MY AYDEN DARHWISH [C]

By _Raffain

195K 10.8K 2.8K

Kisah tentang seorang gadis berwajah polos dan kuat drama bersama sahabatnya Hazran Dayler mengharungi cabara... More

𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟘𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟙𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟚𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟛𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟜𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟝𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼
𝟞𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼 (𝔽𝕀ℕ𝔸𝕃)
✧・゚: ✧・゚: SPECIAL CHAPTER :・゚✧:・゚✧
✧・゚: ✧・゚: SPECIAL CHAPTER :・゚✧:・゚✧
✧・゚: ✧・゚: APPRECIATION:・゚✧:・゚✧

𝟘𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

3.7K 228 61
By _Raffain

Setelah setengah jam berada di dalam bilik Ayden Darhwish, akhirnya Elaine keluar juga. Semua mata memandang kearahnya.

"Budak intern ni ke yang buat masalah?"

"Eh baru first day dah buat masalah?"

"Aku ni sudah 5 tahun bekerja di sini tak pernah kena panggil dengan Tuan Ayden."

"Ehem, akak bawang semua ada masalah ke dengan saya?" Sakit telinga Elaine mendengar tohmahan yang di lemparkan oleh pekerja di situ.

Lega rasa hati ini apabila dapat bersuara. Ingat kita budak praktikal semudah itu nak jatuhkan kita. Silap orang rasanya. Baru sahaja dia berlalu ke mejanya. Ada satu suara menegur dengan sinis.

"Hey budak intern, kau ni baru hari pertama dah buat perangai. Tak malu ke?" Jerit wanita itu.

"Makcik nak apa sebenarnya? Makcik syok dekat pakcik bos ke? Err... Maksud saya Tuan Ayden ke? Kalau makcik nak try masuk jarum, pergi lah saya tak hadap pun pakcik bos tu." Pedas kata-kata Elaine.

"Elaine Dahlia masuk bilik saya sekarang!" Tegas Ayden memanggil gadis itu.

"Pakcik boss. Sorry eh! Tapi mereka tu yang mulakan dulu. Sudah lah tua mulut puaka pula tu."

"Baru tadi kau berbincang dengan aku sekarang ada lagi kes baharu. Kau nak apa sebenar nya?"

"Saya nak kerja lah. Mereka punya mulut yg lantang bersuara dan menyindir saya. Saya tak kacau mereka pun pakcik bos." Dia mendengus kasar menahan amarahnya.

"Dengar sini Dahlia. Cukup! Aku tak mahu dengar lagi orang mengadu tentang etika kerja mahu pun perangai kau yang tak semegah ni eh."

"Pakcik bos, saya tak cari masalah dengan orang kot. Pakcik bos buta ke tadi? Nampak kan mereka yang memulakan pergaduhan tadi." Elaine cuba pertahankan dirinya tetapi ditindas mentah-mentah oleh Ayden.

"Enough DAHLIA!!! AKU TAK MAHU DENGAR APA-APA LAGI!! FAHAM!!!!" Tegas Ayden untuk menghentikan perbalahannya dengan gadis itu.

"Pakcik bos! Saya batalkan apa yg kita bincang tadi. Pakcik bos ni benak sangat kenapa? Muka handsome tapi otak tak boleh nak pakai." Dia pergi meninggalkan Ayden sendirian di bilik itu.

Elaine meluru ke mejanya. Dia terus tunduk dan pekakkan telinga. Pandangannya di turun kan ke bawah. Dia takut untuk mengangkat kepalanya. Perjumpaan pertama dia bersama Ayden membuat kan dia rasa lebih baik dia berhenti latihan praktikal di sini daripada meneruskan sehingga tamat.

Mungkin suasananya agak menarik buat orang lain tetapi tidak pada gadis seperti Elaine Dahlia. Hazran dan Afiqah yang sibuk menyiapkan tugasannya sebelum hari esok menjengah. Manakala Elaine masih lagi kaku di tempatnya. Otaknya bercelaru memikirkan apa yang baru sahaja di bahas bersama Ayden tadi.

