3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]

By Yasmyns_Dahlia

296K 25.9K 10.9K

Dua bulan hidup di bumi Ireland, cukup membuatkan Marissa merasai bahagia yang pernah hilang dahulu. Demi ana... More

PROLOGUE | DENDAM CINTA 2
BAB 1 | DENDAM CINTA 2
BAB 2 | DENDAM CINTA 2
BAB 3 | DENDAM CINTA 2
BAB 4 | DENDAM CINTA 2
BAB 5 | DENDAM CINTA 2
BAB 6 | DENDAM CINTA 2
BAB 7 | DENDAM CINTA 2
BAB 8 | DENDAM CINTA 2
BAB 9 | DENDAM CINTA 2
BAB 10 | DENDAM CINTA 2
BAB 11 | DENDAM CINTA 2
BAB 12 | DENDAM CINTA 2
BAB 13 | DENDAM CINTA 2
BAB 14 | DENDAM CINTA 2
BAB 15 | DENDAM CINTA 2
BAB 16 | DENDAM CINTA 2
BAB 17 | DENDAM CINTA 2
BAB 18 | DENDAM CINTA 2
BAB 19 | DENDAM CINTA 2
BAB 20 | DENDAM CINTA 2
BAB 21 | DENDAM CINTA 2
BAB 22 | DENDAM CINTA 2
BAB 23 | DENDAM CINTA 2
BAB 24 | DENDAM CINTA 2
BAB 25 | DENDAM CINTA 2
BAB 26 | DENDAM CINTA 2
BAB 27 | DENDAM CINTA 2
BAB 28 | DENDAM CINTA 2
BAB 29 | DENDAM CINTA 2
BAB 30 | DENDAM CINTA 2
BAB 31 | DENDAM CINTA 2
BAB 32 | DENDAM CINTA 2
BAB 33 | DENDAM CINTA 2
BAB 34 | DENDAM CINTA 2
BAB 35 | DENDAM CINTA 2
BAB 36 | DENDAM CINTA 2
BAB 37 | DENDAM CINTA 2
BAB 38 | DENDAM CINTA 2
BAB 39 | DENDAM CINTA 2
BAB 40 | DENDAM CINTA 2
-
BAB 42 | DENDAM CINTA 2
BAB 43 | DENDAM CINTA 2

BAB 41 | DENDAM CINTA 2

2.6K 162 35
By Yasmyns_Dahlia

"SHE'S pregnant." Wajah jatuh memandang jemari kaki sendiri. Tak berani si dia mahu angkat kepala menentang sepasang mata helang yang sedang merenungnya tajam. Harus dia akui, aura si adik sangat menggerunkan tika ini.

"Apa kau cakap?" Sekejap saja punat amarahnya kembali dijentik. Damian... Lelaki di hadapannya ini benar-benar sedang menguji dia.

Lemas.

Atmosfera dirasakan terlalu sesak sekarang. Jantung Damian berdegup kencang bilamana nada si adik mula kedengaran keras menusuk ke gegedang telinga. Payah-payah salivanya dipaksa tolak ke rengkung.

"Dee... Dia mengandung. Anak aku."

Buk!

Laju saja buku lima Harraz singgah pada wajah Damian. Tak cukup dengan itu, dicekak kasar kolar baju si kembar. Jelas biasan api kemarahan di kornea Harraz. Langsung tak peduli dengan siapa dia sedang mengadili sekarang.

"Dari dulu sampai sekarang, kau tak pernah nak berubah! Hei, tak boleh ke kau belajar kesilapan dari masa lalu kau? Kau memang tak pernah serik kan, Damian?" Suara Harraz menjulang keras.

Di mata dia sekarang, Damian itu ibarat semut. Mahu saja dipijak-pijak sehingga hatinya puas. Namun, mengenangkan di hadapannya ini adalah darah dagingnya sendiri, Harraz cuba pujuk hati agar bersabar lebih lagi meskipun tubuhnya sekarang sedang menggigil-gigil menahan amukan.

"Aku... Aku minta maaf..."

"Maaf kau bukan pada akulah, bodoh!"

Damian merengus kasar apabila dijerkah begitu. Sekali rentap saja, cengkaman pada kolar bajunya terlerai. Sekarang ni dia pula yang mahu mengamuk. Apa Harraz ingat, lelaki itu sorang saja ada baran?

