MY AYDEN DARHWISH [C]

Galing kay _Raffain

195K 10.8K 2.8K

Kisah tentang seorang gadis berwajah polos dan kuat drama bersama sahabatnya Hazran Dayler mengharungi cabara... Higit pa

𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼 (𝔽𝕀ℕ𝔸𝕃)
✧・゚: ✧・゚: SPECIAL CHAPTER :・゚✧:・゚✧
✧・゚: ✧・゚: SPECIAL CHAPTER :・゚✧:・゚✧
✧・゚: ✧・゚: APPRECIATION:・゚✧:・゚✧

𝟙𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.6K 167 10
Galing kay _Raffain

Seharian dia duduk di bilik nya. Bosan membelengu diri Adlene. Dia menghubungi abangnya dan Hazran untuk menjemputnya untuk makan tengah hari tetapi panggilannya tidak dapat disambungkan. Adlene cuba sekali lagi. Dia menghantar pesanan kepada abangnya dan Elaine.

-Abang Dede-

"Assalamualaikum ya habibi. Ya maulana. Abang Dede. Busy ke?"

"Kau nak apa?"

"Abang Dede, Wina lapar lah. Teman Wina makan boleh?"

"Aku ada meeting sampai jam 12 tengah hari. Selepas tu baru aku datang jemput kau eh."

"Okay cun tapi Wina nak makan dekat Kleptorkat eh!"

Kali ini dia harus melakukan sesuatu. Mesej terakhir Adlene dibiarkan 'seen' oleh Ayden. Malas mahu melayan budak ini.

-Kak Yaya-

"Assalamualaikum akak! Ni Wina. Busy ke?"

"Waalaikumsalam. Mana dapat number saya?"

"Dari umi. Tadi umi balik rumah kejap."

"Awak nak apa? Saya tengah kerja ni."

"Tengah hari kita pergi makan nak? Dekat kafe kelptorkat."

"Tak janji. Kalau saya pergi nanti saya bagitahu."

"Alah please akak. Kali ni je. Wina janji tak tipu akak lagi."

"Ooo maksudnya selama 3 minggu ni awak menipu saya ya?"

"Err.. Ta.. Tak... Mana ada lah."

"Okay lah saya tengah kerja ni. Kalau main phone kena buang kerja lagi macam tempat abang awak."

Kata-kata Elaine itu membuatkan Adlene terasa hati. Pasti inilah yang dirasai oleh Elaine selama ini. Pantas sahaja dia tidak menyukai Ayden sejak pertama kali mereka bertemu. Mungkin ini bukan waktu yang sesuai untuknya merancang sesuatu.

Selesai segala urusan mesyuarat bersama client, Ayden bergegas menjemput adiknya untuk makan tengah hari. Mungkin ini juga cara dapat menyembuhkan penyakit Adlene dari terus memberontak. Memandangkan mummy dan daddy mereka masih sibuk dengan kerja dan tidak langsung memikirkan tentang mereka dua beradik. Jadi sebagai abang dia harus melindungi Adlene Darwina daripada terus dibelengu dosa.

-Kak Yaya-

"Wina, saya nak pergi rehat ni. Awak masih nak saya ikut ke?"

"Wah!!! That is a good new kakak. Okay saya tunggu kakak dekat sana tau. Jumpa nanti."

"Orait!!"

Tanpa berlengah lagi, Elaine terus menghubungi Darius untuk menjemputnya untuk makan tengah hari bersama Adlene. Tidak lama kemudian, mereka tiba di kafe itu. Ternyata Adlene tidak keseorangan. Dia harus menjalankan misi supaya Ayden tidak terus menerus mengganggunya.

"Darius, ada ex bos Lia. You boleh tolong Lia tak?" Pinta si gadis lurus bendul yang tak berapa bendul dah sekarang.

"Hmm let me think!!" Eh mamat ni ada kena tibai kejap lagi ni.

"Cepat lah jangan buang masa, rehat Lia ni hanya satu jam sahaja." Pujuk Elaine.

"Baik lah putri ku intan payung." Akhirnya Darius bersetuju.

Mereka tiba di meja yang telah di pesan oleh Adlene. Elaine duduk berhadapan dengan Ayden. Mampus!