Pandangan Ayden tidak berkalih melihat gerak geri gadis itu di luar pejabatnya.

"Apa kena dengan aku ni? Kenapa aku rasa benci tetapi dalam masa yang sama aku rasa nak dekat dengan dia." Dia bermonolog sendirian.

"Woi! Cukup la mengelamun tu. Kau apa hal?" Sergah Ryqal di pintu.

"Tak reti bagi salam dah ke?" Soal nya sinis.

"Wow ada budak baru. Nice shot! Boleh aku mencuba nasib?" Teka Ryqal saat terlihat wajah Elaine di hadapannya.

"Stop Ryqal. Budak mentah macam tu kau nak?"

"Bro, budak mentah macam ni lah bagus. Kena jaga elok-elok sepaya tak bebas macam adik kau tu. Rupa dia ni macam aku pernah tengok lah." Ryqal teringat akan sesuatu saat melihat wajah manis Elaine Dahlia.

"Sudah lah. Semua perempuan kau cakap pernah tengok semua." Setepek kena pada Ryqal.

"Kau nak tahu tak Qal, buaya apa yang tidak tinggal dalam air?" Soal cepumas oleh Ayden membuatkan Ryqal hilang kata.

"Kau nak cakap aku kan? Buaya darat kan? Siot kau kawan tak guna." Ryqal menumbuk bahu Ayden.

Hari pertama di syarikat itu bagaikan seribu tahun dia rasa. Bila tiba waktu makan tengah hari, Elaine orang pertama yang bangun dan berlalu pergi. Dia meninggalkan sahabatnya di pejabat. Hatinya tidak kuat untuk menghadap pekerja di pejabat itu. Dia mencari surau di dalam bangunan itu tetapi tidak jumpa sehingga dia terjumpa satu bilik di tingkat bawah di kawasan lobby. Bilik itu agak tersorok di penjuru.

"Bilik apa ni? Surau ke?" Pintu bilik itu terkuak besar. Gelap. Sunyi.

"Ehem!! Kau nak pergi mana?" Seorang lelaki yang berbadan tegap sedang berdiri di belakangnya.

"Er... ini bilik apa? Saya sedang mencari surau. Tingkat berapa ya?" Elaine menyoal bertubi-tubi. Dia hanya memandang tubuh lelaki itu sahaja kerana dia terlalu tinggi untuk dilihat.

"Bilik ni bilik rahsia. Bukan orang sembarangan boleh masuk tetapi kalau kau mahu masuk, mari aku bawa!" Ujar lelaki itu. Perasaan ingin tahu itu membuak-buak dalam diri Elaine.

"ELAINE DAHLIA!!!" Suara husky yang menyergah suasana sunyi itu dan menyedarkan Elaine dari terus mengikut lelaki yang tidak dikenali itu. Lelaki itu mendengus kasar.

Ish mamat ni orang jahat ke? Muka dah la bengis. Pakcik hot lagi handsome.

Saat dia berpaling semula ke arah bilik itu, lelaki yang berbadan tegap tadi hilang dari pandangannya.

'Aik mana mamat tadi? Dia takut pada pakcik hot ke?'

"Pakcik bos!!! Haaa. Pakcik hot. Eh silap. Tuan Ayden... S... Siapa lelaki itu?" Sapa Elaine. Selamba sahaja memanggil Ayden dengan panggilan 'pakcik hot'. Terkedek-kedek dia berjalan ke arah Ayden di hujung jalan itu.

"Kau buat apa di sana?" Dia langsung tidak memandang wajah Elaine. Matanya melihat sekeliling bangunan itu.

"Sa.. Saya cari surau. Di mana surau? Sudah masuk waktu saya nak solat. Tapi itulah saya tidak jumpa suraunya." Jelas Elaine. Matanya melilau mencari disetiap sudut ruang yang ada di bangunan itu.

"Ikut aku!" Elaine diam tanpa kata dan dia hanya menurut gerak langkah Ayden sehingga mereka tiba di satu tingkat. Pintu itu jelas menunjukkan tanda surau wanita dan lelaki yang bersebelahan dengan tandas.