"Kau tak payah nak berlakon baiklah... Kau dengan aku, tak ada beza. Dua-dua, sama-sama bodoh. Kau tak ingat apa yang kau buat dekat Marissa dulu?" Berdesir bibir Damian melepaskan tawa. Namun, bunyinya cukup sinis. Puas hati dapat mengenakan si adik pula. 

"Apasal kau diam? Betul kan apa yang aku cakap? Kalau nak ikutkan, perbuatkan kau tu lagi teruk. Sampai amnesia perempuan tu kau buat," selar Damian. Sengaja dia mahu menghangatkan lagi api yang sedang membara. Biar Harraz tahu, biar adiknya sedar diri, lelaki itu masih punya khilaf. Bukan terus mengadili dirinya seolah-olah Harraz tak pernah berbuat masalah.

"Tapi, semuanya berpunca dari kau juga! Kau yang jerat aku! Kau yang jadikan Marissa tu mangsa! Apa yang aku buat dulu, sebab aku buta, aku bodoh percaya dengan apa yang kau cakap tentang Marissa. Sekarang ni, kau nak letakkan semua kesalahan tu atas bahu aku sorang?" Lurus telunjuk Harraz di muka Damian. Abangnya itu kalau bercakap, memang ikut sedap mulut dia saja!

Menyeringai sinis, Damian langsung tak ambil peduli dengan bicara pedas Harraz. Belakang lehernya digosok sekadar meredakan bahang yang semakin hangat dirasakan.

"Kau yang salah, tak perlu tuding jari tu pada aku pula. Lagipun, kau tak rasa seronok ke dapat dua perempuan sekaligus? Walaupun Marissa tu aku tak pernah sentuh, tapi dia tetap bekas aku. Bekas kembar kau sendiri. Kau tak jijik?" 

"Kau!"

"Harraz! Stop it!"

Saat penumbuk naik ke udara, jeritan nyaring itu menerobos ke telinga. Kalih saja wajah, raut lembut itu yang menyapa pandangannya. Dee.

"What are you doing here?" Keras nada Harraz menyoal. Rasanya, sudah hampir berbulan dia tidak melihat wajah itu. Dan hari ini, Dee muncul di hadapannya.

Dee menarik nafas dalam-dalam. Ketat dadanya melihat pertelingkahan dua beradik itu tadi. Mujurlah dia sampai tepat pada waktu.

"Masalah takkan selesai kalau you guna kekerasan macam ni."

"Then, you cakap dengan I, apa lagi yang I boleh buat supaya I dapat ajar dia ni? Tell me!" Jegilan mata Harraz terus memaku pada roman Damian. Sungguhlah, dia benar-benar menyirap dengan raut selamba itu. Tidakkah Damian mempunyai sekelumit rasa bersalah?

"I... I..." Sungguh, Dee pun tidak tahu apa yang patut dia katakan tika ini. Sesekali, dia mengerling Damian. Dia sayangkan lelaki itu. Dee mahu hidup bersama Damian. Dan kerana itu, kakinya terpasak di kondo ini.

"You datang sini sebab you nak suruh I bertanggungjawab, kan? Hell no!" Kata putus diberi. Mati hidup semula pun, Damian tak akan bertanggungjawab. Pandai-pandailah Dee mahu hidup bersama janinnya itu. Dia taknak masuk campur meskipun bayi yang sedang membesar dalam kandungan Dee adalah darah dagingnya sendiri. Damian mengaku itu.

Dee nampak terkedu. Bening matanya sudah mula basah. Sampainya hati Damian berkata begitu. Spontan, tangan melekap pada perut yang masih kempis. Ya Tuhan, dalam ini ada zuriat lelaki itu.

Memang tujuan asalnya ke sini untuk berbincang bersama Damian tentang kandungan ini. Bukan itu saja, tetapi mengenai hubungan mereka juga. Sampai bila Damian mahu membiarkan hubungan mereka yang tiada hala tuju ini? Bagaimana dengan masa depan dia? Masa depan bayi mereka?

"Tapi... Ini anak you. Mahu atau tak, you kena bertanggungjawab, Damian. Takkan you nak biarkan I besarkan dia sorang-sorang?" Sedih, marah. Namun rasa kecewanya lebih lagi.

