NADINE SOFEA

By sayamelur

238K 20K 1.5K

COMPLETED Nadine Sofea x Harlem Emmerson Nadine pendam cinta yang hadir sejak dulu demi menjaga hubungan yang... More

1 - NADINE SOFEA
2 - NADINE SOFEA
3 - NADINE SOFEA
4 - NADINE SOFEA
5 - NADINE SOFEA
6 - NADINE SOFEA
7 - NADINE SOFEA
8 - NADINE SOFEA
9 - NADINE SOFEA
11 - NADINE SOFEA
12 - NADINE SOFEA
13 - NADINE SOFEA
14 - NADINE SOFEA
15 - NADINE SOFEA
16 - NADINE SOFEA
17 - NADINE SOFEA
18 - NADINE SOFEA
19 - NADINE SOFEA
20 - NADINE SOFEA
21 - NADINE SOFEA
22 - NADINE SOFEA
23 - NADINE SOFEA
24 - NADINE SOFEA
25 - NADINE SOFEA
26 - NADINE SOFEA
27 - NADINE SOFEA
28 - NADINE SOFEA
29 - NADINE SOFEA
30 - NADINE SOFEA
31 - NADINE SOFEA
32 - NADINE SOFEA
33 - NADINE SOFEA
34 - NADINE SOFEA
35 - NADINE SOFEA
36 - NADINE SOFEA
37 - NADINE SOFEA
38 - NADINE SOFEA
39 - NADINE SOFEA
40 - NADINE SOFEA
41 - NADINE SOFEA
42 - NADINE SOFEA
43 - NADINE SOFEA
44 - NADINE SOFEA
45 - NADINE SOFEA
46 - NADINE SOFEA
47 - NADINE SOFEA
48 - NADINE SOFEA
49 - NADINE SOFEA
50 - NADINE SOFEA

10 - NADINE SOFEA

3.4K 275 16
By sayamelur

"Saya nak ikut juga. Takkan satu hari nak kena duduk dalam bilik saja? Breakfast tadi pun saya makan sorang-sorang. Awak semua seronok di luar, saya pula awak berdua kurung di sini. Tak adil langsung!" Nadine menghentak kaki tanda protes dengan Leanna dan Armani.

Kedua gadis itu saling berpandangan dan serentak mengeluh perlahan.

"Nad, kitaorang bukan tak nak bawa kau, tapi kau-"

"Saya dah sihat. Saya okay. Awak berdua sendiri dengar doktor kata apa tadi kan? Kepala saya okay sebab itu doktor suruh saya balik pagi tadi. And I'm here now. Dont you guys see?" Nadine mengingatkan semula kedua sahabat baiknya kut-kut lupa lah kan?

Bukan main gigih lagi minta dia rehat saja di dalam bilik sedangkan hari ini aktiviti mereka adalah melawat ke taman strawberi dan zoo. Aktiviti yang paling di tunggu-tunggu oleh Nadine.

"Iya lah. Pergi siap cepat. Kitaorang tunggu kau." Armani akhirnya mengalah.

Lagipun dia tak sampai hati mahu meninggalkan Nadine keseorangan di sini. Rasanya Nadine memang betul-betul sudah sembuh. Dia dan Leanna saja yang terlebih risau.

"Yes! Okay! 5 minit." Nadine berlari ke arah bagasinya untuk menggantikan pakaian.

Seluar palazzo putih dipadankan dengan crop top putih serta jacket panjang berwarna khakis. Rambut ikal hazel miliknya itu pula dibiar lepas.

Ringkas tapi cantik.

"Kalau dah siap, kita gerak. Yang lain dah tunggu dalam bas." beritahu Leanna sambil membaca ruangan chat kelasnya meminta agar cepat berkumpul di dalam bas.

Mereka bertiga mula bergerak menuju ke tempat parkir di mana bas sedang menunggu mereka. Setiba di sana, kelihatan tempat duduk di dalam bas sudah di penuhi dengan para pelajar yang lain.

"Macam tak ada tempat duduk saja? Kita pergi bas sebelah saja lah kalau macam ni." beritahu Leanna.