"Pakcik bos ni anak uncle Zack ke?" Dia menyoal Ayden perlahan.

Ayden diam.

"Oh di sini rupanya surau. Jauh saya mencari. Terima kasih pakcik bos." Langkah terhenti melihat sekeliling.

"Kau ada mulut kan lain kali tanya, bukan jalan tak tentu pasal. Nasib aku yang jumpa kau tadi. Kalau tidak mesti dah kena makan dengan bonze." Ternganga mulut Elaine bila tangannya bersentuhan dengan Ayden. Seriously pakcik hot? Ini bukan mimpi kan?

"Bonze? Itu bukan yang bodyguard badan besar-besar ke pakcik bos?"

"Pergi surau nak solat zohor, entah lah doh!" Terbeliak mata Elaine, rempitnya pakcik bos.

'Baik juga bos aku ni cuma itu lah garang sungguh. Susah juga ingin berbaik dengan dia kalau sikap nya begitu dingin dengan wanita.' Omel Elaine sendirian.

"Cepat masuk. Kita solat sekali!" Arah Ayden. Berbunga hati Elaine. Jantungnya berdegup kencang apabila di pelawa untuk solat bersama.

Selesai solat, Elaine keluar dari surau wanita lalu dia terpandang di sebelah kirinya Ayden masih di situ.

'Tunggu aku ke' Terkedu dia melihat majikan dia luar surau seperti sedang menunggunya.

"Pakcik bos tunggu saya ke?" Dia menyapa Ayden serta merta.

"Aku cuma nak ingatkan jangan pernah simpan apa-apa perasaan pada aku. Aku memang baik dengan semua pekerja aku. Kalau kau rasa kau ada simpan perasaan terhadap aku tolong buang jauh-jauh." Dia cuba menjelaskan tanpa menyinggung perasaan gadis itu.

Seminggu sudah berlalu tanpa ada isu yang melibatkan etika kerja Elaine dia syarikat itu. Semakin hari progress Elaine semakin baik. Ayden juga sudah membuka hati untuk menerima gadis itu di syarikatnya. Melihat prestasi gadis itu boleh pergi jauh dengan kelebihan yang ada membuatkan Ayden yakin dengan Elaine Dahlia.

Aik! Dah tangkap cinta ke pakcik hot a.k.a pakcik bos?

Sepanjang hari Elaine dan dua lagi sahabatnya sibuk dengan tugasan yang diberikan. Mereka berbincang sambil bergelak tawa. Ada sahaja iklan yang mahu mencelah. Sesekali dia memandang ke arah pejabat Ayden Darhwish yang di perbuat daripada kaca lutsinar yang menampakkan ruang pejabatnya dari luar yang begitu kemas dan tersusun.

"Bekerja keras sungguh pakcik bos. Dia tak ada girlfriend ke?" Omel nya sendiri sambil menongkat dagunya. Tanpa dia sedar, seorang wanita cantik baru sahaja melepasi meja nya dan terus melulu mssuk ke bilik Ayden.

TOK!

TOK!

"Masuk!!" Ayden hanya menyahut ketukan itu tanpa melihat siapa gerangannya.

"Hey baby!!!! Miss me? Atapu Ayden!" Ujar wanita itu. Elaine yang melihat tingkah laku wanita itu terus terasa mual. GELI. GEDIK.

"You buat apa datang sini? I tengah kerja kan!" Tegas Ayden. Kata-kata jejaka itu diendahkan oleh Emma Kay. Wanita itu lebih berani mendekati Ayden walaupun di tegah beberapa kali.

Ayden memandang tepat ke arah Elaine yang berada di tempat duduknya. Tanpa dia sedar dirinya seperti ada magnet. Mereka seakan mengerti isi hati masing-masing. Gadis seperti memahami gerak geri majikan.

"Uwek! Yucks! Itu ke buah hati pakcik hot? FAIL! Taste pakcik bos teruk betul." Kepalanya di geleng laju.

