𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©

By arysslavhh

461K 26.9K 3.3K

✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktun... More

ERDEN | MELISSA
01 || ERDEN'S ✧.*
02 || ERDEN'S ✧.*
03 || ERDEN'S ✧.*
04 || ERDEN'S ✧.*
05 || ERDEN'S ✧.*
06 || ERDEN'S ✧.*
07 || ERDEN'S ✧.*
08 || ERDEN'S ✧.*
09 || ERDEN'S ✧.*
10 || ERDEN'S ✧.*
11 || ERDEN'S ✧.*
12 || ERDEN'S ✧.*
13 || ERDEN'S ✧.*
14 || ERDEN'S ✧.*
16 || ERDEN'S ✧.*
17 || ERDEN'S ✧.*
18 || ERDEN'S ✧.*
19 || ERDEN'S ✧.*
20 || ERDEN'S ✧.*
21 || ERDEN'S ✧.*
22 || ERDEN'S ✧.*
23 || ERDEN'S ✧.*
24 || ERDEN'S ✧.*
25 || ERDEN'S ✧.*
26 || ERDEN'S ✧.*
27 || ERDEN'S ✧.*
28 || ERDEN'S ✧.*
29 || ERDEN'S ✧.*
30 || ERDEN'S ✧.*
31 || ERDEN'S ✧.*
32 || ERDEN'S ✧.*
33 || ERDEN'S ✧.*
34 || ERDEN'S ✧.*
35 || ERDEN'S ✧.*
36 || ERDEN'S ✧.*
37 || ERDEN'S ✧.*
38 || ERDEN'S ✧.*
39 || ERDEN'S ✧.*
40 || ERDEN'S ✧.*
41 || ERDEN'S ✧.*
42 || ERDEN'S ✧.*
43 || ERDEN'S ✧.*
44 || ERDEN'S ✧.*
45 || ERDEN'S ✧.*
46 || ERDEN'S ✧.*
47 || ERDEN'S ✧.*
48 || ERDEN'S ✧.*
49 || ERDEN'S ✧.*
50 || ERDEN'S ✧.*
51 || ERDEN'S ✧.*
52 || ERDEN'S ✧.*
53 || ERDEN'S ✧.*
54 || ERDEN'S ✧.*
55 || ERDEN'S ✧.*
56 || ERDEN'S ✧.*
57 || ERDEN'S ✧.*
58 || ERDEN'S ✧.*
59 || ERDEN'S ✧.*
60 || ERDEN'S ✧.*
61 || ERDEN'S ✧.*
62 || ERDEN'S ✧.*
63 || ERDEN'S ✧.*
64 || ERDEN'S ✧.*
65 || ERDEN'S ✧.*
66 || ERDEN'S ✧.*
67 || ERDEN'S ✧.*
SPECIAL CHAPTER ✧.*

15 || ERDEN'S ✧.*

5.4K 291 2
By arysslavhh

STEPHEN memandang Daren yang tergesa-gesa itu. Nak pergi mana tergesa-gesa ni? Stephen bangun dari duduknya sebelum dia menarik lengan Daren.

"Daren? Kau nak pergi mana?" Soalnya hairan. Pagi-pagi dah jalan laju-laju ni dah kenapa?

"Aku nak tengok perempuan tu. Kau bagi dia makan tak semalam?" Daren memandang wajah Stephen yang serius itu. Jarang-jarang nak tengok Stephen serius ni.

Stephen mengangguk.

"Aku bagi dia roti dengan air mineral je. Cukup?"

Daren pula mengangguk. Cukup itu saja makanan yang patut diberi kepada perempuan murah. Tidak layak untuk beri makanan mahal dan sedap. Tidak sesuai.

"Kau nak buat apa jumpa dia? Ada apa-apa ke?" Stephen memandang Daren hairan. Selalunya, Daren tidak akan berjumpa dengan orang tahanan. Dia lebih rela tidak masuk campur.

"Tengoklah aku nak buat apa.." Ucap Daren sebelum dia meninggalkan Stephen sendiri.

Stephen memandang Daren sekilas sebelum dia menelan air liurnya kelat. Dengan Daren jangan dibuat main..

Pintu besi ditendang kuat oleh Daren. Irene yang berada di dalam bilik itu tersentak tatkala pintu bilik itu dibuka kasar.