"No, no. Aku tak nak. Tadi kita kan dah pergi bas sebelah tu. Aku tak nak  duduk satu bas dengan dia. Tolonglah." bantah Armani keras.

Dia lebih sanggup berdiri 30 minit di dalam bas ini berbanding duduk di dalam satu bas yang sama dengan Darrell.

Nadine dan Leanna saling berpandangan.

"Darrell tu tak kacau hidup kau pun. Kau saja yang over. Itu lah siapa suruh-"

"Rasanya, di belakang sana ada tempat duduk. Kita pergi sana jom." Nadine ternampak kerusi kosong di bahagian belakang.

Lengan Leanna ditarik agar mengekorinya.

Sebaik tiba di tempat duduk kosong itu, langkah Nadine terhenti apabila terlihat Harlem duduk bersama Lilia di sebelah kerusi kosong yang ditunjuknya tadi.

"Hi, Nad. Nampaknya you dah sihat." tegur Lilia sebaik saja melihat Nadine.

Gadis itu hanya angguk sambil tersenyum. Matanya sempat melirik ke arah Harlem. Lelaki itu langsung tidak berpaling memandangnya. Tipulah kalau Harlem tak sedar akan kehadirannya di sini.

"Nadine, takkan nak berdiri saja? Tempat duduk sebelah I kosong ni kalau you sudi duduk dengan I." kedengaran suara Ezra mencelah.

Nadine berpaling melihat Ezra. Begitu juga Harlem. Decitan sinis hadir di bibir.

"No, it's okay, Ezra. Saya boleh duduk dengan Arma-" mulutnya terkunci apabila terlihat Armani dan Leanna sudah mengambil tempat duduk di belakang Ezra.

Kurang asam punya kawan!

Armani memberi isyarat supaya Nadine duduk di sebelah Ezra.

"Jangan risau, Nad. Walaupun you comel, I janji takkan gigit you." gurauan Ezra itu mengundang batuk Harlem yang terdengar perbualan itu.

Seakan ada laser yang keluar dari bola matanya menjeling Ezra.

Dasar gatal!

Nadine garu kepala. Dia tak ada pilihan lain. Rasanya kalau nak pergi ke bas sebelah mungkin tempat duduk di sana sudah penuh. Jadi, punggung di rebahkan di sebelah Ezra.

Entah kenapa Nadine rasa canggung sekarang. Mungkin pertama, dia duduk di sebelah Ezra. Dan kedua, kedinginan Harlem terhadapnya membuatkan Nadine rasa tidak selesa. Lelaki itu langsung tidak melihat wajahnya apatah lagi mahu bercakap dengan Nadine. Seperti kehadiran Nadine di situ langsung tidak wujud.

Apa salah dia pun Nadine kurang pasti. Sepanjang perjalanan, otak Nadine ligat berfikir dan mengingati kesalahannya tapi Nadine tetap buntu.

Hari Nadine rasa tidak tenang jika Harlem diam seperti ini.

"Kepala you dah okay, Nad?" pertanyaan Ezra di sebelah menyedarkan lamunan Nadine.

Nadine menjawab dengan anggukan kecil.

"Good."

"You know what? Actually I paling tak sabar tunggu hari ini tiba. I patut berterima kasih pada orang yang bagi cadangan untuk kita pergi ke ladang strawberi. Itu tempat yang I paling suka pergi." cerita Ezra.

"Saya pun!" suara Nadine sedikit tinggi kerana terlalu teruja.

Tak sangka dia ada geng.

"You know the best part bila...."

"Kita dapat petik buah strawberry dan terus letak dalam mulut!"

Tutur Nadine dan Ezra serentak lalu keduanya sama-sama tertawa.

"Macam mana you boleh baca fikiran I ni, Nadine? Jangan-jangan you memang jodoh I tak?"

Nadine sambung ketawa.

"Jangan perasan lah. Kalau saya boleh baca fikiran awak sekalipun itu tak ada kaitannya dengan saya tiba-tiba jadi jodoh awak pula." Nadine geleng kepala. Ezra dengan perasannya memang tak boleh dipisahkan.

Dia baru mengenali Ezra tapi bila bercakap dengan lelaki ini, rasa macam mereka sudah kenal lama.