'Ish ini tak boleh jadi, saya pekerja yang baik dan tidak boleh membiarkan bos dalam kesusahan jadi saya akan bantu bos!' bisik hatinya.

Dia berlalu pergi ke pintu bilik Ayden lalu mengetuk sebelum dia arahkan masuk.

TOK!

TOK!

"B.. Bos, Tuan Zack panggil Tuan Ayden ke bilik mesyuarat. Ada client nak jumpa Tuan Ayden." Wajahnya masih bersahaja walaupun dia tahu ini salah tetapi mungkin pakcik bos akan berterima kasih diatas pertolongannya nanti.

"Ehem, Emma, I think you better back home now. I've meeting. Don't you ever come to my office after this at this time. We discuss later." Amaran keras Ayden tidak di ambil peduli. Emma terus berlalu pergi tanpa sepatah kata pun. Sempat dia menjeling ke arah Elaine yang berada di pintu dengan wajah bersahaja.

"Nasib kau ada budak! Kalau kau tak ada entah berapa lama aku kena hadap sotong kurita tu.!"

Setibanya mereka berdua di bilik mesyuarat. Ayden melihat sekelilingnya kosong. Tiada orang. Pandangannya di hala ke arah Elaine yang masih berdiri tegak seperti mahu menyanyikan lagu Negaraku.

"Kenapa tak ada orang di sini? Are you trying to play with me budak intern?" Langkah Ayden semakin dekat, Elaine tidak boleh lari lagi kali ini.

"Errr.... Pakcik bos. Listen here! Saya cuma nak tolong pakcik je tau. Saya tengok pakcik bos tadi tengah buat kerja tiba-tiba minah sotong tu datang ganggu pakcik bos. Ta... Tapi saya tak tahu pula dia buah hati pakcik bos. Kalau saya tahu saya tak ganggu tadi. S.. Sorry pakcik bos!" Dia terus tunduk rasa takut untuk melihat wajah garang Ayden yang mula menegang.

Melihat Ayden mengetap rahangnya menahan amarah. Kecut perut Elaine di buatnya. Matilah aku kali ini. Baru hari pertama sudah macam-macam berlaku. Malang tidak berbau betul. Terasa malang bekerja di sini.

"Kau dengar sini eh, dekat sini kau bekerja dengan aku. Semua arahan daripada aku. Jangan kau pernah melanggarnya jika kau tak mahu di berhentikan serta merta. Dari awal aku kenal kau, kau ni memang menyusahkan. Perempuan malang!! Cukup lah. Aku ni kena hadap kau 5 bulan tahu tak!!! Cuba buat kerja tu professional, ini syarikat aku. So dengar arahan aku. FAHAM!!!!" Herdik Ayden sehinggakan semua orang di luar bilik itu melihat ke arah mereka. Terkejut Elaine saat mendengar herdikkan daripada bosnya itu.

"Terima kasih Tuan Ayden!!! Saya ingat sampai mati!"

Niatnya hanya ingin membantu tetapi tidak sangka lain pula jadinya. Silap dia kerana main rempuh tanpa soal selidik. Dadanya berombak laju manakala seluruh tubuhnya juga mengigil ketakutan. Elaine terus keluar dari bilik mesyuarat itu. Semua orang di pejabat itu memandang ke arahnya. Mahu sahaja dia berlari pergi dari pejabat itu tetapi waktu kerja masih bersisa dua jam lagi. Jadi terpaksa lah dia menahan sesak di dada dan air matanya mula bertakung di empangan. Bila-bila masa sahaja akan pecah.

"I'm sorry little bunny! I didn't mean to hurt you."

Ayden Darhwish baru sahaja melepasi mejanya dan masuk semula ke pejabatnya. Matanya tidak berkalih daripada melihat wajah gadis itu. Manakala Elaine pula masih menundukkan wajahnya. Dia malu kerana di marahi oleh bos di khalayak ramai. Untuk kedua kalinya dia di malukan di depan orang ramai. Hebat betul Ayde Darhwish!