"Eh kakak bawa abang Darius juga?" Sapa Adlene.

"Sebab dia pakai kereta saya. Jadi dia kena hantar saya ke sini." Jelas Elaine tanpa memandang wajah Ayden.

Mata Ayden tidak berkelip melihat wajah polos milik Elaine Dahlia.

"Baby, you nak makan apa? You all dah order kan? Let us order the food first." Celah Darius.

"Lia makan apa yang abang order. You know me very well right?" Senyuman Elaine pada Darius membuatkan hati Ayden semakin membakar. Peluh membasahi wajahnya.

Sementara menunggu pesanan sampai Elaine memberikan teka teki pada Adlene. Sejak kebelakangan ini, Adlene dan Elaine semakin rapat, hati Ayden mula berasa tenang melihat perubahan positif adiknya.

'Senyumanmu, buat ku tersenyum malu... oh sayang ku...' teringat Ayden pada setiap lirik lagu dari kumpulan TAG yang bertajuk Hey Kamu.

"Wina, saya ada teka teki. Tarzan buat makan-makan semua binatang datang. Binatang apa yang paling lambat balik?"

"Hah lambat balik? Gajah?"

"SALAH!!"

"Kura- kura?"

"SALAH!!"

Mereka semua hampir give up dengan jawapan masing-masing, Elaine pula asyik menyatakan jawapan mereka semua salah dan tiada seorang pun betul. Senang kacang soalan ini tetapi tidak seorang pun mampu memberikan jawapan yang betul.

"Cepat tak kan tak tahu kot?" Soal Elaine dengan tenang.

Muka masing-masing sudah berkerut memikirkan jawapan.

"Okay saya tahu kakak. Jawapan dia zirafah!"

"Salah!"

"Aku tahu. Jawapan dia ulat gonggot."

"Sebab apa pakcik Oyen?"

"Sebab kena pakai kasut satu-satu." Ceh mentang-mentang dia pandai teka teki. Dia pandang kita hujung mata je. Ceh!

"Okay pakcik Oyen betul. Pandai eh main teka-teki. Not bad"

"Aku bukan pandai teka teki je. Curi hati orang pun pandai. Rawr."
Lain macam pakcik Oyen. Adlene juga turut terkejut dengan pengakuan berani mati itu.

Ada peluang ke untuk bebe Ayden?

Mereka menikmati makan tengah hari dengan hati yang berbunga-bunga. Makanan yang cukup enak dan suasana tenang di kafe itu membuatkan mereka begitu menikmati makanan yang dipesan. Suasana kafe itu di inspirasikan dengan taman yang penuh bunga dan kolam renang kecil untuk sesiapa yang mahukan outfit of the day. Boleh lah ke kafe yang terletak di tengah kota bandar raya.

Petang itu, Elaine dan Adlene beriadah di taman yang berdekatan rumahnya. Elaine membawa dia berjalan di luar kerana Adlene menunjukkan prestasi yang baik. Mereka berdua duduk dan bersembang sambil menghirup udara segar di taman itu. Tanpa mereka sedar ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka berdua.

"Bos! Amacam? Nak aku gerak sekarang ke?" Soal jejak berkaca mata itu.

"Aku yakin kejap lagi dia akan pulang ke rumah. Waktu tu kau standby untuk tarik mereka." Arah wanita itu tanpa rasa belas kasihan.

Apa yang di tahu dia harus membalas atas apa yang terjadi pada adiknya. Bukan mudah seorang kakak untuk menerima keadaan adiknya yang kini harus menggunakan kerusi roda.

"Kak Elaine, jom lah kita balik. Malam ni bebe Ayden datang jemput Wina untuk dinner bersama dengan akak dan Hazran." Ajakan Adlene itu dituruti.

Baru sahaja mereka melangkah di bahu jalan, sebuah kenderaan pacuan empat roda tiba-tiba berhenti di hadapan mereka lalu menarik Adlene masuk ke dalam perut kereta itu.

"Akak!!!!! Tolong!!!" Jeritan Adlene memecah suasana ditaman yang tadinya bising dek suara kanak-kanak menjerit keriangan bertukar sunyi sepi. Semua mata memandang ke arah mereka berdua. Ada yang berlari ke arah mereka untuk menolong dan ada juga yang sekadar melihat dan pergi.