"Bila you sebut ayat itu tadi you mengingatkan I pada seseorang." Ezra senyum.

Nadine angkat kening tinggi. "Siapa?"

Ezra diam namun senyum masih tidak lekang di bibir merahnya.

"Adalah. Tak semua benda dalam dunia ni kita kena bagitahu orang kan?" balas Ezra menimbulkan cebikan di bibir Nadine.

Pulak dah? Padahal dia yang memancing kita dengan perkataan 'seseorang' tadi. Mestilah kita nak tahu juga.

"I ambil gambar you nak? Tengok sini." kamera di tangan Ezra di halakan tepat ke arah Nadine.

Gadis itu tiba-tiba di serbu rasa malu.

"Eh, tak payah lah. Muka saya tengah buruk sekarang." Nadine cuba menghalang kamera Ezra dengan tangannya.

Ezra tepis lembut tangan Nadine. "Stay still, Nadine. You cuma perlu senyum saja and that's it."

Nadine beralah dan senyum kecil memandang kamera.

"Good. One, two..."

Click!

Ezra lihat skrin kecil di kameranya.

"Nice! You sangat photogenic." puji Ezra.

Kelihatan senyum di bibir Ezra semakin lebar.

"Saya nak tengok." hampir Nadine mahu dekat namun Ezra terus menekap kamera tadi ke arah dadanya.

Nadine sedikit tersentak. "Saya nak tengok juga."

Ezra geleng kepala sambil tersenyum lagi.

"Nope. Tak boleh."

"Apa pula tak boleh. Awak dah lah ambil gambar saya, lepas tu tak kasi saya sendiri tengok pula. Tak adil macam tu." ujar Nadine tak puas hati.

"I know tapi lain kali I tunjuk dekat you okay? I nak simpan dulu." Ezra kenyit mata.

Nadine semakin tidak berpuas hati. Wajah Ezra di jeling tajam sebelum matanya cuba dipejam enggan melihat Ezra. Belakang tubuh di sandar pada kerusi sambil tangan disilang.

Dia ini menyakitkan hati betullah.

Ezra senyum meleret.

Gambar tadi di perhati semula. Matanya mula memandang ke arah Harlem yang ralit menikmati pemandangan di luar tingkap.

Benarlah kata orang kan. Kita boleh tipu orang lain tapi kita tak boleh tipu perasaan sendiri.



* * * * *

Nadine sungguh ralit memetik buah strawberi tanpa menghiraukan orang dan keadaan di sekeliling. Cukup saja buah ini nanti, Nadine berniat untuk menghasilkan jem strawberi untuk di bawa pulang ke rumah. Makan dengan roti bakar. Sedap!

Suara besar Armani membebel memarahi Leanna kerana tidak pandai mengambil gambarnya menarik perhatian Nadine sebentar.

Gadis itu tertawa kecil melihat telatah dua orang sahabat baiknya. Malang untuk Leanna hari ini kerana dia dipaksa menjadi photographer tak bertauliah Armani. Jadi, nak tak nak kena hadap saja lah perangai cerewet Armani yang mengalahkan model international itu.

Belum sempat Nadine menyambung pekerjaannya, terasa tubuhnya dilanggar sehingga jatuh terduduk. Bakul sederhana besar yang terisi dengan strawberi tadi juga turut jatuh berselerak di atas tanah.

Tidak sempat Nadine mahu mengutip, hampir separuh buah yang jatuh itu telah di pijak oleh para pelajar lelaki yang berkejaran di tempatnya.

"Hey!" teriak Nadine marah.

Para pelajar lelaki tadi langsung tidak menghiraukan herdikan Nadine. Larian mereka semakin jauh.

"Kurang ajar! Aku penat-penat kutip, korang senang-senang pijak buah strawberi aku." strawberi yang sudah hancur itu Nadine renung bersama perasaan kecewa dan kesal.

"Dah besar panjang pun perangai masih macam budak-budak. Bukan nak minta maaf." omel Nadine sambil tangan sibuk mengutip semula buah yang masih elok.

"Ambil sikit aku punya."

