CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETE...

msroses_ tarafından

1.8M 61.2K 2.3K

1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang ber... Daha Fazla

Introduction
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab Akhir ♥️
Special Chapter ♥️
Special Chapter 2 🦋

Bab 9

32.4K 1K 39
msroses_ tarafından

"Maira, KakRai, ada patient under endokrin datang harini la. Patutnya appointment dia semalam, tapi patient tersalah tengok tarikh. Dia datang harini. So macam mana? Nak jumpa harini ke nak bagi tarikh appointment baru?". Ujar Anis yang muncul di pintu bilik Unit Diabetes dan Endokrin itu. Serentak Maira dan Raihana yang sedang memasukkan data pesakit ke dalam reten itu memalingkan wajah ke arah Anis.

"Oo yeke? Hmm, kejaplah akak pergi tanya Dr Firash. Kot-kot dia rajin nak tengok patient tu". Segera Raihnaa bangkit dari duduknya dan mengambil kad temujanji yang dihulurkan Anis itu. Maira pula terus menyambung kerjanya yang tergendala disebabkan kedatangan Anis tadi. Kalau boleh dia mahu selesaikan kerja itu secepat mungkin kerana hari ini hari Jumaat. Masa yang ada sangatlah terhad kerana rehat pada hari Jumaat bermula pada jam 12.15 tengah hari sehingga 2.45 petang.

"Anis ada nampak Dr Firash tak harini?"

"Ada Kakrai, tadi Anis nampak dia masuk Bilik 5". Jawab Anis sambil menunjukkan bilik rawatan yang terletak di hujung sekali berhampiran tandas staff. Segera Raihana mengaturkan langkah ke arah bilik tersebut.

***************************************

Firash memicit perlahan kepalanya. Rasa sakit yang menyucuk membuatkan dia mendecit beberapa kali. Pagi tadi dia dah rasa lain macam tapi diabaikan sahaja. Lagipun harini sudah hari Jumaat, hari terakhir untuk minggu ini jadi dia rasa sayang pula untuk mengambil cuti kerana alang-alang hari esok sudah cuti.

Firash kembali meletakkan kepala di atas meja di bilik rawatan itu. Nasib baiklah hari ini dia hanya membantu Subashini, MO yang ditugaskan untuk mengendalikan klinik pada hari Jumaat itu. Jadi dia hanya akan memanggil pesakit sekadar mengikut kemampuannya sahaja. Dia seseorang yang jarang sakit, jadi apabila demam datang menjengah sekali sekala seperti ini, kesannya akan menjadi lebih teruk.

Firash mengangkat kepala apabila terdengar ketukan perlahan di pintu biliknya. Kelihatan susuk tubuh Raihana sudah terpacak di muka pintunya.

"Kenapa Kakrai?" Raihana sudah mengerutkan dahi apabila suara serak itu menyapa telinganya. Muka pucat dengan mata yang sedikit kemerahan itu juga dipandang dengan wajah penuh kerisauan.

"Eh, Dr Firash okay ke ni? Dr tak sihat ke?" Tanya Raihana dengan nada cemas.

"Okay je Kakrai. Demam sikit je ni". Balas Firash sambil tersenyum pahit.

"Ada apa, Kak Rai?" Tanya Firash lagi. Dia memandang ke arah tangan Raihana yang sedang memegang sekeping kad temujanji.

"Macam ni, ada sorang patient ni, patutnya tarikh appointment dia semalam under unit kita, tapi dia tersalah tengok tarikh. Dia datang harini pulak. Itu yang KakRai nak tanya Dr Firash tu. Dr Firash nak jumpa ke patient ni atau KakRai bagi tarikh appointment lain je?"

"Oo, patient tu under unit kita sebab masalah apa KakRai?"

"Hypogonadism. Dr Firash nak jumpa ke? Kalau tak larat takpe je".

" Takpelah KakRai, alang-alang patient pun dah datang, saya jumpa je lah terus. Nanti lepas patient siap daftar terus suruh masuk bilik saya ye". Ujar Firash pula.

"Ni Dr Firash dah makan ubat ke? Nak PCM? (paracetamol/panadol). Kalau nak PCM KakRai boleh bagi". Tanya Raihana lagi. Kesian pula dia melihat wajah pucat dihadapannya itu. Pucat-pucat pun masih terserlah ketampanan jejaka itu. Patutlah doktor yang bernama Ahmad Firash ini sentiasa menjadi sebutan staff-staff di Hospital Subang Jaya itu.