Mata Daren tertancap pada susuk tubuh Irene yang terikat pada kerusi. Pintu bilik ditutup kasar. Perlahan-lahan dia menapak ke arah Irene.

Irene menelan air liurnya kelat. Wajah Daren yang bengis itu membuatkan Irene sedikit takut.

"Takut?" Soal Daren bersama sindiran. Irene menundukkan wajahnya tatkala Daren memandang tajam ke arahnya.

"Buat benda terkutuk tak takut? Kenapa dengan aku takut?" Daren mengeluarkan sebilah pisau dari poketnya.

Irene mahu melarikan diri, namun apakan daya, dirinya telah diikat kuat pada kerusi. Tiada peluang untuk dia melepaskan diri. Terpaksalah dia menerima saja apa yang jejaka disini ingin lakukan padanya.

"Kau jangan ingat aku tak kenal kau, Mel.." Daren tersenyum sinis sebelum dia menghiris sedikit peha Irene.

Irene mahu menjerit namun mulutnya ditutup. Dia hanya mampu menangis sahaja. Dia tidak mampu melakukan apa-apa.

"Kau tak kenal aku ke Mel?"

Daren mengangkat wajah Irene yang menunduk itu. Mata bertentang mata. Daren melemparkan senyuman sinis kepada Irene.

"Tengok muka aku betul-betul Mel.. Kau dah lupa aku?" Soal Daren sebelum dia menampar kuat wajah Irene.

"Jangan main gila dengan aku, Irene Melissa. Aku tahu kau kenal aku siapa.." Daren menendang kuat tubuh Irene sehingga terjatuh dari kerusi.

"Aku tahu tujuan kau buat semua ni, Mel.."

Daren menunduk. Dia mencengkam kuat rambut Irene sebelum dia menampar wajah perempuan itu.

"Kau jangan harap dapat musnahkan keluarga ni dan rampas pangkat Carl dalam Earlane's. Kau memang kenal aku, tapi kau tak kenal dia orang lagi.."

Daren mencekik perempuan itu sekuat hatinya. Dia benci melihat wajah Irene yang menahan kesakitan itu.

"Kalau aku tahu kau buat benda bodoh dekat keluarga aku.. Kau pilih.. Kau nak mati dekat tangan aku atau tangan Marco?"

Irene memandang Daren yang sudah tersenyum sinis ke arahnya. Dia tidak sangka dia akan berhadapan dengan jejaka yang bernama Daren Freedy ini.

"Kalau aku kejam, aku nak kau tahu.. Ada yang lagi kejam dari aku.."

Daren mendekatkan mulutnya ke telinga Irene sebelum dia berbisik sesuatu.

"Contohnya... Erden Carl?" Bisik Daren sebelum dia mencampak pisau ke arah Irene.

Irene tercengang. Erden Carl.. Kejam?

Daren terus melangkah meninggalkan Irene. Pintu itu dikunci dari luar. Baru saja dia mahu melangkah, Cadee sudah berdiri di hadapannya.

Kening diangkat. Wajah Cadee dipandang pelik.

"Carl suruh lepaskan dia.." Ucap Cadee perlahan. Dia tahu Daren akan marah padanya jika dia memberitahu, namun apa dia mampu lakukan? Erden Carl sangatlah keras kepala.

"Lepaskan?! Kau gila ke apa? Perempuan tu dah buat hal kut. Senang-senang je kau nak lepaskan dia?" Daren menggeleng sebelum dia meninggalkan Cadee.

Cadee memandang Daren yang sudah pergi sebelum dia mengeluh kecil. Dia tahu Daren pasti akan menarik muka.

BAJU Ayeshah ditarik perlahan. Ayeshah hanya mengikut saja kemana Carl pergi. Ayeshah memandang keadaan sekeliling. Pantai. Nak buat apa dekat pantai?

Kerusi batu yang ada di tepi pantai itu dituju oleh Carl. Perlahan saja Carl menarik baju Ayeshah. Dia berhenti dan menyuruh Ayeshah duduk di atas kerusi itu.

Ayeshah memandang wajah Erden Carl lama. Carl hanya diam. Dia menikmati keindahan alam.

"Kenapa awak bawa saya pergi pantai?" Soal Ayeshah hairan. Banyak-banyak tempat, kenapa pantai?