Sebuah bakul berisi strawberi muncul tepat di wajah Nadine.

Kepalanya mendongak ke atas melihat susuk tubuh tinggi lampai milik Harlem. Nadine terus berdiri.

"T-tak apa. Thank you. Saya boleh petik yang lain. Rasanya dekat sana tu ada banyak lagi." Nadine tunding jari entah ke mana.

Rasa kekok mula hadir dan apa yang Nadine mahu lakukan sekarang adalah pergi dari situ. Pelik juga kenapa tiba-tiba Harlem mahu bercakap dengannya kali ini setelah beberapa jam  Harlem melancarkan perang dingin.

"Orang dah offer nak bagi tu ambil saja lah. Susah sangat ke?" suara Harlem kedengaran marah.

Lengan Nadine disambar supaya gadis comel itu tidak dapat lari ke mana-mana.

Nadine diam membatu merenung bakul strawberi milik Harlem.

"Ambil cepat, Nadine sebelum aku jadi kedekut balik." sergah Harlem mengejutkan Nadine.

Dengan perlahan tangan Nadine ambil beberapa biji buah strawberi dari bakul Harlem.

Ambil 15 cukup lah kut. Nanti dia petik yang lain.

"Jom kita sambung petik. Tempat mana yang kau tunjuk tadi? Kita pergi sana." Harlem tarik tangan Nadine agar mengekorinya.

"Sekejap!" Nadine mengeraskan tubuh.

Kening Harlem tinggi memandang wajah Nadine. Hairan.

"Tadi awak marah saya kan? Kenapa? Dan kenapa pula sekarang awak cakap dengan saya, layan saya macam semuanya okay saja dari tadi? Apa salah saya kali ni?" soal Nadine bertubi-tubi mahukan jawapan.

Harlem diam sebentar. Wajah tanpa riaknya itu dilemparkan kepada Nadine.

"Siapa cakap aku marah? Aku okay. Kau saja yang selalu fikir benda buruk fasal aku." senada saja suara Harlem.

"Bukan sehari dua saya kenal awak, Harlem. Awak tak boleh tipu saya. Tengok cara awak pandang saya, saya tahu awak marah pada saya kan?"

Harlem mendecit sinis.

"Kalau kau kenal sangat dengan aku jadi kau mesti tahu kenapa aku layan kau macam tu. Aku tak suka ulang benda yang aku tak suka banyak kali. Cukup sekali kau faham." balas Harlem.

Nadine terjeda. Lidahnya kelu. Lelaki bernama Harlem ini memang sukar untuk di baca.

"S-saya tak faham..." Nadine geleng kepala dan menunduk.

Harlem sinis lagi. "Menyesal aku datang sini."

"Menyesal datang sini ke menyesal sebab ada kawan macam saya?" soalan Nadine itu menghentikan langkah Harlem.

"Saya tahu saya selalu kecewakan awak. Buat awak marah. Dan bila saya fikir-fikir semula, layak ke orang macam saya ni berkawan dengan lelaki sesempurna awak?"

"Kau merepek apa ni, Nadine?" berkerut dahi Harlem.

"You know what? Saya rasa hidup awak akan lebih tenang kalau saya jauhkan diri. Lilia. She can make you feel better. Saya minta maaf kalau saya ada buat salah pada awak."

"Ambil balik. Thanks." Nadine tuang semula strawberi di dalam bakulnya ke dalam bakul milik Harlem.

Lelaki itu hanya terkaku di situ. Kelibat Nadine yang semakin mengecil meninggalkannya itu diperhati. Berharap agar Nadine berpaling semula ke arahnya.

Namun, harapan Harlem jadi kosong.

Sekosong hatinya ketika ini.








-end of chapter 10-

Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 49.8K 80
SYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam h...
1.3M 36.5K 49
Jejaka yang sangat liar dan melanggar hukum hakam telah berjaya diubah menjadi seorang yang suci murni hanya kerana seorang gadis yang dibenci dari k...
3.4M 304K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
10.5K 1.1K 5
Humaira.. Satu nama.. yang membuatkan jantung seorang lelaki bernama Malique berdegup laju.. pertama kali menatap mata itu.. pertama kali juga la hat...