"I dah suruh you gugurkan kandungan tu. But, you yang degil! From now on, you dengan budak tu tak ada kena mengena dengan I lagi. You and I... we are over, Dee." Barisan akhir ayatnya Damian tekankan. Bersungguh-sungguh mahu memutuskan hubungan dengan Dee.

Dee mengetap bibir menahan pedih yang menjalar. Mudah benar Damian membuat keputusan. Tanpa langsung memikirkan hati dan perasaannya. Setelah bertahun dia setia dengan lelaki itu, rasa sakit ini yang dia dapat?

"Senangnya you bercakap, Damian..." Berkecamuk betul hati Dee sekarang. Terkepal-kepal penumbuknya dek mengumpul kekuatan yang masih bersisa. Kalau tadi dia menghalang Harraz agar tidak menumbuk si kekasih hati, sekarang ni dia pula rasa mahu memecahkan muka tampan Damian.

Harraz nampaknya lebih selesa diam dan memerhati. Dari tadi dia cuma memasang telinga mendengar dua orang manusia itu saling bertelagah. Ada kalanya Harraz menyirap juga mendengar kata-kata tanpa perasaan Damian itu. Namun, siapalah dia untuk menyibuk hal Damian dan Dee?

"I tak kira, apa pun yang jadi, you kena bertanggungjawab! Kalau tak, I akan buat kecoh. I akan bagitahu satu dunia siapa Harraz Damian yang sebenar. You, manusia bertopengkan syaitan! I hate you, Damian!" Menggigil-gigil jasad Dee. Dia terlalu marah! Jelas di bias kornea, bara api mula menggila dek kelancangan bicara Damian.

"You nak buat apa? You nak buat apa?  Hei, you ingat orang akan percaya dengan cerita dongeng you tu? Kalau you berani malukan I, I sejuta kali berani untuk malukan you semula. Ni... Dalam ni. Semua rahsia you ada dalam tangan I. You nak Marissa tahu yang you tu pernah tikam belakang dia? You ni tak ubah macam api dalam sekamlah, Dee! I warned you, you jangan nak berani-berani buat tindakan bodoh tanpa pengetahuan I. Kalau aku tahu, siap kau!"

"Damian!"

Pang!

Harraz terkedu.

Damian terkaku.

Pedih ditampar mula terasa di kulit pipi. Damian pandang Dee tanpa kedip. Wanita itu sudah mula berani naik tangan. Jelas di mata Damian, Dee sedang menahan amarahnya.

"How dare you..."

Pang!

"Penampar I tu tak sesakit dengan apa yang you dah buat pada I, Damian. Dalam ni... Dalam ni you dah berjaya lumatkan semuanya. I tak sangka selama ni I bercinta dengan lelaki yang tak ada hati perut macam you ni! You kejam, Damian! You kejam!" Dee tepuk dadanya kuat, menzahirkan sekeping hatinya sedang remuk dimamah dengan omongan Damian.

"I sayang you... I cintakan you. Tapi kenapa you sanggup buat I macam ni, Ian? I bagi segala-galanya yang I ada pada you. I tak berharap lebih. I tak berharap yang you akan balas semua tu dengan cinta you. I cuma nak you bertanggungjawab. Bertanggungjawab ke atas diri I dengan baby ni. Berat sangat ke permintaan I ni, Damian?"

Masa ini jugalah Damian rasa lidahnya kelu di lelangit. Kenapa satu aksara pun dia tak boleh nak lontarkan sekarang? Cuma matanya masih galak merenung Dee. Entah kenapa, tangisan wanita itu sangat memberi kesan di sanubari. Rasa bersalahnya kian terbit. Apatah lagi setelah mendengar luahan Dee.

"I ni memang tak ada nilai di mata you, kan?" tokok Dee, lebih pilu nadanya.

"I..." Damian hilang kosa kata. Cuba disentuh bahu wanita itu, namun Dee lebih tangkas mengelak.

"No... Please, don't say anything. Hati I dah cukup sakit dengan kata-kata you tadi. And I tahu, you takkan ubah keputusan you tu. It's okay, Damian. Kalau ini yang you nak, I dengan rela hati undur diri dari hidup you. Kalau keputusan ni yang boleh buat you bahagia, I terima. Terima kasih sebab dah sedarkan I. Now, I dah tahu kat mana kedudukan sebenar I di hati you." Sukar, namun pilihan apa yang Dee ada lagi? Dia tidak akan merayu kembali jika Damian tidak sudi. Cukup-cukuplah maruahnya dipijak oleh lelaki itu.