"Wina!!!! Hoi!!!! Lepaskan!!! Bodoh ke? Aku kata lepaskan lah!!" Elaine cuba sedaya upayanya untuk menyelamatkan Adlene tetapi tidak berjaya.

"Akak!!! Arghh lepas lah!!!! Tepi!!" Adlene masih bergelut dengan penculik di dalam kereta itu tetapi semakin dia berusaha untuk melarikan diri, semakin kuat genggaman penculik itu memegang tangan Adlene.

"Lepas kan dia atau kau mampus kejap lagi.!!!"

"Akak!!!! Tolong Wina.."

"Kalau kau nak selamat jangan masuk campur." Amaran keras daripada lelaki itu membuatkan Elaine kaku tanpa kata.

"Siapa bos kau!!!! Cakap lah siapa bos???" Jerit Elaine. Tenaganya hampir habis untuk berlawan dengan penculik itu.

Salah seorang penculik itu menolak tubuh Elaine dengan kasar sehingga dia terjatuh di kaki jalan dan setelah itu pandangan Elaine terus gelap gelita.

Kereta pacuan empat roda itu berlalu dengan pantas. Adlene masih bergelut di dalam kenderaan dan berusaha untuk di lepaskan. Sekali satu tamparan hinggap di pipi mulus Adlene terus dia pengsan dan tidak sedarkan diri.

"Puas hati aku!!" Ujar lelaki itu.

Elaine cuba membuka matanya meluas, tubuhnya terasa sengal dan berbisa. Apa yang terjadi semalam?

"Ehem!!!!! Sedap tidur?" Sapa jejaka itu.

Dia mencari suara yang menyapa gegendang telinganya. Jauh di hujung pintu bilik itu tercegat seseorang yang amat dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan pakcik Oyen.

"Hah!!" Terbuntang mata Elaine. Dia menyelak cadar yang sedang menutup tubuhnya. Fuh! Nasib.

Berkali-kali dia menggosok mata. Otaknya juga di kerah untuk mengingati apa yang telah berlaku dan bagaimana dia bisa tidur dengan nyenyak sekali di bilik ini.

"Asal? Kau ingat aku selera sangat ke dengan tubuh kau tu? Sorry lah eh lambat lagi." Jawab jejaka egois itu.

"Ma... Macam mana saya boleh tidur di sini?" Soalnya lagi. Otak Elaine tidak dapat berhubung dan kapalanya berdenyut.

"Kau tak ingat apa-apa?" Elaine hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Langsung?" Langkah Ayden semakin dekat. Dia tunduk dan matanya terpejam rapat. Sedaya upaya untuk mengingati apa yang berlaku kelmarin.

"Oh!!! Astagrifullahaladzim. Pakcik Oyen mana Wina? Saya minta maaf pakcik Oyen. Kami duduk di taman lepas tu. Bila nak balik tu ada kereta datang serang kami. Dia tarik Wina masuk ke dalam kereta. Saya dah cuba hentikan kenderaan tu tetapi tak berhasil. Wina kena culik pakcik Oyen. Jom kita cari dia." Dengan satu nafas dia menerangkan apa yang terjadi dan dia juga hampir menjadi mangsa dalam pergelutan kelmarin.

"Enough Dahlia!!! Sekarang kau pergi mandi bersihkan diri. Aku tunggu di bawah dan jangan lambat." Arah Ayden sebelum menutup pintu bilik itu.

Selesai bersiap Elaine turun ke tingkat bawah, ternyata semua orang sedang menunggunya untuk sarapan pagi.

"Lia come have a seat!" Ajak Hazran.

"No!!! Biar dia berdiri di situ. Kau lapar? Siapa suruh lambat." Soal Ayden dengan begitu sinis sekali.

"Pakcik Oyen, saya minta maaf atas kesalahan dan kecuaian saya. Tidak sepatutnya saya leka dengan hal sekeliling," Jelasnya dengan tulus.

"Kau tahu semua tu dan kenapa kau bawa adik aku keluar bersiar-siar di taman?" Suara Ayden semakin tinggi.