"Boleh jugak Kak Rai. Kot-kot kurang sikit pening ni lepas ambik PCM".

"Okay, kejap lagi Kak Rai bagi Dr Firash ye" ujar Raihana seraya melangkah keluar dari bilik rawatan itu.

***************************************

Zakaria Bin Hashim. 45 years old malay male. Diagnosed with Hypogonadism since last year. Underlying Diabetes Mellitus and Ischemic Heart Disease.

Terkumat kamit mulut Firash membaca laporan pesakit dihadapannya itu .

"Encik Zakaria ada ambik ujian darah minggu lepas kan?"

"Berdasarkan ujian darah yang kita ambil minggu lepas, paras hormon testosterone encik masih rendah. Masih di bawah paras normal lagi. Jadi saya tambah lagilah ya dos untuk suntikan hormon yang encik ambik setiap bulan tu".

"Ada apa-apa masalah yang Encik Zakaria nak kongsi dengan saya?" Tanya Firash apabila melihat pesakit dihadapannya itu seolah-olah ingin menyatakan sesuatu.

"Doktor, saya nak tanya sikit ni, penyakit saya ni memang boleh menjejaskan hubungan intim ke? Sebab saya perasan sekarang yang saya kurang berkeinginan untuk melakukan hubungan intim dengan isteri saya" serba salah suara Encik Zakaria bertanya. Malu pun ada tapi memikirkan dihadapannya sekarang ini adalah seorang doktor, Encik Zakaria hanya menebalkan muka.

Firash yang mendengar hanya tersenyum nipis.

"Ya, Encik Zakaria. Ini kerana paras hormon testosterone yang rendah akan menyebabkan keinginan kepada hubungan intim akan berkurangan. Tapi jangan risau, saya dah tambah dos untuk suntikan hormon testosterone encik yang seterusnya." Jelas Firash lagi.

"Err.. doktor.. sebenarnya ada benda lagi saya nak tanya" perlahan sahaja suara Encik Zakaria. Tangannya pantas menyelongkar bag yang dibawanya sebelum dia menghulurkan sepapan pil ubat yang berbentuk bulat berwarna putih seperti panadol kepada Firash.

Pantas Firash menyambut huluran tersebut dengan dahi berkerut. Takkan mukanya terlalu pucat sehinggakan pesakit di hadapannya ini menawarkan ubat kepada doktor yang merawatnya pula.

"Ubat apa ni encik?" Tanya Firash dengan wajah yang masih berkerut.

"Macam ni Doktor. Ubat ni kawan saya yang cadangkan pada saya lepas dia tahu keinginan saya ke arah tu dah tak macam dulu. Macam ubat perangsang jugak la sebenarnya. Tapi sebelum saya ambik ubat ni, saya nak tanya la dulu doktor, boleh ke saya ambik ubat ni?"

Firash terus membelek-belek pil yang diberikan oleh Encik Zakaria sebelum pil itu dihulurkan kepada pesakit itu semula.

"Sebagai doktor yang merawat Encik Zakaria, saya sarankan supaya encik tak ambil ubat ni. Ini kerana ubat ni boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kepada encik. Lagipun kita tak tahu kesan dia kepada jantung encik ". Tangan yang ingin menyimpan kembali pil itu terus terhenti apabila mendengarkan ayat yang keluar dari mulut doktor dihadapannya itu.

"Encik pun tahu kan tentang masalah jantung yang encik alami?" Encik Zakaria hanya mengangguk. Pil di tangan diletakkan kembali di atas meja.

"Pengambilan ubat ini tanpa arahan doktor boleh membahayakan jantung encik". Tambah Firash lagi.

"Baik doktor. Saya pun risau nak makan ubat sebarangan disebabkan masalah jantung saya ni, sebab tu saya tanya doktor yang lebih pakar dalam bidang ni"

"Tentang masalah tu Encik Zakaria jangan risau, bila kita dah tambah dos suntikan hormon tu, InsyaAllah paras hormon testosterone encik akan kembali pada paras normal dan segala symptom-symptom tu akan pulih kembali" Firash tersenyum nipis ke arah pesakit dihadapannya apabila melihat pesakit itu menganggukkan anggukkan kepala tanda faham. Kepalanya yang terasa menyucuk tidak diendahkan.

"Kalau macam tu, kita jumpa lagi dalam masa tiga bulan ye, Encik Zakaria. Dalam masa tiga bulan ni, setiap empat minggu sekali, encik kena datang ke klinik untuk ambil suntikan hormon tu".