Terhinggut-hinggut bahu Dee dek tangisannya. Macam mana dia mahu hidup selepas ini? Apa yang patut dia buat sekarang? Yang paling Dee gusarkan adalah nasib si kecil yang tidak bersalah ini. 

"Dee..." Keluhan dibuang kasar. Akal warasnya ligat memikirkan solusi terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Sakit kepala dibuatnya!

"I will make sure Damian bertanggungjawab." Itu yang terbaik. Seharusnya Damian galas tanggungjawab itu. Bukan membiarkan Dee terkontang-kanting seorang diri.

Damian kerutkan dahi. Dee ketawa sendiri. Kedua-duanya saling memandang ke arah Harraz. Cuma renungan Damian lebih menikam. Barangkali tidak berkenan apabila Harraz sesuka hati membuat keputusan untuknya.

Seketika, Dee menggelengkan kepalanya. Cukuplah, dia tak mahu berterusan memaksa Damian. Dan Dee juga tak mahu menyusahkan Harraz.

"Takpelah, I boleh jaga diri I sendiri. Baby ni pun, InshaAllah I akan jaga dia baik-baik. I lah mak, I lah bapak dia sekarang. Nak harapkan orang jaga I? Perempuan macam I ni, siapalah yang nak ambil jadi isteri?" Bukan niat untuk memperlekeh diri sendiri, tetapi itulah hakikatnya. Baru Dee sedar, apa yang diserahkan kepada Damian langsung tidak berbaloi andai inilah takdir yang perlu dia hadapi kelak.

"For you, Damian... I harap you bahagia dengan keputusan you ni. And I berharap sangat, tak ada mana-mana perempuan yang akan terima nasib yang sama macam I sekarang." Mendalam, penuh makna tersirat yang Dee cuba sampaikan. Sempat dia tatap wajah tampan Damian sebelum iris hitam pekat miliknya ditala pada roman Harraz pula.

Hujung blouse labuhnya diramas kuat. Rasa serba salahnya kian menghimpit hati. Makin lama makin padat. Sehinggakan tiada ruang untuk Dee lari lagi.

"I minta maaf. Pasal hal kita, tentang Marissa and semuanya. Andai I mampu untuk undurkan semula waktu..." Tak mampu Dee habiskan ayatnya. Semuanya seakan berulang tayang dalam kepala. Dosanya pada Marissa... Cukup banyak.

Harraz diam. Faham benar dia apa yang hendak Dee beritahu.

"I balik dulu." Sudah cukup lama rasanya Dee di sini. Berkira-kira hendak mengundurkan langkah, namun separuh hatinya melarang dia pergi. Hati kecilnya mahukan pujukan. Jiwanya meronta-ronta ingin ke dalam dakapan Damian.

Tapi sayangnya...

"Dee..."

Harapan Dee punah. Suara itu bukan milik Damian. Perlahan-lahan, dia palingkan kepala. Senyuman tawar menghiasi bibir keringnya. Lebih pedih, Damian langsung tidak memandang ke arahnya. Seolah-olah merelakan dan berkehendak agar Dee pergi.

Tidak lagi membuang masa, Dee terus atur langkah. Jika itu kemahuan Damian, dia akan turuti. Meskipun tanpa kerelaan hati, Dee tetap pergi. Lalu sepanjang langkahnya, air mata berhamburan tanpa henti.

══════⊹⊱❖⊰⊹══════

     ROMAN pucat itu ditenung tanpa jemu. Anak mata berlari-lari di setiap inci wajah Marissa. Dari bibir keringnya hinggalah naik ke netra yang mempesonakan itu. Kendatipun terpejam rapat, namun ia tidak mencacatkan keindahan yang dimiliki.

"Maafkan aku, Ris... Aku terpaksa buat semua benda ni. Aku taknak hilang kau lagi. Cukuplah sekali kau pergi..." Sayup-sayup kendengaran suara Harraz mengomel sendiri. Ingin saja dia mengelus rambut wanita itu, tetapi ditahan dirinya.

Biarpun Harraz tahu impak yang akan datang bakal memakan jasadnya semula, namun rancangannya tetap diteruskan. Selagi rahsia ini mampu disimpan rapi, tiada seorang pun yang dibenarkan untuk pecah lubang.

"Betul ke apa yang kau buat ni?"