"Pakcik Oyen, dia dah berubah sebab tu saya benarkan dia keluar tetapi bersyarat mesti bersama saya. Saya yang bertanggung jawab atas kehilangannya. Pakcik Oyen jom la cari dia." Elaine tidak tenang selagi tidak melihat Adlene di hadapanya.

"Woi!! Berapa kali aku nak cakap yang dia tak boleh keluar dari rumah sehingga sembuh. Kau tahu yang dia akan lari bila-bila masa supaya dia bebas untuk berjumpa kawan-kawan tak senonoh dia tu?" Kali ini suara Ayden tidak dapat di tahan lagi.

"Pakcik Oyen, saya akui saya salah tapi tak perlu kot nak tengking saya. Saya ni banyak sembunyikan dari pakcik Oyen tau. Adik pakcik tu setiap malam keluar ikut tingkap bilik." Dia mendengus kasar sempat dia memberikan jelingan maut pada jejaka egois itu.

"Susah sangat ke nak ikut arahan aku? Kenapa suka membantah? Dasar perempuan malang. Aku rasa aku silap menilai kau. Mulai hari ini jangan pernah ganggu keluarga aku lagi. Kalau Wina balik ke sini jangan harap aku nak bagi kebenaran kau berjumpa dengan dia." Amaran dan herdikan yang dilemparkan oleh Ayden ditolak seperti angin sepoi-sepoi bahasa.

Elaine sudah lali dengan kata-kata itu. Jika diingat kembali sebelum ini siapa juga yang datang bertandang ke rumahnya dan meminta bantuan? Jadi Elaine hanya pekakkan telinga dan butakan mata. Suatu hari pasti karma hadir membalas semua perbuatan Ayden terhadap dirinya.

"Saya ada semua bukti rakaman CCTV tetapi saya janji pada diri saya akan usaha bantu Adlene sehingga dia betul-betul sembuh tapi ini yang saya dapat dari pakcik Oyen? Ingat satu pesan saya pakcik Oyen, kalau dah ludah jangan berani jilat balik!" Langkahnya terhenti saat mendengar seseorang memberi salam dari pintu utama.

𝐇𝐨𝐩𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐠𝐮𝐲𝐬 𝐞𝐧𝐣𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐜𝐞𝐧𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝐚𝐬 𝐰𝐞𝐥𝐥.

𝑲𝒆𝒆𝒑 𝒄𝒐𝒎𝒎𝒆𝒏𝒕 𝒂𝒏𝒅 𝒗𝒐𝒕𝒆 𝒐𝒌𝒂𝒚. 𝑺𝒂𝒚𝒂 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒖𝒑𝒅𝒂𝒕𝒆 𝒔𝒂𝒎𝒑𝒂𝒊 𝒄𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 18 𝒃𝒆𝒇𝒐𝒓𝒆 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒄𝒖𝒕𝒊 𝒑𝒂𝒏𝒋𝒂𝒏𝒈.




Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

59K 1.7K 15
If you haven't read the first book you probably should. So anyway this is part two of Fawn and Arthur's story. Her past comes back to haunt her (I wi...
30.6K 534 36
Yue Tanaka works at the Butterfly Estate as a helper, she's Giyuu Tomioka cousin and she's also working her way up to become a Hashira. Shinjuro Ren...
4.3K 507 14
Kisah mengenai seorang gadis yang mempunyai penyakit MPD, bagaimanakah seorang sahabat bernama Rafiq ingin berkenalan dan mengatasi masalah gadis ini?
80.1K 2.4K 25
𝚊 𝚙𝚒𝚗𝚔 𝚑𝚊𝚒𝚛𝚎𝚍 𝚋𝚘𝚢 𝚔𝚎𝚙𝚝 𝚑𝚒𝚜 𝚎𝚢𝚎𝚜 𝚘𝚗 𝚑𝚒𝚜 𝚢𝚘𝚞𝚗𝚐, 𝚑𝚘𝚝 𝚝𝚎𝚊𝚌𝚑𝚎𝚛. 𝙲𝙾𝙽𝚃𝙴𝚇𝚃 : 𝚁𝙴𝙰𝙳 𝙰𝚃 𝙾𝚆𝙽 𝚁�...