Carl menoleh ke arah Ayeshah sebelum dia melakar senyuman di bibir.

"Pantai kan tenang. Aku nak habiskan masa aku dengan kau dekat sini.. Boleh kan?" Soal Carl sebelum dia menatap lama wajah Ayeshah.

Ayeshah terdiam. Perlahan-lahan dia mengangguk kepalanya. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain tatkala Carl merenung wajahnya.

"Pandanglah aku, Zahra.. Aku nak tengok muka kau puas-puas sebelum aku pergi dari hidup kau.." Rayu Carl. Dia mahu menatap wajah wanita yang dia cintai.

Ayeshah mengeluh. Bukannya dia tidak mahu menatap wajah Carl, namun dia takut kalau dia tidak mampu melepaskan jejaka itu pergi. Berat hatinya mahu merelakan jejaka ini bersama wanita lain. Jejaka inilah yang berjaya duduk di hatinya selain Qash Aarizz dan Dato' Ahmad Idrus.

Ayeshah memandang wajah Carl lama. Mata bertentang mata. Degupan jantung mereka berdua laju.

"Muka ni.. Yang selalu buat aku jadi gila bila tak tengok walaupun sehari.." Ucap Carl perlahan namun jelas di telinga Ayeshah.

Ayeshah hanya diam. Dia mendengar saja setiap kata yang keluar dari mulut Carl.

"Mata ni.. Yang buat aku tak tenang bila dia pandang tepat muka aku.." Carl tersenyum manis. Dia tidak melemparkan kata-kata manis kepada Ayeshah, namun kata-kata itu benar dari hatinya.

Mata Carl turun pada bibir merah Ayeshah. Carl tergelak kecil sebelum dia mengeluarkan kata-katanya.

"Mulut ni.. Yang tak berhenti membebel bila aku buat kerja gila.."

Carl menundukkan wajahnya. Ayeshah terharu. Dia sedikit tersentuh dengan kata-kata Carl. Dia memandang saja wajah Carl.

"Aku akan rindu bebelan kau, Zahra.." Ujar Carl sebelum dia memusingkan badannya menghadap ke arah pantai.

"Muka kau akan selalu ada dalam ingatan aku. Aku tak akan lupakan kau walaupun satu hari nanti aku dah jadi suami orang.."

Gila! Carl memang gila! Cintanya pada Ayeshah bukannya cinta monyet. Dia sangat mencintai perempuan itu. Cintanya besar terhadap perempuan yang bernama Ayeshah Azzahra.

"Cintai perempuan yang bergelar isteri.. Bukan mencintai perempuan yang bergelar masa lalu.." Ucap Ayeshah sebelum dia menunduk. Dia tidak sanggup melepaskan Carl bersama perempuan lain. Namun apa lagi cara yang dia ada?

"Masa lalu lebih indah daripada masa depan. Izinkan aku mencintai kau untuk selamanya?" Ucap Carl lalu dia memandang wajah Ayeshah. Dia berharap ajar jawapan positif yang keluar dari mulut Ayeshah.

Namun harapannya musnah apabila Ayeshah menggeleng. Dia tertunduk. Hancur hatinya apabila melibat Ayeshah menggeleng kepalanya.

"Saya.. Cuma masa lalu awak.. Saya tak layak dicintai selamanya.."

"Aku akan cintakan sampai bila-bila. Aku tak akan buang perasaan aku pada kau, Zahra.."

Ayeshah tergelak kecil. Kata-kata manusia. Ada kala benar, ada kalanya tidak. Ayeshah tidak percaya pada kata-kata Carl walaupun dia tahu Carl adalah seorang lelaki yang pegang pada kata-kata.

"Hati kita milik Allah. Jika Dia kata perasaan tu akan hilang, maka dia akan hilang.." Ayeshah tersenyum kecewa.

"Kalau perasaan aku pada kau akan hilang suatu hari nanti, aku akan berusaha untuk mencintai kau sekali lagi.." Carl masih tidak putus asa. Dia mahu buktikan pada Ayeshah bahawa cintanya pada perempuan ini sungguh besar.

"Sebesar mana cinta awak pada saya, kita memang tak ada jodoh, Erden.. Allah tak berpihak pada kita kali ni.." Ayeshah menatap wajah sayu Carl. Dia turut mencintai jejaka ini, namun kali ini takdir indah bukan berpihak pada mereka.