Drastik, Harraz menoleh. Rahang terketap spontan. Pandang saja wajah manusia itu, api kemarahannya kian menggelegak. Marak!

"Then, kau ada cara lain yang boleh membantu?"

"Err..." Lidah yang selama ini lancar berkata-kata terus kelu hendak berbicara. Sesekali, Damian kerling pada sekujur tubuh yang terbaring kaku itu. Dan saat itu, rasa bersalahnya kian bertingkat-tingkat.

"Aku tak rasa Marissa boleh terima semua ni. Tak ke kita ni kejam sangat pada dia?" Simpati Damian jatuh bergolek-golek. Dia akui, khilafnya pada Marissa dahulu sangat besar. Sehinggakan dia sanggup menjadikan Marissa sebagai mangsa. Sedangkan pesalahnya ialah Damian sendiri.

"Kalau satu hari nanti Marissa dapat tahu, apa yang kau nak buat masa tu?"

"Marissa takkan tahu kalau antara kita tak ada yang buka mulut!" Harraz bengang. Damian seolah-olah mempertikaikan apa yang direncanakan.

Terkulat-kulat Damian dibuatnya. Harraz ni satu saja masalah dia. Semua orang perlu patuh pada arahan lelaki itu. Dengan alasan, yang mewujudkan masalah ini ialah Damian. Mahu atau tidak, Damian terpaksa akur meskipun terselit juga rasa tidak puas hatinya. Harraz mahu membantu ni pun, dia patut bersyukur dan berterima kasih. Kalau tak kerana adiknya itu, entah macam manalah dia nak hadap kemarahan mama dan papa mereka.

"Apa pelan kau?"

Senyap. Hanya deruan nafas mereka yang memecahkan sunyi.

"Marissa akan kembali semula dalam hidup aku."

Sekonyong-konyong, tawa Damian pecah halus. Adiknya itu sedang melakar angan-angankah?

"Ingatkan aku ni dah cukup teruk. Rupa-rupanya kau lagi jahat daripada aku!" Damian menyindir. Hujung bibir yang membengkak laju saja menyinis.

Sindiran Damian ibarat angin lalu. Kanta mata masih fokus pada sekujur tubuh yang sedang diulit lena. Seketika, jam tangan berjenamanya dikerling. Urusan pengebumian itu perlu dilakukan secepat mungkin. Jikalau Marissa sudah sedar, hancur begitu saja rancangannya.

"Yang lain dah siap ke? Aku taknak apa yang kita rancang ni tak menjadi. Dee mana?" soal Harraz separa berbisik.

"Ada dengan mama. Tapi, Dee..." Hujung-hujung ayat Damian mengeluh. Dia berat hati. Apa yang mereka buat ni sememangnya salah! Memalsukan kematian Dee? Ianya kerja gila! 

Harraz merengus kasar. Dee dan Damian ini suka benar buat dia naik darah.

"Kau pilih sama ada nak hadap kebencian mama dan papa atau bawa diri jauh dari sini. Tapi jangan ingat kau dengan Dee terlepas macam tu aje. Aku akan pastikan Marissa tahu siapa kawan baik dia yang sebenarnya kalau Dee berterusan degil. Pilihan... ada di tangan kau." Sejurus itu, Harraz terus atur kaki, meninggalkan Damian yang terkulat sendiri.

"Ergh!" Daun pintu ditutup sedikit kuat bagi melepaskan geram yang bersaki dalam hati. Pilihan Harraz itu, kedua-duanya bakal menjerat diri dia serta Dee.

══════⊹⊱❖⊰⊹══════

"RIS aku minta maaf, Ris! Aku terpaksa buat semua ni! Maafkan aku... Ris! Marissa! Marissa! Lepaskan I lah! I nak Marissa! Bawa I kat Ris!"  Dihujung simpang, Dee meronta-ronta di dalam sebuah kereta milik Harraz. Air mata bercucuran tanpa henti. Dari jauh, dia nampak Marissa turut mengongoi seperti keadaannya sekarang.

"I nak turun! Please... Damian, bawa I jumpa Marissa. I tak sanggup tipu dia... I nak dia tahu perkara sebenar. I tak kesah kalau Marissa benci I... as long as Ris ada depan mata I... Damian... please... Jangan hukum I dengan cara ni..."