'Walid, I need you!!!" Bisik hati kecik Elaine.

Dia tidak dapat menahan lagi perasaan sedihnya. Elaine berlalu pergi ke tandas untuk melepaskan segala yang terbuku di dada. Mengapa harus dipermalukan seperti itu. Salahkah dia ingin membela dirinya daripada di hina oleh pekerja-pekerja itu. Salah kah dia membantu bos nya. Jika dia salah mengapa ketika itu Ayden tidak menahan wanita 'sotong' untuk menunggu di pejabatnya, malah dia menyuruh untuk pergi.

"Aku minta maaf!" Saapaan Ayden mengejutkan Elaine yang baru sahaja keluar dari tandas.

Sekilas dia memandang wajah Ayden dan kemudian menyambung langkahnya semula.

"Lia, kau okay? Kenapa Ayden herdik kau tadi?" Sapaan si jejaka itu membuatkan hatinya tersentuh sekali lagi.

Air matanya diseka supaya tidak jatuh. Elaine terus duduk kembali di tempatnya. Dia tahu Ayden sedang melihatnya. Elaine membiarkan Hazran termangu sendirian tanpa jawapan.

Sejak kejadian tadi Elaine banyak mendiamkan dirinya. Sedih dan terluka. Hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang di rasa saat ini. Elaine sangat memerlukan walid saat ini. Elaine bergerak sendirian. Tanpa dia sedar yang dia sudah tiba di tanah perkuburan arwah walid iaitu Jebat Iskandar.

Di suatu sudut lain, terlihat sosok tubuh tegap yang sedang memerhatikan Elaine Dahlia dari jauh. Tersentak hatinya melihat gadis itu menangis, meraung di sisi kepok atas nama Jebat bin Iskandar.

Sejak pertemuannya dengan Elaine Dahlia tanpa sengaja, dia tidak pernah melihat gadis itu lemah seperti yang sedang dilihatnya saat ini.

"Wa.... Walid, Lia perlukan walid. Lia tak kuat walid. Huwargh!!!"

"Lia tak sanggup nak teruskan. Mereka jahat dengan Lia walid!!"

"Lia tak buat jahat pun pada mereka kenapa mereka terus menerus ingin menjatuhkan dan memalukan Lia?"

"Sakit walid! Kenapa mereka hina Lia. Lia tak berhak untuk bahagia ke walid?"

"Macam mana Lia nak hadap selama 5 bulan ni walid?"

Terduduk Elaine dibuatnya. Matanya mula kemerah-merahan dan mula membengkak. Dia tidak sanggup untuk meneruskan impian untuk tamat kan pengajian sesuai dengan tarikh yang telah di tetapkan. Elaine tidak menyangka bahwa layanan majikannya begitu teruk sekali.

"Aku minta maaf ELAINE DAHLIA! Bukan niat aku untuk lukakan hati kau mahupun malukan kau di khalayak ramai. Aku hilang kawalan ketika amarah ku membuak-buak." Bisik hatinya. Terdetik di hatinya untuk memeluk dan meredakan kesakitan yang dilalui oleh gadis itu tetapi dia tidak mampu untuk melakukan itu.

SORRY LAMBAT UPDATE

LATELY NI BUSY SIKIT

HOPE KORANG OKAY DENGAN CHAPTER KALI NI.

KEEP VOTE AND COMMENT.!!!!!!

Continue Reading

You'll Also Like

3.8M 159K 62
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
388K 16.4K 34
Brother of my mother, with whom I stay, Cast spells and does tricks with a stick like clay. An odd bunch of friends call his home theirs, They all wa...
968K 86.3K 39
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 𝐑𝐚𝐭𝐡𝐨𝐫𝐞 𝐆𝐞𝐧'𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐒𝐚𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...
30.6K 534 36
Yue Tanaka works at the Butterfly Estate as a helper, she's Giyuu Tomioka cousin and she's also working her way up to become a Hashira. Shinjuro Ren...