"Baik doktor, InnsyaAllah"

"Encik Zakaria boleh tunggu dekat luar ye. Nanti tunggu jururawat bagi tarikh temujanji seterusnya".

Apabila melihat susuk tubuh itu menghilang dari biliknya, segera Firash menyandarkan kepala di kerusi yang didudukinya. Kepalanya bertambah pening, tekaknya pula menjadi loya. Segera Firash bangun menuju ke tandas staff yang berada berhampiran biliknya itu. Segera dimuntahkan segala isi perut yang hanya sempat diisi dengan sekeping roti dan secawan kopi pagi tadi.

"Dr Firash okay ke ni?" Tegur Anis yang melihat Firash yang masuk ke biliknya dengan wajah yang pucat itu. Firash hanya mengangguk lemah.

" Maira mintak akak confirmkan dengan doktor alang-alang akak nak ke belakang ni. Betul ye Dr Firash naikkan dos injection testosterone Encik Zakaria tu?" Firash yang mendengar pertanyaan Anis itu mengangguk lagi.

" Kak Rai cakap dia nak bagi panadol dekat doktor tadi kan? Dr Firash dah makan ke? Teruk sangat dah gayanya ni"Anis yang melihatkan sepapan ubat yang berada di atas meja itu terus bertanya.

"Belum lagi kak. Baru siap tengok patient tadi. Tak sempat lagi nak makan"

Anis yang mendengar jawapan Firash itu segera mencapai ubat yang berada di atas meja itu lalu menghulurkan ke arah jejaka dihadapannya. Botol air di atas meja itu juga dicapai lalu dibuka penutupnya. Aura seorang kakak-kakak terus keluar apabila melihat Dr Firash yang lemah itu.

"Nah makan ubat ni. Pastu terus rehat. Lunch hour dah tak lama dah ni. Lagi 15 minit. Doktor rest la. Kalau perlu MC, baik doktor MC je". Ujar Anis lagi sambil memerhatikan Firash yang sedang menelan ubat itu. Apabila sudah berpuas hati melihat jejaka itu menelan ubat hingga selesai, barulah Anis melangkah keluar dari bilik itu.

***************************************

"KakRai, tolong bawakkan makanan Maira ni. Maira nak pergi tandas sekejap" Maira menghulurkan plastik makanannya kepada Raihana. Harini mereka tidak kemana-mana kerana semuanya tiada mood untuk berjalan. Penyudahnya, mereka hanya membeli makanan di kafeteria hospital dan bercadang untuk merehatkan diri di dalam bilik rehat staff sahaja.

"Maira nak pergi sorang ke? Nak akak teman tak? Gelap kat belakang tu" Agak kuat suara Anis bertanya apabila melihat Maira yang begitu laju meninggalkan mereka. Bukan apa, risau juga membiarkan gadis itu pergi berseorangan. Dahlah tandas staff itu berada paling hujung. Biasanya semasa waktu rehat hari Jumaat ini, semua lampu laluan dan bilik-bilik di klinik akan dipadamkan bagi penjimatan tenaga.

Melihatkan Maira yang hanya tersenyum dan memberi isyarat okay, Anis dan Raihana terus mengatur langkah ke arah bilik rehat staff.

"Aikk, kenapa lampu bilik 5 tu terpasang lagi? Abang Roslan lupa nak tutup ke?" Gumam Maira perlahan. Dia yang baru keluar dari tandas merasa hairan apabila terpandang biasan cahaya lampu dari bawah pintu bilik yang bertutup itu. Kebiasaannya Abang Roslan selaku PPK yang bertugas di klinik itu akan memastikan semua lampu dimatikan pada waktu rehat Jumaat. Segera Maira mengatur langkah ke arah bilik itu. Sekali sekala tolong buat kerja Abang Roslan apa salahnya.

***************************************

Firash yang sedang dalam kegelisahan itu segera menyeka peluh didahinya. Dia tidak tahu mengapa dengan dirinya sekarang. Setelah memakan ubat yang diberikan oleh Anis tadi, badannya terasa lain macam. Jantungnya mula berdegup kencang. Peluh pula mula mengalir di tubuhnya. Firash merasakan badannya makin berbahang. Laju sahaja tangannya meleraikan tali leher dan jari jemarinya itu terus membuka satu persatu butang baju kemejanya. Dia menginginkan sesuatu ketika itu tetapi dia sendiri tidak tahu apa yang dia inginkan.