Damian di sisi mengusutkan rambut. Serabut sungguh dengan teriakan Dee dari tadi. Kalau ikutkan hati, nak saja dibiarkan Dee ke kubur sana. Tapi ugutan Harraz awal-awal lagi sudah bergema kuat. Bukan Damian tak berani, tapi dia tidak mahu menanggung risiko lagi. Cukuplah situasi sekarang bikin dia sakit kepala.

"Dee, stop it! You ni dah kenapa?" Damian naik suara akhirnya. Tak tahan sungguh dengan tangisan gadis itu. Apa Dee tak sedar keadaan mereka ni tengah genting?

"You tanya I kenapa? You tahu tak pelan adik you pelan bodoh! Apa yang ada dalam kepala otak Harraz tu sampai sanggup palsukan kematian I? You ingat masalah kita akan selesai macam tu aje bila I 'mati'? You dengan Harraz tak kenal Marissa tu macam mana! She will definitely do anything untuk balas semua ni!" Nyaring suara Dee disusuli esakan berlagu yang masih tiada tanda untuk berhenti. Kepala menoleh ke kiri tatkala beberapa manusia dari kubur sana sudah mula beredar. Namun, irisnya hanya terpasak pada Marissa.

"Ris..." halus, pilu. Rahsia hati yang tiada siapa tahu. Dee cuma mahukan kawan baiknya. Marissa, wanita itu ibarat nyawanya.

Tak betah melihat kesedihan Dee, Damian tarik wanita itu ke dalam pelukan. Jemari kasarnya menyapu lembut manik jernih yang tak putus-putus mengalir sejak tadi. Ubun-ubun Dee dikucup lama. Harapannya agar dapat merawat kesedihan si kekasih meskipun sekulumit saja.

"Shh I kan ada? I dah janji nak jaga you and... our baby." Tapak tangan melekap pada perut Dee. Kendatipun payah untuk Damian terima semua ini, namun dia harus laluinya juga. Kerana janjinya pada Harraz, tanggungjawab ini perlu dia galas.

Esakan Dee semakin kedengaran sayu. Dia tak tahu apa yang patut dirasakan sekarang. Baru semalam Damian enggan mengaku ini anaknya. Tapi kenapa harini semuanya berubah? Apa yang dituturkan oleh lelaki ini lain belaka dengan apa yang dilafazkan semalam. Tak mungkin secepat itu hati lelakinya berbolak.

"Bagi I jumpa Ris..." Dikerdipkan matanya dua kali. Moga-moga hati Damian cair dengan permintaannya.

"Tak boleh, sayang." Lembut, namun diselitkan juga ketegasan dalam ayatnya. Perlahan saja Damian gelengkan kepala.

Tangisan sunyi Dee terbit lagi. Dia tahu permintaannya itu sesuatu yang mustahil untuk Damian tunaikan. Makin remuk jiwa Dee saat melihat mamanya dan Marissa saling berpelukan. Tak lama selepas itu, Dee dapat rasa luncuran tayar membawanya pergi dengan perlahan. Pemergian yang entah akan pulang atau tidak.

"Ris... aku akan kembali!"

══════⊹⊱❖⊰⊹══════

Rasanya tak lambat lagi untuk saya ucapkan selamat hari raya kan? Happy eid mubarak buat semua pembaca dan followers. Maaf zahir dan batin sebab dah lama tak update buku ni 🙏🏻

Kepada yang masih menunggu, inilah hadiah untuk penantian tersebut. Dah lama tak menulis, agak kekok sebenarnya nak mengarang 😂 but saya cuba siapkan semampu yang boleh.

Tak lama, dah nak habis pun buku ni. Cuma lepas ni adalah beberapa cornflakes kecil and selepas itu tamatlah Dendam Cinta 2. Happy atau sad ending? Sama-sama kita nantikan😆

Ini adalah preview next chapter 🤭

Continue Reading

You'll Also Like

152K 11.5K 66
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
4.7M 235K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
197K 6.5K 44
"Saya dah muak jadi istri awak. Saya rasa cukup sampai di sini lah hubungan kita Aryan Qalish." Tengku Daryna Sofia&Tengku Aryan Qlish as long as I'...
2.3M 99.5K 79
#1 ENCIK'S SERIES 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐅 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐗 𝐊𝐀𝐔𝐒𝐀𝐑 𝐔𝐌𝐀𝐈𝐘𝐀𝐇 "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya...