MY AYDEN DARHWISH [C]

Galing kay _Raffain

194K 10.8K 2.8K

Kisah tentang seorang gadis berwajah polos dan kuat drama bersama sahabatnya Hazran Dayler mengharungi cabara... Higit pa

𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼 (𝔽𝕀ℕ𝔸𝕃)
✧・゚: ✧・゚: SPECIAL CHAPTER :・゚✧:・゚✧
✧・゚: ✧・゚: SPECIAL CHAPTER :・゚✧:・゚✧
✧・゚: ✧・゚: APPRECIATION:・゚✧:・゚✧

𝟘𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

3.4K 216 40
Galing kay _Raffain

Awal pagi lagi Elaine dan dua lagi rakannya sudah terpacak di pejabat. Hazran dan Afiqah sudah mula rasa gementar untuk pembentangan pagi ini, mana tidaknya syarikat besar sudah tentu mereka mahukan kualiti pekerja mereka seiringan dengan prestasi syarikat itu sendiri.

Elaine dengan lagak bersahaja, langsung tidak memikirkan tentang pembentangan pagi ini. Jarinya laju menari di atas skrin telefon melihat video di laman sosial Tiktok.

"Babe, kau masih marahkan aku ke?" Soal Hazran.

"Hmmm. Aku okay je lah. Chill!" Jawabnya tanpa menoleh ke arah Hazran.

"Aku selalu ada dengan kau, Lia. Kau tahu tentang tu kan. Jadi aku harap kau sudi untuk kongsi kan dengan aku. Walau apa pun yang terjadi kau tetap sahabat aku." Pujukan Hazran kali ini membuahkan hasil.

Pandangan mereka bersatu seperti mengerti kehendak Hazran. BINGO!

"Kain aler, kau kenal aku macam mana kan. Tiba waktunya aku sendiri yang datang dan luahkan semuanya." Ucapnya tanpa segan silu. Dia tahu hanya Hazran yang boleh dipercayai dan memahaminya.

Masa yang di tunggu-tunggu telah tiba. Elaine melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat itu bersama teman-temannya. Terlihat pensyarah atau lebih di kenali sebagai personal advisor yang ditugaskan untuk menjadi penasihat sewaktu latihan industri.

Entah dari mana datangnya idea untuk menukar nama panggilan Ayden kepada pakcik Oyen. Kini tiada lagi pakcik hot atau pun pakcik bos.

Kenapa Oyen? Ayden, Oyen? Kan ke dekat bunyinya.

"Good luck!" Telinga Elaine seperti berdesing dengan gangguan suara halus di telinganya. Apabila dia mengalihkan pandangannya jelas kelihatan wajah Ayden tersenyum dan terus berlalu mengambil tempat di hadapan sekali.

Gadis itu mengambil tempat berdepan dengan Ayden Darhwish dan di sebelah kirinya adalah pensyarahnya, puan Heyra. Dia sudah bersedia untuk memulakan pembentangan pertama mereka sejak mereka mula intern di sini.

"Babe, tenang. Baca doa dulu sebelum mula." Bisik Hazran sebelum dia mengambil tempat untuk memulakan pembentangan.

Kemudian Abby Rania selaku urusetia untuk majlis pagi itu memulakan dengan memperkenalkan Tuan Zack Fakri selaku pengarah AD Pacific Sdn Bhd dan beberapa pemegang saham syarikat kepada Puan Heyra.

"Seterusnya, dipersilakan Elaine Dahlia untuk pembentangan pagi ini." Abby memberi laluan kepada gadis itu untuk mengambil alih program pada pagi itu.

"A very good morning to chairman, Tuan Zack Fakri, Tuan Ayden Darhwish, the share holder, Puan Sofea Hana, beloved lecturer, Madam Heyra and fellow friends..." Elaine meneruskan pembentangan sehingga penghujungnya.

Sepanjang sesi pembentangan itu berlangsung tiada sedikit pun cacat cela dari semua sisi. Nampak sahaja gadis ini biasa tetapi apabila dia mula berkata, jelas sekali aura nya yang luar biasa. Setiap butir katanya membuatkan semua orang di dalam bilik itu terpaku dan terpegun mendengarnya.


Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang di rancang. Bukan mudah untuk menarik perhatian semua orang untuk mendengar sewaktu pembentangan itu. Hampir semua terpaku mendengar Elaine menerangkan setiap inci latar belakang syarikat itu termasuk lah info penting yang perlu ada di dalam pembentangan itu untuk pemarkahan mereka sewaktu intern di sini.

Terpaku Ayden melihat gadis itu menerangkan setiap tugasan yang diberikan kepada mereka bertiga dengan begitu baik sekali. Tidak ada yang tertinggal, kesemuanya di jelaskan dengan begitu terperinci. Keyakinan Elaine itu membuatkan dia merasakan sesuatu yang lain dalam diri budak intern ini.

Dekat mana dia beli confident itu? Shopee ke?

Ayden memandang tepat pada mata Elaine ketika sesi soal jawab. Tiba-tiba Ayden bersuara dan mengutarakan soalannya.

"Pardon! Would you mind to share, what makes you choose our company as your practical training?" Soal Ayden.

Dia yakin Elaine tak akan mengelak dari menjawab soalan nya. Rindu.

Ya! Rindu nak bergaduh dengan budak intern.

"Thank you for your question Mr. Ayden. For me, where ever company that I've choose it depend on the vacancy it self. I'm not saying this company are not good enough since I already present the task given and our experience too. So back to your question, I prefer this company not because of the vacancy but the quality and this company is highly recommended among lecturer and student to gain knowledge especially in business area."

"Good answer, so I hope in future you will use all the knowledge and experience here to improve and promote yourself." Balas Ayden sepantas kilat selepas mendengar jawapan Elaine tadi.

'Pakcik Oyen ni sempat pula di kenyit mata dengan aku. Gatal!'

"So another question, do you think I'm good enough to be your boss?"

Pandangan Elaine berubah sekelip mata. Ini bukan waktunya dia berbalah tetapi jika ini Ayden mahukan mari kita bermain.

"Excuse me, Mr. Ayden? You know what you such a great leader that I never meet before." Ringkas sahaja jawapan daripada Elaine sambil dia melemparkan senyuman plastik ke arah jejaka itu.

Menyampah!

"To be honest. I love to see you again Elaine Dahlia and teams. Tuan Zack and all staff here, thank you for allow my student for taking intern here. Your company is highly recommended as successful company among us." Puan Heyra mencelah selepas melihat pembentangan Elaine sebentar tadi.

Selesai sesi soal jawab itu, Abby Rania mengambil alih semula aturacara majlis.

"Thank you Elaine Dahlia for your great presentation, question and answer session, again thank you to lecturer and all share holder for being here to listen this presentation from practical student. Do you have anything to share for our references in future?" Soal Abby secara rambang kepada semua yang berada di bilik itu.

Semua kepala menggeleng laju. Mereka sudah tidak sabar untuk makan tengah hari, perut masing-masing sudah mula mengeluarkan lagu dari pelbagai jenis genre.

"Thanks to all who are involve today especially my beloved lecturer because you're willing to visit us and spend a precious time for us." Celah Elaine. Dia bersyukur dengan kehadiran pensyarahnya dapat juga membuktikan bahwa mereka juga layak untuk di nilai seperti pelajar lain.

Baru sahaja melangkah setapak, langkah Elaine terhenti apabila namanya dipanggil oleh seseorang.

"Elaine Dahlia! Tunggu sebentar." Dia mengarahkan pelajar itu untuk tunggu bersama di ruangan itu.

"Ya ada apa Tuan Ayden? Saya banyak kerja dan tugasan perlu di selesai kan hari ini." Jawab nya mendatar.

"We need to talk!"

"Tentang apa? Setahu saya semuanya sudah selesai!"

"Kau gaduh dengan Hazran ke? Kenapa aku tengok kau macam lari daripada dia je?"

"Tuan Ayden, kalau sibuk nak tanya hal peribadi saya maaf saya tidak ada waktu untuk hal seperti itu." Dia terus berlalu pergi.

Sebolehnya dia mahu menjauhkan diri daripada bosnya itu. Tidak sanggup lagi di hina dan di malukan di khalayak ramai.


"Weh aku ada teka teki nak bagi. Dengar ni dalam banyak-banyak tayar, tayar apa ada rambut?" Soal Elaine.

Bila hati sedang berbunga bahagia mood nya juga turut berubah sama.

"Tayar pun ada rambut ke?" Hazran memandangnya pelik. Nampaknya Elaine sudah tidak marah padanya lagi.

"Cepat lah jawab kain aler. Itu pun tak tahu ke?"

"Haa aku tahu, tayambut!" Celah Afiqah.

"Kau jangan ikut benak macam kain aler boleh tak!"

"Tayamum." Hazran menjawab dengan begitu tenang sekali. Dua-dua sama sahaja.

"Jangan benak sangat Haz, tayamum tu gantikan air untuk ambil wuduk. Jawapannya adalah...." Baru sahaja Elaine ingin melontarkan jawapannya tiba-tiba dicelah oleh seseorang.

"Tayar baru, sebab tayar lama botak." Sekilas suara itu menjawab teka teki Elaine tadi.

Ternganga mulut Hazran dan Afiqa. Mereka berdua sahaja yang melihat Ayden yang baru saja menyinggah di meja mereka.

"Haa kan pandai. Kau ni Afiqa itu pun tak tahu. Bagus kain aler. Pandai juga kau." Elaine membalas jawapan tadi tanpa memandang ke arah sahabatnya. Dia masih leka dengan melihat telefon bimbitnya.

"Err, tapi tu bukan aku yang jawab."

"Eh kau tahu si oyen tu busybody betul. Ada ke dia cakap aku gaduh dengan kau? Menyibuk! Dasar pakcik bos pakcik hot busybody." Omel Elaine sendirian.

"Ta... Tapi tadi tu bukan aku jawab Lia!!!" Dia mampu berdoa supaya sahabatnya tidak kena smash dengan bos egois ni.

"Engkau ni jangan la merajuk bila aku cakap kau benak. Kau sebenar nya..."

"Ehem!!! Excuse me!!" Matanya terbuka luas memandang ke arah Hazran. Mati lah aku! Oyen mesti dengar aku sebut tadi tu.

Elaine sengih tidak bersalah melihat wajah jejaka itu sebelum pandangannya di paling ke arah sahabatnya. Pandangan Ayden masih tidak berkalih ke arah lain selain memandang wajah gadis itu.

"Err.... Pakcik hot. Eh! Pakcik bos! Allah silap lagi." Berkali-kali dia meneguk air liur nya. Mampus!

"Seronok main telefon dan berborak, mengumpat semua?" Soal Ayden serius.

"Err... Saya main teka teki je. Ma.. Maaf kalau saya sudah langgar etika kerja." Dia tundukkan pandanganya. Takut.

KEEP VOTING AND COMMENT TO UNLOCK NEXT CHAP.

BANYAK KAN COMMENT PLEASE....

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

183K 8K 64
"Nanti Naura tunggu abang dah besar kita kahwin ye."- Dhian Naura "Abang la tunggu Naura, abang memang dah besar." - Hanneef Lutfan Perit yang ditang...
323K 14.4K 67
1th Masterpiece Under The Mafia series Tuan Danish Mikael || Nur Syahirah Nabila Status || COMPLETE Start || 15 SEPTEMBER 2020 End || 6 MARCH 2021 ...
11.5K 360 11
Kalau sebelum ni dia kena hadap perangai tak matang Eman Ezalia. Sekarang ni, dia kena hadap karenah mengada-ngada pulak. Dan juga sikap sambil lewa...
465K 25.9K 44
Book three of Don't Say No River has always been an oddball in the pack. Now an adult of eighteen she is expected to find a man to mate. But...