"Hati kau akan selalu ada pada aku. Izinkan aku pegang hati kau sampai bila-bila ya? Aku nak dekat dengan kau Zahra.. Aku tak nak jauh dari kau.." Carl menggeleng kepalanya perlahan. Air matanya yang ingin jatuh itu ditahan. Dia tidak mahu menangis.

Ayeshah tersenyum kecil.

"Awak genggam kuat-kuat hati saya tu bukan boleh buat apa. Andai kata satu hari nanti awak akan jatuh cinta pada perempuan lain, genggaman awak tu makin lama makin longgar juga.."

"Aku mungkin akan cintakan perempuan lain tapi tak bermaksud cinta aku pada perempuan tu sebesar cinta aku pada kau.."

Ayeshah sudah pasrah. Dia tidak mahu Carl menaruh harapan padanya. Dia tidak mahu Carl menyimpan perasaan dengannya. Dia tidak sanggup melihat jejaka yang dicintai ini terseksa.

"Apa impian awak, Erden?" Soal Ayeshah. Sengaja dia menukar topik. Dia tidak mahu meneruskan lagi topik itu. Dia tidak sanggup.

Carl menoleh ke arah Ayeshah. Dia mengeluh tatkala Ayeshah sengaja menukar topik perbualan mereka.

"Impian aku...?"

Ayeshah mengangguk. Wajah Carl ditenung lama menunggu jawapan.

"Impian aku satu je, Zahra. Mencintai kau dan menjadi syurga untuk kau.." Carl terdiam. Dia menarik nafasnya sedalam yang boleh.

"Tapi Allah lebih mengetahui. Impian aku tak tercapai.." Carl tergelak kecil. Impian yang sudah lama dia simpan dan akhirnya hancur begitu saja.

Ayeshah terkaku. Dia tidak sangka itu jawapan Carl. Dia sangkakan ada impian lain..

"Perempuan tu.. Awak akan kahwin dengan dia?" Soal Ayeshah perlahan. Dia mungkin akan kecewa dengan jawapan Carl, namun dia harus menerima semuanya.

"Kau nak aku kahwin dengan dia ke?" Soal Carl kembali. Ayeshah terdiam. Carl setia menunggu jawapan dari mulut Ayeshah.

"Kalau itu yang terbaik.. Teruskan.." Ucap Ayeshah dalam nada kecewa. Dia tidak mahu jejaka kesayangan menghalalkan perempuan yang telah menghancurkan hidupnya.

"Kau.. Lepaskan aku, Zahra?" Soal Carl kecewa. Dia berharap agar Ayeshah mengatakan tidak namun lain jawapan yang dia dapat..

"Saya tak ada hak untuk halang awak, Erden. Pergilah.. Kalau perempuan tu boleh bahagia awak, pergi kahwin dengan dia.." Ucap Ayeshah dan terus bangkit dari duduknya.

Carl laju mengejar Ayeshah yang sudah berjalan menuju ke kereta. Tangan Ayeshah ditarik tanpa sengaja.

"Sorry.. Aku tak sengaja.." Cepat-cepat Carl melepaskan pegangannya. Ayeshah menghiraukan Carl. Dia terus masuk ke dalam kereta. Air matanya jatuh membasahi pipi. Dia tidak rela Erden Carl menikahi perempuan lain..

To Be Countinued
—Ree

60 votes to unlock new chapter.

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 64.9K 60
Mr Mama Series🌷 --- -"A King who was never stop to love his Queen"- PERKAHWINAN atas dasar cinta buatkan Illyana terjerat sendiri di dalam istana bi...
264K 6.5K 68
🔥 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇 𝑅𝒶𝒻𝒾𝓈𝓆𝓎 | 𝒵𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶 𝒜𝓁𝑒𝑒𝓈𝒶 ⚠️ Plagiarism is prohibited.
905K 47.6K 67
[ COMPLETED ] Ayden Kaiser, kuasa raja. Itulah maksudnya sekali gus membentuk keperibadiannya yang agak dingin dan misteri. Siapa sahaja yang tidak m...
135K 5.7K 48
[First Book Mafia Family] Start: 28/5/20 End: 22/1/21 Siapa tidak kenal jejaka igauan para hawa yang kejam dan tidak berhati perut pada setiap faktor...