'Ya Allah, kenapa dengan aku ni' Firash meramas kasar rambutnya. Kepalanya dihantuk perlahan beberapa kali ke permukaan meja dihadapannya bagi menghilangkan kegelisahan itu.

Mendengar pintu bilik itu dibuka perlahan membuatkan Firash mengangkat kepala. Terus keinginan yang ditahan dari tadi menjadi semakin menggila dengan kemunculan wanita dihadapannya kini.

Maira yang menolak pintu Bilik 5 itu terus membuntangkan mata apabila melihat keadaan jejaka yang ada di dalam bilik itu. Wajah yang serabai serta baju kemeja yang sudah dibuka keseluruhan butangnya membuatkan bahagian dada dan abdomen lelaki itu sudah terdedah menampakkan susuk tubuh yang tegap. Lelaki itu nampak sangat menakutkan ketika ini.

"Ya Allah.. Sorry Dr Firash. Saya tak tahu doktor ada dalam ni. Saya masuk sebab nak tutup lampu je. Sorry sangat-sangat..". Gelabah Maira menuturkan bicara. Matanya sudah tidak tahu hendak melihat ke arah mana. Segera Maira mengatur langkah ingin keluar dari bilik itu. Tidak betah dia berada dalam bilik itu lebih lama.

Maira menjerit kecil apabila tangannya direntap kasar. Terus terpusing tubuhnya apabila tangannya ditarik mengadap jejaka yang sedang menatapnya dengan pandangan yang menyeramkan itu.

"Apa Dr Firash cuba buat ni? Lepaskan saya!" Maira cuba meleraikan cengkaman ditangannya itu. Melihatkan Firash yang tidak memberi tindak balas segera Maira menggigit tangan jejaka itu sehingga cengkaman di tangannya terlepas. Segera Maira mencapai tombol pintu, dia ingin segera keluar dari bilik itu.

Namun tangan Firash lebih pantas menghalang. Segera kunci ditombol pintu itu dipulas bagi menghalang orang luar memasuki bilik tersebut. Maira yang melihat tindakan Firash itu terus menjerit namun pantas mulutnya ditekup kasar oleh tangan lelaki itu.

"Shhh.. i will be gentle on you, i promise.. but please, dont scream my dear". Ayat yang dituturkan oleh suara serak itu membuatkan air mata Maira mula bercucuran laju. Dia tidak tahu apa yang merasuki jejaka ini.

"Dr Firash, tolong jangan buat saya macam ni. Saya merayu". Terketar ketar suara Maira. Terasa lemah kakinya saat ini. Namun rayuan Maira itu hanya dibiarkan sepi oleh Firash. Wajahnya dibenamkan ke wajah gadis dihadapannya itu. Bibirnya terus merayap di segenap wajah gadis itu.

"Lepaskan aku lah!" jerit Maira lagi berserta satu tamparan di wajah lelaki itu. Dia sudah hilang hormat pada lelaki dihadapannya ini. Turun naik nafasnya.
Maira menggunakan segala kudratnya untuk menolak jejaka di hadapannya itu. Tangannya pula laju memukul dada lelaki itu. Dia terlalu takut.

Tolakan Maira yang sedikit kuat itu menyebabkan Firash terundur ke belakang. Segera Firash meraup wajahnya. Dia pun tidak tahu apa yang sudah jadi pada dirinya. Yang dia tahu, dia menginginkan wanita dihadapannya itu.

Maira yang melihat tindakan Firash itu segera berlari ke arah pintu. Ini saja peluangnya untuk melarikan diri daripada lelaki tak guna itu. Namun malang nasibnya apabila pinggangnya dipeluk dan ditarik dari belakang. Tubuhnya diangkat sebelum dihempaskan di atas stretcher yang berada di bilik rawatan itu. Maira semakin meronta apabila uniformnya ditanggalkan satu persatu. Mulutnya yang ditekup kuat itu menghalang Maira daripada mengeluarkan suara. Bercucuran air matanya apabila terasa tubuhnya ditindih oleh lelaki berbadan tegap itu.

Apalah sangat kudrat wanita bertubuh kecil sepertinya untuk melawan.
Hanya air mata menjadi saksi mahkota yang dipertahankan selama ini dirampas dengan kejam oleh lelaki durjana ini.

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

334K 12K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
345K 15.4K 47
| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Pemergian Pua...
573K 21.9K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
2.9M 79.3K 56
My Encik Tengku ©️ 2017 Status : Completed Cinta tak pernah hadir, Cinta tak pernah kekal, Dan kadangkala cinta selalunya begitu kejam. Sudah berapa...