ketakutan.

Cadee dan Clara turut keluar dari bilik itu. Pintu ditutup rapat sebelum dikunci. Stephen yang menunggu di luar bilik itu hanya memandang saja mereka bertiga. Semua lampu ditutup. Kini hanya tinggal Irene saja di bahagian bawah tanah.

To Be Continued
—Ree

Continue Reading

You'll Also Like

265K 6.5K 68
🔥 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇 𝑅𝒶𝒻𝒾𝓈𝓆𝓎 | 𝒵𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶 𝒜𝓁𝑒𝑒𝓈𝒶 ⚠️ Plagiarism is prohibited.
166K 10.5K 40
Disaat gadis tu ditimpa kesusahan, si dia datang menghulurkan bantuan. Sehingga lah suatu hari si hero datang menyelamatkan keadaan. "We meet again s...
1.6M 75.3K 60
"𝙨𝙝𝙚 𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚𝙙 𝙖𝙬𝙖𝙮 𝙢𝙮 𝙙𝙚𝙢𝙤𝙣𝙨 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙖𝙧 𝙞𝙣 𝙝𝙚𝙧 𝙚𝙮𝙚𝙨" Known as My Fierce Headprefect WARNING! Sumpah cerita...
306K 15.9K 52
Alvin Rafael. Cinta ? Tiada perkataan cinta dalam kamus hidupnya lagi. Cintanya sudah lama mati. Hatinya sudah lama dibunuh. Dulu, gadis itu bagaik...